You are on page 1of 13

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU, 21700, KUALA BERANG, TERENGGANU

LAPORAN DOKUMENTASI BIG-WORK SAHUT KALI PERTAMA

TEMPAT TARIKH MASA DISEDIAKAN OLEH

: DEWAN MAKAN SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU : 14 MEI 2011 : 8.00 PAGI : SITI NOOR DIANA BT MOHD KAMARUDDIN (AJK DOKUMENTASI BIG-WORK SAHUT)

LAPORAN RINGKAS

Pada 14 Mei 2011, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu telah mengadakan Big-Work SAHUT atau majlis kenduri kesyukuran buat pertama kalinya pada tahun ini. Majlis berlangsung dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Staff SM Sains Hulu Terengganu (PESUTRA) yang dipengerusikan oleh Encik Amri bin Che Seman. Turut dijemput bagi memeriahkan majlis ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Yang Berhormat (YB) Kuala Berang dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Tajin dan guru tahsin Al-Quran SM Sains Hulu Terengganu . Majlis bermula jam 8 pagi dengan menyembelih seekor lembu. Proses penyembelihan berlangsung di garaj bas SM Sains Hulu Terengganu dan disempurnakan oleh staf sokongan sekolah. Proses penyembelihan juga telah disaksikan oleh semua guru dan pelajar. Penyediaan bahan memasak dijalankan di Dewan Makan SM Sains Hulu Terengganu oleh guru-guru dan staff sokongan perempuan. Guru-guru lelaki, pelajar putera dan staf sokongan lelaki membantu melapah daging lembu yang telah disembelih di garaj bas. Pada jam 10 pagi, proses memasak dimulakan di dua buah tempat iaitu di garaj bas dan dewan makan. Pada masa yang sama, guru-guru telah dihidangkan dengan makanan ringan iaitu mee goreng dan air teh. Pelajar puteri ditugaskan untuk memastikan surau berada dalam keadaan bersih manakala pelajar putera ditugaskan untuk membersihkan tempat penyembelihan. Beberapa orang pelajar telah ditugaskan untuk dokumentasi majalah sekolah di sepanjang program pada hari tersebut. Pada jam 12.30 tengah hari, makanan dihidangkan dan para guru, staff sokongan dan pelajar mengambil tempat di dewan makan untuk menjamu selera. Lauk pauk yang dihidangkan adalah seperti nasi, Daging Lembu Gulai Kawah Tajin, Ikan Darat masak Tempoyak Telaga, Ulam-ulaman, Ikan Masin, Pencuci Mulut, Sambal Belacan SAHUT, Acar dan air Sirap Sunquick. Pengusaha dan staff dewan makan juga menjamu selera bersama-sama Pada jam 1.30 petang, hadirin solat Zuhur secara berjemaah dan bacaan doa selamat telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi bin Husin diikuti dengan bacaan tahlil selepas itu. Majlis bersurai pada jam 2.30 petang dan pelajar ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah sekali lagi.

LAPORAN BERGAMBAR

Pelajar mula berkumpul pada jam 7.30 pagi untuk menyaksikan proses sembelihan

Lembu telah selamat ditarik dan tiba di tempat penyembelihan. Pelajar begitu teruja untuk menyaksikan proses penyembelihan

Proses penyembelihan bermula tepat jam 8 pagi disempurnakan oleh Ustaz Alias bin Ismail guru tahsin Al-Quran SM Sains Hulu Terengganu dan dibantu oleh staff sokongan SM Sains Hulu Terengganu. Proses ini telah disaksikan oleh pelajar putera, guru-guru lelaki dan sebahagian guru wanita.

Proses penyembelihan telah selesai dijalankan. Pelajar putera begitu teruja untuk membantu guru-guru lelaki SAHUT melapah daging lembu.

Sebelum melapah daging lembu, pelajar putera membantu Ustaz Megat Abdul Karim (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SAHUT) menghampar tikar di atas lantai garaj bas.

Proses melapah daging lembu dimulakan

Cikgu Rozaidi dibantu oleh Encik Asri melapah daging lembu sambil diperhatikan oleh Encik Zaidi

Cikgu Roslan sibuk melapah daging lembu sambil dibantu oleh Cikgu Fadli

Guru-guru wanita sibuk menyediakan bahan masakan di dapur Dewan Makan SAHUT

Guru-guru dan staf sibuk mengupas bawang

Ketua kerani, Puan Siti Nora memotong buah nanas untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut

Pelajar putera SAHUT membantu guru-guru lelaki menyiang daging lembu

Cikgu Rafi (Penolong Kanan Pentadbiran SAHUT) dibantu oleh Cikgu Roslan untuk mengangkat sebakul daging lembu sambil diperhatikan oleh Cikgu Aimin Fadhlee (Penolong Kanan Kokurikulum SAHUT) yang sibuk menyiang daging lembu

Proses memasak dimulakan di garaj bas. Proses memasak diketuai oleh Ustaz Zaidi dan Cikgu Rozali sambil diperhatikan oleh guru-guru, staf sokongan dan Ketua Pelajar SAHUT, Mohd Nuriffat.

