You are on page 1of 4

NOVEL PAPA LATAR.

LATAR

LATAR TEMPAT 1. Latar tempat di sekitar Kuala Lumpur. 2. Rumah Cikgu Jeffri, iaitu rumah semi-D, rumah kembar dua yang terletak di PJ. 3. Tempat yang pernah dikunjungi oleh Cikgu Jeffri bersama Intan Maliana ialah Jalan Klang Lama di restoran. 4. Latar tempat di Kelana Jaya, Jalan SS 7/55 ialah rumah Aisyah. 5. Mama pernah menghantar Cikgu Suzie yang menumpang kereta mama di Seksyen 14. 6. Sekolah Seri Gading tempat mama dan papa bekerja. 7. Mama melahirkan anak kedua di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras. 8. Julia membeli buku bersama- sama Rasylan di kedai buku di Jalan Tunku Abdul Rahman. 9. Tempat persinggahan Julia dan Rasylan membeli buku sebelum hujung minggu di kedai buku MPH di Mid Valley. 10. Di restoran A&W di Seksyen 17 merupakan latar tempat Julia menemani Rasylan yang teringin makan buger. 11. Asrama Kolej Matrikulasi UIA tempat Julia melanjutkan pelajaran selepas SPM. 12. Setelah tamat di matrikulasi, Julia dan Rasylan tinggal di asrama UIA di Gombak.

LATAR MASA 1. Dalam tempoh empat tahun. Kisah bermula ketika Julia berada di tingkatan empat sehingga tamat tahun pertama di UIA apabila mama meninggal dunia. 2. Latar masa keadaan di Kuala Lumpur yang sudah mempunyai sistem pengangkutan LRT, bas Intrakota, dan juga kemudahan belajar seperti UIA. 3. Latar masa waktu petang. 4. Latar masa waktu pagi.

LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat Melayu golongan menengah di Kuala Lumpur iaitu golongan berpendidikan tinggi dan bekerja sebagai kakitangan awam seperti guru dan pensyarah. 2. Masyarakat usahawan yang digambarkan yang tinggal di kawasan perumahan mewah di Seksyen 7 Kelana Jaya. 3. Latar masyarakat yang beragama Islam. 4. Latar masyarakat yang memilih jenama seperti mengujungi restoran berjenama seperti Starbucks Coffee atau A&W Drive-in. 5. Latar masyarakat yang setia dan sanggup berkorban dalam percintaan. Contohnya, Lia amat menyayangi suaminya dan berkorban untuk mengandung lagi kerana mahu memenuhi permintaan suaminya. 6. Latar masyarakat guru yang bertugas di sekolah menengah. 7. Latar masyarakat remaja yang berjuang dalam bidang pelajaran. 8. Golongan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas dan tidak dapat menghadapi cabaran godaan nafsu. 9. Pelbagai masyarakat contohnya, masyarakat melayu, masyarakat arab, bangsa Indonesia dan anak Pan Asian.

You might also like