You are on page 1of 35

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Penghargaan

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Projek bagi semester ini dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah yang serius. Walaupun tidak dapat melakukan dengan sempurna, sememangnya fitrah manusia sebegitu, namun kami telah mengembleng tenaga bagi menampilkan yang terbaik antara yang terbaik. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajjah Anisah Binti Harun dan Cik Nurhijrah Binti Zakaria, pensyarah pembimbing dan subjek Geografi Persekitaran ini kerana telah bertungkus-lumus tanpa mengira masa dan tenaga dalam membimbing kami dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini tanpa rasa jemu dalam memberikan bimbingan yang berterusan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya yang turut membantu dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua warga Pulau Langkawi, Kedah (kawasan kajian), rakan-rakan dan para pensyarah di Jabatan Pengajian Sosial yang sama-sama memberikan kerjasama yang jitu. Kami berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapat mempertingkatkan

pemahaman, pengetahuan dan pendedahan mengenai kegiatan ekonomi di Malaysia khususnya di Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian yang tertumpu di Pekan Kuah khasnya dalam aspek kegiatan ekonomi perkhidmatan pengangkutan darat. Dengan tugasan ini juga, kami dapat mendekatkan diri pada masyarakat setempat di samping melihat bagaimana pergerakan ekonomi negara yang amnya di kawasan pelancongan bebas cukai seperti Pulau Langkawi. Akhir kata, kami begitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk mendapatkan ilmu berkaitan kegiatan ekonomi di Pulau Langkawi. Insyallah ianya dapat dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina

suasana masyarakat yang holistik dengan menitikberatkan keadaan persekitaran yang melibatkan kegiatan ekonomi.

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Pengumpulan

Kaedah

Maklumat

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kami telah menggunakan beberapa kaedah.Antaranya adalah seperti berikut; i. PEMERHATIAN Melalui kaedah ini kami dapat melihat sendiri betapa pentingnya kemudahan pengangkutan darat bagi sesebuah pulau yang terpisah daripada tanah besar seperti Pulau Langkawi. Ini terbukti melalui pemerhatian kami terhadap jumlah kenderaan darat yang menjadi pilihan pelancong yang bekunjung ke sana.

ii.

TEMUBUAL Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai kegiatan ekonomi khususnya mengenai pengangkutan darat di Pekan Kuah dan kawasan Pualau Langkawi umumnya, kami telah mengambil inisiatif untuk menemubual pemandupemandu bas, kereta sewa, teksi dan juga van yang terdapat di Pulau Langkawi. Melalui kaedah ini kami berjaya mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan pengangkutan darat yang dijalankan oleh mereka di Pulau Langkawi selain turut berpeluang mengumpul data secara first hand. Dengan kaedah ini maklumat yang diperoleh lebih bersifat universal dan tepat. Borang instrument tembual respondan ada disertakan di bahagian lampiran.

iii.

KAJIAN KEPUSTAKAAN Selain daripda kaedah di atas, kami turut menggunakan kaedah kajian kepustakaan ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kegiatan ekonomi di Pulau Langkawi dengan lebih berautoriti dan sumber yang pelbagai. Banyak sumber yang kami teliti seperti laman sesawang, buku ilmiah, buku rujukan, pamplet dan sebagainya. Bahan-bahan ini dapat mengukuhkan lagi fakta dan hasil dapatan kajian yang kami lakukan. Disamping, menunjukkan kematangan dalam menghasilkan penulisan ilmiah mengenai kajian lapangan yang telah kami laksanakan ini.

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Pendahuluan

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

PENDAHULUAN

PEKAN KUAH

JETTY POINT

PETA 1: Peta menunjukkan kawasan kajian di Pulau Langkawi yang tertumpu di Pekan Kuah dan Jetty Point

Pulau Langkawi merupakan salah sebuah daerah di Negeri Kedah Darul Aman yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa. Ia terletak di latitud 621 U dan longitud 9948 T di utara Selat Melaka berhampiran Laut Andaman. Pulau ini boleh dihubungi melalui pengangkutan air dengan menaiki feri dari Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara. Asalnya, pulau ini didiami oleh masyarakat petani yang mengerjakan aktiviti pertanian berskala kecil dan nelayan tradisional yang menangkap ikan di kawasan persisiran pantai.

Pulau ini telah mengalami sejarah yang panjang dimana terkenal dengan Sumpahan Mahsuri serta pernah diserang dan dikuasai oleh Kerajaan Siam beberapa kali. Kini, Pulau Langkawi mempunyai penduduk seramai 85,336 orang (2004) dan Pekan Kuah merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan utama (Kedah Maju 2010, 2007).
6

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Nama Langkawi ialah kombinasi Lang dan Kawi yang diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu helang. Pada satu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi adalah bererti merah hati. Ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.Kawi juga bererti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi Hindu Jawa. Kawi dalam bahasa sankskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkkataan Helangkawi yang kemudian menjadi Langkawi. Pulau Langkawi telah mengalami pembangunan yang pesat dan dikenali sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia setelah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987. Jika dahulu, majoriti penduduknya bekerja dalam sektor pertanian sebagai nelayan dan petani, namun ia telah diambil alih oleh sektor perniagaan dan perkhidmatan. Segenap kawasan yang dahulunya mundur dan terasing daripada pembangunan telah bertukar wajah menjadi sebuah kawasan yang menjadi tumpuan pelabur dan pelancong.

