You are on page 1of 147

Adilla Tasha

Bab 1
terjaga.

INGGG ringgg. Bunyi jam loceng di hujung kepala membuatkan aku

Kenapalah jam ni berbunyi masa aku sedang enak dibuai mimpi... bisikku sendiri sambil mata masih terpejam. Satu dua tiga. Aku membilang masa dan kedengaran satu suara. Hanim... bangun nak, dah subuh ni! Lantang suara itu dan disusuli dengan bunyi ketukan di pintu. Hanim dah bangun, mak. Sekejap lagi Hanim keluar! Aku menolak malas selimut yang menutupi tubuhku. Kucapai tuala mandi di ampaian dan keluar menuju ke bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan bilikku. Oiii!!! Sejuknya!!! luahku lemah tetapi kesejukan yang menggigit tubuh ini harus kulontar jauh-jauh demi membolehkan aku menunaikan kewajipan pada Yang Esa.

Dosa Semalam

MAK masak apa ni, harumnya bau! pujiku sekali gus mengusik mak pagi-pagi begini. Bau aje, bukan nak menolong... keluh mak, sengaja. Aku hanya tersenyum dan memeluk mesra bahu mak. Dah kejut adik-adik? tanya mak sambil menumis cili di dalam kuali. Dah... cuma alang tu liat sikit nak bangun, mak. Itu pun Hanim jerit kat telinga dia, baru bergerak sikit, aduku pada mak. Memang di kalangan adik-beradik, alang agak degil dan suka memberontak berbanding angah, Harun dan Hamdan. Jangan buat begitu, tak baik. Kalau kita tunjukkan tauladan tak elok dengan adik-adik, nanti mereka akan terikut-ikut dengan perangai kita. Nasihat mak lembut masuk ke telingaku. Begitulah mak yang penuh kelembutan dalam mendidik dan menjaga rumah tangganya. Hanim mintak maaf mak, lain kali Hanim tak buat lagi, akurku bersama sebuah janji. Kukucup pipi mak penuh kasih sayang. Mak tersenyum. Hanim kerja hari ni? Mak yang sedang mengacau bihun di dalam kuali bertanya. Kerjalah, mak. Lagipun hari ni Dato Hassan ada meeting. Kalau Hanim tak ada, tentu dia kelam-kabut, luahku sambil mencapai tuala kecil yang digunakan untuk mengelap meja.

Adilla Tasha

Mak yang sibuk sedari tadi hanya memandangku sekilas. Capaikan mak botol kicap tu, Nim, arah mak. Aku segera mengambil botol kicap yang terletak di atas para dan menyerahkan kepada mak. Kuteliti kerja mak dengan penuh minat. Kalau mak memasak memang tiada siapa yang boleh menandinginya. Hasil tangannya bagaikan ada jampi serapah kerana walaupun aku sudah kenyang sepulang dari kerja, tetapi bila melihat sahaja masakan mak secara tiba-tiba perutku menjadi lapar semula. Baguslah Hanim... kerja elok-elok. Nasib baiklah Dato Hassan nak ambil Hanim bekerja sebagai pembantunya. Kalau diikut dari sijil Hanim, mak rasa Hanim tak layak kerja dengan Dato Hassan tu. Aku tahu mak dan abah banyak berkorban untukku. Walaupun aku layak untuk menyambung pelajaran, tetapi nasib tidak menyebelahiku. Abah tidak mampu membiayai pengajianku di menara gading. Sijil SPM berpangkat satu masih kemas berada di dalam simpananku. Memang aku akui dengan sijil tersebut aku boleh memohon biasiswa, tetapi dalam masa menanti pengeluaran biasiswa tersebut, di mana aku nak cekau (ambil) duit untuk menampung perbelanjaanku di sana? Pekerjaan abah sebagai pengawal keselamatan dan menanggung lima orang anak sudah cukup membebankannya. Aku kagum dengan semangat abah yang tidak pernah mengeluh dalam membina sebuah kehidupan yang agak teratur untuk keluarganya. Hanya aku sahaja yang meminta agar abah faham dengan niat suciku untuk membantunya. Walaupun ditentang pada mulanya, namun akhirnya mak dan abah terpaksa akur dengan kedegilanku.

Dosa Semalam

Hai! Pagi-pagi dah termenung. Fikirkan apa? Apa yang ada di fikiranku terbang serta-merta bila suara mak memecah kedinginan pagi. Tak ada apalah, mak. Hanim cuma terfikir, tak tahu berapa lama lagi Dato Hassan tu perlukan khidmat Hanim. Projek di Manjung ni pun dah hampir siap. Lain yang kufikir, lain pula yang kujawab. Aku tahu Dato Hassan mengambil aku bekerja kerana dia rasa terhutang budi denganku yang pernah menolongnya ketika keretanya rosak semasa mula-mula dia sampai di kampung ini. Aku yang agak mudah belas kasihan tanpa segan-silu mencari Si Kamil, mekanik kampung yang juga sepupuku untuk melihatkan kalau-kalau dia boleh membaiki kereta Dato Hassan. Alhamdulillah, kerana pertolongan yang sedikit itulah Dato Hassan mengenangnya hingga kini. Kerja sajalah, Nim. Kalau sampai masa Dato Hassan tak perlukan Hanim lagi, barulah fikirkan cara, usul mak. Hanim nak pergi bersiaplah, mak. Kalau lambat nanti, kena tinggal bas pulak. Aku memohon diri setelah menolong mak mengatur pinggan di atas meja. Hah, pergilah. Cepat sikit, boleh sarapan dengan abah sekali, kata mak. Aku hanya mengangguk dan berlalu menuju ke bilikku. Kerja sebagai pembantu kepada Dato Hassan mengajar aku tentang sebuah perjuangan. Dato Hassan tidak kedekut menghulurkan ilmu kepadaku. Sering kali dia mengingatkanku bahawa walau setinggi mana pun ilmu yang kita tuntut, kalau tidak tahu menggunakan akal fikiran, tidak berguna kita belajar hingga ke hujung dunia. Walau sijil

Adilla Tasha

berkepuk di dalam laci, kalau akal pendek, sijil itu umpama kertas sahaja. Aku menjadikan kata-katanya sebagai azimat. Mempunyai majikan seperti Dato Hassan adalah satu rahmat yang tidak ternilai. Dia tidak cerewet dan aku boleh berbincang dengannya kalau ada sebarang masalah tentang kerja. Pesannya juga, jangan malu untuk bertanya daripada kita berlagak pandai. Sikap ramahnya dengan kakitangan di cawangan ini memang tiada siapa boleh nafikan. Kami sentiasa kagum dengan peribadinya yang tidak memilih siapa pun untuk didampinginya. Tanggungjawabnya kepada keluarga membuat aku memandang tinggi kepadanya. Setiap hujung bulan dia akan pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan keluarganya. Kadangkala Datin Kalsom akan datang ke daerah Manjung ini untuk berada di sisinya. Anak-anaknya yang seramai empat orang itu masing-masing sudah berkerjaya dan ada yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi, tetapi mereka sering menelefon Dato Hassan untuk bertanya khabar berita. Anak-anaknya juga berbudi pekerti mulia seperti dia dan isterinya. Mereka sekeluarga kaya dalam serba-serbi. Hanya aku saja, Nurul Hanim Hamidi yang masih merangkakrangkak dalam membentuk kehidupan dan hala tujuku.

ASSALAMUALAIKUM Hanim. Pagi-pagi dah termenung, ingatkan siapa? Cik abang ke? tegur Dato Hassan. Aku yang termangu sambil memegang pen, terkejut. Spontan kuhadiahkan senyuman seraya memandang Dato Hassan yang memang suka sangat menyakat aku. Waalaikumussalam, Dato. Maafkan saya. Tak

Dosa Semalam

perasan Dato masuk tadi. Aku cuba menutup kegugupan diri walaupun pipi sudah merona merah bila Dato Hassan masih tersenyum memandangku. Itulah, asyik ingat cik abang saja, mana nak perasan saya masuk... usik Dato Hassan lagi. Mana ada Dato ni, ke situ pula! Siapalah nakkan saya ni, Dato. Harta tiada, rupa apatah lagi. Aku membalas usikannya walaupun jauh di sudut hati, aku terpaksa mengakui bahawa itulah kebenarannya. Hanim Hanim. Siapa kata Hanim tak cantik? Kalau isteri saya benarkan saya buka cawangan baru, dah lama Hanim saya pinang. Usikanku spontan dibalas oleh Dato Hassan. Amboi! Beraninya, Dato. Kalau Datin ada, mesti dah kena tarik telinga, gurauku dan kutahu kata-kata tersebut hanya untuk menceriakan suasana pagi kami. Eh... salah cakap pulak. Yang sebenarnya saya nak cakap kalau anak lelaki saya belum kahwin lagi, mesti saya jadikan awak menantu, usik Dato Hassan lagi. Dato ni dah mulalah tu. Aku terasa segan bila Dato Hassan mula menyentuh gurauan yang sering kami luahkan pada setiap kali berbicara. Apa yang dipandangnya pada diri yang serba kekurangan ini tidak aku ketahui, tetapi Dato Hassan sering memujiku yang masih menjaga adat ketimuran dan sopan santun dalam pergaulan seharian. Katanya di zaman yang membangun ini sukar untuk berjumpa dengan anak gadis yang serupa denganku. Ha ha tingginya lif Dato tekan untuk menaikkan sahamku. Okeylah saya kalah.

Adilla Tasha

Dato Hassan akhirnya menutup perbualan kami dengan rasa bersalah. Baiklah, apa yang perlu saya buat hari ini? tanya Dato Hassan sambil menolak pintu biliknya. Aku segera bangun mengikut langkah Dato Hassan. Beg bimbitnya diletakkan di sebelah meja dan mula duduk di kerusi empuknya. Okey apa agenda saya hari ni? Dato ada temu janji dengan Encik Rajakrisnan dari syarikat Raj & Son Sdn. Bhd. di tapak projek jam sebelas pagi. Jam satu petang ada temu janji makan tengah hari di Hotel Singgahsana di Ipoh dengan Encik Lim yang loyar buruk tu, dan pada sebelah petang ada mesyuarat dengan semua pegawai di sini berkenaan laporan bulanan mereka, beritahuku dan mengangkat wajah lantas terpandang wajah Dato Hassan yang sedang tersenyum. Kenapa Dato tersenyum ni, sakit ke? Aku benar-benar pelik dengan telatah Dato Hassan hari ini. Pergaulan kami yang agak rapat menjadikan aku suka mengusik Dato Hassan tidak kira masa. Tetapi aku sentiasa menjaga gurauanku agar tidak melanggar benteng yang ada di antara aku dan Dato Hassan. Apa yang awak anti sangat dengan Encik Lim tu, Hanim? tanya Dato Hassan, masih tersenyum. Bukan saya anti, tetapi Encik Lim tu gatal nak mampus! Cepat-cepat aku menutup mulut yang kurasakan agak celopar kali ini. Awak jangan Hanim... awak marah-marah orang suatu hari nanti awak akan jatuh cinta dengan orang tu baru awak tahu! usik Dato Hassan lagi.

Dosa Semalam

Idak le teman sio, yop. (Saya tak ingin, abang long). Tak sanggup teman. Entah kenapa loghat negeri terkeluar dari mulutku. Pecah ketawa Dato Hassan bila melihat cara aku bercakap. Memang kuakui yang mulutku ini kadangkala tidak boleh dikawal. Dato nikan, malaslah saya nak layan. Baik saya keluar dulu. Malu dengan kealpaan diri, aku segera meninggalkan Dato Hassan yang masih ketawa sambil menggeleng kepala. Kerja yang menambun sambil mengatur setiap janji temu Dato Hassan kadangkala membuatkan aku terlupa waktu makan. Aku sering menyuruh Khatijah membungkus roti atau kuih untuk aku mengalas perut sebelum sampai ke rumah. Bukan tidak pernah kawan-kawan di pejabat ini menegur aku yang jarang menyertai mereka keluar makan. Bagiku di kawasan Manjung ini, apa yang hendak dipilih sangat pasal makanan kerana semuanya sama, lainlah kalau di Ipoh. Jadi lebih baik aku makan masakan mak di rumah. Selamat duit dan selamat tenaga. Telefon yang berbunyi di atas meja mematikan lamunanku. Selamat tengah hari, Bersatu Holdings Berhad di sini. Walaupun malas untuk menjawab panggilan pada waktu makan tengah hari begini, kugagahkan juga. Takuttakut ada panggilan yang mustahak. Apatah lagi telefonku sudah diprogramkan untuk menerima panggilan ketika waktu rehat. Boleh I bercakap dengan Dato Hassan? Suara di hujung talian bergema sebaik sahaja aku habis menjawab.

Adilla Tasha

Maaf encik, Dato Hassan tiada. Boleh saya tahu siapa di talian? tanyaku sambil membuka buku catatan untuk mengambil nama pemanggil tersebut. Kalau begitu, sambungkan kepada setiausahanya, arahnya tanpa memberikan aku jawapan. Sayalah setiausahanya, jawabku selamba. Hatiku mula dihambat rasa geram dengan caranya memberi arahan. Oh you setiausahanya. I ingatkan you ni penyambut tetamu. Dari nadanya aku tahu dia menyindirku. Boleh saya tahu nama encik? Aku cuba mengawal suaraku walau dada ini rasa bergelojak. Ada yang kena hamput dengan aku ni.... You siapa nama? Aku pula ditanyanya. Takkan setiausaha pada seorang Dato tiada nama pula? Mungkin dia ini sengaja hendak menyalakan api kemarahanku. Tenang, Hanim... tenang. Banyakkan bersabar. Tarik nafas perlahan-lahan. Aku cuba menenteramkan diriku sendiri. Saya, Nurul Hanim. Boleh saya tahu siapa nama encik? Aku masih cuba mengawal keadaan. Nada suaraku juga cuba dilembutkan. Aku tidak mahu merosakkan nama Dato Hassan di mata orang luar. Sedangkan Encik Lim yang gatal bolehku handle, apatah lagi lelaki yang tidak bernama di hujung talian ini. Nurul Hanim. Hmmm... sedap nama tu sesedap suara di hujung sana. Aku mendengus keras bila mendengar bicara

Dosa Semalam

lembut suara di hujung talian itu. Ulat bulu dah naik daun. Gatalnya jaga kau! Kalau encik tidak nak beritahu nama encik, lebih baik saya letakkan telefon ni. Aku gagal mengawal kemarahanku. I tak tahulah... bila dengar suara you, nama I sendiri pun I terlupa. Aduh! Berombak dadaku mendengar jawapan yang kurang bernas ini. Minta maaf encik yang terlupa nama ni. Di dompet encik ada kad pengenalan tak? Kalau ada, encik cuba eja nama encik perlahan-lahan. Kemudian encik tulis di dahi encik. Mesti encik terlupa nama ni akan ingat sampai bilabila nama encik, ajarku geram. You marah? Geramnya bila orang di sana masih cuba mencurah minyak padaku. Taklah, saya suka sangat-sangat. Bibir kuketap untuk menahan lahar gunung berapi yang mula hendak mengalirkan haba. Kalau you marah, nanti bila I sampai sana, I belanja you makan, okey? Kalaulah orang ini ada di hadapanku, mungkin kepalanya sudah lama aku luku. Tak pun akan kulastik dengan lastik Si Hamdan. Tak perlulah, encik. Simpan saja duit encik tu. Nanti nak buat kad pengenalan baru kena caj sebab nak bayar duit pencarian identiti encik, luahku, geram. Alah... janganlah begitu, wahai Nurul Hanim. I kalau dah berjanji, I akan kotakan. Oh ya you cakap dengan

10

Adilla Tasha

Dato Hassan, Ariff Aris telefon dan minta Dato call I semula, ya Hanim sayang.... Terdengar suara itu tertawa sebelum talian diputuskan. Tergamam aku seketika dengan luahan bersahaja lelaki itu. Ariff Aris. Bisikku perlahan dan nama itu seakanakan telah sebati dengan lidahku.

11

Dosa Semalam

Bab 2
KU ingin pulang awal hari ini. Seluruh tubuhku terasa amat letih dengan kerja-kerja yang bertimbun. Namun memandangkan Dato Hassan masih bermesyuarat, segala keinginanku terbantut. Nasib baiklah Dato Hassan menyuruh Khatijah mengambil minit mesyuarat, kalau tidak entah pukul berapa aku kena menunggu. Sudah menjadi kelaziman Dato Hassan, jika sehingga pukul enam setengah beliau masih tidak keluar dari bilik mesyuarat lagi, aku dibenarkan pulang kerana beliau faham yang aku terpaksa mengejar bas. Bukan tidak pernah Dato Hassan mempelawa untuk menghantar kupulang, tetapi aku menolak dengan baik. Aku tidak mahu abah dan mak menjadi umpatan jiran tetangga apatah lagi mak long yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mak long yang merupakan kakak kepada abah suka mencari silap kami adik-beradik. Kalau bercakap macam dia tidak mempunyai anak dara. Sering kali aku disindirnya tetapi kupekakkan telinga. Kalau aku menjawab nanti, nama abah dan mak juga disebutnya tidak pandai menjaga anak.

12

Adilla Tasha

Ting! Terkejut aku bila loceng berbunyi menandakan bas yang aku naiki ini akan berhenti di perhentian rumahku. Nasib baik ada orang mahu turun di perhentian yang sama, kalau tidak terlajaklah aku ke perhentian seterusnya. Aku mengatur langkah perlahan-lahan sambil memerhati keadaan sekeliling. Beg di tangan kukepit bawah ketiak. Bekal yang telah kosong kumasukkan ke dalam beg plastik hijau muda. Aku suka dengan pemandangan di taman perumahan ini. Walaupun rumah kampung tidak dapat dilihat di sini lagi, tetapi semangat kemasyarakatan tetap tebal di jiwa penduduk yang majoritinya orang Melayu. Cuma bila melewati satu kumpulan budak kampung yang suka melepak di simpang masuk ke lorong rumahku, membuat langkahku menjadi lemah. Aku sering diganggu dengan gelagat dan siulan nakal mereka. Hai kak long, baru balik ke? Aku tidak menghiraukan sapaan itu kerana sudah lali dengan suara nakal salah seorang daripada mereka. Mereka ini memang tidak pernah serik. Sudah banyak kali aku mencebik, tetapi masing-masing seperti tidak ada perasaan. Langsung tidak pernah menghiraukan kejelikanku memandang mereka. Tidak ada kerja lain agaknya. Nak abang temankan? tambah seorang lagi. Aku memandang sekilas dengan rasa meluat yang tidak dapat kugambarkan. Hati tidak usah ditanya. Bengkak semacam. Tiba-tiba langkahku dihalang oleh seorang lelaki berbaju kuning cair yang mula-mula mengusikku tadi. Kenapa awak sombong sangat dengan saya? Aku memandang tajam wajah yang menghalang langkahku. Rasa hendak kutumbuk mukanya tetapi aku tahu

13

Dosa Semalam

setakat mana tenagaku. Jika aku melawan, apa-apa sahaja boleh terjadi. Sorotan mataku yang tajam ditambah rasa yang berbuku membuat lelaki tadi berundur perlahan-lahan. Saya akan dapatkan awak suatu hari nanti. Itu janji saya. Berani sungguh lelaki itu berkata demikian di hadapan rakan-rakannya dan lantas disambut dengan tepukan gemuruh. Aku menjeling dan segera menyambung langkahku. Tak guna punya lelaki! Hanya itu yang boleh dibuatnya. Cuba kalau suruh azan di masjid, entah boleh entahkan tidak. Langkahku yang laju tadi menjadi perlahan bila aku ternampak dua orang budak perempuan yang sedang berbual mesra dengan dua remaja lelaki yang sedang bertenggek di atas motosikalnya. Nak kena budak-budak ni! Hati yang sudah surut dengan rasa geram tadi kembali terbakar bila melihat gelak ketawa mereka. Along! Ada bawak apa-apa untuk kami? tanya Harun yang sedang leka bermain guli bersama Hamdan di halaman rumah. Sorrylah dik, along nak cepat tadi takut tertinggal bas, terangku sambil membuka kasut. Alah, along ni teruklah. Tak nak kawanlah! rajuk Hamdan dengan mimik wajah yang mencuit hatiku. Malam ni along belanja. Kita pergi pasar malam, ek? janjiku. Memang aku sudah berangan-angan untuk mengajak mak dan adik-adikku untuk membeli barangan dapur. Aku hendak menolong abah setakat yang aku mampu. Yahooo!!! jerit Hamdan dan Harun gembira.

14

Adilla Tasha

Aku hanya tersengih suka melihat kegembiraan yang terpancar di wajah adik-adikku. Pergi mandi. Mak mana? tanyaku bila melihat kelibat mak tiada di hadapan mata. Selalunya mak cukup suka duduk di pangkin kayu di halaman rumah sambil menunggu kepulangan aku atau abah. Mak ada kat dalam. Laju Harun menjawab sambil mengutip guli-guli yang bertabur. Hamdan membantu memasukkan ke dalam uncang yang sudah kusam. Assalamualaikum mak, Hanim dah balik. Mak! Mak! Aku segera masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur mencari mak. Kasut di tangan masih kujinjing. Waalaikumussalam, kenapa ni Hanim? Kelamkabut aje. Kasut tu nak dibawak ke mana? Mak yang baru selesai mandi menyapaku hairan. Alamak! Terlupa pulak! Aku segera menyimpan kasut di rak kasut belakang pintu. Mana angah dan alang mak? Aku segera bertanya walaupun aku tahu di mana mereka. Entah! Tadi katanya nak ke kedai, tak balik lagi agaknya, jawab mak sambil berlalu masuk ke dalam bilik untuk memakai baju. Kuperhatikan meja kopi di ruang tamu yang dipenuhi dengan majalah-majalah fesyen. Ini tak lain kerja si alang. Adik aku yang satu ini suka sangat mengumpul majalah tetapi tidak tahu menyimpannya setelah dibaca. Nasib baik majalah itu diperoleh dari simpanan duit belanjanya. Kalau masih hendak meminta dari abah dan mak, tahulah aku hendak mengajarnya.

15

Dosa Semalam

Korang berdua ni dari mana? sergahku bila melihat angah dan alang yang baru melangkah ke dalam rumah. Wajah angah berubah pucat bila melihat aku sudah berdiri di tengah rumah. Terkebil-kebil dia memandangku, manakala alang hanya menjeling tajam. Pergi ke kedailah. Alang menjawab acuh tak acuh. Entah kenapa perhubunganku dengan adikku yang seorang ini sering bermasalah. Nurul Halisa sering menguji kesabaranku. Pergi kedai ke atau melayan jantan? Kukeluarkan rasa terbuku di hati sejak melihat gelagat mereka tadi. Jangan ingat aku mahu mendiamkan diri atas tingkah mereka yang kurasa sudah melampau sebagai anak gadis. Nurul Hanimmm! Apa Hanim cakap tadi? Mak keluar bila mendengar bahasaku yang agak kasar. Dipandang wajah anak-anaknya satu per satu. Makkk! Masa Hanim balik tadi, Hanim nampak angah dan alang ni seronok sangat layan dua budak lelaki di simpang hujung masuk ke rumah kita. Hari dah nak senja tapi masih bersidai kat tepi jalan. Nasib baik radio karat tu tak nampak. Kalau tak, nama mak dan abah jugak yang dijajanya. Cukup-cukuplah apa yang dikatanya selama ni.... Aku terangkan pada mak agar mak tidak menyalah anggap akan teguranku pada adik-adik. Bukan niatku untuk mengadu itu ini, tetapi cara mereka tadi memang tidak sedap mata memandang. Apatah lagi kami duduk dalam masyarakat yang memang mengenali antara satu sama lain. Lainlah kalau duduk di bandar-bandar besar. Hendak buat apa pun orang sekeliling tak endah. Mati keras dalam rumah pun tiada siapa ambil peduli.

16

Adilla Tasha

Betul angah... alang? Betul apa yang kakak kamu cakapkan ni? Mak memandang angah yang hanya tunduk memandang lantai. Memang begitulah dia. Nurul Hanis seorang gadis yang akan diam membisu kalau dia bersalah tetapi yang lagi seorang ini, akan membangkang segala apa yang aku cakapkan. Alah, kami jumpa kawan saja. Takkan itu pun tak boleh? Sengaja alang mengundang rasa marahku. Cuba kau ulang sekali lagi? Aku sepak mulut kau nanti baru kau tahu tinggi rendahnya langit ni. Sikap kurang ajar alang membuatkan darahku sentiasa membuak-buak naik. Sebagai anak sulung, memang menjadi tugasku menegur apa yang perlu dan memikul tanggungjawab abah sementara abah tiada di rumah. Tambahan pula mereka berdua masih di alam persekolahan lagi. Tidak perlu bersidai di merata tempat untuk meraih perhatian lelaki. Sudahlah Hanim, tak baik bergaduh adik-beradik. Lagipun Hanim penat, kan? Lembut mak memujukku. Rasa marah terbang menghilang bila mendengar suara mak merayu. Hanis, Halisa... pergi masuk mandi. Panggil Harun dan Hamdan sekali. Sediakan tempat, kita mengaji bersama. Hanim tolong mak ajar Harun dan Hamdan. Arahan mak yang tegas membuat adik-adikku yang berdua itu segera angkat kaki. Memang sudah menjadi kelaziman mak untuk mengajar kami adik-beradik mengaji al-Quran. Macam bagus sangat!

17

Dosa Semalam

Sempat menyindirku.

aku

menangkap

bicara

alang

yang

Hanim! Pergi masuk bilik Hanim. Suara mak mematikan pergerakanku yang mahu mengekori alang untuk membuat perhitungan. Dan satu lagi, tak baik panggil mak long tu radio karat. Aku diam membisu bila ditegur begitu. Aku akui itu memang salahku tetapi memang mulut mak long bagaikan DJ radio yang tidak pernah berhenti menjaja cerita orang lain.

