You are on page 1of 5

HBEF3103/BETESL/SEPT08/F-NE

BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Nyatakan perbezaan utama di antara teori kognitif dan konstruktivis. (2)

2.

Nyatakan DUA prinsip kognitif yang boleh diterapkan semasa mereka bentuk suatu bahan pengajaran. (2)

3.

Nyatakan dengan jelas enam peringkat dalam Taksonomi Bloom daripada aras rendah kepada aras tertinggi. (2)

4.

Lakarkan satu carta aliran penyediaan media pengajaran bagi satu topik kecil dalam apa jua mata pelajaran. (2)

5.

Terangkan bagaimana persekitaran bilik darjah dapat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. (2)

6.

Berikan satu contoh soalan yang menunjukkan peringkat aplikasi dalam aras Taksonomi Bloom. (2)

7.

Huraikan DUA prinsip dalam mereka bentuk visual. (2)

8.

Terangkan secara ringkas salah SATU jenis kemahiran berfikir. (2)


1

HBEF3103/BETESL/SEPT08/F-NE

9.

Bandingkan di antara ganjaran dengan hukuman. (2)

10.

Nyatakan langkah perlaksanaan teknik CAF (Ambil Kira Semua Faktor) dalam CoRT I. (2) (Jumlah: 20)

HBEF3103/BETESL/SEPT08/F-NE

BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

(a)

Bandingkan domain teknologi pengajaran 1977 dengan teknologi pengajaran 1994. (10)

(b)

Bincangkan perbezaan di antara teknologi pengajaran dan media pengajaran. (5)

(c)

Bincangkan peranan yang dimainkan oleh teknologi pengajaran dalam pengajaran masa kini. (5) (Jumlah: 20)

2.

(a)

Terangkan perbezaan di antara pengajaran dan pembelajaran. Berikan SATU contoh situasi pengajaran dan pembelajaran. (8)

(b)

Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran. (8)

(c)

Bincangkan perbezaan di antara reka bentuk pengajaran tradisi dan sistematik dalam aspek berikut: (i) objektif pembelajaran (2) (ii) penilaian (2) (iii) pengredan (2) (iv) strategi pengajaran (2) (Jumlah: 20)

HBEF3103/BETESL/SEPT08/F-NE

3.

(a)

Model reka bentuk pengajaran boleh digunakan sebagai panduan untuk mereka bentuk suatu pengajaran samada secara tradisi atau menggunakan teknologi. Pilih SATU model yang anda fikirkan sesuai untuk merekabentuk suatu pengajaran bagi tujuan penggunaan di dalam kelas. Anda boleh memilih satu topik kecil sebagai contoh untuk menyokong jawapan anda. (i) Bincangkan DUA komponen yang anda fikir mesti diambilkira dalam fasa analisis. (ii) (4) Bincangkan TIGA komponen yang anda fikir perlu diambil kira dalam fasa rekabentuk.

(b)

(6) Jika anda merekabentuk suatu pengajaran bagi tujuan pengunaan di sekolah menengah, bincangkan DUA prinsip Kognitif dan DUA prinsip Konstruktivis yang akan anda ambilkira dalam reka bentuk itu. (10) (Jumlah: 20)

4.

(a)

Soalan dan Penyoalan merupakan sejenis alat berfikir yang amat berguna pada masa kini. (i) Bincangkan bagaimana alat berfikir ini dapat membantu dalam proses berfikir. (ii) (3) Bincangkan tiga kategori soalan dengan memberikan contoh bagi setiap kategori soalan.

(b)

(3) Terangkan apa yang dimaksudkan dengan kemahiran penyelesaian masalah. (3)

(c)

Anda adalah seorang guru teknikal di sebuah sekolah menengah. Anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana (master) pada tahun ini. Akan tetapi anda tidak mempunyai wang simpanan yang secukupnya untuk sambung belajar. Sekirannya ingin mendapat biasiswa kerajaan, anda terpaksa tunggu 3 tahun lagi. Gunakan APC untuk menyelesaikan masalah anda. (5) (Jumlah: 20)

HBEF3103/BETESL/SEPT08/F-NE

BAHAGIAN C

ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Strategi pengajaran/pembelajaran dipilih pada fasa reka bentuk apabila mereka bentuk bahan pengajaran yang berkesan. Strategi yang dipilih boleh berasaskan kepada teori tingkahlaku, kognitif atau konstruktivis. Bincangkan dan reka bentuk suatu rancangan pengajaran dengan menggunakan suatu strategi yang spesifik (contohnya Model Needham, Gagne Events of Instruction atau Pembelajaran Berasaskan Masalah) bagi tujuan penggunaan dalam kelas. Anda boleh memasukkan beberapa papan cerita anda. (Jumlah: 20)

2.

(a)

Seorang guru yang baik adalah seorang guru yang mengajar dengan berkesan. Bincangkan LIMA ciri bagi seorang guru yang berkesan. (10)

(b)

Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar? Terangkan komponen-komponen (persediaan, penyampaian dan penutup) dalam persediaan mengajar. (10) (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like