You are on page 1of 22

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

TAJUK 1

LITERASI MAKLUMAT

Definisi Kemahiran maklumat dikenali sebagai literasi maklumat ( information literacy ). Literasi maklumat boleh didefinisi secara amnya sebagai kemahiran perpustakaan (library skill), kemahiran berkomunikasi (communication skill), kemahiran belajar (study skill), kemahiran membaca (reading skill), kemahiran penyelidikan (research skill) dan kemahiran penyampaian (presentation skill). Literasi maklumat juga merupakan kemahiran mendapatkan maklumat data yang telah disusun mengikut tertib yang berguna sama ada menggunakaan komputer atau secara manual. Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi. Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia untuk digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang. Tujuan Dalam zaman ledakan maklumat, kemahiran mendapat dan menggunakan maklumat merupakan ciri utama yang membezakan seseorang itu berpelajaran dan berpendidikan. Seseorang yang bergelar profesional seharusnya mahir dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Tanpa kemahiran maklumat ia tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan betul, juga tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dengan bijak. Secara ringkasnya literasi maklumat bertujuan untuk: Membolehkan seseorang individu berperanan dengan baik dan berkesan terutama dalam era teknologi. Membolehkan individu memahami keupayaan dan kelemahan diri. Membolehkan komputer digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, agensi kerajaan, konferens, media, laporan penyelidikan dan pangkalan data elektronik.

Sumber maklumat ialah bahan atau terbitan yang digunakan bagi mendapatkan maklumat tertentu. Ada sumber maklumat yang memberi maklumat yang berbentuk menunjuk arah iaitu memberi panduan kepada pengguna supaya menggunakan sumber lain jika mereka mahukan maklumat yang lebih lengkap atau terperinci. Contohnya bibliografi, senarai perolehan, katalog pusat sumber, indeks dan abstraks. Ada juga sumber maklumat yang berbentuk punca

26

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

iaitu sumber ini mempunyai maklumat sebenar yang diingini pengguna seperti buku, kamus, ensklipodia dan kertas kerja persidangan.

Latihan Dengan ringkas nyatakan tujuan kemahiran literasi maklumat dipelajari di sekolah Jawapan :

Perbezaan antara data, maklumat , ilmu pengetahuan dan hikmah Data Data adalah nombor, abjad dan teks, grafik, bunyi dan video. Ia adalah sumber mentah yang tidak membawa makna dan tidak membantu dalam membuat keputusan. P. Sellapan Data ialah fakta dan nombor yang lazimnya tidak membawa sebarang makna. Contohnya data mungkin terdiri dari berapakah bilangan jam seorang pekerja bekerja dalam sebulan. Raymond McLeod JR Berdasarkan definisi data yang diberi dapatlah disimpulkan bahawa data merupakan bahan mentah yang tidak membawa sebarang makna yang telah dikumpulkan untuk tujuan membuat analisis atau kesimpulan. Contohnya data mengenai markah peperiksaan murid mengikut gred yang telah ditetapkan. Maklumat Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi. Raymond McLeod JR

27

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang. Raymond McLeod JR Pengetahuan Ilmu mempunyai fakta serta teori yang dapat memahami keadaan dan boleh menyelesaikan masalah, yang mana dapat membantu kita memahami, menerang, mengenal, menjangka dan menangani sesuatu masalah atau siatuasi. Ilmu merupakan satu tanggapan yang mudah atau paling kompleks tentang sesuatu perkara dan akan disokong jika mempunyai bukti yang kukuh hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Ilmu sentiasa berkembang hasil daripada penemuan fakta, imiginasi dan pengalaman baru. Pengetahuan merupakan maklumat, kemahiran dan sikap diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, pendengan, pengajaran dan pembelajaran dan sebaginya dan digunakan secara berterusan. Hikmah Segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang boleh membawa pengetahuan dan faedah.

Latihan Berikan perbezaan antara data, maklumat, ilmu pengetahuan dan hikmah. Jawapan :

28

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Kepentingan Literasi Maklumat Menjadikan manusia mengetahui cara mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Menjadikan seseorang individu bertambah maju Menjadikan seseorang individu mengetahui atau mengenali multimedia dan kelebihannya dalam kehidupan. Dapat membimbing generasi ke arah haluan teknologi untuk membentuk generasi baru yang bermaklumat.