18

Adilla Tasha

Bab 3
Aku yang leka menatap komputer mengangkat muka bila mendengar suara Shimah, penyambut tetamu di syarikat ini dari corong telefonku. Memang sudah menjadi kebiasaan Shimah untuk terus memanggil namaku daripada menanti aku mengangkat gagangnya. Dato belum balik mesyuaratlah. Dia ada buat temu janji ke? Tanganku lincah mengangkat gagang telefon sambil segera menyelak diari yang mencatatkan semua temu janji Dato. Mungkin aku terlepas pandang. Dadaku mula berdebar, takut jika aku yang terlepas pandang. Nahas! Dia kata, dia tak ada buat temu janji pun... tapi kalau Dato tak ada di pejabat, dia nak berjumpa dengan kau, terang Shimah bersahaja. Jumpa dengan aku? Kau kenal ke dengan orang tu? Hatiku mula diterpa kehairanan. Siapa pulak yang nak jumpa aku ni? Aku kenal ke?

ANIM, ada orang nak jumpa dengan Dato.

19

Dosa Semalam

Aku pun tak pernah tengok lelaki ni, bisik Shimah. Mungkin orang itu berada di hadapannya kini. Sepanjang bekerja di sini, aku tidak pernah berurusan dengan rakan seperniagaan Dato Hassan selagi tiada arahan daripadanya. Cepatlah! Dah lama orang tu tunggu. Sergahan Shimah segera menyapu tanda tanya di dalam fikiranku. Okeylah, suruh orang itu naik. Shimah segera meletakkan gagang setelah mendapat persetujuanku. Hati ini rasa berdebar-debar menanti siapakah insan misteri ini. Hai Nurul Hanim... sapa seorang lelaki di hadapanku. Pelik! Jenuh aku memerah otak memikirkan bagaimana lelaki ini tahu namaku. Bila masa pula aku berkenalan dengan lelaki ini? Setahu aku dia tak pernah datang ke pejabat Dato sebelum ini. Lelaki di hadapanku pula sedari tadi asyik menjual giginya. Tersengih macam kerang busuk bila memandang wajahku. Maaflah! Encik hendak berjumpa dengan Dato ke? Tapi Dato dah keluar. Lagipun mengikut list saya ini, tiada apa-apa appointment pun waktu ini. Aku cuba berlagak selamba. I tahu Dato tak ada. I cuma nak berjumpa dengan gadis yang bernama Nurul Hanim ini. Senyumannya masih bermain di bibir. Encik ni, siapa? Tidak senang duduk aku bila melihat tingkah laku lelaki yang berada di hadapanku ini. Kukerling melihat teman-teman yang duduk agak berjauhan dari mejaku bagi

20

Adilla Tasha

memastikan keadaan. Kalau apa-apa terjadi, senang aku hendak menjerit atau melarikan diri. Aku segera menjarakkan diri bila lelaki itu mendekatki sisi meja. Macam orang gatal sahaja. Aku terus bangun untuk memastikan segalanya terkawal dan senang untuk aku bertindak. Betul jangkaan I. You ni mesti cantik, cantik semula jadi, bisiknya perlahan. Aku segera memalingkan wajah agar lelaki itu tidak dapat mengesan pipiku yang sudah bertukar merah. Hangat. Apa yang encik merepek ni? Hatiku benar-benar sebal dengan apa yang kuhadapi ketika ini. Nurul Hanim... hmmm cantik pada nama, cantik pada wajah dan cantik pada budi pekerti. Perlahan lelaki itu melontarkan kata-katanya. Bagai disusun-susun. Aku tergamam dengan sikap selamba lelaki di hadapanku. Hanim, sedarlah! Jangan jatuh dalam pujian ini, hati berbisik, mengingatkanku. Encik ni siapa? Dari mana encik tahu nama saya? Keras aku menyoalnya. Hai! Baru tadi I puji, you dah bertukar rentak pulak? usik lelaki ini sambil tersenyum lebar. Tersusun mutiara putih dari bibirnya yang merekah itu. Lelaki itu segera berpaling mengatur langkah dan duduk di sofa tetamu. Dia buat hal pulak! Ya Allah! Kenapa pulak dia duduk di situ? Rasa hendak menjerit bila lelaki itu masih berlagak selamba tanpa memperkenalkan dirinya. Kalau aku berkasar, nama Dato Hassan yang akan tercemar... tetapi kalau aku tidak

21

Dosa Semalam

mengambil tahu secara terperinci berkenaan sesiapa yang berurusan dengan Dato Hassan, terasa aku tidak menjalankan tugas dengan sempurna pula. You sambunglah buat kerja tu, I akan duduk di sini sampai Dato pulang... terang lelaki itu sambil tangannya mencapai surat khabar di atas meja kopi. Tapi encik belum beritahu nama encik. Aku harap kali ini pertanyaanku akan terjawab. Nama I tak penting, Yang penting I dah dapat jumpa you, lihat wajah you. Cantiknya! jawabnya sambil mengenyit mata. Sesak dadaku hendak bernafas bila perbuatannya yang tidak diduga itu berjaya mengundang rasa resahku. Suka hati awaklah mamat oiii...! Malas aku nak layan. Tenggelamlah kau dengan kata-kata romeo kau tu, bisikku sendiri dan mula meneruskan tugasku semula. Aku segera menunduk dan berpura-pura meneliti kertas yang memang ada di atas meja. Lantaklah kalau dia tidak mahu kenalkan dirinya, lebih baik aku simpan suaraku daripada melayan lelaki ini yang entah muncul dari planet mana. Untuk menjaga nama syarikat, aku segera menyediakan air Nescafe untuk lelaki itu dan kembali menyambung kerja. Sedapnya!!! Sempat lelaki itu memuji sambil merenungku gatal. Aku tidak mengendahkannya lantas merenung kembali skrin komputerku untuk menyiapkan kerja. Aku tenggelam dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Bila terasa lenguh, aku memicit-micit tengkuk dan tiba-tiba tanganku terhenti bila pandanganku bersatu dengan lelaki itu yang sedang tersenyum melihat segala gelagatku.

22

Adilla Tasha

Aduh ada orang rupanya. Macam manalah aku boleh terlupa dengan makhluk Allah di depan ni? Pandangannya masih tidak beralih dan matanya masih merenungku. Aku tidak mempedulikannya tetapi di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa malunya aku. Untuk menutup rasa gugup dan malu, aku segera bangun menuju ke tandas. Lama aku berada di tandas bagi meredakan hati ini. Kenapa jiwa aku resah sebegini? Selama ini tidak pernah aku lalui semua ini. Adakah perasaan ini disebabkan oleh pujian-pujian dan bisikan lelaki itu yang sedang menggoncang jiwaku? Adakah sudah sampai masanya hatiku diseru untuk mengenali apa itu cinta? Sebaik sahaja aku menghampiri tempatku semula, kelihatan Dato Hassan sedang berbual mesra sambil tangannya menepuk bahu lelaki itu bagaikan bapa dengan anak dan mereka hilang di balik pintu sebelum aku sempat menerangkan kedatangan lelaki tanpa nama itu. Setahu aku, lelaki itu bukanlah zuriat Dato Hassan kerana aku kenal semua anak Dato Hassan. Siapakah gerangan mamat tidak bernama itu? Hampir dua jam mereka berada di dalam bilik Dato Hassan, aku kian diundang rasa hairan bila Dato tidak memanggilku seperti biasa untuk mendapatkan sebarang fail yang diperlukan. Selalunya kalau ada tetamu berjumpa dengan Dato, mesti Dato akan meminta itu ini. Baiklah, nanti uncle akan suruh Hanim sediakan semuanya. Aku terdengar namaku disebut bila kedua-dua lelaki itu keluar dari bilik Dato Hassan. Kenapa namaku disebut pula ni? Macam ada pakatan aje? Hati melonjak-lonjak ingin tahu.

23

Dosa Semalam

Okeylah, kita jumpa seminggu dari sekarang. Tangan lelaki itu bertaut dengan tangan Dato Hassan. Aku hanya menjadi pemerhati tanpa berniat untuk menyampuk. Memang tidak sopan jika aku terus bertanya tanpa arahan Dato. Oh hampir terlupa, kenalkan ini PA uncle, Nurul Hanim. Aku bangun bila Dato Hassan memperkenalkan diriku kepada lelaki itu. Tidak perlu kenalkan diriku lagi kerana lelaki ini sudah tahu namaku, hanya lelaki tanpa nama ini sahaja yang masih berat hendak memberitahu namanya. Saya dah berkenalan pun dengan PA uncle ni. Hanimmm celah lelaki itu sambil tersenyum selamba. Aik, cepatnya berkenalan... usik Dato Hassan. Kenapa lelaki ini tidak memanggil Dato Hassan dengan gelarannya seperti orang lain? Adakah mereka mempunyai ikatan kekeluargaan? Pening... pening. Mana boleh lepaskan peluang berkenalan dengan cik adik manis ni. Amboi! Gatalnya lelaki ni. Encik Lim itu pun tak segatal ini. Nantilah aku kompelin pasal kau pada Dato. Okeylah, saya pergi dulu. Bye Hanim. Jumpa lagi! Jangan lupa rindukan saya, tau! Tidak tahu di mana aku hendak letakkan muka ini bila lelaki itu begitu bersahaja di hadapan Dato. Dato Hassan pula boleh tersenyum dengan telatah lelaki gatal itu. Dato nikan, memanglah!

24

Adilla Tasha

Aku lontarkan rasa berbuku di hati ini bila lelaki itu berlalu pergi. Kenapa Hanim nak marah-marah ni? Aku mengikut langkah Dato Hassan masuk ke dalam biliknya. Boleh pula Dato Hassan berkata demikian. Dia tidak nampak ke apa yang lelaki itu buat di hadapan dia tadi? Siapa lelaki tu? Gatal tak ingat! Tanpa dikawal mulutku lantang bersuara. Opsss! Mukaku masam mencuka bila Dato Hassan ketawa besar dengan kata-kataku. Kan saya dah pesan, Hanim jangan suka benci orang... nanti jatuh cinta, susah saya nanti, usik Dato Hassan lagi. Dato dah mulalah tu! Nasib baik lelaki tu dah balik, kalau tidak pening kepala saya dengan sikap selamba badaknya tu... luahku dengan rasa marah dan geram yang masih bersisa di perdu hati. Saya rasa Hanim, lebih baik awak bawa minyak angin atau Panadol lebih bila datang kerja lain kali. Aku rasa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kata-katanya bila Dato Hassan seakan-akan menahan ketawa ketika berkata demikian. Kenapa pula, Dato? Saya ni bukan pening sebab sakit. Kerana lelaki itu akan bertukar ke sini mulai minggu depan. Jawapan Dato Hassan membuatkan aku terduduk. Tapi siapa lelaki itu? Buru-buru aku bertanya. Itulah Tuan Ariff Aris, rakan kongsi saya yang baru.

25

Dosa Semalam

Terjawab sudah segala-galanya bila Dato Hassan bersuara. Tuan Ariff Aris? Alamak, lelaki tu!!! Mampus aku. Bisikku perlahan. Memang aku benar-benar perlukan minyak angin dan Panadol nanti.

26

Adilla Tasha

Bab 4
AGI-PAGI lagi aku sudah tercongok di hadapan pintu pejabat. Walaupun hari ini adalah hari cuti, tetapi aku sengaja menghadirkan diri untuk menyusun atur bilik Tuan Ariff atas permintaan Dato Hassan. Takkan aku hendak menghampakan Dato Hassan pula bila dia memerlukan pertolongan. Tambahan pula tugasanku hari ini bukan percuma. Berserta dengan claim OT dan juga duit makan. Bukan tidak boleh dilakukan pada hari bekerja, tetapi masa bagaikan cemburu dengan kami sampaikan tidak sempat untuk melihat apa yang masih tertinggal di dalam bilik tersebut. Sementara menunggu kehadiran Khatijah, staf di bahagian pentadbiran dan Shimah yang dengan senang hati sukarela untuk menolongku bila mendengar ada imbuhan, aku meloloskan diri ke tempat sendiri. Sunyi pula bila bersendirian begini. Yalah, selalunya suasana agak hingar-bingar dengan suara-suara kakitangan lain di sini, tetapi hari ini hanya aku sahaja yang dok terpacak sendirian. Hoi! Berangan ke?

27

Dosa Semalam

Hampir gugur jantungku bila suara Khatijah tibatiba menyergah. Mangkuk ayun punya budak! Di sisinya kulihat Shimah sudah tersengih lebar. Kau nikan, suka sangat sergah aku. Kau nak aku mati keras ke kat sini? marahku sambil menjeling tajam. Mukaku sudah berubah kelat. Sengaja hendak kenakan dia. Kau marah ke Nim? Sorrylah, janganlah marah... aku gurau je. Khatijah memegang bahuku untuk meredakan tahap kepanasan jiwa ini. Baiklah! Kalau nak aku maafkan kau, bilik depan sana kau bersihkan, arahku sambil menunjuk ke bilik depan yang memang sudah lama tidak berpenghuni. Sejak Mr. Kiran bertukar ke Kuala Lumpur, sengaja bilik itu dikosongkan atas arahan Dato Hassan sendiri. Habis, kau dan Shimah? Khatijah memandangku dengan mata yang dikecilkan. Dia kelihatan lucu dengan mimik mukanya yang ternanti-nanti apa yang hendak kucakapkan. Aku dan Shimah akan jadi mem besar. Ketawaku pecah tanpa dapat ditahan. Shimah mengangkat tangan memberi tanda five padaku. Khatijah sudah menarik muka. Kena juga dia akhirnya. Tak nak kawanlah. Menyampah! rungut Khatijah sambil melangkah pergi. Alamak, merajuklah pulak! Okeylah, kami main-main jelah. Takkan kami nak biarkan kau sorang-sorang buat kerja. Janganlah merajuk, sayangku Khatijah, pujuk Shimah sambil mengikut langkah Khatijah.

28

Adilla Tasha

Aku hanya memerhati kelibat Shimah dan Khatijah yang hilang di dalam bilik tersebut. Beg sandang yang warnanya sudah lusuh kusimpan di dalam laci. Kuncinya kutarik dan rantai kuncinya kuselitkan di tali pas yang tergantung di leher. Walaupun beg itu sudah agak lama digunakan, sejak dari tingkatan empat, tetapi ia telah banyak berjasa kepadaku. Sayang nak tukar. Cik kak, tak nak start lagi ke? Tersembul wajah Shimah di bibir pintu. Sorry! Sorry! Aku termalu sendiri. Berangan je kerjanya, keluh Shimah geram. Aku hanya buat muka tak sudah dan terus melangkah menyertai mereka. Dengan bantuan Shimah dan Khatijah, aku menarik meja menghadap pintu masuk agar memudahkan sesiapa yang hendak berjumpa dengan penghuni bilik ini, terus ternampak apa yang mereka cari tanpa perlu berpusing merata. Kuletakkan tray di atas meja sisi. Segala fail yang telah diberikan oleh Dato Hassan untuk dilaksanakan oleh tuan empunya bilik, kualihkan ke belakang. Siap disusun mengikut abjad. Shimah dan Khatijah sudah hilang ke tandas untuk membasahkan kain bagi mengelap meja. Bunga plastik yang telah siap digubah terletak cantik di sudut kabinet. Sengaja kucampurkan warna lembut agar penghuni bilik ini sentiasa tenang bila berada di dalamnya. Sofa berwarna coklat tua kutarik pula. Dari menghadap empunya tempat, kualih ke bahagian tepi dinding dan meja kopi terletak di tengahnya. Ini menjadikan bilik ini lapang sedikit daripada mula-mula kami masuk tadi. Hai, kau beria-ia mengemas ni Nim, ada apa-apa ke? usik Shimah dan dapat kutangkap kerlingan matanya

29

Dosa Semalam

kepada Khatijah. Macam sengaja hendak mengenakan aku saja. Haah! Macam suka sangat dengan bilik ni. Kalau suka bilik ni takpe Nim, jangan suka dengan tuannya, dahlah, tambah Khatijah. Jangan nak buat hal kat sini, okey. Aku paling anti dengan orang yang duduk dalam bilik ni, tau. Sakit hati bila dia kenakan aku hari tu depan Dato Hassan, luahku geram lantas serta-merta terbayang wajah Tuan Ariff Aris di hadapan mata. Senyuman gatalnya bagaikan mencarik-carik hati ini. Dia buat apa? tanya Shimah berminat. Hanya Shimah yang dapat mengenali wajah Tuan Ariff ketika lelaki itu datang tempoh hari. Takde apa-apalah, tapi gurauan dia tu buat aku bengang, tambahku lagi. Hai, belum apa-apa dah bergurau senda? Mesti handsome, kan? usik Khatijah. Dahlah, malas aku nak cakap pasal dia. Lebih baik kita buat kerja kita. Lebih cepat kita buat, lebih cepat kita balik, arahku sambil mengambil kain basah yang terempap di atas meja kopi. Handsome ke? Alah takpelah buat lambat-lambat, bolehlah kita claim lebih. Shimah menyampuk. nanti

Banyak cantik kau punya muka! Itu dinamakan makan gaji buta. Berdosa tau! Aku tidak mahu titik peluhku menjadi tidak halal hanya kerana seminit dua curi tulang. Iyelah. Kau ni kadang-kadang macam mak tiri aku, tapi kadangkala boleh bertukar pulak jadi ustazah, cebik Shimah dan senyuman terukir menandakan dia tidak kecil hati langsung dengan kata-kataku selama ini.

30

Adilla Tasha

Akhirnya semua selesai dikemas dan disusun atur. Sebelum pulang, kami sempat menjamu selera di warung Mek Ani di seberang jalan. Kalau diikutkan, malas aku hendak turut serta tetapi paksaan daripada Shimah dan Khatijah tidak bisa kutolak. Khatijah dengan murah hati menghantar aku dan Shimah pulang ke rumah dengan Proton Satria birunya. Cantiknya kereta kau ni. Geram aku! luahku, terpegun dengan kecantikan kereta Khatijah yang telah diubahsuai. Cat birunya sudah ditukar ke warna hitam putih. Sistem audio juga ditukar. Bila dimainkan lagu kegemaran Khatijah, akan berdentum-dentum jawabnya. Sport rimnya juga ditukar ke tujuh belas inci bermata lapan. Skirtnya juga ditambah menampakkan solidnya kereta ini. Sejak dulu aku agak kagum dengan kereta ini, nampak sporty. Alah... kereta buruk saja. Khatijah merendah diri. Shimah yang duduk di belakang hanya membisu. Kereta buruk kau kata? Kalau aku dapat macam ni, tak tahulah nak kata. Mungkin tidur dalam kereta gamaknya. Memang aku kagum dengan Khatijah yang ada serba sedikit pengetahuannya tentang hal kereta. Kalau kau nak pakai pun boleh. Siapa cakap tak boleh. Bersahaja Khatijah memulakan syarahan. Aku nak pakai, mimpilah.... Jangan bermimpi di siang hari, wahai Nurul Hanim, hatiku berbisik untuk mengingatkan siapa aku di sini. Hanya makhluk Allah yang kerdil. Jangan cakap macam tu, Nim. Rezeki kita ni kita

31

Dosa Semalam

tak tahu. Cuma lambat atau cepat je, tambah Khatijah sambil tenang memandu. Betullah apa yang Khaty cakap tu, Nim. Entah bila Shimah menegakkan badannya di antara kerusi kami. Doa-doakanlah ek, mana tahu masin cakap kau berdua. Gurauku sambil mata memandang ke hadapan. Jalan yang berliku-liku harus ditempuh ibarat jalan raya yang bersimpang-siur, ada yang tidak rata dan berlubang-lubang. Begitulah perjalanan hidup ini. Penuh dengan dugaan dan cabaran. Memang di antara kami bertiga, Khatijah agak beruntung dari segi kemewahan kehidupan. Walaupun ibu bapanya berjawatan tinggi dalam kerajaan, sikapnya yang tidak menyombong diri membuat kami senang berkawan dengannya. Ketika kami memasuki simpang ke rumahku, kelihatan Shikin, anak mak long sedang terkedek-kedek berjalan. Dengan gayanya bertudung dan memakai jean dan baju sendat membuat aku meluat. Kalau sudah pakai baju yang menampakkan lekuk-lekuk badan dan t-shirt yang dipakainya hanya menutup hingga ke paras pinggang, lebih baik tudung di kepala dicampakkan sahaja. Sama sahaja, aurat tetap terlihat.

32

Adilla Tasha

Bab 5
ETIKA aku turun dari kereta, kelihatan mak sedang bersembang dengan Mak Cik Yati, jiran sebelah rumah. Entah apa yang diborakkan oleh mereka berdua. Apa khabar mak cik. Dah makan ke? tanyaku berbasa-basi. Tangan kuhulurkan. Walaupun tinggal berjiran, tetapi aku jarang melihat kelibat Mak Cik Yati kerana dia tidak suka bertandang ke rumah orang kalau tiada hal yang penting untuk dibicarakan. Itu sifatnya yang kupuji. Mungkin hari ini dia ada hal yang menjadikan kelibatnya ada di rumah ini. Mak cik sihat. Baru balik ke? tanya Mak Cik Yati tersenyum. Orangnya muda daripada mak dan senang memanggil mak dengan panggilan kakak. Iyelah mak cik, hari ni kena OT, luahku sambil meletakkan kasut dan turut duduk di pangkin di samping mak. Baguslah begitu, dapat cari lebih... usiknya.

33

Dosa Semalam

Alah... Yati. Kalau lebih maka lebihlah belanjanya, keluh mak. Aku terdiam. Memang betul kata mak. Makin kita korek lubang itu, maka makin dalamlah isinya. Sampai bilabila tidak mencukupi. Mak, Hanim masuk dululah. Aku mohon diri. Aku memandang Mak Cik Yati sambil tersenyum untuk menghantar isyarat yang aku tidak mahu berada di dalam perbincangan ini. Mak Cik Yati menyambut bahasaku dengan kening yang terangkat. Tengok tu! Baru cakap sikit dah mulalah nak angkat kaki. Alamak! Mak dapat membaca gerak hatiku. Takpelah, Kak Nah. Hanim penat tu, baru balik kerja, kan? sokong Mak Cik Yati. Aku tersenyum kepada Mak Cik Yati yang sporting. Tolong hidangkan lauk atas meja tu. Buat satu bekas, nanti senang adik-adik kamu nak ambil. Kalau dibiarkan ambil sendiri, habis hancur ikan dalam periuk dikacaunya, arah mak. Iyelah mak, akurku sambil berlalu pergi. Setelah menyelesaikan tugasan yang mak berikan tadi, aku terus masuk ke bilikku. Nyaman. Walaupun kecil bilik ini tetapi aku lebih tenang di sini. Walaupun tidak semewah bilik Khatijah dan Shimah, aku tetap sayang bilik ini. Bilik yang banyak kenangan dan di sinilah segalanya kuluahkan. Baik suka mahupun duka, semuanya ada. Kalau dinding ini boleh berbicara, mesti ia akan menceritakan segala duka nestapaku demi mahu melaksanakan tanggungjawab yang tergalas di bahuku.

34

Adilla Tasha

Angah dan alang sudah disediakan bilik sendiri sejak dulu lagi. Memang abah sediakan satu bilik untukku kerana aku anak sulung. Jika aku sudah berkahwin nanti, bilik ini akan diserahkan kepada angah. Tetapi akan berkahwinkah aku nanti? Perut yang kenyang dan mata yang semakin kuyu membuat aku bertambah malas untuk bangun dari perbaringanku. Mata ini menjadi bertambah berat dan semakin lama aku semakin hilang di dalam dunia sendiri.

TELINGA kudapat menangkap suara-suara sembang di luar sana. Perlahan-lahan aku bangun. Mulut yang terbuka dengan cepat kututup. Aku segera berdiri dan mencapai tuala bila melihat jam di dinding bilik menunjukkan angka empat petang. Ya Allah! Aku belum solat zohor lagi ni. Kelam-kabut aku keluar menuju ke bilik air. Usai solat aku keluar semula untuk melihat apa yang patut kulakukan pada petang begini. Ketika sampai di ruang tamu, kulihat mak sedang bersembang dengan mak long, radio karat yang tidak pernah kekurangan bateri itu. Hai, anak dara! Baru bangun ke? Entah apa nak jadi. Tidur sampai ke petang! Tanpa sempat aku memulakan mukadimah, tak semena-mena aku diserang oleh si mulut laser. Iyelah mak long, penat sangat hari ni. Banyak kerja di pejabat. Aku mengiakan sahaja kata-kata mak long. Mak bangun dan masuk ke dalam bilik. Entah apa yang hendak dibuatnya.

35

Dosa Semalam

Hah! Hari cuti pun pergi kerja? Betul ke pergi kerja? serkap mak long. Ada kerja yang belum siap... tu yang Hanim kena pergi kerja hari ni, mak long, terangku tanpa berminat untuk menatap wajah tua mak long. Iyelah cakap dengan mak pergi kerja, entah-entah melencong ke tempat lain. Mak long masih cuba membakar perasaanku yang semakin membuak-buak menyampah ini. Apa pulak nak menipu, mak long! Kalau Hanim nak merayap, biar Hanim cakap terus dengan mak Hanim dari Hanim menipu orang tua tu. Aku sudah mahu memulakan serangan Entah betul entah tak...! Mak long masih cuba hendak menabur fitnah lagi. Orang tua ni betul-betul nak kena ajar! Darahku sudah mula mendidih. Mak long! Suaraku sudah mula meninggi. Hanim! Tanpa sempat aku menyambung kata, mak terlebih dulu memanggil namaku. Emak mengerutkan kening tanda dia tidak suka dengan suaraku yang agak kasar pada pendengarannya. Entah bilalah mak muncul. Mak! Aku cuba membantah dalam diam. Hanim pergi tengok air yang mak jerang tadi. Alasan mak agar aku segera meninggalkan ruang tamu ini. Dengan gerak perlahan, aku bangun untuk mematuhi permintaan mak. Oh, iye! Mak long, Shikin mana?

