P. 1
Mengkaji kepentingan sistem jaringan pengangkutan di bandar baru seri petaling

Mengkaji kepentingan sistem jaringan pengangkutan di bandar baru seri petaling

4.87

|Views: 19,488|Likes:
Published by sif_94
SMK Segambut Jaya!!!!!!!!!!
SMK Segambut Jaya!!!!!!!!!!

More info:

Published by: sif_94 on Oct 18, 2008
Copyright:Public Domain

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

10/18/2013

_______________________________________

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya iaitu Pn. Siti Rakiah Bt. Sheikh Zahari kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik bapa anda dan ibu saya Puan mak anda yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya kawan anda dan banyak lagi.Terima Kasih atas atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Baru Seri Petaling atas kerjasama yang telah pihak tuan puan berikan.

1–

_______________________________________
Nama saya Ahmad Nasif bin Sukri. Saya belajar di tingkatan 2 Aliran 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya,Segambut,Kuala Lumpur.Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 7 minggu.

Saya telah diberi tajuk Kepentingan Sistem Pengangkutan dalam Pembangunan di Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.Tarihk terakhir untuk menyiapkan folio ini adalah pada 1 Oktober 2008 bersamaan hari Rabu.Saya akan mencuba menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa.

-2–

_______________________________________
Sepanjang tempoh kerja kursus Geografi dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian akan dilakukan. Kajian-kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektifobjektif yang berikut:

a) Mengenal pasti dan mengetahui jenis-jenis jaringan sistem pengangkutan

yang terdapat dikawasan bandar Seri Petaling.
b) Mengenal pasti dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jenis-

jenis jaringan sistem pengangkutan di kawasan bandar Seri Petaling. c) Mengetahui dan menyenaraikan kepentingan jaringan sistem pengangkutan yang terdapat dikawasan bandar Seri Petaling.

Dapat dirumuskan bahawa melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di negara saya.

3–

______________________________________
A)BANDAR SERI PETALING
Seri Petaling merupakan antara kawasan petempatan yang utama di sekitar Bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Kedudukan kawasan perumahan ini terletak ke arah selatan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Bukit Jalil dan Sungai Besi.

Bandar Baru Seri Petaling dibangunkan sejak tahun 1981. Kawasan ini terdiri daripada ladang getah yang berbukit-bukau sebelum mengalami proses pembandaran. Pada abad 1900-an, tempat ini sering dikenali sebagai 'tempat pembuangan sampah' kerana timbunan sampah yang jarang diberi penjagaan rapi dan berbau busuk. Daereh ini lalu dimajukan menjadi taman permainan dan tempat letak kereta pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel.

Kepadatan penduduk meningkat pada akhir abad ke-18 apabila kawasan ini disambung dengan Salak Selatan dan Taman Gembira. Pembinaan Lebuh Raya KL~Shah Alam (Kesas Highway) pada tahun 1997 turut mendorong kepada pertambahan penduduk di Bandar Baru Sen Petaling. Selain itu, perkhidmatan LRT juga disediakan untuk memenuhi keperluan para penduduk. Jaringan sistem pengangkutan yang lengkap menggalakkan taburan penduduk yang tinggi.

-4-

Peletakan kawasan kajian (pandang darat fizikal):
Keseluruhan pandang darat fizikal Sen Petaling ialah deretan kawasan perumahan. Bandar Baru Seri Petaling berfungsi sebagai kawasan perniagaan dan perdagangan, perkhidmatan, pendidikan, serta pengangkutan dan perhubungan. Terdapat pelbagai jenis kedai dan restoran dapat dijumpai di sekitar kawasan ini. Kemudahan infrasuktur seperti masjid, pasar raya, hotel, sekolah dan Iain-lain turut disediakan untuk kesenangan penduduk. Tidak kurang juga kepada pasar pagi, pasar malam dan pusat hiburan yang dapat mengisi masa lapang penduduk bandar. Perkhidmatan jaringan sistem pengangkutan pula seperti stesen bas, teksi, LRT dan sebagainya yang memudahkan pergerakan penduduk setempat ke destinasi masing-masing.

