You are on page 1of 10

PENGERUSI MAJLIS MAAL HIJRAH 1430H 28 DIS 2008 YANG DIHORMATI ________________________________ TIMBALAN _________________ YANG DIKASIHI ____________________

_ TUAN HAJI ______________________________

YANG DIHORMATI KETUA-KETUA__________________________________ YANG DIKASIHI DIF-DIF JEMPUTAN,TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN. BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH RAHMATNYA DAPAT KITA BERKUMPUL DAN BERJUMPA DALAM MAJLIS YANG MULIA INI SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430 HIJRIYYAH PERINGKAT _________________. YDH TUAN PUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN SECARA RINGKASNYA HIJRAH BERMAKSUD BERUBAH DARI SESUATU PERKARA YANG MUNGKAR KEPADA YANG MAARUF, BERUBAH SIKAP KEPADA YANG BAIK, BERUBAH KEPADA KETAATAN, KESETIAAN, KEPATUHAN, BERTANGGUNGJAWAB, BERTOLAK ANSUR, BERTIMBANGRASA, BERUBAH DARI SIFAT MAZMUMAH KEPADA SIFAT MAHMUDAH. HIJRAH PERLUKAN PENGORBANAN DARIPADA SESEORANG UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEPERIBADIAN YANG MULIA.

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1430 HIJRIAYYAH INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA KITA BANGKIT DAN BANGUN BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI AMALAN KITA SERTA MENGINSAFI DAN MENILAI KEMBALI SEGALA PERBUATAN YANG TELAH KITA LAKUKAN SELAMA INI. SAMA-SAMA KITA MENANAMKAN AZAM DAN ILTIZAM AGAR KITA DAPAT MENJADI INSAN YANG KAMIL SEBAGAI SEORANG MUSLIM. UNTUK MAKLUMAN YDH TUAN PUAN MAJLIS PADA PETANG INI AKAN DIMULAKAN DENGAN BACAAN YASIIN, TAHLIL DAN DOA AKHIR TAHUN 1429HIJRAH YANG AKAN DIPIMPIN OLEH AL-FADHIL TUAN HAJI______________________________. DIIKUTI DENGAN AZAN MAGHRIB. MUAZZIN PADA MALAM INI AL-FADHIL USTAZ _______________________________. SETERUSNYA BACAAN DOA AWAL TAHUN 1430 HIJRAH YANG AKAN DIPIMPIN OLEH AL-FADHIL TUAN HAJI ______________________________ . SELESAI BACAAN DOA AWAL TAHUN, SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH AKAN DIIMAMKAN OLEH ALFADHIL USTAZ ____________________________ . SELEPAS SOLAT MAGHRIB MAJLIS DITERUSKAN DENGAN CERAMAH AGAMA OLEH TUAN HAJI MOHD ___________________________________________ . SELESAI CERAMAH, SOLAT ISYAK BERJAMAAH AKAN DIIMAMKAN OLEH ALFADHIL ________________________________ . MAJLIS DENGAN HORMATNYANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN HAJI _________________________________ UNTUK MEMULAKAN MAJLIS BACAAN YASIIN. DIPERSILAKAN.

Teks Ucapan Pengacara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan


BERIKUT ADALAH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKERP KALI KE SEMBILAN YANG DIADAKAN PADA 23 JUN 2011 BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM..syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNYA dapat Kita Bersama-sama berhimpun dalam majlis yang indah ini. DiTatang-Tatang kiri ke kanan, DiSirat-Sirat DiSeret ke Depan. Selamat Datang Tuan Dan Puan, Ke Mesyuarat Bakerp kali ke-9.