Guru-guru, staf sokongan dan jemputan mula menjamu selera pada jam 12.30 tengah hari

Guru-guru wanita mula makan sebaik sahaja hidangan disediakan. Puan Minah dan Puan Susilawati menikmati ulam-ulaman dan petai

Bonda Pengetua Cemerlang, Hajah Ramlah bt Endut sedang menikmati pencuci mulut

Putera-puteri SAHUT beratur dalam keadaan tertib untuk mengambil makanan dan minuman

Puteri- puteri SAHUT menjamu selera dan makan dalam keadaan senyap dan tertib

Putera-putera SAHUT juga menikmati makanan yang disediakan dan makan dengan penuh selera

Tazkirah dari Ustaz Zaidi sebelum solat Zuhur berjemaah di Surau SAHUT

Pelajar bersedia untuk solat Zuhur berjemaah

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan setelah selesai Solat Zuhur. Majlis bersurai.

LAMPIRAN

TENTATIF ATURCARA PROGRAM 14 MEI 2011 (SABTU)


MASA 8.01 pagi - Taklimat ringkas oleh Pengarah Program - Minum pagi 8.21 pagi - Sembelih lembu (di belakang Asrama Putera) - Penyediaan bahan di dewan makan - Gotong royong bersih dan hias Surau SAHUT dan dewan makan 10.01 pagi - Memasak bahan BIG-WORK SAHUT

12.31 thari - Jamuan makan (Dewan Makan SAHUT) 1.31 petang - Solat Zuhur, doa selamat dan tahlil (Surau SAHUT) 2.31 petang - Bersurai dan bersih kawasan

MENU
Daging Lembu Gulai Kawah Tajin Ikan Darat Masak Tempoyak Telaga Ulam-ulaman Ikan Masin Pencuci Mulut Sambal Belacan SAHUT Acar Sirap Sunquick

JAWATANKUASA BIG-WORK SAHUT (KENDURI KESYUKURAN) KALI PERTAMA SM SAINS HULU TERENGGANU 14 MEI 2011 (SABTU)
BIL 1 JAWATANKUASA Urusetia Program 1. Amri b. Che Seman (Pengarah) 2. Rozaidi b. Abdul Majid 3. Roslan b. Mohd Anuar 4. Nik Ramlly b. Nik Haron 5. Mohd Rozali b. Abdullah Jemputan 1. Fauzati bt. Mansor 2. Noraihan bt. Mohamad Bendahari 1. Sadiah bt. Minhat Memasak & Penyediaan Bahan 1. Muhammad Joha b. A.Wahab (Ketua) 2. Salina bt. Ismail 3. Salahuddin b. Jaafar 4. Siti Nora bt. Md Sarip 5. Halijah bt. Ibrahim 6. Che Norlinda bt. Che Mohd 7. Farihah bt Zainal 8. Farah Falina bt Ahmad Sanusi 9. Radhiyatum Saadiah bt. Harun 10. Sh. Hamizie Ariswany bt Sy Abd Rahman 11. Wan Nor Rusnanis bt. Wan Ali 12. Maznah bt. Muhammad 13. Mariam bt. Buang Solat Hajat & Doa Selamt 1. Zaidi b. Husin 2. Razali b. Ngah 3. Noor Azrina bt Abdul Hanid Dokumentasi 1. Siti Noor Diana bt Mohd Kamaruddin Persiapan Tempat 1. Mardiana Syarita bt. Mohd Razmin 2. Hazulia bt Hassan 3. Nor Khairani bt Mohamed 4. Muhamad Fadli b Shafie 5. Mohd Nor Ridzuan b. Noorzan 6. Faryanti bt Jaafar 7. Minah bt Ngah 8. Low Yen Ling 9. Fariha bt Zainal Tugas Khas/Kawalan Pelajar 1. Suwardisukri b. Sulong 2. Sadiah bt Minhat 3. Asmaron Nasir b Ismail 4. Mohd Anwar b Zainol 5. Mohd Asri b. Kassim 6. Saipul Aman b Che Mat Hussian 7. Mohd Hazeril b Mazlan 8. Mohd Rauh b Yaakub 9. Mohd Noor Ridzuan b Noorzan CATATAN Persediaan program dan urusan majlis Urusan majlis Beli bahan Jemputan

3 4

Kutipan bayaran Penyediaan bahan Pastikan tempat dan alatan memasak Proses memasak Menghidang Mengemas selepas majlis

Pastikan surau dalam keadaan bersih

6 7

Laporan dokumentasi Pastikan dewan makan dalam keadaan bersih dan kemas Sediakan meja untuk tetamu jemputan Membantu AJK memasak dalam proses penyediaan bahan

Membantu AJK lain jika perlu Urusan luar jangka Lain-lain tugas yang difikirkan perlu dan segera

You might also like