Pihak kerajaan memberikan tumpuan yang serius terhadap Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka. Pelbagai agenda seperti pembentukan rancangan pembangunan, penyediaan infrastruktur, kemudahan, perkhidmatan, promosi dan pemasaran giat dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut. Pihak swasta menyahut seruan kerajaan dengan melakukan pelbagai pelaburan dalam

penyediaan kemudahan dan perkhidmatan meliputi penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, perniagaan dan pembangunan tarikan-tarikan baru. Ini disebabkan mereka berkeyakinan bahawa pelaburan yang dilakukan di pulau ini mampu menyumbangkan pulangan yang baik untuk perniagaan yang diceburi.

Nama pulau ini,

seindah kecantikan pantai dan alam semulajadinya. Pulau

Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Pulau utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pulau yang dikurniakan dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda dan misteri dari cerita burung besar dan garuda, pahlawan gagah perkasa dan puteri kayangan serta peperangan dan percintaan. Sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di dunia, pulau ini mempunyai ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran semulajadi stalagmit dan stalaktit. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti dan rekreasi air serta keindahan kehidupan marin.Di samping itu, terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi antaranya Padang Beras Terbakar,Tasik Dayang Bunting, Langkawi Cable Car, Kilim Geoforest Park, Underwater World dan lain-lain lagi. Projek Kerja Kurus Berasaskan Ilmu (KKBI Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah dianjurkan oleh Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi Persekitaran untuk meningkatkan kecekapan pelatih menjalankan kerja luar iaitu di Pulau Langkawi melalui pemerhatian dan mengumpul data mentah di tempat kajian. Program ini berlangsung pada 19-22hb Julai 2011 bertempat di Pekan Kuah, Pulau Langkawi. Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut , tempat ini diberi nama 'Kuah'. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Pengangkutan darat pula merupakan medium penting untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang ingin dituju. Contohnya, ke pusat membeli belah, ke tempat-tempat menarik dan juga berekreasi bersama keluarga. Perkhidmatan awam seperti bas dapat membawa penumpang dalam jumlah yang ramai, manakala kereta sewa dan teksi pula hanya terhad kepada empat atau lima orang sahaja. Selain daripada kegiatan pengangkutan darat, pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan di sekitar Pulau Langkawi, antaranya kegiatan perniagaan, perdagangan, perikanan pesisir pantai dan perikanan akuakultur, pelancongan, perindustrian dan sebagainya. Pelancongan merupakan sektor terpenting bagi kegiatan ekonomi Pulau Langkawi. Bahagian Pelancongan ditubuhkan bagi menjadikan dan memasarkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) juga mengendalikan segala hal-hal berkaitan pelancongan seperti pameran 'Langkawi International Maritime Aerospace Exhibiton' (LIMA), MATTA Fair, Festival Pelancongan, Ironman Langkawi serta yang paling terbaru ialah mempromosikan Langkawi Geopark di mata dunia. Promosi pelancongan telah diadakan di Berlin, Australia, Finland dan Dubai bagi memperkenalkan Langkawi. Kegiatan perniagaan runcit dan borong juga antara kegiatan yang pesat di Langkawi. Atas dasar Pulau Bebas Cukai, pelbagai barangan dijual dengan kadar bebas cukai seperti coklat, barangan tembakau, pinggang mangkuk, kereta, kain batik dan pelbagai lagi. Kompleks Gerai Kuah dibangunkan di bawah projek RM Ke8. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM1.47 juta di mana ia melibatkan pembinaan 21 unit gerai perniagaan di dalam sebuah kompleks perniagaan. Kadar harga sewaan bagi setiap unit gerai adalah sebanyak RM200. Ini mampu menarik pengunjung yang lebih ramai ke Pulau Langkawi khususnya ketika waktu cuti. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi, kemasukan pelancong ke Pulau Langkawi dalam tempoh 3 bulan pertama pada tahun 2011, seramai 631,669 orang pelancong.

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

1.0 Hasil
Dapatan Kajian
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Ciri-ciri pengangkutan darat Kepentingan pengangkutan darat di Pulau Langkawi Masalah-masalah yang dihadapi Langkah-langkah mengurangkan masalah yang dihadapi Kesan-kesan kegiatan pengangkutan darat terhadap alam sekitar Cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar Potensi masa depan kegiatan pengangkutan darat

10

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

1.1

CIRI-CIRI KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT

Pengangkutan disediakan untuk memudahkan pergerakan manusia dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.Manusia memerlukan pengangkutan untuk ke tempat kerja, membeli-belah, melawat dan berekreasi. Contohnya, pengangkutan penumpang seperti bas, kereta api, feri dan kapal terbang menyediakan kemudahan untuk bergerak. Di Pulau Langkawi sendiri terdapat banyak pengangkutan darat yang disediakan seperti bas, teksi, kereta sewa dan juga van. Pengangkutan darat memainkan peranan yang tersendiri di Pulau Langkawi.Hal ini demikian, kerana pelancong yang bertandang ke pulau ini tidak dapat membawa kenderaan persendirian mereka bersama. Oleh itu, mereka amat mengharapkan pengangkutan darat di Pulau Langkawi bagi meningkatkan tahap mobiliti mereka. Kami telah membahagikan ciri-ciri pengangkutan darat di Pulau Langkawi kepada dua; ciri-ciri am perniagaan serta etika dan sikap. Secara amnya, perusahaan berkaitan pengangkutan darat melibatkan pemandu-pemandu kenderaan darat seperti pemandu teksi, bas, van dan kereta sewa. Kawasan pasarannya pula tertumpu di kawasan yang memjadi tumpuan pelancong seperti Pekan Kuah. Di Pekan Kuah terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan

pengangkutan dan salah satu daripadanya adalah Syarikat Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Langkawi. Lokasinya terletak di tengah Pekan Kuah dan membolehkan pelancong mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dengan mudah. Selain daripada itu, kebanyakan pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut menyediakan perkhidmatan sewa dan pandu sendiri. Contohnya, Syarikat Sharom Leading Tours yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri. Perkhidmatan ini membolehkan para pelancong menyewa kereta tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu serta turut dikenakan bayaran yang tertentu.Dalam tempoh masa berkenaan, penyewa boleh ke mana sahaja yang diinginkan dengan dipandu sendiri oleh mereka.Bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis atau model kereta yang disewa. Berikut merupakan contoh borang yang diisi dalam talian bagi mendapatkan perkhidmatan penyewaan ini:

