You are on page 1of 10

STORAN SEKUNDER

TOPIK 4

TOPIK 4

STORAN SEKUNDER

PENGENALAN
Setelah kita membincangkan input dan output di topik yang lalu, dalam topik ini kita akan menyentuh satu lagi komponen komputer iaitu storan sekunder. Anda akan diterangkan tentang berbagai jenis storan sekunder di pasaran serta perbandingan jenisjenis storan.

OBJEKTIF
1. mengetahui dan menerangkan 3 jenis storan magnetik; 2. mengetahui dan menerangkan 4 jenis storan optik; dan 3. mengetahui kelebihan-kelebihan yang terdapat storan sekunder.

4.1

ASAS STORAN

Mengapa kita perlukan storan di dalam sesebuah komputer?

Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan suruhan dalam bentuk kekal. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 4.1. Ia juga satu kaedah penyimpanan data, maklumat dan suruhan di luar komputer. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 1.2GB, 6.0GB atau 10TB. Dalam perkembangan teknologi terkini, storan utama menuju kepada muatan besar dengan menggunakan litar mikro elektrik yang kecil dan storan sekunder menuju kepada muatan besar dengan menggunakan media magnet dan optik. Muatan data dalam peranti storan, utama atau sekunder, disukat dengan menggunakan sukatan bait iaitu KB (kilobait), MB (megabait), GB (gigabait) dan TB (terabait). Kebaikan storan sekunder dapat kita lihat seperti di dalam Jadual 4.1. Kebaikan storan sekunder boleh dilihat seperti berikut :
Jadual 4.1: Kebaikan Storan Sekunder Ciri Saiz Kebolehpercayaan Keselesaan Ekonomi Panjang hayat Kebaikan Mampu menampung saiz data yang besar. Data yang disimpan boleh mencapai GB atau TB. Ia boleh dianggap selamat. Data boleh dicapai dengan segera. Penjimatan kos simpanan. Ia bersifat kekal dan boleh digunakan sebagai arkib. Setengah storan mempunyai hayat sehingga 100 tahun.

42

OUM

TOPIK 4

STORAN SEKUNDER

Rajah 4.1 yang berikut menunjukkan jenis-jenis storan sekunder:

Rajah 4.1: Jenis-jenis storan sekunder

4.2

STORAN MAGNETIK

Terdapat dua jenis storan sekunder yang banyak digunakan iaitu magnetik dan optik. Terdapat tiga jenis storan magnetik yang biasa digunakan iaitu pita magnetik, cakera liut dan cakera keras.

4.2.1

Pita Magnetik

Pita magnetik adalah media storan sekunder yang datanya disimpan pada segulung pita. Khususnya, pita magnetik adalah pita plastik nipis yang disadur dengan bahan yang boleh dimagnetikkan. Data di atas pita ini diwakilkan dengan bintik magnetik, iaitu data digital yang berbentuk diskret sifar dan satu. Pita mengandungi beberapa jejak (track) atau juga disebut saluran (channel) yang kebiasaannya untuk simpanan data. Biasanya, terdapat 7 atau 9 jejak. Data pada pita akan dipadam dahulu sebelum data baru ditulis padanya. Bilangan jejak pada pita bergantung kepada bilangan pemacu tulis/ baca yang ada pada unit pemacu pita. Oleh kerana pita itu bergulung, data akan disimpan secara bersiri. Setiap rentasan pita (7 atau 9 jejak) akan mewakili satu aksara. Bagi data yang disimpan secara bersiri, kaedah storan yang digunakan ialah serpentine, iaitu data akan disimpan satu demi satu sepanjang satu atau dua jejak pada satu masa. Data akan ditulis dari mula hingga akhir jejak berkenaan dan seterusnya disambung kepada jejak yang masih belum digunakan lagi sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Pita magnetik

