P. 1
Bmm 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bmm 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

|Views: 1,613|Likes:
Published by Nadia Bakar
Nota BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
BAB 1 - BAB 8 SAHAJA

BAB 1 PENGERTIAN DAN KONSEP
PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
PENILAIAN
PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

BAB 2 TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM
DOMAIN KRATHWOHL

BAB 3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
DEFINISI
KEPENTINGAN
LANGKAH PEMBINAAN
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
DEFINISI
KEPENTINGAN
LANGKAH PEMBINAAN

BAB 4 PEMBINAAN UJIAN
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN SUBJEKTIF

BAB 5 JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIF, SUMATIF
UJIAN KEFASIHAN, KEMAJUAN
UJIAN BAKAT, PENCAPAIAN

BAB 6 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

BAB 7 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB

BAB 8 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI PROJEK
PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

credit to: En Ruslee IPGKB
Nota BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
BAB 1 - BAB 8 SAHAJA

BAB 1 PENGERTIAN DAN KONSEP
PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
PENILAIAN
PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

BAB 2 TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM
DOMAIN KRATHWOHL

BAB 3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
DEFINISI
KEPENTINGAN
LANGKAH PEMBINAAN
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
DEFINISI
KEPENTINGAN
LANGKAH PEMBINAAN

BAB 4 PEMBINAAN UJIAN
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN SUBJEKTIF

BAB 5 JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIF, SUMATIF
UJIAN KEFASIHAN, KEMAJUAN
UJIAN BAKAT, PENCAPAIAN

BAB 6 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

BAB 7 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB

BAB 8 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI PROJEK
PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

credit to: En Ruslee IPGKB

More info:

Published by: Nadia Bakar on Nov 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2013

pdf

text

original

Sections

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP

Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar

1.1 Sinopsis

Topik

ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan

pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan.

1

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

1.3 Kerangka Konsep

Pengertian dan Konsep

Pentaksiran

Pengujian

Penilaian

Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

1.4 Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula

2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor

1.5 Pengujian  Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.  Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.  Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran  Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.  Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian

perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,
3

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.

1.6 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

4

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:  mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.  menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari telah disampaikan.  membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.  menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.  membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan  membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka perkara yang

dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

5

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Rajah 1.

PENILAIAN

PENTAKSIRAN

PENGUJIAN

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

6

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.8 Aktiviti
Arahan: Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah; a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian dilakukan. b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?

7

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL 2.1 Sinopsis
Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda. Selamat berjaya !

2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.

2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl. 2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

8

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.3 Kerangka Konsep

Taksonomi dan Domain

Taksonomi Bloom

Domain Krathwohl

2.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang

menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang

menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.

9

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. ii. Pengetahuan Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan di dalam

gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya persekitaran sebenar. Analisis (Analysis) Pada tahap

analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang

diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.

10

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk

penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang

sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.  Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination)

11

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.5 Domain David Krathwohl  Domain Afektif  Penerimaan (Receiving/Attending)  Tanggapan (Responding)  Penghargaan (Valuing)  Pengorganisasian (Organization)  Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex)

12

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.6 Aktiviti
Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

1.

Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda.

Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-

1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html 2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax.htm 3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf

13

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

3.1 Sinopsis Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian

secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tinggi. yang

Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan

menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu Kemahiran” (melintang). paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras

3.2 Hasil pembelajaran 3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian

14

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3.3 Kerangka konsep

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

KEPENTINGAN JSU

DEFINISI

LANGKAH PEMBINAAN JSU

3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)    Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.  Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.   Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

3.5 Kepentingan JSU     Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
15

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


Bil

Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Bentuk Soalan Objektif Aras Kognitif Kemahiran

Bidang/Topik/Topik Kecil

Jam 1 2 3 4 5 6

Jumlah Item

1.1

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu  Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka 2 15 2 12 5 4

1.2 Linguistik BM  Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1.3 Fonologi  Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan   Fonem segmental Fonem suprasegmental Jumlah

1 20

5

4

1

1 16

3 2

2 2 1

1 1 1

1 1 1

40

32

Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.