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam kegemilangan, dan salam 1 Malaysia. Selamat Datang ke Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi ( Bakerp ) Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011. Yang Berusaha Puan Hajjah Norma Hj Mohd darus Pengarah perpustakaan Awam Negeri Perlis merangkap Penasihat Bakerp. Yang Dihormati Tuan Haji Muhammad Hj Harun, Yang Dipertua Bakerp. Yang Disanjungi Puan Machita Othman Pegawai Bahagian Maklumat Dan Pendokumentasian Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Barisan Ahli Jawatankuasa Bakerp seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati ALLAH sekalian. Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih Kepada Puan Hajjah Norma Kerana Sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita dan merasmikan mesyuarat agung Bakerp pada hari ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua ahli-ahli Bakerp yang dapat bersama pada mesyuarat agung pada hari ini. Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun unutk memimpin bacaan Doa. Di Persilakan Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun Diatas Bacaan Doa Itu tadi. Bentuk Intan Menggunakan acuan, Takut acuan Terbelah Dua. Untuk menyampaikan Ucapan Aluan, Di Jemput Tuan Yang DiPertua Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad Haji Harun Yang Dipertua Bakerp bagi menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala Hormatnya majlis mempersilakan. Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad Hj Harun diatas ucapan beliau tadi. Diharapkan segala nasihat yang disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita ahli-ahli Bakerp untuk memajukan lagi kelab kita ini di masa hadapan. Pergi menimba Telaga di Hulu, Tidakkan ikan melarat ke muara. Kini tibalah masa ditunggu, Ucapan Perasmian mesyuarat kita Dengan ini, majlis menjemput Puan Hajjah Norma Hj Mohd Darus, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis selaku Penasihat Bakerp bagi menyampaikan ucapan seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih diatas ucapan perasmian oleh Puan Pengarah itu tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita semua untuk bekerja lebih kuat demi masa depan kelab dan jabatan kita. Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah Pertandingan Boling Berpasukan Tertutup Panperlis. Untuk makluman pertandingan telah berlangsung pada 19 jun yang lalu, seramai 40 orang ahli bakerp yang dibahagikan kepada 10 kumpulan telah mengambil bahagian. Pertandingan diadakan di Perlis Bowl The Store kangar dari Jam 2-6 petang. Kami di Biro Sukan Bakerp mengucapkan Terima kasih kepada semua peserta diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan pengarah Yang turut sama hadir memberi sokongan kepada peserta. Sekali lagi Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad untuk Menjemput Puan Pengarah bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rujuk Senarai Keputusan Sebagai Cenderamata kenangan daripada Bakerp, Dipersilakan Tuan Haji Muhammad untuk menyampaikan cenderamata kepada puan pengarah. Terima Kasih diucapkan kepada Puan pengarah dan Tuan Haji Muhammad diatas Kesudian menyampaikan hadiah itu tadi. Maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Mesyuarat agung Bakerp kita kali ini, selepas ini kita akan ke sesi seterusnya iaitu mesyuarat agung bakerp kali ke -9 tahun 2011. Sebelum itu semua staff di minta ke bahagian depan, tempat parking e-pustaka untuk sesi bergambar. Selepas itu naik semula ke dewan untuk mula bermesyuarat. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Satgi kita jumpa lagi. Sekian terima Kasih..assalamualaikum w.b.t Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli jawatankuasa berada di meja hadapan. Untuk memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi mesyuarat, jadi saya buka untuk cadangan. Dalam mesyuarat jawatankuasa ada mencadangkan En Dahlan Ismail, tapi terpulang pada tuan-tuan untuk mencadangkan orang lain. Terima Kasih daun keladi, Tahun depan jumpa lagi.wasalam.

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR BUDAYA KERJA CEMERLANG GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009 DEWAN SMK SENAI, KULAI 25 JULAI 2009 1 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2 Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Johor Yang Dihormati En. Anuar bin Jais Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati En. Jais bin Sudin Guru Besar SK Senai selaku wakil Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Agama Islam Menengah dan Rendah Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad Penyelia Kanan Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman

Penyelia Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati Tn. Hj. Zakaria bin Omar Guru Penolong Kanan (HEM) SMK Senai selaku wakil kepada tuan rumah Yang Dihormati Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Agama Islam Menengah Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab Yang Dihormati Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Agama Islam Rendah dan Program j-QAF seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 barisan para pendidik; ustaz dan ustazah hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. 3 Selamat datang ke : Majlis Penutupan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam li Nadwati Saqafiatil `Amaliyatil Mumtazah li Asatidzit Tarbiyyatil Islamiyyah bi Kulai li Sanah Alfin wat Taasi`ah. 4 Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. 5 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ariffin bin Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ariffin bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi. 6 Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan hadirat sekalian, Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh guru Pendidikan Islam, Menengah dan Rendah, dan juga guru-guru bagi Program j-QAF di Daerah Kulai ini. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini; agar hasrat untuk melahirkan guru yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri mudarris, malahan mu`allim, mursyid, mu`addib dan murabbi. Indah mekar si bunga kiambang Mekar mewangi di taman larangan Seminar Budaya Kerja Cemerlang harapannya gemilang Melahirkan mudarris mumtaz lagi berketrampilan. 7 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara. Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan Tuan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 8 Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tuan. Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 9 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai tahun 2009, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Jais bin Sudin untuk mengiringi Yang Dihormati En. Anuar bin Jais untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya. 10 Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi. Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini. Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir ke halaqah ilmu; Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 dan memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, SMK Senai selaku tuan rumah, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, para pendidik yang terdiri daripada barisan ustaz dan ustazah, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati. 11 Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi. Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. 12 Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. 13

Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai. Anda mungkin juga meminati: Teks Pengacara Majlis - Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Per. Daerah Kulai Tahun 2009 Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 Teks Pengacara Majlis - Majlis Persaraan Guru Besar Teks Pengacara Majlis - Majlis Ucap Utama Sempena Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam

You might also like