You are on page 1of 26

Matlamat Pendidikan Islam

PENDAHULUAN Pendidikan membawa pengertian yang cukup luas. Ia meliputi hampir kesemua bidang aktiviti manusia daripada yang paling kecil seperti menjala ikan untuk dijadikan lauk hingga kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berfikir dalam bentuk individual ataupun secara kolektif. Boleh dikatakan, ia mencakupi bidang-bidang yang sama luasnya dengan tamadun sesuatu bangsa itu sendiri. Ini termasuklah bidang-bidang seperti falsafah, kesusasteraan, matematik, sains dan teknologi, pertukangan, ekonomi, agama, dan lain-lain. Jadi persoalannya, bagaimanakah sesuatu pendidikan itu mampu mencapai hasrat untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang ke arah kemajuan diri, masyarakat dan negara. Jawapannya adalah bergantung kepada isi kandungan kurikulum suatu mata pelajaran. Kandungan Kurikulum menentukan sama ada suatu mata pelajaran itu mampu mendidik individu untuk menjadi seseorang yang bukan sahaja dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kegunaan sendiri, malah dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Memandangkan betapa pentingnya kandungan kurikulum itu sendiri, maka pakar-pakar pendidikan telah menyediakan mata pelajaran-mata pelajaran yang difikirkan mempunyai kepentingan kepada masyarakat masing-masing. Jadi dalam konteks Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Dalam kurikulum ini, pendidikan agama (Islam) dan moral adalah dititikberatkan dan menjadi teras kepada mata pelajaran yang lain untuk memastikan matlamat

pendidikan negara yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai. Kurikulum yang perlu dimasukkan dalam pendidikan Islam seharusnya merangkumi semua usaha dan tujuan agar anak-anak Islam dapat dibentuk sebagai seorang individu yang soleh melalui penerapan nilai-nilai intelek, rohani, jasmani dan emosi yang seimbang agar mereka ini nanti mampu memikul tanggungjawab yang dituntut dalam ajaran Islam.

DEFINISI Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan rohaniah manusia. Ia berasaskan nilainilai Islamiah yang bersumberkan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Untuk mencapai matlamat tersebut, pendidikan akliah atau intelektual amat penting dalam mendidik akal. Ini kerana akal merupakan unsur paling berharga kepada manusia yang bertindak (berfikir) secara rasional tetapi kemampuannya agak terbatas. Fungsi tersebut telah dijelaskan dalam perkataan iqra yang mana keadaan akal sentiasa menerima bimbingan Allah. Oleh itu, pendidikan Islam menekankan peri pentingnya pengisian dalam melatih akliah manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), sifat ketaatan (taabbud) dan penyucian rohani (tazkiyyah). Dengan demikian, pendidikan akal atau mental tidak tersisih daripada nilai-nilai kerohanian. Pendidikan jasmani pula meliputi aspek fizikal dan mental.

Kedua duanya turut diberi perhatian dalam pendidikan Islam. Ia merangkumi kebersihan, kesihatan, kecergasan, kekuatan, keberanian dan disiplin. Ia bertujuan melahirkan insan yang sihat dan kuat untuk menjalankan kewajipan kepada Allah. Selain itu, pendidikan jasmani juga dilihat dari sudut kerohanian dan kejiwaan yang menitikberatkan pembersihan jiwa (tazkiyyah nafs) serta keluruhan budi pekerti melalui akhlak. Pendidikan yang berbentuk rohani atau spiritual juga penting dalam Islam iaitu dalam konteks hubungan manusia dengan Allah. Keyakinan kepada Allah menjadi asas dalam mencapai kejayaan kerana kekuatan rohani yang dimiliki oleh individu itu membawa kepada kekukuhan pendidikan fizikal, intelektual dan akhlak. Dengan itu, pendidikan Islam tidak akan wujud tanpa disertai pendidikan rohani. Maka bertitik tolak dari pengertian ini, Islam menekankan beberapa aspek tertentu yang perlu diutamakan dalam pendidikan Islam. Pendidikan Islam itu berlaku secara berterusan sama ada formal atau tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya terhad kepada pengajaran akademik tetapi juga bimbingan asuhan yang dilakukan oleh pendidik. Justeru, pendidikan Islam juga merupakan satu proses menerapkan nilai-nilai Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan insan, pembentukan dan pemasyarakatannya mengikut dasar-dasar yang digariskan oleh Allah serta membentuk sikap dan tingkah laku seseorang. Ia juga boleh dianggap sebagai suatu konsep yang mengandungi langkah-langkah dan kaedah-kaedah ilmiah yang dibawa oleh Islam bagi menjamin pembentukan peribadi yang sesuai dengan akidah Islam.

