You are on page 1of 9

SULIT SKEMA SET 1 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN GURU SAHAJA

SKEMA JAWAPAN
KERTAS 2 SET 1

1. Kertas jawapan ini mengandungi empat jawapan.

Kertas jawapan ini mengandungi 9 halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 1
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Pendahuluan/Pengenalan [2 markah]

Petikan membincangkan usaha/pendekatan/cara menangani/mengatasi kelaziman merokok.


(2M)

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah] Markah

1. Kerajaan melancarkan “Kempen Anti merokok Tak Nak”. (2M)


2. Undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada golongan bawah umur perlu
dikuatkuasakan (dengan tegas) (2M)
3. Semua bentuk pengiklanan rokok mesti diharamkan. (2M)
4. Promosi jenama rokok tidak seharusnya dibenarkan. (2M)
5. Harga rokok (semasa) perlu dinaikkan setinggi yang mungkin. (2M)
6. Merokok di tempat-tempat awam perlu dilarang dan pengharaman ini perlu diketatkan.
(2M)
7. Aktiviti kokurikulum di sekolah mesti memasukkan mesej bahaya merokok.
(2M)
8. Persatuan pengguna di sekolah menggalakkan ahlinya meyertai pertandingan melukis
poster antimerokok (dengan slogan mereka sendiri). (2M)

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

1. Menjejaskan kesihatan tubuh badan/terdedah kepada pelbagai penyakit. (2M)


2. Langkah permulaan ke arah gejala penagihan dadah. (2M)
3. Pembaziran wang ringgit. (2M)
4. Dipinggirkan/dijauhi oleh rakan yang tidak merokok. (2M)
5. Menjejaskan penampilan diri. (2M)
6. Terlalu bergantung kepada rokok/sukar meninggalkan rokok/ketagih. (2M)
7. Suka melanggar peraturan/disiplin. (2M)

Kesimpulan/ Penutup [2 markah]

 Kesimpulannya, semua pihak perlu memberikan kerjasama terhadap kempen ini


supaya masyarakat hidup lebih sejahtera. (2M)
 Kesimpulannya, tabiat merokok perlu dihentikan segera agar langkah mengurangkan
tabiat merokok yang dilaksanakan mencapai kejayaan. (2M)
 Kesimpulannya, usaha menangani tabiat merokok perlu disokong untuk melahirkan
masyarakat yang cergas fizikal dan mental. (2M)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 2
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum


i. Maksud rangkai kata mengurangkan kuasa beli pengguna
- Menjejaskan/melemahkan keinginan perokok untuk mendapatkan rokok.
- menyukarkan pembeli mendapatkan rokok. [2M]

ii. Kanak-kanak terpengaruh dengan tabiat merokok akibat daripada


- Meniru perbuatan bapa mereka dan lelaki dewasa merokok.
- disuruh membeli rokok oleh ibu bapa mereka.
- didedahkan pada rokok pada usia muda/terdedah kepada iklan dan promosi.
- undang-undang melarang penjualan rokok kepada golongan bawah umur
kurang tegas.
Pilih mana-mana tiga isi. [3M]

iii. Peranan saya dalam menjayakan ‘Kempen Anti merokok Tak Nak” dengan
- menegur/memberikan nasihat kepada rakan/keluarga yang merokok.
- Melaporkan perbuatan rakan yang merokok kepada guru disiplin.
- melibatkan diri dalam setiap aktiviti “Kempen Anti merokok Tak Nak”.
- menganjurkan ceramah antimerokok di sekolah/menganjurkan aktiviti ‘sihat’
bagi mengelakkan merokok.
- membimbing rakan sebaya melalui program Pembimbing Rakan Sebaya.
- menulis rencana berkaitan keburukan merokok dalam akhbar atau
majalah.

