You are on page 1of 42

1.

PENGENALAN Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh

peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat inilah seseorang mula bertindakbalas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan tersendiri. Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai umur emosi (emotional age) kerana di peringkat mencari personaliti diri , mereka sering berhadapan dengan konflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbangan untuk menempuhi alam dewasa. Tetapi kini, remaja telah terlalu jauh meninggalkan batas keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka. Dewasa ini, masalah remaja berada pada tahap yang agak membimbangkan. Oleh itu timbul persoalan di sini, adakah nilai-nilai murni yang disemai dan dipelihara sudah lusuh rentetan daripada pemodenan mental dan kebendaan. Apakah mereka tidak mampu untuk mengadaptasikannya dengan perubahan budaya barat (westernization) yang pesat melanda negara kita ? 1.1 DEFINISI REMAJA Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 hingga 21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa bermasalah.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1.2 1.2.1

CIRI-CIRI REMAJA Suka Bergaulan Dengan Rakan Sebaya Daripada Ibu Bapa Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain

daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, golongan remaja adalah golongan yang suka berkawan dan senang dipengaruhi dengan keadaan persekitaran.

1.2.2

Suka Berangan-Angan Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka.

Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan dan apa yang mereka mahukan dalam hidup.

1.2.3

Senang Terpengaruh Oleh Emosi Golongan remaja merupakan golongan yang senang dipengaruhi oleh emosi. Ini adalah

kerana rasional mereka masih pada peringkat perkembangan dan belum sampai ke satu tahap yang mantap.

2.1

CABARAN REMAJA MASA KINI

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental. 2.1.1 Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri Selalu melakukan tindakan agresif Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan Merasa diri dilayan secara tidak adil Kesunyian Sukar memahami emosi Susah membuat keputusan

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

2.2

ISU-ISU PERMASALAHAN REMAJA MASA KINI

2.2.1

Budaya couple Budaya berpasangan di kalangan remaja sekolah telah menjadi satu trend (budaya) yang

hangat diperkatakan sekarang hingga menimbulkan pelbagai masalah sosial dikalangan remaja. Kehadiran seseorang dalam hidup sebagai seorang kekasih mampu membuatkan mereka seperti seorang yang hebat dan dihargai. Ada juga pasangan remaja yang sengaja menonjolkan diri semata - mata kerana inginkan tumpuan orang lain. Tetapi ada pula couple yang bercinta secara rahsia sama ada tidak mahu popular atau orang lain tahu. Bagi mereka, cukuplah jika mereka
http://tangkapgambar.blogspot.com/

saling menyayangi dan setia antara satu sama lain. Tidak ketinggalan juga ada di antara mereka, tidak kira lelaki atau perempuan yang gemar bertukar - tukar pasangan. Bagi remaja perempuan pula, ada yang melahirkan anak tanpa hubungan yang sah akibat daripada hubungan bebas dengan pasangan masing masing.

2.2.2

Gejala Ponteng Sekolah Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.

Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari - hari persekolahan ataupun didapati merayau di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi - jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Mereka lebih suka ke pusat hiburan atau melepak di pusat membeli belah atau pusat permainan video.

2.2.3

Membawa handphone ke Sekolah Penggunaan telefon bimbit dikalangan remaja sudah menjadi perkara biasa. Tidak

hairanlah kebanyakkan remaja sekarang mempunyai telefon bimbit yang canggih canggih. Bagi remaja yang masih di alam persekolahan, ada segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak hingga menyediakan mereka telefon bimbit yang begitu canggih serta boleh merakam video lucah dan aksi aksi tidak senonoh sehingga mendatang kesan negatif kepada diri remaja itu sendiri. Tidak salah untuk ibu bapa menyediakan telefon bimbit untuk memudahkan mereka menghubungi anak-anak mereka pada bila-bila masa, tetapi perlu ada pemantauan yang kerap
http://tangkapgambar.blogspot.com/

dan telefon bimbit berkamera bukanlah satu keperluan penting pada usia mereka yang masih mentah untuk menilai sesuatu yang baik atau yang buruk.

