You are on page 1of 27

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA





Disediakan Oleh
Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JUN 2010












Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 1





















































Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2




Kata Alu-aluan
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Penguasa Alam semesta, dengan limpah kurnia-Nya,
Bahagian Pendidikan Islam dapat menyediakan Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan
Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan dan garis
panduan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid di
sekolah.

Memang tidak syak lagi bahawa usaha mendidik, membentuk dan membimbing para pelajar di
sekolah menjadi insan yang terbaik adalah merupakan usaha Kementerian Pelajaran dan
mereka yang terlibat dengan pendidikan. Oleh kerana pendidikan merupakan suatu usaha
berterusan hingga ke akhir hayat maka usaha menambah baik segala program pembentukan
sahsiah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu Modul Kem Pemantapan
Sahsiah ini adalah sebahagian daripada usaha mempertingkatkan dan memantapkan lagi
sahsiah atau keperibadian pelajar bersama usaha sedia ada selama ini.

Adalah menjadi harapan kementerian bahawa program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Sebarang pandangan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program ini
boleh disalurkan kepada pihak kementerian. Pemurnian akan dilakukan dari semasa ke semasa
sehingga akhirnya program ini dapat memberikan impak yang besar kepada pembinaan modal
insan melalui usaha membina Sahsiah Murid di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Akhir kata, saya doakan semoga usaha kita ini akan membuahkan hasil yang baik dan diberkati
Allah SWT.

Sekian, Terima kasih



(HJ ABD RASHID NGAH)


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 3

PAN DUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID

1. PENGENALAN

Peruntukan untuk mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid telah diluluskan
dalam Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan Operasi Dakwah, Bahagian
Pendidikan Islam (BPI) bertarikh 7 Januari 2010 untuk dilaksanakan di peringkat
sekolah. Berikutan itu, Waren Peruntukan Kecil diturunkan ke semua sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pelajaran Negeri beserta
dengan Panduan Pelaksanaan.
Kem Pemantapan Sahsiah ini dicadangkan kerana salah satu fungsi dalam Operasi
Dakwah BPI ialah Pengukuhan Nilai Islam. Fungsi ini antara lainnya ialah
melaksanakan program pemantapan sahsiah bagi meningkatkan kualiti dan nilai
sahsiah serta kewibawaan murid dalam melaksana dan memperteguhkan nilai-nilai
rohani sebagai muslim.
Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid-murid Islam hari ini memerlukan
satu wadah yang boleh menarik minat mereka mendekati agama secara tidak
langsung melalui program seperti ini. Data yang dikeluarkan oleh Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan, seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18
tahun ditahan kerana terlibat dengan jenayah kekerasan sepanjang tahun 2006 dan
daripada jumlah itu, 3,545 adalah murid sekolah (Utusan Malaysia 17/02/2007)


2. OBJEKTIF

2.1 Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya
hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama.
2.2 Membentuk jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.
2.3 Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya
dan ahli masyarakat amnya.
2.4 Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang
akademik dan ko kurikulum di sekolah.

Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 4

3. SASARAN
Murid Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. TEMPAT
Sekitar kawasan sekolah atau mana-mana kawasan yang sesuai.

5. MASA CADANGAN
Mengikut kesesuaian sekolah.

6. NAMA AKTIVITI
Kem Pemantapan Sahsiah Murid.
Contoh Tentatif Program (Lampiran 1) dan contoh Modul Pelaksanaan (Lampiran 2)
disertakan.

7. PELAPORAN
Semua sekolah dipohon untuk menghantar Laporan Pelaksanaan Kem Pemantapan
Sahsiah Murid ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebagaimana contoh
format laporan yang disediakan (Lampiran 3).

8. PEMANTAUAN
Pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
bantuan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan
memantau pelaksanaan aktiviti Pemantapan Sahsiah di sekolah.










Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 5

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA :

MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
11.00 pagi Pendaftaran Urus Setia
12.00 tghr Penempatan Peserta JK Kebajikan
12.30 tghr Makan tengahari JK Makanan &
Jamuan

01.30 petang Solat Zuhur berjamaah JK Kerohanian
02.00 petang Taklimat Kem dan
Taaruf Jurulatih / Fasilitator /
Urus Setia
Komandan Kem
03.00 petang Pecah Bendungan
(Ice Breaking)
Ketua Jurulatih
Huraian seperti
dalam lampiran
04.30 petang Solat Asar berjamaah JK Kerohanian
05.00 petang Minum petang JK Makanan &
Jamuan