Literasi Komputer Memandangkan komputer akan menjadi sangat penting, maka kefahaman dalam bidang ini adalah sangat penting bagi semua orang, mungkin sama pentingnya dengan kebolehan untuk membaca atau menulis. Malah beberapa negara telah menyatakaan bahawa literasi komputer sebagai M yang keempat tambahan kepada Membaca,Menulis dan Mengira. Tidak ada definisi yang jelas untuk literasi komputer. Definisi bergantung kepada individu dan juga penggunaanya. Literasi membawa maksud kebolehan untuk membaca dan menulis. Ia diertikan sebagai mempunyai kaitan dengan bahasa, tetapi bukan setakat mengetahui bahawa dihasilkan daripada perkataan dapat mengenal sesuatu huruf atau sedar akan peranan bahasa di dalam sesebuah masyarakat. Istilah literasi komputer ini hampir sama bagi kebanyakkan orang tetapi definisinya berbeza. Ia boleh membawa makna dari kebolehan bermain permainan komputer kepada kemahiran pemprogramkan dan pengendalian sesebuah komputer. Komponen Literasi Maklumat Komponen literasi maklumat dikaitkan dengan kemahiran perpustakaandalam usaha mengesan maklumat dengan berkesan dalam pusat sumber. Untuk menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan seseorang pengguna perlu mengetahui bagaimana buku dan bukan buku dikelaskan dan disusun supaya pengesanan mudah dilakukan. Selain itu pengguna juga perlu mengetahui jenis bahan rujukan asas yang terdapat dalam pusat sumber dan cara menggunakannya. Antara kemahiran perpustakaan ialah: a. b. c. d. Mengetahui lokasi atau bahan maklumat Mengenali jenis bahan dan maklumat Mengetahui susunan maklumat samada buku atau bukan buku. Menggunakan katalog

29

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

a. Lokasi Bahan dan Maklumat Terdapat pelbagai cara susunan lokasi bahan atau maklumat bergantung kepada pengurusan atau saiz pusat sumber. Secara amnya susunan lokasi bahan atau maklumat adlah hampir sama bagi setiap pusat sumber.

Bahan Buku Surat khabar dan majalah Alatan audio visual Bahan 2D dan 3 D Komputer

Lokasi Rak buku Rak surat khabar, rak majalah Bilik audio visual Bilik bahan 2D dan 3 D Makmal komputer

b. Kenali jenis bahan / maklumat Bahan-bahan rujukan pusat sumber boleh diklaskan seperti berikut: i.Bahan Rujukan Asas Buku rujukan Atlas Ensiklopedia Kamus

ii.Makalah/terbitan berkala Majalah Jurnal iii.Tesis iv.Bahan bukan buku Carta Poster Slaid Transperansi Pita Video Filem Kaset Peta Kad imbasan
30

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

CD ROM VCD v.Kit - Satu set bahan rujukan bukan buku, visual, audio dan audio visual c. Susunan Maklumat ( buku dan bukan buku ) Buku Secara amnya buku-buku di susun pada rak yang sama berdasarkan perkara atau subjek, contoh Agama, Sains, Matematik, Bahasa. Seterusnya susunan yang sistematik dilakukan mengikut nombor panggilan yang berturutan di atas rak . Contoh: Buku yang mempunyai nombor panggilan 621.38 disusun selepas nombor 621.37

621.37

621.38 621.387

Rajah 4.1 : Susuan Buku Nombor panggilan dikelaskan pada 10 kelas dan diberikan angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 mengikut disiplin utama dan kumpulan disiplin yang berkaitan. Berikut adalah 10 kelas utama berdasarkan sistem pengkelasan perpuluhan Dewey dengan nama khas masingmasing .