KONSEP DAN SIFAT PENDIDIKAN ISLAM

1.

Pendidikan yang tidak sama pengajaran tetapi merangkumi

ertinya dengan pembelajaran ditentukan sifatnya

atau oleh

kedua-duanya

pandangan hidup(Weltanschauung) sesuatu kebudayaan kerana ia merupakan alat terpenting untuk merealisasikan tujuan-tujuan dari pandangan hidup itu. Oleh kerana ruang lingkup agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan insan sebagai homo sapien, homo politicus, homo aeconomicus, homo religious, dan sebagaitheomorphic being (iaitu makhluk yang dapat mengenal Tuhan dan mencapai penghampiran denganNya ) maka pendidikan Islam mempunyai sifat yang serba merangkumi. 2. Kecenderungan tabi'e pendidikan Islam ialah menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al Quran dan Sunnah yang merupakan teras di dalam sistem pendidikannya dan kebudayaan Islam seluruhnya. Di dalam kebulatan dan kesatuan ilmu-ilmu itu akidah Islamiah yang menjadi pusatnya yang menentukan orientasi dan methodology dan matlamat ilmu-ilmu lain oleh kerana ia membicarakan soal-soal yang terpenting di dalam hidup manusia -- dari mana ia datang, apakah sifat manusia yang sebenar, untuk apakah ia dijadikan dan untuk apakah alam raya ini diciptakan, kemana ia akan pergi dan bagaimanakah seharusnya ia melakukan hubungan dengan Penciptanya dan bagaimanakah ia harus menjalani hidup di dunia ini. kebenaran-kebenaran mutlak yang terkandung di dalam "ilmu agama" (baik dalam bidang akidah, kerohanian, ibadah, akhlak, ilmu Al-Quran dan Hadith) mewarnai dan menjiwai seluruh pendekatan seorang Muslim kepada ilmu-ilmu lain seperti sains fizikal dan tabi'e, sains kemanusiaan dan sains kemasyarakatan.

3.

Konsep pendidikan yang unified ini yang berdasarkan kepada konsep ilmu yang integrated yang merupakan keistimewaan Islam berlawanan sekali dengan

aliran pemikiran yang memisahkan ilmu ke dalam dua "water-tigh compartments" yang tidak dapat di damaikan iaitu yang disebut di Barat sebagai "theology" dan "science" atau "religious knowledge" dengan "secular knowledge" atau faith dan knowledge. Pengkotakan yang "antagonistic" ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku di dalam teori pendidikan Islam, oleh kerana isi kandungan "theology" dan "science" di dalam Islam tidak mengkontradik satu sama lain malah ia bersifat isi-mengisi dan lengkap melengkapi. Kedua-duanya lahir dari outlook yang satu iaitu Tauhid. sebaliknya sejarah peradaban Barat dari zaman Pertengahan sampai kepada zaman moden menunjukkan pertarungan yang hebat "theology" dan "science" yang akhirnya dimenangi oleh science. Sebab permulaan timbulnya permusuhan itu tidak lain oleh kerana "theology" mengemukakan dogma-dogma yang anti-rasional yang hendak dipertahankan mati-matian walaupun akal waras sudah tidak dapat menerimanya lagi. Pertentangan itu berubah menjadi konflik antara "authority" dan "truth". Dengan terpisahnya gereja dari Negara, terpisahlah juga "science" dari "religion", sehingga berkembanglah sains di atas dinamismanya sendiri, lepas dan bebas"autonomous" dari segala norma-norma agama. Sekularisma atau faham keduniaan semata-mata menjadi fait accompli dalam tamaddun Barat dan ini membolehkan akal manusia Barat dengan scientific methodnya berkembang tanpa sekatan dari irrational dogmas lagi. Akhirnya akal yang tidak lagi dikendalikan oleh norma-norma transcendant (samawi) membawa para cerdik pandai kepada faham scientism atau pendewaan sains dengan segala akibat-akibat buruk yang dapat dilihat dalam zaman technocentric ini. 4. Selain daripada sifat kesatuannya, pendidikan Islam merangkumi pendidikan formal dan informal. Ia adalah pendidikan "sepanjang hayat". Di dalam pendidikan informal yang sangat berkesan ialah pendidikan di rumah tangga dalam lingkungan keluarga kerana di sinilah seorang Muslim mendapat asas-asas pembentukan peribadinya. Seterusnya pendidikan di dalam

