You are on page 1of 14

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

PENGENALAN
Di dalam topik ini kita akan membincangkan berkenaan Unit Pemprosesan Pusat atau Central Processing Unit (CPU). Unit Pemprosesan Pusat (CPU) atau pemproses adalah nadi kepada semua aktiviti yang bertanggungjawab menukar data mentah kepada maklumat yang dikehendaki dalam komputer. Unit Pemprosesan Pusat atau pemproses adalah koleksi litar elektrik yang kompleks dan mengandungi beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta transistor yang diletak atau dipasang di atas litar terkamir. Litar terkamir juga disebut cip atau mikrocip kerana semua transistor diukir atau diletak di atas cip silikon yang kecil.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan CPU dan ingatan; 2. menerangkan tentang perwakilan data dan skema pengekodan; dan 3. mengetahui berbagai alat dan perkakasan yang terdapat dalam unit sistem.

2.1

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Sebagaimana yang kita tahu, CPU merupakan nadi sebuah komputer. Tahukah anda apakah komponen-komponen yang terdapat di dalam CPU?

ICPU atau pemproses direka bentuk dan dibina dalam berbagai bentuk. Dalam komputer peribadi, pemproses adalah satu cip mikro pemproses. Dalam sistem yang besar seperti kerangka utama dan super komputer, beberapa papan litar digunakan. CPU boleh berada dalam berbagai bentuk dan berada pada papan ibu (mother board) atau papan sistem (system board). Tugas CPU ialah melaksanakan suruhan perisian (atur cara tersimpan) untuk memanipulasi data kepada maklumat iaitu suruhan yang dilaksana dalam bentuk bahasa mesin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. CPU terdiri daripada dua bahagian atau dua unit iaitu: (i) (ii) Unit Kawalan (Control Unit) Unit Aritmetik Logik (Arithmetic Logic Unit (ALU))

OUM

11

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Rajah 2.1: Unit pemprosesan pusat (CPU)

2.1.1

Unit Kawalan

Unit Kawalan (Control Unit) pada pemproses boleh disetarakan dengan otak manusia. Ia memberitahu keseluruhan komputer bagaimana melaksanakan arahan atur cara. Tugas Unit Kawalan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.2.

Unit Kawalan

Mengarah unit/bahagian lain melaksanakan arahan unit kawalan tidak melaksanakan arahan

Mengawal dan menyelaras semua aktiviti komputer mengikut suruhan yang diterima (perisian dan aturcara)

Mengarah pergerakan data antara ingatan dan ALU antara ingatan dan peranti input/output

Rajah 2.2: Unit Kawalan

Dengan perkataan lain, unit kawalan mengarah mengambil suruhan, menyahkod suruhan untuk mengetahui apakah tujuan suruhan tersebut, memerintah unit aritmetik/ logik melaksana suruhan dan seterusnya mengarah penyimpanan hasil perlaksanaan suruhan ke ingatan (storan primer), daftar atau cache.

12

OUM

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

2.1.2

Unit Aritmetik Logik

Unit Aritmetik Logik (ALU) melaksanakan dua jenis operasi iaitu aritmetik dan logik seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Unit Aritmetik Logik (ALU)

Latihan 2.1
Berikan dua tugas Unit Kawalan.

Di dalam setiap komputer, CPU adalah merupakan otak bagi sesebuah komputer, cuba fikirkan apakah komponen dan fungsi CPU bagi sesebuah komputer.

2.2

CIP MIKRO PEMPROSES

Dalam komputer yang lebih besar, seperti komputer kerangka utama dan super komputer, berbagai fungsi CPU dilakukan di cip atau mungkin papan litar yang berlainan. Tetapi untuk mikro komputer, CPU biasanya di atas satu keping cip dan disebut mikro pemproses. Mikro pemproses ini, selain mengandungi unit kawalan dan ALU, juga mengandungi daftar dan jam sistem. Kebanyakan mikro pemproses baru telahpun dikamirkan dengan teknologi multimedia ataupun grafik 3D. Mikro pemproses khas untuk komputer buku dan komputer pelayan juga dipasarkan oleh pengeluar mikro pemproses. Untuk maklumat lanjut perkembangan mikro pemproses, laman syarikat pembuat mikro pemproses boleh dilawati seperti http://www.amd.com, http://www.intel.com, dan http://www.cyrix.com.