11

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

RAJAH 1: Contoh borang bagi menyewa kereta di Pulau Langkawi melaului kaedah on-line

Ciri-ciri am perusahaan pengangkutan darat di Langkawi turut menitik beratkan bilangan penumpang yang dapat dibawa dalam satu masa. Kebiasaannya, kenderaan darat di sana dapat membawa bilangan penumpang yang ramai seperti bas, teksi, kereta sewa dan juga van. Terdapat juga basikal yang disediakan untuk disewa, namun sambutan yang diberikan agak dingin. Namun demikian, kenderaan jenis ini menjadi pilihan pelancong yang datang dari luar seperti Eropah untuk digunakan bagi bersiar-siar disekitar tempat penginapan mereka. Disamping itu, para pemandu atau pengusaha yang terlibat dalam sektor pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut menganggotai persatuan tertentu bagi menjaga kebajikan serta kepentingan mereka sebagai pemandu. Sebagai contoh, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi / Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) Cawangan Langkawi. Pertubuhan ini telah menyediakan kaunter khusus bagi pelancong mendapatkan servis mereka. Para pelanggan akan dijemput oleh pemandu yang terdiri daripada ahli pertubuhan ini sahaja dan salah satu kaunter pertubuhan ini terletak di Langkawi Fair Shopping Complex. Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan dan persatuan yang terdapat di Langkawi boleh rujuk di Lampiran.

12

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Bagi etika dan sikap pemandu pula, ciri yang pertama adalah boleh dipercayai dan selamat. Mustahil bagi penumpang untuk menaiki teksi atau kenderaan awam lain yang mereka rasakan pemandunya tidak boleh dipercayai dan menggugat keselamatan mereka. Seterusnya, menepati masa pula merupakan salah satu aspek yang dicari oleh penumpang dalam perkhidmatan pengangkutan awam.Pengguna sudah bijak untuk memilih perkhidmatan yang tidak merugikan masa mereka dan apabila nilai ini tiada dalam diri seorang pemandu, maka pemandu itu sendiri akan mengalami kerugian apabila pelancong memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan mereka.Selain daripada itu, khidmat pengangkutan darat juga mestilah mudah untuk diperolehi seperti lokasi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Langkawi yang terletak di Pekan Kuah berhadapan dengan Hotel Bayview.Lokasi ini akan memudahkan para pelancong untuk mendapatkan servis mereka memandangkan tempat tersebut terletak di tengah-tengah Pekan Kuah, apatah lagi bagi pelancong yang menginap di Hotel Bayview. Perusahaan pengangkutan darat turut menuntut pemandunya untuk bersikap mesra terhadap pelanggan. Selain daripada itu, sikap prihatin dan bertimbang rasa turut menggamit para pelancong untuk menggunakan servis yang ditawarkan oleh mereka. Para pemandu pengangkutan darat di Langkawi turut terlibat dalam perkhidmatan awam yang mementingkan kecekapan serta profesionalisme. Segala tindakan yang diambil hendaklah difikirkan terlebih dahulu baik dan buruknya. Pemandu kenderaan darat juga perlu praktikal serta mengenakan kos yang berpatutan agar pelanggan yang menggunakan servis mereka berpuas hati. Kadar tambang teksi yang dikenakan dari Jeti ke destinasi-destinasi yang ingin dituju oleh penumpang dan juga kadar harga kereta sewa boleh dirujuk pada bahagian Lampiran. Harga kereta sewa bergantung pada jenis kenderaan. Namun, ianya boleh dirunding dengan pengusaha mahupun pemilik kenderaan tersebut. Kebiasaanya, kenderaan disewa mengikut hari. Manakala, kadar tambang teksi pula telah diselaraskan oleh pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (bil. 9 tahun 2010) seperti di Lampiran ditetapkan mengikut zon-zon tertentu.

13

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

1.2

KEPENTINGAN KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT DI PULAU LANGKAWI

Mohd Fauzee Ibrahim

Megat Ahmad A. Rahman

GAMBAR 1: Dua orang pemandu/ pemilik (respondan) yang ditemu ketika menjalani kajian lapangan

Pengangkutan darat terdiri daripada beberapa jenis kenderaan yang menggunakan perkhidmatan jalanraya untuk bergerak. Antaranya adalah seperti kereta sewa, teksi, van, bas, motosikal dan juga basikal. Menurut daripada perbualan bersama respondan seperti gambar 1, kenderaan yang paling diminati oleh para pelancong adalah van kerana ianya mampu memuatkan ramai penumpang dalam sesuatu masa. Pengangkutan darat juga banyak menyumbang kepada ekonomi penduduk setempat dan juga pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi. Pengangkutan darat banyak membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di Pulau Langkawi di mana penduduk dapat bekerja sebagai pemandu teksi, pemandu bas, dan pemandu van di syarikat perkhidmatan kereta sewa dan lain- lain lagi. Ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran penduduk kerana penduduk mempunyai pendapatan isi rumah masing-masing. Berdasarkan hasil kajian lapangan pada 19 hingga 22Julai 2011 di Pekan Kuah, Pulau Langkawi, dapat dilihat pendapatan pemandu-pemandu pengangkutan darat dalam sebulan. Menurut kajian, tiada pemandu yangmempunyai hasil dapatan
14

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

kurang daripada RM 500. Ini menunjukkan pemandu-pemandu tersebut mempunyai pulangan yang agak lumayan. Seperti di Jadual dan Graf 1.