OUM

43

STORAN SEKUNDER

TOPIK 4

Walau bagaimanapun, ada juga data yang disimpan secara selari. Bagi menyimpan data secara selari, data akan ditulis blok demi blok ataupun rekod demi rekod. Setiap blok data akan dipisahkan oleh satu ruang yang disebut sebagai ruang antara blok. Jika untuk rekod, ruang ini disebut ruang antara rekod. Ruang ini perlu kerana pita tidak boleh berhenti serta-merta selepas diputarkan. Kebiasaannya penggunaan pita hanya 35-70% , bergantung kepada faktor pemblokan. Pemacu pita magnetik disukat dengan beberapa banyak data yang boleh disimpan pada pita magentik dan juga kelajuan pita melalui kepala baca/tulis. Kedua gabungan ini menentukan kadar permindahan atau bilangan aksara per saat yang boleh dihantar ke storan utama. Ketumpatan pita disukat dengan aksara per inci atau bit per inci. Ketumpatan data berubah dari 800-7000 bpi. Panjang pita biasanya 600, 1200 atau 2400 kaki. Oleh itu, pita 2400 kaki dengan 6250 bpi boleh menyimpan sehingga 180MB data. Biasanya saiz data yang boleh disimpan antara 40MB hingga 5GB. Pemacu yang boleh meningkatkan muatan tertinggi ialah DAT (digital audio tape). Pemacu DAT terdiri dari dua kepala baca dan dua kepala tulis yang hanya membaca/menulis satu jenis kutub magnet sahaja. Data pada pita akan dicapai dan ditulis secara jujukan. Terdapat dua jenis pita magnetik: unit pita magnetik untuk komputer besar dan unit pita katrij untuk komputer peribadi. Pada masa ini, kebanyakan pita digunakan untuk storan simpanan dan storan salinan kerana ia mudah alih dan murah. Saiz storan untuk pita magnetik biasanya adalah antara 20GB - 40GB. Kelemahan pita magnetik adalah capaian data yang perlahan secara bersiri. Kebaikannya ialah murah, mudahalih dan tahan lama.

Latihan 4.1
1. 2. Berikan dua kebaikan storan sekunder. Berbagai jenis storan terdapat di pasaran. Nyatakan 3 jenis storan magnetik yang selalu menjadi pilihan.

4.2.2

Cakera Liut

Cakera liut atau disket adalah kepingan bulat plastik Mylar yang bulat serta rata dan boleh berputar dalam jaket. Data disimpan dalam bentuk caj elektromagnet di atas lapisan metal oxide yang menyaluti plastik Mylar. Data dan aturcara diwakilkan dengan ada atau tiada caj dan menggunakan kod perwakilan data ASCII atau EBCDIC. Cakera liut turut dipanggil cakera fleksibel kerana cakera plastik yan berada dalam sarung disket yang fleksibel. Standard Hari Ini Cakera liut yang paling banyak digunakan hari ini ialah cakera 1.44 MB bersaiz 3 inci. Cakera ini biasanya dilabelkan 2HD yang bermaksud dua permukaan, ketumpatan tinggi. Cakera ini boleh menyimpan 1.44 MB yang bersamaan dengan 400 muka surat bertaip. Bila cakera dimasukkan ke dalam pemacu cakera, penutup gelungsur dibuka untuk mendedahkan cakera fleksibel 3 inci. Kepala baca/tulis dari pemacu cakera bergerak melintasi bahagian cakera yang terbuka untuk menyimpan dan membaca cakera.
44