05.30 petang Riadah

JK Aktiviti
Pakaian sukan
06.30 petang Makan malam
Pentadbiran sendiri
JK Makanan &
Jamuan

07.30 malam Solat Maghrib
(Suci Sekeping Hati)
Solat Isyak
JK Kerohanian
Tazkirah & Zikir
09.00 malam My Dream Team
(Membentuk Kumpulan)
JK Aktiviti
10.30 malam Minum malam Penghulu
11.00 malam Taakul *
Penghayatan Malam
JK Keselamatan
Seperti Lampiran


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 6


HARI KEDUA :

MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
04.45 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu
05.15 pagi Qiamullail :
Solat Tahajjud, Solat Taubat,
Solat Hajat dan Solat Subuh
JK Kerohanian
06.30 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu
07.00 pagi Perhimpunan pagi dan riadah JK Aktiviti
08.00 pagi Sarapan pagi JK Makanan &
Jamuan

08.30 pagi Taklimat Merunut Hutan Ketua Aktiviti
09.30 pagi Merunut Hutan dan Ikhtiar
Hidup
Memasak dan makan tengahari
JK Aktiviti
Seperti Lampiran
Solat Zohor berjamaah dalam
hutan.
JK Kerohanian
02.30 petang Tiba di Kem Ketua Disiplin
Pentadbiran sendiri Penghulu
03.00 petang Flying Fox atau Merentas
Halangan (Mengikut kesesuaian)
JK Aktiviti
04.00 petang Minum petang JK Makanan &
Jamuan

04.30 petang Solat Asar berjamaah JK Kerohanian
05.00 petang

Persediaan persembahan
kumpulan

JK Aktiviti Pakaian sukan
06.30 petang Makan malam JK Makanan &
Jamuan

Pentadbiran sendiri Penghulu
07.30 malam Solat Maghrib berjamaah
Tazkirah (Realiti Remaja)
Solat Isyak berjamaah
JK Kerohanian

JK Kerohanian

Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 7

09.00 malam Persembahan kumpulan JK Aktiviti Seperti
Lampiran
10.30 malam Minum malam JK Makanan &
Jamuan

11.00 malam Refleksi Diri JK Aktiviti/
Keselamatan
Seperti lampiran

HARI KETIGA :

MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
05.15 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu
05.45 pagi Qiamullail :
Solat Tahajjud, Solat Taubat,
Solat Hajat dan Solat Subuh
berjamaah.
JK Kerohanian
Kuliah Subuh : Kenali Allah JK Kerohanian
06.30 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu
07.00 pagi Perhimpunan Pagi dan Riadah JK Aktiviti Pakaian sukan
08.00 pagi Sarapan pagi JK Makanan &
Jamuan

08.30 pagi Refleksi Kem & Pelan Tindakan Ketua Jurulatih

10.00 pagi Minum pagi
10.30 pagi Persediaan majlis penutupan

11.00 pagi Majlis perasmian dan
penutupan
Komandan Kem Dalam
Lampiran
01.00 tghr Jamuan Mahabbah JK Makanan &
Jamuan

01.30 tghr Solat Zohor berjamaah JK Kerohanian
02.00 petang Bersurai







Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 8

Lampiran 2

MODUL SESI ICE-BREAKING (PECAH BENDUNGAN)

Rasional

Setiap peserta kursus kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain. Perasaan malu,
gugup dan tidak yakin masih menebal dikalangan peserta yang masih saling tidak kenal
mengenali.

Selepas menjalani aktiviti suaikenal ini diharapkan peserta akan dapat :
1. Mengenali antara satu sama lain sekurang-kurangnya nama .
2. Menghilangkan rasa malu, gugup, takut dan bersedia melakukan aktiviti yang diarahkan
oleh fasilitator.
3. Menjalinkan rasa kemesraan di kalangan peserta kursus.
4. Menjalinkan ukhuwwah sesama peserta


ICE-BREAKING (Kumpulan besar)

Tajuk : Kita Serupa

Masa : 15 minit

Objektif :
1. Mewujudkan kemesraan di kalangan peserta.
2. Menghilangkan rasa malu, gugup dan gementar.
3. Menjalinkan persahabatan yang lebih erat.
4. Supaya peserta bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Prosedur :
1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang disebutkan
oleh fasilitator.
- baju serupa
- tudung serupa
- sama tinggi
- sama bilangan adik beradik
- sama negeri kelahiran dan lain-lain.
2. Peserta dikehendaki berkumpul mengikut ciri-ciri seperti yang disebutkan.
3. Peserta dikehendaki berkenalan dengan peserta yang berada di kiri dan kanan mereka.

