P. 1
Spm > Bahasa Melayu > Karangan Contoh Bm Kertas 1

Spm > Bahasa Melayu > Karangan Contoh Bm Kertas 1

4.59

|Views: 126,698|Likes:
Published by api-3841296

More info:

Published by: api-3841296 on Oct 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/23/2014

pdf

text

original

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2006

1103/1

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 1

KARANGAN CONTOH

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

1103/1

[Lihat sebelah Halaman 1

SULIT KARANGAN CONTOH : BAHAGIAN B

1103/1

KARANGAN CONTOH 1

Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti Oleh: Hassan bin Mohamed Kita sering mendengar slogan yang berbunyi ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yang berjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan ‘Tangan yang menghayun buaian itu, boleh menggoncang dunia’. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan. Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkan perbicangan selanjutnya. Rangkai kata ‘peranan wanita’ dapat didefinisikan sebagai suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kita melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan ‘melahirkan’ pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada sesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata ‘generasi yang berkualiti’ merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan atau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang berwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan. Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibu memperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. Nur Amalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun 2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuan wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah ‘Ibu Mithali’ yang disediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan sabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yang membanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibu berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang ketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata ‘kasih ibu membawa ke syurga’ dan ‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang menerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti kaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentuk warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspek sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanita mampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat 1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 2

SULIT

1103/1

Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak di peringkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setanding kemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan wanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahan mereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria. Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi kepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuah organisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan mereka boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan ‘Kepemimpinan Melalui Teladan’. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar negara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang Gabenor Bank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan negara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkat antarabangsa. Dalam menyahut seruan ‘Malaysia Boleh’ misalnya, kita berbangga dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanita pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi muda untuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda. Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan bahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasa disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya, sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada di belakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Mohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persada antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu dan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk menumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakan suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranan dalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara. Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan generasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kita dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasa meyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti. Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki dengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 3

SULIT

1103/1

KARANGAN CONTOH 2

Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut. Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat. Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjir kilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai atau di kawasan persisiran pantai tetapi kini banjir kilat mula menjengah bandarbandar besar. Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yang sering dilanda banjir kilat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru di bandar raya Shah Alam. Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir kilat mengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit kepada penduduk yang terlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidak berterusan. Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkan untuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilang-kilang tumbuh bagai “cendawan tumbuh selepas hujan”. Walau bagaimanapun, pihak pemaju seakan-akan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihak berkuasa wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih kerap apabila sesuatu kawasan itu hendak dibangunkan. Pastikan pihak pemaju menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Dengan adanya sistem perparitan yang baik, air dapat mengalir dengan lancar ke sungai-sungai dan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada mengatasi. Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina berhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuang sisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahaja mencemarkan sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungai menjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab. Sikap mementingkan keuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka sepatutnya membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan ke sungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah diambil. Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunya pemendapan di dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran seharusnya peka dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahaja gejala ini dikesan, tindakan mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlah sudah terhantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama, sampah sarap yang menghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Di samping itu, akta yang menghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran dengan tempat 1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 4

SULIT

1103/1

kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, penduduk-penduduk yang tinggal di kaki bukit terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan terdedah kepada banjir kilat. Sebaik sahaja banjir kilat berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan membina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan banjir akan menghalang air sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Pendudukpenduduk di kawasan rendah juga akan dipindahkan manakala jalan raya yang kerap dilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. Kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya Dato’ Seri Mohamad Khir b. Toyo telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kos melaksanakan cadangan itu menelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan, setinggi mana pun kosnya cadangan tersebut perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan berlakunya tragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat. Sistem amaran banjir kilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjir kilat juga boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda serta memusnahkan dokumen penting yang lain. Sistem amaran banjir ini boleh dipasang di tempat-tempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir kilat. Alat penggera tersebut akan mengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yang ditetapkan. Dengan adanya sistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa serta barang berharga. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menangani banjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun, komitmen dan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usahausaha seperti yang dinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat. Kita berharap dengan adanya bantuan segera yang diberikan, keresahan penduduk yang menjelma akibat berlakunya banjir kilat akan dapat dihapuskan. Tegasnya, masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat mewujudkan negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 5