2.2.4

Penampilan Diri Yang Terlampau

a) Budaya Skinhead Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960an. Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Skinhead juga merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat muzik streetpunk dan juga punk. Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Namun, kini budaya ini semakin gemar diikuti oleh remaja yang menganggap budaya ini sangat menyeronokkam dan nampak hebat.

b) Budaya Punk

Punk juga lahir di London, Inggeris. Namun, Punk juga bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun 1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakupi aspek sosial dan politik. Banyak yang menyalahertikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli oleh mereka. Punk lebih terkenal dari hal fesyen yang dikenakan dan
http://tangkapgambar.blogspot.com/

tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker. Oleh kerana budaya punk sudah meluas di malaysia ramai remaja mula meniru gaya barat tanpa rasa perasaan malu yang tindakan mereka dianggap tidak senonoh pada

pandangan masyarakat.

c) Pakaian seksi dan ketat Sejak kebelakangan ini, isu remaja berpakaian seksi, ketat dan menjolok mata sering menjadi perbualan masyarakat. Kebiasaanya, aspek pemakaian yang terlampau seksi dan ketat ini sering dikaitkan dengan remaja perempuan. Ini berlaku kerana remaja perempuan sekarang inginkan penampilan yang cantik sehingga mereka sudah tidak menghiraukan pandangan masyarakat yang penampilan mereka boleh mendatangkan kesan negatif pada diri mereka seperti rogol dan bunuh. Remaja perempuan sekarang suka berpakaian seksi dan ketat di sebabkan ingin mengikuti perkembangan fesyen kini yang mendedahkan aurat.

2.2.5

Lari Dari Rumah Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan

ini jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan ibu
http://tangkapgambar.blogspot.com/

bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri.

2.2.6

Seksual bebas Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari

digandingkan bersama.Dan ia kini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks,dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Masalah ini amat merunsingkan terutamanya di kalangan pelajar sekolah. Seksual bebas ini memberikan banyak kesan negatif seperti lahirnya anak luar nikah. Penglibatan semua pihak dalam menangani masalah ini amatlah perlu agar remaja bebas daripada melakukan seksual bebas.

2.2.7

Minum minuman keras Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang

menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya
http://tangkapgambar.blogspot.com/

minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain. 2.2.8 Merokok Mengapa remaja merokok? Adakah kerana ingin mencuba, pengaruh keluarga atau rakan-rakan? Buatlah pelbagai kempen, ceritalah segala yang buruk mengenai kesan merokok, perkenalkanlah bermacam-macam undang-undang, naikkan lagi harga rokok, bilangan perokok tetap tidak berkurangan. Banyak kajian yang dijalankan penyelidik tempatan dan antarabangsa menunjukkan kempen `menakut-nakutkan ini tidak mampu menakutkan remaja untuk merokok. Apatah lagi, harga rokok, sekalipun dinaikkan masih mampu dibeli remaja yang rata-rata mendapat wang saku daripada ibu bapa.

2.2.9

Dadah Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja khususnya di negara ini adalah satu

masalah besar yang sentiasa mendapat tumpuan ramai terutama sekali pihak berkuasa. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah dadah. Berjuta-juta wang juga telah dibelanjakan untuk membasmi penyalahgunaan dadah. Namun usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihakpihak tertentu tidak menampakkan kesan positif yang ketara.

2.2.10 Lepak Isu lepak semakin kerap diperkatakan sekarang. Tingkahlaku remaja yang suka menghabiskan masa lapang di tempat awam seperti kompleks membeli belah, perhentian
http://tangkapgambar.blogspot.com/

pengangkutan awam dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai aktiviti lepak. Masalah ini telah menjadi satu budaya kepada golongan remaja khasnya. Budaya ini semakin memperlihatkan remaja masa kini yang tidak menyedari yang mereka adalah pewaris masa hadapan bagi menjayakan wawasan negara. Banyak media massa yang memberi kenyataan menyatakan pemimpin-pemimpin negara, masyarakat tempatan dan individu telah meletakkan lepak dikalangan remaja ini sebagai salah satu aktiviti sosial dan budaya yang setanding dengan isu penyalahgunaan dadah, penyakit AIDS dan pembuangan anak. Semua gejala ini kaum Melayu adalah kaum yang tertinggi sekali bilangannya berbanding dengan kaum lain.