masyarakat, melalui proses sosialisasi seorang Muslim, tidak kurang besar pengaruhnya di atas pertumbuhan peribadi Muslim. Pendidikan formal dan pendidikan informal di dalam Islam mempunyai pengaruh timbal balik dan hubungan yang complementary yang satu tidak dapat berdiri sendiri tanpa mengalami sesuatu ketidakseimbangan. Sejarah tamadun Islam menunjukkan bahawa bentuk pendidikan formal adalah biasanya responsive kepada perubahan zaman dan tingkatan kemajuan kehidupan sosio-politik masyarakat tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang asasi dalam pendidikan Islam. Adanya sistem halaqah di masjid-masjid, kitabkitab untuk mengajar membaca dan menulis, sekolah istana, "sekolah" kedai buku, kumpulan-kumpulan diskusi (literary salons) untuk cendiakawancendiakawan tertentu, madrasah-madrasah, pusat-pusat pendidikan atau universiti-universiti di dalam pendidikan formal Islam menunjukkan juga bahawa bentuk lahiriah adalah masalah yang tidak begitu penting dalam Islam, asal isinya mampu membentuk manusia-manusia yang benar-benar terdidik. Organisasi pengajian yang berbeza-beza itu juga menunjukkan perkembangan pendidikan Islam dari tahap yang simple kepada tahap-tahap yang lebih kompleks dan sophisticated.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Matlamat (al-ghoyah) pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh redha.

Tujuan serta matlamat dekat dan khusus (ahdaf) pendidikan Islam dirumuskan oleh Dr Abdur Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamat atau tujuan, iaitu matlamat yang bersifat fizik (ahdaf jismiyah, bersifat mental (ahdaf aqliyah) dan bersifat kerohanian (ahdaf ruhaniyah). Antara tujuan khas pendidikan Islam juga telah dikemukakan oleh alSyaibani, iaitu: (a) memperkenalkan generasi muda dengan aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, membiasakan mereka mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad-din; (b) menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri anak-anak terhadap din, termasuk prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia, menyedarkannya akan bidah, khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang yang melekat tanpa disedari, sedangkan Islam bersih; (c) menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan; (d) mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak, membentenginya dengan aqidah dan nilai-nilai syara serta membiasakan mereka menahan rang-sangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik; dan (e) membersihkan hati anak-anak daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci, kasar, zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk dan hina.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM MENURUT TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN 1. Syed M. Naquib al-Attas (2005), matlamat pendidikan Islam untuk

mempersiapkan manusia yang dapat berperanan dan menyesuaikan diri dalam masyarakat masingmasing. 2. Burlian Somad (1989), mengatakan bahawa Pendidikan Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam.

Tujuan pendidikan Islam seperti mana yang telah dinyatakan ialah untuk membentuk serta mewujudkan contoh peribadi yang baik atau peribadi yang sempurna. Sebagaimana Allah telah mengutus nabi Muhammad tidak lain adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dengan hidayah agama yang benar.

3.

Hassan langgulung (1997), mengatakan bahawa tujuan pendidikan menjalankan fungsi yang semuanya bersifat normatif. Pertama, untuk menentukan haluan bagi proses pendidikan, iaitu ke arah manakah ditujukan usaha manusia mendidik generasi muda, atau apakah corak manusia yang akan dihasilkan melalui pendidikan itu. Kedua, untuk merangsang dan mendorong seseorang supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai proses pendidikan, iaitu menilai pencapaian pendidikan itu sama ada berjaya atau tidak. Tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan, dapat dilihat melalui tiga peringkat iaitu, tujuan khas, tujuan am dan tujuan akhir. Al-Syaibany (1979), berpendapat bahawa matlamat pendidikan Islam akan dimulai dengan matlamat akhir terlebih dahulu, kemudian am dan matlamat khas.

a.

