You are on page 1of 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990, LEMBAH PANTAI, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP ) AMBILAN JANUARI 2010

KURIKULUM PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH ( PJM 3110 ) :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


NAMA NO. K/P KELAS NAMA PENSYARAH NUR HIDAYAH MOHAMED 900130-08-5350 NUR IZZATI BT ZULKIFLI 900221-11-5412 PISMP 4 D ENCIK MASYWAWI MOHD NOOR SITI NOOR FATIAH MOHAMED YUSOFF 900824-03-5606

KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.

Rancangan pengajaran harian

2-13

2.

Lembaran kerja

14

3.

Stail penemuan mencapah divergen

15-23

4.

Refleksi

24-31

5.

Rujukan

32

6.

Borang koloborasi

33

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Tarikh Masa Tahun Murid : Pendidikan Jasmani : Kecergasan : Koordinasi : 19 Julai 2011 : 7.40 8.10 pagi : 3 Bijak : 40 orang ( 18 lelaki 22 perempuan )

Hasil Pembelajaran: Objektif Psikomotor Kognitif Afektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat : : Murid dapat melakukan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 aktiviti koordinasi sebanyak 3 kali daripada 5 percubaan. : Murid dapat mengenal pasti tiga otot utama yang terlibat dalam melakukan aktiviti koordinasi : Menunjukkan sikap berkerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Pengalaman Sedia ada : Murid tahu melambung dan menyambut pundi kacang dengan teknik yang betul. Penerapan Nilai : Bekerjasama dan keyakinan diri.
3

Kemahiran Berfikir Penggabungjalinan Kesepaduan

: Mengatur strategi untuk membaling pundi kacang ke arah sasaran dengan tepat. : Pergerakkan asas, imbangan. : Bahasa Melayu, matematik. : Bilangan 1. 2. 3. 4. 5. Bahan Wisel Pundi kacang Marker Bola kecil Bakul 2 24 25 24 5 Jumlah

Bahan dan Sumber p&p

Strategi Pengajaran

: Belajar cara belajar

Bahagian / Masa Permulaan ( 5 minit )

Aktiviti a) Kehadiran b) Kesihatan c) Pakaian d) Memanaskan badan Permainan kecil tuju warna -

Fokus Pembelajaran Teknik Berlari


-

Organisasi 30x50 meter yang ditandakan dengan 4 skitel berwarna.

BSPP / Catatan wisel marker

Murid dibahagikan kepada - Warna dua kumpulan yang 1. Nilai :besar. Keyakinan Murid berada di tengah2. Kesepaduan :tengan ruang diantara keempat-empat skitel Matematik terbabit. Murid perlu berlari menuju kepada skitel berdasarkan warna yang dinyatakan oleh guru. Murid bersedia mendengar wisel dan arahan warna skitel daripada guru. Ikut arahan yang dinyatakan oleh guru
3. Penggabungjalin

an : -a) Komponen kecergasan , ketangkasan

Guru

MURID
H 5

Perkembangan ( 10 minit )

a) Membaling, tepuk

Berdiri tegak. Kaki dibuka

- Murid melakukan aktiviti -

wisel skitel

tangan dan menyambut pundi

secara berdasarkan

individu arahan -

STAIL PENEMUAN BERCAPAH DIVERGEN


a) PENGENALAN

Stail penemuan bercapah (Stail H) merupakan stail yang unik dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid akan terlibat secara langsung di dalam proses penemuan dan membuat keputusan mereka sendiri di dalam sesuatu permasalahan yang ditugaskan kepada mereka. Dalam autonomi Stail penemuan bercapah, tugas guru adalah untuk membuat keputusan tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang khusus serta logikal untuk disampaikan kepada murid. Peranan murid adalah menyelesaikan masalah dengan tepat dan mempersembahkannya atau membuat penemuan mereka sendiri tentang tugasan atau masalah yang diberikan kepada mereka secara khusus. Murid pula membuat pilihan mengenai tugasan dan tanggungjawab dalam sesuatu perkara yang terpilih terdapat di dalam Stail H ini. Ini kerana Stail H melibatkan kemampuan dan kesanggupan murid menerusi tindakan atau cara penyelesaian kepada soalan yang diberi dalam pelbagai aspek kemahiran seterusnya membuat murid lebih mengetahui dan memahami sesuatu. b) OBJEKTIF Stail penemuan bercapah ini telah berjaya dilaksanakan apabila tindakbalas diberikan dengan menyumbangkan pelbagai idea dalam menyelesaikan masalah tertentu. Terdapat beberapa objektif dalam melaksanakan stail penemuan bercapah ini. Antara objektif tersebut ialah; Objektif matapelajaran (Subject Matter Objectives): 1. Untuk mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian kepada soalan atau masalah. 2. Untuk menghasilkan pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu.
7