Falsafah :
1. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan
2. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan individu lain
3. Walaupun berbeza, individu itu mampu membentuk rasa ukhuwah diantara mereka
4. Setiap individu perlu menanam sikap ikhlas, kasih & saling hormat menghormati
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 9


MY DREAM TEAM

Masa : 120 minit

Alatan : P.A. System, kain putih, pen marker.

Objektif :
1. Kumpulan dapat membina imej dan pengenalan kumpulan.
2. Para peserta dapat membina hubungan sesama ahli kumpulan

Prosedur :
1. Setiap kumpulan hendaklah membina bendera dan moto kumpulan.
2. Setiap kumpulan juga hendaklah membina tepukan semangat mengikut kumpulan.

Falsafah :
1. Membina semangat berpasukan.
2. Hidup hendaklah secara berpasukan dan berjemaah.
3. Kesepaduan ahli membawa kekuatan jemaah.



PENGHAYATAN MALAM

AKTIVITI (I) : SOLO KEM

Masa : 45 minit
Alatan : Kain pengikat
Objektif :
1. Membina semangat keberanian.
2. Menanam keyakinan dan tawakkal kepada Allah.
3. Mengakui kebesaran Allah melalui penghayatan malam.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Penerangan tentang langkah keselamatan, bekerjasama dalam kumpulan dan patuh pada
arahan ketua setiap masa.
3. Semua mata peserta ditutup dengan kain.
4. Setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang jurulatih ke tempat / kawasan nightwalk.
5. Jurulatih akan membawa kumpulan berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 10

6. Semasa berjalan-jalan, jurulatih lain akan menarik seorang demi seorang peserta dari
belakang dan membawanya ke suatu tempat tertentu dan meninggalkannya keseorangan di
situ dalam tempoh 20-30 minit.
7. Jurulatih akan menguji peserta dengan gangguan yang sengaja dibuat.

Falsafah :
1. Yakin dengan keberanian diri.
2. Bertawakal kepada Allah.



QIAMULLAIL

TAJUK: MUNAJATKU

Masa : 30 minit

Alatan : P.A. System, nota zikir.

Objektif :
1. Peserta dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.
2. Peserta dapat mengetahui keperluan berzikir untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Prosedur :
1. Peserta membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan bersama fasilitator.
2. Ketua Fasilitator mengajak peserta muhasabah diri tentang kesalahan lalu.
3. Peserta bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan dan dosa yang
telah dilakukan.
4. Ketua Fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat Taubat dan tujuannya.
5. Bersama-sama mendirikan solat Taubat.
6. Bersama-sama menyambung zikir munajat.
7. Ketua Fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat Taubat dan tujuannya.
8. Bersama-sama menunaikan solat Witir.
9. Perserta berzikir menunggu azan Subuh.

Falsafah :
1. Qiamullail adalah amalan orang soleh.
2. Ukuran kekuatan ummat terletak kepada sejauh mana kemampuan mereka melaksanakan
qiamullail dan solat fardu secara berjemaah.
Pengisian Majlis
1. Taklimat tentang aturcara qiamullail.
2. Nota zikir.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 11

SURVIVAL / MERUNUT HUTAN

Aktiviti : Survival / Merunut Hutan

Masa : 5 Jam

Alatan : Air mineral, mess tin, lilin, beras, sardin, telur, tepung, gula,
Garam, beg sampah dan parang.
Puzzle/kiub ajaib, sampul surat, kad manila atau kertas
warna dan marker pen

Objektif :
1. Menerapkan sifat sabar dalam diri para pelajar
2. Menanam sifat disiplin di kalangan para pelajar
3. Memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan

Prosedur :
Sebelum aktiviti

1. Berkumpul mengikut kumpulan
2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan
berkasut)
3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat
4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti survival dijalankan.
5. Menerangkan adab-adab memasuki hutan
6. Pemeriksaan barangan atau alatan yang hendak di bawa mengikut kumpulan.
7. Berikan nombor untuk semua peserta mengikut kumpulan jika perlu
8. Soalan-soalan untuk setiap check point
9. Membuat aktiviti regangan (warm up)
10. Bacaan doa

Semasa aktiviti

1. Bergerak mengikut kumpulan
2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.
3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan
4. Penerangan tentang beberapa tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam bidang
perubatan mengikut keperluan.
5. Memberi tugasan di setiap check point 1 hingga check point penamat
6. Tugasan diselesaikan secara berkumpulan
7. Mengenalpasti tempat solat
8. Jurulatih mengenalpasti punca air
9. Mengenalpasti tempat untuk menjalankan aktiviti memasak.
10. Memastikan setiap peserta mengambil bahagian dan saling bantu membantu rakan-rakan
dalam kumpulan masing-masing
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 12

11. Makan secara berkumpulan
12. Jurulatih/fasilitator memastikan sampah sarap di kumpul dan di bawa turun ke kem untuk
dibuang.