Tujuan Akhir Pendidikan Islam Tujuan akhir pendidikan Islam tidak diatasi oleh tujuan am dan tujuan khas. Tujuan akhir bersifat umum dan tidak terperinci. Berbeza daripada kedua-dua tujuan am dan tujuan khas yang bersifat kurang umum daripadanya. Pelaksanaan tujuan akhir tidak terhad kepada institusiinstitusi khas seperti sekolah, pondok dan masjid tetapi dilaksanakan juga di semua institusi masyarakat. Sebahagian pakar pendidikan Islam berpendapat bahawa tujuan akhir pendidikan Islam ialah perwujudan diri (sempurna kendiri). Maksud disini adalah jiwa atau roh, bukan jasmani; manakala perwujudan pula ialah usaha meningkatkannya supaya sampai ke alam malakut agar ia dapat berhubung dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T. Dengan kata-kata lain tujuan akhir pendidikan Islam ialah perkembangan menyeluruh personaliti manusia dalam aspek-aspek rohaniah, psikologikal, intelektual dan jasmaniah. Adapun tujuan akhir yang paling mencerminkan ciri pendidikan Islam ialah persiapan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat, iaitu usaha menyeimbangkan di antara kemestian kehidupan di dunia dengan kemestian kehidupan di akhirat.

b.

Tujuan Am Pendidikan Islam

Al-Abrasyi (1969:71) dalam kajiannya telah membuat lima kesimpulan tujuan am pendidikan Islam, iaitu : Persiapan untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Pendidkan Islam bukan hanya menitikberatkan soal akhirat semata-mata, atau urusan keduniaan sahaja, tetapi kedua-duanya sekali. Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan manfaatan, atau lebih dikenali sekarang ini dengan nama tujuan bidang vokasional dan professional. Menumbuhkan semangat ilmiah dan rasa ingin tahu pada pelajar yang memungkinkan ia mengkaji ilmu demi ilmu itu sendiri. Memperlengkapkan pengetahuan para pelajar dalam bidang-bidang profesional, teknikal dan pertukangan supaya dapat menguasai kerjaya dan kemahiran pekerjaan tertentu di samping memelihara aspek-aspek kerohanian dan keagamaan. Nahlawy (1963:67 ) merumuskan empat tujuan am dalam pendidikan Islam iaitu : Pendidikan akal dan persiapan fikiran. Allah menyuruh manusia merenungi kejadian langit dan bumi agar manusia beriman kepadaNya. Mengembangkan potensi dan bakat semula jadi pada kanak-kanak. Islam adalah ajaran fitrah. Ajarannya tidak terasing daripada tabiat semula jadi manusia, bahakan ia sesuai fitrah kejadian manusia; tidak ada kerumitan atau perkara luar biasa. (Surah a-Rum ayat 30)

10

Memberikan kekuatan dan potensi generasi muda dan mendidik mereka sebaik-baiknya, sama ada lelaki ataupun perempuan.

Berusaha untuk menyeimbangkan segala potensi dan bakat manusia. (1961:102) pula menyenaraikan beberapa tujuan am

Al-Buthi

sebagaimana yang berikut : Untuk mendapatkan keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan seksaan-Nya serta mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada-Nya. Tujuan ini dianggap tujuan induk daripada semua tujuan pendidikan Islam. Memupuk rasa cinta akan tanahair pada diri manusia berdasarkan agama Islam untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya. Mewujudkan ketenteraman jiwa dan aqidah yang teguh, penyerahan dan kepatuhan yang ikhlas kepada Allah S.W.T. c. Matlamat khas Maksud tujuan khas ialah perubahan-perubahan yang diingini, yang merupakan bahagian yang termasuk di bawah setiap tujuan am pendidikan. Di antara tujuan-tujuan khas yang mungkin dimasukkan di bawah tujuan am untuk menimbulkan semangat beragama dan berakhlak ialah : Memperkenalkan aqidah Islam dan dasarnya

11

Menimbulkan kesedaran yang betul pada diri pelajar terhadap agama Menanamkan keimanan kepada Allah Pencipta Alam Membersihkan hati mereka daripada sifat-siata yang buruk

Tujuan pendidikan Islam yang telah disenaraikan sama ada pada peringkat tujuan akhir, peringkat tujuan umum, atau peringkat tujuan khas; walaupun kesemua tujuan itu bersumberkan asas ajaran Islam al-Quran dan asSunnah tetapi ia telah diungkapkan dalam bahasa moden dan dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah dan dalam konteks persekolahan moden.

