P. 1
Permainan Tradisional

Permainan Tradisional

|Views: 99|Likes:
Published by Cornelia Bong

More info:

Published by: Cornelia Bong on Nov 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/01/2012

pdf

text

original

Permainan Tradisional : Nenek Kebayan Mencari Cucu

Objektif permainan : 1. Meningkatkan daya kognitif para pelajar 2.

Pengenalan :
Permainan nenek mencari cucu merupakan salah satu daripada permainan tradisional. Anak-anak zaman sekarang tidak mengetahui beberapa permainan tradisional yang dahulunya menjadi permainan datuk nenek dan ibu bapa mereka semasa di alam kanak-kanak. Namun begitu permainan tradisional tidak harus dibiarkan Ienyap.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.

Prosedur permainan
Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Permainan Cari Cucu Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. Nyanyian Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu dimana berada. Nenek kahwin dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya. Nyanyian Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia menjadi. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->