Selepas aktiviti

1. Mengira bilangan peserta
2. Pembentangan tugasan
3. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)
4. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti survival.




MODUL AKTIVITI SEMASA JUNGLE TRACKING

Rasional
Setiap peserta yang melalui aktiviti survival/merunut hutan sekadar melaksanakan aktiviti tanpa
pengisian. Aktiviti pada setiap check point adalah untuk memberi satu ganggguan
emosi/ransangan kepada peserta untuk menilai potensi diri.


Objektif
1. Setiap peserta patuh pada arahan dan dapat merancang perjalanan.
2. Melatih nilai kepimpinan dan semangat kerjasama antara kumpulan.
3. Mencungkil bakal/potensi peserta.
4. Menanam rasa cinta pada alam dan menghayatinya untuk dihubungkan dengan kehidupan.
5. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pelaksanaan ibadah mengikut keadaan.


Aktiviti Semasa Jungle Tracking
Sila baca arahan dengan teliti
1. Anda dikehendaki membawa sebotol air mineral 1.5 liter.
2. Bergerak secara berkumpulan memasuki hutan.
3. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh pihak
jurulatih/urusetia.
4. Anda dikehendaki bersedia untuk membentangkan tugasan pada setiap check point dan
setelah kembali ke kem.
5. Utamakan kumpulan anda.




Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 13

Check Point 1
Sila baca arahan dengan teliti
1. Bergerak secara berkumpulan.
2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.
3. Anda perlu berusaha menyelesaikan satu tugasan untuk mendapatkan satu sampul surat
daripada jurulatih.
4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point kedua.

Tugasan Check Point 1 :
Aktiviti Check Point 1
Tempoh aktiviti : 10 minit

1. IBADAH: TAYAMMUM
- Jurulatih mengarahkan peserta kumpulan membuat simulasi bertayammum.
- Jurulatih memerhati dengan teliti simulasi peserta.
- Jurulatih memberi penerangan, peneguhan dan membetulkan cara peserta
melaksanakan tayammum.
untuk tugasan tayammum: lelaki = check point 1. Perempuan = check point 3
untuk mengelakkan masalah pendedahan aurat.
Urusetia perlu menempatkan dua jurulatih bagi setiap check point untuk
memudahkan pelaksanaan tugasan peserta bagi setiap aktiviti.


Check Point 2
Sila baca arahan dengan teliti

- Bergerak secara berkumpulan.
- Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.
- Anda perlu melaksanakan satu tugasan untuk mendapatkan satu sampul surat
daripada jurulatih.
- Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point ketiga.

Tugasan Check Point 2 :

Aktiviti Check Point 2
Tempoh aktiviti : 10 minit.

2. SOSIAL : REMAJA
- Peserta kumpulan diminta memberi sumbang saran/pandangan tentang satu tajuk:
a. Nyatakan sebab-sebab berlakunya keruntuhan akhlak remaja masa kini.
b. Cadangkan penyelesaian pada masalah keruntuhan akhlak remaja.
- Jurulatih meminta peserta membuat rumusan.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 14

- Jurulatih memberi penegasan bahawa setiap apa yang diperkatakan perlu
dilaksanakan. Mesej utama : BESARLAH KEMURKAAN ALLAH BAGI ORANG YANG
BERKATA TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN

Firman Allah : Surah as-Soff : 2
Maksud ayat :
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan?



Check Point 3
Sila baca arahan dengan teliti

1. Bergerak secara berkumpulan.
2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.
3. Anda perlu melalui satu ujian untuk mendapatkan satu sampul surat daripada
jurulatih.
4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point keempat.


Tugasan Check Point 3

Aktiviti Check point 3
Tempoh masa : 5 minit.