3.0

PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DI KALANGAN REMAJA Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena sedemikian di

kalangan remaja masa kini . Antaranya ialah :

3.1

Kurangnya Asuhan Dan Didikan Agama Oleh Keluarga. Ibu bapa adalah model kepada anak-anak dalam apa jua aspek kehidupan tetapi dalam soal

keagamaan ianya seolah-olah diabaikan. Justeru itu, akan lahirlah generasi baru yang bertindak liar dan bersikap materialistik dan ala kebaratan.

3.2

Pengaruh suasana dan persekitaran yang mendesak Kebanyakan remaja yang tinggal di bandar mengamalkan kehidupan individualistik dan

materialistik. Oleh itu, dalam mengejar kemewahan mereka sanggup berbuat apa sahaja tanpa
http://tangkapgambar.blogspot.com/

menghiraukan baik buruknya sesuatu perkara itu. Akibatnya, terjadilah kejadian mencuri, melacur, samun dan peras ugut untuk mendapatkan wang yang tidak mereka perolehi daripada ibu bapa mereka.

3.3

Tekanan perasaan yang dialami remaja Sesetengah remaja mengalami tekanan perasaan ketika di rumah akibat perceraian atau

pergaduhan ibu bapa yang menyebabkan anak-anak merasa tidak selesa berada di rumah dan membuatkan mereka lebih suka berada di luar rumah dan bergaul dengan kawan-kawan tanpa menimbang baik buruknya.

3.4

Gagal dalam pelajaran Remaja yang terkandas dalam pelajaran mempunyai masa lapang yang banyak. Oleh itu,

mereka bergaul dengan rakan-rakan yang juga tidak bersekolah, dan bermula dari situlah mereka berkenalan dengan dadah, pil ecstasy, pusat-pusat hiburan dan lumba haram serta berjudi. Kegiatan tersebut memerlukan wang yang akan mendorong mereka melakukan kegiatan haram seperti mencuri samun, merompak dan menculik.

3.5

Peranan Media Massa Remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi, contohnya melalui filem-filem

yang ditayangkan di televisyen. Mempunyai pengaruh yang amat besar kepada mereka. Filem
http://tangkapgambar.blogspot.com/

dan drama yang dihasilkan mengikut filem Barat menggambarkan seolah-olah kehidupan rakyat negara ini dengan masyarakat Barat mempunyai persamaan. Ini menyebabkan remaja mudah terpengaruh kerana beranggapan bahawa gaya hidup remaja Barat yang lebih menjerumus kepada perlakuan liar dan tidak menghormati orang tua adalah tidak salah dari segi agama dan budaya Malaysia.

3.6

Perkembangan teknologi moden Perkembangan teknologi moden seperti komputer, internet, e.mail dan video juga

memudahkan remaja mendapat hiburan yang tidak sesuai dengan jiwa mereka. Mereka boleh memperolehi maklumat berhubung bahan-bahan lucah melalui internet, cakera padat dan video yang tidak ditapis di pasaran gelap atau melalui rakan-rakan.

4.0

KESAN DARIPADA MASALAH REMAJA MASA KINI

4.1

Kesan Ke Atas Remaja Itu Sendiri

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada
http://tangkapgambar.blogspot.com/

hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

4.2

Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah katakata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segalagalanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:
i. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada

keluarga yang harmoni dan bahagia.


ii. Akibat wujudnya ketidakharmonian

dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud

penceraian.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

iii. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak anak akan hilang

tempat bergantung dan bermanja.


iv. Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,

pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

4.3

Kesan Ke atas Masyarakat Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh

bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihakpihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihakpihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:
i.

Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatupadu.

ii.

Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curigamencurigai akan bertahta di hati masyarakat.

iii.

Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

iv.

Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

v. 4.4

Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. Kesan Ke atas Negara

Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang akan berlaku ialah: i.
ii.

Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.

iii.

Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.

iv.

Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.

v.

Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

vi.

Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

5.0

CARA MENGATASI MASALAH REMAJA MASA KINI Di dalam menangani permasalahan remaja ini, adalah tidak wajar untuk kita menyalahkan

mana-mana pihak secara total. Oleh yang demikian, seluruh masyarakat tidak kira sesiapa pun haruslah memainkan peranan dalam memastikan remaja masa kini memiliki nilai moral yang terpuji, bertanggungjawab dan berdedikasi. Secara ringkasnya adalah dicadangkan pihak-pihak berikut memainkan peranannya :

Penyelesaian konflik

Kenalpasti punca konflik

Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah Janganlah menyalahkan orang lain

Tumpukan perhatian kepada tindakan yang http://tangkapgambar.blogspot.com/ menyebabkan konflik

Bertenang semasa menerangkan pendapat anda Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

5.1

Peranan Remaja Sendiri Remaja perlu mengubah pandangan dan sikap mereka supaya lebih prihatin dan dapat

menyesuaikan diri dengan nilai dan norma yang ditetapkan oleh agama. Kebebasan tetap ada tetapi harus pandai menyesuaikannya dengan nilai-nilai dan norma-norma yang baik. 5.2 Peranan Ibu Bapa Zaman remaja adalah zaman yang penuh pancaroba. Maka, ibubapa seharusnya memahami keadaan ini dan menyesuaikan diri dengan pengaruh emosi anak-anak mereka. Mereka haruslah membina hubungan yang mesra dengan anak-anak untuk melahirkan sebuah keluarga bahagia yang akan membentuk masyarakat penyayang seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Ibu bapa juga perlu menjadi model kepada anak-anak mereka. Didikan agama dan duniawi yang seimbang boleh menjadi pedoman dalam hidup mereka agar mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara yang akan mereka lakukan.

5.3

Peranan Pihak Sekolah Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang

lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi. Sebagai organisasi formal, sekolah mempunyai struktur
http://tangkapgambar.blogspot.com/

kepimpinannya sendiri. Pengetua bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kukurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar.

5.4

Tanggungjawab Masyarakat Selain itu, Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan

luas sebagai pusat pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat. Kita lihat kebanyakan masjid dan surau dikunjungi orang dewasa dan veteran.Selain solat lima waktu, masjid atau surau perlu diimarahkan dengan program pemantapan agama untuk menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

5.5

Tanggungjawab Badan Bukan Kerajaan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh membantu golongan remaja bermasalah

ini. NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat.

5.6

Peranan Media Massa Pihak media perlu memainkan perannya baik media cetak ataupun elektronik . Akhbar

dan majalah hendaklah memperbanyakkan bahan-bahan yang lebih bercorak ilmiah. Begitu juga
http://tangkapgambar.blogspot.com/

dengan televisyen hendaklah lebih banyak menayangkan filem-filem yang boleh merangsang pembinaan insan yang baik.

6.0

KESIMPULAN

Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbangkan sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini. Sebagai penjaga kepada anak-anak, pihak ibu bapa haruslah lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

RUJUKAN
1. http://www.sabah.org.my/style 2. http://ctmariyam.blogspot.com 3. http://us.geocities.com/js_source/geovck08 4. http://us.geocities.com/js_source/geovck08 5. http://www.islam.gov.my/ 6. http://asnahhamid.blogspot.com 7. http://www.w3c.org 8. Mohd Salleh (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Publications and

Distrubutors Sdn. Bhd.


9. Muhammad Hatta Sharom (1989). Ke arah Rumahtangga Bahagia. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam.
10. Nelson, G.F. (1992). Keluarga dan Persekitaran Perspektif Ekosistem. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.


11. Noor Shakirah Mat Akhir. pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak

dalam. Visi, Julai 2001, halaman 24-26.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

12. Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

LAMPIRAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

SEJARAH SEKOLAH YANG DILAWATI

Penubuhan sekolah ini bertitik tolak daripada desakan para penduduk sekitar Pekan Nanas yang berpendapat sekolah sedia ada terlalu padat bagi menambung para pelajar yang semakin bertambah. Kewujudan sekolah ini direalisasikan pada bulan Mei 1983 dengan nama Sekolah Rendah Pekan Nanas. Buat permulaan para pelajarnya menumpang di sekolah Menengah Pekan Nanas. Akhirnya pada 1 januari1984, sekolah ini memulakan pentadbirannya sendiri dibawah pimpinan pengetua pertama iatu Encik Zakaria Bin Atan berpadu tenaga dengan yang dipertua PIBGnya iaitu encik selamat.

Pada oktober 1985,sekolah ini mencipta sejarahnya apabila seramai 93 orang pelajr menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada November 1994, seramai 91 orang pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.(SPM).