OUM

TOPIK 4

STORAN SEKUNDER

Cakera ini mempunyai takuk lindung tulis. Bila takuk ini dibuka, data tidak boleh ditulis atau ditambah ke dalam cakera. Ia merupakan perlindungan daripada berlakunya penulisan tidak sengaja ke atas maklumat yang disimpan di dalam cakera. Standard Masa Depan Beberapa katrij cakera liut berukuran 3 inci bersaing untuk menjadi cakera liut standard pada masa depan. Cakera ini lebih tebal dan memerlukan pemacu cakera yang khas. Tiga jenis cakera yang dikenali ramai ialah cakera Zip, SuperCakera dan cakera HiFD. (i) Cakera Zip: dikeluarkan oleh Iomega dan biasanya mempunyai kapasiti 100 MB, 250 MB atau 750 MB. Pemacu Zip adalah ciri yang standard pada kebanyakan unit sistem masa kini. Ia digunakan dengan meluas bagi menyimpan fail multimedia, pangkalan data, teks yang besar dan hamparan. Ramai pemerhati meramalkan cakera Zip akan menjadi cakera liut standard yang baru pada masa hadapan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3. SuperCakera: dikeluarkan oleh Imation berkapasiti 240 MB. Satu kebaikan utamanya berbanding cakera Zip adalah kerana ia mampu membaca dan menyimpan data cakera standard 1.44 MB tetapi cakera Zip tidak mampu melakukannya. SuperCakera semakin popular digunakan pada komputer buku.

(ii)

(iii) Cakera HiFD: dikeluarkan oleh Sony Corporation sebagai tandingan baru. Ia mempunyai kapasiti 200 MB dan seperti juga pemacu cakera SuperCakera, pemacu cakera HiFD boleh mengguna cakera standard 1.44 MB.

Rajah 4.3: Cakera zip

Setiap cakera yang disebut di atas akan ditingkatkan kapasiti dan kelajuannya dalam masa yang terdekat. Bahagian Cakera Liut Data disimpan dalam cakera dalam bentuk bulatan dipanggil trek. Trek ini bukan satu spiral seperti pada piring hitam. Trek mempunyai alur yang tidak kelihatan yang jika dilihat pada cakera liut yang terbuka kelihatan satu permukaan yang licin. Setiap trek dibahagikan kepada beberapa sektor. Terdapat juga cakera yang tidak mempunyai trek dan sektor. Ia mestilah disesuaikan dengan jenis mikrokomputer dan pemacu cakera yang digunakan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.4.

OUM

45

STORAN SEKUNDER

TOPIK 4

Rajah 4.4: Cakera liut 3 inci

4.2.3

Cakera Keras

Cakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Cakera keras mampu menyimpan dan mencapai data dengan lebih cepat dan mempunyai kapasiti yang tinggi. Cakera keras merupakan peralatan yang sensitif. Kepala tulis/baca terapung di permukaan cakera pada jarak sekitar ketebalan 0.000001 inci. Jaraknya yang terlalu rapat membuatkan sebarang habuk, zarah asap, rambut manusia dan bekas cap jari boleh menyebabkan kerosakan pada kepala baca/tulis. Kerosakan ini boleh mengakibatkan sebahagian atau semua data pada cakera keras ini akan musnah. Terdapat tiga jenis cakera keras: (i) Cakera Keras Dalaman: turut dipanggil cakera tetap kerana ia diletakkan dalam unit sistem. Ia digunakan untuk menyimpan aturcara dan plat metalik yang disimpan dalam satu bekas. Bekas tersebut mempunyai motor yang mampu memusingkan cakera. Terdapat lengan capaian dan kepala baca/tulis supaya data boleh dibaca dari dan ditulis ke atas cakera. Cakera keras berkapasiti 10 gigabait dan capaiannya lebih cepat. Katrij Cakera Keras: mudah dipindahkan seperti mengeluarkan kaset dari perakam video kaset. Jumlah storan yang ada pada sistem komputer terhad kepada bilangan katrij. Pada asalnya katrij cakera keras ini digunakan sebagai pelengkap cakera keras dalaman. Ia amat berguna untuk melindungi dan menjamin keselamatan maklumat yang sensitif. Kapasiti biasa bagi katrij cakera keras adalah 2 gigabait.

