You are on page 1of 13

Tajuk : Sel tumbuhan dan sel haiwan Praktikal 3: Mengkaji Struktur Sel Tumbuhan dan Sel Haiwan Pengenalan:

Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam sIstem yang besar dan setiap unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada system kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel. Dalam hierarki organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel ; badan mereka mempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun mereka disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap organisme yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel. Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah penciptaan mikroskop pada tahun 1590. Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah dengan menggunkan mikroskop elektron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme. Sel terdiri daripada komponen yang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nuklues) yang diselaputi membran plasma. Kandungan sel yang terdapat di dalam nuklues disebut sebagai nukleoplasma manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma. Membran plasma ialah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi kepada dua iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan. Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa yang kuat, iaitu dinding sel di bahagian luar membran plasma. Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi yang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues, mitokondrian, kloroplas, vakuol, ribosom, jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron. Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel. Mereka mempunyai sifat struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Apabila dilihat di bawah mikroskop cahaya, sel haiwan yang tipikal mempunyai protoplasma yang diliputi oleh membran plasma. Protoplasma terdiri daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma.Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan. Nuklues berfungsi sebagai pusat kawalan aktiviti kepada sel. Di dalam sel haiwan terdapat lysosome, centrosome dengan centriol yang tidak ada pada sel tumbuhan. Sel tumbuhan dikelilingi oleh 1

sel dinding di luar membran plasma. Sel dinding tumbuhan dibuat daripada fibre selulosa yang tidak larut. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel dinding. Sel yang terdapat dalam sel tumbuhan yang tidak terdapat dalam sel haiwan ialah kloroplas, vakuol ,sel dinding dan plasmodemata. Setiap organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengan sempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum.

Objektif: 1. 2. 3. melukis dan melabel gambarajah struktur sel yang lazim bagi tumbuhan dan haiwan. memerhati, mengenalpasti dan melabel struktur sel dengan menggunakan mikroskop electron. menyenaraikan struktur dan fungsi setiap bahagian sel yang berikut ; membrane sel, dinding sel, nukleus, mitokondrium, kloroplas, vakuol dan sitoplasma. 4. membandingan struktur sel haiwan dan sel tumbuhan seperti yang diperhatikan.

Radas / Bahan: Mikroskop cahaya Jarum pembelahan Slaid dan kaca penutup Pipet penitis Piring petri Bikar 50 ml

Mata pisau cukur / skapel Gunting kecil Penyepit Jubin putih Kertas turas Larutan iodin Daun sisik bawang Daun elodea ( ii ) Memerhati sel pipi manusia Mikroskop cahaya Jarum pembelahan Slaid dan kaca penutup Pipet penitis Piring petri Bikar 50 ml Jubin putih Kertas turas Metilena biru Spatula / kayu aiskrim / pencungkil gigi Sel pipi

Prosedur: ( i ) Memerhati sel tumbuhan 1. Dengan menggunakan skalpel, sehelai daun sisik sukulen berukuran 1 cm dikeluarkan daripada sebiji bawang besar. 2. Menggunakan forsep, epidermis lutcahaya ditanggalkan dari sebelah dalam sisik itu. 3. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih. 4. Epidermis bawang diletakkan di atas titisan air itu dengan cermat supaya epidermis tidak terlipat. 5. Selepas itu, epidermis bawang ditutup dengan kaca penutup. 6. Slaid itu diperiksa menerusi kuasa tinggi mikroskop cahaya. 7. Kemudia sehelai kertas turas diletakkan disalah satu pinggir kaca yang bertentangan, teknik ini membenarkan larutan iodin meresap ke dalam sel epidermis bawang lalu mewarnakan bahagian tertentu di dalam sel itu. Teknik ini dikenali sebagai teknik pengairan. 8. Slaid itu diperiksa semula menerusi kuasa tinggi. 9. Aktiviti ini diulangi dengan menggunakan daun muda Elodea. 10. Lukisan dilengkapkan serta dilabelkan. ( ii ) Memerhati sel pipi ( Haiwan ) 1. sebelah dalam pipi dikikis secara perlahan-lahan dengan menggunakan sebatang pencungkil gigi. 2. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih. 3. Selepas itu, hasil kikisan diletakkan di atas titisan air itu. 4. Hasil titisan itu ditutup engan kaca penutup. 5. Slaid itu diperiksa menerusi sebuah mkroskop cahaya kuasa tinggi. 6. Kemudian sel pipi manusia diwarnakan dengan larutan metilena biru melalui teknik pengairan. 7. Lukisan dilengkapkan serta dilabelkan. 4

