You are on page 1of 32

Sumber Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran

PENDAHULUAN Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan amalan setiap detik bagi seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini, hendaklah diajar dengan tulisan Jawi. Bidang-bidang pembelajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui cara yang lebih menarik dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampu mengubah dan membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyai daya fikir yang cemerlang, berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur dan bersatu padu. Pengolahan yang demikian rupa hendaknya mampu menghasilkan tamadun ummah yang tinggi serta dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah direntas supaya wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai. Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan,

pemahaman, dan hafazan ayat alQuran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.

(a) DEFINISI Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alatalat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
2

tersebut ialah bahan

Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor. Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. Sumber-Sumber Pendidikan Islam merupakan asas dan prinsip utama di dalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Islam. Sumber utama Pendidikan Islam adalah satu sahaja iaitu wahyu Ilahi. Sementara wahyu Ilahi pula terbahagi kepada dua iaitu Al-Quranul Karim dan Hadis Sahih. Sementara itu di sana ada satu lagi sumber Pendidikan Islam yang menjadi rujukan umat Islam iaitu Ijmak Ulamak dan Qias yang berlandaskan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran dan al-Sunnah.

PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER

Pemilihan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk konsep yang tepat daripada isi pelajaran yang sedang disampaikan dengan menggunakan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak. Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku teks, kapur dan papan tulis sahaja. Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, TV, model, spesimen dan sebagainya. Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan.

JENIS-JENIS SUMBER Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta

mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumbersumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahanbahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada

proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.

JENIS-JENIS SUMBER

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

SUMBER BAHAN BERCETAK

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

SUMBER BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahan

teknologi

maklumat

merupakan

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu. Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh

menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisianperisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

SUMBER BAHAN MAUJUD Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains. Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

KRITERIA DALAM PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki

mengintegrasikan kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam

pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANGSANGAN Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak untuk mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria rangsangan yang terlibat ialah deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, bauan dan rasa. Kelimalima deria rasa ini perlulah dipupuk penggunaannya kepada murid-murid melalui aktiviti atau proses pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima deria yang sedia ada ini. Dalam menggunakan sumber atau bahan bantu pengajaran, semua deria ini dapat dilatih contohnya bagi deria penglihatan dan pendengaran, sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dari aspek Pendidikan Islam ialah dengan menggunakan tayangan video. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menunjukkan tayangan video tentang Rukun Islam, seperti aktiviti ibadat Haji di Mekah untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran muridmurid. Murid-murid dengan secara tidak langsung akan tertarik dan berminat

10

untuk melihat dan mendengar apa yang ditayangkan dalam video yang disediakan.

KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT Tujuan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Tidak dinafikan walaupun tanpa penggunaan sumber P&P dalam sesuatu proses pembelajaran, muridmurid masih boleh memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi dengan penggunaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka. Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya. Ini bermakna penggunaan sumber P&P juga adalah penting di mana kefahaman seseorang itu bergantung kepada sesuatu intstitusi tersebut. Dalam hal ini, sumber P&P akan bertindak sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman murid-murid. Di samping kefahaman yang diterima oleh murid-murid, mereka boleh melakukan interpretasi maklumat di mana mereka akan bertukar-tukar maklumat yang diperolehi sesama mereka. Dengan kata lain setelah murid-murid memahami sesuatu pelajaran, mereka boleh mengadakan perbincangan untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam diri masing-masing. Jadi dengan cara ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka di dalam

11

sesuatu subjek itu. Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman di mana mungkin terdapat maklumat yang tidak sampai kepada mereka semasa proses pembelajaran berlangsung, mereka akan mendapat penambahan maklumat tersebut daripada rakan-rakan diskusi mereka.

PENGEKALAN MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap individu mempunyai 8 jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan itu boleh digunakan untuk murid-murid belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis sumber P&P yang ada. Tujuan seterusnya penggunaan sumber P&P ialah untuk mengekalkan minat murid-murid terhadap sesuatu subjek dan juga untuk menarik tumpuan mereka melalui pelbagai jenis sumber P&P. Minat murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi subjek Pendidikan Islam boleh dipupuk sekiranya guru mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul. Guru perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber P&P juga dapat membantu dalam hal ini. Tumpuan murid-murid dalam proses P&P juga adalah penting dan untuk mencapai objektif ini guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi menjadikan murid lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas.