JADUAL 1: Menunjukkan purata pendapatan pemandu-pemandu pengangkutan darat di sekitar kawasan kajian

PURATA PENDAPATAN PEMANDU-PEMANDU KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT

25% 35%

40%

RM 500 - RM 700 RM 700 - RM 1000 RM >1000

GRAF 1: Secara carta pai mempamerkan purata pendapatan pemandu-pemandu kegiatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi

15

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Hal ini, pada pendapat kami adalah disebabkan oleh tumpuan Pulau Langkawi sentiasa aktif kerana pelancong tidak henti-henti melawat ke mari walaupun pada hari biasa. Namun, bilangan agak berbeza berbanding pada hati cuti yang kedatangan pelancong dari dalam dan laur negara yang berlipat ganda. Inilah yang menyebabkan pendapatan pengusaha-pengusaha kereta sewa di sini memilik pendapatan yang agak lumayan. Malah, disebabkan servis yang dikenakan berpatutuan dan bersih dan juga promosi yang dibuat mampu menarik pelancong menggunakan perkhidmatan ini. Menurut seorang respondan, Encik Jeffry, 38 tahun yang merupakan penduduk di Pulau Tuba. Sebuah pulau yang didiami oleh masyarakat setempat. Pulau ini terkenal dengan kawasan atau destinasi program homestay. Mampu menerima pelancong-pelancong yang ingin merasai kehidupan di kampung. Kata beliau, pada masa cuti sekolah khususnya, kedatangan pelancong berganda berbanding hari biasa. Ini secara langsung meningkatkan pendapatan mereka sebagai pemilik kenderaan (van) sewa di pulau tersebut. Kebiasaanya penumpang-penumpang mereka hanyalah penduduk setempat yang berulang alik dari jeti pulau berkenaan ke rumah masing-masing. Di samping itu, pengangkutan darat juga dapat meningkatkan mobiliti pengangkutan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi kebanyakannya menggunakan perkhidmatan pengangkutan air seperti bot dan juga pengangkutan udara seperti kapal terbang. Ini kerana, pelancong tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri masuk ke Pulau Langkawi. Oleh itu, pelancong akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Selain itu, pemandu pengangkutan darat juga bertindak sebagai pemandu arah kepada pelancong. Sekiranya pelancong tidak tahu arah yang patut dituju untuk ke destinasinya, pemandu van atau teksilah yang bertindak sebagai penunjuk arah kepada pelancong tersebut.

16

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

1.3

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Dalam kesanggupan para pemandu menawarkan perkhidmatan pengangkutan pelancong di Pulau Langkawi, tidak dinafikan kedengaran luahan hati para pemandu yang berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi. Hasil dapatan melalui temubual bersama pemandu, didapati bahawa masalah persaingan dengan teksi haram merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para pemandu. (Rujuk Jadual & Graf 2) Kebanyakan teksi haram mempunyai kebolehan untuk menarik pelanggan dengan lebih baik daripada pemandu yang berlesen. Disebabkan oleh masalah dengan teksi haram,jumlah kenderaan yang bergerak di Pulau Langkawi menjadi semakin banyak dan pemandu yang berlesen mempunyai masalah untuk menghantar para menumpang kerana terdapatnya kesesakan lalulintas. Ini boleh menyebabkan kelewatan penghantaran penumpang ke destinasi mereka dan dapat menimbulkan kemarahan pelanggan. Para pemandu berlesen mungkin tidak lagi mendapat kepercayaan daripada pelanggan di kemudian hari. MASALAH
PERSAINGAN PENCEMARAN KOMUNIKASI TAMBANG KESESAKAN JUMLAH

BILANGAN 8 1 4 5 2 20

JADUAL 2: Jadual kekerapan masalah yang dihadapi pemandu (respondan) di sekitar Pula Langkawi

Selain itu, para pemandu juga mempunyai masalah komunikasi dengan pelancong asing. Kesukaran dalam memahami bahasa pertuturan mereka menyukarkan komunikasi dua hala antara pemandu dengan pelanggan terutamanya pelancong daripada negara Arab yang merupakan antara pelancong yang teramai mengunjungi Pulau Langkawi.

17

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

GRAF KEKERPAN MASALAH YANG DIHADAPI

8 7
BILANGAN RESPONDAN

6 5 4 3 2 1 0 PERSAINGAN PENCEMARAN KOMUNIKASI TAMBANG KESESAKAN


GRAF 2: Menunjukkan kekerapan masalah yang diberikan oleh respondan seramai 20 orang

Oleh kerana pemandu mempunyai masalah dalam berkomunikasi bersama pelancong asing, maka wujudlah pertikaian mengenai pembayaran harga tambang. Kebanyakan pelancong asing yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama pemandu akan mempertikaikan harga yang telah dinyatakan oleh pemandu. Hasil temubual bersama pemandu, kadangkala ada dalam kalangan pelancong yang tidak membayar tambang yang telah dikenakan atas mereka. Tambang juga merupakan isu yang ditekankan oleh pemandu-pemandu di kawasan kajian. Tambang sememangnya telah ditetapkan oleh persatuan kereta sewa/ teksi Langkawi. Namun, segelintir pemilik yang tidak menggunakan meter akan menyebabkan mereka boleh meletakkan harga sesuka hati. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati penumpang kerana tambang yang dikenakan kepada mereka tidak selaras. Pemandu yang berbeza dan harga yang berbeza sedangkan destinasi yang dituju adalah sama. Ini mengakibatkan penguasaha-penguasaha terpaksa mendengar rungutan dari pelanggan-pelanggan mereka. Sedangkan notis keselarasan harga tambang telah dikeluarkan persatuan misalnya.

