You are on page 1of 15

Falsafah Barat

Aspek

Falsafah Islam

Pendidikan itu hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmani dan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara yang baik.

Konsep Pendidikan

Pendidikan mempunyai konsep dan pengertian yang lebih syumul dimana ia mengambil kira aspek kerohanian.

Menurut aliran Progresivisme

Matlamat

y y

-Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.

Mendidik murid supaya berakhlak mulia Mendidik roh supaya halus dan sempurna Mengasuh murid melakukan yang yang baik, terhormat dan mulia Membiasakan diri murid dengan adab-adab yang mulia Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalanamalan yang mulia.

Hanya tertumpu pada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar, dan peranan murid.

Bidang

y y y y

Akidah Ibadah Keterampilan Kepemimpinan

Menurut aliran Rekonstruktivisme -Bidang sains sosial

Jenis Kurikulum

y y y y y y

Al-imaniyah (pendidikan iman) Al-Khuluqiyah (pendidikan akhlak) Al-jismiyah (pendidikan jasmani) Al-aqiliyah (pendidikan mental) Al-nafsiyah (pendidikan jiwa) Al-ijlimaiyah (pendidikan

social) Al-jinisiyah (pendidikan seks)

Tiada kategori ilmu

Kategori ilmu

y y

Ilmu wahyu Ilmu akhirat

Boleh dibahagikan kepada dua jenis

Jenis Falsafah

Boleh dilihat dari dua sudut

-Tradisional -Moden

-Falsafah Teori -Falsafah Amalan

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, terdapat 6 banding beza yang terdapat pada Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat. Perbezaan yang pertama ialah dari segi konsep pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam menyatakan bahawa pendidikan mempunyai konsep dan pengertian yang lebih syumul dimana ia mengambil kira aspek kerohanian. Falsafah Pendidikan Barat pula mengatakan bahawa pendidikan itu hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmani dan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara yang baik. Jelas sekali dapat dilihat perbezaan konsep daripada kedua-dua falsafah ini.Falsafah Pendidikan Islam lebih menekankan aspek kerohanian manakala Falsafah Pendidikan Barat pula lebih menekankan aspek jasmani atau luaran seseorang individu itu sahaja. Perbezaan yang kedua yang dapat dilihat ialah dari segi matlamat falsafah itu sendiri. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam lebih kepada membentuk jati diri murid tersebut seperti mendidik agar berakhlak mulia, sentiasa melakukan kebaikan, menjaga adab dan sebagainya. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula melalui aliran Progresivisme bermatlamat untuk menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan. Perbezaan yang ketiga ialah dari segi bidang. Falsafah Pendidikan Islam mempunyai bidang pendidikan yang merangkumi akidah, ibadah, keterampilan dan juga kepemimpinan. Falsafah Pendidikan Barat pula tidak mempunyai bidang yang menyeluruh yakni tertumpu hanya pada kurikulum, kaedah mengajar, peranan guru dan juga peranan murid. Perbezaan yang keempat pula ialah dari aspek jenis kurikulum. Falsafah Pendidikan Islam mempunyai kurikulum yang menyeluruh iaitu pendidikan iman, pendidikan akhlak, pendidikan jasmani, pendidikan mental, pendidikan jiwa, pendidikan sosial dan juga pendidikan seks. Falsafah Pendidikan Barat pula melalui aliran Rekonstruktivisme hanya menekankan pada bidang sains sosial.

Perbezaan yang kelima ialah kategori ilmu. Falsafah Pendidikan Islam mempunyai dua kategori ilmu iaitu Ilmu Wahyu dan juga Ilmu Akhirat. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula tidak mempunyai kategori ilmu. Perbezaan yang keenam iaitu yang terakhir ialah perbezaan dari aspek jenis falsafah. Falsafah Pendidikan Islam boleh dilihat dari dua sudut iaitu Falsafah Teori dan juga Falsafah Amalan. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Walaupun terdapat enam perbezaan di antara kedua-dua falsafah ini, namun terdapat juga satu persamaan yang telah dikenalpasti iaitu kaedah pengajarannya yang mengikut peringkat umur.Kesimpulannya, kedua-dua falsafah ini mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri.

