You are on page 1of 9

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

TAJUK 3

MEDIA UNJURAN

Cuba anda fikirkan Bagi menguji kefahaman anda, senaraikan alat bahan tayangan yang anda pernah lihat.

Definisi bahan tayangan Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatanperalatan elektrik yang lazim terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

Projektor 16 mm Projektor legap Projektor Lutsinar Projektor Slaid

Jenis-jenis projektor i. Projektor 16 mm Projektor 16 mm ini digunakan untuk filem bergerak. Filem bergerak telah digunakan sebelum zaman perang dunia ke dua sebagai alat bantu mengajar di sekolah-sekolah. Semasa filem ditayangkan, gambar akan kelihatan dan suara akan dapat didenngar kerana projektor dapat mengeluarkan gambar dan suara secara serentak. ii. Projektor Slaid Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi sliad ( pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

Rajah 3.1 : Projektor Slaid Sumber : Razali Nor (1996) iii. Projektor legap Projekter legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar , gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Rajah 3.2 : Projektor Legap Sumber : Safian Abd. Rashid (2000)

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

iv.

Projektor lutsinar Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara meliat dan mendengar.

v.

Projektor LCD

Rajah 3.3 :Projektor Lutsinar Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992) Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar) a. b. Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagian-bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain. Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak seTajuk kelembapan pada tangan. Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel. Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin. Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah ATL. Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

c. d. e. f.

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang Skrin tidak berkilat Mendapat sedikit cahaya Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone) Tegangkan skrin Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua pelajar. Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai. Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

Teknik penghasilan transperansi a. Tulis terus (write-on) Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton. b. Bertingkap Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkaptingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

Rajah 3.4 : Teknik Bertingkap Sumber : Razali Nor (1996) c. Berjalur Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi. d. Bertindih (berlapis) Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.

Rajah 3.5 :Teknik Bertingkap Sumber : Razali Nor (1996) e. Pusingan Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah. f. Animasi

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.

Jenis lutsinar a. Tulis terus ( write- on) i. ii. iii. iv. b. Diperbuat daripada acetate dan polyester Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08 mm, 0.1 mm dan 0.12 mm. Untuk kegunaan am transperansi setebal 0.1 mm biasa digunakan. Transperansi mempunyai dua saiz iaitu 260 mm x 260 mm dan DIN A4 ( 210 mm x 297 mm) Menggunakan pena berasaskan air atau pena berasaskan spirit.

Thermal (infra-merah) i. ii. Diproses dengan mesin Transperancy Maker Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On Clear ( imej hitam latarbelakang jernih.), Black On Colour (Imej hitam latarbelakang warna), Colour On Clear ( Imej berwarna latarbelakang jernih) Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratan akhbar, pensil 2B, bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari laser printer berasaskan debu. Panduan menyediakan transperansi thermal seperti berikut: i. Putarkan tombol laras kepada antara nombor 3 hingga 6 supaya ganbar yang dihasilkan akan jelas. Letakkan bahan dasar di bawah transperansi thermal di mana bahagian takukan dipenjuru atas kanan di sebelah atas.

iii. iv.

ii.

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

iii.

Masukkan bahan dasar dan thermal ke dalam mesin Transperancy maker dan biarkan mesin tersebut menyedut bahan sehingga imej dari bahan dasar dipindahkan ke trnsperansi.

Rajah 3.6 : Proses Thermal (Insfra-merah) Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

c.

Fotokopi i. ii. iii. Diproses dengan menggunakan mesin fotostat ( plain paper copier) Bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan trnsperansi dimasukkan ke dalam dulang ketas seperti membuat fotostat. Gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih.

d.

Ink-jet Film Ink-jet Film boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink-jet seperti printer Canon, Epson. Bahan dasar boleh disediakan dengan menggunakan komputer dan arahan menyalin sepertimana anda membuat penyalin di atas kertas.

Prinsip penghasilan transperansi i. ii. Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerjakerja membuat lutsinar dengan peralatan yang sedia ada. Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

iii. iv. ii. iii. iv. v. x.

Tentukan Format persembahan. Format memanjang atau menegak. Elakkan daripada mencampur adukkan format. Pastikan setiap ciptaan ( grafik, pernyataan) berada dalam 2 cm daripada tepi bahan lutsinar. Kejelasan huruf bergantung kepada jenis, saiz, jarak antara huruf dan jarak antara baris. Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jarak tayangan. Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk. Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transperansi. Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.

Latihan Hasilkan empat teknik transperansi berdasarkan prinsip grafik yang anda pelajari. Anda juga dicadangkan membina transperansi berdasar tiga jenis yang anda pelajari. Bincangkan teknik dalam tutorial. Jawapan : Rumusan Apa yang anda pelajari diharap dapat membantu anda dalam membina bahan bantu mengajar dan seterusnya mendedahkan anda dengan pengetahuan asas grafik dan memberi input dalam penggunaan alat bahan tayangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latihan 1. Apakah anda faham tentang pengurusan sumber? Jawapan :

2. Nyatakan 4 jenis transperansi dan 5 teknik penghasilan transperansi.

Jawapan :

Modul 1 Teknologi Pendidikan

KPLI Mod LPBS

3. Nilaikan sejauh manakah kelebihan projektor Slaid dengan projektor Lutsinar.

Jawapan :

Soalan Tutorial 1. Apakah perkaitan antara media-massa, media pendidikan dan media elektronik. 2. Sejauh manakah kaedah membesar dan mengecilkan gambar dengan menggunakan grid, lutsinar dan fotostat membantu anda dalam membina carta. 3. Anda dikehendaki mengenal pasti teknik yang sesuai untuk menghasilkan transperansi bagi tajuk proses pembiakan haiwan. Hasilkan sekurang-kurang 4 teknik transperansi.

You might also like