18

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Disamping itu, pencemaran alam sekitar juga turut mnyumbang sedikit sebanyak kepada masalah yang terpasa dihadapi oleh pemandu. Dengan bilangan kenderaan yang semakin bertambah,maka keluaran asap kenderaan juga semakin bertambah dan ini akan menyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh

berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.

Persekitaran yang tidak begitu sihat kerana dipenuhi asap-asap akan mengurangkan jumlah pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan akan menyebabkan pemandu tidak mempunyai ramai pelanggan. Ini akan menyebabkan pemandu sukar untuk mencari sumber rezeki mereka serta akan meingkatkan kadar kemiskinan dan juga pengangguran.

1.4

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH YANG DIHADAPI

Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam bidang perusahaan pengangkutan darat. Justeru, kami telah menemubual beberapa orang respondan bagi

mendapatkan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah yang berkaitan. Respondan yang telah ditemubual telah memberikan cadangan yang bernas dan boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. Antara langkah yang dicadangkan oleh respondan kami untuk mengatasi masalah teksi haram adalah rondaan yang lebih kerap oleh pihak berkuasa dan pelaksanaan undang-undang yang tegas. Umum sudah mengetahui negara kita sememangnya mempunyai undang-undang, tetapi tiada gunanya jika tidak dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

19

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Selain

daripada

itu,

pemasangan

penapis ataupun 'catalytic converter' pada ekzos kenderaan kesan juga dapat

mengurangkan

pencemaran

udara hasil pembebasan gas-gas rumah hijau seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida. Penapis
GAMBAR 2: Catalytic converter yang dipasang pada kenderaan

ini juga membantu mengurangkan suhu di Pulau Langkawi yang disebabkan oleh

kehadiran

gas-gas

tersebut.

Komponen

ini

disediakan

bertujuan

untuk

mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara fungsi yang dilakukan komponen ini

termasuklah menukarkan mengurangkan nitrogen

karbon oksida

monoksida kepada

kepada karbon

dioksida,

nitrogen dan

air, mengoksidakan

hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air serta sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Pihak berkuasa di Pulau Langkawi juga boleh mengambil inisiaif dengan Menganjurkan kursus bahasa asing bagi mengatasi kekangan komunikasi yang berlaku antara pemandu dan pelancong asing. Untuk menganjurkan kursus bagi semua bahasa mungkin akan menelan kos yang tinggi. Sehubungan itu, memadailah dengan penganjuran kursus Bahasa Inggeris memandangkan bahasa tersebut bersifat universal dan dapat difahami semua. Bagi mengatasi masalah tambang pula, memperkenalkan meter merupakan salah satu langkah yang boleh diambil selain mempamerkan harga bagi setiap destinasi. Melalui inisiatif ini, para penumpang tidak akan mempertikaikan harga yang dikenakan terhadap mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pertelingkahan antara pemandu dengan penumpang. Malah, mewajibkan semua pengusaha teksi memasang meter pada kenderaan sewa masing-masing. Ini akan menyelaraskan kadar tambang kepada semua pelanggan tanpa mengira teksi dan pemandu yang terlibat.

20

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Di samping itu, dengan mewujudkan sistem jalan raya yang lebih sistematik dapat mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas daripada berlaku. Sistem ini dapat diwujudkan melalui pelebaran jalan raya yang boleh menampung lebih banyak kenderaan terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Hal ini demikian kerana ramai pelancong yang bertandang ke Pulau Langkawi pada waktu itu sekaligus menyumbang kepada pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan raya. 1.5 KESAN-KESAN PENGANGKUTAN DARAT TERHADAP ALAM SEKITAR

Kebanyakan kegiatan ekonomi menimbulkan kesan-kesan yang tidak diingini terhadap alam sekitar.Kesan-kesan ini timbul akibat kegiatan ekonomi yang tidak terkawal. Di Pulau Langkawi, antara kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran udara, tanih, air, bunyi serta perubahan ciri-ciri atmosfera. Pencemaran ialah perubahan atau gangguan sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi pada alam sekitar. Masalah pencemaran ini wujud akibat kegagalan manusia memanfaatkan sumber semula jadi secara wajar. Kegiatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini, iaitu pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan gas metana. Gas-gas beracun ini berpunca daripada ekzos kenderaan yang secara langsung menyumbang kepada terjejasnya kualiti udara di Pulau Langkawi.Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku akibat pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. Disamping itu, pelepasan partikel-partikel terampai atau zarah halus yang berukuran kurang daripada 10 mikron (PM10) dan terapung-apung di udara turut menyumbang kepada pencemaran ini di Pulau Langkawi. Pembebasan gas-gas itu tadi juga boleh mencemari udara dalam dua keadaan; deposit basah dan deposit kering. Deposit basah terdiri daripada hujan asid, kabus dan salji. Hujan asid yang terhasil ini akan memusnahkan hidupan akuatik dan seterusnya kehidupan kaum nelayan di Pulau Langkawi juga terjejas. Disamping itu, hujan asid juga boleh merosakkan struktur bangunan di pulau tersebut dan gua batu
21

