You are on page 1of 24

SULIT

4551/1
Biologi
Kertas 1
2006
1 1/4 jam.
JABATAN PELAJARAN PERAK
_________________________________________

LEARNING TO SCORE 2006

BIOLOGI SPM

Kertas 1 Set 2

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan yang terdiri daripada tiga


bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua
soalan dalam tiap-tiap bahagian.

2. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat


yang berguna bagi menjawab soalan. Rajah tidak dilukis mengikut skala
kecuali dinyatakan sebaliknya.

3. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah


dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 24 halaman bercetak

Lihat sebelah
4551/1 SULIT

1
Arahan: Bagi soalan 1 hingga 50, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu
A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul bagi setiap soalan dan hitamkan ruangan
yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

Bahagian A

1. Kenyataan berikut adalah fungsi-fungsi tentang satu organel dalam sel.


 Membentuk rangkaian pengangkutan dalam sel
 Mengangkut protein yang disintesiskan oleh ribosom

A. Ribosom
B. Jalinan endoplasma kasar
C. Mitokondria
D. Jasad Golgi

2. Rajah 1, menunjukkan sejenis organisma akuatik.

RAJAH 1

Namakan organel yang berlebel X.

A. Nukleus
B. Mitokondria
C. Vakuol mengecut
D. Sitoplasma

3. Rajah 2 menunjukkan proses yang berlaku dalam kitar sel organisma.

RAJAH 2

Proses X di atas adalah merujuk kepada

A. Interfasa
B. Metafasa
C. Anafasa
D. Sitokinesis

2
RAJAH 3

4. Komponen utama sel dalam rajah 3 ialah

A. Protein, lipid dan karbohidrat


B. Protein dan asid nukliek
C. Protein dan karbohidrat
D. Lipid dan asid nukliek

5. Rajah 4 menunjukkan cara enzim bertindak

RAJAH 4

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang P & Q ?

I. P dinyahasli pada suhu yang tinggi.


II. P ialah substrat dan Q adalah enzim.
III. P tidak berubah bentuk pada akhir tindak balas.
IV. Q ialah kunci dalam hipotesis mangga dan kunci.

A. I dan II sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II,III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

3
6. Antara berikut, yang manakah memainkan peranan penting sebagai pengangkut
oksigen dalam salur darah manusia?

A. Hemoglobin
B. Antibodi
C. Enzim
D. Hormon

Sel R Tisu S Tisu T Unit U

RAJAH 5

7. Rajah 5 menunjukkan sel R, tisu S, tisu T dan unit U yang berfungsi dalam sistem
badan manusia. Antara sistem berikut yang manakah berkaitan dengan sel R,
tisu S, tisu T dan unit U?

Sel R Tisu S Tisu T Unit U


Sistem Sistem Sistem
A. Sistem saraf
sokongan sokongan pembiakan
Sistem Sistem Sistem Sistem
B.
pernafasan sokongan perkumuhan peredaran darah
Sistem Sistem Sistem Sistem
C.
peredaran darah sokongan pernafasan perkumuhan
Sistem
Sistem Sistem Sistem
D. peredaran
perkumuhan sokongan pernafasan
darah.

8. Karbohidrat disimpan dalam badan manusia dalam bentuk

A. adenosina trifosfat
B. glukosa
C. sukrosa
D. glikogen

4
9. Apabila menguji kanji dalam daun hijau, daun direndam di dalam alkohol panas
untuk

A. menyingkirkan klorofil
B. melembutkan tisu daun
C. mengawet tisu daun
D. mensterilkan tisu daun

10. Maklumat di bawah menunjukkan empat kelas makanan dan jumlah tenaganya.
Antara berikut, yang manakah mewakili karbohidrat?

Kelas Kandungan tenaga


Makanan
A. 1720 kJ per 100g
B. 2200 kJ per 100g
C. 3850 kJ per 100g
D. 1600 kJ per 100g

11. Rajah 6 menunjukkan bahagian-bahagian R,P,Q dan S dalam sistem respirasi


seekor lipas. Maklumat di bawah menunjukkan penerangan tentang bahagian-
bahagian itu.

Q
R P

S
RAJAH 6

Antara bahagian berikut, yang manakah tidak benar tentang penerangannya?