Pilih mana-mana empat isi. [4M]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

(i) Cikgu Jo mahu Daneng meneruskan pelajarannya kerana;


- Daneng merupakan pelajar orang asli yang bijak. [1 markah]
- Daneng mempunyai masa depan yang cerah jika diberi peluang [1 markah]
- Daneng dapat membantu kaumnya apabila sudah berjaya nanti. [1 markah]
- Bilangan mahasiswa dalam kalangan orang asli masih kecil. [1 markah]

[Mak 3 markah ]

(ii) Pada pendapat saya, pelajar di luar bandar sering menghadapi masalah
keciciran kerana;
- ibu bapa tidak mendorong anak – anak untuk belajar kerana mereka tidak
berpendidikan. [1 markah]
- suasana kehidupan di luar bandar tidak mencabar untuk pelajar bersaing dalam
pelajaran. [1 markah]
- pelajar berpuas hati dengan corak kehidupan mereka yang diwarisi sejak dahulu
lagi. [1 markah]
- faktor kemiskinan/tidak mampu membiayai pelajaran. [1 markah]
- membantu ibu bapa dengan bekerja. [1 markah]

[Mak 3 markah ]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 3
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah;


- kepentingan pelajaran dalam kehidupan.
Contohnya, Cikgu Jo berpendapat bahawa Daneng perlu melanjutkan pelajaran
untuk membantu kaumnya yang ketinggalan. [1 markah]
- kemiskinan dan kemunduran hidup orang asli
Contohnya ; Cikgu Jo mahu Daneng meneruskan persekolahan untuk membantu
memajukan kaumnya yang ketinggalan. [1 markah]
Dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini ialah;
- persoalan tentang keperihatinan seorang guru melaksanakan tanggungjawab
memastikan kejayaan pelajarnya. [1 markah]
Contohnya, Cikgu Jo berusaha dengan pergi ke rumah Daneng untuk memujuk
Daneng supaya bersekolah semula. -
Kecintaan terhadap alam. [1 markah]
Contohnya,Daneng kesal kerana ada pihak tertentu melakukan pembalakan haram.
- Persoalan mengenang jasa guru. [1 markah]
Contohnya, Jo sentiasa merendah diri walaupun bergelar datuk dan tetap
menghormati gurunya.

[Mak 2 markah]
Jumlah 3 markah

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

(i) Maksud setelah sudah ia bersetia itu ialah sesudah Jibor selesai membuat janji.
[2 markah]

(ii) Apakah yang dilakukan oleh Jibor setelah selesai membuat perjanjian dengan empat
orang sipahi? [3 markah ]

- Balik ke rumah untuk tidur. [1 markah]


- Terkejut daripada tidur terus pergi ke masjid. [1 markah]
- Mengambil air sembahyang dan terus masuk ke dalam masjid. [1 markah]

[3 markah]
(iii) Wajar:

- supaya Jibor mengetahui tingkah laku Saidah yang sebenar. [1 markah]


- Supaya Saidah kembali ke pangkal jalan. [1 markah]
- Untuk menyelamatkan rumahtangga Jibor dan Saidah. [1 markah]
- Tidak bersubahat dalam perkara yang tidak baik. [1 markah]

Tidak wajar:

- Sabor tidak patut mencampuri urusan rumah tangga Saidah dan Jibor. [1 markah]
- keaiban seseorang tidak patut didedahkan kepada sesiapa. [1 markah]
- pendedahan hal Saidah boleh memporak-perandakan rumah tangganya.
[1 markah]
- Saidah mungkin insaf kesalahannya pada suatu masa nanti. [1 markah]

[Mak 3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 4
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

Soalan 2(d) Petikan Puisi

(i) Nyatakan sikap pengguna jalan raya yang mengecewakan penyajak. [2 markah]

 pengguna jalan raya tidak bertimbang rasa. [1 markah]


 Mementingkan diri sendiri. [1 markah]
 Tidak mematuhi peraturan jalan raya. [1 markah]

(ii) Jalan raya di negara kita sering dianggap sebagai sungai maut. Pada pendapat anda
bagaimanakah cara untuk menangani tanggapan tersebut? [3 markah]

- Pengguna mestilah mematuhi peraturan jalan raya [1 markah]


- Kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada [1 markah]
- Kerajaan menjalankan kempen secara besar-besaran secara berterusan [1markah]
- mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah. [1markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
- kita hendaklah bersikap bertimbang rasa supaya tidak menyusahkan pengguna jalan
raya yang lain. [1markah]
- kita perlu mempunyai sifat hormat-menghormati [1 markah]
- kita hendaklah menyayangi nyawa sendiri [1markah]
- kita hendaklah mematuhi peraturan jalan raya [1 markah]

[maksimun 4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
a) Membina ayat.

(i) - Sekiranya Malaysia ingin maju setanding dengan negara barat, pemindahan
teknologi perlu dilakukan.

 Perpindahan penduduk setinggan ke kawasan perumahan baru perlu disegerakan


kerana kerja-kerja pembangunan akan dijalankan di kawasan tersebut.