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

kapur yang banyak terdapat di Langkawi. Manakala deposit kering pula terdiri daripada gas dan partikel berasid dalam udara. Gas dan partikel ini akan melekat pada bangunan, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan ketika angin bertiup. Apabila hujan turun, bahan ini akan larut menjadi asid lemah yang merosakkan dinding bangunan. Pembuangan sampah sarap di merata tempat merupakan satu tabiat yang buruk. Sikap dan tabiat sesetengah pelancong di Pulau Langkawi yang kurang mementingkan kebersihan dan tidak bertimbang rasa menjadi punca utama pencemaran ini selain turut menyumbang kepada pencemaran tanih. Seperti yang dapat dilihat di Pekan Kuah, terutamanya di hadapan kedai-kedai seperti Haji Ismail Group, sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna akan mendatangkan bau busuk serta menjejaskan pemandangan dan kesihatan. Selain itu, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang turut menyebabkan pengaliran air tersekat dan tersumbat. Ini dapat dilihat pada sebuah longkang yang terletak betul-betul di sebelah kedai Haji Ismail Group.Air biasanya dicemari oleh bahan-bahan seperti tinja haiwan, bahan kimia toksik dan minyak. Amnya, bahan pencemar air di Pulau Langkawi kebanyakannya berpunca dari bahan buangan domestik, industri dan minyak.

GAMBAR 3: Sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna turut mengakibatkan longkang tersumbat, mengeluarkan baud an juga mencemarkan pandangan.

22

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap beberapa buah longkang di Pekan Kuah, kebanyakannya dicemari dengan bahan

buangan domestik yang terdiri daripada kumbahan dan sampah sarap. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sumber air ini juga menyebabkan bau busuk dan
GAMBAR 4: Pengaliran air longkang yang tersekat akibat pembuangan sampah

menjejaskan pemandangan. Pembuangan

sampah sarap yang tidak terbiodegrasi ke dalam laut juga menghalang cahaya matahari menembusi ke dalam air dan pengaliran air sungai juga tersekat.Keadaan ini amat membahayakan hidupan akuatik. Pencemaran bunyi pula berlaku apabila bunyi dari persekitaran melampaui had yang dapat diterima oleh telinga dan mengganggu keselesaan hidup kita. Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel (dB). Telinga kita hanya boleh menerima bunyi yang kurang daripada 80 dB. Kajian menunjukkan, sekiranyan telinga menerima bunyi yang melebihi 80 dB secara berterusan, boleh menyebabkan kerosakan telinga seperti pekak. Bagi Pulau Langkawi, pencemaran bunyi yang berlaku tidaklah begitu membimbangkan dan berpunca daripada kenderaan bermotor seperti bas dan lori, serta muzik rancak yang tidak terkawal daripada kedai-kedai yang beroperasi. Bunyi hon serta enjin kenderaan turut menyumbang kepada pencemaran ini. Selain daripada itu, aktiviti manusia di Pulau Langkawi juga telah membantu meningkatkan kandungan gas rumah hijau di atmosfera.Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera pulau tersebut berlaku akibat aktiviti pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan darat yang menjadi pengangkutan utama di situ.Gas ini memerangkap haba yang sepatutnya dilepaskan ke angkasa lepas.Haba yang terperangkap ini menyumbang kepada peningkatan suhu di Pulau Langkawi dan keadaan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

23

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

1.6 CADANGAN MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pertama, dalam mengawal pencemaran udara akibat penggunaan kenderaan bermotor iaitu pengangkutan darat khususnya di kawasan kajian perlu diberi penekanan yang serius oleh masyarakat dan kerajaan. Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negaranegara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu.

24

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang

bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.

Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.

25

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat

digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen

cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempenkempen ini dapat memberi kesan yang mendalam
GAMBAR 5: Debat Alam Sekitar yang dianjurkan setiap tahun juga mampu menanam kesedaran alam sekitar terhadap mahasiswa-mahasiwa IPT

terhadap

peserta-pesertanya.

Pameran dan aktiviti tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu

kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesankesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Malah bagi menanggani masalah pencemran bunyi. Kempen khas untuk pencemaran ini perlu diperkenalkan. Kini, Malaysia kerap menganjurkan kempenkempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai sepasang telinga.

1.7

POTENSI KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT DI MASA HADAPAN

Dewasa ini, kita sering melihat di kaca television dan mendengar di corong-corong radio mengenai kebaikkan pangangkutan awam. Kebaikan pengangkutan awam sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kemajuan negara sama ada secara sedar mahupun tidak. Kegiatan ekonomi pengangkutan awam yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan, telah membawa seribu satu persolan mengenai kesannya terhadap kehidupan seharian.
26