OUM

13

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Dua jenis cip mikro pemproses: (i) Cip CISC: Mikro pemproses yang biasa digunakan ialah cip komputer berset suruhan kompleks atau Complex Instruction Set Computing (CISC). Rekaan ini dipopularkan oleh Intel dan menjadi asas kepada mikro pemproses keluaran mereka. Reka bentuk cip yang paling meluas digunakan dan terdapat banyak atur cara ditulis khas untuk jenis ini. Cip RISC: cip komputer berset suruhan rendah atau Reduced Instruction Set Computing (RISC) menggunakan kurang suruhan. Reka bentuknya adalah lebih ringkas dan murah dari cip CISC. Cip ini banyak digunakan dalam mikro komputer berkuasa tinggi. Lihat Jadual 2.1 menunjukkan jadual mikro pemproses paling popular.
Jadual 2.1: Mikro Pemproses yang Popular Mikro Pemproses Pentium PowerPC Alpha MIPS Jenis CISC RISC RISC RISC Kegunaan Lazim Mikrokomputer Komputer Apple Macintosh Superkomputer, Stesen Kerja Stesen Kerja, Permainan Video

(ii)

2.3

INGATAN

Ingatan adalah berasingan dengan CPU tetapi ia selalu berinteraksi atau dicapai oleh CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam ingatan sebelum boleh dicapai oleh CPU. Ingatan hanya memegang data dan suruhan secara sementara sahaja iaitu selagi atur cara yang merujuknya masih beroperasi. Secara asas, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza: (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem yang bertindak sebagai antara muka di antara perkakasan dan atur cara aplikasi dan juga mengawal sumber komputer. Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data.

(ii)

(iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder untuk diproses atau untuk dihantar ke peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan. (iv) Untuk meyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Jika komputer mempunyai ruang storan ingatan yang berlebihan, ruang lebihan ini tidak akan digunakan tetapi ia boleh atau sedia digunakan. Jumlah ingatan akan berubahubah semasa pemprosesan.

Ingatan berkomunikasi dengan pemproses melalui: (i) (ii) Bas alamat dipacu oleh pemproses. Bas data dipacu oleh pemproses untuk kitar tulis, dipacu ingatan untuk dikitar baca.

(iii) Bas isyarat/kawalan menentukan sama ada baca/tulis, bila mula, kesahihan data dan lain-lain.
14

OUM

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Terdapat tiga jenis cip ingatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4 iaitu ingatan capaian rawak atau Random Access Memory (RAM), ingatan baca sahaja atau Read Only Memory (ROM), dan semikonduktor pelengkap logam oksida atau Chip Metal . Oxide Semiconductor (CMOS).
Semi Konduktor Pelengkap logam oksida (CMOS) CIP INGATAN

Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

Rajah 2.4: Tiga jenis cip ingatan

Terdapat banyak jenis ingatan di dalam sesebuah komputer. Cuba fikirkan tentang fungsi ingatan-ingatan ini.

2.3.1

RAM

Cip ingatan capaian rawak (RAM) menyimpan atur cara dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan, semua yang disimpan dalam RAM akan hilang. Terdapat sejenis RAM yang terbaru yang boleh menyimpan secara kekal. RAM kilat atau cip ingatan kilat menyimpan data walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik. Jenis ingatan ini lebih mahal dari RAM yang biasa dan banyak digunakan dalam komputer mudah alih. Keupayaan atau kandungan RAM diukur dalam bait. Terdapat empat unit ukuran yang biasa digunakan untuk memperihalkan keupayaan ingatan sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2: Muatan Ingatan

Unit Kilobait (KB) Megabait (MB) Gigabait (GB) Terabait (TB)

Muatan 1,024 bait 1,024,000 bait 1,024,000,000 bait 1,024,000,000,000 bait

OUM

15

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Dua jenis cip RAM yang selalu digunakan: (i) DRAM bermaksud RAM Dinamik iaitu ingatan yang memegang data secara dinamik. Data tidak disimpan secara berterusan, tetapi komputer akan menyegarkan semula (refresh) data beratus-ratus kali setiap saat. DRAM selalu digunakan di dalam komputer peribadi.