SULIT KARANGAN CONTOH 3

1103/1

Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh sebuah akhbar tempatan. Tajuk esei yang anda pilih ialah “Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara”. Tulis esei itu selengkapnya. Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara Oleh : Zaiton Bt Othman Media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Media massa menyalurkan pelbagai maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan kehidupan mereka umpama ‘katak di bawah tempurung’. Malaysia kini sedang berusaha menjayakan projek multimedianya dengan serius untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Soalannya, apakah peranan media massa dalam pembangunan negara? Satu daripada peranan media massa ialah sebagai sumber maklumat yang amat penting kepada masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang berpengaruh dalam bidang pendidikan, penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan ekonomi dan sukan serta dapat membantu proses minat membaca. Melalui media, orang ramai memperoleh pengetahuan mengenai apa-apa jua yang berlaku di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang perniagaan akan dapat membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan masyarakat kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang. Pepatah menyatakan ‘membaca kunci pengetahuan’. Rakyat seperti ini akan dapat membantu proses pembangunan negara dengan cepat. Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat berbilang kaum. Semangat bersatu padu dan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar. Di samping itu, media turut berperanan sebagai alat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnya perlu diwujudkan untuk memudahkan pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan dasar-dasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagainya supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuka 1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 6

SULIT

1103/1

terhadap dasar-dasar pembangunan negara. Sesebuah kerajaan memerlukan sokongan rakyatnya dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui media massa, rakyat boleh memberikan reaksi dengan mengemukakan pandangan mereka. Dengan ini, pertukaran maklumat wujud antara kerajaan dengan rakyat. Seterusnya, media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan di pasaran yang dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikan barangan keluaran syarikatnya. Dalam era globalisasi ini, terdapat perniagaan yang dijalankan melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikat akan dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembang dengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara. Selain itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas. Oleh itu, bidang tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang boleh ditawarkan adalah yang berkaitan dengan bidang kewartawanan, pentadbiran, penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yang terhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidang pemasaran. Menerusi media elektronik pula, pembuatan peralatannya memerlukan pekerja yang banyak dengan kepakaran yang tertentu. Tenaga mahir dalam bidang pengiklanan juga begitu banyak. Secara tidak langsung masalah pengangguran dalam negara dapat dikurangkan. Media massa turut berperanan sebagai sumber hiburan. Menerusi media cetak, ruangan berunsur hiburan seperti kartun, berita sukan, cerpen, berita tentang artis dan sebagainya dapat menghiburkan masyarakat. Rancangan hiburan dan muzik yang disiarkan menerusi radio dan televisyen juga boleh mengurangkan ketegangan. Menerusi multi media seperti komputer dan internet, kanak-kanak dapat bermain permainan komputer sambil mendengar muzik. Sumber-sumber tersebut dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan di samping memberikan hiburan. Kesimpulannya, media massa sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, media seharusnya diberi kebebasan dalam melaksanakan fungsinya secara objektif dan telus. Dengan ini diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan pada keistimewaan yang dimiliki oleh media untuk dijadikan alat propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain. Tegasnya, media massa berperanan membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 7

SULIT KARANGAN CONTOH 4

1103/1

Pengekalan bangunan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan bersejarah mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, bangunan-bangunan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara. Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.

Di negara kita, banyak terdapat bangunan bersejarah yang masih kukuh dan sering menarik perhatian sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan supaya ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang. Kebanyakan bangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah. Antara bangunan bersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa dan bangunan Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Kota Belanda di Pulau Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyai nilai-nilai budaya dan keseniannya yang tersendiri malah merakamkan sejarah penting negara. Justeru, pengekalan bangunan bersejarah sememangnya penting di Malaysia. Satu daripada kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah di negara ini kerana bangunan tersebut mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunan-bangunan ini biasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan bercorakkan budaya bangsa. Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional adalah cantik dan harmoni. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada masa silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarah memaparkan corak budaya masa silam. Hal ini membolehkan kita menghayati keistimewaan budaya kita.