Encik Zakaria Atan menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua pada akhir tahun 1991 dan diganti dengan tuan haji sufaat bin tumin. Beliau telah mencadangkan nama sekolah ditukar. Nama Alayarham Dato Mohd Yunos Sulaiman yang banyak sumbangan baktinya terhadap rakyat johor telah dipersetujui untuk dijadikan nama sekolah ini.

Pada tahun 1998, sekolah ini mendapat pengetua baru iaitu Cik Lim Jit Eng di samping yang dipertua pibg yang baru dipilih iaitu Tuan Haji Abd Wahab Bin Ahmad. Pada masa yang sama sekolah ini telah dinaikkan taraf gred A. hal ini berikutan kerana sekolah ini telah mengalami peningkatan dalam pelbagai aspek termasuklah pertambahan pelajar dan kelas. Selain

http://tangkapgambar.blogspot.com/

itu sekolah ini telah mendapat sebuah dewan besar,asrama harian, rumah guru, dan lain-lain prasarana moden untuk kemudahan pelajar dan penduduk tempatan.

CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA REMAJA

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah "kekeliruann dan "kepalsuan". Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri. Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas. Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah, akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal. Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan Globalisasi. Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang. Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan
http://tangkapgambar.blogspot.com/

bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini. Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa. Murni Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima. Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa. Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar. Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal. Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat. Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian. Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global. Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat. Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi. Cabaran Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam
http://tangkapgambar.blogspot.com/

keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insideninsiden dan trend berikut:

Pakaian jenama barat. Makanan segera keluaran barat. Minuman global yang ditaja oleh barat. Hiburan yang menonjolkan budaya barat. Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda. Rekreasi yang meniru ala barat. Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat. Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

Remaja & Konflik CABARAN REMAJA Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental. Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan Merasa diri dilayan secara tidak adil Kesunyian Sukar memahami emosi

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental. Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka Membincangkan masalah anda dengan mereka Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda Meraikan harijadi mereka Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian Apabila Anda Merasa Marah

Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu) Berfikir sebelum bertindak Tanya diri sendiri o Kenapa saya marah ? o Apalah punca masalah ? o Apakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

Kenalpasti punca konflik Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah Janganlah menyalahkan orang lain Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik Bertenang semasa menerangkan pendapat anda Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif


Bertimbang rasa Yakin terhadap diri sendiri

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Sedia menerima nasihat dan teguran Sabar Bertanggungjawab Rajin dan suka menolong Mahir berkomunikasi

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Remaja Terikut Trend Barat oleh Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya Mac-April 2007)