36

Adilla Tasha

Aku melontarkan pertanyaan yang sudah kurangka arah tujunya. Ada di rumah. Dia tu bukan suka nak merayap tak tentu hala macam anak dara yang lain. Kalau keluar pun dengan mak long aje. Amboi, tinggi melangit orang tua ini memuji anak daranya. Iye ke? Tapikan tadi masa Hanim nak balik, Hanim ternampak Shikin kat bus stop. Entah tunggu siapa agaknya. Aku sengaja mengenakan orang tua itu walaupun aku sendiri tidak tahu sama ada Shikin menunggu orang di perhentian bas itu atau tidak. Hati ini sudah terlampau geram dengan sikap mak long yang suka menjaga tepi kain orang itu. Geram yang sudah berbuku sekian lama. Hanim! Sekali lagi mak bersuara. Aku balik dululah, Nah. Terima kasih sebab pinjamkan aku duit ni. Mak long bangun sambil menghadiahkan aku jelingan mautnya. Mungkin tidak puas hati aku tahu gelagat anaknya Si Shikin yang perasan cantik itu. Setelah kelibatnya hilang, mak datang ke arahku lantas menarik telinga kiriku. Mak, sakitlah! telingaku berulang kali. luahku sambil menggosok

Lain kali buat lagi! Mak tak suka Hanim cakap begitu dengan mak long dan mak tak suka anak mak kurang ajar dengan orang tua, syarah mak dan aku menelan liur. Terkilan. Mak bagi mak long pinjam duit lagi ke mak? soalku tidak puas hati.

37

Dosa Semalam

Mak tenang sahaja mengisi gula ke dalam teko. Takpelah, mak long tengah susah sekarang ni. Kita sepatutnya tolong-menolong. Lembut mak berbicara. Tapi mak, dia pun ada anak yang bekerja. Takkan tak boleh tolong mak sendiri? luahku tidak puas hati. Tak baik cakap macam tu. Itu hal mereka, jangan masuk campur. Hari ni hari mak long, mana tahu esok lusa hari kita pulak... tambah mak lagi Eleh... kalau mak long tu masuk campur hal orang lain boleh pulak! bisikku perlahan. Apa Hanim? tanya mak. Terkejut aku bila disergah begitu. Tak ada apa-apa, mak. Aku cuba menipu. Dah! Angkat air ni ke depan. Kejap lagi baliklah abah kamu dari kerja. Jangan mulut tu kumat-kamit bebelkan hal orang. Sempat mak menyindir aku. Termalu dengan sikap sendiri, laju sahaja dulang kutatang ke ruang tamu. Baiknya mak!!!

38

Adilla Tasha

Bab 6
WAL pagi aku sudah sampai di pejabat. Seperti biasa aku membersihkan meja Dato Hassan terlebih dahulu dan ia sudah menjadi rutinku sejak dulu. Fail-fail yang bersepah, kususun kemas. Air suam kuisi dalam jag putih, dan cawan seramik berbunga biru kuletak berhampiran jag tersebut. Dato Hassan seorang yang mementingkan kekemasan. Tidak susah melayan kerenahnya kerana apabila Dato Hassan tiba barulah aku akan membuat air kopi O untuknya. Sering kali aku mendapat pujian daripada Dato Hassan tentang air yang kubuat. Nasiblah Dato Hassan, jangan orang kata aku guna-gunakan dia, sudahlah. Setelah berpuas hati, aku kembali duduk di tempatku. Fail yang terletak di kiri kucapai. Fail yang tidak sempat kusentuh sejak minggu lepas sambil menghirup air Nescafe yang kubancuh tadi. Kedamaianku terganggu dengan deringan telefon di mejaku. Kacau betullah. Belum masa kerjalah oiii!!! Helo, Bersatu Holdings Berhad. Selamat pagi! ucapku penuh ceria pada entah siapa di hujung talian sambil

39

Dosa Semalam

menjeling jam di pergelangan tangan yang baru menunjukkan pukul lapan tiga puluh minit pagi. Masih ada setengah jam lagi sebelum waktu kerja bermula. Selamat pagi, Hanim sayang. Rasa hendak tercekik air yang kuminum bila mendengar panggilan maut itu. Nasib baik tidak tersembur ke atas kertas di dalam fail tadi. Siapa ni? Aku tidak menghiraukan ucapan selamat pagi dan kata mendayunya itu. I, la sayang. Dah tak kenal I lagi ke sayang oiii? Selamba orang di hujung sana bersuara. Boleh you buatkan air I macam yang you minum tu? Belum aku menjawab, arahan pula diberi. Pelik aku mendengar arahan itu. Dari mana orang ini tahu aku tengah menikmati air kegemaranku? Mataku meliar memerhati sekeliling dan terhenti di hadapan bilik yang menghadap mejaku. Aku hampir terlupa yang hamba Allah ini akan mula bertugas minggu ini sedangkan hari Jumaat lepas aku yang sibuk mengatur apa yang perlu untuk penghuni di dalam bilik itu. Pandangan kami bertembung. Lelaki itu sedang tersenyum memandangku. Bidai biru tua yang selama ini menutup cermin di bilik itu bagi menghalang penglihatan, sudah ditarik ke atas dan aku atau lelaki itu boleh nampak antara satu sama lain. Kenapa sayang terperanjat tengok I? Mesti you dah lupa yang I mula bertugas hari ni. Sekali lagi suara itu menyapa dan matanya masih terus memandangku. Takkk tidakkk. Entah kenapa aku menjadi gagap sekejap. Pecah ketawa lelaki itu bila mendengar kegugupanku.

40

Adilla Tasha

Sampai hati you lupakan I... tapi tak apalah. You masuk bilik I sekarang. Guraunya bersatu dengan arahannya. Tegas. Tapi. Aku tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan lelaki ini. Aku takut kalau-kalau lelaki itu melakukan sesuatu yang tidak elok. Serangan seksual kadangkala boleh juga terjadi di tempat yang kita fikir selamat selama ini. Ingat Hanim, I juga bos di sini. Jangan ingkar arahan I dan sebelum itu buatkan I air macam you, okey? Belum sempat aku menjawab, talian diputuskan. Langkah yang agak canggung terpaksa kuaturkan bagi memenuhi permintaannya. Tetapi di dalam hati berbakul sumpah seranah sudah kuhamburkan untuk lelaki itu. Aku mengetuk pintu sebelum melangkah masuk dan tangan ini entah kenapa menggigil bila tiba di dalam bilik ini. Cawan yang berisi air Nescafe tampak berkocak sedikit. Ini airnya, Tuan Ariff. Aku memecahkan kesunyian bila lelaki itu masih tidak mengangkat wajahnya. Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Aku segera berpaling untuk menuju ke pintu bila lelaki itu masih diam membisu. Duduk dulu, Hanim. Akhirnya lelaki itu bersuara juga walau wajahnya masih menatap kertas di tangannya. Tadi bersayang-sayang. Sekarang bila aku depan mata, tahu pulak tak berani angkat muka, hati aku mengomel tetapi kaki ini terus sahaja melangkah mendekati lantas duduk di kerusi di hadapan lelaki itu. Entah apa yang hendak dibebelkan oleh lelaki di hadapanku ini. You tahu, kan I mula bertugas hari ni?

41

Dosa Semalam

Lembut lelaki itu bersuara sambil merenungku tanpa segaris senyuman. Relaks Hanim. Tunjukkan sikap matang kau, bisik hati. Berulang kali aku menarik nafas mencari ketenangan secara perlahan-lahan. Takut terkantoi pula nanti. Hanimmm.... Entah kenapa aku jadi resah bila lelaki di hadapanku menyebut namaku. Iya, Dato sudah beritahu saya minggu lepas. Maaflah, saya terlupa pula, jawabku jujur sambil membalas renungannya. Tetapi hanya sekejap sahaja keberanian ini kerana kepalaku lebih dulu mengambil tindakan. Hujung kaki kurenung. Sampai hati you lupakan I. Ada nada usikan di situ. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku sendiri tidak tahu apa yang perlu kukatakan. Wajahku kosong dan pandanganku bersatu dengan renungan lelaki di hadapanku. Kenapa nampak blur je? Hah! Takde apa-apa. Betul tak ada apa-apa. Entah kenapa lain ditanya lain yang kujawab. Lelaki itu hanya tersenyum. Baiklah, kalau begitu I tidak perlu beritahu tentang kerja Hanim kerana Hanim akan menjadi setiausaha I juga. Macam mana Hanim layan Dato, begitu juga Hanim layan I. Kata-kata lelaki itu membuatkan aku terkedu. Kenapa aku harus jadi setiausaha lelaki ini pula? Aku tidak kisah kalau membuat kerja lebih kerana Dato Hassan tidak pernah berkira denganku, tetapi dengan lelaki ini segala-

42

Adilla Tasha

galanya menjadi tidak menentu. Lagipun aku belum mengenali rentak lelaki ini. Tetapi nampak gaya lelaki ini cerewet orangnya. Hanim tidak perlu takut kerana I tidak makan orang dan belum pernah sesiapa menjadi mangsa I. Kata-kata kekalutanku. lelaki itu seperti dapat membaca

Baiklah! Sepatah jawapanku bagi menutup rasa gelabahku. Tapi you kena ingat, you mesti sentiasa bersedia bila I memerlukan you. Arahannya yang terakhir ini menjadikan aku bagai dihempap batu. Penyek terus. Lelaki ini sekejap panggil aku Hanim, sekejap you. Mana satu nama aku sebenarnya? Dan untuk peringatan you, setiap pagi I nak you sediakan secawan air sama dengan yang you minum. Bicaranya lembut sambil tersenyum. Aku rasa lelaki di hadapanku ini ada sedikit miring. Kenapa? Mulut ini bagaikan tidak sabar dan mendahului rasa hati. Agak-agaknyalah, kalau aku minum air longkang, lelaki ini juga turut ikut minum air yang sama. Ha ha ha! Ketawaku di dalam hati. Memang lelaki ini sudah tidak betul. Mungkin terlepas dari Tanjung Rambutan, kut? Kerana di sini Hanim adalah isteri I dan sudah menjadi tanggungjawab isteri menyediakan sarapan untuk suami. Betul tak? jawabnya selambanya sambil menghirup air yang kubuat tadi. Gelak jahatku di dalam hati mati serta-merta. Aku segera bangun untuk lari dari situasi ini. Pipiku sudah terasa

43

Dosa Semalam

bahangnya. Antara malu dan marah yang mana satu sepatutnya mendahului? Hanimmm! Mati langkahku bila namaku dipanggil dengan keras. Geram dan sakit hati sebenarnya, tetapi tanggungjawab harus kupatuhi. Sedap air yang you buat ni, kena dengan selera I. Kenyitan mata dan senyumannya membuat aku tergamam. Tanpa melengahkan masa, aku terus meninggalkan bilik yang kurasa semakin panas. Aku segera duduk di tempatku sambil mendengus keras. Geramnya! Kenapa ada lelaki sepertinya di dunia ini? Kenapa bila aku sudah selesa, ada sahaja masalah yang datang? Tidak terfikir yang aku harus hadapi masalah sebegini sepanjang aku berkhidmat di sini. Debaran di dada ini kadangkala menghambat jiwa setiap kali renungan lelaki itu dapat kutangkap. Adakah aku terperasan atau mainan perasaan untuk gadis yang seperti aku ini? Ah, malas hendak melayan rasa hati... segera kucapai diari dan berlalu ke bilik Dato Hassan. Melayan lelaki itu membuat aku terlupa seketika dengan Dato Hassan, majikanku yang sebenar. Dah berkenalan dengan Tuan Ariff? tanya Dato Hassan sebelum sempat aku berkata apa-apa. Dah... jawabku lemah. Hai! Macam tak ada semangat saja... usik Dato Hassan. Senyuman Dato Hassan tetap macam biasa. Ikhlas. Tiada ragu-ragu untuk aku membalasnya. Tidak macam lelaki di bilik hujung itu. Takkan aku hendak beritahu Dato Hassan tentang apa yang Tuan Ariff cakapkan tadi? Nak mampus?!

44

Adilla Tasha

Tak ada apa-apalah, Dato. Aku segera menutup rasa gundah di hati. Belum apa-apa, hatiku sudah diketuk oleh lelaki yang bernama Ariff Aris dan menjadikan ianya tidak tenteram. Hanya sebulan saja Hanim kena kerja lebih sikit sementara Tuan Ariff ada di sini. Bagai mengetahui apa yang ada di dalam fikiranku, Dato Hassan memujuk. Hanim tidak kisahlah Dato. Lagipun Dato dah banyak tolong Hanim. Tak pernah berkira dengan Hanim. Datin pun begitu juga. Aku berharap Dato Hassan tidak tersinggung dengan jawapanku tadi. Jangan diungkit tentang pertolongan saya pada Hanim. Bagi saya itu adalah satu tanggungjawab pada sesama insan di dunia ini. Saya ada kelebihan yang Allah beri dan apa salahnya saya berikan kepada yang memerlukannya. Itu yang membuat aku kagum dengan Dato Hassan yang tidak pernah lokek dengan apa yang dia ada. Dahlah tu, Hanim! Oh ya! Tolong booking tempat untuk saya dan Tuan Ariff makan tengah hari. Arahan Dato Hassan kucatat di dalam diari di tanganku. Pukul berapa Dato? Satu setengah, tengah hari, jawab Dato Hassan sambil mencapai fail yang telah kususun tadi. Tempat? Restoran Masam-Masam Manis, jawab Dato Hassan, pasti. Hanim nak ikut? Aku segera mengangkat muka bila mendengar pertanyaan Dato Hassan. Memang kadangkala aku mengikuti Dato Hassan sekiranya diperlukan.

45

Dosa Semalam

Tak naklah. Tuan Ariffkan ada, buat apa Dato nak Hanim ikut pula? Aku segera menolak pelawaan dan berdoa agar Dato Hassan tidak memaksa aku mengikutinya. Dah terbiasalah. Baiklah kalau begitu. Lega hatiku bila Dato Hassan berkata demikian. Saya keluar dulu. Aku memohon diri bila segalagalanya sudah kucatatkan. Panggilkan Ariff jumpa saya, arah Dato Hassan sebelum aku keluar. Baiklah. Hendak atau tidak, tugas mesti kujalankan. Aku segera menekan nombor sambungan Tuan Ariff dan suara di sana segera bergema. Ada apa Hanim? Lembut suara tersebut bertanya. Errr. Entah kenapa gagapku pula timbul. Kenapa ni sayang? Sekali lagi aku rasa tercekik. Hmmm... Dato Hassan panggil! Mangkuk punya orang! Ada ke dia bersayang-sayang masa ni? Betul tak pergi sekolah lelaki ini! Itu saja? Bukan Hanim yang panggil ke? Sengaja aku diusik lagi. Dari cermin bilik aku dapat melihat wajah itu sedang memandangku. Segera aku menyorokkan muka di hadapan monitor. Dato panggillah! ucapku geram dan terus meletakkan telefon. Aku mencuri pandang pada Tuan Ariff yang sedang bangun dan mengambil diari hitamnya. Langkahnya diatur dan aku segera buat-buat sibuk tanpa mengendahkannya. Tetapi di dalam hati hanya Allah yang tahu.

46

Adilla Tasha

Hai! Terkejut aku lantas mengangkat wajah. Tindakan refleks. Tergamam aku bila Tuan Ariff berdiri di hadapanku sambil mengenyit mata kanannya dan terus berlalu dengan senyuman.

AKU leka menatap komputer di hadapanku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali mata jahat ini mencuri pandang wajah insan di seberang sana. Nampaknya lelaki itu pun tengah khusyuk menatap fail-fail yang kuserahkan pagi tadi. Sejak keluar dari bilik Dato Hassan, wajahnya agak serius dan masuk ke bilik tanpa keluar sehingga kini. Baguslah, terasa selamat bila tiada lagi mata nakal merenungku. Tiba-tiba sahaja telefon berbunyi dan bila kuangkat, suara itu di hujung talian. Hanim, masuk bilik I. Baru nak puji! Setiap kali lelaki ini memberi arahan, jantungku akan berdebar-debar tidak menentu. Aku melangkah dan masuk ke dalam biliknya setelah dibenarkan. Iya, Tuan Ariff. Seperti biasa, aku bersedia memenuhi arahannya. Bawakan I air suam, tekak I hauslah. Rasa hendak kucekik lelaki ini. Aku ingatkan arahan apalah yang hendak diberikan. Bila kurenungkan kembali, memang salahku kerana bilik Dato Hassan sudah aku sediakan segala-galanya tetapi bila dengan lelaki ini, aku bagaikan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Segala-galanya menjadi kaku.

47

Dosa Semalam

Hanim tak ikut sama? Aku tidak jadi melangkah apabila mendengar pertanyaannya. Lunch hari ni. Mungkin melihat dari wajahku yang tidak mengerti, lelaki itu menerangkan maksud kata-katanya. Oh! Taklah, jawabku sepatah sambil memegang tombol pintu. I makan nasi, bukan makan orang. Aku dapat mendengar bicaranya walaupun hampir tidak kedengaran. Sempat aku menjeling bila mendengar kata-katanya yang baru dilontarkan dan lelaki itu masih tersenyum memandangku. Setelah memberikan air suam seperti yang diminta, aku segera berlalu ke mejaku. Belum pun sempat aku mencapai pen, telefonku berbunyi lagi. Pastikan Hanim makan tengah hari walaupun sedikit. I tak mahu Hanim sakit kerana itu akan membuat I tak boleh menyelesaikan kerja dengan baik. Isterikan tulang belakang suami. Lembut suara itu berbisik dan talian terus diputuskan sebelum sempat aku menjawabnya. Lelaki ini sudah melampau dan menganggap serius tentang apa yang dikatakan padaku pagi tadi. Kupandang ke seberang sana dan lelaki itu masih menatapku dari jauh. Isy... boleh sakit jiwa aku!!!

48

Adilla Tasha

Bab 7
AI! Amacam dengan bos handsome tu? Tanpa sempat aku duduk, Khatijah sudah mulakan serangan. Kau ni tak ada kerja lain ke? Asyik bertanya tentang Tuan Ariff saja. Otak aku dah tepu dengan pertanyaan kau sejak lelaki tu masuk, tau! marahku pada Khatijah. Shimah seperti biasa, hanya memerhati tanpa berminat hendak menyampuk. Bekal yang kubawa, kuletakkan di atas meja. Aku bangun dan mencapai gelas lantas menadah air mineral. Aku paling suka minum air putih ini kerana ia mempunyai rasa yang tersendiri. Kalau di rumah memang tidak merasa air yang telah disuling sebegini. Aku tanya je. Kau jealous ke? usik Khatijah sambil ketawa. Nasi yang dibungkusnya dikeluarkan dari plastik merah. Kau tengok budak ni, Shimah! Dia kata aku jealous pulak. Sejak dekat dua minggu ni, apa yang dia tanya

49

Dosa Semalam

kalau jumpa aku? Ada tak dia tanya aku sihat ke tidak? Ini asyik nak tanya tentang Tuan Ariff... luahku geram. Alah, dia biasalah. Kalau tak sebut nama Tuan Ariff satu hari tak sah! jawab Shimah sambil mula mengunyah. Hoi! Dah baca doa ke? Tangan Shimah kutepis perlahan. Maaflah, terlupa. Lapar sangat, jawab Shimah sambil tersengih dan mula menadah tangan. Buat macam tu lagi, aku tak nak makan dengan kau! ugutku. Hari ni Tuan Ariff handsome pakai baju warna hijau muda tu. Lembut je. Aku yang baru menyuap nasiku terhenti terus. Kau tak habis lagi ke? Boleh tak jangan sebut nama lelaki tu masa aku nak makan? Aku cakap je. Bila dia lalu kat meja aku, bau minyak wangi dia boleh buat aku cair, tau! Memang budak yang bernama Khatijah ni dah miring otaknya. Kau nak aku blah dari meja ni ke? luahku geram. Seleraku mati bila mendengar pujian daripada Khatijah. Sakit hati aku bila terkenang usikan nakalnya. Janganlah cam tu. Baiklah, kita makan okey? Aku tutup mulut! Khatijah membuat isyarat mulutnya ditutup. Bagus! jawabku geram. Kami melayan perasaan masing-masing tanpa bersuara. Tapikan... aku memang suka bila tengok muka handsome Tuan Ariff tu, tau! Senyumannya, lirikan matanya dan bila dia bercakap, terpegun aku mendengarnya. Sekali lagi nama lelaki itu meniti di mulut Khatijah.

50

Adilla Tasha

Khatijah! Sekali lagi aku memberi amaran. Dahlah Khatijah, kita tengah makan ni. Bisinglah. Shimah mula menyampuk. Aku saja nak sebut. Nak tengok reaksi Hanim ni. Macam suka je. Khatijah menjawab dengan wajah tidak bersalahnya. Kenapa kau nak marah kalau aku sebut nama Tuan Ariff? Kekadang aku ternampak dia sengaja mengusik kau. Kalau kau tak ada, aku tengok dia macam kucing kehilangan anak je aku rasa. Kau yang cakap tak ada apa-apa dengan dia, tapi marahnya lebih. Macam bercinta pulak! Kita orang mana tahu kalau-kalau dalam hati kau tu ada bunga-bunga cinta. Aku kaku bila mendengar apa yang Khatijah katakan. Resah sendiri. Betul juga, kenapa aku mesti marah? Biarlah Khatijah hendak cakap apa pun kerana itu hak dia. Atau hatiku ada bersarang sesuatu? Oh! Aku sendiri sudah tidak mengerti tentang hati sendiri akhir-akhir ini....

TADI pergi mana? Entah bila masa lelaki ini berdiri di mejaku. Tanpa salam tanpa bicara, aku disergah sebegitu. Pergi mana? Pertanyaan itu kulontarkan semula kepada Tuan Ariff. Tadi masa lunchlah. Cari tak jumpa pun? balas Tuan Ariff. Oh! Makan kat pantri bawah dengan Shimah dan Khatijah, terangku. Lain kali jangan tinggalkan I sendiri kat sini.

51

Dosa Semalam

Aku terpaksa merenung wajah yang berkumis nipis di hadapanku. Pelik! Kenapa pula? Kerana tanpa Hanim di depan mata, tak ada selera I nak makan. Miring lelaki ini kembali semula. Serasa ingin sahaja kujegilkan mataku kepadanya tanda aku tidak menyukai kata-katanya sebentar tadi itu. Memang betul apa yang Khatijah katakan tadi. Sudah hampir dua minggu berlalu dan aku sudah terbiasa dengan kerenah Tuan Ariff. Dia memang senang mengusik dan aku sudah dapat menerima segala usikannya tetapi hanya satu sahaja yang sering membuat aku resah sendiri dan mengundang rasa marah di dalam hati. Sering kali dia menyatakan peranan aku di sampingnya apabila waktu bekerja. Isteri adalah tulang belakang suami. Ayat itu sering aku dengar dari mulutnya dan kadangkala aku tinggalkan dia sendiri di dalam biliknya tanpa pamitan bila ayat itu kedengaran lagi. Ayat itu membuat aku takut dengan diri sendiri. Apa maksudnya dan sukar untuk aku rungkaikan memandangkan aku hanyalah seorang wanita dan maruahku tidak akan sesekali kupertaruhkan hanya kerana seorang lelaki. Tanggungjawabku besar untuk keluargaku. Di bahu ini tergalas segala-galanya. Dan yang paling penting, aku tidak mahu nanti bila ada orang lain mendengarnya akan timbul bermacam-macam fitnah. Aku tidak mahu ia disampaikan kepada keluargaku. Apatah lagi kalau telinga radio karat itu mendengarnya. Mesti dicanangkan satu taman akan hal ini. Silap-silap satu negeri pula! Hanim! Kenapa termenung ni, ada masalah ke? Tidak sedar yang Tuan Ariff masih berdiri di hadapanku.

52

Adilla Tasha

Tak ada apa-apalah, Tuan Ariff. Segera kucapai kertas di dalam tray lantas kuatur langkah ke mesin fotostat. Macam mana aku tak sedar dia ada di depan aku lagi? bisikku sendiri. Betul ke ni? Entah bila masa pula lelaki itu berada di belakangku. Kenapa dengan dia ni? Hmmm... betullah Tuan Ariff, saya okey je. Aku serba salah bila lelaki ini bagaikan tidak mengerti ketidakselesaanku. Suara Khatijah bagaikan terngiang-ngiang di telingaku. Betul ni...? Atau Hanim tidak sihat? Aku segera memalingkan mukaku ke arah lain bila matanya tidak jemu menatapku. Saya okeylah, tuan. Aku berharap agar dia segera meninggalkan aku yang sudah macam cacing kepanasan. I bawa Hanim ke klinik ya! Tuan Ariff masih tidak berganjak dari tempatku berdiri. Saya okey, tuan. Percayalah! Saya tidak sakit atau ada sebarang masalah. Aku memandangnya dengan wajah yang kuceriakan untuk cuba meyakinkan Tuan Ariff walaupun sebenarnya dia yang mendatangkan masalah padaku. I suka mata Hanim yang bundar tu. Lain kali jangan renung I macam tu, buat iman I bergoncang. Aku kaku seketika bila Tuan Ariff berjaya mengenakanku. Tiba-tiba sahaja pipiku terasa berbahang. Tuan Ariff!!! Maaf sayang, I nak keluar sebentar. Lain kali kita sambung, okey?

53

Dosa Semalam

Segera Tuan Ariff beredar bila mendengar nada suaraku yang menggambarkan perasaanku yang geram ini. Cepat sahaja dia menghilangkan diri sebelum sempat aku berkata apa-apa. Aku segera kembali ke tempatku sebelum aku tumbang ke lantai ini kerana penangan kata-kata lelaki itu. Kenapalah dia ni begini... keluhku sendiri sambil mengambil pen di sisiku untuk menyambung kerjaku tadi. Kutarik nafas panjang untuk melegakan perasaan yang tidak tentu arah tadi. Jantung yang berlari kencang, cuba kutenangkan. Jangan nakal-nakal, sayang. Bye! Sekali lagi jantungku bagaikan hendak tercabut bila bisikan itu terasa dekat di telingaku. Kulihat Tuan Ariff tersenyum memandangku sambil mengenyitkan matanya. Bila pulak dia ni patah balik? bisikku sendiri. Aku segera bangun dan belum sempat aku bersuara, lelaki itu mencapai pen di tanganku dan segera melangkah menuju ke pintu keluar sambil melambaikan tangannya. Argh geramnya!!! jeritku sendiri dan aku terduduk kembali. Bila kukenangkan kembali, seakan terhibur dengan gelagatnya dan buat aku tersenyum sendiri. Hai! Dah jatuh cinta ke dengan cik abang tu? Segera aku berpaling apabila mendengar suara Dato Hassan. Dato! Rasa geramku yang bercampur dengan marah tadi terbit semula bila Dato Hassan pula ketawa meninggalkanku.