Lokasi kawasan kajian:

Bandar Baru Seri Petaling terletak ke arah selatan dari Kuala Lumpur dan jaraknya kirakira 20 kilometer dari pusat bandar. Daerah ini terletak berhampiran dengan sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan negeri Selangor. Kedudukan Seri Petaling ialah 3° 3' 41" S, 101° 41' 13" T pada atlas. Sri Petaling juga dihubungkan dengan pelbagai taman yang lain, seperti Taman Gembira, Salak Selatan, Bukit Jalil, Sungai Besi dan Taman Overseas Union. Perjalanan dari Seri Petaling ke pusat bandar tanpa gangguan kesesakan lalu lintas hanya mengambil masa selama 15 minit. Biasanya, tambang bas yang dikenakan adalah sebanyak RM 2 sehari dan terhad di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Lebuh Raya KL-Shah Alam dan Lebuh Raya KL-Putra (lebuh raya terkini) dapat memendekkan masa perjalanan di samping mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

-5-

-6-

_______________________________________
Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan semasa menjalankan kajian untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar:

a) Pemerhatian

*Pemerhatian dibuat terhadap jenis-jenis jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di sekitar Seri Petaling. Saya telah membuat catatan dengan apa yang diperhatikan. *Saya juga memerhatikan kesan-kesan pembangunan jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar. Rekod dibuat untuk tujuan bandingan.

b) Bancian * Saya juga telah membuat bancian di Jalan Merah untuk mendapat statistik tentang bilangan dan jenis jenderaan yang melalui jalan itu pada jam 7 hingga 11 pagi. Maklumat ini telah membantu saya untuk melengkapkan kajian ini.

c)Rujukan * Saya telah merujuk kepada buku-buku dan bahan-bahan rujukan yang berkenaan.

* Rujukan juga saya buatkan atas maklumat-maklumat yang diberi oleh guru.

-7-

____________________________________
1) JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN Jenis-jenis jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Sri Petaling terdiri daripada jalan raya, lebuh raya, perkhidmatan bas, teksi dan transit ringan (light rail transit). Jalan raya seperti Jalan Radin dan Jalan Radin Anum merupakan tumpuan utama penduduk pada puncak masa kerana menghubungkan kawasan perumahan dan kedai-kedai. Jalan raya merupakan pengangkutan darat yang utama.

Lebuh raya KL-Shah Alam (Kesas Highway) merupakan lebuh raya ekspres pembandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Seri Petaling, Kuala Lumpur. Lebuh raya ini dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh raya Persekutuan (Federal Highway). Keselamatan penunggang motosikal terjamin dengan lorong motosikal yang disediakan. Selain itu, lebuh raya KLPutrajaya sepanjang 26km merupakan lebuh raya terkini yang menghubungkan antara Kampung Pandan dengan Putrajaya Link. Lebuh raya ini memendekkan masa perjalanan dari Seri Petaling ke Putrajaya.

Lebuh raya KL-Shah Alam

- 8-

Perkhidmatan LRT turut diperkenalkan menjelang tahun 1996. LRT dikendalikan oleh STAR (Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd.). Trek ini adalah sepanjang 27km yang mampu membawa penumpang ke pusat bandar. Bayaran dikenakan berdasarkan destinasi yang dituju.

Frame1

Stesen bas dan teksi banyak disediakan di kawasan perumahan dan sekolah untuk memudahkan para penduduk. Perkhidmatan bas biasanya dioperasi oleh RapidKL, Metrobus dan sebagainya. Pemandu teksi pula dikehendaki untuk menghantar penumpang mengikut destinasi masing-masing dengan teksi sewa atau teksi sendirian.