PENINGKATAN DAYA INGATAN Melalui pengetahuan sedia ada pada murid-murid, penggunaan sumber P&P dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara yang terdapat dalam subjek ini. Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan

12

dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Oleh itu guru yang mengajar seharusnya peka kepada keperluan muridmurid dengan mengetahui tentang latar belakang atau maklumat yang perlu. Guru perlu menggunakan sumber P&P dengan sebaik mungkin di mana selari dengan pengetahuan dan minat murid-murid. KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid. Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses P&P dijalankan, penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber P&P. Jadi untuk memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang maksima, guru boleh membuat penilaian dengan mengadakan soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman dan daya ingatan murid-murid tentang apa yang telah

13

dipelajari. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui sama ada objektif kelas pada hari itu telah tercapai ataupun tidak.

PENINGKATAN MOTIVASI Di dalam setiap kelas yang diadakan murid-murid perlu untuk

memusatkan perhatian mereka kepada apa yang diajar oleh guru. Tetapi untuk mengekalkan perhatian sepenuhnya adalah susah untuk dilakukan oleh muridmurid. Ini adalah disebabkan oleh keinginan murid-murid untuk menghadiri suatu proses pembelajaran itu yang semakin pudar. Jadi motivasi adalah perkara yang diperlukan untuk mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran. Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan murid-murid kurang keinginan untuk belajar. Mungkin kerana kaedah pembelajaran yang digunakan adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau mungkin juga kaedah pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik perhatian mereka. Jadi langkah penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan disertakan dengan pengelolaan oleh guru secara kreatif supaya murid-murid mempunyai motivasi sama ada melalui cara ekstrinsik mahupun instrinsik. Pengelolaan yang baik oleh guru terbukti dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. Penggunaan sumber P&P yang boleh digunakan ialah bahan bercetak di mana murid-murid sendiri yang menghasilkan bahan tersebut. Dengan cara ini murid-murid bukan sahaja mendapat pengetahuan serta maklumat yang perlu, malah mereka akan lebih sedar dan akan mendapat motivasi untuk terus meneladani contoh yang baik di mana ia akan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain.

14

PENINGKATAN KREATIVITI Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan salah satu tujuan penggunaan sumber P&P di sekolah. Ini kerana kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di mana aktiviti tersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada murid-murid. Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai. Dengan itu, secara tidak langsung murid-murid akan menerima input yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran mereka hasil daripada pendedahan yang diterima. Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui ideaidea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa ke semasa perlu juga memantau aktiviti murid-murid bagi melihat perkembangan mereka dan memberi sedikit tunjuk ajar untuk perkara-perkara yang perlu.

KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN Setiap murid-murid merupakan kanak-kanak yang tidak akan lengkap tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan keseronokan kepada diri mereka. Ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap kanak-kanak yang

15

normal. Jadi guru perlu mengambil berat tentang hal ini dan untuk proses pembelajaran yang berkesan guru perlu mendapat perhatian daripada muridmurid terlebih dahulu. Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Seseorang guru boleh mengubahsuai cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud. Permainan perlulah direkacipta bagi menimbulkan suasana yang seronok di dalam kelas kerana murid-murid mudah terangsang dengan aktiviti permainan. Contoh yang boleh diberi ialah permainan dart. Akan terdapat satu papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor bagi pemain yang membaling panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor yang tertentu dan jika murid-murid memanah mengenai mana-mana skor, murid tersebut perlu menjawab soalan berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam yang terdapat di sebalik skor yang diperolehinya. Markah akan dikira berdasarkan skor yang diperolehi hanya jika jawapan yang diberi adalah betul. Permainan ini adalah pengubahsuaian yang dilakukan untuk disesuaikan dengan proses pembelajaran di mana dapat menyampaikan isi pelajaran yang berkaitan tema yang dipilih. Soalan-soalan yang dipilih untuk diletakkan di sebalik skor perlulah menepati aras yang telah dipilih dan bersesuaian dengan tahap murid-murid. Permainan ini boleh dikatakan sebagai kuiz tetapi dalam cara yang berbeza yang lebih menarik perhatian murid-murid.