54

Adilla Tasha

Bab 8
ARI ini aku terpaksa mengikut Dato Hassan dan Tuan Ariff keluar berjumpa pelanggan. Tetapi dengan kehadiran Tuan Ariff bersama membuatkan aku rasa kekok. Selesai perbincangan dengan pihak pelanggan, kami dijemput makan tengah hari bersama. Makan di tempat yang mewah membuatkan aku tidak tahu hendak memilih menu kerana setiap kali bersama Dato Hassan, segalagalanya kuserahkan kepadanya. Tidak perlu aku bersusah payah kerana Dato Hassan bagaikan ayah kepadaku dan dia mengerti cita rasaku. Ketika aku ingin mengambil tempat di sebelah Dato Hassan, Tuan Ariff terlebih dahulu menarik kerusi di sebelahnya untukku. Mahu atau tidak aku terpaksa duduk di kerusi itu. Dato Hassan bagaikan memberi peluang kepada kami dan Encik Shankar mengambil tempat di sebelahnya. Aku memandang Dato Hassan untuk menyampaikan rasa tidak puas hatiku tetapi Dato Hassan hanya tersenyum membalasnya.

55

Dosa Semalam

Tuan Ariff memandangku pula bila pelayan berdiri di sebelahnya sementara Dato Hassan masih rancak berbual dengan Encik Shankar, pelanggan kami. Kenapa? tanyaku sepatah bila pandangan Tuan Ariff masih tertancap padaku. Hanim nak makan mengangkat keningnya. apa? jawabnya sambil

Boleh tak kalau saya tak makan? Seleraku bagaikan mati bila makan bersama dengan Tuan Ariff dan walaupun dipaksa, mesti perutku tidak akan kenyang kerana apa yang kutelan nantinya, bagaikan pasir sahaja rasanya. Tak boleh! Geramnya aku bila Tuan Ariff memberi jawapan yang menentang kehendakku saat ini. Suka hatilah aku nak makan ke tidak! Bebelku di dalam hati. Ariff, kalau you nak tahu Hanim ni selalu tinggalkan waktu makan tengah harinya. Aku benar-benar tidak sangka Dato Hassan sempat mencuri dengar perbualan kami yang sebenarnya lebih kepada pertengkaran bagiku. Kenapa Hanim tidak mahu makan? Jangan selalu berdiet, nanti you sakit. Chewah... Encik Shankar pula menyampuk. Tuan Ariff hanya tersenyum memandangku. Bukan saya tidak suka makan tengah hari, Encik Shankar tapi. Aku mula terfikir-fikir untuk mencari alasan. Ya Allah! Kenapalah waktu ini otakku seakan-akan gagal berfungsi? Tapi apa, Hanim?

56

Adilla Tasha

Tuan Ariff segera mematahkan alasan yang hendak kusampaikan. Kupandang wajahnya dan lelaki itu masih menanti jawapan dariku. Okeylah saya makan. Lemah aku bersuara. Malas hendak bertegang urat dengan lelaki-lelaki di hadapanku ini. Kalau tiga lawan satu, sudah pasti aku yang akan kalah nanti. Ariff, pesankan untuk Hanim. Dia ni bab pesan memesan lemah sikit. Hati mula tertanya-tanya, kenapa dengan Dato Hassan hari ini? Sengaja hendak melagakan aku dengan Tuan Ariff! Dato! Aku menjeling melihat Dato Hassan dan Encik Shankar ketawa seenaknya selepas mengenakan aku. Okeylah sayang, I pesankan. Apa yang I makan, you mesti makan. Lagipun you ingat pesanan I, kan? ujarnya dengan senyuman nakalnya. Dalam diam aku berdoa agar janganlah lelaki ini menimbulkan apa yang dia pernah beritahuku dulu. Pesan apa Ariff? tanya Dato Hassan. Tidak ada apa-apa, Dato. Tuan Ariff ni memang suka bergurau. Aku segera bersuara. Oh! Sakitnya hati aku dengan lelaki di sebelahku ini!!! Boleh gila aku kalau selalu dihadapkan dengan situasi sebegini. Okeylah, Ariff set menu kita, arah Dato Hassan. Huh! Nasib baik Dato Hassan tidak berminat untuk mencungkil apa-apa lagi. Sedang kami menikmati hidangan, telefon bimbit Tuan Ariff berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Maafkan I. Segera Tuan Ariff menekan butang hijau setelah melihat nama di skrin telefonnya.

57

Dosa Semalam

Hai sayang. Bergetar hatiku melihat cara Tuan Ariff menjawab panggilan itu. Aku cuba mengawal gelojak perasaanku agar tidak ketara di hadapan Dato Hassan. You di mana ni? Perlahan-lahan aku mengunyah nasi yang kusuap, namun sebenarnya telingaku memasang antena untuk mengetahui siapa di hujung talian. Wah! Perangai busybodyku yang sekian lama kutinggalkan sejak zaman sekolah dulu, menjelma semula. Iya ke? I masih di Kuala Lumpur lagi ni, ada kerja yang nak diselesaikan. Aku mula diterpa kehairanan bila Tuan Ariff tidak menyatakan lokasi sebenar dia berada kepada orang yang menelefonnya. Okeylah sayang. I ada client ni, nanti malam I call you. Mungkin itu adalah kekasih hati Tuan Ariff agaknya. Kalau tidak, takkan perbualan ini hendak disambung hingga ke malam. Yes! I promise. I will call you. Tuan Ariff mematikan panggilan setelah membuat perjanjian lantas mengambil sudu yang diletakkan tadi dan menyambung suapannya yang telah agak lama terhenti. Gembira orang tu dapat call dari buah hati. Encik Shankar mengusik Tuan Ariff. Biasa saja. Pandai Tuan Ariff menyembunyikan rasa hatinya. Aku hanya diam membisu tanpa berminat untuk menyampuk. Air mukaku ternyata sukar untuk disorokkan

58

Adilla Tasha

bila Tuan Ariff menggunakan perkataan sayang kepada si pemanggil tadi. Kenapa hatiku jadi tidak menentu dengan keadaan ini? Aku bukan ada sebarang hubungan dengan Tuan Ariff, jadi aku tidak berhak untuk rasa tergugat dengan panggilan tadi. Kenapa aku pula harus terasa sedangkan lidah Tuan Ariff tiada rasa bersalah pun hendak menyebut perkataan sayang. Aku sahaja yang terlebih perasan. Ketika aku mengangkat wajah, pandanganku bertembung dengan Dato Hassan. Segera aku berpaling ke arah lain kerana aku tidak mahu Dato Hassan membuat sebarang ulasan tentang perbualan ini. You duduk mana sekarang ini, Mr. Ariff? tanya Encik Shankar tiba-tiba. I tinggal di Lake View Hotel di Bandar Seri Manjung. Tuan Ariff menjawab tanpa mengangkat wajahnya. You tinggal di hotel? I ingatkan you tinggal di apartmen atau pun kondo. Kalau tak salah I, you akan berada di Manjung ni selama sebulan, kan? Encik Shankar sungguh berminat mencungkil hal peribadi Tuan Ariff. I malas nak sewa apartmen atau kondo, Encik Shankar. Bukan apa, I ni malas nak mengemas rumah. Jadi kalau duduk di hotel ada room service, jadi taklah I susah payah, terang Tuan Ariff lagi. Aku dan Dato Hassan hanya berminat menjadi pemerhati. Jadi selama sebulanlah you di Lake View Hotel itu? tanya Encik Shankar lagi. Tengoklah, kalau ada kerja yang belum selesai, mungkin I akan tinggal dalam dua minggu lagi. Dalam diam aku amat berharap agar semua yang

59

Dosa Semalam

bersangkutan dengan Tuan Ariff dapat diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. Aku tidak mahu hati ini menjerat diriku sendiri dengan kehadirannya. Biarlah aku kenangkan masa yang sedikit ini untuk tatapan jiwaku. Hanim, kenapa you senyap saja? soal Encik Shankar. Tak ada apa-apa yang hendak dibualkan, Encik Shankar. Biarlah saya jadi pendengar saja. Aku tersenyum memandang Encik Shankar. Baguslah you, kan? Dato bawa you ke mana-mana dia pergi. Aku rasa tersinggung dengan apa yang Encik Shankar katakan tetapi aku cuba mengawalnya. Mungkin pada pandangan Encik Shankar aku ini sama dengan setiausaha yang kebanyakannya suka mengambil kesempatan dan mempunyai skandal di luar sana. Mungkin Encik Shankar sering melihat aku bersama Dato Hassan pada setiap kali perjumpaan kami. Tak adalah Encik Shankar. Aku cuba berlembut untuk menahan rasa hati yang agak panas ketika ini. You jangan salah faham, Encik Shankar. I dan Dato bawa Hanim keluar berjumpa dengan client untuk dia belajar bagaimana cara hendak berurusan dengan client kami. I mahu Hanim tahu di bidang perniagaan ini, banyak kerenah yang kita kena hadapi. Lagipun kalau I ke Kuala Lumpur semula, dan Dato pula ada urusan, sekurangkurangnya Hanim boleh mewakili kami untuk membuat keputusan. I tidak mahu you cakap begini dengan Hanim lagi. Tegas Tuan Ariff bersuara. Aku terkedu. Apa sudah jadi? Aku tidak sangka Tuan Ariff sanggup mempertahankan maruah diriku.

60

Adilla Tasha

Dato Hassan hanya tersenyum bila Tuan Ariff berbicara begitu. I minta maaflah kalau you tersinggung. I tak berniat begitu. Sekali lagi I minta maaf, Dato dan Mr. Ariff. Berubah wajah Encik Shankar bila Tuan Ariff berani mengeluarkan amaran sebegitu kepadanya. Rasa terharu bila diri ini dipandang mulia walaupun pekerjaan ini kadangkala menjadi umpatan keji masyarakat. You tak perlu minta maaf dengan I, you kena minta maaf dengan setiausaha I, Nurul Hanim! Dari nada suara Tuan Ariff yang tegas, aku tahu lelaki ini cuba mengawal perasaan amarahnya. Namun dia bijak memainkan perasaannya agar tidak ketara. Hanim, I minta maaf dengan apa yang I cakapkan tadi. I tiada niat apa-apa pun. Im so sorry. Sekali lagi kata maaf keluar dari mulut Encik Shankar. Tidak mengapa, Encik Shankar. Saya datang ke sini kerana bekerja dan tiada niat lain yang tersimpan. Saya mencari rezeki untuk famili. Sudahlah, yang penting saya tahu siapa diri saya. Dalam senyum aku membalas, cuba mengendurkan suasana tegang yang wujud di antara Tuan Ariff dan Encik Shankar. Tuan Ariff... Dato, jangan lupa kita ada temu janji pukul tiga setengah petang ini di office. Aku cuba mengalihkan topik perbualan mereka. Sempat kulihat wajah Tuan Ariff masih tegang walaupun lelaki ini cuba menyembunyikan dengan membuang pandangannya ke kejauhan. Oh ya, lupa pulak. Terima kasih. Barulah Dato Hassan bersuara.

61

Dosa Semalam

Tuan Ariff hanya mendiamkan diri. Okeylah Encik Shankar, kami minta diri dulu. Terima kasih kerana makan tengah hari ini dan kami harap kita akan berjumpa lagi berkenaan projek tadi. Dato Hassan segera bangun, diikuti Tuan Ariff. Aku benar-benar pelik dengan Dato Hassan hari ini bila dia sedikit pun tidak membantah atau mencampuri perbalahan di antara Tuan Ariff dan Encik Shankar. Encik Shankar dan Dato Hassan berjalan di hadapan sementara aku dan Tuan Ariff mengikuti mereka dari belakang. Dahlah tu, cuba senyum sikit. Perkara kecil saja... bisikku perlahan untuk memujuk hati Tuan Ariff. Jangan buat macam ini depan client, please. Demi saya. Sekali lagi aku bersuara. Terdengar keluhan dari bibir Tuan Ariff. Okey Dato, next time kita jumpa lagi. Mr. Ariff, I minta maaf sekali lagi. Ketika itu Encik Shankar berpaling dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Agak keruh juga wajah hitam manis Encik Shankar. Tidak mengapa. Tuan Ariff menepuk bahu Encik Shankar berkali-kali tanda dia telah memaafkan. Alhamdulillah! Hanim, Im sorry again. Aku hanya tersenyum dan mula melangkah perlahan-lahan meninggalkan lelaki-lelaki itu yang masih tidak berhenti berbincang.

62

Adilla Tasha

Bab 9
ARI itu sudah masuk hari ketiga Tuan Ariff dan Dato Hassan tiada di pejabat. Dato Hassan seperti biasa menemui isteri dan keluarganya di Kuala Lumpur, manakala Tuan Ariff secara tiba-tiba membuat keputusan hendak turun ke Kuala Lumpur pula. Aku pun tidak tahu apa masalahnya cuma Tuan Ariff sempat berpesan supaya menelefonnya sekiranya ada perkara penting sahaja. Aku terasa aman sedikit bila tiada sesiapa yang menggangguku ketika ini. Tetapi kesunyian seakan menggigit jantungku bila setiap kali ada panggilan yang masuk bertanyakan Tuan Ariff. Bila ada yang menyebut nama lelaki itu, serta-merta jantungku berdegup laju. Aku sendiri tidak mengerti apa sebenarnya perasaan ini. Bila Tuan Ariff ada di hadapan mata, segala gerak lakuku menjadi kaku. Kalau orang kata aku bagaikan boneka pun aku terima kerana aku bagaikan patung bernyawa bila duduk di tempatku yang menghadap biliknya. Serba tidak kena segalanya. Adakah aku telah jatuh hati kepada lelaki ini? Apa aura yang dipakainya?

63

Dosa Semalam

Telah acap kali aku terima salam perkenalan daripada lelaki-lelaki yang melewati perjalanan hidupku tetapi tiada siapa pun yang dapat menggoncang pintu hati ini. Lain pula dengan lelaki yang satu ini, tidak dipetik pun aku sudah bagaikan jatuh terduduk. Mengapakah aku menjadi lemah sebegini sehingga sanggup membiarkan ruang-ruang hatiku yang kosong ini dihuni insan yang bernama Ariff Aris walaupun aku tahu lelaki ini sudah berpunya? Tetapi adakah benar lelaki ini sudah berpunya? Bangun Hanim! Jangan lalai dengan rayuan itu. Pandang dirimu dan tanya dirimu siapa sebenarnya Nurul Hanim yang hendak berjalan sama tegak dengan Tuan Ariff? hatiku memberontak. Uiii... termenung nampak! Semuanya terbang hilang dari kotak fikiranku bila Khatijah menepuk bahuku. Hampir aku menjerit. Kau nikan Tijah, suka sangat sergah aku. Cik kak, boleh tak kau jangan panggil aku Tijah? Aku tahu Khatijah memang anti kalau aku memanggil nama singkatannya. Semenjak dua menjak ini aku lebih suka mengusiknya dengan nama panggilannya di rumah. Hanya itu sahaja senjata yang dapat membuat Khatijah terdiam bila dia sering mengusikku. La, kan nama kau tu? Kesian mak bapak kau penatpenat fikirkan nama yang sedap tu... usikku lagi. Kulihat bibir Khatijah sudah mencemik tanda dia sudah merajuk. Iyalah, kalau kau panggil nama penuh aku takpe jugak. Ini panggil nama Tijah, macamlah aku ni dah tua sangat. Aku tak panggil pun nama kau Mak Cik Tijah, yang aku sebut Tijah je.

64

Adilla Tasha

Semakin seronok aku mengusik Khatijah. Kau nikan tak nak kawanlah! Khatijah mula mengatur langkahnya. Tak nak kawan sudah, aku sayang kau jelah. Bertambah seronok aku mengusiknya. Menyampah! Aku tertawa bila melihat rajuk Khatijah semakin menjadi-jadi. Okey... aku mintak maaf, Cik Khatijah. Lembut aku bersuara untuk memujuk Khatijah semula. Macam tu la Cik Nurul Hanimku sayang. Aku tahu rajuk Khatijah tidak ke mana kerana hanya dia yang agak rapat denganku selain Shimah. Khatijah mengatur langkah kembali berdiri di sisi mejaku. Aku nak pergi makan, kau nak ikut tak? pelawa Khatijah. Aku tak ada seleralah, kau pergilah. Memang sedari tadi aku tidak senang duduk kerana dari pagi kepalaku sudah berdenyut-denyut dan berpusingpusing. Selalunya kalau Dato takde, kau makin berselera makan. Tak ada orang yang ganggu. Atau yang satu tu dah buat kau tak selera nak makan ke? Aku mendongak memandang Khatijah bila dia berkata demikian. Apa hal pulak! Memang aku tak ada selera hari nilah. Mungkin sebab abang kau tak ada agaknya. Tu yang buat selera kau mati tu.... Aku semakin tidak mengerti apa yang Khatijah cuba

65

Dosa Semalam

sampaikan. Abang? Siapa abang aku? Manalah aku ada abang... kau pun tahu, kan? Tuan Ariff Aris! Aku tergamam bila mendengar nama itu. Kau ni pandai-pandai buat cerita, kan? Nanti didengar Dato, aku jugak yang malu. Aku cuba menguasai keadaan agar Khatijah tidak dapat menangkap kegugupanku. Tak betul ke? Aku tengok Tuan Ariff tu suka sangat mengusik kau. Aku tidak sangka ada juga orang lain yang perasan dengan tingkah laku Tuan Ariff terhadapku selama ini. Sudah acap kali Khatijah menimbulkan perkara yang sama. Suka mengusik... bukan suka pada akulah! Habis kalau Dato suka mengusik aku, kau pun cakap yang Dato pun syok kat akulah? Kau jangan main-main, Khatijah... nanti didengar Datin, mati aku nak jawab. Aku nak kerja lama di sini, tau! Lagipun Datin tu dah macam mak aku. Tak baik kalau dia salah sangka nanti, tegasku. Aku takut sekiranya Khatijah mengambil serius dengan apa yang berlaku. Aku bergurau jelah. Janganlah marah, Cik Nurul Hanim kusayang. Tangan Khatijah segera menarik pipiku. Memang begitulah dia, suka sangat mencubit pipiku ini. Bila aku marah, dia cakap yang dia suka dengan pipi gebuku. Sakit tau, mangkuk! Aku mengusap pipiku perlahan. Ye ke? Alah kesiannya... abang dia tak ada nak belai pipi merah dia... usik Khatijah lagi. Khatijah!!! jeritku geram. Terkekeh Khatijah tertawa menampakkan lesung

66

Adilla Tasha

pipit kirinya. Cantik sekali. Okeylah! Maaf iye, Cik Nurul Hanim kusayang. Kau nak makan tak? Nanti kau sakit perutlah. Kau nikan, selalu sangat tuang makan. Apa nak jadi aku pun tak tahu. Nak kata diet, badan dah kerempeng. Kau mari sini! Aku menggamit Khatijah agar dekat padaku. Aku sakit perut senggugutlah... faham? bisikku agar tidak didengar orang lain. Oh senggugut. Bulan mengambanglah ni? Cepat tanganku cuba menutup mulut Khatijah yang bersuara bagaikan gajah memanggil kawan-kawannya. Kau nikan, perlahanlah sikit. Malulah! Ish, Khatijah ni! Mulut tak cover langsung! Apa nak dimalukan, kita-kita je yang ada di sini. Khatijah bagaikan tidak tahu yang hal ini adalah sensitif pada kaum wanita. Tetapi dia ini memang tidak kisah dengan apa yang hendak dikatakan. Main langgar sahaja. Sudah beberapa kali aku menegurnya dengan perangainya yang satu ini. Tetapi hanya sekejap sahaja dipraktikkannya. Lepas seminggu hilanglah kesopanannya. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapikan mak aku cakap, kalau kita perempuan selalu senggugut... susah nak mengandung tau! Kecut perut aku mendengar apa yang dikatakan oleh Khatijah itu. Kau nikan, kalau bercakap kalah mak nenek. Macam tahu segala. Aku cuba membuang kegusaran hatiku. Pernah juga aku mendengar tentang hal ini. Kalau benarlah begitu, bagaimana agaknya masa depanku tanpa anak di sisi sebagai membuktikan kewanitaanku?

67

Dosa Semalam

Hoiii... cik kak!!! Aku suruh kau panggil Hanim, kau duduk bersembang pulak kat sini. Shimah sudah bercekak pinggang berdiri di mata tangga. Sorrylah Shimah, aku terlupalah. Khatijah tersengih memohon simpati. Dia benar-benar terlupa yang Shimah sedang menunggunya di tingkat bawah. Khatijah cepat-cepat melangkah menuju ke arah Shimah. Eh, kau tak nak makan ke Hanim? Mungkin Shimah pelik bila melihat aku masih duduk memandangnya. Hajat hati memang hendak bersama mereka. Apatah lagi hari ini mereka berdua sudah berjanji hendak makan di luar. Kebetulan semalam adalah hari gaji kami. Kira tengah kayalah ni...! Dia tak ada selera nak makan, senggugut bulan mengambang. Selamba sahaja Khatijah bersuara mewakiliku. Tijahhh!!! jeritku malu. Geram aku dengan sikap anak dara yang tidak makan saman ini. Rasa nak dicili-cilikan sahaja mulutnya. Bye Cik Nurul Hanim kusayang. Khatijah melambai padaku sambil meneruskan langkahnya. Shimah hanya mengangkat bahu padaku. Mungkin sudah tidak tahu hendak berkata apa dengan perangai Khatijah yang terlebih itu.

68

Adilla Tasha

Bab 10
KU tidak tahu entah angin apa yang melanda pagi ini. Segalagala yang kulakukan semuanya tidak kena di mata Tuan Ariff. Sejak dia masuk, suaranya tiada yang bernada rendah. Baru tadi aku dengar Mokhtar budak finance ditengkingnya. Entah apa yang silap sampai di luar ini pun boleh tembus. Hendak kata datang bulan, dia lelaki. Nasib baiklah Allah tidak jadikan kaum lelaki ini seperti kaum wanita yang akan bertukar hormon setiap bulan. Kalau tidak, mesti angin puting beliung melanda sentiasa. Aku pelik kenapa dia menjadi demikian sejak pulang dari Kuala Lumpur? Ada sahaja yang tidak kena pada matanya pada hari ini. Sampaikan air kopi yang aku buat pun dikomennya. Tak sedap! Habis selama ini kemain memuji lagi. Sama sahaja gula dan kopi yang kububuh. Tidak ada lebih, tidak ada kurang. Yang kurang adalah otak Tuan Ariff. Hanim, masuk!!! Kecut perut aku mendengar suaranya di telefon. Entah apa lagi kesalahan yang telah kubuat.

69

Dosa Semalam

Saya, Tuan Ariff. Perlahan aku bersuara sambil memandang wajahnya yang bagaikan singa lapar. Renungannya membuatkan aku tertunduk. Tiada lagi kemesraan seperti biasa pun dari mata itu. Yang ada hanyalah mata yang mengandungi api kemarahan yang membuak-buak. Mana fail projek perumahan Taman Indah yang I suruh you semak minggu lepas? Keras suaranya bertanya. Fail projek Taman Indah? Iya! Fail projek Taman Indah! Takkan awak dah pekak! tengking Tuan Ariff tiba-tiba. Fail itukan ada pada Tuan Ariff? Dalam takut aku bersuara, tetapi yang pasti memang fail itu sudah berada di tangannya semula bila lelaki itu sendiri hendak menyemaknya. Mana ada!!! Bila pula I yang ambil? I suruh you semak, you pula kata I dah ambil. Kalau ada di sini, tak perlu I tanya you! Terperanjat aku bila sekali lagi ditengking begitu. Mana sikapnya yang sentiasa ceria itu? Betul tuan. Suaraku hampir tidak keluar. Jantungku sudah bergegar. Takut! Mana diaaa!!! Bagaikan hendak tercabut jantungku bila diherdik sedemikian. Terangkat bahuku bila telingaku tidak dapat menerima suara yang bagaikan singa mengaum kelaparan. Rasa hiba cuba kutahan. Air mata bila-bila masa sahaja bisa gugur membasahi pipi. You tak buat kerja ke bila I tak ada di sini atau you goyang kaki macam mem besar? Sudah! Keluar!!!

70

Adilla Tasha

Sebak seluruh jiwa ragaku bila dituduh begitu. Dato Hassan pun tidak pernah mempertikaikan segala keupayaanku selama ini. Segala arahan yang diberi kupatuhi dan kubuat bersungguh-sungguh. I kata keluar... keluarlah!!! Tak faham bahasa ke? Jeritan itu mengganggu gegendang telingaku lagi. Perlahan-lahan aku mencapai tombol pintu dan melangkah dengan lemah. Terdengar lagi rungutan dan hempasan di belakangku. Tidak sanggup aku menoleh. Makin parah hati ini bila kata-kata tadi mengekori langkahku. Aku menjadi keliru dengan semua ini. Masih terngiang-ngiang suara itu memarahiku tadi. Apa salahku? Sabarlah Hanim... bisik hatiku memujuk diri sendiri. Segala kerja-kerja yang terbengkalai kulakukan perlahan-lahan. Tiada senyuman dan gurauan seperti semalam. Pejabat ini sunyi bagaikan diserang geroda lagaknya. Setiap orang tiada rasa hendak bergurau senda seperti hari-hari yang lalu ketika Dato Hassan ada. Bila agaknya Dato Hassan hendak masuk semula ke pejabat ini? Sejak kejadian itu aku menarik diri untuk bersemuka pada setiap kehadiran kelibat lelaki itu. Bila sahaja bertembung dengan Tuan Ariff, aku hanya menundukkan kepala, menikus. Kalau dari jauh aku mengesan kehadirannya, dengan segera aku melarikan diri. Fobia dengan kata-katanya. Telingaku masih padat dengan kata sergahan dan sindirannya. Shimah dan Khatijah bagaikan mengerti keadaanku. Tidak sesekali mereka menyebut nama Tuan Ariff di hadapanku lagi. Tiada lagi usikannya untuk diriku. Hati masih terasa sebal dengan apa yang dilakukannya tempoh

71

Dosa Semalam

hari. Wajahnya tiada lagi gambaran kasih sayang dan perhatian untuk kakitangannya. Tiap-tiap hari ada sahaja rungutan dan makian yang kami terima. Aku pula perlahan-lahan mula melukis wajahnya dengan warna yang pudar. Tiada keceriaan dan kebaikan untuk dibawa dalam kehidupan aku sendiri untuk dikenang. Jika dulu ada sahaja senyuman di bibirku bila terkenangkan wajahnya, tetapi tidak kini. Hanya keluhan dan pertanyaan bila semua ini akan berakhir. Kenapa lelaki ini berubah laku? Ke mana perginya Tuan Ariff Aris yang dulu?