(ii)

(iii) Pak Cakera Keras: peranti storan boleh alih yang digunakan untuk menyimpan sejumlah maklumat yang besar. Kapasitinya jauh melebihi cakera keras jenis lain. Mikrokomputer yang mempunyai capaian ke Internet, minikomputer atau kerangka utama biasanya mempunyai capaian ke pak cakera keras luaran melalui talian komunikasi seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.5. Pak cakera keras mengandungi beberapa plat disusun satu di atas yang lain. Ia seakanakan seperti himpunan rekod piring hitam. Bezanya cuma ia terdapat ruang antara cakera untuk membenarkan lengan capaian bergerak ke dalam dan ke luar. Setiap lengan capaian mempunyai kepala baca/tulis untuk membaca permukaan di atas dan permukaan di bawah cakera. Satu pak cakera mempunyai 11 cakera dan 20 permukaan untuk direkod kecuali permukaan paling atas dan yang paling bawah. Semua lengan capaian bergerak ke dalam dan ke luar bersama-sama. Cuma satu lengan sahaja digunakan pada satu masa. Masa capaian merupakan masa antara komputer meminta data dari storan sekunder dan setelah data lengkap dipindahkan.
46

OUM

TOPIK 4

STORAN SEKUNDER

Rajah 4.5: Pak cakera keras

4.2.4

Storan Optik

Peranti storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data yang banyak. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip magnet untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunakan menentukan data yang ditulis atau dibaca. Semasa penulisan data ke atas permukaan peranti optik, cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit) pada cakera. Setiap lekukan mewakili data 0 dan tanpa lekukan mewakili data 1. Semasa pembacaan pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh kepada permukaan cakera. Pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan yang ada pada permukaan. Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya tersebar dan tidak dapat dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan 0. Jika tidak terdapat lekukan atau permukaan rata (land), pembalikan cahaya terfokus dan dapat dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan 1. Terdapat berbagai teknologi cakera optik yang digunakan dengan komputer iaitu cakera CD-ROM, cakera CD-R, cakera WORM dan cakera CD-RW. (i) Cakera CD-ROM: bermaksud cakera padat ingatan baca sahaja sama seperti CD muzik di pasaran. Baca sahaja bermaksud ia tidak boleh ditulis atau dipadam oleh pengguna. Pengguna hanya boleh mencapai data yang telah ditulis oleh pencetak. CD-ROM juga diguna untuk mengagih pangkalan data, pakej perisian aplikasi dan rujukan yang besar. CD-R: bermaksud cakera padat boleh rakam atau dipanggil WORM (tulis sekali, baca banyak). CD-R (CD-Recordable) bermaksud cakera padat boleh rekod, iaitu cakera yang membolehkan kita merekod data atau maklumat padanya. Kita hanya boleh menulis sekali sahaja kepada cakera. Ia sesuai digunakan sebagai storan multimedia dan arkib. Pemacu khas diperlukan untuk merekodkan data kepada CD-R.

(ii)

(iii) CD-RW: bermaksud cakera padat boleh tulis semula. Ia juga dikenali sebagai cakera optik boleh padam. Cakera ini sama seperti CD-R yang lain kecuali permukaan cakera ini berubah bila data direkodkan. Oleh kerana ia boleh diubah, CD-RW biasanya digunakan untuk membina dan mengedit persembahan multimedia.

OUM

47

STORAN SEKUNDER

TOPIK 4

(iv) DVD (Digital Video Disk): cakera serba digital adalah satu jenis storan yang hampir sama dengan CD-ROM. Ia berkemampuan untuk menyimpan 135 minit data video dalam bentuk digital. Ia juga boleh digunakan sebagai storan untuk komputer. Pemacu DVD boleh membaca CD-ROM, tetapi pemacu CD-ROM tidak boleh membaca DVD. Setiap DVD mampu menyimpan sebanyak 17GB data.