(ii) SRAM bermaksud RAM Statik iaitu ingatan yang memegang data secara berterusan tanpa penyegaran semula (refresh) selagi ada kuasa elektrik. SRAM lebih cepat daripada DRAM tetapi reka bentuknya agak rumit. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ingatan komputer, sila lawat laman web http://www.howstuffworks.com/computer-memory.htm

2.3.2

ROM

Jika RAM adalah ingatan capaian rawak, bagaimana pula dengan ROM? Cuba berikan perbezaan antara ke dua-dua ingatan ini.

Cip ingatan baca sahaja (ROM) mempunyai atur cara yang dimuatkan semasa pengilangan. Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna. Baca sahaja bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai atur cara yang ditulis dalam cip ROM. Komputer tidak boleh menulis, mengekod atau mengubah, maklumat atau suruhan dalam ROM. Terdapat empat jenis ROM yang sering digunakan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.3.
Jadual 2.3: Jenis-jenis ROM JENIS ROM PROM EPROM FUNGSI Ingatan Baca Sahaja boleh diaturcara (Programmable ROM) Ingatan Baca Sahaja teraturcara boleh dipadam (Erasable ROM). Kandungan boleh dipadam dengan menggunakan tatacara sinar ultra ungu PROM yang boleh dipadam secara elektrik (Electrically EPROM). Kandungan boleh diubah/diaturcara secara elektronik Juga dikenali sebagai ROM kilat (Flash ROM). Ingatan kilat boleh dipadam dan diaturcara secara elektronik

EEPROM Ingatan Kilat

2.3.3

CMOS

Cip semikonduktor pelengkap logam oksida atau Chip Metal Oxide Semiconductor (CMOS) menyediakan fleksibiliti dan pengembangan kepada sistem komputer. Ia mengandungi maklumat penting yang diperlukan setiap kali sistem komputer dimulakan. Cip ini menyediakan maklumat seperti jumlah saiz RAM, jenis papan kekunci, tetikus, monitor dan pemacu cakera. Ia menggunakan kuasa bateri dan kandungannya kekal bila bekalan arus elektrik dihentikan. Kandungannya boleh berubah mengikut perubahan dalam sistem komputer seperti penambahan perkakasan baru dan RAM.
16

OUM

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Latihan 2.2
1. 2. Berikan dua jenis cip mikro pemproses dan kegunaannya. Apakah yang anda tahu tentang Ingatan Kilat? Nyatakan perbezaan dan persamaan Ingatan Kilat dengan ROM dan RAM.

2.4

PERWAKILAN DATA

Kita tahu bahawa manusia berinteraksi menggunakan bahasa. Bagaimana pula komputer berinteraksi?

Sebuah komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol sebagai nombor. Malah, suruhan komputer juga adalah berbentuk nombor (bahasa mesin). Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer adalah sistem pernomboran perduaan (binary), perenambelasan (hexadecimal) dan perlapanan (octal) sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam Jadual 2.4. Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.
Jadual 2.4: Simbol Sistem Pernomboran Sistem Nombor Sistem Perduaan Sistem Perlapanan Sistem Perpuluhan Sistem Perenambelasan Bilangan Simbol 2 8 10 16 Simbol Digunakan 0,1 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F

Terdapat tiga skema pengekodan perduaan yang paling popular menggunakan 8 bit untuk membentuk 1 bait. Kod tersebut adalah ASCII, EBCDIC dan Unikod (menggunakan 16 bit) dan Jadual 2.5 telah menunjukkan takrifan kod-kod ini.
Jadual 2.5: Skema Pengekodan Kod ASCII EBCDIC Unikod Takrifan American Standard Code for Information Interchange. Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. kod 16 bit kod yang dicipta untuk menampung keperluan bahasa antarabangsa seperti bahasa Cina dan Jepun.