A. P Mempunyai penebalan bergelang untuk mencegah bahagian itu


daripada terkempis
B. Q Mempunyai dinding nipis dan berisi bendalir yang mempunyai gas-gas
terlarut
C. R Pembukaan dan penutupan dikawal oleh kutikel tebal.
D. S Pertukaran gas berlaku secara resapan.

12. Berikut adalah salah satu kepentingan sistem sokongan kepada tumbuhan.

A. Untuk menyerap air dari tanah.


B. Untuk mengikat tanih dengan kuat mengekalkan kedudukan tegak.
C. Untuk mendedahkan daun kepada cahaya matahari.
D. Untuk pertukaran udara yang maksimum.

5
13. Yang manakah di antara berikut bukan merupakan cara sokongan tumbuhan
akuatik?

A. Daya apung
B. Pundi berisi udara
C. Aerenkima
D. Batang berlignin

RAJAH 7

14. Bahagian yang berlabel X terdiri daripada

A. rawan
B. ligamen
C. tendon
D. bendalir sinovia

P S

Q
R

RAJAH 8

6
15. Rajah 8 menunjukkan bahagian-bahagian sistem saraf manusia. Antara padanan
tersebut, yang manakah betul?

A. P Terminal akson
B. Q Jirim kelabu
C. R Badan sel
D. S Saraf spina

16. Gambar rajah menunjukkan bahagian-bahagian otak manusia.

R
S
Q

Antara yang berikut, manakah yang betul?

Mengawal Kadar Respirasi Mengawal imbangan


A. R Q
B. S P
C. R P
D. S Q

17. Vena tali pusat mengangkut..

A. oksigen dan makanan tercerna daripada fetus kepada ibu.


B. urea dan karbon dioksida daripada fetus kepada ibu.
C. oksigen dan urea daripada ibu kepada fetus.
D. oksigen dan makanan tercerna daripada ibu kepada fetus

18. Antara bahagian-bahagian berikut yang manakah tidak terdapat dalam ovul yang
matang?

A. Intergumen
B. Sel sinergid
C. Tiub debunga
D. Mikropil

19. Kandungan kromosom yang ditemui dalam sel sperma lelaki ialah

A. 22 + XY
B. 22 + X
C. 44 + XX
D. 44 + XY

7
T
P
S

RAJAH 9

20. Rajah 9 menunjukkan rantai unit nukleotida. Apakah yang diwakili oleh P,T dan
S?

P T S
A. Gula Bes Fosfat
B. Gula Fosfat Bes
C. Bes Fosfat Gula
D. Fosfat Gula Bes

21. Kromosom mengandungi…

A. kromatin dan fosfolipid.


B. DNA dan protein yang berlingkar.
C. gula deoksiribosa dan bes bernitrogen.
D. protein dan pasangan bes.

22. Pernyataan yang manakah benar tentang perkaitan organisma dan jenis nutrisi?

Jenis Organisma Jenis Nutrisi


I. Bakteria autotrof fotosintesis dan kemosintesis
II. Bakteria heterotrof saprofit dan parasit
III. Kulat Saprofit
IV. Cacing pita kemosintesis

A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

23. Pilih turutan yang menunjukkan perubahan ekologi yang berlaku pada suatu
tempoh masa di suatu kawasan tanah yang terdedah.

A. Pengkolonian  persaingan  sesaran  komuniti klimaks


B. Persaingan  pengkolonian  sesaran  komuniti klimaks
C. Sesaran  pengkolonian  komuniti klimaks  persaingan
D. Komuniti klimaks  pengkolonian  sesaran  persaingan

8
24. Apakah kegunaan parameter “Biochemical Oxygen Demand” (BOD)?

A. Mengukur kandungan oksigen yang dibebaskan oleh organisma akuatik.


B. Mengukur tahap pencemaran air
C. Penunjuk jumlah bahan pencemaar dalam air..
D. Mengukur kandungan oksigen yang diperlukan oleh semua organisma
akuatik.

25. Punca-punca pencemaran air ialah

I. bahan buangan domestik


II. bahan buangan pertanian
III. bahan buangan kilang
IV. Bahan buangan klorofluorokarbon

A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, II dan IV sahaja

9
Bahagian B

26. Gambar rajah menunjukkan suatu sel tumbuhan tipikal

Antara berikut, yang manakah benar tentang fungsi organel S dan organel T?

