You are on page 1of 8

ORTOFOTO

PENGENALAN Fotoudara, mozek dan ortofoto merupakan sebahagian daripada output fotogrametri. Ortofoto (unjuran ortografi) boleh dihasilkan daripada fotograf yang berunjuran perspektif melalui kaedah rektifikasi pembezaan (differential rectification) atau ortorektifikasi. Dalam kaedah rektifikasi pembezaan, anjakan imej yang disebabkan oleh kesengetan fotograf dan anjakan paramuka (relif) (relief displacement) dihilangkan atau dihapuskan. Foto rektifikasi o Dihasilkan dengan menghilangkan kesengetan foto dan skala berbeza dari satu titik ke titik yang lain disebabkan oleh anjakan paramuka iaitu kesan rupabumi yang tidak rata. Ortofoto

o Kesengetan foto dan anjakan paramuka dihilangkan dan skala adalah seragam diseluruh fotograf. Contoh ortofoto: Transmission line adalah bengkok di atas fotoudara tetapi ianya adalah lurus di atas ortofoto.

DEFINISI ORTOFOTO adalah fotograf yang menunjukkan imej objek dalam kedudukan ortografi sebenar dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan peta ATAU Salinan fotografi dari foto udara (berunjuran perspektif) di mana anjakan imej akibat dari kesan kesengetan kamera (foto) dan kesan relif rupabumi telah dihapuskan. PERBEZAAN DIANTARA OROTFOTO & PETA ORTOFOTO Terdiri daripada imej-imej objek Memberi gambaran rupabumi yang sebenar dan lengkap dengan segala butiran.
2

Tafsiran (intepretasi) butiran mudah dilakukan berdasarkan kepada imej-imej objek Penghasilan ortofoto dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

PETA Terdiri daripada simbol-simbol untuk menggambarkan ciri-ciri objek. Butiran-butiran yang terpilih sahaja dihasilkan dengan menggunakan simbol. Tafsiran boleh dilakukan tetapi memerlukan masa Penghasilan peta memakan masa yang lama

KAEDAH PEMINDAHAN MAKLUMAT Kaedah titik ke titik o Dapat menghasilkan ortofoto yang tepat dari kontek teori. o Kaedah ini tidak praktik kerana bilangan titik terlampau banyak, rumit & tidak menjimatkan kos.

Kaedah garis ke garis o Kaedah ini lebih baik dari kaedah titik kerana melibatkan pemindahan elemen yang lebih besar dari titik. o Elemen garis di atas satah foto ditransformkan ke atas satah ortofoto dengan menggunakan Transformasi Projektif 2D. Keedah kawasan ke kawasan o Elemen kawasan adalah berbentuk segiempat tepat o Elemen kawasan di satah foto ditransformkan kepada elemen kawasan ke satah ortofoto dengan Transformasi Projektif 2D. o Kaedah ini digunakan dalam alat-alat automatik yang menggunakan korelasi elektronik. o Kaedah ini mampu menghasilkan ortofoto dengan ketepatan yang tinggi.

KEMAJUAN PERALATAN ORTOFOTO 1903- Scheimpflug memperolehi paten untuk mengrektifikasi foto udara 1929- Lachman cuba pendekatan pertama untuk mengrektifikasi foto udara dalam bentuk jalur. 1933- Gallus-Ferber menguji rektifikasi pembezaan dengan menggunakan pemplot stereo. 1950- Russell Bean menghasilkan ortofoto dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai ortofotoskop. Peralatan fotogrametri dapat memberi perubahan kepada kaedah pemetaan konvensional. 1960an- Teknik ortofoto mula terkenal. 1970an-1980an- Pengeluaran pemplot analitik dan ortofoto boleh dihasilkan dengan peralatan ini. 1990an-kini Penggunaan fotogrametri digital di mana ortofoto dalam dihasilkan dalam masa yang singkat dan mempunyai ketepatan yang baik/tinggi.

KATEGORI PERALATAN ORTOFOTO ALAT UNJURAN OPTIK (analok) o Orthophotoscope, Scanortho Kelsh k-320, Wild PP08 & Wild Avioplan OR1 ALAT CETAKAN TIUB SINAR KATOD (analok) o Stereomat B8, & PhotoMapper Gestalt PEMPLOT ANALITIK o Zeiss Planicomp P3, Leica SD3000 & Kern DSR KAEDAH DIGITAL o Adam Technology Promap, OrthoEngine, Leica DPW 770 Digital Photogrammetric Workstation, Integraph Image Station, Digital Video Plotter, VirtuoZo, IMAGINE OrthoBase, Zeiss PHODIS ST digital stereo & Digital Desktop Photogrammetric System (DDPS).

Bagi kaedah digital, fotograf (salinan keras) ditukarkan kepada bentuk digital dengan menggunakan pengimbas (scanner). Perisian dan komputer digunakan untuk menghasilkan ortofoto digital dan dapat dihasilkan dalam masa yang pendek.
6

RALAT DALAM TEKNIK ORTOFOTO (Fotogrametri Lanjutan (Abdul Hamid Tahir, 1992; ms:212) Ralat imej (cth: herotan kanta, pembiasan atmosfera, kestabilan bahan, ralat pemprosesan). Ralat orientasi model (cth: orientasi dalam, relative dan absolut) Ralat unjuran pemplot stereo (sistem unjuran spt optikal, optikal-mekanikal) Ralat sistem (berpunca dari slit) Ralat pengimbasan (pengimbas perlu dikalibrasi) Ralat tranmisi data (data hilang berpunca dari format yang berbeza). Ralat herotan filem ( pengecutan atau pengembangan filem)

KELEBIHAN ORTOFOTO Mempunyai kualiti imej yang lebih baik daripada fotograf kerana imej bagi berbilang objek boleh dikenali.

Pengukuran langsung (contoh: sudut, jarak, luas dan koordinat) boleh dilakukan di atas ortofoto sama seperti peta kerana imej adalah bebas daripada seliseh planimetri. Boleh digunakan sebagai peta dasar untuk kerja-kerja lapangan, perancangan dsbnya. Berbagai ahli professional boleh gunakannya. Ortofoto (mempunyai maklumat planimetri) bertukar menjadi peta ortofoto dengan memindahkan kontur di atas ortofoto. Peta ortofoto boleh digunakan sebagai peta dasar (sama seperti peta konvensional) serta dapat dihasilkan dengan cepat dan murah berbanding dengan proses menghasilkan peta konvensional.

You might also like