MATLAMAT PENDIDIKAN MENURUT AS-SUNNAH Fakta bahawa pendidikan Nabi Muhammad saw, dijadikan Allah sebagai pandidikan yang terbaik didukung oleh al-Quran yang mengesahkan kedudukan Rasulullah yang sangat mulia (akram), teladan yang paling baik (QS al-Ahzab 33:21; QS al-Hujurat 49: 13; dan QS al-Qalam 68:4). Hal ini kemudian disahkan oleh hadis Nabi yang menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia : Innama buisthtu liutammima husna al-akhlaq. Hadis ini ditemui dalam Muwatta Imam Malik dan Musnad Ahmad ibn Hanbal; ditulis dalam A. J. Wensinck dan J. P. Mensing, Concordance et Indices de la Tradition Musulmane, 7 jil (Leiden: E. J. Brill, 1943), 2: 75. Mohammad Natsir (1973), berpendapat bahawa matlamat pendidikan Islam sebenarnya adalah sama dengan tujuan hidup kita iaitu menghambakan diri kepada Allah dan menjadi hambaNya.

12

Hanafi Mohammed (1996), pula mengatakan bahwa matlamat pendidikan menurut al-Quran dan as-Sunnah ialah mendidik manusia dengan seruan menyembah Allah dan mentauhidkanNya sebagai Pencipta yang mengatur dan mengurus kehidupan manusia dan segala makhluk lain di alam ini. Ia juga mengajak dan mengajar manusia agar bertakwa kepada Allah dengan memelihara dirinya baik secara individu atau dalam hidup bermasyarakat. Pandangan di atas dikuatkan lagi dengan pendapat Abd. Halim ElMuhammady (1993), dimana beliau mengatakan bahawa Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber utama al-Quran dan as-Sunnah. Dan didukung pula oleh pendapat para pakar pendidikan, diantara ialah : 1. Untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilam, beramal sholeh dan berakhlak mulia. (http://www.japim.edu.my/bkpim/pikbsr.pdf). 2. Untuk membentuk akhlak yang mulia. Dari dahulu hingga sekarang umat Islam telah bersetuju bahawa pendidikan akhlak adalah inti pendidikan Islam, dan untuk membentuk akhlak yang sempurna adalah tujuan pendidikan yang sebenarnya (Al-Abrasyi, 1969:71) . 3. Matlamat pendidikan Islam Meninggikan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah yang diredai oleh-Nya (Al- Buthi, 1961:102 ).

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

13

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai: "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics" Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah yang sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsafah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi

14

sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam. Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991). Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya". Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah" Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah.

15

Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran. Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain. Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang

berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh. Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam.

16

Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan,

Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi. Jadi, berdasarkan falsafah Pendidikan Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum Pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.

METODOLOGI PENDIDIKAN ISLAM Metodologi merupakan hal yang sangat penting dalam Pendidikan Agama Islam. Metode adalah suatu cara mengajar, yang berfungsi sebagai alat untuk mencapai tujuan pembelajaran. Semakin baik metode yang digunakan, maka akan semakin efektif dan efisien pula pencapaian tujuannya. Dalam metode mengajar, faktor guru, siswa, bahan yang akan diajarkan, situasi, sarana, prasarana, serta pembimbing lainnya sangat besar pengaruhnya. Dengan banyaknya faktor-faktor yang mempengaruhi di dalam penggunaan suatu metode, maka sebenarnya cukup payah bagi seorang guru untuk menetapkan metode yang paling baik dan harus dipakai di dalam pembelajaran Pendidikan Islam agar pembelajaran tersebut dapat membuahkan hasil.

17

Metodologi, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (Depdiknas, 2002:741), bererti ilmu tentang metode; huraian tentang metode. Sedangkan metode, menurut kamus yang sama (2002 : 740), membawa errti : Cara teratur yang digunakan untuk melaksanakan suatu pekerjaan agar tercapai sesuai dengan yang dikehendaki; cara kerja yang bersistem untuk memudahkan pelaksanaan suatu kegiatan guna mencapai tujuan yang ditentukan. Sedangkan metode mengajar, Zuhairini dkk. (1981:68) memberikan definisi sebagai Metode mengajar adalah: merupakan salah satu komponen dari pada proses pendidikan. merupakan alat mencapai tujuan, yang didukung oleh alatmerupakan kebulatan dalam suatu sistem pendidikan. alat bantu mengajar.