(ii) - Para pelajar diseru agar tidak melakukan pelanggaran disiplin di dalam kawasan
sekolah.
- Perlanggaran antara lori dengan kereta di lebuh raya itu semalam telah
mengorbankan tiga nyawa.
(iii) - Penahanan tiga orang pemuda yang terlibat dalam kes pecah amanah itu telah
menarik perhatian orang ramai.

- Pertahanan tentera kerajaan di dalam kawasan sempadan yang tidak kukuh


menyebabkan tentera musuh mudah meloloskan diri masuk ke negara tersebut.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 5
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

(6 markah)
b) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif .

(i) Perkara lain tidak sempat dibincangkan oleh mereka dalam mesyuarat semalam
kerana kesuntukan masa.

(ii) E-mel dikirimkan oleh pelajar lelaki itu kepada gurunya untuk menanyakan masalah
pelajarannya.

(iii)Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh Cikgu Ramlah di sebuah sekolah di
luar bandar.
(6 markah)
c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) pengetahuan = berpengetahuan , teknoloji = teknologi


(ii) mengembleng = menggembleng, membentuk = pembentukan
(iii) pengswastaan = penswastaan, efisyen = efisien
(6 markah)
d) Membetulkan kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa

(i) wadar = warden , lain-lain masalah = masalah-masalah lain)


(ii) Tulisan = Karangan, ditulis oleh saya = saya tulis
(iii) dikenakan = ditugaskan, menceritakan kembali peristiwa itu = menceritakan peristiwa
itu kembali
(6 markah)
e) Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran


Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

(6 markah)

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

a) Setiap novel mempunyai keistimewaan tersendiri yang menyebabkan pembaca


meminatinya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua keistimewaan
novel tersebut.

Perhatian bagi soalan 4a

I. Berikan 1 markah untuk isi dan 1 markah untuk huraian


II. Markah maksimum untuk isi 4 markah dan markah maksimum untuk bahasa 3 markah
III. Pemberian markah bahasa berdasarkan impression iaitu :

- Baik - 3 markah
- Sederhana - 2 markah
- Lemah - 1 markah
[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 6
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

Perlumbaan Kedua

i. Keistimewaan novel ini terletak pada tema yang diketengahkan oleh pengarangnya.
Novel ini mengemukakan tema kebijaksanaan dan pengalaman mengatasi kekuatan
fizikal. Kebijaksanaan Tuk Kura menyusun strategi pertandingan menyebabkan dia
berjaya menewaskan Sang Arnab Putih dalam perlumbaan kedua.

ii. Novel ini istimewa kerana berbentuk satira, menggunakan watak binatang
untuk dikaitkan dengan kehidupan manusia. Keistimewaan novel ini juga terletak
pada wataknya. Pengarang mengutarakan watak haiwan yang terdiri daripada
tuk kura, sang arnab, tedung, gajah, sang kancil, murai dan penghuni rimba yang
lain. Tindakan watak tersebut dapat dikaitkan dengan tindakan manusia dalam
kehidupan harian.

iii. Keistimewaan novel ini terletak pada latar tempat dan latar masyarakatnya.
Pengarang mengambil hutan belantara, padang rumput, paya, sungai dan lereng
bukit sebagai latar tempatnya. Pengarang secara langsung menghuraikan
keindahan tempat yang menjadi latar novel ini. Pengarang juga memaparkan
latar masyarakat haiwan yang tinggal dengan penuh harmoni di rimba.

iv. Keistimewaan novel ini juga terletak pada persoalan yang dikemukakan oleh
pengarangnya. Novel ini mengemukan persoalan tentang ketabahan
menghadapi cabaran, keberanian mempertahankan maruah, kasih sayang,
permuafakatan kaum dan persoalan memerangi rasuah.

v. Keistimewaan novel ini terletak pada teknik plot yang digunakan oleh pengarang.
Pengarang menggunakan teknik huraian/pemerian, teknik dialog antara
wataknya, teknik monolog dalaman, teknik saspens, imbas kembali dan juga
imbas muka. Kepelbagaian teknik yang digunakan dalam novel ini membuatkan
novel ini menarik.

vi. Keistimewaan novel ini terletak pada aspek gaya bahasa yang digunakan.
Pengarang mengaplikasikan gaya bahasa simile, hiperbola, metafora, repitasi,
paradok, totologi dan simbol. Pengarang juga banyak menggunakan
peribahasa.

