You are on page 1of 20

Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum

PENDAHULUAN

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan

pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

DEFINISI

Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan 'laluan atau laluan-laluan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

Frank Bobbit (1918), dalam buku 'The Curriculum' menghuraikan kurikulum sebagai: 1. keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah,

terumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau 2. digunakan satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar oleh sekolah Konsep untuk beliau melengkap menekankan dan menyempurnakan pemupukan

pendedahannya.

kepada

perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

John Dewey (1902, halaman 5) dalam bukunya 'The Child and The Curriculum' merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini. Pembentukan kurikulum menekankan kepentingn dan keperluan masyarakat. Beliau

selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' (1916, halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kearah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan individu.

Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut:

urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001)

isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah

sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996)

pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalam hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh

kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah

kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan

pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)

Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai : Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. kurikulum mengandungi dua aspek: 1. sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2. kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai: 'program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan

kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan'

JENIS-JENIS KURIKULUM

Terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. 1. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan

rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983) 2. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atau tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosio ekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

FAKTOR-FAKTOR KURIKULUM

YANG

MEMPENGARUHI

PEMBENTUKAN

1.

Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (PPK, 1988)

Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah;

i.

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti

penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv.

Program

pendidikan

yang

menitik

beratkan

pendidikan

umum

diperkenalkan. v. vi. vii. viii. ix. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. xi. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. (Kamaruddin Haji Husin, 1994)

2.

Kehendak Masyarakat

Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.

Hilda Taba (1962: 24) menyatakan: "It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring."

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar

terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.

Masyarakat

mengkehendaki

murid-murid

mempelajari

kemahiran-

kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.

KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid: menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis.

menguasai kemahiran mengira menguasai Bahasa Inggeris membina dan memupuk akhlak yang mulia meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam dapat bergaul dalam masyarakat mengembangkan bakat dan daya kepimpinan

3.

Faktor Politik

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya Curriculum Planning menyatakan: Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya Curriculum Development: A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan

perkembangan sesuatu kurikulum.

Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu

10

bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan untuk menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktivitiaktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan boleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

4.

Faktor Pembangunan Negara Dan Perkembangan Dunia

11

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962): Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

5.

Faktor Perubahan Sosial

12

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Jika masalah ini tidak dibendung dengan segera, pastinya boleh merosakkan dan menghalang pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu

perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

6.

Faktor Perancang Dan Pelaksana Kurikulum

13

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak

menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid

(Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum, perancang harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum. Perancang dan Pelaksana kurikulum merupakan orang yang penting dalam penggubalan atau

pembentukan kurikulum

14

7.

Faktor Murid, Kehendak, Dan Keperluan Masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurangkurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.

15

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan muridmurid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

8.

Faktor Perkembangan Ilmu Dan Kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.

16

Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya,

memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi

keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri.

9.

Pengaruh Psikologi Pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa kurikulum dalam bidang kemahiran perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli fahaman perkaitan menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini terhadap sekolah ialah kurikulum dalam bidang kemahiran seperti matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi (Nik Aziz Nik Pa, 1992).

17

KESIMPULAN

Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.

Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas yang mengandungi: menganalisis, merekabentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.

Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal.

Pembentukkan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh polisipolisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh.

18

PENUTUP

Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.

Sebenarnya,

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

pembentukan

dan

[perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi

perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.

19

BIBLIOGRAFI

1. Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. 2. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. 3. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. 4. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. 5. Mohd. Daud Hamzah(1995). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP. 6. Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World. 7. Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company.

20

You might also like