REMAJA TERIKUT TREND BARAT Oleh : Aminuddin Mansor

Pada zaman globalisasi ini, negara-negara di seluruh dunia yang terpisah oleh jarak ribuan kilometer dianggap sangat dekat kesan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh sebab itu, apabila berlaku suatu perkembangan terbaru di sesebuah negara, terutamanya negara maju, maka perkembangan itu akan melanda negara-negara lain dengan pantas. Golongan remaja yang paling mudah terikut-ikut trend semasa. Mereka akan meniru cara pergaulan, berpakaian, berkomunikasi atau cara berhibur yang ditonton di televisyen atau dilayari melalui internet. Hal ini terjadi kerana remaja memang memiliki sifat suka meniru dan cepat terpengaruh dengan sesuatu yang dianggap menarik. Mereka memiliki sikap suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang tentang kebaikan atau keburukannya. Antara aspek kehidupan yang kerap berubah termasuklah gaya berpakaian. Remaja suka meniru cara masyarakat Barat berpakaian sebagaimana yang ditonton di televisyen. Oleh sebab itu, bilangan remaja yang berani berpakaian menjolok mata hingga mendedahkan aurat semakin meningkat. Sesungguhnya hal ini merupakan suatu trend yang kurang sihat bagi masyarakat timur yang terkenal dengan adab sopan. Selain itu, remaja mudah terikut-ikut dengan trend pergaulan remaja Barat yang saban hari ditonton di skrin televisyen. Mereka turut mengamalkan kehidupan bebas tanpa memikirkan batasan agama atau adat. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita ini memang suatu fenomena yang tidak sihat kerana keadaan ini mudah menjerumuskan remaja ke lembah hubungan seks bebas yang terang-terang melanggar hukum agama dan dapat mencetuskan masalah sosial yang lain, misalnya kes pembuangan bayi.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Dalam aspek komunikasi pula, remaja turut mengalami perubahan dalam cara berkomunikasi. Kewujudan telefon bimbit dengan harga yang berpatutan menyebabkan sebahagian besar remaja mampu memilikinya. Mereka sering berkomunikasi melalui sistem pesanan ringkas (sms) yang sudah tentu mempunyai kesan sama ada baik dan buruk. Kebaikannya mereka dapat berhubung dengan cepat selain kadar harga perkhidmatan yang murah. Keburukannya pula, remaja menggunakan bahasa yang ringkas hingga dikhuatiri mempengaruhi penggunaan bahasa secara formal terutamanya ketika menduduki peperiksaan. Perkembangan dunia hiburan di Barat turut juga menjadi ikutan remaja hari ini. Mereka meminati muzik Black Metal dan meniru gaya pemuzik itu. Ada yang menjadikan pemain muzik, penyanyi atau pelakon itu sebagai idola mereka hingga meniru fesyen rambut dan gaya berpakaian yang menjolok mata. Malahan, mereka sanggup bertindak liar hingga tidak lagi mengamalkan budaya hormat-menghormati atau bersopan-santun. Sebaliknya, mereka kerap mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan perlakuan lucah. Dalam hal ini, setiap remaja mestilah mengetahui apabila olahraga merupakan penyegar rohani dan ilmu pengetahuan merupakan penyegar akal fikiran, nescaya seni adalah penyegar dan santapan bagi jiwa. Hanya yang dimaksudkan dengan seni di sini adalah suatu bentuk karya yang dapat mengangkat martabat manusia, bukan menjerumuskannya ke dalam kehinaan Apabila jiwa seni itu adalah rasa dengan adanya keindahan dan kenimatan dalam jiwa penghayatinya, hal inilah yang selalu diperhatikan dan ditekankan oleh kebanyakan ayat AlQuran. Kita dengan tegas diingatkan kepentingan unsur keindahan dan kecantikan yang telah Allah SWT ciptakan pada setiap makhluk-Nya, selain unsur manfaat atau faedah yang juga ada padanya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya. (As-Sajadah:7). Islam menghidupkan cita rasa keindahan dan mengukuhkan seni keindahan, tetapi dengan syarat tertentu yang membawa kemasyarakatan dan tidak mendatangkan kerosakan
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Setiap remaja mestilah mengamalkan adab berlandaskan Islam, bersikap lemah lembut dan berbudi bahasa. Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala itu lemah lembut dan suka kepada lemah lembut. Dan Ia memberi hasil kerana lemah lembut itu apa yang tidak Ia berikan atas tindakan yang kasar atau tindakan lainnya. Kelembutan dalam tindakan yang dimaksudkan adalah satu perkara yang sangat baik dan patut dilaksanakan, perkataan yang dituturkan dengan lemah lembut itu amat berkesan di lubuk hati. Sesungguhnya, tidak semua trend hidup dari Barat boleh diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Oleh itu, ibu bapa wajar memainkan peranan penting untuk memantau anak masingmasing agar tidak terpengaruh dengan trend yang kurang baik. Tanpa usaha membendung pengaruh negatif itu, dikhuatiri suatu hari nanti masyarakat negara ini akan menganggap nilainilai yang negatif itu sebagai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan contoh dan seterusnya diamalkan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