Fungsi organel S Fungsi organel T


Menyimpan bahan makanan dan Mengubah suai hasil protein kepada
A.
bahan buangan makanan glikoprotein
Mengubah suai hasil protein Menyimpan bahan makanan dan bahan
B.
kepada glikoprotein buangan makanan
Menyimpan bahan makanan dan
C. Mensintesis lipid
bahan buangan makanan
Mengubah suai hasil protein
D. Mensintesis protein
kepada glikoprotein

10
27. Beberapa silinder ubi kentang yang serupa diletakkan dalam larutan sukrosa
yang berbeza kepekatannya. Jisim awal dan jisim akhir tiap-tiap silinder ubi
kentang itu direkodkan. Antara graf berikut yang manakah menggambarkan
keputusan eksperimen itu?

A. B.

Perubahan Perubahan
jisim jisim

Kepekatan sukrosa Kepekatan sukrosa


C. D.

Perubahan Perubahan
jisim jisim

Kepekatan sukrosa Kepekatan sukrosa

11
28. Gambar rajah menunjukkan eksperimen perubahan struktur satu sel sebelum
dan selepas direndam dalam larutan P.

Sebelum direndam dalam larutan P

Selepas direndam dalam larutan P

Antara berikut yang manakah mungkin larutan P dan proses yang dialami oleh
sel tumbuhan itu dalam larutan P?

Larutan P Proses
A. Air suling Osmosis
B. Larutan glukosa 10% Krenasi
C. Larutan sukrosa 50% Plasmolisis
D. Larutan garam 10% Hemolisis

29. Gambar rajah menunjukkan perubahan pH ke atas kadar aktiviti enzim P, Q dan
R. Pernyataan yang manakah tidak benar.

Aktiviti enzim

P Q R

PH
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Pernyataan yang manakah benar?

A. Pada pH 4 aktiviti enzim Q adalah sifar.


B. PH optimum bagi enzim R adalah 8.
C. Enzim P melakukan aktiviti maksimum pada pH4.
D. Aktiviti enzim R meningkat selepas pH9.

12
30. Gambar rajah menunjukkan permukaan empat daun pokok keruing yang
berlainan.

Antara daun A, B, C, dan D, yang manakah menghasilkan kadar fotosintesis


yang paling maksimum.

A. B.

C. D.

13
31. Gambar rajah menunjukkan ciri penyesuaian pada bahagian sistem pencernaan
yang terlibat di dalam proses penyerapan makanan.

Namakan proses pergerakan bahan yang berlaku di struktur S

A. Resapan
B. Resapan berbantu
C. Osmosis
D. Pengangkutan aktif

32. Jadual berikut menunjukkan perbandingan antara respirasi aerob dan anaerob.
Antara perbezaan berikut, yang manakah tidak benar?

Aerob Anaerob

Bilangan molekul ATP yang


A. 38 2
terhasil (per molekul glukosa)

CO2 dalam sel Asid laktik dalam


B. Bahan hasil tindak balas
tumbuhan sel tumbuhan
Kurang
Menghasilkan
C. Kecekapan membekalkan tenaga menghasilkan
tenaga yang tinggi
tenaga.
Tanpa oksigen
D. Proses penguraian Dengan oksigen

14
33. Gambar rajah menunjukkan perubahan tekanan darah semasa darah mengalir
menerusi seluruh badan kecuali peparu.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai perkara di atas.

I. J adalah arteri terbesar dalam badan dan darah dipam keluar di bawah
tekanan tinggi dan dihantar ke semua bahagian badan.
II. Salur darah K berdinding tebal manakala salur darah M berdinding
nipis.
III. Tekanan darah adalah tinggi dan darah mengalir laju dalam salur darah
L manakala tekanan darah paling rendah dan darah mengalir perlahan
dalam salur darah K.
IV. Salur darah M mempunyai dinding tidak berotot manakala salur darah K
mempunyai dinding berotot tebal.

A. I dan II
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I,II, III dan IV

34.

Aiman sedang memecut ke garisan penamat


dalam larian merentas desa peringkat
sekolah.

Antara gerak balas berikut, yang manakah berlaku dalam badan Aiman?
I. Aras tiroksina meningkat dalam darah.
II. Suhu badan meningkat.
III. Aras Noradrenalina maningkat dalam darah.
IV. Aras adrenalina meningkat dalam darah.

A. I dan II
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I,II, III dan IV

15
35. Gambar rajah menunjukkan salah satu jenis vertebra pada manusia.