72

Adilla Tasha

Bab 11
AGI lagi aku sudah disambut dengan senyuman Dato Hassan yang sudah seminggu tidak bertemu. Aku cuba memulihkan semangat dengan menjadikan senyuman Dato Hassan sebagai tongkat keyakinan untuk kuberdiri semula. Aku harus membuang kekusutan di fikiran tentang apa yang berlaku hari itu jauh dari benteng ketabahanku. Hari semalam ditinggalkan dengan kenangan dan hari ini penuhinya dengan keceriaan dan kemanisan untuk bekalan hati esok, bisikku pada diri sendiri. Apa khabar Hanim, sihat ke? tegur Dato Hassan. Saya sihat, Dato. Datin macam mana, sihat ke? Bagiku Datin Kalsom juga seperti Dato Hassan yang terlalu baik denganku. Alhamdulillah, dia sihat. Datin kirim salam pada Hanim. Tersenyum Dato Hassan bila aku dan isterinya boleh menerima diri masing-masing. Iyalah, kadangkala ada juga isteri-isteri orang berpangkat Dato ini yang tidak dapat

73

Dosa Semalam

menerima orang seperti aku sebagai setiausahanya. Ada sahaja kecurigaan yang hendak diselidiki mereka, apatah lagi Dato Hassan yang tinggal jauh. Waalaikumussalam. Jadi, patutlah senyum saja dari tadi. Kira dah lepas rindulah tu... usikku. Sudah agak lama bibirku ini tidak kusaji dengan senyuman. Amboi! Dah pandai cakap saya, Hanim tu dah lepaskan rindu ke pada abang di seberang sana? Aku sempat melihat ekor mata Dato Hassan tertancap ke arah pintu bilik Tuan Ariff. Kalau macam itulah perangai Tuan Ariff, biarlah kerinduan itu kukuburkan tanpa nisan. Abang mana, Dato? Abang Indonesia ke? Mimik muka yang bagai tidak mengerti cuba kupamerkan. Aku cuba menutup gurauan Dato Hassan sedalam yang boleh. Aku tidak mahu hati ini menjengah ke dalamnya dan tergugat sekali lagi. Sudahlah, Hanim. Janganlah nak berdrama dengan saya yang lebih lama makan garam daripada Hanim. Dato Hassan cuba mencungkil rasa hatiku. Perasankah Dato dengan tingkahku selama ini? Malunya! Dato ni mesti ada sakit darah tinggi, kan? Aku cuba berlakon lagi, tetapi hati bagaikan mahu meloncat keluar. Hanim jangan disebut penyakit tu, takut saya. Lagi satu, Hanim janganlah nak buat muka depan saya, tak menjadi pun.... Dato Hassan tersenyum bila melihat aku sengaja memandang dinding dan membelek tanda namanya. Akhirnya ketawa kupecah bila Dato Hassan masih mengamati setiap perbuatanku. Terasa lega bila aku masih

74

Adilla Tasha

boleh ketawa di pejabat ini. Nasib baik segala kekusutan dapat dileraikan dengan gurauan Dato Hassan pagi ini. Keikhlasan Dato Hassan berjaya membuat hatiku kembali ke paksinya. Oh iya, Hanim... Sabtu ni Datin akan datang, jadi isteri saya tu ajak Hanim makan malam sekali. Hanim tolong tempahkan tempatnya. Kalau boleh kat Restoran Terapung Teluk Gadung tu. Datin memang suka makan kat situ. Makanan laut dia yang buat Datin teringat-ingat selalu. Aku memang biasa makan dengan Datin Kalsom dan Dato Hassan setiap kali Datin Kalsom menjengah Manjung. Datin Kalsom bagaikan ibu kedua padaku. Tidak pernah lokek untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat. Kasihan Dato. Aku mula mengusik Dato Hassan. Eh, kenapa pula? Dato Hassan sudah menegakkan dirinya. Iyalah! Datin ingatkan restoran tu je, tak ingatkan Dato. Aku menahan ketawa. Kamu ni Hanim... saya ingatkan apa tadi. Terkena Dato Hassan akhirnya. Iyalah aku sahaja yang asyik terkena, kali ini giliran Dato Hassan pula. Dato ni...! Saya saja nak usik. Dah! Jangan lupa pasal minggu ni. Sekali lagi Dato Hassan mengingatkan aku. Insya-Allah, Dato, jawabku sepatah. Jangan lupa beritahu keluarga Hanim, nanti mereka risau pula. Begitulah Dato Hassan, sering mengingatkan aku akan peranan seorang anak. Langkahku terhenti tatkala bertembung dengan

75

Dosa Semalam

Tuan Ariff yang menghampiri bilik Dato Hassan. Aku hanya menundukkan wajah tanpa menyapanya seperti selalu. Rasa mahu terbang segala semangatku yang baru pulih ini apabila Tuan Ariff berdiri betul-betul di hadapanku. Dah minum? tanyanya dengan nada yang lembut. Belum. Sepatah aku bersuara tanpa memandang mukanya. Lupa pesanan I ke? Kenapa lelaki ini masih hendak mengingatkan perkara yang aku tidak mahu tahu lagi? Aku tidak mahu tergoda dengan tiap patah bicaranya jika topeng sebenar telah kulihat. Sentiasa saya ingat lebih-lebih lagi tentang tanggungjawab saya sebagai pekerja yang mencari rezeki yang halal di sini. Entah kenapa aku menjadi sebak mengenangkan apa yang Tuan Ariff katakan dulu. Hanim. Tuan masuklah. Ariff hendak berjumpa dengan Dato bila

Aku cuba melontarkan segala-galanya jauh dari memoriku bila aku tersedar yang mata itu bagaikan menanggung kesalan yang hebat. Biarlah... dia ibarat durian dan aku hanya mentimun yang akan kalah dalam apa juga keadaan. Tergolek aku luka, menggolek juga aku yang luka.

76

Adilla Tasha

Bab 12
AU dah okey ke? tanya Shimah seraya meletakkan surat-surat untuk Dato Hassan yang baru sampai di atas mejaku. Selalunya aku yang mengambil dari tempatnya bila masa rehat, tetapi memandangkan semenjak dua menjak ini aku tiada mood hendak turun, dia yang bersusah payah naik ke tingkat atas. Aku? Kenapa dengan aku? Aku cuba membuat alasan untuk menutup desakan hati berkenaan hal Tuan Ariff tempoh hari. Aku tahu hati kau tak senang,kan? Tak ceria, kan? Shimah cuba meneka lagi. Tak adalah. Sekali lagi aku menidakkan. Dahlah Hanim. Lupakan hal tu. Yang penting bukan salah kau, kan? pujuk Shimah. Entahlah Shimah, aku rasa tak tentu arah. Macam aku ni ada buat salah yang besar je. Sepanjang aku kerja dengan Dato, belum pernah sekali pun aku kena tengking macam yang Tuan Ariff buat pada aku.

77

Dosa Semalam

Akhirnya kuluahkan juga isi hati ini. Apa yang terkesan dari peristiwa tersebut. Hatiku bagaikan sudah tercedera akibat perbuatan Tuan Ariff yang kurasa sudah melampaui batas. Mungkin sebelum ni kau tak pernah kena begitu. Itu yang buat kau terasa sangat, terang Shimah dan perlahan-lahan apa yang dikatakan itu meresap ke dalam fikiranku. Benar juga katanya. Selama ini Dato Hassan melayan aku bagaikan anaknya, dan sesekali hal ini berlaku bagaikan tamparan hebat padaku. Mungkin aku yang tidak kuat untuk hadapinya dan tercalar hingga kini. Dah, jangan fikir sangat. Senang-senangkan hati tu. Hari ni aku belanja kau, okey? Untuk mengubat hati kau yang lara tu. Aku memandang Shimah yang tersenyum padaku. Inilah yang dikatakan kawan. Bukan kerana dia hendak belanja aku makan, tetapi berusaha untuk membuat aku tersenyum semula. Yang kau pandang aku ni kenapa? Ada berlian ke kat dahi aku ni? tanya Shimah. Tangannya segera meraba dahi dan turun ke seluruh wajahnya. Terima kasih, Shimah. Kaulah kawan aku dunia akhirat, luahku jujur. Tergenang air mata di tubirnya. Lantas senyuman terukir di bibirku. Aku je ke? Khatijah macam mana? Sengaja Shimah mengusik. Iyalah. Kau dan Khatijah yang sudi berkawan dengan aku walaupun aku ni tak kaya, luahku lagi. Memang kau tak kaya harta, Hanim... tapi kau kaya dengan budi bahasa. Itu yang buat aku dan Khatijah senang berkawan dengan kau. Kita jangan ukur orang melalui harta

78

Adilla Tasha

dan rupa. Kita buka dalamannyalah sayang, baru kita tahu dengan siapa kita berkawan. Ada faham adik manis.... Shimah berkata sambil bangun dari bangku di hadapanku. Aku blah dululah. Nanti marah pulak Si Ina. Dahlah suruh ganti sekejap. Ni dah lama sangat aku mengular. Surat Dato ni aku belum buka. Tak berani aku, nanti ada yang P&C ke, surat cinta ke. Nanti terbaca pulak aku, terang Shimah lantas mula melangkah menuju ke pintu keluar. Mah! Terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa pasal niat suci murni kau tu. Keceriaan cuba kuhulurkan. Aku harus ceria dan aku tidak perlu berduka nestapa hanya kerana lelaki yang tidak cukup oksigen itu. Niat apa? balas Shimah sambil mengecilkan matanya. Pura-pura tak mengerti. Belanja aku tu... ucapku sambil mengenyit mata. Oh... belanja air suam udahlah ye, usik Shimah dan terus melambaikan tangannya. Tipu ekkk!!! Jeritku geram. Tersenyum aku bila mengenangkan gelagat Shimah tadi. Bilik di hadapanku yang tidak berpenghuni kutatap lama. Kali ini biarlah lelaki itu memerintah dan mendera hatiku, tetapi tidak lain kali. Aku harap itu semua hanya kesedihan sementara dan dugaan yang sekelumit untuk aku tentang. Aku harus kuat untuk berdiri mencari rezeki dan memenuhi tanggungjawab pada kedua-dua orang tuaku.

79

Dosa Semalam

KAU nak makan apa? tanya Shimah. Aku dan Khatijah mengambil tempat duduk di hujung ruang KFC ini. Snack plate cukuplah, pintaku sambil meneliti brosur KFC yang bermacam-macam warna di atas meja. Aku pun! jawab Khatijah. Banyaklah kau punya pun. Meh sini ikut aku, ajak Shimah pada Khatijah. Aku ke? tanya Khatijah sambil jari runcingnya terarah kepada dirinya sendiri. Habis tu, takkan aku nak ajak pak cik janggut putih tu ikut aku! Kau ingat dia boleh tolong aku bawak dulang ke? Shimah sudah mula membentak. Apa salahnya, kalau pak cik tu boleh bergeraklah. Dengan senang hati dia akan menolong. Khatijah cuba mengusik. Takpelah, biar aku je yang pergi, pelawaku, sudah bersedia untuk bangun. Kau duduk, biar aku dan Khatijah je yang pergi order. Jom Khatijah! arah Shimah dengan muka yang mencuka. Aku follow dialah. Nanti angin satu badan mak cik tu. Dahlah makan free ni, usik Khatijah dan bangun membuntuti langkah Shimah. Jadi ke kau join Dato dan bini dia gi makan? tanya Khatijah setelah kembali duduk bersama sedulang makanan. Dengan berhati-hati dia mencubit sedikit ayam yang masih panas dan kemudian menyuapnya perlahanlahan. Shimah sedang leka memandang ke luar. Kebetulan

80

Adilla Tasha

kami duduk di tepi tingkap dan boleh melihat setiap pergerakan dari dalam. Jadi! jawabku sepatah. Seronokkan jadi kau. Dapat makan dengan Dato. Bini dia pun sayang pada kau jugak. Kalau akulah, mesti kepala aku sentiasa terlentok kat bahu bini Dato tu je. Khatijah sudah mula membuka gurauannya. Apalah kau ni, Khatijah. Aku pergi sebab dah diarahkanlah. Ingat nak pergi saja-saja je ke? luahku geram. Aku bukan hendak ambil kesempatan pada setiap kesenangan yang Dato Hassan berikan. Iyalah, maksud aku untung jadi kau. Sentiasa disayangi... tambah Khatijah. Lain je maksud kau ni. Aku memandang Khatijah tajam. Aku mula terasa. La aku cakap betullah. Tak ada niat lain. Aku pun sayang kau dan sentiasa akan menjadi kawan kau dalam senang dan susah. Khatijah tersenyum membalas pandanganku. Lain kali Khatijah, kalau bercakap biar terangterang. Jangan masuk simpang sana simpang sini. Orang pun tak pening dengan apa yang kau nak sampaikan. Shimah yang sedari tadi hanya diam membisu mula membuka mulut. Betullah apa yang aku cakap tadi. Khatijah cuba membela dirinya. Siapa cakap salah, tapi lain kali cakap terus je apa yang nak kau cakapkan. Tak perlu buat otak orang lain pening nak mencernakan apa yang nak kau sampaikan. Nanti buat orang salah faham, jadi gaduh pulak... terang Shimah panjang lebar.

81

Dosa Semalam

Okeylah, aku mintak maaf. Lain kali aku akan karangkan kata-kata aku menjadi pendek dan tak perlu orang lain pening kepala atas apa yang aku cakap nanti. Khatijah tersengih. Aku dan Shimah hanya memandang antara satu sama lain dan menggeleng kepala berulang kali. So, jadilah kau pergi nanti? Sekali lagi Khatijah mengungkit hal yang sama. Jadilah wahai Cik Khatijah kusayang. Aku mula nak naik angin. Kalau kau makan tu, ingat-ingatkan kami kat sini, okey? tambah Khatijah lagi. Iyelah, setiap kali apa yang masuk dalam mulut aku ni, aku akan cakap Khatijah dan Shimah, aku makan ni.... Okey! Puas hati? jawabku sambil menjeling pada Khatijah. Shimah hanya tergelak melihat gelagat aku dan Khatijah. Hah! Buat macam tu la, tau! Selamba Khatijah menjawab. Aku sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Lantak kaulah Khatijah!!!

82

Adilla Tasha

Bab 13
ENGAN berkebaya pendek, aku mengatur langkah menuju ke perhentian bas. Mak dan abah sudah memberi kebenaran sejak awal-awal lagi. Kedua-dua mereka memang sudah mengenali Dato Hassan dan isterinya sejak mereka berdua sudi bertandang ke rumahku pada Hari Raya. Kulihat jam tangan berulang kali. Takut aku tidak sempat sampai. Seperti yang dijanjikan, aku harus sampai di Restoran Terapung Telok Gadung jam lapan malam. Mulanya Dato Hassan mempelawa hendak mengambilku tetapi kutolak dengan cara baik. Iyalah, sudah bermurah hati hendak belanja makan pun sudah mencukupi. Bukan susah sangat naik bas. Tahan, panjat, bayar dan duduk. Dalam masa setengah jam sampailah aku nanti. Kaki yang tergantung kuayun perlahan-lahan untuk menghilangkan kebosananku tika ini. Entah kenapa sejak pagi tadi hatiku bagaikan tidak sedap sahaja. Dadaku terasa berdebar-debar. Aku sendiri tidak mengerti. Aku memandang rantai tangan hadiah emak yang terletak cantik

83

Dosa Semalam

di pergelangan tangan kananku untuk mengusir perasaan tidak enak ini. Sedang aku tercangak-cangak memanjangkan leher untuk memerhati bas yang datang, sebuah MPV Honda Stream berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapanku. Pada mulanya aku tak pedulikan dengan kehadiran kenderaan itu walaupun aku tahu siapa pemandunya. Sudah acap kali aku melihat kenderaan ini diparkir di pejabat syarikat tempat aku bekerja. Perlahan-lahan tingkap kereta yang bercermin hitam itu diturunkan. Wajah di dalamnya memandangku lama. Hanim! Naiklah. Si empunya kereta mempelawa dengan senyuman terukir di bibirnya. itu

Aku hanya memandang sepi wajah itu. Pintu pemandu dibuka bila melihat aku hanya kaku di situ tanpa tindak balas. Kenapa lelaki ini ada di sini? Takkan Dato jemput lelaki ini sekali? Hanim, cepatlah. Nak I dukung ke? Suara itu bergema lagi. Tak apalah Tuan Ariff, saya naik bas saja. I pun nak pergi ke restoran yang sama. Dato jemput I. Kita pergi sekalilah, pujuknya. Tapi. Aku bingkas bangun bila langkahnya diatur ke arahku. Sempat aku memandang sekeliling melihat kalaukalau ada orang yang kukenali di situ. Aku tidak mahu menjadi mangsa umpatan apatah lagi kalau dengan radio karat itu. Aku tidak mahu nama mak abah jadi taruhan hanya kerana perbuatan tak sekolah Tuan Ariff ini. Kenapa tak mahu pergi dengan I? You masih

84

Adilla Tasha

marah ke, Hanim sayang? tanyanya dengan wajah yang berbaur kecewa. Aku menjarakkan tubuhku. Entah bila tangannya meraih lenganku tetapi segera kusentap. Hanim, kenapa ni? Tuan Ariff jangan nak sentuh-sentuh saya, ye! Ingat saya ni apa? Lagipun saya dah biasa naik baslah, tak perlu Tuan Ariff nak bersusah payah untuk saya, luahku sedikit meninggi. Tergamam lelaki itu bila bicaraku seakan mengundang luka di hatinya. Wajah itu hanya sementara sahaja mendungnya. Kulihat ada cahaya keceriaan bila bibirnya merekah dengan senyuman. Oh, merajuklah ni. Hanim, I minta maaf pasal kejadian tempoh hari. I tahu I bersalah. I tak tahu kenapa dengan I hari tu. Wajahnya kutatap lama untuk mencari jawapan sebuah keikhlasan. Dari sisi kanan aku tahu ada insan lain sedang mengatur langkah menghampiri kami, seakan mahu berkongsi tempat perhentian bas ini bersama. Aku kembali resah. Hanim, marilah kita pergi. Lagipun I dah ada depan mata you, takkan I nak tinggalkan you kat sini pulak. Rayuan lelaki itu dan kehadiran orang lain di bawah bumbung perhentian bas itu membuat otakku ligat memikirkan sama ada hendak mengikutnya atau menjadikan drama ini ditonton oleh orang lain. Baiklah! Akhirnya aku memberi keputusan walaupun separuh jiwaku menegah. Aku tahu kalau aku masih di situ, mungkin drama ini akan sampai ke telinga

85

Dosa Semalam

radio karat. Sekurang-kurangnya jika aku menaiki kereta Tuan Ariff, andai ditanya mak dan abah, aku sudah ada jawapannya. Macam tu la... melemparkan senyuman. ucap Tuan Ariff sambil

Dia membuka pintu di sebelahnya dan aku segera meloloskan diri dan wajah insan yang ada di situ hanya memerhatikan kami dengan satu pandangan yang kurang enak. Hanim sihat? soal Tuan Ariff setelah lama kami membisu di dalam MPVnya. Seperti yang Tuan Ariff tengoklah. Hanim masih marah ke sayang? Boleh tak kalau Tuan Ariff jangan sebut perkataan sayang dengan saya? Saya tak sukalah. Entah kenapa aku masih tidak dapat menerima layanannya sebegini walaupun itu yang aku mahukan selama ini. Tetapi sejak peristiwa itu, aku lebih mementingkan hati agar tidak cair dengan kata-kata yang berbaur menggoda. Hanim kalau marah memang cantik. Dia tertawa sendiri bila aku sudah menegakkan badanku menghadapnya. Kalau Tuan Ariff cakap begini lagi, saya terjun dari kereta ni. Tanganku segera memegang pembuka pintu tetapi untuk melakukannya kecut juga hati ini. Aku tidak tahu kenapa aku sanggup mengugutnya, mungkin didorong rasa hati yang masih sebal dan panas. Hanim! Jangan nak buat kerja gila! tempiknya dan sekelip mata nadanya berubah. Aku bagaikan berhadapan dengan Tuan Ariff yang pernah menerbangkan semangatku di suatu pagi dulu.

86

Adilla Tasha

Aku terdengar kunci pintu terturun sendiri apabila Tuan Ariff menekan satu butang di kanan pintunya. Kebisuan bertandang bila Tuan Ariff senyap seribu bahasa, mungkin menahan amarahnya dengan ugutanku tadi. Aku membuang pandangan ke luar, menyapa pemandangan di sepanjang laluanku. Aku tidak sanggup memikirkan apa kesudahan drama sebabak ini. Hatiku sudah penat menanggapi sikap Tuan Ariff yang bagaikan tiada apaapa yang berlaku sebelum ini.

87

Dosa Semalam

Bab 14
KHIRNYA kami sampai juga di Restoran Terapung tersebut. Aku segera membuka pintu kereta sebaik sahaja enjin dimatikan. Namun setelah berkalikali mencuba, aku masih gagal membuka pintu kereta. Pemegangnya seolah-olah tidak berfungsi. Tuan Ariff memerhatikanku tanpa bersuara. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Aku sesak sendiri. Dengan haruman CK yang melekat di tubuhnya terasa menusuk dan menggoncang jiwa ini. Aku tidak boleh lama berada di dalam ruang sempit ini. Aku akan kalah nanti. Baru aku teringat, hanya Tuan Ariff sahaja yang boleh membukanya dengan sekali tekan sahaja. Suisnya berada di tangan sasa itu. Bukalah pintu ni! Yang pandang saya macam tu kenapa? Geram benar aku dengan gelagat lelaki yang berwajah selamba tersandar kemas di dada kerusinya. Pandangannya masih terarah kepadaku. Bersama senyuman nipisnya, aku hampir kalah. Raut wajahnya yang licin tanpa sebarang jerawat dan kumis nipis tersusun rapi membuatkan aku terkedu.

88

Adilla Tasha

Kalau Hanim tak mahu senyum dengan I, sampai esok pun I tak mahu buka kunci pintu ni. Jawapannya sekali gus menipiskan lagi tahap kesabaranku. Saya punya hallah nak senyum ke tidak. Ada kenamengena dengan Tuan Ariff ke? Mungkin tidak menyangka mulutku akan mengeluarkan ayat sebegitu membuatkan Tuan Ariff mendekatkan tubuhnya ke arahku. Aku yang kalut ini segera melarikan pandanganku ke luar sana. Wajah remang-remang senja yang akan dihapuskan oleh malam kurenung lama seakan mencari kekuatan di situ. Memang degil perempuan sekarang ni. Mahu dengar cakap dia saja! Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku segera memalingkan wajah menatap lelaki yang menimbulkan perkara yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Apa maksud lelaki itu berkata demikian? Apa? Cuba Tuan Ariff ulang sekali lagi? Aku tidak hiraukan renungannya bila amarahku pula bertandang. Maafkan I, bukan salah you... dengus Tuan Ariff lemah. Aku semakin tidak mengerti dengan lelaki di sebelahku ini. Kenapa dia boleh berubah dalam sekelip mata? Apa masalahnya masih tidak dapat kuhuraikan. Sayup-sayup aku terdengar deringan telefon dan lelaki ini segera menyeluk poket seluar dan menjawab panggilan itu. Saya dah sampai, tengah cari parking. Aku tidak tahu dengan siapa lelaki ini berbicara. Hanim pun ada dengan saya ni.

89

Dosa Semalam

Aku hanya menjadi pendengar tentang apa yang dibualkannya. Sesekali ketawanya kedengaran. Okey... okey saya masuk sekarang. Muka Cik Hanim ni pun dah bertambah kelat. Usikan dan pandangannya berlari sekata. Mari sayang, Dato dan Datin dah tunggu di dalam. Rupanya mereka lebih cepat dari kita. Tangannya menekan butang yang aku angankan dan tanpa menunggu lebih lama, aku terus meloncat keluar. Kutinggalkan lelaki itu yang masih terkapai-kapai menutup pintu. Malas aku hendak menghadap dan beriringan dengannya. Sedap benar lidahnya itu memanggil sayang padaku, sedangkan perkataan sayangnya itu terlalu murah untuk semua orang. Hanim, kenapa ni? Sudah-sudahlah marah tu. Nanti apa kata Dato bila melihat kita begini. Entah bila Tuan Ariff sudah berada di sisiku. Ada aku kisah? Apa pulak Dato nak kata, bukannya kita pasangan kekasih pun! Tuan Ariff dengan hal Tuan Ariff, saya dengan hal saya. Langkah tetap kuteruskan walaupun mulutku laju membebel. Hanim kalau dah marah, susah betul I nak pujuk. Kujeling wajahnya di sisiku dan semakin meluat bila dia hanya tersenyum menampakkan mutiara putihnya. Dengan air muka yang amat selamba, lelaki itu beriringan denganku berjalan menuju masuk ke dalam restoran itu. Aku memerhati sekeliling. Padat dengan hiasan yang menggambarkan di sini adalah tempat yang sesuai untuk menjamu selera. Di kiri pintu masuk terletak ikan-ikan,

90

Adilla Tasha

udang, ketam dan macam-macam lagi yang akan menjadi santapan tetamu yang datang. Ikan-ikan hidup dibiar lepas di dalam akuarium yang diatur berderet-deret. Memandangkan kawasan ini berdekatan dengan kawasan nelayan, maka dengan senang mereka dapat bekalan ikan yang segar sentiasa. Pelanggan hanya perlu memilih apa yang mereka inginkan untuk dimasak mengikut cita rasa masing-masing. Ketika kami menghampiri meja yang telah ditempah, kelihatan Dato Hassan dan Datin Kalsom sedang berbicara dan tertawa mesra. Entah apa agaknya yang mencuit hati pasangan bahagia itu. Sentiasa menjadi loving couple di mataku ini. Datin Kalsom segera bangun menyambutku bila menyedari kehadiran kami. Aku hulurkan salam dan mencium tangan Datin Kalsom sepertimana kubuat pada mak. Datin Kalsom memeluk dan mengusap rambutku lembut bagai membelai anaknya. Hanim sihat? Hanim sihat, Datin macam mana? Tangannya masih tidak kuleraikan. Aku terasa disayangi bila berada di samping Datin Kalsom. Dato Hassan hanya memandang kami dengan penuh keceriaan. Iyalah, berada di samping orang tersayang yang selama ini asyik berjauhan kerana tuntutan tugasan. Alhamdulillah saya sihat. Entah kenapa bila bertemu kami bagaikan memerlukan antara satu sama lain. Dia orang ni kalau dah berjumpa bukannya nampak kita di depan mata, Ariff! Merah mukaku bila diusik Dato Hassan. Baru aku sedar yang kami berdua menjadi tatapan Dato Hassan dan Tuan Ariff.