31

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

0123456789-

KARYA AM FALSAFAH DAN DISIPLIN YANG BERSANGKUTAN AGAMA SAINS KEMASYARAKATAN BAHASA SAINS TULEN TEKNOLOGI (SAINS GUNAAN) KESENIAN DAN REKREASI KESUSASTERAAN GEOGRAFI, SEJARAH AM DAN BIOGRAFI

Penyusunan bahan-bahan di atas rak adalah mengikut nombor pengkelasan bermula dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Bahan Bukan Buku Bagi bahan bukan buku pula penyusunan maklumat ataupun bahan adalah sama seperti yang digunakan untuk bahan buku. Huruf singkatan ditulis di hadapan nombor pengkelasan untuk menentukan keadaan fizikal bahan tersebut. Contoh: Bahan slaid berkenaan perlayaraqn bot dikelaskan dengan S797

Singkatan F FJ G GF K KM M MF P PS PK PV R S

Bahan Filem Filem Jalur Gambar Grafik Kit Kamera Model Mikrofon Peta Poster Pita Kaset Pita Video Rekod Slaid

32

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

d. Katalog Katalog merupakan maklumat bibliografi mengnai sesebuah bahan yang terdapat dalam pusat sumber. Ianya membantu pengguna mencari maklumat dengan cepat dn berkesan. Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber. Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari bahan/maklumat. Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer komputer (OPAC). Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad perkara. Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat. Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna membuat rujukan. Kemahiran Mengesan Maklumat Menggunakan bahan buku, rujukan umum dan khusus Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar.

Bahan rujukan asas terbahagi kepada dua: a. Bahan rujukan umum I Kamus Ensiklopedia Kamus Biografi Almanak / Buku Tahunan Direktori Gazetir

b. Bahan rujukan khusus Bibliografi Indeks Abstraks


33

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Katalog b. Bahan rujukan umum i. Kamus Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya. ii. Ensiklopedia Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.

iii. Kamus Biografi Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)

34

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

iv. Almanak / Buku Tahunan Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan Readers Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook. v. Direktori Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (affiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lainlain data mengenai organisasi. Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres. vi. Gazetir Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat. Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World. c. Bahan Rujukan Khusus

i. Bibliografi Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang,

35

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karyakarya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku. ii. Indeks Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari. Indeks untuk bahan berkala terdiri daripada: Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus) Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen. Indeks surat khabar Indeks Serials Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain. Indeks online: CD ROM iii. Buku Laporan Tahunan Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia iv. Buku Panduan / Direktori Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai, tmpat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas. v. Peta / Atlas

36

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapti dalam ensklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya. c. Bahan Pandang Dengar ( Audio Visual ) Bahan-bahan bukan bercetak merupakan peralatan yang terdiri daripada : Bahan-bahan bukan tayangan iaitu papan tulis, papan flannel, carta dinding, papan pamer dan lain-lain Bahan-bahan pendengaran, radio kaset dan sebaginya Bahan-bahan tayang dan dengar seperti television, projektor filem dan lain-lain. Software iaitu slaid, video, cakera dan lain-lain. Bahan tiga dimensi (3D) seperti globe, model, permainan dan lain-lain.

Latihan Anda ingin mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Senaraikan tiga langkah kemahiran perpustakaan yang boleh anda gunakan sewaktu mencari maklumat di pusat sumber. Jawapan :

37

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

TAJUK 2

PENGENALAN PUSAT SUMBER DAN AGENSI MAKLUMAT

Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu Sumber manusia Sumber bukan manusia Sumber Pengajaran

Sumber bukan manusia

Sumber Manusia

Bahan Cetak

Guru-guru

Bahan Audio

Rakan Sebaya

Bahan Tayang

Pelajar

Bahan Bukan Tayang

Pakar-pakar dalam bidang tertentu

Sistem Video Diletakkan di dalam satu tempat untuk memudahkan pengurusan dan penggunaan

PUSAT SUMBER Rajah 1.1 : Sumber Pengajaran Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin perjalanan sesuatu sektor itu lancar dan mengikut garis panduan yang telah dirangka berdasarkan kehendak negara. Dasar negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan maklumat (DNPPM) telah diluluskan oleh

38

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

kerajaan pada bulan Jun 1989. Bagi pelaksanaan dasar tersebut pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai penyelaras. Terdapat pelbagai jenis pusat sumber seperti pusat sumber sekolah, pusat kegiatan guru, pusat sumber pendidikan negeri dan lain-lain. Namun begitu fungsinya tetap sama, hanya penggunanya yang berbeza, contohnya perpustakaan akademik memberi perkhidmatan kepada komuniti akademik seperti tenaga pengajar, para siswa dan penyelidik di institut pengajian tinggi. Manakala Perpustakaan Negara pula memberi perkhidmatan kepada parlimen, kementerian dan jabatan kerajaan sementara perpustakaan awam menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. a. Pusat sumber sekolah Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Objektif Pusat Sumber Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanuya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaaan makljmat secara sistematis. Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

b. Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pusat Kegiatan Guru adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsfah Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan professional untuk guruguru dan masyarakat setempat.