X
Y
Antara yang berikut yang manakah benar mengenai fungsi struktur di atas.

Struktur X Struktur Y

A. Muka sendi prazigapofisis Melindungi salur darah


Muka sendi yang bersendi Alur untuk ligamen melintang
B.
dengan tulang rusuk. vertebra atlas.
Muka sendi yang akan bersendi Ligamen untuk memegang cuaran
C.
dengan vertebra atlas. odontoid pada tempatnya
Muka sendi untuk cuaran
D. Melindungi salur saraf
odontoid

36. Gambar rajah menunjukkan proses spermatogenesis.

Antara yang berikut yang manakah benar mengenai proses yang berlaku di
X, Y dan Z .

Proses X Proses Y Proses Z


A. Meoisis I Meoisis II Pembezaan
B. Mitosis Meosis Pembezaan
C. Mitosis Meiosis I Meiosis II
D. Pembezaan Meiosis I Meiosis II

16
37. Gambar rajah menunjukkan keratan memanjang meristem apeks tumbuhan.

Zon X

Antara pernyataan di bawah yang manakah berlaku di zon X ?

Vakuol-vakuol yang kecil mula terbentuk dalam sitoplasma sel-sel


A
meristem apeks yang tertolak ka dalam zon ini.

B Sel-sel dibezakan kepada tisu-tisu xilem, floem, parenkima.

Pembahagian secara aktif berlaku. Sel-sel meristem adalah kecil


C
dan tersusun rapat.

Sel-sel menjadi khusus dan matang. Tiada proses pembahagian sel


D
berlaku.

17
38. Gambar rajah menunjukkan pewarisan lelaki dan perempuan yang mengalami
masalah hemofilia

Lelaki hemofilia Perempuan hemofilia

Lelaki normal Perempuan normal

Jika X berkahwin dengan seorang lelaki normal, apakah genotip yang mungkin bagi
anak pertama mereka ?

A. XHX H atau XHY


B. XHX h atau XHY
C. XHX h atau XhY
D. XhXh atau XhY

18
39. Satu kes pembunuhan telah berlaku di kawasan penempatan anda. Andaikan
anda seorang pakar forensik, susunkan turutan langkah-langkah teknik cap jari
DNA yang anda gunakan untuk mengenal pasti penjenayah berkenaan.

Alkali ditambah dan bebenang ganda dua DNA terpisah kepada


bebenang tunggal. Bebenang tunggal dipindahkan ke membran
R
nilon.

Sampel darah, rambut, kulit, semen diambil dari tempat kejadian


S
berlaku. DNA dikeluarkan dari sampel.

Filem sinar-X terhasil dan menunjukkan kedudukan jalur gelap dan


T ini sepadan dengan bahagian DNA yang berlebel dengan bahan
radioaktif tadi.

DNA yang berlainan saiz itu diasingkan dan disusun mengikut


U
saiznya.

Bahan radioaktif ditambah pada cebisan bebenang DNA tunggal


yang telah disusun mengikut saiznya. Bahan radioaktif akan
V
mengikat pada bahagian spesifik cebisan DNA untuk membentuk
satu corak berjalur.

A. RVSTU
B. R  VT  S  U
C. S  U  T  RV
D. S  U  R V T

40. Rumah hijau adalah struktur yang digunakan untuk memerangkap haba untuk
tanaman, terutamanya di negara yang mempunyai musim sejuk. Kesan rumah
hijau berlaku di Bumi adalah akibat

I. penggunaan bahan yang membebaskan O3.


II. aras CO2 pada atmosfera Bumi telah bertindak sebagai lapisan penebat.
III. penambahan gas CO2 yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil.
IV. penggunaan CO2 secara berlebihan dalam industri pertanian.

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

19
Bahagian C

41. Gambar rajah menunjukkan proses pembahagian sel yang berlaku dalam haiwan

Proses P Proses Q

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang proses di P dan Q?

Proses P Proses Q
A. Sitokinesis dua kali Sitokinesis sekali
B. Berlaku pembentukan kiasma Pembentukan kiasma berlaku dua kali
C. Pembentukan variasi baru Kandungan genetik anak adalah sama
D. Kromosom individu tersusun pada Kromosom bivelen tersusun pada satah
satah khatulistiwa khatulistiwa pada metafasa I

42. Fotograf menunjukkan kanak-kanak yang menghidap sejenis penyakit .

Antara berikut yang manakah merupakan punca penyakit di atas.