3. Untuk mencari pelbagai kemungkinan alternatif yang boleh ada dalam setiap konten. 4. Untuk melihat sesuatu dalam konten sebagai pembangunan dan perkembangan. 5. Untuk membina kebolehan dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu. Objektif kelakuan (Behavior Objectives) 1. Hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi perangsang dalam rasa puas hati. 2. Untuk menjadikan pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang diberikan. 3. Untuk menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif . 4. Untuk menerima pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu dengan cara penyelesaian yang berbeza. 5. Untuk bertolak-ansur dan menerima buah fikiran atau pendapat orang lain. 6. Untuk merasakan kekuatan emosi dan kognitif di mana peghasilan idea boleh dibina.

3.0

STRUKTUR STAIL PENEMUAN BERCAPAH Dalam kaedah ini penemuan memberi peluang kepada penemuan kepada kaedah-kaedah yang menjadi pilihan. Namun

walau bagaimanapun ia haruslah mengikut struktur di bawah.


Stimulus Cognitif Dissonance Mediation Discovery

i.

Stimulus ( Rangsangan )

Pada bahagian ini

rangsangan yang diberi kepada murid dalam berbagai bentuk seperti mengemukakan masalah atau

mencipta situasi. Perbezaan yang paling nyata mengenai langkah ini ialah penemuan untuk membuat pilihan di atas penyelesaian masalah yang telah di buat seperti di bawah: -

R1 R2 R3 RN(Bil yang tidak terhad)

Petunjuk: S = Stimulus (Rangsangan) D = Cognitive dissonance (Pencanggahan Kognitif) M = Mediation (Pengantaraan ) R = Responses ( Tindak balas)

ii.

Kognitif Dissonance ( Pencanggahan Kognitif ) Dalam tingkahlaku yang melibatkan penemuan berfokus murid akan beralih ke dalam satu keadaan pencanggahan kognitif di mana murid perlu mengetahui apa yang mereka perlu buat seterusnya. Keperluan ini mengarahkan murid untuk mencari ( Fasa Meditasi ) untuk pelbagai penyelesaian masalah tersebut. Hasil daripada pencarian ini, lalu menghasilkan pelbagai tindakbalas ( R1 ), pergerakan ( R2 ), strategi ( R 3 ), dan rekabentuk ( RN ). Kesimpulannya pencanggahan kognitif adalah satu proses individu memberi idea yang berbeza-beza dan lakuan yang berbezabeza dalam menyelesaikan masalah yang sama.
9

iii.

Mediation ( Pengantaran ) Bagi melaksanakan stail penemuan bercapah ini, penerangan umum tentang ini perlu bagi membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini. Pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan masalah kepada murid untuk diselesaikan. Guru hanya bertugas mengawasi dan menasihati murid agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru memerhati penglibatan setiap murid dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Guru memberi tindak balas dengan meminta murid mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Masa yang mencukupi juga harus diberikan kepada murid untuk mencari hasil yang dikehendaki.

iv.

Responses ( Tindakbalas ) Ia bertujuan mencari keputusan dalam penemuan dan hasilan berganda serta stail bercapah. Idea-idea terhadap tindak

balas ini mungkin dinyatakan dalam maksud yang berlainan di mana ia sangat unik kepada sesuatu perkara. Contoh dalam pelajaran fizikal, tindak balas disampaikan menerusi pergerakan manusia. Proses ini tetap sama walaupun di sampaikan melalui pelbagai tindak balas c) PERLAKSANAAN STAIL PENEMUAN BERCAPAH Perlaksanaan Stail Penemuan Bercapah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Perkara yang paling penting dalam stail penemuan bercapah adalah: 1. Keperluan dan kesan stail penemuan bercapah 2. Matlamat utama bukan mencari jawapan yang betul tetapi 3. keupayaan pelajar mencerakin maklumat.