Bertitik tolak dari pengertian metode mengajar tersebut, Zuhairini dkk. (1981:69) merumuskan pengertian Metodologi Pendidikan Islam seperti berikut: segala usaha yang sistematik dan pragmatik untuk mencapai tujuan pendidikan agama, dengan melalui berbagai aktiviti dan kaedah, baik di dalam mahupun di luar kelas dalam lingkungan sekolah. Seorang guru dituntut untuk mampu mengeksploitasikan berbagai metode yang relevan. Untuk pembelajaran seperti solat misalnya, seorang guru harus mampu menggunakan metode ceramah, soal jawab, latihan, serta harus memberi teladan bagi anak didiknya. Menurut ajaran Islam, melaksanakan pendidikan agama adalah merupakan perintah dari Allah dan ibadah kepadaNya. Oleh sebab itu harus dilakukan dengan sebaik-baiknya oleh guru.

18

Seorang guru harus sentiasa membekalkan dirinya dengan berbagai kemampuan. Kemampuan daya intelektual dan disiplin, serta keperibadian dan akhlak mulia harus dimiliki oleh seorang guru. Teladan yang mutlak harus dimiliki oleh guru agar ia dapat berperanan sebagaimana yang dituntut sebagai seorang pendidik atau guru Pendidikan Islam. Pendidikan merupakan perintah Allah SWT, kerana itu Allah SWT telah banyak memberikan petunjuk tentang kependidikan ini. Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang merupakan wahyu yang pertama kali turun kepada Nabi Muhammad SAW, begitu sarat dengan petunjuk-Nya tentang pendidikan. Ayat pertama surah ini merupakan perintah membaca (Iqra .) Membaca merupakan salah satu aktiviti dalam pendidikan yang tidak dapat diabaikan, iaitu sama ada membaca bahan yang bercetak, mahupun membaca fenomena alam secara pengalaman hidup. Erwati Aziz di dalam bukunya, Prinsip-prinsip Pendidikan Islam ( 2003:2), mengungkapkan bahawa para ahli pendidikan Islam, seperti Hasan Langgulung, Muhammad Fadhil Jamali, dan Fathiyah Hasan Sulaeman, sentiasa memasukkan wahyu pertama ini sebagai ayat pendidikan. Mereka juga mengemukakan bahawa gaya bahasa dan ungkapan ayat-ayat Al-Quran menunjukkan bahawa ia mengandungi nilai-nilai sistem pendidikan atau disiplin ilmu yang pelbagai sesuai dengan sasaran yang dihadapinya. Salah satu ayat yang banyak mengandungi dengan nilai metodologi iaitu Surah An-Nahl ayat 125: Serulah

(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.... .

19

Pada bahagian ayat sedangkan pada bahagian (Abu Ahmadi, 1976:28).

adalah mengajarkan agama, itu adalah disiplin pendidikan

Salah satu disiplin pembelajaran Pendidikan Islam adalah pembiasaan dan pengamalan; sebuah disiplin pendidikan yang diisyaratkan secara tersirat di dalam Surah Al Alaq. Pada masa turun wahyu tersebut perintah iqra diulangulang oleh Malaikat Jibril. Latihan dan pengulangan yang merupakan disiplin pendidikan secara latihan untuk memahami suatu konsep pelajaran termasuk dalam disiplin pendidikan ini. Dalam pengamalan ajaran agama, pembiasaan ini sangat penting, kerana bila sudah terbiasa melakukannya dengan baik sejak kecil akan payah untuk berubah dari kebiasaan tersebut. PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM Memang tidak diragukan bahawa pengajaran mengenai prinsip-prinsip dasar pendidikan banyak terkandung dalam ayat-ayat al Quran dan hadits nabi. Dalam hal ini pendidik sejati atau Maha pendidik itu adalah Allah SWT yang telah menciptakan fitrah manusia dengan segala potensi dan kelebihan serta menetapkan hukum hakam pertumbuhan, perkembangan, dan interaksinya, sekaligus jalan yang harus ditempuh untuk mencapai tujuannya. Prinsip prinsip tersebut adalah sebagai berikut:

Pertama: Prinsip Integrasi. Suatu prinsip yang seharusnya difahami dan diikuti adalah bahawa dunia ini merupakan jambatan menuju kampung akhirat. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri secara sempurna