A. Kekurangan ferum
B. Jangkitan patogen
C. Kesan alergi
D. Faktor pewarisan

20
43.

Ciri-ciri Individu A

 Berkerja sebagai pesawah di Kampung Jelapang Padi.


 Memiliki sepasang kromosom seks dengan saiz kromosom yang
berlainan.

Antara berikut yang manakah jenis dan kuantiti makanan yang sesuai diambil
oleh individu A tersebut dalam satu hari.

Nasi Mentega Ubi Susu Pisang Ayam


kentang
A. 2000 3000 500 300 50 800
kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g
B. 3000 500 500 30 150 1000
kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g
C. 5000 1000 5000 300 200 2000
kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g
D. 10000 3000 1000 600 400 5000
kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g kJ/100g

44.
Ibu Hamzah mengalami masalah kerosakan pada bahagian organ pankreas
akibat jangkitan bakteria.

Antara berikut, apakah rawatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah
keseimbangan aras glukosa dalam darahnya?

A. Melakukan pemindahan organ pankreas dari penderma.


B. Mengambil suntikan hormon insulin dan glukagon.
C. Mengambil antibiotik.
D. Mengambil suntikan serum

45. Sejenis injap berfungsi mengelakkan darah daripada mengalir semula ke dalam
ventrikel jantung. Antara berikut yang manakah injap tersebut.

A. Injap trikuspid.
B. Injap bikuspid
C. Injap sabit
D. Injap ventrikel.

21
46. Gambar rajah menunjukkan tulang-tulang manusia

P. Q

R. S

Antara berikut pernyatan yang manakah tidak benar?

A. P merupakan tulang yang mempunyai sentrum dan cuaran melintang yang


kecil dan cuaran spina yang besar
B. R merupakan tulang-tulang dalam rangka paksi.
C. Q bukan merupakan tulang-tulang dalam rangka paksi.
D. Rangka S mempunyai sentrum yang pipih, cuaran spina yang pendek dan
cuaran melintang yang lebar.

47. Gambar rajah menunjukkan sebahagian satu unit nefron ginjal.

Q R

Antara yang berikut, apakah proses yang berlaku pada darah, glukosa dan garam di
bahagian P, Q, dan R masing-masing semasa pembentukan air kencing?

Darah di P Glukosa di Q Garam di R


A. Ultraturasan Pengangkutan aktif Pengangkutan aktif
B. Resapan Penyerapan semula Osmosis
C. Ultraturasan Osmosis Pengangkutan aktif
D. Resapan Pengangkutan aktif Penyerapan semula

22
48. Graf menunjukkan sebahagian daripada proses oogenesis.

Oosit primer

Oosit sekunder Jasad kutub

Ovum jasad kutub

Berdasarkan proses di atas, bilakah peringkat T dilengkapkan?

A. Semasa pengovulan
B. Selepas haid
C. Selepas persenyawaan
D. Semasa perkembangan fetus

49. Satu karung berisi 400 butang putih dan 400 butang hitam digunakan untuk
mewakili satu model pewarisan gen. Seorang pelajar menutup matanya dan
mengambil sepasang butang daripada karung tersebut dan dimasukkan ke dalam
bikar A, B & C mengikut pasangan warna masing-masing. Keputusan yang didapati
ditunjukkan dalam jadual di bawah

Pasangan butang hitam Pasangan butang hitam Pasangan butang putih


dalam bikar A dan putih dalam bikar B dalam bikar C

101 198 101

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

I. Nisbah fenotip yang diperolehi adalah 1hitam: 3 hitam & putih : 1 putih
II. Nisbah genotip yang diperolehi adalah 3 : 1
III. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan adalah warna butang
IV. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan adalah bilangan pasangan butang
yang diambil.

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

23
50. Satu kajian ekologi telah dijalankan di sebuah kolam itu, iaitu di kawasan W, X, Y
dan Z seperti di dalam gambar rajah di bawah.

Y
X

W
= Lembayung

= Rusiga

= Hydrilla

= Lemna

= Siput

Kawasan manakah yang mempunyai tumbuhan amfibia yang terbanyak?

A. Kawasan W
B. Kawasan X
C. Kawasan Y
D. Kawasan Z

KERTAS SOALAN TAMAT

24

You might also like