91

Dosa Semalam

Hanim, duduklah. Tuan Ariff menarik kerusi untukku dan lelaki itu terus mengambil tempat di kerusi sebelah. Bagaikan sebuah keluarga, kami berbual diiringi gelak ketawa. Ada sahaja cerita yang Dato Hassan bangkitkan yang membuat Datin Kalsom tersipu malu. Kadangkala aku perasan, sesekali Tuan Ariff menjeling dengan ekor matanya untuk menjamah wajahku. Apa yang terjadi dengan lelaki ini, aku sendiri tidak tahu. Sekejap okey, sekejap murung. Lantaklah! Asalkan dia tidak mengganggu hidupku, sudah! Ariff! Bila nak berumah tangga, auntie dengar dah ada pasangan? Dapat kurasai senyuman Tuan Ariff mati tiba-tiba dan hati ini bagaikan direntap seketika. Entahlah! Belum sampai masanya... keluhnya. Apa yang nak ditunggu, Ariff... semuanya dah ada. Takkan hati masih berbelah bahagi? pancing Datin Kalsom. Bukan begitu, auntie. Nantilah kalau saya dah bersedia, berita tu akan sampai juga. Aku kaku tanpa suara. Hati ini terasa bagaikan diramas-ramas dan kesakitan itu hanya aku sahaja yang tahu. Jadi memang benarlah lelaki ini sudah ada yang empunya. Mungkin bukan jodohku dengan dia. Kalau susah-susah sangat, ambil Hanim ni aje. Auntie suka sangat dengan Hanim ni. Nasib baik semua anak auntie dah berumah tangga. Kalau tak... dah lama auntie pinang Si Hanim ni. Tersedak aku bila namaku pula dikait. Baru tadi aku merelakan suratan takdir, mulut Datin Kalsom membangkitkan hal ini pula.

92

Adilla Tasha

Kenapa ni? Tuan Ariff menggosok belakangku berulang kali. Aku cuba membantah dengan menolak tangannya. Dato Hassan hanya tersenyum sambil memandang Datin Kalsom. Mungkin ada yang difikirkannya bila cara pandangan matanya padaku seakan-akan merestuinya. Ketika pelayan menyerahkan menu kepada kami, aku hanya tertunduk bisu. Seperti biasa, aku tidak tahu apa yang perlu kupesan untuk makan malam ini. Hanim dan Ariff pergilah tengok apa yang nak dimakan. Ikan apa yang nak dimasak... arah Dato Hassan. Aku memandang Datin Kalsom meminta pertolongan. Aku tidak mahu bersama lelaki ini bersendirian kerana ia bisa menyesakkan salur pernafasanku. Pergilah Hanim. Saya tahu Hanim tahu apa yang saya suka makan. Buat menu macam dulu tu. Senyuman Datin Kalsom sekali gus mematikan urat sarafku. Hanim tak pandai nak orderlah. Aku berusaha untuk menolak. Hanim bukan tak pandai nak order, tapi Hanim takut sebenarnya. Hanim tak yakin dengan diri sendiri... tambah Datin Kalsom lagi. Itulah kebenaran yang harus kutelan. Memang aku akui yang aku sering menggelabah kalau bab-bab hendak ke depan. Jom Hanim! Mari kita sama-sama pilih. Ikan jaws ke, jerung ke... yang penting kita makan. Tuan Ariff terus mendesakku. Dengan berat hati aku bangun dan melangkah seiring dengan Tuan Ariff.

93

Dosa Semalam

Hanim nak makan ikan apa? tanya Tuan Ariff bila pelayan yang menjaga ikan-ikan hidup itu telah bersedia dengan tangguk untuk menangkap mana-mana ikan yang kami kehendaki. Saya tak tahu, jawabku jujur. Okey! Kalau macam tu, apa kata kita ambik ikan siakap dan ikan kerapu saja? cadang Tuan Ariff. Hmmm... boleh juga. Hari tu Datin pun makan ikan yang sama, terangku. Hah! Habis tu, kenapa bila I tanya Hanim cakap tak tahu? Aku terkedu bila Tuan Ariff berkata demikian. Hari tu saya main order je. Pandai pun! Betul juga kata Datin tadi, Hanim. Yang penting Hanim kena yakin dengan diri Hanim. Aku diam tak berkutik. Dik! Ambilkan ikan siakap yang sederhana tu dan kerapu yang belah kiri tu, ek? arah Tuan Ariff kepada pelayan itu. Setelah memesan apa yang dihajati, kami berdua segera kembali ke meja semula. Dah ke? tanya Dato Hassan. Dah! Kejap lagi diorang datang untuk ambil order sampingan pula, terang Tuan Ariff sambil mengambil tisu di atas meja untuk mengelap percikan air dari akuarium tadi. Aku hanya memandang tangan sasanya mengelap tiap celah jari-jari yang panjang dan kurus. Tidak berapa lama kemudian, seorang pelayan datang dan mengambil pesanan kami sebelum berlalu pergi.

94

Adilla Tasha

Setelah semuanya terhidang, kami menikmati hidangan dalam suasana ceria dan dari bicara lelaki ini aku dapat mengagak bahawa hatinya sudah terubat. Okeylah, saya nak balik. Hanim balik naik apa? Kalau tidak, boleh saya hantar sekali. Dato Hassan bersuara apabila merasakan masa sudah beranjak pergi terlalu lama. Tak mengapalah uncle, biar saya saja yang hantar Hanim. Belum sempat aku bersuara, seseorang sudah membuatkan keputusan untukku. Tak mengapalah Tuan Ariff, saya boleh balik sendiri. Aku menolak huluran pertolongannya kerana aku tidak sanggup untuk berdepan dengannya lagi. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh tiga puluh minit malam, bagiku belum terlewat lagi untuk aku mendapatkan bas atau teksi. Dah malam ni Hanim, tak elok awak balik sendiri. Datin Kalsom seperti memberi peluang untuk Tuan Ariff berdua-duaan dengan diriku. Alah Datin baru pukul sepuluh setengah ni, bas masih ada lagi, bantahku beralas. Tuan Ariff memandangku, tajam. Hanim, you mesti balik dengan I. Terdengar bisikan di telingaku bila Datin Kalsom menoleh ke arah Dato Hassan sudah bangun dari kerusi. Tajam renunganku untuk menyatakan betapa marahnya aku dengannya. Hanim balik dengan sayalah auntie, nanti saya hantar dia. Lagipun dah malam sangat. Takut nanti ada masalah pulak.

95

Dosa Semalam

Tuan Ariff bangun serentak apabila melihat Datin Kalsom sudah berdiri dan mencapai beg tangannya. Aku hanya kaku di situ apabila semuanya memandangku. La... kenapa ni, tak mahu balik ke? Usik Dato Hassan bila aku masih tidak beranjak dari kerusiku. Nak baliklah ni.... Segera kucapai beg tanganku dan berlalu menyertai Datin Kalsom yang sudah mula mengatur langkah.

96

Adilla Tasha

Bab 15
EPANJANG perjalanan pulang aku hanya diam membisu. Tuan Ariff tenang memandu bagaikan tiada rasa bersalah di dalam dirinya. Kuperhatikan jalanjalan yang dilaluinya bukan menuju ke rumahku. Aku semakin tertekan bila Tuan Ariff masih tidak bersuara untuk menyatakan ke mana arah tujuan kami sebenarnya. Kita nak ke mana ni, Tuan Ariff? tanyaku resah. Kupandang wajahnya, masih tiada riak untuk lelaki ini menjawab pertanyaanku. Temankan I minum sekejap, Hanim. I perlukan teman. Ada keluhan di dalam nada suaranya. Minum? Tadikan dah minum? Kenapa lelaki ini begini? Sukar untuk kuselongkar kekusutan di fikirannya kerana lelaki ini bagaikan tidak mahu membuka ruang masalahnya bagi aku membantu. Andai dia memerlukan teman, aku rela menjadi tempat dia mencurahkan kesakitan. Entahlah, Hanim. Boleh, kan? Sekejap saja. I janji

97

Dosa Semalam

akan hantar you balik nanti, rayunya dan atas rasa simpati menyebabkan aku mengangguk tanpa sedar. Kereta Tuan Ariff membelok memasuki Hotel Lake View tempat Tuan Ariff tinggal selama ini. Kenapa nak minum di sini pulak? Pukul berapalah aku sampai rumah malam ni? Hatiku rasa tidak sedap bila Tuan Ariff memasuki tempat parkir. Nanti I hantar you balik, I janji. Sekali lagi lelaki itu bersuara bagaikan dapat membaca apa yang kufikirkan. Tuan Ariff menarik tanganku menuju ke lounge yang ada di sana. Lampu neon yang samar-samar membuatkan kepalaku ikut samar juga. Rasa berbelah bahagi masih tidak dapat kutangkis. Tuan Ariff menuju ke meja yang agak tersorok sedikit dan terus melabuhkan punggungnya tanpa bersuara. Di wajahnya dapat kukesan kemurungan walaupun suasana di lounge agak kelam. Ke mana wajah keriangan yang sempat kutatap ketika makan tadi? Aku hanya membatukan diri bila Tuan Ariff memesan minuman yang aku sendiri tidak ketahui nama dan jenisnya. Tidak sampai sepuluh minit, minuman sudah tersedia di meja kami. Rasa malu tidak dapat kutahan bila pelayan Cina itu tersenyum sinis ketika meletakkan segelas air hitam pekat dan jus epal. Pada mulanya aku sangkakan air Coke atau sarsi, tetapi bila Tuan Ariff meneguknya agak rakus dan memesan segelas lagi, membuat aku tergamam. Air apa yang sedap sangat hingga dipesan berulang kali? Patutlah pelayan tadi seakan mentertawakanku bila melihat cara pemakaianku yang sekali gus menggambarkan aku seorang Muslim.

98

Adilla Tasha

Bau air tersebut mula menular di ruang udara. Fikiranku mula menangkap sesuatu yang kurang enak. Kalau mengikut apa yang kutonton dalam drama Inggeris, air itu merupakan air mabuk dan haram bagi kami yang beragama Islam. Kenapa lelaki ini terlalu jauh sesatnya? Mungkin cara kehidupannya di kota membuatkan lelaki ini tidak mengenal dosa dan pahala. Serba salah aku hendak menahannya dari meneguk air syaitan itu. Kulihat wajah Tuan Ariff sudah berubah kemerahan. Sudahlah Tuan Ariff, hentikan minum tu. Ingatlah Allah, Tuan Ariff. Aku cuba merampas gelas tersebut tetapi Tuan Ariff menepisnya. Sekali lagi tangannya diangkat dan pelayan itu bagaikan mengerti apa kemahuan lelaki di hadapanku yang sudah hilang kewarasannya. Kenapa Sherry buat I macam ni? Apa yang dia nak lagi? Semuanya I dah berikan tapi dia masih bermain dengan jantan lain masa I tak ada di sana... bebelnya sambil menghirup air syaitan itu lagi. Aku sudah tidak tahan dengan bau ini dan kurasakan isi perutku akan keluar sebentar lagi. Tuan Ariff, kenapa nak pilih mabuk sebegini? Ini semua takkan menyelesaikan masalah Tuan Ariff. Aku mencuba lagi menarik gelas yang tinggal sedikit isinya, tetapi ditepis kuat oleh Tuan Ariff. Semua perempuan sama saja, hanya memilih harta sebagai cinta mereka. Kau pun sama jugak! pekiknya membuat aku hilang semangat untuk bersuara. I tak sangka bila I curahkan cinta I pada dia, tuba yang dibalasnya. Aku sudah tidak tahan mendengar lelaki ini

99

Dosa Semalam

merepek dengan hal yang aku sendiri tidak tahu biji butirnya. Nasib baiklah I terjumpa dia masa I balik minggu lepas dan I dah tinggalkan dia. Lelaki ini ketawa tanpa berhenti membuat aku sendiri takut hendak memandangnya. Luahan kepedihannya tidak sekali mendapat simpatiku tetapi hanyalah degupan jantungku yang sudah berlari kencang. Hilang sudah kekacakan dan karisma yang ada pada dirinya bila melihat dia berada di dalam keadaan mabuk dan lupa diri sebegini. Kenapa dia buat I macam ni? Kenapa? Hendak sahaja aku tinggalkan lelaki ini di sini. Biar dia terus dalam kehilangannya. Apa yang harus aku buat sekarang ni? Takkan nak telefon Dato pulak? hatiku mendesis. Aku cuba memikirkan jalan terbaik untuk menarik lelaki ini keluar dari sini. Aku tidak mahu lelaki ini terus hanyut. Aku mencapai beg tangan dan meninggalkan Tuan Ariff lantas menuju ke kaunter pertanyaan di luar lounge itu. Minta maaf, boleh saya tahu di mana bilik Tuan Ariff Aris dari Bersatu Holdings? Tuan Ariff Aris? Sebentar saya periksa buku pendaftaran. Aku mengangguk sambil melemparkan senyuman segaris buat penyambut tetamu tersebut. Nombor 302 tingkat lima. Puan perlukan pertolongan? tanya penyambut tetamu itu ramah, tetapi aku hanya membalas senyuman penyambut tetamu tersebut dan terus berlalu setelah menyatakan terima kasih kepadanya. Ketika aku menghampiri Tuan Ariff, lelaki itu sudah habis meneguk gelas kelima air syaitan tersebut. Tangannya

100

Adilla Tasha

diangkat tetapi cepat kucapai supaya pelayan tadi tidak datang menghantar minuman itu lagi. Serba salah aku rasa bila hendak menyeluk poket seluarnya untuk mencari kunci bilik. Kalau hendak diikutkan, aku boleh meminta kunci pendua di kaunter tadi, tetapi aku takut pandangan serong mereka di situ. Kubuang rasa malu dan akhirnya apa yang aku kehendaki sudah berada di genggamanku. Kalau lelaki ini tahu apa yang aku buat, mesti lain yang difikirkan. Perlahanlahan kupapah lelaki ini walaupun tubuh sasanya tidak setanding dengan kudratku. Aku harus menghantarnya ke bilik sendirian untuk mengelakkan tanggapan serong orang lain. Takkan aku hendak meminta pertolongan dari pekerja di sini, sedangkan aku sendiri tidak biasa dengan keadaan tempat ini. Langkah lelaki ini yang terhuyung-hayang menyukarkan pergerakanku. Nasib baik hanya kami berdua yang berada di dalam lif. Mulut Tuan Ariff masih tidak berhenti membebel dan aku sendiri tidak tahu butiran rungutannya. Bau hamis dari minuman tadi tidak dapat kutahan. Apatah lagi aku baru sahaja memenuhi perutku tadi. Segala isi perut seakan mahu melonjak keluar. Akhirnya aku berjaya juga membawanya ke dalam biliknya. Itu pun terkial-kial juga. Sesak nafasku untuk menampung berat badan Tuan Ariff yang sasa itu. Kubaringkan dirinya dan menanggalkan kasut dan stokingnya. Aku tidak tahu apakah tindakan ini betul. Tuan Ariff masih berada di dalam keadaan begitu dan mulutnya masih becok memarahi teman wanitanya. Rasa mual mula hendak melonjak keluar. Segera aku berlari ke bilik air dan menutup pintunya bila gelojak itu tidak dapat ditahan. Keluar segala isi yang kujamah tadi. Perit rasa tekakku bila muntah

101

Dosa Semalam

kuning yang terakhir singgah di singki di dalam bilik air itu. Kubasahkan muka dan kesegaran terasa bila air paip itu menyentuh kulit. Bila rasa mual itu sudah reda, aku segera membuka pintu bilik air dan tergamam bila melihat apa yang ada di hadapan mata. Tuan Ariff memandangku tajam seperti renungan masa dia mengamuk dulu. Di setiap sudut matanya seakan terpancar api dendam yang aku sendiri tidak dapat menahan. Kenapa dengan lelaki ini? Kenapa Tuan Ariff pandang saya begitu? Jantungku bagaikan hendak terkeluar. Janganlah berlaku sesuatu yang tidak diingini. Itu doaku. Perempuan tak guna! Kau permainkan aku, kan? Terkejut aku bila Tuan Ariff menyergahku sedemikian rupa. Aku mula menjadi kalut. Yang ada di fikiranku ketika ini adalah pintu utama dan sempat juga menyalahkan diri kerana terjebak dengan perkara ini. Aku cuba meloloskan diri bila tangannya menyentap lenganku dan menarikku ke katil. Dengan senang aku ditolak lalu terbaring di atas katil. Aku cuba bangun tetapi tenaganya lebih kuat menolakku semula. Bagaikan dirasuk syaitan, diri Tuan Ariff tiada di dalam jasadnya. Tuan Ariff, ini Hanimlah! Tolong lepaskan saya, rayuku bila lelaki ini menghempap tubuhku dengan tubuhnya. Kucuba menolaknya berulang kali tetapi tangan sasa itu bagaikan tidak mengerti dan di depan matanya hanya satu nama yang sering disebut. Air mata mula menitis. Debaran di dada kian memuncak. Kau suka aku buat begini, kan? Aku cintakan kau, Sherry. I love you so much. Kenapa kau permainkan hati aku, hah?

102

Adilla Tasha

Aku berusaha mengelak ciuman rakus Tuan Ariff di setiap inci wajahku. Bau dari mulutnya membuatkan tekakku semakin meloya. Aku akan ikat kau sampai bila-bila dan kau akan ingat aku seumur hidup kau! Nada dendam dari mulut yang berbau hamis dan tangisanku yang berselang-seli masih tidak dapat menyedarkan Tuan Ariff dari tindakannya. Tuan Ariff, ini Hanimlah! Tolonglah saya, Tuan Ariff... lepaskan saya, Tuan Ariff. Jangan buat saya begini. Kasihanlah saya, Tuan Ariff!!! Apa dosa saya pada Tuan Ariff? Tuan Ariff mabuk ni.... Tangisanku tenggelam timbul dengan rayuan yang keluar dari mulut ini. Aku berusaha untuk menyedarkan lelaki ini. Diam!!! Kau memang perempuan jalang! Satu tamparan mendarat di pipiku. Tuan Ariff!!! Apa salah saya? Jangan lakukannya, Tuan Ariff! Jangan lakukan!!! Rayuanku hampir tidak kedengaran bila baju kebayaku disentap oleh tangan yang sedang mengganas itu. Kucuba berulang kali meronta untuk melepaskan diri, tetapi tenaga lelaki ini tidak dapat kulawan. Kenapa aku yang menjadi mangsa? Kenapa??? Ya Allah, apa dugaan yang Kau turunkan untukku kali ini? Esakanku semakin sayu bila apa yang kutakuti selama ini bakal terjadi dan aku tidak berdaya bila kainku pula diselak oleh tangan sasanya. Sekali lagi aku cuba meronta tetapi tenagaku tidak berupaya menentang kejantanan Tuan Ariff.

103

Dosa Semalam

Sampai hati Tuan Ariff buat saya begini sampai hatiii!!! Kupejamkan mata dan berserah pada Yang Esa bila kesakitan yang tidak mahu kualami ini terpaksa kulalui sebelum tiba waktunya. Apakah nasibku selepas ini, Ya Allah! senduku sendiri. Aku ingin merasai kesakitan ini dengan cara yang sah. Aku ingin merasai kesakitan ini dengan kerelaanku sendiri. Aku ingin merasai kesakitan ini hanya dengan insan yang halal bagiku dan apa yang aku kehendaki itu tidak akan terjadi bila mahkotaku diragut tanpa kerelaanku. Dengus nafas Tuan Ariff seakan tidak mengerti gelojak perasaanku ketika ini. Tanpa suara lelaki itu terbaring lesu di sisiku. Air mata tidak berhenti mengalir dan aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi tadi. Kesakitan terasa di setiap urat nadiku. Segala yang kupertahankan selama ini diragut oleh insan yang kupercayai. Kenapa buat saya begini, Tuan Ariff? senduku tidak putus bila perlahan-lahan aku bangun mengutip pakaianku. Aku masuk ke dalam bilik air, menangis sambil merenung wajahku. Apa harus kulakukan selepas ini? Bagaimana dengan masa depanku? Aku meninggalkan lelaki yang telah merobek hidupku dalam sekelip mata. Aku cuba berlagak selamba kerana tidak sanggup ditanya bila tangisan mengiringi langkahku. Kutahan teksi yang ada di situ dan menuju ke pangkuan keluargaku yang sedang menanti setiap kepulanganku selama ini dengan sebuah harapan.

104

Adilla Tasha

Tetapi kali ini aku pulang dengan membawa kemusnahan harapan itu dan ianya tidak dapat kuluahkan kepada sesiapa pun. Andai keperitan ini kulaungkan, maka runtuhlah benteng nama mak dan abah yang kubina selama ini. Maafkan berdaya.... Hanim, mak... abah. Hanim tak

Tangisan hati tidak siapa pun tahu. Bicara hati tiada siapa yang mengerti. Luka yang parah dan berdarah ini harus kutelan walaupun ia menyakitkan, demi sebuah maruah dan nama yang kujulang sejak lahir lagi. Itu janjiku.

105

Dosa Semalam

Bab 16
UDAH hampir dua bulan peristiwa hitam itu berlalu. Sejak kejadian itu aku tidak pernah berjumpa dengan Tuan Ariff. Aku tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri tetapi menurut Dato Hassan, Tuan Ariff terpaksa bertukar ke Kuala Lumpur untuk menguruskan pejabat keluarganya berikutan ada masalah yang timbul. Biarlah dia melarikan diri hingga ke hujung dunia sekalipun, tetapi rasa bersalah tetap memburu setiap hembusan nafasnya. Dalam masa dua bulan ini aku berubah menjadi pendiam dan selalu termenung. Bukan aku tidak mahu membuat laporan kepada pihak berwajib. Hatiku ingin menjerit-jerit untuk menyatakan pada dunia yang lelaki itu telah menghancurkan hidupku. Biar lelaki itu tahu apa kesilapan yang telah dilakukannya padaku. Tetapi apakan dayaku, demi maruah dan nama keluargaku yang kujunjung membuat setiap langkahku terhenti. Aku sayang abah dan mak yang selama ini berkorban membesarkan aku dari dua inci tapak kakiku sehingga kini.

106

Adilla Tasha

Bila memandang bilik kosong di hadapanku, hati ini bagaikan disiat-siat, tetapi apakan daya.... Ingin sekali aku menjauhi tempat ini dan keluarga Dato Hassan, namun aku tiada jawapan bila Dato Hassan bertanya nanti, mengapa aku ingin berhenti dan aku tidak boleh membayangkan wajah mak dan abah bila hasrat ingin berhenti berkhidmat dengan Dato Hassan kuutarakan. Aku tahu hanya aku sahaja harapan abah dan mak untuk mencari sesuap nasi bagi meringankan beban keluarga. Sesuatu yang paling kutakuti seandainya telinga radio karat itu dapat membaca kemelut yang melanda keluargaku. Nanti habis satu dunia dijaja maruah keluargaku. Biarlah aku berkorban untuk masa ini demi abah dan mak. Apa yang Hanim menungkan tu? Terkejut aku bila mak menepuk bahuku. Kuih yang hendak kumasukkan ke dalam bekas terjatuh di gigi pinggan. Mak nikan, buat Hanim terkejutlah! rajukku sendiri untuk menutup keresahan hati. Tak ada yang terkejutnya.... Hanim tu yang mengelamun sampai mak panggil berulang kali tak menyahut, bebel mak sambil menuang air ke dalam bekas abah. Iya ke mak panggil Hanim tadi? tanyaku keliru. Budak ni macam orang tak betul saja mak tengok. Aku cuba tersenyum walaupun hatiku menangis Memang Hanim dah tak betul, mak. Memang Hanim dah tak ada daya nak menyusuri jalan dugaan untuk terus hidup, mak. Terasa air mata bertakung di bibir mata dan cepat kuseka sebelum mak dapat mengesannya. Mak... maafkan

107

Dosa Semalam

Hanim, mak. Hanim berdosa dengan mak dan abah. Hanim tak kuat nak melawan, mak. Aku merintih di dalam hati. Mak tengok muka Hanim dua tiga hari ni pucat sungguh! Hanim sakit ke sayang? Kecut perutku bila mak mendapatkanku dan meletakkan belakang tangannya ke dahiku. Takdelah mak. Mana ada Hanim sakit. Mak aje yang perasan macam tu. Hanim okey aje.... Mak ni lagi tahu daripada kau, Hanim. Memang muka kau tu pucat macam orang sakit. Wajah tua itu tidak pernah jemu memberi kasih sayang dan begitu mengambil berat walau aku sudah meningkat dewasa. Banyak sangat ke kerja kat pejabat tu, Hanim? Apa yang harus kujawab untuk insan tersayangku ini. Banyakkk... jugak, mak. Aku terpaksa menipu insan yang terlalu banyak berbudi kepadaku, tetapi hatiku tetap tidak merelakan. Banyak macam mana pun kerja tu Hanim, kesihatan kena jaga. Jangan sampai sakit yang datang pulak. Ingat tu! Pesan mak seakan meragut jiwaku. Kalaulah mak tahu apa yang kuhadapi sekarang ini, apakah mak masih ada daya berdiri? Insya-Allah mak, Hanim akan ingat sampai bilabila. Okeylah mak, Hanim pergi dulu. Aku segera mencium tangan mak dan berlalu sebelum pertanyaan mak akan meleret sehingga aku sendiri terjerat nanti. Paling utama kerana aku tiada jawapan untuk semua soalan yang bakal diajukan nanti.