Rajah 4.6: CD-RW

Terdapat banyak jenis ingatan di dalam sesebuah komputer. Cuba fikirkan tentang fungsi ingatan-ingatan ini.

www://searchstorage.techtarget.com/sid5

4.3
4.3.1

PERBANDINGAN JENIS-JENIS STORAN


Hierarki Organisasi Data

Data disimpan pada storan sekunder berasaskan hierarki. Kita juga dapat melihat bagaimana kapasiti berbagai jenis storan sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam Jadual 4.2. Hierarki organisasi data terbahagi kepada lima paras iaitu; (i) (ii) Bit: diwakili oleh 0 dan 1 yang dikendalikan oleh perkakasan. Aksara / bait: 1 bait dibentuk oleh 8 bit. Aksara dibentuk oleh satu kumpulan bit dan tidak semestinya terdiri daripada 8 bit - bergantung kepada jenis sistem pengekodan seperti ASCII, EBCDIC. Contohnya huruf A, B, D, U, L.

(iii) Medan: adalah satu unit data yang terdiri daripada satu atau lebih aksara. Paras logikal unit data yang paling rendah. Contohnya medan: a. b. Nama: ditetapkan misalkan 40 aksara, seperti MOHD AKIL. Nombor kad pengenalan: ditetapkan 8 aksara (k/p lama) dan 10 digit/aksara (k/p baru) seperti 740820-03-1233.

48

OUM

TOPIK 4

STORAN SEKUNDER

Jadual 4.2: Perbandingan Jenis-jenis Storan Jenis Muatan Disket Cakera Keras CD-R CD-RW Pita Magnetik DVD RAM Zip Harga/ Saiz Storan RM 1/1.44 MB RM 400/8 GB RM 5/650 MB RM 30/650 MB RM 200/64 MB RM 60/250 MB Kosper MB RM 0.69/MB RM 0.05/MB RM 0.0076/MB RM 0.046/MB RM 3.13/MB RM 0.24/MB Hayat 3-5 tahun 3-5 tahun 100 tahun 100 tahun 5-10 tahun 100 tahun Meruap 5-10 tahun Saiz 1.44 MB 4 GB-18 GB 650 MB 650 MB 10 GB-30 GB 17 GB 64 MB-1 GB 250 MB

(iv) Rekod: rekod adalah koleksi beberapa medan yang berkaitan. Juga boleh memerihalkan sesuatu peristiwa/keadaan, iaitu beberapa medan yang berkaitan tentang sesuatu peristiwa/keadaan digabungkan secara logikal untuk membentuk rekod. Contoh rekod: rekod peribadi pelajar yang terdiri daripada beberapa medan tentang maklumat peribadi pelajar seperti; a. b. c. d. e. f. (v) no. pendaftaran : 7192 nama : Mohd Najmuddin bin Kamal tempat : Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia no. kad pengenalan : 780402-11-1438 negeri lahir : Johor alamat semasa : Kolej Pertama, OUM

Fail: koleksi beberapa rekod yang berkaitan. Contoh fail: fail peribadi pelajar akan terdiri daripada beberapa rekod peribadi pelajar.

4.4

PENINGKATAN PRESTASI

Tiga cara untuk meningkatkan prestasi cakera keras iaitu mempara cakera, tatasusunan lewahan cakera murah dan pemampatan/penyahmampatan fail. (i) Mempara cakera mampu meningkatkan prestasi cakera keras dengan menjangka data yang dikehendaki. Ia merupakan gabungan perkakasan dan perisian. Semasa pemproses berdiam, data yang sering digunakan akan dibaca dari cakera keras ke dalam ingatan (cache). Bila data tersebut diperlukan, ia akan dicapai terus dari ingatan ini. Kadar pemindahan dari ingatan adalah lebih pantas berbanding daripada cakera keras. Hasilnya, prestasi sistem selalunya meningkat sebanyak 30 peratus. Tatasusunan lewahan cakera murah (RAID) meningkatkan prestasi dengan menambah storan luaran. Sekumpulan cakera keras yang murah dikumpul dengan menggunakan rangkaian dan perisian khas. Kumpulan cakera ini dianggap sebagai satu cakera keras yang besar. Ia berprestasi melebihi cakera tunggal yang mempunyai kapasiti yang sama.

