You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Sukan Dan Rekreasi


Pendidikan Jasmani
NAMA PELAJAR : CHAI YIN WEN NO.KP : 920401-08-5036

NAMA MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI OPSYEN : 3 PPISMP BC/PJ/KS-2 NAMA PENSYARAH

EN ADIB BIN SULAIMAN

TARIKH SERAHAN : 28/7/2011

Pengenalan Pendidikan sukan dan rekreasi adalah satu program yang diwujudkan untuk menbentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang Sukan dan Rekreasi.Matlamat umum program ini ialah untuk menyediakan tenaga profesional sperti guru,pensyarah,jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang Sukan dan Rekreasi bagi menjalankan tugas di institusi pengajian,agensi-agensi pendidikan,sektor awam dan sektor swasta. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personaliti, kepimpinan,pembangunan insan pembangunan negara dan gaya hidup yang sihat.

Berkaitan antara sukan dan rekreasi Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Secara keseluruhannya, sukan dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi.Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan.Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujubkan interaksi antara masyarakat.Ini akan menyebabkan mereka memahami antara satu sama lain.Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Justeru itu, konsep sukan rekreasi ini dapat membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni.

Cari satu aktiviti sukan dan rekreasi dan ceritakan. Aktiviti sukan dan rekreasi yang saya ingin memperkenalkan ialah aktiviti senamrobik.Pergerakan asas merupakan pergerakan yang sentiasa digunapakai dalam aktiviti senamrobik. Kebolehan mempelbagai pergerakan asas dan kebolehanupayaan menambah elemen variasi adalah langkah ke tahap profesionalisme dalam mengendalikan aktiviti senamrobik.Dari pergerakan asas, daya kreativiti instructor boleh melahirkan koreografi yang menarik ,berkesan , selamat dan menyeronokkan. Antara kategori-kategori senamrobik ialah pergerakan impak rendah , pergerakan impak tinggi ,dan pergerakan tanpa impak.Pergerakan impak rendah ialah pergerakan di mana satu kaki mesti berada di lantai.Ia digunakan dalam fasa memanaskan badan,fasa kardiovaskular dan fasa menyejukkan badan.Sterusnya,pergerakan impak tinggi ialah pergerakan di mana kedua-dua kaki meninggalkan lantai pada satu masa manakala pergerakan tanpa-impak adalah pergerakan yang sering digunakan dalam fasa kondisi otot dan boleh digunakan dalam fasa memanas dan menyejukkan badan. Senamrobik amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dancergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita sejak dari kecil. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan guru-guru sejurus melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan semasa waktu lapang. Menerusi senamrobik, kita akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.Selain itu, senamrobik juga boleh membina keyakinan diri supaya tidak malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik.Dendan itu ,senamrobik dapatlah mengisi masa lapang dengan baik, mempraktikkan gaya hidup yang sihat meningkatkan keberanian semasa menyertai aktiviti yang disediakan serta melahirkan seseorang yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Kepentingan Pendidikan Konservasi Dalam Sukan Rekreasi Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam sekitar. Pendidikan konservasi juga dapat mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan dan cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar. Kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran.Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepadasebaliknya.Seterusnya, pendidikan konservasi boleh memupuk kemampuan mengevaluasi.Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, dan pendidikan ,sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat diatasi. Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat mengembangkan rasa tanggung jawab terhadap suatu permasalahan konservasi alam sehingga dapat mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya. Akhirnya,Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita.Dari aspek manusia pula, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Refleksi Nama : Chai Yin Wen No.KP :920401-08-5036

Pertama sekali, saya bersyukur kerana mendapat tugasan Sukan dan Rekreasi Pendidikan Jasmani yang menarik.Semasa saya menerima tugasan ini, saya berasa sangat gembira kerana saya tidak pernah membuat tugasan seperti ini.Pada masa itu, saya berasa tercabar dan saya sanggup menerima cabaran ini dengan hati yang terbuka. Melalui tugasan sukan dan rekreasi ini ,saya dapat mempelajari tentang perbezaan antara sukan dan rekreasi.Setelah mencari maklumat melalui internet,barulah saya boleh pisahkan perbezaannya dengan lebih jelas.Selain itu ,saya telah memilih aktiviti senamrobik sebagai aktiviti sukan dan rekreasi .Ini kerana senamrobik adalah kegemaran saya dan saya lebih memahami tentang maklumat aktiviti senamrobik.Saya berasa puas hati kerana saya lebih berpengetahuan terutamanya tentang aktiviti senamrobik. Apabila saya memulakan kerja untuk menyiapkan tugasan ini,saya menghadapi sedikit masalah ,iaitu tidak dapat mencari maklumat yang lebih teliti tentang sukan dan rekreasi.Banyak maklumat yang terlalu susah untuk difahamkan telah mengelirukan saya.Saya tidak mempunyai keyakinan untuk meneruskan tugasan ini apabila belum memastikan maklumat yang saya carikan sama ada betul atau salah.Nasib baiknya,kawan baik saya yang bernama Lee Jin Ruey telah menghulurkan tangan dan menolong untuk menjelaskan maklumat-maklumat yang saya tidak faham.Di bawah bimbingan kawan saya,saya telah menyiapkan tugasan dalam jangka masa tertentu. Walaupun tugasan saya telah disiapkan ,namun saya masih tidak berpuas hati terhadap hasil tugasan saya.Saya telah menyedarkan sendiri supaya mencari kelemahan saya.Saya perasan bahawanya tatabahasa saya tidak sebegitu bagus dan mempunyai istilahistilah Bahasa Melayu yang susah menyebabkan saya masih tidak boleh menguasainya. Selain itu ,saya juga perasan bahawanya saya tidak mahir untuk memulis karangan dengan menggunakan Bahasa Melayu kerana sudah lama saya tidak memakai tersebut apabila menulis karangan.Saya berharap supaya saya akan berusaha lagi dan melatih Bahasa Melayu saya supaya saya boleh menjadi seorang guru sebenar yang berkualiti pada suatu hari nanti.Sekian ,terima kasih.

You might also like