20

merupakan hal yang tidak dapat dielakkan agar masa kehidupan di dunia ini benar-benar bermanfaat untuk bekalan yang akan dibawa ke akhirat. Perilaku yang terdidik dan nikmat Allah SWT apapun yang didapati dalam kehidupan seharusnya diabdikan untuk mencapai kelayakan itu, terutama dengan mematuhi keinginan Allah SWT. Allah SWT berfirman, Dan carilah pada apa dari yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu kenikmatan duniawi... (QS. Al Qoshosh: 77). Ayat ini menunjukkan kepada prinsip integrasi di mana diri dan segala yang ada padanya dikembangkan pada satu arah, yakni kebajikan dalam rangka pengabdian kepada Allah SWT. Kedua: Prinsip Keseimbangan. Kerana ada prinsip integrasi, prinsip keseimbangan merupakan suatu kemestian, sehingga dalam pengembangan dan pembinaan manusia tidak ada kepincangan. Keseimbangan antara material dan spiritual, unsur jasmani dan rohani. Banyak ayat al-Quran Allah menyebutkan iman dan amal secara bersamaan. Tidak kurang dari enam puluh tujuh ayat yang menyebutkan iman dan amal secara bersamaan, secara tersirat menggambarkan kesatuan yang tidak terpisahkan. Diantaranya adalah QS. Al Ashr: 1-3, Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

Ketiga:

Prinsip Persamaan. Prinsip ini berakar dari konsep dasar tentang manusia yang mempunyai kesatuan asal yang tidak membezakan darjat, sama ada antara jenis jantina, kedudukan sosial, bangsa,

21

mahupun suku, ras, atau warna kulit. Sehingga anak kecil sekalipun mendapatkan hak yang sama dalam pendidikan. Nabi Muhammad SAW bersabda: Siapapun di antara seorang laki laki yang mempunyai seorang budak perempuan, lalu diajar dan dididiknya dengan ilmu dan pendidikan yang baik kemudian dimerdekakannya lalu dikahwininya, maka (laki laki) itu mendapat dua pahala (HR. Bukhari). Keempat: Prinsip Pendidikan Seumur Hidup. Sesungguhnya prinsip ini bersumber dari pandangan mengenai keperluan dasar manusia dalam kaitan pembatasan diri manusia di mana manusia dalam sepanjang kehidupannya akan menghadapi berbagai cabaran dan dugaan yang dapat menjerumuskan dirinya sendiri ke jurang kehinaan, jika mudah terpedaya. Dalam hal ini, manusia dituntut sentiasa bersikap kedewasaan yang berupa kemampuan untuk mengakui dan menyesali kesalahan dan kejahatan yang dilakukan, disamping selalu memperbaiki kualiti dirinya. Sebagaimana firman Allah, Maka siapa yang bertaubat sesudah kezaliman dan memperbaiki (dirinya) maka Allah menerima taubatnya.... (QS. Al Maidah: 39). Kelima: Prinsip Keutamaan. bukanlah Dengan hanya prinsip proses ini ditegaskan bahawa

pendidikan

mekanik

(membaikpulih)

melainkan merupakan proses yang mempunyai roh dimana segala kegiatannya diwarnai dan ditujukan kepada keutamaan-keutamaan. Keutamaan-keutamaan tersebut terdiri dari nilai nilai moral. Nilai moral yang paling tinggi adalah tauhid. Sedangkan nilai moral yang paling buruk dan rendah adalah syirik. Dengan prinsip keutamaan ini, pendidik bukan hanya bertugas menyediakan persekitaran belajar

22

bagi subjek pendidikan, tetapi lebih dari itu, iaitu turut membentuk keperibadiannya dengan perlakuan dan suri tauladan yang ditunjukkan oleh pendidik tersebut. Nabi SAW bersabda, Hargailah anak anakmu dan baikkanlah budi pekerti mereka, (HR. Nasai).

KESIMPULAN Seseorang guru hendaklah bersedia sebelum memasuki kelas

berhadapan dengan pelajar. Guru harus faham terlebih dahulu tujuan ia mengajar mata pelajaran berkenaan. Guru sentiasa bertanya kepada dirinya; Apakah sampai objektif pengajaran dan pembelajaran, dan apakah sampai tujuan yang tersirat di dadanya. Guru harus pastikan bahawa setiap kali ia masuk kelas ada suatu yang baru yang disampaikan atau, pelajar merasakan ada suatu yang baru setiap kali mengikuti kelas. Maka dengan ini pelajar tidak merasa jemu mengikuti kelas Pendidikan Islam, kerana mereka sentiasa dapat sesuatu yang baru. Guru juga patut renungkan, apakah ada kemungkinan besar tercapai matlamat pendidikan dalam masa sekian-sekian tahun dia menyampaikan pengajaran untuk melahirkan generasi Islam yang faham Islam dan mengamalkan Islam. Yang boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menghayati kandungan dan ajarannya. Jika ini berlaku, maka sejahteralah guru itu dunia dan akhirat. Hidupnya pasti bahagia dunia dan akhirat. Tidak terasa tertekan, tidak terasa lemah, tidak pernah merasa tidak cukup wang. Ia sentiasa kaya daripada orang lain, walaupun gajinya lebih kecil daripada orang lain. Yang dia rasa ialah perjuangannya belum cukup. Muaddib dan Daie. Pendidikan kepada anak-anak Islam perlu merangkumi aspek-aspek berikut: Inilah dia Muallim, Murabbi,