3. UJI MINDA
- Peserta kumpulan diminta untuk membuat tugasan uji minda dan kerja berpasukan
menggunakan kiub ajaib (berupa empat segi dan mempunyai banyak warna) atau
puzzle bergambar.
- Peserta diminta menyusun agar satu atau lebih bahagian daripadanya sama warna
mengikut keupayaan ahli kumpulan, kepantasan dengan peruntukkan masa maksimun
2 minit.
- Jurulatih perlu menilai kepantasan dan kerjasama kumpulan.
- Jurulatih membuat penegasan tentang KEPANTASAN, KETEPATAN DAN
KERJASAMA (3K) penting untuk mencapai matlamat.


Check Point 4
Peserta mesti sampai ke check point 4 sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Zohor.

Sila baca arahan dengan teliti

1. Bergerak secara berkumpulan .
2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.
3. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan satu sampul surat daripada jurulatih.
4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point kelima.



Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 15


Tugasan Check Point 4

Aktiviti Check point 4
Tempoh masa : 20 minit.

4. PRAKTIKAL : JOM SOLAT !

Perhatian:
Peserta mesti sampai ke check point 4 sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Zohor.

- Peserta mengisi air dan gunakan air itu untuk berwuduk.
- Jurulatih tunjukkan demo cara berwuduk menggunakan air yang minimum.
- Jurulatih menunjukkan cara penentuan arah kiblat menggunakan kompas.
- Menunaikan solat di hutan dalam keadaan sujud ke bumi tanpa berlapik.
- Mesej 1:
a. Solat itu mudah tapi jangan dipermudah-mudahkan.
b. Jurulatih menegaskan tentang pentingnya solat dan praktikalnya dalam apa jua
keadaan sibuk, faktor tempat bukan alasan untuk meninggalkan solat.
- Mesej 2:
a. Ingat asal usul kita.
b. Renungkan dimata akhirnya kita. ITULAH TANAH!


_ _.> _ ,`_: .1l> ., _l> _.. _. _,L _
Maksudnya:
Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai
penciptaan manusia dari tanah



Check Point Penamat
Sila baca arahan dengan teliti

1. Berkumpul mengikut kumpulan.Sambung keratan tugasan yang telah dikumpulkan
sepanjang perjalanan.
2. Baca dan laungkan beramai-ramai apa yang tercatat pada hasil cantuman kertas
tugasan.
3. Jurulatih mendengar luahan dan perkongsian pengalaman peserta.
4. Bergerak ke kem secara berkumpulan.

Penamat
- Peserta berkumpul mengikut kumpulan.
- Jurulatih meminta peserta bekerjasama membuat pembentangan dan menceritakan
pengalaman kembara.
- Jurulatih menegaskan maksud tersirat di sebalik setiap aktiviti.


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 16


PENYEDIAAN BAHAN DALAM SAMPUL BAGI CHECK POINT

Keperluan : Sampul surat
Kertas warna/ kad manila
Marker pen
Gunting

a. Tulis slogan pada kertas warna/ kad manila.

Contoh Slogan:
- KAMI SUDAH BERJAYA.

b. Gunting kertas berkenaan kepada 6 bahagian agar menjadi puzzle.
c. Masukkan hanya sekeping keratan puzzle dalam setiap sampul yang bertanda agar
tidak berlaku kekeliruan atau kesilapan semasa penyerahan kepada peserta kumpulan.
d. Bahagian pertama daripada keratan berkenaan diberikan sebelum peserta bergerak
memasuki hutan.
e. Lima (5) bahagian lain akan diserahkan oleh jurulatih/fasilitator semasa peserta selesai
melaksanakan tugasan di check point 1 hingga check point 5.




MERENTAS HALANGAN

Aktiviti : Merentas Halangan
Masa : 1 Jam

Alatan : Laluan merentas halangan (mengikut halangan yang disediakan pihak kem)

Objektif :
1. Membina ketahanan diri
2. Membentuk keyakinan diri
3. Memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan


Prosedur :
Sebelum aktiviti
1. Berkumpul mengikut kumpulan
2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan
berkasut)
3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat
4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti merentas halangan
dijalankan.
5. Sentiasa mengikut arahan jurulatih
6. Membuat aktiviti regangan (warm up)
7. Bacaan doa


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 17

Semasa aktiviti
1. Melakukan aktiviti mengikut kumpulan
2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.
3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan
4. Setiap kumpulan dikehendaki melalui kesemua halangan yang telah disediakan.
5. Bekerjasama dan bantu membantu ahli kumpulan.

Selepas aktiviti
1. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit.
2. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)
3. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti merentas halangan.