108

Adilla Tasha

AKU masih memikirkan kata-kata mak mengenai diriku. Entah kenapa sejak kebelakangan ini selera makanku seakan mati. Apa sahaja yang masuk, semuanya perutku tolak kembali walaupun baru sahaja makanan itu kujamah. Aku sendiri kurang pasti penyakit apa yang kuhidapi ini. Kepalaku kadangkala terasa berpusing bila setiap kali aku bangun dari dudukku. Khatijah dan Shimah pun perasan akan perubahan pada tingkah lakuku tetapi aku bijak menyembunyikan segalanya. Adakah mereka hendak berkawan denganku kalau kuluahkan segalanya nanti? Hari itu nyaris sahaja aku terjatuh, nasib baik aku sempat berpaut pada meja. Aku yang jenis malas ke klinik hanya memandang sepi apa yang kualami ini sehinggalah mak membangkitkan isu ini. Teruk sangat ke sakitku sehingga mukaku pun berubah pucat? Hari ini pun peningku datang lagi ketika menunggu bas hendak ke pejabat. Tenagaku bagaikan tiada untuk hari ini bila segala sendiku seakan terkunci dan letihnya begitu terasa. Aku meletakkan beg tangan dan bekalku di atas meja dan mataku tertancap pada bilik Dato Hassan yang terang-benderang. Awalnya Dato sampai... bisikku sendiri walaupun aku sebenarnya tidak pasti. Aku segera menuju ke bilik Dato Hassan dan mendapati Datin Kalsom sudah berada di dalam bersama suaminya. Assalamualaikum Dato, Datin. Aku tersenyum melihat Datin Kalsom berpaling memandangku. Waalaikumussalam, masuklah Hanim. Hampir serentak mereka menyambut ucapan salamku. Apa khabar Datin?

109

Dosa Semalam

Seperti biasa aku beramah mesra dengan Datin yang sudah kuanggap seperti mak keduaku. Saya sihat, jawabnya bersahaja dan aku dapat menangkap kerutan di keningnya bila matanya terus merenung ke wajahku. Hanim sakit ke? Datin Kalsom adalah insan yang kedua dapat mengesan keadaanku. Takdelah, Datin. Kenapa muka Hanim pucat? Badan pun dah susut! Aku hanya boleh tersenyum. Apa lagi yang boleh kukatakan? Adakah Datin Kalsom dapat mengesan penderitaan yang kualami kini? Mana ada? Hanim okeylah, Datin. Abang tak jaga Hanim ke? Banyak ke kerja yang abang bagi sampai Hanim jadi macam ni? Datin Kalsom masih tidak berpuas hati dan Dato Hassan pula menjadi mangsa. La! Abang pulak yang kena. Orang sakit rindu agaknya. Dato Hassan hanya tersenyum dan sempat mengusikku. Sakit rindu? Datin Kalsom segera memandangku. Aku tahu apa yang hendak disampaikan oleh Dato Hassan, tetapi aku berharap sangat janganlah dia membangkitkan nama Tuan Ariff. Nama itu sudah terlalu membuat aku derita sekarang ini. Dato bergurau saja tu Datin. Oh... awal Datin datang minggu ni? Aku segera menukar topik perbualan agar nama keramat itu tidak kedengaran.

110

Adilla Tasha

Semalam Dato turun ke Kuala Lumpur dan pagi ni Dato ajak saya ke sini. Dato mahu berehat kat Pulau Pangkor pulak minggu ni. Terharu aku dengan kasih sayang yang tetap hangat di antara kedua-dua insan ini walaupun usia sudah meningkat. Oh! Datin nak minum apa, biar Hanim buatkan. Biarlah aku meninggalkan mereka berdua untuk berbicara tanpa sebarang gangguan. Boleh juga, Nescafe ada tak? Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Dato Hassan hanya memerhatikan langkahku. Ada, kat sini semuanya ada. Cuma teh tarik saja yang takde. Jawabku senang hati sambil mahu terus berlalu. Entah kenapa langkahku jadi tidak sekata dan kepalaku terasa berpusing-pusing. Aku cuba mencapai apa yang ada di sekelilingku dan aku rebah bila aku gagal mengimbangai tubuhku.

111

Dosa Semalam

Bab 17
dapat melihat dengan jelas.

ERLAHAN-LAHAN kubuka mataku. Pandangan yang berbalam membuatkan aku tidak

Hanim Hanim. Aku tahu yang aku masih berada di dalam bilik Dato Hassan bila kulihat Datin Kalsom duduk di sebelahku yang telah terbaring di sofa. Aku segera cuba bangun tetapi ditegah oleh Datin Kalsom. Berehatlah Hanim. Hanim tak sihat. Aku seakan dapat mengesan sesuatu dari raut wajah Dato Hassan dan Datin Kalsom yang memandangku dengan seribu tanda tanya. Tak apa Datin, Hanim dah okey. Aku mencuba kali kedua untuk bangun tetapi ditahan oleh Dato Hassan. Saya kata jangan bangun! Nada keras yang dilontar oleh Dato Hassan

112

Adilla Tasha

membuatkan aku termangu. Dato Hassan tidak pernah begini denganku. Mengapa kedua-dua insan ini bagaikan menyembunyikan sesuatu daripadaku? Apa yang terjadi? Hanim boleh saya bertanya? Hatiku berdetik dengan cara Datin Kalsom berbicara. Semacam sahaja. Datin Kalsom tidak pernah begini sebelum ini. Ada apa Datin? Aku semakin pelik. Tapi sebelum itu maafkan saya kalau saya menyinggung hati Hanim. Sebagai orang yang lebih tua... bertanya adalah jalan terbaik dari membuat andaian yang tak betul. Aku semakin berdebar-debar bila Datin Kalsom berkata demikian. Maksud Datin? Hanim mengandung ke? Bagaikan halilintar membelah bumi. Bagaikan petir berdentum bila ayat itu kedengaran. Seakan jantung ini berhenti berdenyut bila bibir Datin Kalsom bergerak menuturkan tiap patah perkataan ini. Aku tidak sanggup mendengar kata-kata itu. Aku tidak dapat menerima semua ini jika betul apa yang dikata. Tidak mungkin!!! Mana ada! Aku bingkas bangun tetapi Datin Kalsom menarikku duduk kembali. Jawab dengan jujur, Hanim. Datin Kalsom menggosok belakangku untuk menenangkanku. Betul takde. Aku cuba menidakkan apa yang difikirkan oleh Datin Kalsom, tetapi nada sebak lebih mendahului fikiranku. Awak cakap betul-betul, Hanim. Saya tak suka orang menipu saya.

113

Dosa Semalam

Aku dapat melihat perubahan wajah Dato Hassan yang seakan cuba mengawal kemarahannya. Abang jangan begini. Kita tanya dulu. Jangan mendesak begini.... Datin Kalsom mengalihkan pandangan ke arah Dato Hassan. Kemudian, dia memadangku pula. Sebelum saya bersara dulu saya adalah seorang doktor pakar sakit puan dan saya ada klinik saya sendiri. Aku tahu yang aku tidak dapat bersembunyi lagi. Peristiwa dua bulan lepas bermain-main di kotak memori ini. Mengikut kiraanku sejak peristiwa itu, aku tidak mengalami senggugut seperti yang sentiasa kualami setiap kali keuzuran. Betul! Aku tidak datang bulan sudah hampir dua bulan. Ya Allah! Kenapa aku leka? Hanim tak berdosa, Datin. Hanim tak tahu apaapa. Hanim tak berdaya menghadapi semua ini lagi.... Perlahan-lahan air mata berlinangan di tubir mataku. Aku menangis dan terus menangis bila derita ini tidak dapat kutanggung. Selama ini aku bertahan tetapi tidak hari ini. Hanim, cuba cerita dengan saya, pujuk Datin Kalsom. Hanim tak bersalah, Datin! Hanim tak bersalah! Hanim diperkosa! Hanim diperkosa...!!! Apa!!! Awak diperkosa? Dato Hassan bingkas menghampiriku. Siapa punya angkara ni, Hanim? Cuba cerita dengan saya, jangan takut. Datin Kalsom menarikku dalam pelukannya untuk memberi kekuatan bercerita lagi. Tidak! Datin... tidakkk!!!

114

Adilla Tasha

Aku tidak mampu menyebut nama lelaki itu yang telah memusnahkan hidupku. Saya tahu Hanim budak baik dan takkan buat benda-benda yang tak elok begini, pujuk Datin Kalsom lagi. Biar saya ajar si bedebah itu! Aku tidak tahu bagaimana wajah Dato Hassan bila bicaranya kedengaran keras sekali. Hanim, cuba beritahu saya. Jangan takut, sayang. Hanim dirogol oleh dirogol oleh. Aku memandang Datin Kalsom yang mengangguk padaku. Hanim dirogol oleh Tuan Ariff! Datin, Hanim dirogol oleh Tuan Ariff! Aku menyembamkan wajahku ke bahu Datin Kalsom sambil menangis tersedu-sedu. Ariff? Dato Hassan tergamam dan Datin Kalsom kelu tanpa bahasa. Mungkin tidak sangka dengan apa yang terjadi dan siapa yang melakukannya. Bila? tanya Dato Hassan. Malam yang kita makan bersama dulu, ketika Tuan Ariff menghantar saya pulang. Datin Kalsom menggenggam tanganku untuk menyatakan yang dia sentiasa menyokongku. Saya tak percaya. Ariff takkan buat kerja terkutuk itu. Saya kenal siapa Ariff. Dato Hassan masih tidak dapat menerima hakikat. Betul, Dato. Ketika itu Tuan Ariff mabuk dan saya tak sangka niat untuk temankan Tuan Ariff memakan diri saya sendiri. Sendu mengiringi tiap bicaraku.

115

Dosa Semalam

Kenapa jadi begini? Tanpa sedar Dato Hassan bersuara. Aku mengumpul semula kekuatan yang hilang dan bercerita tentang peristiwa yang cuba kubuang dari lipatan sejarahku. Tangan Datin Kalsom tidak lepas menggenggam tanganku untuk memberi kekuatan aku bangun dari penderitaan yang selama ini kutanggung sendirian. Macam mana bang, apa kita nak buat? Datin Kalsom menghampiri Dato Hassan setelah melihat aku sudah kembali tenang. Abang pun tak tahu. Abang buntu, tapi yang pasti kita kena tolong Hanim selesaikan masalah ni. Saya rasa lebih baik kita bawa Hanim berjumpa dengan Ariff. Kita tanyakan apa yang terjadi sebenarnya. Hanim tak mahu! Aku bingkas bangun menghampiri Dato Hassan dan Datin Kalsom yang sedang berbincang. Aku tidak sanggup untuk bertemu dengan syaitan yang bertopengkan manusia ini. Kalau Hanim tak ikut, macam mana nak selesaikan masalah ni? pujuk Datin Kalsom sambil membelai rambutku. Hanim tak sanggup nak berjumpa dengan Tuan Ariff, Datin. Hanim tak kuat nak berdepan dengannya. Hanim kalau betul Ariff yang melakukan, saya akan pastikan dia bertanggungjawab dengan perbuatannya terhadap Hanim, sampuk Dato Hassan. Saya tak berdaya, Dato. Saya tak kuat untuk menghadapi semua ni dan saya tak ada jawapan kalau mak dan abah bertanya kenapa saya nak ke Kuala Lumpur.

116

Adilla Tasha

Betul jugak tu, bang. Kalau boleh biar kita selesai dengan Ariff dulu, kemudian baru kita bersemuka dengan keluarga Hanim. Bijak Datin Kalsom merungkaikan segalanya. Kalau begitu, kita bertolak malam ni. Hanim jangan risau, kami akan cuba selesaikan masalah ini walau apa pun terjadi. Lega rasa hati bila ada insan lain yang memahami diri ini. Terima kasih, Dato Datin, luahku sambil bersalam dengan Dato Hassan dan Datin Kalsom. Entah kenapa hati menjadi sebak bila Datin Kalsom mencium dahiku lagak seorang ibu yang tidak pernah kering dengan kasih sayang. Dan Hanim mesti ingat yang kami sentiasa bersama Hanim. Tunggulah kepulangan kami untuk menebus maruah Hanim semula. Aku amat terharu apabila Dato Hassan berkata demikian. Apakah aku akan kuat untuk lalui dugaan yang seterusnya? Aku sudah dapat membayangkan apa akan terjadi bila berita ini diketahui oleh keluargaku tetapi aku pasti sekarang ini yang aku tidak keseorangan lagi.

117

Dosa Semalam

Bab 18
Terkejut aku bila disapa begitu. Terasa bersalah bila memasuki rumah tanpa memberi salam. Keletihan hari ini amat terasa dengan diriku yang tiada tenaga dan masalah yang menimpa ini. Hampir jam lapan malam baru aku ada kekuatan untuk melangkah pulang setelah Dato Hassan dan Datin Kalsom bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalahku. Sempat juga Datin Kalsom membawaku ke klinik dan ujian kehamilan yang menunjukkan ada nyawa di dalam perutku ini dibawa sama. Ia bagi membuktikan apa yang dilakukan oleh Tuan Ariff telah membuat aku bertambah derita. Adakah sinar harapan untukku melihat hari esok? Iya mak. Abah mana? Aku cuba untuk tidak menghiraukan pandangan mak yang sedari tadi mengikuti tiap langkahku. Abah ada dalam bilik, tidur agaknya.

ARU balik, Nim?

118

Adilla Tasha

Mak bangun menuju ke dapur. Hanim! Ni mak ada masakkan sup untuk Hanim. Tak jadi aku melangkah ke bilik bila mak memanggilku. Mak tak perlulah susah-susahkan diri. Aku tersenyum melihat mak yang sedang mengisi sup ke dalam mangkuk dan menyerahkan padaku. Hanim nak mandi dan solat. Nanti Hanim makan, ye mak? Aku memaut bahu mak mesra. Tetapi tekakku bagaikan tidak mampu bertahan bila tercium aroma sup itu. Terasa tekakku semacam dan loyanya tidak dapat kutahan. Kenapa Nim? Aku cuba menyembunyikan rasa tersebut bila pandangan mak bagaikan tidak dapat menerima keadaanku. Tak ada apa-apalah mak. Aku cuba berdalih. Rasa yang tidak enak dalam diriku tadi cuba ditahan sebaik mungkin. Assalamualaikum! Terdengar ada tetamu yang memberi salam dan pandangan mak bersilih ganti denganku. Waalaikumussalam. Mak meletakkan mangkuk sup tersebut dan melangkah ke ruang tamu. Aku segera masuk ke dalam bilik air dan cuba berkumur agar rasa mualku segera hilang. Aku takut kiranya mak dapat mengesan sesuatu bila melihat keadaanku begini. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini dan aku berharap agar permudahkan urusan Dato dan Datin. Sempat aku menitipkan doa dan tidak semenamena air mata mengalir membasahi pipiku.

119

Dosa Semalam

Hanim, buatkan air untuk mak long dan Mak Cik Bedah kau ni. Terdengar suara mak dari ruang tamu. Ya.... Aku melakukan apa yang diperintahkan oleh mak dengan segera. Aku tahu kalau lambat air sampai maka becoklah mulut radio karat itu berleter. Aku sendiri tidak mengerti kenapa mak long suka sangat menjaga tepi kain orang. Macamlah dia tidak mempunyai anak dara sedangkan anak dara dia lebih ligat jika dibandingkan dengan angah dan alang. Dengan langkah longlai aku meletakkan dulang yang berisi teko dan tiga set cawan berwarna putih berbunga ros merah. Sempat kuhulurkan senyuman kepada tetamu yang datang. Apa hal air ni tawar? Rasa nak kusimbah sahaja air ini ke muka mak long bila dengan rakusnya meneguk air yang kubuat tadi. Nasib baik air itu suam-suam kuku sahaja, kalau tidak pasti sudah melecur lidahnya yang jahat itu. Betul ke tawar, mak long? Maafkan Hanim, nanti Hanim tambahkan gula ye. Aku cuba berbahasa bila terpandangkan jelingan mak. Macam manalah kau ni buat air? Kalau berlaki aku rasa dah beranak pun tapi air yang senang pun tak tahu nak buat. Berdesing telingaku mendengarnya tetapi aku cuba mengawal emosi kerana segan dengan Mak Cik Bedah yang sama bertandang ke rumahku. Mari Hanim tambahkan gula. Aku mencapai teko tetapi ditahan oleh Mak Cik Bedah.

120

Adilla Tasha

Tak perlulah Hanim, mak cik rasa biasa saja. Senyuman Mak Cik Bedah dapat meredakan hatiku yang sudah mula terbakar. Kau ni lidah apa? Tak tahu rasa ke? Mak long cuba menarik Mak Cik Bedah sama dengan ketidakpuasan hatinya itu. Kita ni, Som... dah tua. Lebih baik kawal sikit nafsu makan minum. Kalau tidak, hospital duduknya kita. Seronok hatiku bila secara tidak langsung Mak Cik Bedah membelaku. Rasa ingin ketawa terpaksa kutahan bila melihat muka mak long berubah kelat. Padan muka! Apa yang kecoh-kecoh ni? tegur ayah yang keluar dari bilik dengan kain pelekat dan berbaju Pagoda putihnya. Begitulah abah, setiap kali balik kerja itulah uniformnya. Anak kau ni, Midi. Dah besar panjang pun tak tahu buat air. Budak-budak, kak. Tercuar bibir mak long bila mendengar abah membelaku. Ini apa hajatnya datang ke rumah saya, kak long... Kak Bedah? tanya abah sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah mak. Ni hah, Si Bedah nak menjemput. Ada kenduri di rumahnya esok lepas asar, beritahu mak long, mewakili Mak Cik Bedah. Insya-Allah kalau saya tak kerja, saya akan datang, janji abah sambil memandang mak. Tak mengurut ke Kak Bedah? tanya mak sambil menghulurkan cawan teh yang sudah siap kutuang tadi.

121

Dosa Semalam

Hari ni tak, Nah. Semalam ada, kat hujung taman kita ni. Anak Si Kiah, terang Mak Cik Bedah sambil menghirup air. Memang Mak Cik Bedah terkenal dengan kepakarannya mengurut orang terutamanya yang baru lepas bersalin. Dapat cucu apa Si Kiah tu? Tanya mak lagi. Aku yang malas hendak mendengar apa yang disembangkan oleh orang tua-tua segera mengangkat kaki. Lagipun kepalaku terasa berpusing kembali. Perlahan-lahan langkah kuatur dan pandanganku menjadi bertambah gelap sebaik sahaja tiba di pintu yang menyambungkan dapur dan ruang tamu. Sebelum aku rebah, kedengaran jeritan mak dan pasu bunga jatuh silih ganti di telingaku.

HANIM Hanim! Terasa pipiku ditepuk berulang kali. Perlahan-lahan kubuka mata dan wajah-wajah kerisauan memandangku. Kenapa dengan Hanim ni, Nah? tanya mak long pada mak. Entahlah kak, dari hari tu mukanya pucat saja. Makan pun tak nak, jawab mak. Ambilkan aku air masak segelas, Nah! Terkocoh-kocoh mak ke dapur bila mendengar permintaan Mak Cik Bedah. Tolong tengokkan anak Nah ni, Kak Bedah. Terlalu tinggi harapan mak untuk melihat aku sembuh. Air di dalam gelas kaca itu bertukar tangan.

122

Adilla Tasha

Minum air ni. Aku mencapai gelas yang disuakan oleh Mak Cik Bedah. Belum sempat air yang dijampi oleh Mak Cik Bedah sampai di anak tekak, rasa loyaku datang kembali. Aku bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air. Keluar semua apa yang ada di dalam perutku sehingga air berwarna kuning yang amat memeritkan tekakku. Mak terpaksa memapah aku ke bilik. Mak Cik Bedah segera menyambut aku dan membaringkanku di atas katil. Abah yang hanya menjadi pemerhati keluar ke ruang tamu. Mungkin tidak mahu campur hal orang perempuan walaupun hatinya terbit rasa gelisah. Mak dan mak long mengikuti langkah abah dan meninggalkan aku dan Mak Cik Bedah bersendirian. Lain macam je anak kau, Midi? Kecut hatiku bila terdengar suara mak long berbicara dengan abah dan mak. Lain macam mana? Abah pula bertanya. Akak janganlah buat cerita pulak, Hanim tu tak larat sebab kerja banyak di pejabatnya, sampuk mak untuk menghalang mak long membuat sebarang andaian yang tidak munasabah. Macam orang berisi saja. Terasa air mataku seakan mahu tumpah bila terdengar ungkapan dari mulut mak long. Akak jangan nak buat fitnah di sini! Suara abah sudah bertukar keras membuatkan jantungku berdenyut lebih pantas.

123

Dosa Semalam

Mak Cik Bedah mencapai pergelangan tanganku dan mencari sesuatu di situ. Aku dapat mengesan kekerutan di dahi Mak Cik Bedah dan segera tangannya jatuh di leherku pula. Berulang kali Mak Cik Bedah berbuat demikian. Hanim dah berisi, kan? Aku tidak tahu ke mana hendak kuletakkan maruahku bila ditanya demikian oleh Mak Cik Bedah. Haruskah aku menipunya sedangkan dia lebih tahu dalam hal ini! Tetapi, sampai bila dapat kusembunyikan masalah ini sedangkan perutku semakin lama semakin membesar? Belum sempat aku mengangguk, mak long sudah menjerit bagaikan orang gila di ruang tamu. Ya Allah! Macam mana kau jaga anak dara kau ni, Midi, Hasnah? Kau tak tahu ke anak kau dah bunting? Air mata yang kutahan tadi perlahan-lahan mengalir dan aku tahu yang aku akan menghadapi akibatnya pada malam ini. Aku tidak sangka yang mak long terdengar pertanyaan Mak Cik Bedah tadi. Apa yang akak merepek ni? Abah bagaikan sudah hilang kewarasannya bila mak long bercakap demikian. Anak kau tu dah bunting!!! Kalau kau tak percaya, pergi tanya Si Bedah tu! Betul Kak Bedah? Terasa darah yang mengalir di setiap pelosok nadiku terhenti bila abah bertanya dengan Mak Cik Bedah. Entah bila Mak Cik Bedah keluar, aku sendiri pun tidak tahu. Kita tak pasti lagi. Mak Cik Bedah cuba menenangkan perasaan yang berkecamuk di antara mereka yang ada di ruang tamu itu. Eh! Kaukan bidan, takkan kau tak tahu orang

124

Adilla Tasha

bunting atau tidak? Mak long seakan ingin mencurahkan minyak ke dalam bara yang baru hendak menyala. Hanim!!! Kau keluar sekarang!!! Terasa mahu tercabut jantungku bila abah menjerit memanggilku. Dengan langkah longlai aku keluar untuk menerima apa sahaja hukuman yang dijatuhkan. Betul ke kau mengandung?! jerit abah lantang. Lidahku kelu untuk memberikan jawapan. Aku tidak berani mengangkat muka memandang wajah abah yang sudah merah menahan marah. Jawab!!! Aku bukan suruh kau diam membisu!!! Betul ke Hanim? Betul ke? Mak menggoncang tubuhku berulang kali. Perlahan-lahan aku mengangguk untuk memberi satu jawapan kepada satu persoalan yang akan menggoncang dunia dan sekali gus meragut maruah mak dan abah yang selama ini kutatang. Pang!!! Tanpa sedar mak melayangkan tangannya ke pipiku dan kesakitan itu bagaikan tidak terasa berbanding derita yang sedang kutanggung kini. Kenapa Hanim buat mak dan abah begini? Ke mana pergi didikan yang kami berikan selama ni, nak...!!! Mengongoi mak menangis sambil terduduk di kerusi berhampirannya. Abah hanya memandangku sepi. Itulah, percaya sangat dengan anak! Dalam keadaan begini mak long sempat melepaskan sindiran pedasnya. Siapa jantan tu, Hanim?

125

Dosa Semalam

Ketakutan menyerang bila ayah bangun dan menghampiriku. Siapa jantan tu?! Aku hanya diam membisu kerana teringat janjiku kepada Datin Kalsom dan Dato Hassan. Aku berharap Datin Kalsom dan Dato Hassan akan menunaikan janji mereka untuk membawa aku keluar dari kemelut ini. Maafkan Hanim abah, maafkan Hanim.... Aku memaut kaki abah untuk memohon keampunan darinya. Kulihat mak tunduk sambil memalingkan muka bila bertemu pandang denganku. Bencikah mak denganku waktu ini? Mak! Kenapa biarkan Hanim lalui semua ini sendirian? Hanim tak berdaya menghadapi semua ini lagi. Sudah luluh ke kasih sayang mak pada Hanim sedangkan semua itu bukan salah Hanim! Jeritan batinku hanya aku sendiri yang tahu. Aku tidak mampu untuk meluahkan derita hati ini kepada mak dan abah kerana aku sendiri telah menghancurkan perasaan mereka. Berlakonlah tu! tukas mak long terhadapku. Mak Cik Bedah hanya diam membisu. Selagi kau tak beritahu aku siapa jantan tu, kau jangan panggil aku abah! Aku tak ada anak macam kau yang sanggup memalukan aku! Pautanku terlepas bila abah menarik kakinya menjauhi tubuhku. Abah jangan buat Hanim macam ni, bukan salah Hanim bukan salah Hanim, abah! raungku. Aku mengengsot untuk mendekati abah tetapi aku tidak jangka tindakan abah menarik rambutku.