Apabila kekunci ditekan di papan kekunci, aksara tersebut ditukarkan secara automatik kepada beberapa siri denyutan elektronik yang boleh dikenali oleh sistem. Contohnya, apabila kekunci A ditekan, akan menyebabkan isyarat elektronik dihantar ke unit sistem mikrokomputer. Unit sistem kemudiannya akan menukar isyarat kepada kod ASCII iaitu 0100 0001. Sebelum pelaksanaan, semua suruhan dan data perlu ditukarkan kepada bentuk perduaan. Contohnya, 3 + 5 memerlukan 24 bit dengan menggunakan skema pengekodan ASCII.

OUM

17

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Alangkah elok jika kita dapat memahami konsep pertukaran nombor antara perduaan, perlapanan dan perenambelasan seperti yang telah ditunjukkan dalam Jadual 2.6.
Jadual 2.6: Contoh Nombor dalam Pelbagai Sistem Pernomboran Perpuluhan 1 2 5 8 10 11 15 16 20 160 Binari 0001 0010 0101 1000 1010 1011 1111 0001000 00010100 10100000 Perlapanan 01 01 05 10 12 13 17 20 24 240 Perenambelasan 01 01 05 08 0A 0B 0F 10 14 A0

Sila perhatikan Jadual 2.7 untuk melihat bagaimana perwakilan data-data diwakilkan dalam kod ASCII dan EBCDIC .
Jadual 2.7: Skema Pengekodan Penduaan ASCII dan EBCDIC
Simbol A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z ASCII 0100 0001 0100 0010 0100 0011 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0100 0101 0101 0101 0101 0101 0101 0101 0101 0110 0111 1000 1001 1010 1011 1100 1101 1110 1111 0000 0001 0010 0011 0100 0101 0110 EBCDIC 1100 0001 1100 1100 1100 1100 1100 1100 1100 1100 1001 1101 1101 1101 1101 1101 1101 1101 1101 1101 1110 1110 1110 1110 1110 1110 0111 1110 1110 Simbol ! # $ % & ( ) * + 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 ASCII 0010 0001 0010 0010 0010 0011 0010 0100 0010 0101 0010 0110 0010 1000 0010 1001 0010 1010 0010 1011 0011 0000 0011 0001 0011 0010 0011 0011 0011 0100 0011 0101 0011 0110 0011 0111 0011 1000 0011 1001 EBCDIC 0101 1010 0111 1111 0111 1011 0101 1011 0110 1100 0101 0000 0100 1101 0101 1101 0101 1100 0100 1110 1111 0000 1111 0001 1111 0010 1111 0011 1111 0100 1111 0101 1111 0110 1111 0111 1111 1000 1111 1001

0101 0111 0101 1000 0101 1001 0101 1010

18

OUM

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

2.5

UNIT SISTEM

Unit Sistem adalah suatu unit perkakasan atau ruang yang dihuni oleh pemproses, cip ingatan, port, talian bas, slot tambahan, papan (board, iaitu perkakasan di mana cip dan litar berkaitan diletakkan) dan lain-lain komponen elektrik. Juga disebut sebagai Kabinet Sistem untuk kerangka utama ataupun papan sistem untuk mikrokomputer. Walaupun unit sistem termasuk cakera keras, cakera liut, CD-ROM dan lain-lain, kita tidak akan membincangkan peranti, (iaitu perkakasan yang berada diluar CPU). Kita hanya akan menumpukan kepada bahagian yang tersenarai di bawah sahaja.