10

Guru dan pelajar perlu memahami bahawa kedua-dua belah pihak perlu menerima tindak balas yang telah diberikan daripada proses mencerakin berdasarkan soalan yang telah diberikan Guru perlu merancang situasi yang membolehkan stail penemuan bercapah boleh dilakukan termasuklah memberi penerangan kepada pelajar bahawa setiap idea yang diberikan akan diterima. Seterusnya guru menerangkan pembelajaran yang telah difokuskan dan juga mengutarakan soalan yang boleh mencernakan pelbagai jawapan. Soalan yang telah dibuat mesti berfokus kepada tunjang pembelajaran. Soalan boleh diberikan secara lisan atau bertulis. Setelah pelbagai pergerakan yang logik telah diterokai. Pada masa ini pelajar akan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan topik pembelajaran yang dihasilkan daripada mencerakin maklumat daripada stail penemuan bercapah. Masa mesti diperuntukkan kepada pelajar untuk pelajar membuat penyelidikan, menerokai, bergerak dan menilai pelbagai pergerakan yang boleh dilakukan dan guru perlu menunggu pelajar melakukan aktiviti itu. Setelah pelajar selesai memberi tindak balas, guru akan menilai dan memberi maklum balas. Penghargaan perlu diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan tindak balas mereka telah diterima, ini adalah untuk mengalakkan mereka mencerakin maklumat baru. Pada peringkat ini guru perlu menjaga persekitaran agar dapat lebih banyak tindak balas daripada pelajar ketika berkomunikasi dan proses penilaian dikalangan pelajar. Sesetengah pelajar akan memberi tindak balas yang baik ketika proses stail pembelajaran ini dan ada sesetengah pelajar yang pasif tidak memberi tindak balas yang baik. Guru akan teruskan aktiviti mencerakin maklumat tanpa membuat pembetulan atau memberi tindak balas kepada individu. Pembetulan hanya dilakukan apabila pelajar kurang pasti dengan soalan yang dibincangkan. Pembetulan secara verbal behavior boleh menguatkan proses kognitif. Contohnya: aktiviti ini adalah untuk membina kelenturan; soalan yang diberi adalah untuk membina kekuatan. Maklum

11

balas yang diberikan adalah pernyataan yang bernilai seperti: bagus, ini menghasilkan pelbagai design; awak telah melakukan kerja yang cemerlang dengan menghasilkan pelbagai jenis idea; awak telah menghasilkan permikiran yang bercapah. Sesetengah topik memerlukan tindak balas yang pelbagai (proses P-F-D). Secara rawak, tindak balas akan disusun secara sistematik mengunakan criteria yang boleh menjelaskan isi pembelajaran. Komen yang diberikan oleh guru kepada pelajar perlu disertakan dengan pengesahan dan penghargaan. Keputusan mengenai cara memberi komen dan menilai pelajar dalam stail pembelajaran ini adalah berdasarkan proses P-F-D. Pada penghujung kelas, guru boleh mengumpul pelajar untuk membuat penutup. Penutup termasuk memberi maklum balas kepada pelajar mengenai penglibatan mereka dalam proses mencerakin maklumat. d) CARA MELAKSANAKANNYA Sebelum seseorang guru atau pendidik jasmani memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan stail ini, mereka seharusnya faham dan tahu apakah prosedur dan langkah-langkahperlaksanaannya.Ini kerana stail ini memerlukan ketelitian dan kepakaran sewaktu perlaksanaannya. Bagi melaksanakan stail ini, penerangan umum tentang gaya ini adalah perlu bagi membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini.pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan permasalahaan kepada pelajar untuk diselesaikan. Seterusnya Pelajar samada secara individu, berpasangan atau berkumpulan akan mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tugas guru hanya mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah

ditetapkan. Guru akan memantau dan memeerhati penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap

12

masalahyang diberikan.Guru memberi tindak balas positi dengan meminta peljar mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Masa yang cukup juga harus diberikan kepada pelajar untuk mencapai hasil yang dikehendaki Untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan stail ini, perubahan tambahan perlu dilakukan dalam membuat keputusan. Tugas gurudan pelajar berubah sekali lagi.pengetahuan dan objektif baru akn tercapai (rujuk rajah di bawah)

Rajah: Struktur stail penemuan bercapah Sumber: Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.) New York : Benjamin Cummings. M.s. 249

Rajah diatas menunjukkan aktiviti pembelajaran yang berlaku di antara guru dan pelajar ketika menggunakan kaedah pembelajaran bercapah. Stail pembelajaran bercapah melibatkan stail dari stail A,B, C hingga H. Di dalam stail pembelajaran bercapah ini juga mementingkan cara memilih dan melakar idea dan juga perkataan yang sesuai di dalam soalan atau isu yang membolehkan penemuan bercapah dapat dilaksanakan. Perkara yang menjadi panduan untuk seseorang guru memilih perkataan yang sesuai dalam membuat persoalan atau sesuatu isu adalah berdasarkan tingkahlaku lisan verbal behavior.

13

e) TIGA PERINGKAT DALAM PELAKSANAAN STAIL PENEMUAN BERCAPAH i. Pra Impak Guru perlu memberi perhatian kepada cara untuk melakukan pembelajaran berasaskan stail penemuan bercapah. Guru perlu mengenalpasti unsur yang khusus, urutan, dan struktur aktiviti, dan mengenalpasti tugas yang membolehkan pencerakian maklumat boleh berlaku. Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pembelajaran ialah: a. Menyatakan secara general mengenai topik pembelajaran yang akan diajar. (contoh Daya Tahan Otot) b. Menyatakan tunjang pembelajaran (contoh variasi aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot) c. Melakarkan satu atau turutan masalah/ situasi/ soalan yang membolehkan pelajar melakukan aktiviti mencerakin maklumat. ii. Set Impak Dalam baagian ini guru perlu melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Guru perlu mencatatkan segala aktiviti yang dilakukan di dalam Rancangan Mengajar Harian. Oleh kerana kesan dan pemahaman murid terhadap isi kandungan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada stail ini, terdapat beberapa pembolehubah yang boleh digunakan dalam menggunakan stail ini. Sesetengah tugas menggunakan stail ini sebagai satu episod, kerana ia memerlukan banyak masa sekiranya ingin mengunakan kaedah ini secara berjujukan. Perkara yang paling penting ketika merancang pembelajaran stail ini ialah ia perlu sesuai dengan subjek yang diajar. Dan pemilihan aktiviti yang bersesuaian penting untuk memastikan pemahaman pelajar ditahap yang dikehendaki. Dalam set impak ini pula, pelajar memainkan peranan yang utama dalam mencari penyelesaian masalah di mana pelajar menentukan jenis-jenis idea atau kesimpulan bagi menentukan cara penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan. Pelajar
14

menemui alternatif-alternatif jawapan atau kesimpulan untuk mencari penyelesaian masalah. Kesimpulan atau alternatif yang diperolehi dalam mencari penyelesaian menjadi asas utama yang akan dibincangkan oleh guru. iii. Pasca impak Dalam set pasca impak ini, pelajar membuat penilaian berkenaan cara penyelesaian masalah yang ditemuinya sama ada sesuai atau tidak. Jika maklum balas kendiri menyatakan tidak, pelajar akan mencuba alternatif-alternatif yang lain. Cara penilaian ini dilakukan dengan menggunakan dua teknik iaitu: i. ii. Melakukan aktiviti itu dan menilai sendiri hasil yang diperolehi Merakam kelakuan atau kesimpulan itu dengan mengggunakan rakaman video atau melalui pemerhatian guru Semakin banyak penglibatan para pelajar dalam fasa pasca impak ini semakin banyak pula objektif-objektif stail ini akan diperolehi.