Selain itu, pengekalan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajari dan mendalami sejarah negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunan bersejarah. Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah membolehkan kita menyaksikan kesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Sebagai contohnya, lawatan ke Kota A Formosa di Melaka membolehkan kita membayangkan peperangan dan pertumpahan darah ketika rakyat Melaka menentang Portugis. Kita juga akan lebih memahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Dalam konteks ini, pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara. Sesungguhnya, cara pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan. Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah juga perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah ini dapat menjadi tarikan kepada pelancong tempatan atau pun pelancong asing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah sering menjadi tumpuan para pelancong. Secara tidak langsung keadaan ini dapat membantu perkembangan industri pelancongan melalui pengaliran masuk wang asing ke negara ini. [Lihat sebelah Halaman 8

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

1103/1

Bangunan-bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Kejayaan sesebuah filem banyak bergantung pada latar tempatnya. Untuk membuat filem berunsur sejarah, lokasi penggambarannya sudah pasti di sekitar bangunanbangunan bersejarah. Filem berkenaan akan menjadi lebih realistik dan menarik jika bangunan bersejarah yang sebenar digunakan. Hal ini dibuktikan oleh syarikat-syarikat perfileman asing yang banyak mengadakan penggambaran di Malaysia. Contohnya, filem Police Story III oleh Jacky Chan yang membuat penggambaran di Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Bangunan Mahkamah dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Melalui filem-filem ini, Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia. Hal ini membuktikan kepentingan bangunan bersejarah kepada kita. Bangunan bersejarah juga banyak memberikan pengajaran kepada kita. Bangunan bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagai contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi. Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa bangunanbangunan bersejarah merupakan sebahagian daripada warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, bangunan bersejarah haruslah dikekalkan untuk penghayatan dan kepentingan generasi akan datang. Dengan ini diharapkan usahausaha memulihara bangunan bersejarah dilaksanakan secara berterusan agar negara dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara ini.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 9

SULIT

1103/1

KARANGAN CONTOH 5 Anda telah membaca sebuah novel karya seorang penulis terkenal. Novel tersebut amat istimewa bagi anda. Anda ingin membuat ulasan tentang novel tersebut. Ulas keistimewaan novel tersebut. Judul Novel Pengarang Penerbit Tebal Harga Pengulas : : : : : : Badai Semalam Khadijah Hashim “K” Publishing Sdn. Bhd. 198 muka surat RM6.00 Zaiton bt. Othman

Novel ‘Badai Semalam’ dihasilkan oleh seorang penulis wanita yang cukup produktif dan tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Khadijah Hashim. Genre atau cabang penulisan beliau meliputi penulisan cerpen, novel dan yang terkini, beliau juga menulis buku tentang pantun. Fokus utama hasil karya beliau adalah tentang kisah wanita. Novel-novel lain yang turut dihasilkan oleh beliau ialah ‘Mira Edora’, ‘Bila Dan Di mana’ dan ‘Senator Adila’. Novel ‘Badai Semalam’ pernah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan dipasarkan di pasaran antarabangsa dengan judul ‘The Storm of Yesterday’. Selain itu, novel ‘Badai Semalam’ pernah dijadikan teks sastera Tingkatan 4 dan 5 pada awal 1970-an dan 1980-an. Novel ini telah diulang cetak beberapa kali dan masih laris di pasaran hingga kini. Novel ‘Badai Semalam’ mengisahkan kehidupan gadis remaja, Mazni yang tinggal bersama-sama ibunya yang uzur di rumah Encik Haris. Ibu Mazni iaitu Mak Bibah, merupakan bekas orang gaji kepada keluarga Encik Haris dan Cik Rohana. Mazni yang kini sedang belajar dalam Tingkatan enam dalam aliran sains, akan menduduki peperiksaan ‘Higher School Certificate’ (H.S.C) terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja. Mazni memerlukan wang untuk mengubati penyakit ibunya. Mazni bersahabat baik dengan Zaki, seorang pelajar bidang perubatan di Universiti Singapura. Suatu hari, anak Encik Haris iaitu Karim terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke hospital. Semasa terlantar di hospital, tiada kawan yang datang menziarahinya dan keadaan ini menyebabkan Karim insaf atas perbuatannya yang suka berfoya-foya. Hanya Mazni yang sering mengunjunginya sewaktu terlantar di hospital. Dalam diam-diam terbit perasaan cinta di hati Karim terhadap Mazni, yang begitu luhur hatinya. Mazni terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Zaki dan menerima cinta Karim yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Cik Rohana membantah hubungan Mazni dan Karim tetapi akur dengan kehendak anak terunanya. Pada hari perkahwinan Karim dan Mazni, rakan-rakan Cik Rohana telah memfitnah Mazni dengan mengatakan bahawa Mazni telah pun berbadan dua. Ibu Mazni yang percaya akan fitnah tersebut telah meninggal dunia kerana terlalu sedih. Walau pun sudah berumah tangga, Mazni yang masih bersedih kerana kematian ibunya, meneruskan pelajarannya melalui kelas malam. Setelah berpindah ke rumah sendiri, Karim mula berubah perangai dan mengamalkan sikap berfoya-foya kembali. Akhirnya, terjadi satu pertengkaran antara Mazni dengan Karim kerana Karim berasa cemburu 1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 10