FLYING FOX

Aktiviti : Flying Fox
Masa : 1 Jam

Alatan : Laluan Flying Fox

Objektif :
1. Membina keyakinan diri
2. Memupuk ketahanan diri
3. Membentuk disiplin

Prosedur :
Sebelum aktiviti
1. Berkumpul mengikut kumpulan
2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan
berkasut)
3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat
4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti Flying Fox.
5. Sentiasa mengikut arahan jurulatih
6. Membuat aktiviti regangan (warm up)
7. Bacaan doa

Semasa aktiviti
1. Melakukan aktiviti seorang demi seorang
2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.
3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan

Selepas aktiviti
1. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit.
2. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)
3. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti Flying Fox.


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 18

TAHSIN SOLAT

TAJUK: BACAAN DALAM SOLAT

Masa : 30 minit

Alatan : Nota Bacaan dalam Solat.

Objektif :
1. Peserta dapat mengetahui bacaan-bacaan rukun dalam solat.
2. Peserta dapat memperbaiki bacaan-bacaan rukun dalam solat mereka.

Prosedur :
1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan.
2. Fasilitator menerangkan jenis-jenis bacaan dalam solat.
3. Peserta bersama-sama membaca nota bacaan dalam solat.
4. Peserta membaca seorang demi seorang untuk dipantau bacaan oleh fasilitator

Falsafah :
1. Solat yang sempurna mencegah seseorang daripada perbuatan keji.
2. Solat memfokuskan tujuan hidup hamba kepada Allah.

Panduan majlis
1. Bersama-sama membaca nota bacaan dalam solat.
2. Fasilitator menyelia bacaan individu peserta.



KULIAH SUBUH

TAJUK: KENALI ALLAH

Masa : 30 minit

Alatan : Kertas dan pensel.

Objektif :
1. Peserta dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan mengenal Allah.
2. Peserta dapat megetahui bahawa menusia akan gagal dalam hidupnya terutama kehidupan
di akhirat akibat tidak mengenal Allah.

Prosedur :
1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan selepas selesai solat Subuh.
2. Fasilitator menerangkan kewujudan Allah.
3. Fasilitator bertanya apakah dalil Allah itu wujud?.
4. Setiap kumpulan menulis jawapan dan dibaca oleh wakil mereka.
5. Fasilitator membuat kesimpulan.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 19

6. Fasilitator meminta tiga cara mereka menghampiri Allah.
7. Setiap kumpulan menulis jawapan dan dibaca oleh wakil mereka.
8. Fasilitator membuat rumusan.

Falsafah :
1. Cinta kepada Allah bermula dari mengenaliNya.
2. Manusia yang mengenali Allah adalah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

Panduan Isi Majlis:
1. Dalil naqli dan aqli kewujudan Allah.
2. Cara mengenal Allah.
3. Perkara yang Allah suka dan tidak suka.
4. Faedah menhampiri Allah.



KULIAH SUBUH

TAJUK: HALAQAH AL QURAN

Masa : 30 minit

Alatan : Mushaf al Quran dan terjemahan.

Objektif :
1. Peserta dapat membaca al Quran dengan baik.
2. Peserta dapat menjadikan al Quran sebagai amalan pembacaan dalam kehidupan seharian.

Prosedur :
1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan selepas selesai solat Subuh.
2. Fasilitator meminta peserta mengambil mushaf masing-masing.
3. Fasilitator membacakan surah al Qariah satu qitah dan diikuti oleh para peserta.
4. Semua peserta membacakan terjemahan ayat beramai-ramai sehingga akhir ayat.
5. Fasilitator meminta peserta bercakap suasana hari kiamat.
6. Fasilitator meminta peserta bercakap mengenai nasib timbangan amalan (ringan dan berat)
7. Bacaan al Quran disambung seorang satu ayat.
8. Fasilitator membuat rumusan.
Falsafah :
1. Kitab al Quran pembentuk akhlak terpuji.
2. Kitab al Quran panduan hidup mukmin.
3. Setiap insan hendaklah menjadikan al Quran sebagai kitab rujukan utama.
Panduan Isi Majlis:
1. Tafsir al Quran surah al Qariah.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 20

MALAM PERSEMBAHAN KUMPULAN

Masa : 1 jam 30 minit

Alatan : Lampiran

Objektif :
1. Peserta dapat menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.
2. Peserta dapat meyakinkan diri dan berani tampil di khalayak ramai.
3. Peserta dapat mengeratkan lagi kerjasama dan semangat bersaing secara positif.
4. Peserta dapat menyampai dan menerima mesej yang positif melalui persembahan.