Pemerhatian ( i ) Sel sisik bawang ( Tumbuhan )

( ii ) Sel pipi ( Haiwan )

Perbincangan : Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelah pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi yang tumpul. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas sel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Dalam pemerhatian, sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Di bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues. Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang telah digunakan. Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermis bawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang. Struktur yang boleh dilihat dibawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma. Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu sel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan daripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel yang tajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan. Larutan iodine adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan KESIMPULAN : Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada membran plasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membran plasma ,nuklues dan sitoplasma serta mempunyai bentuk yang tetap.

Soalan: 1. Lukiskan satu sel epidermis bawang seperti yang diperhatikan menerusi Mikroskop kuasa tinggi. Sel epidermis yang anda lukiskan itu hendaklah kira kira sepanjang 10 cm

2. Kenalpasti dan labelkan struktur-struktur yang berikut: dinding sel, nukleus, sitoplasma, membran sel, membran nukleus, vakuol.

3. Huraikan bentuk sel epidermis bawang itu. Sel epidermis bawang membawa ciri ciri yang ada pada sel tumbuhan. Iaitu ia diselaputi oleh membran sel dan dikelilingi oleh dinding sel yang tebal terdiri daripada selulosa. Sel-sel bawang yang matang ini mempunyai ruang yang dikenali sebagai vakuol. Vakuol ini dikelilingi oleh protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Sel-sel daun bawang ini kelihatan sama seperti sel-sel kulit bawang tetapi sel-sel daun mengandungi kandungan hijau yang dikenali sebagai kloroplas. 4. Bagaimana susunan sel epidermis bawang antara satu sama lain? Susunan sel epidermis bawang adalah rapat dan berbentuk seragam antara satu sama lain. Ini disebabkan sel-sel bawang mempunyai dinding-dinding sel berselulosa yang tegar yang membentuk keseragaman sel. Dinding sel adalah penting bagi sokongan kepada tumbuhan serta melindungi sel tumbuhan itu sendiri. Sel-sel epidermis bawang seperti rajah dibawah:

5. Huraikan kedudukan nukleus di dalam sel. Mengapakah kedudukan nukleus dalam sel tidak tetap? Kedudukan nukleus dalam sel tidak tetap kerana sel haiwan dan tumbuhan mempunyai fungsi yang berbeza dari bentuk dan kandungan. Bagi sel haiwan kedudukan nukleus berada pada bahagian tengah sel kerana ia berperanan mengawal semua aktiviti sel dan perlu dilindungi. Ia dilindungi dengan dikelilingi

oleh sitoplasma disekitarnya. Manakala nukleus sel tumbuhan berada pada bahagian tepi kerana memberi ruang kepada ruang vakuol yang besar. Walaupun terletak dibahagian tepi sel ia tetap dilindungi oleh sel dinding tumbuhan yang tebal. Disamping itu dalam sel tumbuhan,klorofil perlu mengalir bagi membekalkan makanan(kanji) kepada keseluruhan bahagian tumbuhan. Oleh itu kedudukan nukleus ini tidak tetap.

6. Huraikan bagaimana penggunaan pewarna boleh membantu anda mengkaji sel dengan lebih terperinci. Penggunaan pewarna banyak membantu dalam mengkaji sel secara lebih terperinci. Bagi ujikaji diatas larutan iodin adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel bawang menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang.

7. Apakah bentuk sel epitelium pipi tunggal ? Rajah dibawah menunjukkan bentuk sel epitelium pipi tunggal:

8. Apakah bentuk sel pipi dalam sekumpulan sel yang berjiranan? 9

Rajah dibawah menunjukkan bentuk sel pipi dalam sekumpulan sel yang berjiranan:

9. Mengapakah sel epitelium pipi tidak mempunyai bentuk sekata seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan? Sel epitelium pipi tidak mempunyai bentuk yang sekata seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan kerana ia tidak mempunyai dinding sel. Dinding sel tumbuhan berbentuk sekata kerana ia berperanan sebagai penahan serta mengukuhkan struktur tumbuhan. Sel haiwan tidak memerlukan diding sel kerana struktur binaannya dikukuhkan sama ada oleh tulang ataupun kulit keras luaran haiwan berkenaan.