SULIT

1103/1

apabila Mazni selalu keluar berjumpa dengan Dr. Zaki di Hospital Johor Bahru. Karim menampar Mazni sehingga pengsan. Selepas itu, Karim menyesali perbuatannya tetapi nasi sudah menjadi bubur. Mazni dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital, Mazni gembira apabila diberitahu bahawa dia telah berjaya dalam peperiksaan H.S.C. Namun Mazni tidak dapat memaafkan Karim dan meminta Karim melepaskannya. Karim yang begitu kecewa dengan Mazni akhirnya terbunuh dalam kemalangan kerana terlanggar pokok dan memandu ketika mabuk. Apabila Mazni pulih sepenuhnya, dia bertekad ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti di Kuala Lumpur. Zaki kecewa dengan keputusan Mazni dan mengharapkan Mazni menyambung pelajarannya di Universiti Singapura. Novel ‘Badai Semalam’ mengemukakan tema tentang ketabahan seorang wanita dalam menghadapi liku-liku hidup sehingga berjaya mencapai cita-citanya. Hal ini jelas dipaparkan oleh pengarang menerusi watak Mazni. Mazni seorang wanita yang tidak mudah putus asa dalam mengharungi cabaran dan halangan sehingga berjaya mencapai cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti. Selain tema di atas, terdapat beberapa persoalan yang menarik dalam novel ini. Persoalan percintaan berlandaskan kesucian hati turut dipaparkan. Contohnya, Mazni yang bersahabat baik dengan Zaki saling mencintai antara satu sama lain tetapi percintaan mereka terhalang apabila Mazni berkahwin dengan Karim. Pengarang juga menyentuh persoalan kritikan sosial iaitu sikap golongan atasan yang terlalu mementingkan status sosial dan memandang rendah golongan bawahan. Contohnya, Cik Rohana yang terlalu angkuh pada mulanya tidak sanggup bermenantukan Mazni iaitu anak orang gajinya tetapi dia insaf apabila disedarkan oleh suaminya, Encik Haris. Selain itu, jalan cerita ‘Badai Semalam’ begitu menarik dan plotnya di luar dugaan pembaca. Peristiwa dalam novel ‘Badai Semalam’ disusun secara kronologi. Dalam bahagian eksposisi, pengarang menggambarkan suasana tempat Mazni belajar dan Mazni digambarkan tergesa-gesa pulang ke rumah untuk menjenguk ibunya yang sakit. Plot novel berkembang dengan konflik yang dihadapi oleh Mazni seperti terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja kerana menjaga ibu yang sakit, terpaksa mengorbankan cita-cita dan berkahwin dengan Karim, serta menghadapi tekanan perasaan apabila ibunya meninggal dunia. Plot cerita bertambah menarik apabila sampai ke klimaks cerita apabila Mazni ditampar oleh suaminya sehingga pengsan dan dimasukkan ke hospital. Plot masuk ke tahap peleraian apabila Mazni yang sudah berjaya dalam peperiksaan H.S.C. dan baru saja kematian suaminya, Karim mengambil keputusan yang tegas untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur dan menolak cinta Zaki. Di samping itu, pengarang turut memaparkan watak-watak yang berkesan dalam novel ini. Mazni digambarkan memiliki ciri-ciri kewanitaan timur yang sejati. Dia seorang yang bersopan santun dan lemah lembut. Buktinya, kelembutan dan kesopanannya telah menyebabkan Karim anak tuan rumahnya jatuh cinta kepadanya sehingga mereka berkahwin. Selain itu, Mazni juga seorang wanita yang gigih. Contohnya, walaupun telah berkahwin, Mazni masih meneruskan pelajaran di kelas malam sehingga berjaya dalam peperiksaan H.S.C. dan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan. Mazni juga tabah dalam menghadapi cabaran hidup. Dia meneruskan kehidupan selepas ibunya meninggal akibat mendengar fitnah tentangnya dan masih meneruskan kelas malamnya walaupun ditentang oleh ibu mertuanya, Cik Rohana. Selepas kematian suaminya, dia bertekad meninggalkan Tanjung Puteri untuk 1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 11