2.5.1

Bekalan Kuasa

Bekalan kuasa ini berperanan untuk menukarkan arus elektrik dari AC ke DC. Selalunya ada kipas untuk menyejukkan bekalan kuasa/transformer dan komponen lain dari menjadi panas. Jika kuasa elektrik tidak seragam, seperti voltan tinggi-rendah, power surge dan sebagainya yang mungkin merosakkan papan induk, cakera keras dan lainlain, elok dipasang alat pelindung dari kejadian tersebut seperti bekalan kuasa tanpa gangguan atau Uninterrupted Power Supply (UPS), pelaras voltan dan lain-lain.

2.5.2

Papan Sistem/Induk

Papan sistem atau papan induk merupakan jaringan komunikasi untuk seluruh sistem komputer. Setiap komponen unit sistem disambung secara terus ke papan sistem. Ia berfungsi sebagai laluan data yang membolehkan berbagai komponen berhubung antara satu sama lain. Peranti luaran seperti papan kekunci, tetikus dan monitor tidak boleh berhubung dengan unit sistem tanpa papan sistem. Papan sistem ialah papan litar leper yang dipenuhi soket dan komponen elektronik termasuklah berbagai jenis cip. Satu cip terdiri dari papan litar yang halus dan disematkan di atas kepingan silikon yang bersaiz setem. Cip ini juga dikenali sebagai cip silikon, semikonduktor atau litar bersepadu. Cip dilekapkan ke pakej pembawa yang kemudiannya dipalamkan ke soket di papan sistem. Komponen-komponen elektronik dan cip ini dipasang kepada papan sistem sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.5.

OUM

19

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Rajah 2.5: Papan induk

2.5.3

Cip ROM

Cip ROM mengandungi atur cara yang dibangunkan atau dibakar di kilang; iaitu atur cara yang perlu untuk komputer beroperasi atau untuk memulakan operasi komputer seperti semakan perkakasan, BIOS dan lain-lain. Cip BIOS selalu digunakan adalah sebahagian perkakasan dan sebahagian perisian. BIOS bermaksud sistem asas inputoutput. (Basic Input Output System) BIOS memberikan khidmat untuk membolehkan perisian berkomunikasi dengan peranti input dan output. ROM BIOS mengandungi arahan tertentu. Bila komputer dihidupkan, BIOS akan menjalankan swa-ujian kuasa-hidup, (POST, power-on self-test), seperti ujian diagnostik CPU dan ingatan. Seterusnya ia menguji komunikasi dengan perkakasan seperti papan kekunci, pemacu cakera dan lain-lain. Akhirnya, BIOS menghidupkan (but) sistem pengendalian dan menyerahkan tugas kepada sistem pengendalian.

2.5.4

Slot dan Papan Pengembangan

Kebanyakan komputer mempunyai senibina terbuka, iaitu kita boleh buka dan tambah peranti baru dan seterusnya mengembangkan keupayaan komputer tersebut. Pengembangan bermaksud keupayaan komputer untuk menambah lebih ingatan atau peranti perisian. Pengembangan dimungkinkan dengan slot pengembangan dan papan pengembangan. Slot pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad pengembangan dipasang. Kad pengembangan atau disebut papan tambahan atau adapter atau kad, adalah papan litar yang memberikan lebih ingatan atau kawalan peranti input/output atau perisian. Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem. Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad tambah ke peranti yang berada di luar unit sistem. Kita akan melihat berbagai fungsi bagi papan atau kad seperti di Jadual 2.8 berikut:

20

OUM

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Papan atau Kad Kad penyesuai rangkaian