39

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Objektif Pusat Kegiatan Guru. 1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen. 2. Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesionalk pendidikan khususnya dalam kenopen ke sekolah-sekolah. 3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS). 4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah. 5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat. c. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang bertujuan untuk mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat sumber dan juga sebagai pusat kegiatan guru. Oleh itu dari segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-pakar atau kakitangan sumber kesemuanya sama-sama mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk kebendaan dan bukan kebendaan) mengguna dapatan-dapatan penyelidikan, dan menyedia atau menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi kecekapan ikhtisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan myang semakin bertambah (BPPP, 1980). Satu lagi konsep yang berkaitan dengan konsep di atas ialah PSPN merupakan sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh guru, di mana daya usaha diberikan kepada guru. Di mana dan bila masa yang boleh, munasabah dan berpatutan, guru-guru akan diberi kesempatan mencadang, membina dan mengepalai aktivit-aktiviti ikhtisas seperti menjalankan kursus dalam perkhidmatan dan seumpamanya (BPPP, 1980). Sebagai pusat sumber, PSPN dapat menyediakan bahan, peralatan dan perkhidmatan media untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Objektif Pusat Sumber Pendidikan Negeri i. ii. iii. iv. Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah. Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi, projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat di sekolah. Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

40

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

v.

Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber. d. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebarang Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio pendidikan, perkhidmatan alat pandang dengar, dan perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan bertukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber. Dalam tahun 1996, struktur Bahagian Teknologi Pendidikan diperluaskan lagi apabila Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung, Bahagian Teknologi Pendidikan di Sabah dan Sarawak, dan Pusat Kegiatan Guru diletakkan di bawah pentadbiran BTP. Ini diikuti dengan Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari dalam tahun 2000. Perkembangan BTP, sejak awal pewujudannya sehingga ke hari ini, adalah sejajar dengan keperluan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara dan juga perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada hari ini, BTP diberi tanggungjawab mempertingkatkan dan memperluas aplikasi teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan i. ii. iii. iv. v. vi. Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. Memberi khidmat bantuan yang boileh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar Bandar. Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan. Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam system pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media teknologi. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan media teknologi pendidikan secara berkesan. Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa. Jenis-jenis Perpustakaan Perpustakaan Akademik Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.

e.

41

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, maktab-maktab perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolejkolej swasta Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan elektronik. Objektif Perpustakaan Akademik Objektif perpustakaan akademik adalah seperti berikut: Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat Perpustakaan Khas Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk. Perpustakaan Khas juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat rujukan Objektif Perpustakaan Khas Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah meningkatkan serta mengukuhkan pembangan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama. Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama. Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama. Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan separa professional Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat perundingan. Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

Perpustakaan Awam Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan semua masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca dan

42

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik. Objektif Perpustakaan Awam. Antara objektif penubuhan perpustakaan ialah: Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT. Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen. Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.

Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu dalam memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya menjelang alaf baru. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan. Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya. Dan peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya.

Objektif Perpustakaan Negara Malaysia


Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan; Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Latihan

43

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Sekarang anda layari internet dan dapatkan maklumat-maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan yang dinyatakan dalam modul ini.

TAJUK 3

PUSAT SUMBER ELEKTRONIK ( PSE )

Pusat sumber elektronik ialah satu pangkalan data yang menyimpan semua maklumat digital dan bolah dicapai melelui peranti pengguna dalam persekitaran pelanggan. Objektif Pusat Sumber Elektronik Di antara objektif PSE ialah: Menyokong dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran; meningkatkan kemahiran memilih, mengesan dan juga menilai keberkesanan penggunaan pelbagai jenis media; memberi maklumat mengenai pusat sumber pengajaran dan pembelajaran; mengekalkan perhubungan dua hala iaitu di antara pusat sumber dan juga sumber maklumat yang lain; menyediakan kemudahan bagi menentukan akses media tersebut.