(ii)

OUM

49

STORAN SEKUNDER

TOPIK 4

(iii) Pemampatan/penyahmampatan fail diperlukan untuk membuang unsur/ruang yang membazir daripada fail komputer sehingga keperluan ruang storan yang diperlukan menjadi kecil. Keadaan ini penting kerana: a. b. c. Menjimatkan masa semasa menghantar fail melalui rangkaian. Mengurangkan saiz storan fail. Tujuan arkib. Fail data yang telah dimampatkan perlu dinyahmampat sebelum ia boleh digunakan seperti biasa. Kaedah ini disebut kaedah penyahmampatan atau decompression data. Lazimnya data yang dimampatkan mempunyai tambahan suffix tertentu seperti .zip, .tgz, .Z, .gz, .lha, .arc .zoo, .arc dan .rar. Teknik pemampatan dan penyahmampatan data disebut teknik codec (compression /decompression technique). Setengahnya juga menyebut proses ini sebagai zip dan unzip. Dua teknik utama pemadatan data ialah; (i) Teknik lossless: pemadatan data dijalankan dengan mengawet (memelihara) semua data input. Dengan perkataan lain, semua data input akan digunakan dalam proses pemampatan. Ini membolehkan data yang dinyahmampat sama dengan data yang diinput. Teknik ini hanya mempakejkan semula data untuk tujuan storan atau pemancaran data. Contoh produk perisian yang menggunakan teknik ini ialah seperti Winzip, Stacker, Superstor dan DriveSpace. Imej grafik dalam format .gif (graphic interchange format) adalah dalam bentuk pemampatan lossless. (ii) Teknik lossy: satu teknik pemadatan yang membuang data secara kekal semasa proses pemadatan tetapi pengguna tidak akan terasa kehilangan sesuatu. Data yang hilang itu boleh dijana kembali dengan menggunakan fungsi khas atau merupakan data yang tidak penting. Contohnya, seperti menghilangkan beberapa warna atau suara kecil yang tidak dirasakan oleh pengguna. Warna dan suara ini dibayangi oleh warna atau suara yang lebih jelas. Dat dalam format .jpeg (joint photographic experts group), .mp3 (mpeg level 3) .mpeg (moving pictures experts group) adalah dalam format lossy. Terdapat banyak piawaian pemampatan yang terdapat di pasaran. Oleh itu untuk tujuan penyahmampatan, mesti menggunakan perisian yang sesuai untuk mengelakkan kesulitan. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk pemampatan dan penyahmampatan adalah Winzip, PKUnzip, gunzip dan unzip.

Latihan 4.3
1. 2. 3. Hierarki organisasi data terbahagi kepada 6 paras. Nyatakan paras-paras tersebut. Berikan tiga jenis cakera keras. Terangkan dua teknik pemadatan data.

50

OUM

TOPIK 4

STORAN SEKUNDER

RUMUSAN
Berbagai kaedah dan peranti storan sekunder telah dibincangkan. Penyelidikan masih dijalankan untuk meningkatkan keupayaan storan sekunder seperti teknologi storan maju (advanced storage technology) yang cuba menyimpan lebih banyak dalam ruang yang kecil. Sebagai contoh, saiz cakera keras sebesar kotak mancis telah diperkenalkan oleh IBM. Ianya dikenali sebagai microdrive. Kapasiti storan data terdiri dari 1 GB, 500 MB dan 340 MB. Tujuan pemampatan ialah untuk mengurangkan saiz storan fail. Mungkin di satu hari nanti kita akan dapat storan bermuatan ultra-tinggi.

OUM

51

You might also like