-9-

2) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

* Bentuk Muka Bumi -Kawasan tanah pamah di Seri Petaling memudahkan pembinaan jaringan sistem pengangkutan kerana bentuk muka buminya yang agak rata. Jalan raya seperti Jalan Wan Empok 1 merupakan jalan raya yang paling awal dibina untuk menghubungkan kawasan perumahan. Pembinaan lebuh raya yang datar dan lurus menjamin keselamatan pengguna. * Kegiatan ekonomi -Pusat bandar di Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pelancongan menggalakkan pembinaan lebuh raya untuk meningkatkan mobiliti. Lebuh raya KL-Putrajaya pula dibina untuk menghubungkan pusat pentadbiran yang paling moden di negara kita. Jalan raya di Seri Petaling memudahkan mereka yang mengendalikan urus niaga di sana. Kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Radin Anum dan Jalan Radin Tengah yang dikelilingi deretan kedai. * Dasar Pembangunan Negara (DPN)

-Pihak berkuasa berhak menentukan tapak pembinaan jaringan sistem pengangkutan supaya proses pembandaran berjalan dengan lancar dan mendatangkan faedah kepada semua. Semua projek pembinaan jalan raya, lebuh raya, perkhidmatan LRT dan sebagainya adalah di bawah rancangan kerajaan kita.

- 10 –

❖ Keselesaan pengguna Jaringan sistem pengangkutan yang lengkap dan canggih dapat memudahkan dan meningkatkan keselesaan masyarakat setempat. Pengguna dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping sampai ke destinasi masing-masing dalam keadaan yang selamat dan tepat pada masanya.

Saya sebagai penghuni Seri Petaling berasa amat bersyukur dengan kemudahan pengangkutan yang disediakan. Jaringan sistem pengangkutan ini banyak membantu dalam meningkatkan tahap ketersampaian ke pusat bandar dan seterusnya meninggikan taraf kehidupan masyarakat.

- 11 –

3) KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN ❖ Ketersampaian -Seri Petaling : Jaringan sistem pengangkutan banyak memanfaatkan penduduk dari segi mobaliti. Dengan menggunakan Lebuh raya KL-Putrajaya yang baru dibina, kita dapat memendekkan masa perjalanan. Perjalanan dari Seri Petaling ke Putrajaya dan Cyberjaya memakan masa sebanyak 20 minit sahaja manakala kita hanya memerlukan kira-kira 30 minit untuk sampai ke KLIA di Sepang. Selain itu, perkhidmatan LRT membawa kemudahan kepada masyarakat setempat terutamanya pekerja dan pelajar kerana masanya tetap dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

Jadual 1 Kepentingan jalan raya di Seri Petaling
Jenis kenderaan Bilangan

Kereta Bas Teksi Lori Basikal Trak

1032 8 22 36 12 4

Sumber: Bancian yang dijalankan di Jalan Radin, Seri dari pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi.

- 12 –

Carta Pai 1:Kepentingan jalan raya di Seri Petaling

❖ Perkembangan ekonomi

Jaringan sistem pengangkutan yang maju di Bandar Baru Seri Petaling telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di sini. Ekonomi di Bandar Baru Seri Petaling telah berkembang dengan pesat kerana wujudnya jaringan sistem pengangkutan yang efisyen dan memenuhi permintaan dan keperluan penduduk dan pengguna. Misalnya,

barang-barang perniagaan mudah di hantar ke Bandar Baru Seri Petaling kerana adanya lebuhraya, jalan raya dan lain-lain. Selain itu, pelanggan juga mudah untuk datang ke kedai dan juga dapat memudahkan urusan perniagaan.

- 13 –

❖ Peningkatan taraf hidup

Jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling juga penting untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Dengan jaringan sistem pengangkutan yang moden dan maju, sekaligus menyebabkan taraf hidup di Bandar Baru Seri Petaling meningkat. Terdapat banyak kawasan perumahan baru dibina di Bandar Baru Seri Petaling seperti flat, apartment, kondominium, rumah teres dan sebagainya. Dengan jaringan sistem pengangkutan yang maju, ramai penduduk memilih Bandar Baru Seri Petaling sebagai tempat tinggal. Pertambahan penduduk di Bandar Baru Seri Petaling juga memberi kesan dalam peningkatan taraf hidup di sini.

❖ Keselesaan pengguna.