[7 markah]

Novel Julia

i. Keistimewaan novel ini terletak pada tema yang diutarakan oleh pengarangnya.
Novel ini mengemukakan tema kegigihan wanita muda memajukan syarikat
perniagaannya. Sebagai usahawan muda beliau dapat memulihkan BMPRO
Holding dan BMPRO Transport yang ditimpa masalah kegawatan ekonomi dan
pengkhianatan.

ii. Keistimewaan novel ini juga terletak pada watak yang mendokong cerita.
Pengarang mengutarakan Julia sebagai watak utama yang banyak
keistimewaan. Julia digambarkan sebagai remaja wanita yang sanggup memikul
tanggungjawab besar keluarganya. Watak ini dibantu oleh watak lain seperti

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 7
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

Jun, En. Hashim, Ummi Sarah, dan watak penjarah seperti En. Baharom dan
Syed Mustaffa. Semua watak tersebut diberi peranan bagi menghidupkan cerita.

iii. Keistimewaan novel ini terletak pada latar tempat dan latar masyarakatnya.
Pengarang mengambil latar di bandar-bandar besar di dalam dan di luar
negara.seperti Kuala Lumpur, Alor Setar dan Perth. Pengarang secara langsung
menggambarkan keindahan tempat seperti Banglo Seri Idaman, Taman Tun Dr.
Ismail.

iv. Keistimewaan novel ini juga terletak pada persoalan agung yang
dikemukakan oleh pengarangnya. Novel ini mengemukakan persoalan tentang
kasih sayang sesama insan/keluarga, ketabahan menghadapi cabaran dan
keberanian mempertahankan hak.

v. Keistimewaan novel ini terletak pada teknik plot yang digunakan oleh pengarang.
Pengarang menggunakan pelbagai teknik seperti pemerian, dialog, monolog
dalaman, saspens, imbas kembali dan juga imbas muka.

vi. Keistimewaan novel ini terletak pada aspek gaya bahasa.


Pengarang mengaplikasikan gaya bahasa simile, hiperbola, metafora, repitasi,
paradoks, dan simbolik dalam karyanya.

[8 markah]

b) Nilai Murni merupakan aspek penting dalam penghasilan sesebuah karya.


Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan nilai murni yang
terdapat dalam kedua-dua novel tersebut

Perhatian bagi soalan 4b

I.Berikan 2 markah untuk perbandingan bagi sesuatu aspek.


II.Pilih mana-mana 3 aspek perbandingan.
III.Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa 2 markah.
IV.Bahasa :

- Baik - 2 markah
- Lemah - 1 markah

PERSAMAAN
.
i. Kedua-dua novel mengemukakan nilai kebijaksanaan.

Cth: Tuk Kura bijak mengatur strategi dalam perlumbaan, akhirnya dapat
mengalahkan/menewaskan sang arnab putih.

Julia bijak menyelesaikan masalah/ penyelewengan yang


dihadapi oleh BMPRO Transport.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 8
SULIT SKEMA SET 1 1103/2

ii. Kedua-dua novel memaparkan nilai kegigihan

Cth: Tuk Kura gigih menjalani latihan sebagai persiapan


menghadapi perlumbaan dengan sang arnab putih.

Julia gigih memajukan perniagaan keluarganya,


BMPRO Holding Bhd.

iii. Kedua-dua novel memaparkan nilai bekerjasama.


Cth: Semua haiwan rimba bekerjasama untuk menjayakan perlumbaan
antara tuk kura dengan arnab putih.

Keluarga Jun, Julia dan masyarakat tempatan bekerjasama dalam


menjayakan majlis pelancaran projek homestay di Guar Napai, Kedah.

iv. Kedua-dua novel mengutarakan nilai keberanian

Cth: Tuk kura berani mempertahankan maruah kaumnya.


Dia sanggup menyahut cabaran berlumba dengan arnab putih.

Julia berani menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan En.


Baharom yang panas baran.

v. Kedua-dua novel mengemukakan nilai kasih sayang

Cth: Tuk Kura menyayangi kaumnya. Dia sanggup menerima cacian dan
cabaran semata-mata ingin mempertahankan maruah kaumnya.

Julia menyayangi keluarganya seperti ibu bapa, adik-adik dan


neneknya.
(Maksimum: 8 markah)

JAWAPAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 9

You might also like