Fungsi Menghubungkan satu komputer dengan satu komputer atau lebih komputer. Ini merupakan satu rangkaian komunikasi di mana pengguna boleh berkongsi data, aturcara dan perkakasan. Kad ini biasanya menyambungkan unit sistem ke kabel yang menghubungkan peranti lain dalam rangkaian. Kad penyesuai rangkaian ini dipalam ke dalam slot di dalam unit sistem. Kebayakan komputer mempunyai slot tambahan yang terhad. Kad anatar muka sistem komputer kecil (SCSI disebut Kad SCSI ini hanya menggunakan satu slot tetapi boleh menghubungkan sebanyak tujuh peranti ke unit sistem. Kad ini skazi) digunakan untuk menghubungkan peranti seperti pencetak, pemacu keras dan CD-ROM ke unit sistem. Papan televisyen yang mengandungi penalaan TV dan penukar Kad penalaan TV video boleh menukar isyarat TV kepada bentuk yang boleh dipapar pada monitor. Akibat dari saiz dan kekangan yang wujud pada komputer mudah Kad PC alih, papan tambah bersaiz kad kredit direka. Kad ini mudah dimasukkan dan diganti dari bahagian luar komputer mudah alih. Kad ini dipanggil kad PC atau Kad Pertubuhan Antarabangsa Kad Ingatan Komputer Peribadi (PCMCIA). Kad ini berguna untuk menambah ingatan dan pertubuhan dengan komputer lain. membolehkan menambah cip RAM. Ingatan pengembangan Kad pengubahsuai paparan membolehkan berbagai monitor paparan video warna digunakan. atau grafik membolehkan CPU bekerja dangan berbagai peranti perisian Kad kawalan seperti kad kawalan cakera. untuk meningkatkan kelajuan komputer. Kad pemecut Kad pengemulasi Kad faks/modem Kad pengubahsuai grafik Kad bunyi Kad suara membolehkan komputer bertindak seperti peranti lain, biasanya terminal. menerima faks/data/maklumat melalui talian telefon. membolehkan komputer menggunakan piawai grafik tertentu. menterjemahkan data kepada output bunyi. membolehkan output suara.

2.5.5

Port

Port adalah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem. Port membolehkan peranti perisian atau input/output dipalam atau dihubung kepada komputer, jadi peranti tersebut boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel pula digunakan untuk menyambungkan peranti input dan output ke unit sistem melalui port seperti di dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Port

OUM

21

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Ada berbagai jenis port dan fungsi seperti di dalam Jadual 2.9.
Jadual 2.9: Pelbagai Jenis Port
Jenis Port Port selari

Fungsi Fungsi
Ia digunakan untuk menyambung peranti luaran yang menghantar atau menerima data yang banyak pada jarak yang dekat. Port ini biasanya menghantar serentak lapan bit data melalui lapan wayar selari. Port selari digunakan untuk menyambung pencetak ke unit sistem. Ia menyambung tetikus, papan kekunci, modem, dan peranti lain ke unit sistem. Port bersiri menghantar data satu bit pada satu masa dan amat sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh. Ia digunakan untuk menyambung monitor dan mampu menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain. Dijangka akan menggantikan port bersiri dan selari. Ia laju dan satu port USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke unit sistem. Port terbaru dan lebih laju dari port USB dan digunakan untuk menyambungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera video ke unit sistem.

Port sesiri

Port grafik terpecut (AGP) Port bas bersiri universal (USB) Port wayar api

Jadual 2.10: Slot PCMCIA

Slot PCMCIA Jenis I (Type I)

Fungsi Fungsi Sering digunakan untuk kad ingatan ( RAM, flash, EEPROM) terutama untuk komputer riba dan PDA (Personal Digital Assistance). Tebalnya 3.3mm.

Jenis II (Type II) Jenis III (Type III) Jenis IV (Type IV)

Berkebolehan sepenuhnya I/O; digunakan untuk modem/faks dan penyesuai untuk LAN. Tebalnya 5mm. Sering digunakan untuk peranti cakera berputar seperti cakera keras boleh pindah. Tebalnya 10.5mm(0.5in). Digunakan untuk pemacu cakera keras bermuatan besar. Tebalnya 18mm.

2.5.6

Kad dan Slot PCMCIA

Satu piawai baru bas untuk komputer buku nota, komputer bimbit atau perkomputeran mudah alih. Bahkan telah banyak digunakan untuk PC meja. Ia membolehkan peranti bersaiz kad kredit seperti kad ingatan (sehingga 100MB), modem dan cakera keras dipalam. Ada empat jenis slot PCMCIA sepertimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.10.

