You are on page 1of 9

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder a. Postur i.

Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder. ii. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan kepala). iii. Tangan patut terbuka supaya tidak mengganggu pernafasan.

b. Cara Memegang Rekoder i. Pegang dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas badan rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder. ii. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. iii. Cara memegang yang selesa memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder, seperti dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Cara memegang Rekoder c. Penjarian Rajah 6.5 dan Rajah 6.6 menunjukkan teknik penjarian rekoder.

Rajah 6.6: Cara memegang Rekoder

1. Tangan Kiri; Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga. 2. Tangan Kanan; Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Jari manis bernombor 6 menutup libang rekoder keenam. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Rajah 6.7: Meletak susunan jari pada lubang rekoder

Rajah 6.7: Susunan Jari Pada Lubang Rekoder dan Carta Penjarian Rekoder Kedudukan Tangan Jari-jari mestilah di dalam keadaan lurus semasa menutup lubanglubang. Lengan tangan mestilah diregangkan sedikit daripada badan. Kedudukan jari-jari yang rapi memudahkan bermain not dengan bermacam-macam gaya seperti cepat, lambat, kuat atau lembut. Jari-jari yang tidak diperlukan mestilah diangkat daripada lubang dengan jarak yang sesuai.

Gerakan jari lembut, tidak keras dan jangan teragakagak. Tutup tiap lubang penjarian yang terlibat dengan kemas menggunakan isi jari bukannya hujung jari. 6.3.2 Teknik Meniup Rekoder a. Embouchure

i. Imbangan rekoder terletak pada bibir dan ibu jari tangan kanan. ii. Masukkan bahagian pemipit di atas bibir dan rapatkan kedua-dua bibir. iii. Perhatian: Elakkan menggigit rekoder (Rajah 6.8).

Rajah 6.8: Teknik meniup rekoder b. Penglidahan

i. Menggunakan lidah untuk meniup not atau rangkap-rangkap not.

ii. Kemahiran lidah dapat dilatih melalui latihanlatihan yang tersusun.

iii. Bunyikan du dengan lidah untuk not tengah, lu untuk not rendah, tuuntuk not tinggi.

iv. Untuk double tongueing, bunyikan du-ku atau tu-ku.

v. untuk memainkan not kaitan (slur), penglidahan berlaku pada not pertama sahaja.

vi. Untuk permainan not staccato, bunyikan tut untuk menjadikan not itu pendek.

c. Pernafasan

i. Gunakan diafragma untuk mengawal pernafasan. Bahagian dada tidak bergerak ketika bernafas. ii. Semasa meniup not rendah, hembuskan udara secara perlahan dan semasa meniup not tinggi, hembuskan udara secara laju. Biasanya hembusan udara perlahan dirasai panas dan hembusan udara laju dirasai sejuk. iii. Gunakan satu nafas untuk meniup satu frasa. Kemudian mengambil nafas selepas meniup setiap satu frasa. 6.4.1 Panduan Pengajaran Rekoder a. Bila memilih lagu, perhatikan elemen-elemen yang terdapat dalam lagu tersebut. Contoh: julat suara, irama, penjarian not baru, frasa sukar, mud dan lain-lain.

b. Permulaan pembelajaran rekoder: i. Latihan pernafasan. ii. Latihan pelonggaran otot-otot jari. iii. Menyanyi frasa, lagu yang dimainkan oleh guru. iv. Menepuk irama lagu. v. Membuat penjarian rekoder sambil menyanyi. vi. Meniup lagu mengikut frasa. vii. Meniup lagu secara keseluruhan. c. Bagi latihan frasa yang sukar dan yang melibatkan koordinasi penjarian, latih tubi perlu diadakan. d. Pelajar perlu menguasai melodi lagu dan melodi bahagian masing-masing sebelum bermain ensembel.

e. Dalam permainan ensembel, pelajar perlu boleh mendengar bahagian lapisan suara.

f. Dalam permainan ensembel, pelajar perlu mengikut tanda ekspresi.

g. Pelajar digalakkan membuat komen tentang permainan sendiri.

You might also like