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Kemahiran interpersonal menurut pencetus Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat

16

serta hasrat orang lain dan kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain. Kemahiran ini memerlukan seseorang individu itu mampu berkomunikasi dengan baik di kalangan masyarakat yang berada di persekitaran. Dalam konteks ini murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan murid mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru. Kemahiran intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih berdisplin, beradab dan bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan tumpuan dari segi dalaman diri individu tersebut. Dalam konteks pembelajaran, murid-murid mempunyai kebolehan untuk menangani sebarang masalah peribadi mereka serta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Sumber P&P mempunyai pelbagai jenis di mana tidak dinafikan mampu menerapkan nilai-nilai murni serta dapat melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid-murid. Gerak kerja kumpulan adalah contoh aktiviti yang dapat mengasah kedua-dua kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal murid-murid. Contoh yang boleh diberikan ialah aktiviti melukis poster di mana ia melibatkan bahan maujud. Aktiviti seperti ini memerlukan kerjasama daripada murid-murid dan secara umumnya guru boleh melatih kemahiran interpersonal manakala kemahiran intrapersonal pula dapat dilatih dengan melihat sejauh mana penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti yang diadakan.

KEMAHIRAN PSIKOMOTOR

17

Kemahiran psikomotor merupakan kemahiran pergerakan di mana memerlukan murid-murid menggunakan semua anggota badan mereka untuk melakukan kerja. Terdapat banyak jenis pergerakan psikomotor tetapi adalah bergantung kepada guru untuk melatih mana-mana kemahiran psikomotor kepada murid-murid dengan menggunakan sumber P&P. Contoh yang boleh diambil dalam Pendidikan Islam, ialah daripada tema Rukun Islam yang ke lima di mana aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti amali seperti tawaf dalam ibadat haji. Di samping murid-murid dapat melakukan dan merasai sendiri aktiviti tawaf, mereka dapat juga menjaga kesihatan mereka dengan melakukan aktiviti yang melibatkan otot badan dan otot karvadiaskular. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan ialah sukaneka, riadah dan rumah terbuka. Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran psikomotor murid-murid. Melalui topik solat, guru boleh mengadakan aktiviti amali mengikut pergerakan sebenar dalam solat. Aktiviti ini melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak langsung kemahiran psikomotor dapat dilatih. Guru perlu memantau aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang perkara-perkara baru yang masih lagi asing bagi murid-murid. Aktiviti ini memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan muridmurid dapat mencapai objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan sumber P&P yag telah digunakan.

(b) DEFINISI Pengajaran Mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi,
18

motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan papan kapor, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain. Tempoh Pengajaran Mikro ialah antara 10-15 minit dan dilaksanakan dalam satu kumpulan 25-30 orang pelajar. Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Untuk memahami konsep pengajaran Mikro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro. Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan. Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan.

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO Pengajaran mikro dan makro membolehkan guru memahirkan diri dalam beberapa kemahiran tertentu seperti latihan teknik mengajar, menyoal, mengawal kelas, membuat penilaian dan sebagainya. Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi sesuatu tajuk.

19

Pengajaran makro pula adalah kemahiran mengendalikan seluruh sesi pengajaran bermula daripada set induksi sehinggalah penutup pengajaran. Sesi pengajaran mikro dan makro membolehkan guru-guru pelatih mendapat maklum balas secara serta merta dan dapat berbincang bagi mengatasi kelemahan-kelemahan semasa sesi pengajaran dijalankan, terutama jika pengajaran mikro itu dirakam. Sesi pengajaran mikro dan makro ini juga dapat mempertingkatkan keyakinan guru-guru pelatih untuk mengajar di dalam kelas sebenarnya. Melalui rakaman video, guru pelatih dapat menyaksikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri semasa mengajar, di samping mendapat maklum balas rakan-rakan seopsyen. Guru pelatih juga akan mendapat ulasan pensyarah yang memberikan bimbingan untuk membaiki pengajaran jika terdapat kekurangan atau kelemahan semasa sesi mikro atau makro dijalankan. Penilaian spontan selepas sesi mikro dan makro ini penting kepada guru pelatih kerana mereka mendapat keyakinan mengajar dan tidak mengulangi kelemahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, guru pelatih juga berpeluang melihat kekuatan dan kelemahan guru pelatih lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJARAN MIKRO Konsep Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan

