You are on page 1of 5

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ABM DAN BBM SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH. CHE HAFIZIE BIN CHE HASSAN FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan ABM dan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat bantu mengajar yang berkesan bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Penyelidikan telah dijalankan secara soal selidik kepada sampel pelajar seramai 40 orang iaitu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan juga menunjukkan penggunaan alat sebenar dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar serta dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan bagi memberikan keberkesanan yang lebih baik dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Kata kunci : ABM dan BBM sebagai alat bantu mengajar dengan berkesan. BAB 1 Pengenalan Penguasaan ilmu kemahiran yang banyak merupakan satu kelebihan yang besar dalam kehidupan seseorang kerana membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang pekerjaan. Guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk dan menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup. Pernyataan Masalah. Merupakan salah satu matapelajaran yang sukar dan susah untuk difahami apatah lagi untuk dikuasai sekiranya teknik pembelajaran dan pengajaran yang berkesan tidak dipraktikkan. Kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup adalah berpunca daripada kelemahan pelajar untuk membuat andaian, intuitif dan gambaran visualisasi bagi topik yang melibatkan kemahiran dan penggunaan anggota badan. Penggunaan ABM dan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi kandungan pembelajaran. Objektif Kajian. 1) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan alat ABM dan BBM dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. 2) Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penggunaan ABM dan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. 3) Mengenalpasti jenis alat ABM dan BBM yang sesuai di gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

Persoalan Kajian. 1. Adakah penggunaan alat ABM dan BBM sebagai alat yang berjaya menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup? 2. Adakah penggunaan alat ABM dan BBM akan membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya? Hipotesis Kajian. Bagi persoalan 1, hipotesis kajian adalah seperti berikut: 1. H1 : Penggunaan alat ABM dan BBM berjaya menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Bagi soalan 2, hipotesis kajian adalah seperti berikut: 2. H2 : Penggunaan alat (ABM) dan BBM membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya. Kesignifikan Kajian KBSR dan KBSM menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dengan berbantukan alat bantu mengajar. Boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepada pihak sekolah, guru, dan pelajar. 1) Guru pula dapat menggunakan hasil dapatan. 2) pelajar, kajian dapat membantu pelajar memahami kandungan pembelajaran. Batasan Kajian 1) Membataskan hanya dijalankan kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian ini tidak terlalu meluas. 2) Meninjau tentang keberkesanan penggunaan alat (ABM) dan BBM dalam menarik minat pelajar dan mengukuhkan kefahaman pelajar. Definisi Istilah Keberkesanan = Perihal keberkesanan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1991). Pelajar = Individu yang selalu menerima bimbingan daripada guru. Pengajaran = Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran = Proses mendapat, mengembang, dan menyerap kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk maklumat, konsep dan idea melalui pengalaman dan aplikasi (Borman dan Levine, 1996). Alat bantu mengajar = Kelangkapan untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Pengenalan Penggunaan alat (ABM) dan BBM yang berkesan dapat membolehkan menarik minat dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Pelajar dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari oleh guru. Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Kemahiran Hidup. Pelajar lemah dan tidak berminat mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup disebabkan tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar. Mereka tidak dapat membayangkan secara intuitif perkaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan keadaan yang sebenar. Penggunaan alat yang sebenar dalam pengajaran, pelajar akan lebih memahami dengan mendalam apa yang disampaikan. Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah (Kamaruuin Hussin, 1986, m/s 133). Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Kemahiran Hidup. Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukan bimbingan daripada orang disekeliling pelajar. Menurut Abu Zahari, (1988, dalam Rohani Kasmani, 1999, m/s 5), mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan ABM dan BBM yang berkesan dan mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkaitan Penggunaan Alat (ABM) dan (BBM) Dengan Kefahaman Konsep Matapelajaran Kemahiran Hidup. Boleh digunakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran. Dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Daya kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi berbanding hanya dengan tertumpu kepada teks dan bahan paparan saja.Membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan cara pendedahan dan pengalaman yang betul.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan. Menggunakan pendekatan kuantitatif soal selidik untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd Majid Konting (1993), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden. Penyelidik juga akan mendapat tindak balas yang seragam daripada responden. Reka Bentuk Kajian Untuk mendapatkan maklumat dan mengawal varians. Data-data kajian diperolehi dengan cara soal selidik. Segala maklumat yang diterima akan ditafsir secara kuantitatif. Reka bentuk kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara berikut: 1) Adakah penggunaan alat(ABM) dan (BBM) yang di laksanakan berjaya menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah? 2) Adakah penggunaan alat (ABM) dan(BBM) akan membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah dan mengaplikasikannya? Populasi Dan sampel Kajian Bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan alat ABM dan BBM. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Responden yang dipilih adalah pelajar yang mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup yang dibuat secara pilihan rawak. Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuankajian. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik. Menurut Majid Konting (1998), penggunaan borang selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Soalan adalah berbentuk pilihan dengan menggunakan skala likert. Lima peringkat darjah kesetujuan terhadap soal selidik telah dikemukakan, iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP), setuju (S), dan sangat setuju (ST). Prosedur Kajian. Penyelidik perlu mendapatkan pandangan daripada orang yang lebih arif terlebih dahulu untuk menjalankan proses soal selidik. Penyelidik menjalankan uijian soal selidik di dalam kelas. Penyelidik memberi sedikit penerangan yang berkaitan untuk menjawab soalan tersebut.

Analisis Data

Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan alat ABM dan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya dikumpulkan dan disemak oleh pengkaji bagi memastikan pelajar telah menjawab dengan lengkap. Data yang dipungut daripada soal selidik akan dianalisa. Bahagian memerlukan responden menjawab dengan menggunakan skala likert. STS 1 TS S TP 2 3 4 SS 5

BIBLIOGRAFI Adiana Said (2005). Pembangunan Dan Pengujian Keberkesanan Modul Multimedia Bertajuk Ikatan Kovalen. Tanjung Malim : Perak. Atan Long (1998). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd. Blake, J.A Dan Champion, D.J. (1976). Method And Issues In Social Research. New York : John Wiley And Sons. Borman, S & Levine, J. (1996). A Practical Guide To Elementary Intstruction : From Plan To Delivery. Boston : Allyn & Bacon. Cheong Lai Fong (2000). Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Secara Inkuiri Penemuan Dalam Penguasaan Konseo-Konsep Fizik Berbanding Dengan Bab Keelektromagnetan Di SMK ST. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak. Tesis. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn. Bhd. Kamus dewan edisi kedua (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus dewan edisi ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus dewan edisi ketiga (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Konsep & Prosedur. Selangor : Prentice Hall. Maimun Aqasha (1991). Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi UIA. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Bangi : UKM Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Deawan Bahasa Dan Pustaka. Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Moon, B (1985). Introducing The Modular Curriculum To Teachaers. Moon, B. (Pernyataan) Kurikulim Modular. London : Paul Chopman. Mok Soon Sang (2008). Murid Dan Alam Belajar. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Musa Daia (1978). Prinsip Am Pendidikan. Kota Bharu : Kelantan Press Sdn. Bhd. Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Jahor, Malaysia

You might also like