SULIT

1103/1

meneruskan pengajiannya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Watak pembantu dalam novel turut menghidupkan jalan cerita. Karim, suami Mazni ialah seorang yang suka berfoya-foya dan sering tiada di rumah. Cik Rohana pula, digambarkan suka memandang rendah kepada orang gajinya dan mendengar hasutan orang. Contohnya, Cik Rohana menentang perkahwinan anaknya, Karim dengan Mazni anak bekas orang gajinya. Dia juga turut mempercayai hasutan jiran bahawa Mazni telah mengandung semasa berkahwin dengan Karim. Watak Zaki pula digambarkan sebagai seorang yang gigih. Walaupun keluarganya miskin, tetapi dia berjaya meneruskan cita-citanya menjadi doktor. Pelbagai pengajaran dapat ditemui dalam novel ini. Pengajaran tersebut dapat dijadikan teladan oleh para pembaca. Bak kata pepatah, ‘yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan’. Antara pengajarannya ialah setiap manusia hendaklah memiliki sikap tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Mazni yang tabah menempuh pelbagai kesusahan termasuk menghadapi kematian ibu dan suami, akhirnya berjaya mencapai cita-citanya melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, kita juga jangan terlalu memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya, Cik Rohana yang memandang rendah tehadap Mazni, akhirnya menyesali perbuatannya apabila anaknya, Karim meninggal dunia dalam kemalangan. Novel ini turut mengajar pembaca supaya jangan suka mengumpat dan menyebarkan fitnah kerana perbuatan itu dapat menjejaskan kebahagiaan rumah tangga orang lain. Contohnya, jiran Cik Rohana yang menyebarkan fitnah tentang Mazni dan Karim sepatutnya bertanggungjawab atas kematian ibu Mazni yang begitu sedih apabila mendengar fitnah tentang anaknya. Dalam novel ini juga, pembaca dinasihati supaya menjauhi arak kerana perbuatan meminum arak, bukan saja merupakan dosa besar, malah turut memberikan kesan buruk kepada peminum. Contohnya, Karim akhirnya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya akibat memandu dalam keadaan mabuk. Dalam novel ini juga terdapat tiga jenis latar, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar tempat dalam novel ini ialah di Tanjung Puteri, Johor Bharu. Di sinilah Mazni dilahirkan dan dibesarkan sehingga berumah tangga dengan Karim. Selain itu, terdapat latar di rumah Encik Haris dan Cik Rohana, tempat Mazni dan ibunya menumpang teduh. Latar tempat yang lain ialah hospital iaitu tempat Karim menerima rawatan dan Mazni turut berada di hospital selepas ditampar oleh Karim. Latar masa novel ini pula, adalah pada dekad 70-an, Hal ini terbukti kerana Mazni mengambil peperiksaan H.S.C. tetapi sekarang telah digantikan dengan STPM. Terdapat juga latar masa pada waktu petang iaitu ketika Mazni mengunjungi Karim di hospital setiap hari selama 3 bulan. Selain itu, terdapat juga latar masa pada waktu malam iaitu sewaktu Mazni meneruskan pelajarannya di kelas malam selepas berumah tangga. Latar masyarakat dalam novel ini pula ialah masyarakat kelas atasan dan kelas bawahan. Masyarakat kelas atasan digambarkan menerusi keluarga Encik Haris dan Cik Rohana, orang kaya yang disegani di Tanjung Puteri. Masyarakat bawahan pula digambarkan menerusi watak Mazni dan ibunya Mak Bibah yang merupakan orang gaji kepada keluarga Encik Haris dan menumpang tinggal di rumah itu walaupun Mak Bibah tidak lagi bekerja. Kesimpulannya, novel ‘Badai Semalam’ ini harus dibaca oleh semua remaja kerana keistimewaannya. Dengan menghayati novel ini, pembaca akan mendapat gambaran tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh kehidupan yang penuh 1103/1
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 12

SULIT

1103/1

cabaran dan sanggup berkorban untuk membahagiakan orang lain. Nilai dan pengajaran dalam novel ini dapat dijadikan teladan oleh para pembaca agar menghargai jasa ibu bapa dan giigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->