22

OUM

TOPIK 2

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

2.6

JAM SISTEM

Jam sistem merupakan satu cip litar yang menjana denyutan elektronik pada kadar yang tetap bagi mensegerak atau mengawal pemasaan aktiviti pemprosesan. Unit kawalan amat bergantung pada jam sistem untuk menjalankan tugas. Kelajuan operasi komputer diukur dalam megahertz atau juta sesaat. Jam sistem mengawal kelajuan operasi di dalam komputer. Kelajuan ini diukur dalam megahertz (MHz). Satu megahertz bersamaan dengan 1 juta pusingan (detik) per saat. Semakin laju kelajuan jam, semakin pantas komputer mampu memproses maklumat.

2.7

TALIAN BAS

Cuba anda fikirkan bagaimana data bergerak di dalam komputer.

Talian bas dikenali juga sebagai bas data atau ringkasnya bas yang menghubungkan komponen CPU antara satu sama lain. Ia turut menghubungkan CPU ke pelbagai komponen lain pada papan sistem. Bas ialah laluan data di mana bit bergerak. Laluan data ini menyerupai lebuh raya. Semakin banyak lorong, semakin pantas trafik bergerak. Begitu juga, lebih besar keupayaan bas, semakin berkuasa dan pantas operasi dilaksanakan. Rajah 2.7 menunjukkan talian bas yang terdapat pada CPU.

Rajah 2.7: Talian bas

Apabila cip mikro pemproses berubah, talian bas juga turut berubah. Kebanyakan peranti seperti papan tambah, akan bekerja dengan satu jenis bas sahaja. Terdapat tiga jenis talian bas sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam Rajah 2.8.

OUM

23

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

TOPIK 2

Rajah 2.8: Tiga talian bas

(i)

Senibina Standard Industri atau Industrial Standard Architecture (ISA) dibina untuk komputer peribadi IBM. Laluannya selebar 8 bit dan 16 bit. Walaupun kurang pantas untuk kebanyakan aplikasi komputer hari ini, bas ISA masih digunakan dengan meluas. Saling Sambung Komponen Persisian atau Peripheral Component Interconnect (PCI) pada asalnya dibina untuk memenuhi keperluan video akibat penggunaan antara muka pengguna bergrafik. PCI merupakan bas berkelajuan 32 bit atau 64 bit yang 20 kali lebih pantas dari bas ISA. Bas PCI digunakan untuk menghubungkan CPU, ingatan dan papan tambah.

(ii)

(iii) Port grafik terpecut atau Accelerated Graphics Port (AGP) merupakan bas yang paling terkini berkelajuan dua kali ganda dari bas PCI. AGP khusus untuk memecut prestasi grafik. AGP sering digunakan untuk grafik dan animasi 3-D dan turut menggantikan bas PCI dalam pemindahan data video.

Latihan 2.4
1. 2. 3. Apakah fungsi kad pengubahsuai grafik? Berikan contoh. Apakah papan sistem/induk? Terangkan kandungan papan sistem/induk yang terdapat pada komputer peribadi. Terdapat tiga jenis talian bas. Berikan ketiga-tiga jenis talian bas tersebut beserta ciri-ciri dan kegunaannya.

RUMUSAN
Unit Pemprosesan Pusat dan ingatan, kedua-duanya saling memerlukan walaupun ingatan bukan merupakan sebahagian daripada Unit Pemprosesan Pusat. Di dalam topik ini, kita telah membincangkan berbagai kaedah perwakilan data dan yang terbaharu ialah perwakilan Unikod. Jika kita membuka kabinet sistem komputer atau unit sistem, kita akan dapat melihat berbagai komponen yang menjadikan komputer itu berfungsi. Beberapa pendekatan peningkatan kuasa komputer juga dibincangkan di dalam topik ini.

24

OUM

You might also like