23

1. Pendidikan akal dan persiapan fikiran. Allah menyuruh manusia merenungi kepadaNya. 2. Mengembangkan potensi dan bakat semula jadi kanak-kanak. Islam adalah agama fitrah. Ajarannya tidak terasing daripada tabiat semulajadi manusia, bahkan ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia; tidak ada kerumitan atau perkara luar biasa. 3. Memberi kekuatan dan potensi generasi muda dan mendidik mereka sebaik-baiknya, sama ada lelaki ataupun perempuan. 4. Berusaha untuk menyeimbangkan segala potensi dan bakat manusia. kejadian langit dan bumi agar manusia beriman

PENUTUP Sekolah atau persekolahan merupakan sebuah institusi yang diwujudkan dengan tujuan melahirkan individu-individu berguna, berwibawa serta dapat mencapai apa yang dikehendaki. Dalam konteks pendidikan Islam, berguna yang dimaksudkan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, bangsa, agama mahupun negara. Berwibawa pula membawa pengertian seeorang itu mampu memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan, sama ada tanggungjawab itu diberikan oleh orang lain mahupun diperintahkan oleh Allah S.W.T. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, Insya-Allah anak-anak Islam akan menjadi seorang yang berkebolehan dari semua segi. Justeru itu, untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, individu-individu khususnya anak-anak Islam perlu diajar dengan kurikulum yang sesuai dan dapat memenuhi tuntutan agama kita agar mereka ini akan lahir sebagai seorang insan mukmin yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga masyarakat, negara

24

dan paling penting untuk agama. Oleh demikian, adalah diharapkan agar orang muslim, khususnya murid-murid mengambil peluang yang ada untuk mempelajari ilmu yang disampaikan kerana ilmu itu adalah sunnah dan ajaran Rasulullah, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Apa yang dibawa oleh rasul hendaklah kamu mengikutinya, sedang yang dilarang, hendaklah kamu menjauhinya. (al-Hasyr:7) Adalah diharapkan dengan adanya kandungan kurikulum pendidikan yang baik, matlamat untuk melahirkan insan mukmin yang soleh akan terlaksana.

BIBLIOGRAFI Al-Quran Al-Karim.

25

Al-Jamali, M.F (1972), Nahw Tauhid al-Fikr al Tarbawi fi al-Alam al Islami, Tunisia DRS. Sidi Gazalba (1978), Ilmu Islam I, Perbahasan ilmu dan Filsafat Tentang Din Islam. Kuala Lumpur: Perusahaan Offset Bumikita Sdn. Bhd. Hasan Langgulung (1986), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibnu Khaldun (1968), Al-Muqaddimah. Kaherah: Lujnah al-Bayan al-Arabi. Jurnal Pelita Bahasa (Disember 1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Pelita Bahasa (Ogos 1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tafsir, Ahmad. 2002. Metodologi Pengajaran Agama Islam. Bandung: PT Remaja Rosdakarya. A. L. Tibawi, Islamic Education: Its Tradition and Modernization into the Arab National Systems. (London: Luzea & Co., 1972), ms, 207 Ahmad Syalaby, 1984. Islam dalam Timbangan. Alih bahasa oleh Abu Laela & Mohammad Tohir. PT. Al-Maarif. Jakarta. Dr. Haron Din, 2000. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor Darul Ehsan. Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2005. Pengantar Ilmu Hadis. Pustaka Salam Sdn, Bhd. Kuala Lumpur Dr. Yusuf Al-Qardhawy, 1998, As-Sunnah Sebagai Sumber Iptek dan Peradaban. Penerjemah : Setiawan Budi Utomo, LC., MBA., MSC.;_cet. 1_. Jakarta: Pustaka al-Kautsar Harun Arrasyid Hj. Tuskan, 2005. Himpunan Hadis Pilihan. Progressive Publising House SDN. BHD. Kuala Lumpur.
26

You might also like