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Tidak kurang dengan itu, ada juga beberapa berita mengenai keburukan yang menguasai sektor kegiatan ekonomi tersebut. Disebabkan hal ini, pelbagai usaha telah diambil oleh pelbagai pihak berwajib sama ada oleh pihak berkuasa mahupun pihak individu dan pengusaha itu sendiri bagi menangani masalah yang wujud. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan inisiatif baru bagi memartabatkan dan meningkatkan nama pengangkutan awam khususnya sektor pengangkutan darat. Oleh itu, kita akan mengupas mengenai potensi pengankutan darat pada masa akan datang. Pengangkutan awam dari sudut pengangkutan darat sememangnya membawa seribu satu makna. Hal ini kerana pengangkutan darat ini mempunyai potensi yang amat tinggi dan positif pada masa akan datang. Hal ini kerana melalui pengangkutan darat, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sekali gus dapat mengurangkan kadar kesesakan yang sering melanda terutama di setiap bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Dengan adanya pangangkutan awam, masyarakat dapat pergi ke tempat yang ingin ditujui tanpa perlu menaiki kenderaan sendiri sekali gus mengurankan jumlah kenderaan di jalan raya. Apabila kurangnya kenderaan di jalan raya, maka hal ini membawa kepada pengurangan kesesakan jalan raya dan membuatkan hala tuju perjalanan seseorang individu dapat berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, penggunaan teksi untuk ke sesebuah tempat dapat mengurangkan bilangan kenderaan di samping teksi tersebut berupaya membawa lebih ramai bilangan penumpang ke pelbagai destinasi yang diingini. Oleh itu, jelaslah penggunaan pengangkutan awam dapat membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di pusat tumpuan orang ramai. Selain itu, melalui pengangkutan awam, masyarakat juga dapat meningkatkan darjah ketersampaian ke destinasi pelancongan. Hal ini kerana melalui

pengangkutan awam ini, individu yang ingin pergi melancong ke tempat yang jauh dari tempat tinggal asal mereka tidak perlu membawa kenderaan milik sendiri. Hal ini kerana melalui pengangkutan awam yang disediakan di tempat pelancongan, akan dapat memudahkan urusan individu ke destinasi tertentu tanpa perlu bersusah

payah dengan berjalan kaki dan sebagainya. Sebagai contoh, di pulau-pulau seperti Pulau Langkawi ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan juga teksi. Melalui
27

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

pengangkutan awam ini, individu yang melancong ke Pulau Langkawi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini penting kerana melalui perkhidmatan seumpama ini dapat memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat yang ingin dituju tanpa perlu memikirkan halangan perjalanan yang bakal timbul. Oleh itu, kita dapat melihat pangankutan darat sedikit sebanyak dapat membawa perubahan dalam sektor pelacongan. Hal ini kerana dapat memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri nikmat melancong tanpa membawa kenderaan hak milik mereka di serata tempat. Selain itu, melalui pangangkutan awam, risiko pencemaran juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana bilangan kenderaan yang terdapat di jalan raya sedikit sebanyak menyumbang kepada meningkatnya pencemaran udara yang semakin ketara di era globalisasi ini. Sehubungan dengan itu, dengan wujudnya kegiatan ekonomi dari sudut pengangkutan awam, dapat membantu dalam mengurangkan kadar pencemaran yang berlaku dengan sendiri. Hal ini bermaksud, individu dapat menyumbang dalam mengurangkan pencemaran udara yang semakin ketara dengan menaiki teksi mahupun kereta sewa ke destinasi yang ingin ditujui. Hal ini jelas kerana jika satu kenderaan dapat membawa ramai orang untuk destinasi tertentu, sudah pasti kadar pencemaran udara yang dilepaskan dapat dikurangkan sekali gus dapat membantu dalam memelihara kesejahteraan alam bak kata pepatah, menyelam sambil meminum air. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa pengangkutan awam membawa satu hala tujuan yang positif terhadap alam sekitar kerana melaluinya, kita dapat membantu dalam menangani masalah pencemaran udara yang semakin ketara pada masa sekarang. Akhir sekali, melalui pengangkutan awam, sesebuah komuniti mahupun individu dapat menjimatkan masa untuk ke destinasi pilihan mereka. Hal ini kerana melalui pengangkutan awam seperti pemandu teksi, sudah semestinya mempunyai pengalaman dalam selok belok jalan yang membantu dalam mempercepatkan ke destinasi pilihan. Sebagai contoh, pemandu teksi yang sudah biasa dengan karenah atau selok belok jalan, sudah semestinya dapat membawa penumpang ke destinasi
28

cara pengurangan bilangan kenderaan itu

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

pilihan dengan cepat berbanding dengan individu yang datang melancong dari negeri luar yang tidak berapa arif mengenai jalan di kawasan tempat pelacongan tersebut. Oleh itu, dengan adanya kegiatan ekonomi seperti perkhidmatan kenderaan awam ini membantu individu dalam menjimatkan masa mereka ke destinasi pilihan mereka sekali gus dapat memastikan individu tersebut berasa selesa dan gembira sewaktu pergi melancong ke tempat yang baru di lawati. Sudah terang lagikan bersuluh, perkhidmatan awam dari sektor pengangkutan darat menyumbang dalam kehidupan seharian individu. Hal ini kerana hasil dari wujudnya pengangkutan darat ini membawa impak serta potensi yang baru kepada masa hadapan negara itu sendiri. Sebagai contoh, pengangkutan darat ini dapat membantu dalam menangani masalah kesesakan jalan raya, dapat meningkatkan darjah ketersampaian ke destinasi pelancongan, membantu dalam menangani masalah pencemaran alam yang semakin berleluasa serta dapat membantu dalam menjimatkan masa seseorang. Oleh itu, kami berharap agar kualiti pangangkutan darat akan dapat dipertingkatkan supaya dapat memberi kepuasana kepada pengguna sekali gus akan membuatkan mereka akan terus menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dalam kehidupan seharian selaras dengan kehendak masyarakat sejagat iaitu untuk memastikan modal insan pada masa akan datang dapat merasai nikmat flora dan fauna seperti yang kita rasai pada masa sekarang seandainya pencemaran alam dapat dikurangkan dengan berkesan dari masa sekarang.