20

kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. Tujuan Pelaksanaan pengajaran mikro akan; i. membekalkan situasi pelatih ii. iii. mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pengajaran yang realistik kepada guru

pembelajaran iv. v. meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan kemahiran spesifik. menilai

Pelaksanaan Pengajaran Mikro Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat 5-20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri.

21

Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:

Kitaran pengajaran mikro

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro 1. Kemahiran set induksi Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut: 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid

22

1.5.

meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar

1.6.

menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat. 1.7. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

2. Kemahiran menggunakan papan tulis Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu rancangkan bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar. 3. Kemahiran variasi ransangan Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru. 4. Kemahiran penyoalan Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar.

23

Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar. 5. Kemahiran menggunakan pengukuhan Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah. 6. Kemahiran penutup Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

PENGAJARAN MAKRO 1. PRINSIP PENGAJARAN MAKRO Antara prinsip pengajaran makro ialah: 1.1 Objektif pengajaran dan pembelajaran Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar. 1.2 Jumlah pelajar

24

Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar. 1.3 Strategi pengajaran Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. 1.4 Jangkamasa Pengajaran Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan. 1.5 Bahan pelajaran Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh. 1.6 Perbincangan dan refleksi Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran

25

guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas danpenglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya. 2. MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO 2.1 Memberi keyakinan kepada guru Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-gur baru. Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. 2.2 Menguasai kemahiran mengajar Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut setelah berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah. 2.3 Mengenal pasti potensi guru Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru penting sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin. 2.4 Mengenal pastti kelemahan guru

26

Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah, guru berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya . 2.5 Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama Dalam sesi pengajaran mikro, setiap guru pelatih akan

berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai guru atau pelajar. Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain. 3. CARA MELAKSANAKAN SESI PENGAJARAN MAKRO Sebelum melaksanakan pengajaran makro, adalah penting bagi

seseorang guru pelatih mengetahui konsep pengajaran mikro. Ini kerana, pengajaran mikro terkandung juga dalam pengajaran makro. Menurut Alien. D. dan Kyan K, pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula dan membuat komen sekali lagi. Semasa pengajaran makro dijalankan, konsep-konsep berikut perlu difahami. Ini kerana konsep tersebut terkandung semasa pengajaran makro dijalankan. 3.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah

27

menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Cara-cara memulakan set induksi ini seperti menggunakan alat-alat bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali dan sebagainya. Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu pelajaran. 3.2 KEMAHIRAN MENYEBARKAN PENYOALAN Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Kemahiran ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya. 3.3 KEMAHIRAN PENGURUSAN PAPAN HIJAU Kemahiran pengurusan papan hijau ialah kecekapan guru

merancang penggunaan ruang papan hijau dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling berkesan. Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru. 3.4 KEMAHIRAN PENGUKUHAN Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakansatu teknik motivasi kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik. Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal. Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal
28

pula merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya. 3.5 KEMAHIRAN PENUTUP Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan cara:3.5.1 Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau. 3.5.2 Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau. 3.5.3 Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid. 3.5.4 Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi. 3.5.5 Pujian kepada murid-murid yang berkelakuan yang baik. 3.5.6 Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran. 3.5.7 Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.

PENUTUP

29

Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan NorAini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan sumber dan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987).

30

BIBLIOGRAFI

1. Aninah Janang. (2007). Profesion Keguruan Semakin Malap? Dewan Masyarakat. (5). 2. Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 3. Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran & pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

31

5. Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 6. Mok Song Sang dan Lee Shok Mee. (1991 ). Pedagogi 3 Bahagian A Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 7. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaacub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 8. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmina Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 9. Zainudin bin Hassan,Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna,Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar& Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.

32

You might also like