Jaringan pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling juga penting untuk keselesaan pengguna dan penduduk. Dengan sistem jaringan pengangkutan yang maju, penduduk and pengguna dapat menikmati keselesaan menggunakan jenis pengangutan yang disediakan. Contohnya, beberapa lebuhraya baru telahpun dibina sebagai laluan

alternatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga menjimatkan masa pengguna dan penduduk setempat.

❖ Memajukan aktiviti pelancongan

Di Bandar Baru Seri Petaling terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong dan pelawat. Misalnya seperti Restoran Al-Diafah yang sering di kunjungi

- 14 –

pelancong terutamanya pelancong dari Arab, Pakistan dan lain-lain. Pelancong dan pelawat mudah untuk datang ke Bandar Baru Seri Petaling kerana jaringan sistem pengangkutan yang efisyen dan pelbagai. Justeru, jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling juga merupakan faktor penting untuk memajukan sektor pelancongan.

Pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling lebih tertumpu kepada pengangkutan penumpang seperti transit aliran ringan (LRT). Ini dapat dibandingkan dengan Negara Singapura yang menggunakan pengangkutan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) yang juga mengguankannya untuk mengangkut penumpang. Jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling mempunyai dariab ketersampaian yang tinggi adalah kerana, terdapat lebuhraya seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan Lebuhraya Shah Alam yang melalui Bandar Baru Seri Petaling. Di Singapura pula, Lebuhraya Ayer Rajah juga dibina untuk meningkatkan darjah ketersampaian iaitu dari barat Lebuhraya Taman Pantai Timur ke Tuas dan hingga ke Malaysia.

Saya amat bersyukur dan berbangga dengan adanya sistem jaringan pengangkutan yang baik di Bandar Baru Seri Petaling telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

- 15 –
4) Kesan-kesan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling dan di Singapura.

Peta minda 1 : Kesan positif dan negatif ke atas jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling.

Kesan-kesan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling.

Kesan negatif • • • • Meningkatkan kemalangan. Mencemarkan alam sekitar. Kepupusan flora dan fauna. Tanah runtuh.

Kesan positif • • • • . Mengurangkan kesesakan lalulintas. Menjimatkan masa Wujud landskap yang menarik Memudahkan pergerakan pengguna

Jaringan sistem pengangkutan yang maju di Bandar Baru Seri Petaling memberi pelbagai kesan. Terdapat kesan positif dan juga kesan negatif. Antara kesan positifnya ialah, jaringan sistem pengangkutan yang maju dapat mengurangkan kesesakan lalulintas yang kini sering berlaku. Lebuhraya yang baru dibina dapat menjadi alternatif kepada pengguna untuk mengelakkan diri daripada kesesakan

- 16 –

lalulintas dan juga dari terperangkap dalam banjir. Selain itu, jaringan sistem pengangkutan yang maju juga dapat menjimatkan masa pengguna dan memendekkan

perjalanan. Di samping itu, pembinaan lebuhraya yang bertingkat juga menyebabkan wujudnya landskap yang menarik. Pergerakan pengguna juga lebih mudah kerana adanya pelbagai jenis pengangkutan dan juga darjah ketersampaian yang tinggi.

Terdapat juga kesan-kesan yang negatif daripada kemajuan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Serf Petaling. Antaranya ialah pencemaran yang meningkat. Ini adalah kerana, dengan adanya jaringan sistem pengangkutan yang maju, kenderaan bermotor di jalan raya akan meningkat. Justeru, pencemaran udara akan bertambah. Selain itu, kemalangan juga semakin meningkat kesan daripada pengguna yang menyalahgunakan lebuhraya yang dibina untuk berlumba-lumba tanpa memperdulikan undang-undang. Oleh itu, kemalangan-kemalangan ngeri kini sering berlaku di lebuh raya yang baru dibina. Seterusnya, flora dan fauna juga mengalami kepupusan. Perkara ini berlaku kerana, apabila lebuhraya dan jalan raya baru dibina, pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan perlulah di tebang. Justeru, kepupusan flora dan fauna akan berleluasa. Selain itu, apabila pupusnya flora dan fauna, tanah runtuh juga akan berlaku kerana apabila turunnya hujan, tumbuhan dan pokok tidak dapat menadah air hujan dan ia akan diserap oleh tanah dan akan menyebabkan tanah runtuh.