Prosedur :
1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan persembahan mengikut undian yang
telah ditetapkan.
3. Masa bagi setiap persembahan adalah 5 7 minit.
4. Fasilitator akan dilantik untuk mengadili persembahan bagi memilih tiga kumpulan terbaik
berdasarkan kriteria yang berikut:
- penglibatan / kerjasama ahli kumpulan
- mesej yang disampaikan
- kreativiti

5. Ketua kumpulan diminta menyatakan mesej yang cuba disampaikan oleh kumpulan masing-
masing.
6. Panel hakim mengumumkan keputusan pertandingan.

Falsafah
1. Setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan.
2. Penampilan bakat dan potensi memerlukan keberanian dan keyakinan diri.
3. Peserta menyedari bahawa kesenian Islam adalah salah satu cabang ilmu yang perlu
dipelajari dan dikembangkan.
4. Peserta mengetahui bahawa ketamadunan Islam kaya dengan kesenian dan kebudayaan
yang unggul.
5. Manusia memerlukan saluran yang betul dan sihat untuk menampilkan potensi diri.









Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 21

MALAM KESENIAN

Arahan :
1. Kumpulan anda diminta membuat persembahan:

Drama ( )
Sketsa ( )
Koir / Lagu Patriotik ( )
Nasyid ( )
Dikir Barat ( )

2. Konsep : Kesenian Islam membentuk budaya yang baik dan positif

3. Tema : Pelajar Berakhlak Pembina Bangsa

4. Semua ahli kumpulan perlu melibatkan diri dalam persembahan ini.

5. Keperluan persembahan seperti pakaian dan lain-lain hendaklah disediakan sendiri oleh
kumpulan masing-masing.

6. Di akhir persembahan semua kumpulan perlu menerangkan mesej atau pengajaran
yang cuba disampaikan kepada penonton.

7. Setiap kumpulan akan dinilai oleh panel hakim berdasarkan :

7.1 Penglibatan ahli 40 %

7.2 Kreativiti 30 %

7.3 Mesej / Pengajaran 30 %

Jumlah Keseluruhan 100 %




REFLEKSI DIRI

Masa : 3 jam

Alatan : Tayangan Slide & video klip, nasyid

Objektif :
1. Untuk memberi pengukuhan kepada peserta kesedaran untuk membuat perubahan.
2. Memantapkan tahap rasa kebertanggungjawaban ke atas diri peserta.
3. Mewujudkan sikap cintakan kepada agama, bangsa & negara.
4. Dapat membina semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan.


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 22

Prosedur :
1. Penceramah menyediakan bahan SLIDE TAYANGAN dan multimedia berhubungkait
dengan ceramah kesedaran

2. Di antara bahan tayangan multimedia adalah seperti berikut:

2.1. Intisari Surah Al-Fatihah
2.2. Harapan Ibu & Ayah Terhadap Anak-anak.
2.3. Rintihan Ibu
2.4. Pengorbanan Ayah Ibu
2.5. kematian
2.6. Lagu Taubat
2.7. Zikir Istighfar

3. Peserta ditekankan tentang proses kejadian dan menyedari hakikat asal manusia
o Tayangkan video klip Al-Fatihah .terangkan keistimewaan Al-Fatihah
o Tunjukkan vidio klip asal usul kejadian manusia.
o Penceramah menekankan tentang asal usul kejadian manusia
o Bandingan dengan kejadian makhluk lain (malaikat dan makhluk lain)
o Penekanan terhadap tanggungjawab manusia sebagai khalifah
o Penekanan terhadap tangungjawab manusia:Beribadah

4. Video klip kelahiran bayi (cessarian)
o Video klip ditunjukkan diiringi nasyid
o Penceramah memainkan emosi anak tentang kesakitan , keperitan pengorbanan ibu
melahirkan kita
o Emosi peserta terus di mainkan dengan meletakkan diri peserta di tempat ibu.

5. Peserta di bawa menyingkap tentang pengorbanan ibu dan ayah mencari rezeki.
o Video tentang kesusahan ibu ayah mencari rezeki, bersawah, menoreh getah
o Penceramah menekankan tentang susah payah ibu dan bapa membesarkan anak
o Video tentang pesan ibu-menekankan tentang pesanan dan harapan ibu terhadap
anaknya.
o Peserta membawa untuk menilai tahap penerimaan diri tehadap ibu dan ayah dan
bagaimana hubungan mereka denga kedaua-duanya.
o Peserta diajak mengimbau kesalahan dan dosa terhadap ibu dan ayah.
o Buai emosi peserta bagaimana jika kita kehilangan ibu dan ayah?
o Sempatkah kita memohon ampn daripada ibu dan bapa?