PENDAHULUAN
Menurut Mok Soon Sang (2009), istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos yang bermaksud mencintai dan sophia yang bermaksud kebijaksaan. Dengan berpandukan kepada dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh dieertikan sebagai perihal mencintai kebijaksaan. Falsafah, dalam zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya, merangkumi bidang yang amat luas, termasuk perkara-perkara seperti sains, matematik, teologi, psikologi, sosiologi, dan ekonomi. Secara khususnya, falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentang ilmu, alam nyata, fitrah manusia, dan masyarakat. Ini adalah kerana tidak kurang ramai ahli falsafah berpendapat bahawa falsafah boleh membawa kemajuan manusia melalui usaha mencari ilmu dunia. Pendidikan mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pendidikan adalah salah satu dari institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan generasi masa hadapan. Sudah tentulah sistem pendidikan itu mesti dirancang dengan teliti supaya sesuai dan munasabah dalam menghadapi segala kemungkinan dan cabaran dewasa ini. (Ibrahim Saad, 1989) Pada asasnya konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah dan pendidikan. Secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal dalam pendidikan, yang berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian. Falsafah juga boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian tersebut, falsafah pendidikan boleh dieertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

FALSAFAH PILIHAN
Falsafah yang telah dipilih oleh pengkaji untuk dilaksanakan di sekolah ialah Falsafah Pendidikan Islam serta aliran Rekonstruktivisme dan Progresivisme dalam Falsafah Pendidikan Barat. Falsafah Pendidikan Islam pada amnya adalah berasaskan ajaran al-Quran. Mengikut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar pendidikan Islam ialah keesaan Tuhan (Tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhNya, kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi, manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian, setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri, kehidupan keduniaan dan akhirat serta persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam. Menurut Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu Islam masa kini merangkumi dua disiplin yang utama iaitu, disiplin agama dan disiplin kognitif. Disiplin membincangkan ajaran al-Quran, teologi, metafizik, bahasa Arab dan sastera. Manakala disiplin kognitif membincangkan tentang kemanusiaan, alam sekitar, sains gunaan dan teknologi. Oleh sebab falsafah pendidikan Islam berasaskan daripada ajaran al-Quran, maka kurikulum pendidikan Islam pula merujuk kepada ajaran al-Quran sebagai pengajian utama diikuti dengan bahasa Arab sebagai media pengantar. Pendidikan Islam juga menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat. Rajah 1 berikut mengilustrasikan perhubungan potensi manusia, ilmu dan kurikulum berdasarkan falsafah pendidikan Islam.

Aliran Progresivisme dan Rekonstruktivisme yang telah dipilih oleh pengkaji merupakan aliran yang terdapat dalam falsafah pendidikan moden Barat. Aliran Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778 : Perancis), Heinrich Pestalozzi (Bangsa Swiss : 1746-1827) dan Friedrich Froebel (Bangsa Jerman : 17821852), semasa zaman Reformasi di antara tahun 1712-1860. Manakala pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H. Kilpatrick (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960) dari Amerika Syarikat. Rekonstruktivisme pula merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi satu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran ini ialah George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960). Kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN FALSAFAH


Tujuan pengkaji memilih falsafah-falsafah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah ialah kerana falsafah tersebut mempunyai ciri-ciri ideal yang perlu dan patut di laksanakan di negara Malaysia. Falsafah pendidikan Islam sangat sesuai dilaksanakan kerana falsafah ini berasaskan ajaran al-Quran. Mengikut ajaran al-Quran, Allah S.W.T mengurniakan manusia kuasa, dan menurut kehendakNya, melindungi dunia serta membangunkannya menjadi makmur dan maju jaya. Seperti Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Maka, Allah S.W.T mengurniakan manusia sebuah kitab iaitu al-Quran untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup kerana kandungan al-Quran adalah lengkap dan menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Selain itu, falsafah pendidikan Islam itu sendiri mencakupi bidang-bidang pendidikan Islam yang sangat luas dan menyeluruh. Antara bidang tersebut ialah AlImaniyah (Pendidikan Iman), Al-Khuluqiyah (Pendidikan Akhlak), Al-Jismiyah (Pendidikan Jasmani), Al-Aqiliyah (Pendidikan Mental), Al-Nafsiyah (Pendidikan Jiwa), Al-Ijlimaiyah (Pendidikan Sosial) dan Al-Jinisiyah (Pendidikan Seks). Bidang-bidang ini sangat menyeluruh kerana ia telah merangkumi aspek rohani dan jasmani. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa pendidikan Islam merupakan satu proses yang berterusan untuk mengubah, melatih, mendidik akal, jasmani, dan rohani insan.