10. Bahagian sel pipi manakah yang paling banyak menyerap warna? Bahagian sel pipi yang paling banyak menyerap warna adalah bahagian sitoplasma yang mengandungi organel-organel sel seperti nukleus, kromosom dan mitokondrion. Ini kerana bahagian tersebut mengandungi bahan makanan dan bahan kimia seperti protien, vitamin, glikogen dan glukosa yang bertindak balas dengan metilena biru.

10

11. Kenapakah kloroplas tidak terdapat dalam sel haiwan, contohnya sel pipi? Kloroplas tidak wujud dalam sel haiwan kerana haiwan adalah organisma heterotrof iaitu ia bergantung dengan organisma lain untuk mendapatkan bekalan makanannya. Kloroplas didapati pada kebanyakkan sel tumbuhan kerana ia adalah organisma autotrof. Iaitu organisma yang boleh mensintesiskan bahan makanannya sendiri. Kloroplas yang mengandungi klorofil berperanan dalam proses mensintesiskan makanan khususnya karbohidrat melalui proses fotosintesis.

12. Adakah sel pipi mempunyai vakuol pusat besar seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan? Sel pipi tidak mempunyai vakuol pusat besar seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan kerana peranan vakuol ini dalam sel tumbuhan adalah sebagai tempat penyimpanan air yang mana air akan membantu dalam proses fotosintesis iaitu air akan diuraikan untuk menghasilkan radikel hidrogen. Selain itu, ia juga berperanan bagi mengukuhkan struktur tumbuhan itu sendiri. Tumbuhan yang kekurangan air dalam vakuol akan menjadi layu. Oleh itu sel pipi ataupun sel haiwan amnya tidak perlu mempunyai vakuol pusat besar kerana ia akan menghalang fleksibiliti dan pergerakan haiwan itu sendiri.

11

13. Sediakan satu senarai sifat umum yang didapati dalam kedua-dua sel tumbuhan dan sel haiwan. Senarai sifat umum bagi sel tumbuhan dan sel haiwan: 1. 2. 3. 4. Mempunyai nukleus yang aktiviti sel. Kedua-dua sel mengandungi Mitokondrion yan berperanan sebagai pusat penghasilan tenaga bagi sel. Mempunyai Ribosom bagi penghasilan protein. Mempunyai Membran sel yang berperanan untuk mengawalpergerakan sel serta mengasingkan kandungan sel dari persekitarannya. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mengandungi Protoplasma iaitu bahagian yang mengandungi sitoplasma dan nukleus. Mempunyai Sitoplasma yang berperanan untuk mengekalkan bentuk sel serta membekalkan bahan keperluan kepada organel. Mengandungi Endoplasmik Retikulum yang berperanan untuk menyimpan dan membawa protein ke bahagian dalam atau luar sel. Mengandungi Golgi yang berperanan untuk menukar protein kepada molekul yang lebih komplek. Mengandungi Lysosomes yang menghasilkan 40 jenis enzim yang berperanan untuk memecahkan molekul besar. Mengandungi Kromosom yang memainkan peranan penting dalam proses pembahagian sel. berperanan sebagai pusat kawalan

12

14. Senaraikan lima perbezaan yang anda perhatikan antara sel tumbuhan dan sel haiwan. Perbezaan antara sel tumbuhan dan sel haiwan adalah seperti jadual berikut: Ciri-ciri Dinding Sel Sel Tumbuhan Dinding berselulosa yang tegar Mempunyai bentuk yang tetap Kloroplas yang mengandungi klorofil Bersaiz besar dan bilangannya sedikit Simpanan dalam bentuk kanji Terletak disisi sel Jarang bergerak Sel Haiwan Tidak mempunyai dinding sel Mempunyai bentuk yang berubah-ubah Tiada mempunyai Kloroplas Bersaiz kecil dan bilangannya banyak Simpanan dalam bentuk glikogen Terdapat di tengah sel Biasanya boleh bergerak

Bentuk Kloroplas Vakuol Bahan Simpanan

Nukleus Pergerakan

13

You might also like