TREND SERAH BADAN DIKALANGAN REMAJA MASA KINI Tidak malukah kalian para remaja?, terutamanya perempuan. Di mana letaknya maruah kalian sebagai seorang perempuan?.Alam remaja merupakan alam ataupun masa yang sangat penting dalam membentuk jati diri seseorang agar menjadi orang yang bertanggungjawab. Zaman ini juga dikatakan masa bagi seseorang remaja itu mengenali serta bergaul dengan rakan- rakan yang sebaya dan juga melakukan aktiviti yang digemari. Dewasa ini, kita sering mendengar masalah yang terjadi dikalangan remaja. Remaja hari ini juga, sesetengahnya bergaul bebas tanpa memperdulikan apa yang akan berlaku pada dirinya. Mereka gemar berpeleseran di luar rumah daripada berada di dalam rumah. Tentu anda semua pernah terbaca ataupun terdengar tetntang isu ini. Isu yang dimaksudkan ialah isu trend serah badan di kalangan remaja. Isu ini menjelaskan bahawa remaja masa kini tidak lagi mementingkan maruah diri mereka dan meraka hanya memandang keseronokan semata- mata. Mereka dengan mudah menyerahkan maruah(tubuh badan) mereka kepada teman lelaki ataupun mana- mana lelaki yang baru dikenali tanpa memikirkan akibat dari perbuatan tersebut.Ini mengakibatkan haluan hidup mereka menjadi tidak tentu arah dan terpesong dari landasan yang sebenarnya. Kesan daripada perbuatan tersebut menyebabkan remaja tersebut hanyut dalam dunia yang dipilih oleh mereka.Kemudiannya, akan tersebar berita menganai kes buang anak dalam tong sampah, longkang, dalam kotak dan sebagainya. Sungguh jijik dan tidak berperikemanusiaan perbuatan itu.Tidakkah itu menjadikan remaja itu seorang manusia yang zalim. Mereka tidak lagi mementingkan pendapat atau nasihat dari orang yang lebih tua. Kadangkala, mereka juga dilihat berpelukan serta bercumbu di khalayak ramai tanpa rasa malu. Apa yang akan terjadi pada masa depan remaja kita? musnah begitu saja? tidakkah mereka sayangkan masa depan mereka sendiri? Berubahlah! sayangi masa remaja anda serta masa depan yang gemilang............ jangan musnahkan ia begitu saja. jangan biarkan ia berlalu tanpa melakukan sesuatu yang bermakna untuk dikenang serta bermanfaat.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA KINI Pengenalan Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaanperangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada. Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap : a) Tahap awal kanak-kanak b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak c) Tahap baligh dan remaja Peringkat pertama Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anakanak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam. Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanakkanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur. Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan. Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of
http://tangkapgambar.blogspot.com/

belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk. Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya. Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan." Pembentukan Akhlak Remaja Islam Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti: ) 111 ) Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguhsungguh!" atau doa kepada ibu bapa: 24)) dan lain-lain. Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri: a) Ilmu yang menafikan kejahilan b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya c) Keyakinan yang menafikan keraguan d) Penerimaan yang menafikan penolakan e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
http://tangkapgambar.blogspot.com/

f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon. Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya. Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji, membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin. Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan : 1- solat. 2- zakat dan infak. 3- puasa. 4- haji. 5- membaca al qur'an. 6- zikir. 7- memikirkan penciptaan allah. 8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan. 9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah. 10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar. 11- dedikasi dan bersifat tawadduk. 12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya. 13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya. Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui: a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada
http://tangkapgambar.blogspot.com/

masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) : "Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman: Maksudnya : "Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur." Surah al 'Araf, ayat 58 : Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. c-Qudwah Hasanah Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh
http://tangkapgambar.blogspot.com/

politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini. Allah SWT berfirman: Bermaksud; "sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21. d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan normanorma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan. e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undangundang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal. Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya kita
http://tangkapgambar.blogspot.com/

terangkan satu persatu peranan tersebut : f - Peranan Media Massa Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasardasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. g - Peranan Sekolah Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh : 1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. 2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. 3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. 4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari
http://tangkapgambar.blogspot.com/

menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan. Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya. Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka. Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja. Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud). Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya. Firman Allah : "Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah Ali Imran : ayat 159) Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya. Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya. Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat". Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain. h - Peranan rakan sebaya Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah : 1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka 2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
http://tangkapgambar.blogspot.com/

3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa . i - Peranan rumah ibadah Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi. Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri . Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah: 1. Kelas Fardu Ain 2. Kelas Tajuid & Qiraat. 3. Kelas Bimbingan Remaja. 4. Kelas Bahasa Arab. 5. Ceramah Berkala. 6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah. 7. Kursus Rumahtangga Bahagia. 8. Kursus Pengurusan Jenazah. 9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal. 10. Kursus Dakwah dan Imamah. 11. Acara Tadarus al-Quran. 12. Khemah Ibadan & Qiamullail. 13. Kursus Pengurusan Masjid. 14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar. 15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid. 16. Kempin Memakmurkan Masjid.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid ) Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya. Rumusan Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat. Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan. Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You might also like