Kesan positif yang utama daripada kemajuan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling adalah, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

- 17 –

Jaringan sistem pengangkutan yang maju di Bandar Baru Seri Petaling yang semakin juga menyebabkan timbulnya kesan negatif iaitu pencemaran terutamanya pencemaran udara.

Saya berasa bangga kerana sistem jaringan pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling banyak memberi kesan yang positif kepada pengguna dan penduduk setempat.

- 18 –

5) Langkah-Iangkah penyelesaian masalah-masalah di Bandar Baru Seri

Petaling

Peta minda 2 : Langkah untuk mengatasi kesan negatif di Bandar Baru Seri Petaling.

Mengadakan kempen kesedaran

- 19 –

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kesan negatif ialah dengan mengadakan kempen kesedaran. Melalui kempen ini, pengguna akan sedar tentang kepentingan alam sekitar dan juga cara-cara untuk memulihkannya. Selain itu, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga patut dilakukan secara meluas. Dengan ini, pencemaran udara sudah tentu dapat dikurangkan. Seterusnya, Kerajaan patut menggalakkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan transit aliran ringan (LRT). Jika ini dapat dilakukan, kadar pencemaran dan kesesakan lalu lintas akan berkurangan. Di samping itu, Kerajaan seharusnya memastikan perancangang yang teliti telahpun dibuat sebelum membina sistem pengangkutan agar ia tidak memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Di Bandar Baru Seri Petaling, lebih kurang 50% daripada penduduknya menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja, pusat membeli-belahdan sebagainya. Ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan untuk mengurangkan pencemaran. Selain itu, pengguna kenderaan di Malaysia digalakkan untuk menggunakan pentroleum tanpa plumbun. Pengguna tanpa plumbun ini akan dapat mengurangkan asap yang akan keluar daripada ekzos kenderaan bermotor dan dengan ini akan mengurangkan pencemaran udara. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil inisiatif untuk mengatasi kesan-kesan negatif di Bandar Baru Seri Petaling.

- 20 –

_______________________________________
Setelah menyiapkan projek ini, saya memperolehi banyak maklumat tentang sistem pengangkutan yang ada di Bandar Baru Seri Petaling. Antaranya ialah lebuh raya, jalan raya, landasan kereta api dan lorong-lorong kecil. Selain itu, saya juga mendapati bahawa jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi, dasar governan dan kemajuan teknologi.

Saya juga dapat mengetahui tentang kepentingan jaringan sistem pengangkutan kepada penduduk dan pembangunan ekonomi Bandar baru Seri Petaling. Jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Seri Petaling amat penting untuk perkembangan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan keselesaan pengguna. Di samping itu, jaringan sistem pengangkutan juga adalah penting untuk kemajuan sektor pelancongan.

Dengan adanya sistem jaringan pengangkutan yang maju, terdapat pelbagai kesan yang akan berlaku. Kesan-kesan ini terbahagi kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negatif. Antara kesan positif yang saya dapati ialah pengurangan kesesakan lalu lintas dan juga penjimatan masa perjalanan. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif yang tidak dapat dielakkan seperti peningkatan kes kemalangan jalan raya dan pencemaran. Seterusnya, alam sekitar juga akan terancam kerana pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan akan ditebang untuk pembinaan sistem jaringan pengangkutan seperti lebuhraya.

- 21 –

Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada Kerajaan kerana membina jaringan sistem pengangkutan yang maju di Bandar Baru Seri Petaling khususnya untuk kemudahan penduduk setempat. Saya juga yakin seluruh rakyat Malaysia menghargai usaha-usaha Kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan yang maju dan moden di negara ini untuk keselesaan penduduk.

- 22 –

_______________________________________

Laluan LRT

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->