6. Peserta di dedahkan dengan hakikat kematian
o Tunjukkan video sajak kematian (remaja hard core)
o Tunjukkan video klip andaiku tahu.
o Penceramah bertanya adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian?
o Adakah kita bersedia dengan amal kebajikan?
o Berapa banyak dosa kita dan sempatkah bertaubat?
o Tunjukkan video klip azab meninggalkan solat, berzina.
o Renungan:sanggupkah kita mati didalam keadaan yang hina dan mengaibkan


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 23


7. Keinsafan:tunjukkan video klip keinsafan
o Ajak peserta sama-sama bernasyid
o Ajak peserta meenng kesilapan lalu dan menginsafinya
o Ajak peserta sama-sama berzikir
o Seru peserta sama-sama bertaubat dan berazam tidak mengulangi kesalahan.

8. Tenangkan emosi peserta
o Tenang dan sokong emosi peserta.
o Fasilitator peluk peserta dan tenangkan kesedihan peserta
o Berikan sokongan peserta untuk kembali kepada fitrah.
o Mainkan lagu kembali Kumpulan Far East.
o Berikan motivasi kepada peserta bahawa mereka boleh berubah.

9. Mohon keampunan
o Jika ibu-bapa hadir, seru peserta untuk cari ibu-bapa mereka , kucup ibu-bapanya, sujud
dikakinya, mohon keampunan daripada keduanya
o Jika guru/jurulatih/fasilitator hadir, panggil mereka berada di hadapan murid, seru murid
untuk buat barisan , bersalaman dan memohon ampun .Guru beri motivasi kepada
pesera.

10. Pelan tindakan
o Beri kad kepada peserta
o Minta peserta untuk menuliskan harapan peserta kepada ibu-bapa dan guru
o Minta peserta untuk menuliskan azam dan perkara yang akan diperbaiki


Falsafah :
1. Peserta menyedari bahawa tanggugjawab sebagai anak terhadap ibu bapa adalah besar
dan mempengaruhi kehidupan seharian.
2. Peserta menyedari bahawa setiap insan ada harga diri dan orang lain tidak akan
menghargai diri kita selagi kita tidak menghargai diri sendiri.
3. Peserta mengetahui bahawa ketaatan kepada Allah SWT adalah keutamaan untuk
mencapai kejayaan.
4. Kesedaran dan keinsafan melihat permasalahan ummah/remaja membantu meningkatkan
kualiti diri.
5. Keimanan dan keilmuan teras kejayaan hidup Islam.














Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 24

Lampiran 3

Laporan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid
Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Nama dan Alamat Sekolah : .................................................................................
2. Negeri : ...............................................................
3. Nama Pengetua : ..................................................................................................
4. Kategori Sekolah ( Bandar / Luar Bandar) : ....................................................
5. Tarikh Kem : ....................................
6. Dokumentasi:
6.1. Fail Khas
6.2. Kertas Cadangan
6.3. Jawatankuasa Pelaksana
6.4. Minit Mesyuarat
6.5. Implikasi Kewangan
6.6. Post Mortem
6.7. Gambar/CD/Video
6.8. Ulasan Pengetua
Ulasan pemantau





Tandatangan Pengetua Cop Sekolah


.........................................


Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 25



IKRAR PESERTA
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI PESERTA KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SEKOLAH
..................................................................................................................................................

BERIKRAR DAN BERJANJI

AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH, TAAT KEPADA KEDUA IBUBAPA, MENGHORMATI GURU-GURU
DAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DENGAN IKHLAS SERTA RELA HATI.

KAMI BERJANJI

AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN SECARA AKTIF DALAM SEMUA AKTIVITI DENGAN SEMANGAT
UKHUWWAH ISLAMIYYAH SEBAGAI UMAT ISLAM YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
PADA BILA-BILA MASA .

KAMI JUGA BERSEDIA

MENGAMALKAN SEGALA ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI UNTUK MEMBANTU
MEMBENTUK GENERASI MUKMIN YANG SOLEH DAN BERTAQWA DI MASA AKAN DATANG


KAMI JUGA BERJANJI

AKAN MENJADI PENDORONG KEPADA RAKAN-RAKAN KAMI YANG LAIN KE ARAH MEMBENTUK
KECEMERLANGAN DIRI DALAM SEMUA BIDANG.



Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 26

You might also like