You are on page 1of 4

POLISI KESELAMATAN DI PADANG DAN GELANGANG PENDAHULUAN Keselamatan pelajar perlu dititikberatkan.

Sekolah ini menegaskan kemalangan sifar semasa aktiviti-aktiviti di padang dan gelanggang dijalankan. Oleh itu, polisi ini dibentuk selari dengan matlamat bersama demi keselamatan pelajar di SMK Agama Bandar Penawar. DEFINISI Keselamatan pelajar di padang atau gelanggang didefinisikan sebagai kemalangan sifar di mana pelajar atau pengguna akan selamat semasa di padang atau gelanggang; ketika menggunakan alatan dan menjalankan aktiviti-aktiviti di sini dengan mengikut peraturanperaturan yang disediakan. OBJEKTIF Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan padang atau gelanggang. Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan alatan semasa di padang atau gelanggang. Memastikan alatan, padang dan gelanggang boleh berfungsi dengan baik. Memastikan semua penglibatan pelajar/pengguna di padang atau gelanggang dengan kebenaaran guru yang diberi tanggungjawab. Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar/pengguna bagi memastikan kemalangan sifar. TATACARA AM Menyediakan notis atau label. Menyediakan peraturan bilik operasi dan penggunaan. Mengetahui pengurusan alatan dan pembaikpulih alatan. Mengetahui bantuan /latihan kecemasan. Merekodkan penggunaan alatan dan kemalangan. Mempunyai kesedaran menjaga keselamatan.

TATACARA MURID Mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan padang atau gelanggang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu di bawah pengawasan guru. Memberitahu guru jika pelajar mempunyai alahan dan penyakit. Menjaga alatan yang digunakan dengan baik. Membuat catatan pinjaman dan pemulangan alatan di buku rekod yang disediakan. Melaporkan sebarang kerosakan pada alatan, gelanggang atau padang serta kemalangan kepada guru. Mematuhi semua arahan guru. Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan padang atau gelanggang. Berpengetahuan tentang prosedur latihan baik bagi mengelakkan kecederaan dalaman. Sentiasa utamakan keselamatan pada setiap masa. TATACARA GURU Memastikan padang dan gelanggang selamat digunakan. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya menjaga keselamatan diri di padang dan gelanggang. Menetapkan garis panduan keselamatan menggunakan alatan sukan yang berisiko. Merekodkan penggunaan peralatan sukan. Memantau keadaan fizikal padang dan gelanggang dari semasa ke semasa. Membuat pembaikan serta merta terhadap kemudahan yang didapati membahayakan pelajar /pengguna. Mengawal pergerakan pelajar ketika melaksanakan aktiviti yang berisiko. Memastikan pelajar menggunakan pakaian yang selamat untuk jenis permainan yang berisiko.

Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kawalan dan pemerhatian guru. Sentiasa mengawal pelajar dalam waktu Pendidikan Jasmani dan permainan. Jangan membiarkan bermain tanpa kawalan daripada guru.

TATACARA IBU BAPA Membuat aku janji untuk memberi kebenaran dan menanggung risiko. Memaklumkan keadaan kesihatan anak jagaan kepada pihak sekolah. Melengkapkan kemudahan pakaian dan peralatan sukan anak jagaan. Memberi sumbangan sokongan untuk mempertingkatkan sukan dari segi tenaga, kewangan, moral dan lain-lain. Menasihati anak tentang disiplin dan menjaga keselamatan ketika menjalankan aktiviti sukan. Memberi sokongan dan dorongan kepada anak untuk aktif dalam aktiviti sukan. TATACARA PENTADBIR Memastikan segala peraturan keselamatan padang dan gelanggan yang disediakan dipatuhi. Memantau keadaan keselamatan padang dan gelanggang. Sentiasa peka dan prihatin terhadap keselamatan padang dan gelanggang. Memaklumkan kepada awam supaya tidak mengganggu semasa aktiviti dijalankan. Mendapatkan bantuan kawalan keselamatan semasa majlis sukan atau kejohanan diadakan. TATACARA TEKNIK DAN KESELAMATAN Mendapatkan bantuan daripada jurulatih untuk menjalankan latihan. Mendapatkan perkhidmatan penyertaan, penyelanggaraan dan penyeliaan padang dan gelanggang. Memastikan alat yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. TATACARA AGENSI KERAJAAN Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah : Memberi kerjasama kepada sekolah jika diperlukan. Pejabat Kesihatan : Memberi khidmat kesihatan dan rawatan kepada pelajar. Alam Sekitar : Memberi kebenaran penggunaan peralatan / bahan. Polis : Memberi khidmat kawalan dan keselamatan kepada pihak sekolah semasa kejohanan.

TATACARA MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

Bil. 1. Luka Kecil

Jenis

Rawatan
Bersihkan luka. Ikat dengan ketat bahagian yang berdarah dengan pembalut yang bersih. Tinggikan bahagian yang berdarah. Menahan darah secara langsung.

2. Luka Besar (Luka parah) Baringkan pesakit dalam keadaan yang selesa.

Angkat tinggi bahagian yang luka. Tahan darah secara tak langsung dengan mengikat bahagian atas luka / atau menekan urat nadi di tempat menahan darah. Cuci luka dan balut dengan kemas. Hantar ke hospital dengan segera.

3. Luka mengandungi lenda Jangan dicabut benda luar. Kalau banyak darah keluar, tahan darah secara tidak luar (kaca, paku, langsung. selumbar dan lain-lain)

Bersihkan keliling luka dengan kapas. Buat cincin pelapik daripada kain pembalut. Letakkan di atas luka supaya benda luar di tengahtengah cincin. Pastikan cincin pelapik lebih tinggi daripada benda luar. Balut dengan pembalut. Rawat pesakit di tempat kejadian itu. Kurangkan pergerakan anggota yang patah. Pegang dengan cermat dan ampu bahagian yang patah. Tenangkan pesakit. Gunakan badan sebagai tuap (body splint) untuk mengikat anggota yang patah. Hantar ke hospital atau dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Beri rawatan seperti merawat luka dan patah.

4. Patah

5. Patah teruk 6. Terseliuh / tergeliat

Rehatkan dan ampu bahaian itu dengan cara yang paling selesa. Beri tuaman sejuk. Dapatkan pertolongan doktor. Ampu bahagian yang cedera dengan selesa. Tetapkan kedudukan anggota yang cedera. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel itu. Rehatkan pesakit. Lunjurkan kaki pesakit dan tekan hujung kaki di belakang. Gosokkan bahagian yang sakit dengan minyak kuda. Longgarkan pakaian pesakit. Dudukan pesakit dan bongkokkan pesakit hingga kepalanya masuk ke celah lutut atau baringkan pesakit. Kipaskan pesakit. Jika pesakit sedar, beri minuman air atau minuman

7. Terkehel

8. Kejang otot / Kaku / Cramp

9. Pitam

panas.

10 Asthma / Lelah / Semput Letakkan pesakit dalam keadaan selesa. Duduk atau bersandar dengan meluruskan belakangnya. .
Tenangkan pesakit dan beri pengudaraan yang bersih.

You might also like