126

Adilla Tasha

Bukan salah kau? Berani kau cakap macam tu, Hanim? Aku ingat bila kau dah besar begini bolehlah meringankan beban aku, tapi tergamak kau menconteng arang ke muka aku dan mak kau! Kau beritahu aku siapa yang buncitkan kau!!! Hanim kena rogol, abah. Abah tergamam mendengar jawapan aku. Perlahanlahan rambutku dilepaskan. Betul ke kena rogol? Kalau kena rogol, mesti kita dah tahu sejak hari kejadian tu. Ini tidak, bila ditanya baru cakap kena rogol... ataupun nak sembunyikan sesuatu? Mak long berbicara sendiri walaupun aku tahu pertanyaan itu adalah untuk abah memikirkan kembali alasanku. Kenapa mak long tak percaya cakap Hanim? Dalam esakan, pertanyaan kuajukan kepada mak long. Eh siapa yang nak percaya cakap kau, kalau asyik diusung ke sana ke mari oleh bos kau tu? Hanim cakap betul, mak long... buat apa Hanim nak tipu kalau melibatkan keluarga Hanim sendiri? rayuku agar mak long tidak membangkitkan perkara yang boleh membuatkan abah berang lagi. Kalau kau ingat keluarga, mesti kau tak buat perkara yang boleh memalukan keluarga! desak mak long lagi. Sampai hati mak long cakap macam tu dengan Hanim.... Kau tahu tak nama aku terpalit sama dengan kotoran yang kau bawa? Rasa menyesal pulak bila bersaudara dengan kau ni! Sinis mak long berkata. Aku terdiam bila mak long meluahkan perasaannya.

127

Dosa Semalam

Sanggup mak long berkata demikian sedangkan selama ini bila mak long dalam kesusahan, keluarga kami yang dicarinya. Belum pernah kami menolak setiap kali mak long memerlukan pertolongan baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Mak, maafkan Hanim. Aku segera mendapatkan mak yang sedari tadi diam membisu. Aku memegang tangan mak. Aku tergamam bila mak menyentap tangannya sambil merenungku tajam. Mak tak sangka, Hanim. Selama ini mak percayakan Hanim, tunjukkan contoh yang baik kepada adikadik Hanim, tapi kepercayaan yang diberi tuba yang Hanim balas. Apa salah kami, Hanim apa salah kami? Hanim tak bersalah, mak. Hanim dirogol. Kenapa semua orang tak percaya dengan Hanim? Aku tidak dapat membendung perasaan kesalku bila semua orang di sekeliling mempersalahkan aku sedangkan semua ini berpunca dari kaum lelaki seperti Tuan Ariff. Baiklah, kalau kau nak kami percayakan kau, katakan pada kami siapa jantan yang buntingkan kau? Dari tadi aku tanya siapa lelaki tu, kau masih nak menyorokkan namanya.... Terkejut aku bila abah bangun menghampiriku. Aku tidak berani mengangkat muka bertentang mata dengan abah yang kembali berang. Betul kata abah kau tu, siapa lelaki itu Hanim? Mak bersuara sama.

128

Adilla Tasha

Bab 19
ELAKI itu adalah Tuan Ariff, mak. Akhirnya aku luahkan juga satu nama yang selama ini kutanam dalam kuburan hatiku agar ia tidak timbul lagi. Siapa Tuan Ariff? Abah pula menyampuk. Dia bos baru tempat Hanim bekerja... terangku. Kupandang wajah mak dan abah silih berganti. Gambaran kepedihan terlukis di kedua-dua wajah kesayanganku. Kan aku dah kata tadi, bos dia yang usung dia ke sana ke mari... mana tak buncit! Sekarang baru nak menyesal. Aku pandang mak long dengan satu renungan yang tajam. Mana lelaki jahanam tu? Sekarang aku nak kau panggil dia datang!!! Jeritan abah membuat hatiku yang baru hendak tenang tadi kecut kembali. Di mana hendak dicari Tuan Ariff sedangkan lelaki itu telah menghilangkan diri?

129

Dosa Semalam

Hanim tak tahu ke mana dia pergi, abah. Sejak kejadian tu Hanim tak berjumpa dengan dia lagi. Oh nampak tu Midi, anak kau ni sengaja nak mainkan kita. Kenapa susah sangat nak panggil jantan tu berjumpa dengan kita kalau tak Si Hanim ni pun sama dalam hal ni! Tidak sangka mak long masih tidak berpuas hati dengan keteranganku. Betul mak long, abah, mak Hanim tak tahu ke mana Tuan Ariff pergi. Esakanku bertambah kuat bila abah dan mak bagaikan menerima apa yang mak long katakan. Baiklah, kalau kau tak mahu panggil jantan tu, aku akan panggil roh kau supaya tinggalkan badan kau ni. Segera abah masuk ke bilik dan selang seminit abah keluar sambil memegang selaras senapang patahnya dan mengacukan padaku. Aku tahu yang abah ada menyimpan selaras senapang di dalam biliknya bagi tugasan sebagai pengawal keselamatan, tetapi aku tidak sangka yang abah sanggup menggunakannya untuk menyelesaikan masalah ini. Hanya Allah yang tahu ketakutan yang kutanggung ketika itu tetapi aku pasrah andai kata senapang itu diletupkan oleh abah di kepalaku. Kau dah gila ke Midi? Takkan kau nak bunuh anak kau ni? bantah Mak Cik Bedah sambil menerpa ke arahku. Senapang sudah diacukan ke tubuhku dan tubuh Mak Cik Bedah menjadi benteng pula. Biarkan kak, saya tak sanggup ada anak macam ini. Biarlah saya masuk penjara daripada menanggung malu seumur hidup!

130

Adilla Tasha

Terlalu sedih bila abah berkata begitu padaku. Kenapa semua ini terjadi padaku, Ya Allah Ya Tuhanku... bisik hatiku sendiri. Habis kau ingat semua ni akan selesaikan masalah! tengking Mak Cik Bedah. Jangan halang saya, Kak Bedah... biar saya tamatkan nyawanya sekarang jugak! Midi, bawak mengucap... ingatkan Allah, banyakkan istighfar dengan nama Allah, Midi. Sekarang ni kau diduga. Jangan menolak takdir yang Allah turunkan. Nasihat Mak Cik Bedah akhirnya dapat melembutkan hati abah dan perlahan-lahan senapang patah itu bertukar tangan. Mak dan mak long hanya terdiam kaku bila abah bagaikan sudah hilang pedoman. Kak Bedah, suruh Hanim tinggalkan rumah ini sebelum ada perkara buruk terjadi lagi. Kata-kata abah membuatkan aku terduduk. Midi, Hasnah... sanggup ke kau nak halau anak yang dijaga sejak lahir lagi? Mak Cik Bedah memandang mak dan abah silih berganti. Abah, jangan buat Hanim macam ni.... Aku segera memeluk belakang abah tetapi ditolak ke tepi. Suruh dia keluar dari rumah ini, Kak Bedah. Saya tak mahu tengok mukanya lagi. Tegas abah berkata tanpa memandangku. Abah, mana Hanim nak pergi kalau abah halau Hanim dari rumah ni? rayuku bersama tangisan kepiluan. Aku tak peduli ke mana arah kau. Kau keluar dari

131

Dosa Semalam

rumah ni, sekarang! Aku tak ada anak macam kau ni! Abah masih tidak berganjak dari keputusannya. Mak, tolong Hanim... pujuklah abah, mak.... Aku cuba menagih simpati mak yang sedari tadi hanya diam membisu. Lebih baik kau ikut cakap abah kau, Hanim... sebelum banyak lagi benda tak elok yang kau bawak masuk dalam hidup kami. Tiada lagi renungan kasih sayang mak untukku. Mak!!! raungku, memenuhi ruang yang sedang panas membara itu. Mak long, pujuklah abah tu...! Aku cuba menarik tangan mak long tetapi tindakan drastik mak long menyentap tangannya membuat aku terkedu. Tangisanku tidak berjaya membuat hati mak long, mak dan abah cair. Kalau orang dah tak suka, baik kau berhambus! Sinis mak long berkata. Bagaikan belati yang menghiris hatiku tanpa simpati. Mak Cik Bedah, tolong Hanim... rayuku pula pada insan yang masih punya hati dan perasaan. Mak cik tak berdaya Hanim, mak cik tak berdaya... balas Mak Cik Bedah seraya menarik aku ke dalam pelukannya, lama. Bagaikan menerima sedikit kekuatan daripada Mak Cik Bedah, aku segera berpaling memandang abah. Kukesat air mata yang mengalir laju di pipiku. Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan mencapai beg tangan dan merenung sayu bilik yang banyak berkongsi rasa denganku. Frame gambar aku yang sedang tersenyum ria kutangkup perlahan. Aku harus pergi demi sebuah nama yang telah kurobek

132

Adilla Tasha

kepercayaannya. Aku harus mencari sendiri hala tujuku yang entah ke mana hujungnya tanpa kehadiran insan-insan kesayanganku di sisi. Hanim sudah mati untuk keluarga ini! Abah, ampunkan Hanim. Halalkan makan minum Hanim selama bernaung di bawah lembayung kasih sayang abah dan mak. Aku mencapai tangan abah lantas menciumnya. Tiada sebarang kata-kata dari bibir abah dan pandangannya masih tidak berganjak dari tadi. Perlahan-lahan langkah kuatur merapati insan yang bertanggungjawab membawaku ke dunia ini. Kulihat mak hanya duduk kaku membisu, tidak menguit walau seinci. Mak ampunkan dosa Hanim dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan susu mak yang Hanim minum selama ini. Mak dan abah sentiasa dalam ingatan Hanim walau di mana Hanim berada. Percayalah pada Hanim, mak. Aku mencium kedua-dua belah kaki mak memohon ampun dan restu sebelum aku meninggalkannya. Aku tahu yang wajah tua ini tidak dapat kutatap selagi abah membuangku dari hidupnya. Mak long tolong tengokkan keluarga Hanim, ya.... Aku menarik tangan mak long untuk kali terakhir. Alah kalau kau tak ada pun, hidup jugak mak bapak kau ni. Selamba mak long berkata demikian bagaikan insan yang tiada punya perasaan. Perlahan-lahan aku menghampiri Mak Cik Bedah yang sedari tadi menjadi penonton setia. Mak cik, maafkan Hanim kalau Hanim ada buat salah dengan mak cik. Tolong tengok-tengokkan keluarga Hanim. Pada mak cik Hanim serahkan segalanya.

133

Dosa Semalam

Tidak dapat kuteruskan segalanya bila rasa sayu menyentuh hatiku tika Mak Cik Bedah menarikku ke dalam pelukannya. Hanim jaga diri baik-baik, ya nak. Anggap saja ini dugaan dari Tuhan. Tabah ya, nak, pesan Mak Cik Bedah sambil meleraikan rangkulannya. Aku mengangguk bersama air mata yang bersisa. Hanim!!! Langkahku mati bila abah menyebut namaku. Sudah adakah kemaafan dari dia untukku? Aku tak mahu tengok kau jejakkan kaki kau di rumah aku lagi. Aku tak ada anak macam kau dan anak aku hanya ada empat orang saja bermula saat ini, dan tiada lagi Nurul Hanim dalam salasilah keturunanku. Kalau aku mati sekalipun, jangan sesekali kau jengah mayat aku walaupun seminit. Mulai hari ini, aku buang kau sebagai anak aku! Tegas abah berkata tetapi aku dapat menangkap ada sendu di situ. Maka, bermulalah hidupku sebagai anak terbuang. Aku memandang sayu wajah-wajah yang akan kutinggalkan dan semoga wajah-wajah ini tersimpan kemas di dalam lipatan memoriku selamanya. Along!!! Terkejut aku bila diterpa oleh angah. Rupanya adikadikku sudah menungguku di pintu pagar. Entah bila mereka berada di situ dan mungkin juga telah mendengar segalanya. Angah, tolong tengokkan mak dan abah. Jaga mereka tau, dan tolong along tengokkan adik-adik. Jangan jadi macam along ya.... Aku tidak dapat menahan tangisan bila angah mengeratkan pelukannya.

134

Adilla Tasha

Melihat kami berdua berpelukan, lantas adik-adikku yang lain mengelilingi dan sama-sama memeluk tubuhku kecuali alang. Dia hanya memandang sepi perbuatan kami. Tiada riak sedih di wajahnya. Aku mencangkung untuk melaraskan kedudukanku dengan adik bongsuku yang banyak menceriakan hidupku. Hamdan, kalau along takde nanti, jangan nakalnakal. Dengar cakap angah dan alang. Jangan main hujan lagi. Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi adikku. Along, jangan tinggalkan kami. Harun janji takkan bergaduh dengan Hamdan lagi. Tersedu aku bila bicara adikku yang keempat menyapa halwa telingaku. Kutarik mereka berdua ke dalam pelukanku. Aku menangis tanpa menghiraukan angah dan alang yang menjadi pemerhati sejak tadi. Perlahan-lahan rangkulan kuungkaikan memandangkan sudah tiba masanya aku pergi meninggalkan mereka yang aku sayang. Along kena pergi. Janji dengan along tau, jaga mak dan abah. Tagihku lagi pada adik-adikku. Angah sekali lagi hilang kawalan bila memelukku bagaikan tidak sanggup berpisah denganku. Aku tahu angah yang hormat dan tidak pernah melawan teguranku, tidak dapat menerima semua ini. Tiba-tiba angah berlari masuk dan menarik tangan mak keluar. Mak, maafkanlah along. Ke mana along nak pergi? Dia tak ada sesiapa di luar sana. Angah menggoncang tangan mak sambil memandangku sayu. Mak yang sedari tadi membisu tetap membisu tetapi aku dapat mengesan ada lelehan air mata di celah pipinya. Sedikit sebanyak air mata itu memberi keyakinan yang mak masih menyayangiku lagi.

135

Dosa Semalam

Angah masuk semula mendapatkan abah untuk memohon pengertian bagi pihakku. Abah, panggil along balik. Jangan halau along, abah. Angah menarik abah pula tetapi kekerasan hati abah tidak dapat dilembutkan hanya dengan air mata angah. Biarkan dia pergi kalau itu jalan yang dia pilih. Keras suara abah dapat didengar dari luar. Perlahan-lahan aku menghulurkan tangan kepada adik-adikku dan seorang demi seorang mencium tanganku untuk kali terakhir. Itulah... lain kali tunjuklah baik sangat. Tak sangka kakak yang selama ni menjadi teladan, sanggup buat mak dan abah begini. Aku terasa hati bila alang berkata demikian. Aku hanya diam membisu kerana bagiku semua itu tidak berguna lagi. Langkah kuatur tanpa memandang ke belakang lagi. Hanya kedengaran suara angah, Harun dan Hamdan menjerit-jeritkan namaku. Aku tidak tahu ke mana hala tujuku, hanya mengikut langkah kaki yang diatur. Suasana malam bagaikan tahu hatiku yang dirundung pilu dan tiada bintang di langit menemani perjalananku. Angin yang bertiup agak kencang memberi petanda yang hujan akan turun sebentar lagi. Ketika aku melangkah, sesekali aku mengeluh. Entah bagaimana agaknya hari esok untukku? Masihkah ada sinar harapan bagiku? Di mana hendak kulabuhkan tirai malamku? Aku sendiri tidak pasti tentang semua itu. Kalau tidak kerana perbuatan Tuan Ariff, mungkin kini aku sedang berbaring di dalam bilik sambil merenung

136

Adilla Tasha

siling rumah dan fikiranku menerawang tentang kehidupan yang akan kutempuh bersama keluarga kesayanganku. Terkenang satu nama itu membuat air mataku menitis kembali. Aku tidak sangka sanggup Tuan Ariff melakukan perbuatan terkutuk itu padaku. Sedang fikiranku yang penuh kekalutan dan berserabut ini menerawang entah ke mana tanpa dapat kutentukan fokusnya, kakiku tersepak batu. Terduduk aku sambil mengaduh kesakitan. Kenapa Allah mendugaku sebegini, aku sendiri tidak pasti. Astaghfirullahalazim!!! Cepat aku beristighfar untuk menyedarkan diriku tentang takdir. Aku tidak boleh membiarkan syaitan bergembira dengan kealpaanku. Tiba-tiba satu sorotan lampu kereta berhenti betulbetul di hadapanku. Ketakutan menyerang kembali diri ini. Berbagai-bagai andaian bermain di fikiranku. Sesusuk tubuh menghampiri dan tercegat memandangku. Hanim!!! Awak! Kenapa dengan Hanim ni? Perlahan-lahan tangan itu menarikku berdiri. Entah kenapa senduku bertandang kembali. untuk

Boleh bawa saya jauh dari sini? pintaku tanpa menjawab soalannya tadi. Kenapa mengerti. Hanim? tanyanya kembali. Tidak

Tolonglah bawa saya pergi dari Manjung ini tolonglah! rayuku bersama air mata. Baiklah kalau itu yang Hanim mahu.

137

Dosa Semalam

Tangan itu segera memimpinku dan aku tenggelam di dalam perut keretanya. Kutinggalkan segala-galanya demi kasihku pada mak, abah dan adik-beradikku. Kulihat deretan rumah dan salah satunya rumah yang kuhuni selama lapan belas tahun bersama insan-insan kesayanganku. Selamat tinggal semua... bisikku perlahan. Air mata yang mengalir tetap mengalir tanda perpisahan untuk selama-lamanya. Hanim okey? Suara di sebelah menyapaku. Saya okey.... Jawabku lemah walaupun hatiku parah dan dalam kedinginan malam aku pasrah dengan ketentuan takdir hidupku.

138

Adilla Tasha

Bab 20
Te r p i s a t - p i s a t aku bangun. Mata yang terasa pedih kukerdip berulang kali. Terasa bengkak akibat terlalu banyak menangis. Dalam kelam aku hanya nampak cahaya yang berbalam-balam. Kita di mana ni? Rumah saya. Di Kuala Lumpur. Rumah awak? Iya, rumah saya... dan yang pasti kita jauh dari Manjung. Aku kini telah berada jauh dari tempat lahirku. Jauh dari insan-insan kesayanganku. Jauh dari kesakitan yang dilukis oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Aku kembali menangis bila mengenangkan segala peristiwa yang tidak mungkin kulupakan. Awak, sudahlah menangis tu. Mari kita masuk, pujuk insan tadi yang mula membuka pintu keretanya.

ANIM! Bangunlah, kita dah sampai ni.

139

Dosa Semalam

Lama aku termenung dan akhirnya kugagahi kaki ini untuk melangkah. Duduklah, nanti saya ambilkan air, arahnya sambil berlalu ke ruang dapur. Mataku yang bengkak segera menyoroti langkahnya. Rumah yang jauh lebih mewah daripada rumah sendiri, kutelanjangi dengan terperinci. Susun aturnya mencerminkan gaya mewah. Nampak cita rasanya tinggi dan menarik. Macam dalam majalah yang sering kubaca. Ni rumah mak dan bapa tiri saya. Bagaikan mengerti apa yang ada di dalam fikiranku, suara lembut tersebut menyapa halwa telingaku. Dahlah, awak rehat dulu. Esok baru kita borak. Awak pun penat, kan? Betul. Aku penat dengan segala-galanya. Badan dan fikiran bersatu dengan kelelahan. Aku mengekori langkah Norizan Manaf, orang yang bertanggungjawab membawaku ke sini. Di tingkat atas, aku ditunjukkan bilik yang bersebelahan dengan ruang kecil yang meletakkan sofa berbentuk L dan set teater rumah. Warna hijau cair yang dicalitkan di dinding tersebut membuat hatiku menjadi tenang sedikit. Lembut dan nyaman. Ini bilik awak. Rehat dan tenangkan fikiran. Kalau awak nak apa-apa, awak panggil je saya kat bilik hujung sana. Kejap lagi kita makan. Saya dah order piza. Penerangan Norizan atau Izan panggilan masa sekolah dahulu sedikit sebanyak membuat aku terfikir tentangnya. Berkarisma dan berkeyakinan. Awak! Setelah dua langkah Izan meninggalkan aku, baru suaraku hendak keluar melalui bibir ini.

140

Adilla Tasha

Kenapa? Izan berpatah balik dan memandangku hairan. Terima kasih banyak-banyak. Sebak suaraku untuk mengungkap kata-kata tersebut. Tanpa insan ini mungkin aku pun sudah tidak tahu mahu ke mana lagi. Jangan berterima kasih pada saya. Awak berterima kasih pada kat atas sana. Dia lebih mengerti. Telekung dan sejadah ada kat dalam tu. Secara halus Izan menasihatkanku. Ya! Tanpa takdir yang tertulis, tidak mungkin Izan berada di hadapan aku kini. Terima kasih, ya Allah! Setelah membersihkan diri, aku menghadap dan meluahkan segala keperitan kepada Ilahi. Air mata tidak berhenti mengiringi segala-galanya. Andai ini takdirku, harus kuselam sedalam mungkin dan akan kucari mutiara yang terkandung di dasar laut. Kata-kata abah masih terngiang-ngiang di telinga ini dan air mata mak sentiasa tergambar di fikiranku. Tidak dapat kutangkis. Ianya seperti menjadi oksigen setiap kali aku bernafas. Hampir sejam aku tenggelam di dalam tangisan dan kepasrahan, kedengaran ketukan di pintu bilik. Jom makan! ajak Izan sambil menarik tanganku. Pada mulanya aku membantah tetapi dengan senyuman Izan sahaja membuat aku lemah. Betapa baiknya insan ini. Meja makan berkerusi lapan kududuki dengan lemah. Selera bagaikan mati tetapi perutku sudah bergendang berbunyi. Awak mesti makan, walau apa pun masalah awak. Jangan fikir sangat dan awak mesti ingat setiap kesusahan ada kesenangan. Dalam al-Quran pun sudah tertulis, arah Izan sambil meletakkan sepotong piza ke dalam pinggan.

141

Dosa Semalam

Aku agak terpegun dengan cara Izan menghadapi keadaanku. Aku akui apa yang dituturkan Izan adalah benar. Setiap jalan yang penuh liku tidak semestinya tiada kemanisan walaupun sedikit. Setiap janji Allah pasti akan terbentang di hujung sana. Selesai makan, aku terus berlalu ke bilik. Pada mulanya segan juga hendak meninggalkan Izan bersendirian mengemas, tetapi setelah didesak berkali-kali barulah aku angkat kaki. Ya Allah berilah aku kekuatan.... Air mata bagaikan mengerti. Bantal berwarna merah jambu lembut hampir basah dengan air mata. Jam yang tergantung di hadapan katil menunjukkan ke angka dua dan aku masih berada di dalam duka nestapa. Telekung dan sejadah tersangkut di penyidai kupandang lama. Aku terus bangun dari perbaringan menuju ke bilik air. Selesai mengambil wuduk, aku kembali sujud kepada-Nya. Ya Allah... andai ini suratan takdirku, aku terima dengan rela hati. Aku mohon Kau janganlah susahkan hati kedua-dua orang tuaku. Kau berilah ketenangan untuk mereka menerima ujian ini. Biarlah aku sahaja yang menanggungnya. Aku berdosa padamu, Ya Allah. Aku mohon peliharalah kedua-dua orang tua dan keluargaku dengan cahaya ketabahan. Lindungilah mereka dan bukalah pintu rezeki untuk kedua-dua orang tuaku bagi memberi keselesaan kepada adik-adikku. Kau terimalah taubatku dan bukalah cahaya keimanan pada diri ini. Aku insan yang kerdil memohon berilah aku ketabahan dalam menjalani segala dugaan ini. Hanya Engkau yang tahu apa yang ada dalam hati ini. Aku tidak bersalah tetapi menjadi mangsa keadaan. Kata-kata sebakku beralun semula. Entah bila aku

142

Adilla Tasha

terlelap dan panggilan Izan berulang kali mengejutkan aku untuk tunduk semula kepada Yang Maha Berkuasa pada subuh yang dingin itu.

HANIM... mari minum, ajak Izan sambil menuang kopi O ke dalam dua cawan yang sudah tersedia. Aku termalu kerana tidak melakukan apa-apa sepanjang berada di rumah ini. Nasi lemak sambal kerang sedikit sebanyak berjaya membuka selera. Bagaikan emak yang sediakan semuanya. Kerana setiap kali emak menyediakan sarapan pagi, nasi lemak menjadi menu utama setiap hujung minggu. Kalau tiada sambal kerang, sambal sotong menjadi pilihan. Ah kenangan yang baru semalam kutinggalkan benar-benar meragut keceriaanku. Aku cuba menahan air mata agar tidak luluh di hadapan rezeki. Hanim, saya tak tahu apa masalah awak tapi hati saya berkata yang masalah awak ni berat. Kalau awak nak luahkan, saya ada bersama awak. Aku mengangkat muka memandang Izan yang sedang memerhatikanku. Tidak sedar yang aku sudah jauh mengelamun sedangkan tanganku sudah agak kering menggaulkan nasi di pinggan. Entahlah awak. Saya tak pasti sama ada awak akan terima saya setelah mendengar cerita saya. Selama ini aku hanya bersendirian mengharungi derita ini. Hanya Datin Kalsom dan Dato Hassan sahaja tempat kuluahkan kepedihan ini tetapi sekarang ini tidak lagi. Mereka sudah jauh, seperti jauhnya aku dari keluarga.

143

Dosa Semalam

Entah apa agaknya berita di tangan Datin Kalsom tanpa sempat aku mengetahuinya. Baiklah, apa kata kita makan dulu dan kemudian baru kita bercerita. Tapi untuk pengetahuan awak, selama kita kenal, awak sentiasa mengambil jalan bijak dan saya percaya awak ada alasan untuk melakukannya. Tangan digenggam kuat. kiri Izan menyentuh tanganku dan

Aku cuba untuk tersenyum. Amat tawar kurasakan dan mengangguk faham.

144

No. ISBN:- 978-967-5067-50-1 Jumlah muka surat:- 472 Harga Runcit:S/M:- RM19, S/S:- RM22 Harga Ahli KKN:RM15, RM18 Sinopsis:Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam

menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang. Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya. Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersamasama. Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil? Kutinggalkan semalam yang hilang, akan kudakap hari mendatang.... Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, anda boleh dapatkan DOSA SEMALAM di rangkaian kedai buku Popular dan MPH serta kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh melanggan secara terus dengan kami sama ada melalui pos atau pun online. Sekiranya anda ingin melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com untuk keterangan lanjut cara-cara melanggan secara online. Jika anda ingin melanggan melalui pos, tuliskan di

atas sekeping kertas kosong bersaiz A4 nama penuh anda, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel dan jumlah naskhah yang ingin dipesan. Poskan bersama wang pos atau kiriman wang (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. No. tel:- 03-4149 0096 No. faks:- 03-4149 1196

You might also like