15

REFLEKSI NUR HIDAYAH MOHAMED 900130-08-5350 Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyelesaikan tugasan perancangan dan perlaksanaan rancangan pengajaran harian serta melaksanakan pengajaran mikro matapelajaran Pendidikan Jasmani ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan iaitu En Masywawi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam membuat perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani. Pada awalnya kami mendapat mendapat tajuk tentang keselamatan setelah merujuk kepada En. Bhai, barulah kami sedar kami telah silap. Kami eterusnya memilih koordinasi sebagai isi pengajaran kami. Selepas itu kami merangka rancangan pelajaran berdasarkan contoh-contoh nota yang telah diberikan oleh En. Bhai dan sumber internet. Setelah menunjukkan draf kepada pensyarah, kami dikehendaki membuat amali dalam kalangan pelajar kelas kami sendiri di dewan terbuka. RPH dan pengurusan organisasi kami sangat lemah. Alhamdulillah pengalaman ini memberi kami peluang untuk memperbaiki RPH kami sebelum membuat amali disekolah. Setelah membuat perbincangan bersama pensyarah, kami mengubahsuai permulaan, perkembengan dan permainan kemuncak bagi memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Kami juga membuat keputusan untuk menukar alatan kami daripada menggunakan gelung kepada pundi kacang dan bola. Pertukaran alatan ini adalah untuk memudahkan pelajar. Pada 26 September 2011 bersaman hari Rabu, kami dijadualkan membuat amali di SK Bangsar. Kami mengambil peralatan pada waktu tengah hari dan bertolak ke SK Bangsar selepas Asar. Kemudian kami meninjau sekitar sekolah dan bertegur sapa dengan pensyarah dan pelajar Institut Bahasa ysng lain. Kami berasa gugup kerana telah banyak mendengar pelbagai cerita
16

tentang SK Bangsar daripada rakan-rakan. Saya mendapati sekolah tersebut mempunyai disiplin yang agat teruk dan merasakan kami perlu bersikap lebih tegas di hadapan mereka nanti. Setelah menyusun peralatan, saya mendapati rakan saya terlupa untuk membawa lembaran kerja. Mujurlah rakan sekelas kami baik hati menolong menghantar set lembaran kerja tersebut menaiki motor. Bagi melancarkan perjalanan, pasangan saya yang seorang lagi pula pergi ke kelas 3 Dinamik kerana jam telah menunjukkan 5.30 petang. Murid-murid tersebut mengikut ke padang dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran bersama rakan saya. Saya mendapati seramai 6 orang tidak memakai baju PJ, tetapi mereka suka berlari di sekitar padang. Agak sukar mengawal kelakuan mereka tambahan pula ada banyak murid lain di padang tersebut. Setelah menunjukkan kepada mereka muka pensayarah pembimbing saya barulah mereka gerun sedikit. Masalah timbul lagi apabila kami tersalah mengajar kelas, Seperti yang dijadualkan kami sepatutnya mengajar 3 Efektif tetapi murid kelas 3 Efektif tida di kawasan padang tersebut. Proses P&P tergendala sebentar. Kemudian saya meneruskan dengan permainan kemuncak. Antara kelemahan yang ditegur adalah penggunaan kawasan, pengurusan organisasi, suara dan pengurusan masa. Banyak yang perlu saya perbaiki untuk menjadi guru pendidikan jasmani yang cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing kerana memberi pengalaman yang bermakna kepada kami dalam mengajar pendidikan jasmani. Saya akan berusaha menjadi guru pendidikan jasmani \yang cemerlang, insyaAllah.

17

18

19

20

21

22

23

RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.): Benjamin Cummings http://mydegreeinmajorandminor.blogspot.com/2010/03/10.html http://hazim7697.blogspot.com/2008/08/kecergasan-berasaskan.html Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3

24

BORANG KOLABORASI
Nama pelajar Kelas Nama pensyarah Mata pelajaran TARIKH : Nur Hidayah binti Mohamed, Siti Noor Fatiah, Nurul Izzati Zulkifli : PISMP 4D : EN. MASYWAWI BIN MOHD NOOR : KPPJ PERKARA TANDA TANGAN PELAJAR TANDA TANGAN PENSYARAH

25

You might also like