Pendidikan Islam yang berteraskan aqidah, syariah dan akhlak dalam operasinya yang sepadu, menonjolkan kesan yang positif bagi melahirkan generasi Muslim Kamil dalam semua aspek, sama ada dari segi rohani mahupun jasmani. Dakwah Rasullullah S.A.W selama 23 tahun di Mekah dan Madinah yang berteraskan tiga asas tersebut berjaya menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan bertakwa. Melalui penerapan nilai-nilai Islam juga, gejala sosial dapat dikurangkan. Contoh yang boleh kita ambil ialah apabila murid telah mempelajari tentang iman, akhlak dan sosial,murid itu pastinya dapat membezakan antara baik buruknya sesuatu perkara itu. Oleh itu,murid tersebut tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agamanya sendiri. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kes ini tidak boleh dipandang ringan. Berdasarkan huraian di atas, jelas sekali dapat dilihat bahawa falsafah pendidikan Islam itu mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pembelajaran yang berteraskan al-Quran.Insan yang seimbang dari segala aspek sudah tentu mampu melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aliran Progresivisme yang berasaskan falsafah naturalisme dan pragmatisme juga sesuai dilaksanakan dalam system pendidikan kerana ia menegaskan bahawa kedudukan orang dewasa dan kanak-kanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya mereka dipaksa belajar mengikut pendidikan orang dewasa. Imam al-Ghazali juga menyarankan supaya pengajar atau pendidik menyampaikan pelajaran menurut kadar kefahaman dan peringkat pencapaian akal fikiran pelajar-pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, mereka mesti mampu memahami setiap perkara yang diajarkan kepada mereka.

Selain itu, cara yang ditekankan oleh aliran ini yang berkesan untuk memperoleh ilmu pengetahuan ialah menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Usaha mencari penyelesaian sesuatu masalah dilahirkan daripada keperluan dan minat. Dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah, pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih bermakna kerana pelajaran adalah dirancang mengikut keperluan dan minat pelajar. Melalui kaedah ini, murid dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang pendidikannya. Konsep progresivisme ialah manusia berupaya menyesuaikan diri mengikut perubahan arus perdana. Manusia sangat perlu untuk berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan kerana sesuatu perubahan yang berlaku itu mungkin mendatangkan kebaikan dan keburukan.Contohnya, dalam dunia serba moden ini, pembelajaran tidak lagi menggunakan kaedah chalk and talk sebaliknya digantikan dengan kaedah penggunaan ICT. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaannya adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan maklumat tersebut kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik dan menyeronokkan. Selain itu, aliran progresivisme ini memberi tumpuan kepada kurikulum yang memberi kebebasan kepada murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Allah mengurniakan manusia akal dan berbagai-bagai dorongan supaya manusia dapat, dengan usahanya sendiri, mencuba dan meneroka segala kemungkinan. (M.M. Shariff : 1994). Oleh itu, murid tersebut tidak akan berasa terpaksa melakukan sesuatu yang tidak diminatinya. Contohnya, seandainya murid tersebut bijak dalam bidang Tauhid, tanggungjawab guru adalah untuk membimbing dan mengajar murid itu untuk mendalami lagi bidang tersebut. Guru juga bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan yang merangsang pemikiran anak muridnya dan membimbing minat mereka kearah yang produktif. Dengan cara ini juga, potensi murid