29

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Kesimpulan

30

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

KESIMPULAN Kegiatan ekonomi ialah sebarang kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat tiga jenis kegiatan ekonomi; primer, sekunder, dan tertier. Kegiatan ekonomi ini dilakukan mengikut sektor. Setiap sektor menyediakan peluang kerja dan pendapatan. Antara sektor ekonomi yang penting di negara kita adalah perkhidmatan. Sektor ini merupakan kegiatan ekonomi ketiga iaitu kegiatan yang menyediakan perkhidmatan. Contoh lain yang tergolong dalam kegiatan ekonomi tertier adalah perniagaan, pelancongan dan pentadbiran. Kegiatan ekonomi seperti pengangkutan darat amat penting untuk pembangunan negara. Kepentingannya dapat dilihat daripada sumbangan kepada pendapatan negara, membuka peluang kerja, dan lain-lain. Dalam keghairahan para pemandu mencari punca rezeki masing-masing, sekiranya mereka tidak peka dengan keadaan persekitaran, maka ia akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara dan air.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah pelancong yang bekunjung ke Pulau Langkawi. Sungguhpun sektor ini menyumbang kepada kestabilan ekonomi penduduk, namun tidak dinafikan para pemandu pengangkutan darat menghadapi masalah tertentu seperti persaingan dan juga masalah komunikasi dengan pelancong asing. Kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kesan-kesan terhadap alam sekitar melalui pembangunan lestari. Pembangunan lestari ialah satu konsep pembangunan mesra alam, iaitu mengekalkan pembangunan tanpa memupuskan sumber semulajadi dan menyebabkan kerosakan alam sekitar.Langkah-langkah tersebut dibuat bagi memastikan keseimbangan alam semulajadi terjamin untuk masa hadapan. Menyiapkan tugasan ini juga telah meningkatkan kemahiran sosial kami dengan menjalankan kerja luar melalui kaedah pemerhatian dan mengumpul data secara first hand di Pulau Langkawi. Semangat kerjasama serta kemahiran komunikasi kami juga bertambah baik hasil pengalaman menemuramah para respondan. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam proses mendapatkan maklumat, kami merasa berbaloi kerana tugasan ini telah menambah pengetahuan kami
31

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

disamping dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang telah dipelajari di institut dengan pengamalan yang didapati melalui pemerhatian semasa menjalankan kajian luar. Tuntasnya, sektor pengangkutan banyak menyumbang kepada ekonomi negara umumnya dan Langkawi khasnya.Namun demikian, jika tidak dipantau, kegiatan ini boleh mencemarkan alam sekitar.Justeru, langkah proaktif perlu diambil bagi mengelakkan masalah-masalah yang berkaitan agar sektor ini dapat berkembang maju tanpa merosakkan bumi tercinta.

32

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Bibiliografi

33

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

BIBILIOGRAFI Afendi Ibrahim & Mohd Zaki Ahmad.(2009) Penubuhan Geotaman Langkawi: Kesan Kepada Industri Pelancongan. Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti. Universiti Utara Malaysia. Amir Salleh. (10 Julai, 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Kereta) di Pulau Langkawi, Kedah. [Temubual]. Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Hassan Hussain. (09 Julai, 2011). Cadangan Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar di Pulau Langkawi, Kedah. [Temubual]. Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994. Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur. Jeffry Johari. (11 Julai, 2011). Sambutan Perkhidmatan Kenderaan Sewa di Pulau Tuba, Langkawi. [Tembual]. KBSM. (2007). Atlas Moden Malaysia dan Dunia Edisi Baharu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kedah Maju 2010 Official Site. (2007). Kedah Gemilang : Statistik Penduduk Mengikut Daerah. Diperolehi pada 16 Ogos 2011 daripada http://www.kedah.gov.my. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). http://www.lada.gov.my/v1/. Diakses pada 05 Ogos 2011. Majlis Pembandaran Langkawi. http://www.mplbp.gov.my/web/guest/home. Diakses pada 10 Ogos 2011. Megat Ahmad A. Rahman. (10 Julai, 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Van) dan Masalah yang Dihadapi Sebagai Pemilik dan Pengusaha di Pulau Langkawi, Kedah. [Temubual]. Mohd Fauzee Ibrahim. (10 Julai, 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Van) dan Masalah yang Dihadapi di Pulau Langkawi, Kedah. [Temubual]. Musliha Zahar. (12 Julai, 2011). Berkenaan Persatuan-persatuan Kereta Sewa di Pulau Langkawi. [Tembual]

34

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Nur Hafizah Jusoff & Rahimah Abdul Aziz. (2010). Kelestarian Langkawi Geopark: Penglibatan Komuniti Kuala Teriang, Langkawi. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Akademika 78 ( Jan- April) 2010: 95-101. Rostam Ali, Abdullah Syuid, Abdul Manan, Zakaria Salleh, Hassan Hussin, Megat Ahmad A. Rahman, Amir Salleh & Mohd Fauzee Ibrahim. (10 Julai 2011). Purata Pendapatan Sebulan. [Temubual]. Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2007).Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Manusia. Petaling Jaya,Selangor. Pearson Malaysia Sdn.Bhd. Siti Zaleha Abidin. (12 Julai, 2011). Kadar Tambang Teksi dari Jeti. [Tembual]. Yaakub Abas. (12 Julai, 2011). Kedatangan Pelancong Tempatan dan Antarabangsa ke Pulau Langkawi. [Temubual]. ___________. Khidmat Kereta Sewa Langkawi. http://www.langkawipages.com/keretasewalangkawi.html. Diakses pada 31 Julai 2011. ___________. Kereta Sewa dan Pandu Berlesen. http://langkawitiara.com/. Diakses pada 31 Julai 2011. ___________. Langkawi Taxi Service. http://www.langkawitaxiservice.com/. Diakses pada 03 Ogos 2011.

35

You might also like