TAJUK 4

JENIS-JENIS SUMBER MAKLUMAT

Definisi Sumber Satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan pembelajaran seseorang pelajar Sumber terbahagi kepada : a. Sumber primer b. Sumber sekunder c. Sumber tertier a. Sumber primer Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding. b. Sumber sekunder
44

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari. c. Sumber tertier Dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.

TAJUK 5

SUMBER MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS )

Pusat sumber sekolah mengandungi pelbagai jenis koleksi sumber dan bentuk maklumat. Ianya boleh dikelaskan seperti berikut: a. Bahan cetak Koleksi bahan-bahan bercetak lebih banyak diletakkan dalam pusat sumber sekolah. Bahan-bahan bercetak termasuklah buku-buku, terbitan berkala dan majalah. Bahanbahan tersebut dikategorikan buku fiksyen, buku bukan fiksyen, buku rujukan dan fail tegak. Buku fiksyen - adalah buku-buku cerita, novel, cerpen dll. Buku bukan fiksyen - buku bukan fiksyen bagi setiap subjek merupakan rujukan utama dalam proses pembelajaran para pelajar. Buku jenis ini mengandungi maklumat-maklumat tertentu seperti maklumat asas, maklumat pendahuluan dan maklumat berkaitan isi kandungan. Buku rujukan - bahan rujukan terdiri daripada bahan rujukan am ( ensiklopedia, kamus, buku panduan, buku laporan, buku rasmi tahunan, atlas, biografi, biblografi, indeks, buku panduan pelancongan, dokumen Kerajaan dan buku tahunan statistik. Bahan rujukan khas - mengandungi keratan akhbar, fail tegak, Brosur, iklan, majalah, akhbar, modul, panduan kurikulum, kertas seminar dan gambar foto. Sumber maklumat Pusat Sumber Sekolah Pusat sumber sekolah mengandungi pelbagai jenis koleksi sumber dan bentuk maklumat. Ianya boleh dikelaskan seperti berikut:
45

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

b. Bahan cetak Koleksi bahan-bahan bercetak lebih banyak diletakkan dalam pusat sumber sekolah. Bahan-bahan bercetak termasuklah buku-buku, terbitan berkala dan majalah. Bahanbahan tersebut dikategorikan buku fiksyen, buku bukan fiksyen, buku rujukan dan fail tegak. Buku fiksyen - adalah buku-buku cerita, novel, cerpen dll. Buku bukan fiksyen - buku bukan fiksyen bagi setiap subjek merupakan rujukan utama dalam proses pembelajaran para pelajar. Buku jenis ini mengandungi maklumat-maklumat tertentu seperti maklumat asas, maklumat pendahuluan dan maklumat berkaitan isi kandungan. Buku rujukan - bahan rujukan terdiri daripada bahan rujukan am ( ensiklopedia, kamus, buku panduan, buku laporan, buku rasmi tahunan, atlas, biografi, biblografi, indeks, buku panduan pelancongan, dokumen Kerajaan dan buku tahunan statistik. Bahan rujukan khas - mengandungi keratan akhbar, fail tegak, Brosur, iklan, majalah, akhbar, modul, panduan kurikulum, kertas seminar dan gambar foto. c. Bahan bukan cetak Bahan-bahan bukan bercetak adalah peralatan yang terdiri daripada: i. ii. iii. iv. v. bahan-bahan bukan tayang carta,papan tulis, papan flannel dll; bahan-bahan pendengaran ( audio ) radio, kaset dll; bahan-bahan tayang dan dengar ( audio-visual ) - televisyen, projektor filem dll; software - filem slaid, video, cakera dll; bahan tiga dimensi (3D) - globe, model, diorama, akuarium, mockup,terrarium, specis dll.

c. Bahan elektronik - merangkumi cd, vcd, kaset dan internet.

46

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

47

You might also like