tersebut dapat digilap dan di perkembangkan lagi untuk memajukan dirinya,agamanya, bangsanya dan juga negaranya sendiri. Selain itu, aliran ini menjadi pilihan pengkaji kerana menggunakan kaedah pengajaran induktif. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi peluang untuk memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yan timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah-ubah. Selain itu, kaedah pengajaran yang disyorkan juga sangat bersesuaian iaitu pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah yang menggunakan pendekatan induktif. Oleh itu, pendidikan formal yang mengutamakan kaedah hafalan tidak digalakkan sama sekali. Kerja makmal dan eksperimen yang menyediakan peluang untuk penerokaan alam sekeliling adalah digalakkan. Kaedah pengalaman langsung dengan persekitaran juga digunakan. Contohnya kerja lapangan dan lawatan ke tempat-tempat tertentu agar membantu murid-murid mengaitkan pembelajaran dengan isu-isu social, politikal dan ekonomi. Dalam pada itu, aliran rekonstruktivisme juga menjadi pilihan pengkaji. Hal ini kerana aliran ini berpegang kepada konsep bahawa sekolah merupakan landasan yang amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk. Jadi, guru boleh menjadikan sekolah itu sebagai platform untuk membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui cara ini, pelbagai masalah sosial dapat di banteras melalui penerapan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar tersebut. Masalah sosial seringkali menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat dan tindakan segera harus di ambil untuk membendung masalah ini. Selain itu, kaedah pengajaran yang digunakan ialah kaedah berpusatkan murid di mana murid-murid di ajar kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan juga simulasi. Kaedah ini amat sesuai digunakan kerana murid dan guru sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah ini, guru dapat mengenal pasti sejauh mana tahap kefahaman seseorang murid itu dalam proses pembelajarannya.

Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, murid-murid perlu mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan sepertimana yang telah dinyatakan. Mereka hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma masing-masing. Melalui kaedah ini juga, keyakinan diri seseorang murid itu dapat dipupuk.

Konsep 1Malaysia Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ialah: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Secara tuntasnya, melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat daripada bertindak melepasi kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Perdana Menteri dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dantindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendidikan termasuk dalam nilai-nilai yang mahu diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Hal ini kerana pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat yang penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu untuk sepanjang hayat. Sejajar dengan falsafah pendidikan Islam yang telah dipilih oleh pengkaji, amat jelaslah bahawa falsafah tersebut mempunyai kesinambungan dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri. Contoh yang dapat kita lihat ialah

Islam menekankan sikap saling menghormati agama dan budaya kaum lain. Melalui penerapan nilai ini, maka pelajar-pelajar akan dapat mengetahui dan memahami erti sebuah penghormatan. Apabila mereka tahu untuk menghormati agama dan budaya sesuatu kaum, secara tidak langsung ini dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, Islam menggalakkan umatnya mengamalkan sikap patriotisme dalam diri masing-masing. Sikap patriotisme juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan sifat cintakan negara dan tanah air. Rasullullah S.A.W juga pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang membawa maksud, Cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman. Ini dapat dibuktikan melalui Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 60 yang bermaksud: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu mush Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Ayat ini dengan jelas memfokuskan kepada usaha untuk mempertahankan diri dan negara dari segala bentuk serangan dan ancaman yang bakal dibawa oleh pihak musuh. Melalui penerapan sikap patriotisme dalam diri setiap pelajar, mereka akan belajar untuk cinta dan sayang akan negara serta akan mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memajukan dan memimpin negara pada masa hadapan. Seterusnya, konsep pendidikan untuk semua yang amat sinonim dengan aliran progresivisme yang telah dikemukakan tadi. Aliran ini menegaskan bahawa pelajar mempunyai kuasa untuk menentukan mata pelajaran yang hendak dipelajari dengan mendapat bimbingan seorang guru untuk membantu perkembangan potensi pelajar dengan lebih pesat. Misalnya, seorang pelajar berbangsa Cina atau India mengambil keputusan untuk mempelajari mata pelajaran Tasawwur Islam dan begitu juga dengan

pelajar Melayu yang begitu berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Ini membuktikan bahawa pendidikan dapat merentasi jurang dan sempadan kaum tanpa mengambil kira soal agama dan budaya masing-masing. Di samping itu, budaya inovasi yang merupakan satu daripada nilai-nilai aspirasi 1Malaysia dapat diserapkan kepada diri setiap pelajar melalui aliran Rekonstruktivisme yang dipilih. Budaya inovasi merujuk kepada kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Aliran Rekonstruktivisme menggalakkan pendekatan induktif yang mana pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku secara dua hala. Hal ini bermaksud pelajar juga berhak untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka sewaktu di sekolah. Melalui pendekatan ini, bukan guru sahaja yang perlu membuat inovasi dalam P&P malahan pelajar juga boleh turut menyumbang idea-idea yang bernas untuk meningkatkan lagi kualiti P&P dalam sesebuah sekolah.

You might also like