16

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3.6 Langkah-langkah Membina JSU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. b. c. soalan objektif (30 soalan) 1 markah bagi 1 item jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan

Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor Domain Kognitif 6. 5. 4. 3. 2. 1. Penilaian Sintesis Analisis Penggunaan Kefahaman Pengetahuan Mudah Sukar

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?    Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei, dan lain-lain.

17

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Langkah V:  Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)   Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar) Pemarkahan

Langkah VI    Nyatakan mata pelajaran Nyatakan tingkatan Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Rumusan Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

18

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3.7 Aktiviti
Arahan:

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.

Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm

19

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN

4.1 Sinopsis
Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahanbahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda. 4.2 Hasil Pembelajaran 4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian. 4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif. 4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. 4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .

20

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.3 Kerangka Konsep

Pembinaan Ujian

Objektif

Subjektif

4.4 Pendahuluan
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar dalam pembelajaran mereka. Ini memperbaiki berguna bagi guru untuk

dan meningkatkan kualiti P&P.

4.5. Jenis-jenis Ujian Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

4.5.1. Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

21

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Item Respons Bebas i. Jenis soalan: contoh: a) b) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

22

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan 1. Kata Adjektif Sifatan 2. Kata Adjektif Pancaindera 3. Kata Adjektif Bentuk 4. Kata Adjektif Perasaan

Contoh A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. B. Budak baik selalu dipuji.

C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. a. b. c. Item aneka pilihan berbentuk soalan Jenis jawapan terbaik Analogi

23

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Item Jenis Cantuman Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,

berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

4.5.2. Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut: Item Jenis Struktur  Item Jenis Esei  Pembinaan Ujian

24

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity) a. b. c. d. Kesahan Isi Kesahan Ramalan Kesahan Serentak Kesahan Gagasan

ii.

Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan

dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan

dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

25

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.7 Aktiviti
Arahan : Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:

a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.

b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya.

26

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;

1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.usm.my/education/publication/JPP239_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf

27

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA

5.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.

5.2 Hasil Pembelajaran 5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa. 5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian. 5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian.

5.3 Kerangka Konsep

Jenis Penilaian bahasa

Ujian Formatif Ujian Sumatif

Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan

Ujian Bakat Ujian Pencapaian

28

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5.4 Ujian Formatif dan Sumatif

Terdapat beberapa

jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian

kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

5.5 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

5.6 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

29

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif

Perbezaan

Ujian Sumatif 1. Pensijilan atau penggredan 2. Pada akhir

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan Fungsi kelemahan. 2. Sepanjang pengajaran Masa

unit/kursus

3. Kognitif, psikomotor dan afektif 4. Terhad kepada tugasan

Penekanan Sifat

3.Kognitif 4. Beraneka jenis 5. Senang – sukar

5. Berubah-ubah 6. Dibentuk khas

Kesukaran 6. Peperiksaan akhir Alat tahun

7. Rujukan kriteria

Jenis ujian

7.Rujukan norma

5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah muridmurid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
30

Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

NOTA TAMBAHAN
Ujian Bakat

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

31

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI

Arahan 1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

32

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

6.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

6.2 Hasil Pembelajaran 6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. 6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian. 6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.

33

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6.3 Kerangka Konsep

Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian Melalui Portfolio
6.4 Penilaian Melalui Porfolio

Penilaian Melalui Pemerhatian

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks

pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

34

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6.4.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk :  Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.  Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.  Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

6.4.2 Kegunaan Portfolio  menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).  menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.  digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam

penyempurnaan gred.  menilai secara sumatif pembelajaran.  menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

6.4.3 Ciri-ciri Portfolio (a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. (b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

35

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

(c)

Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,

komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. (d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. (e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. 6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.  Portfolio Kerja Harian  Portfolio Hasil Terbaik  Portfolio Dokumen

6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?  Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.  Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E J A A N

5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru 3 Membentuk suku kata 2 Menyebut bunyi huruf 1 Permulaan mengenal huruf
36

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi:       Senarai semak yang disediakan oleh guru Nota-nota yang disediakan oleh guru Catatan jurnal Buku log Refleksi kendiri murid Gambar dan foto

6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio  Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran  Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid  Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid  Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

37

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6.5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:  Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.  Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.  Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 6.5.2 Strategi Pemerhatian  Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.  Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.  Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.  Menjalankan dijalankan. tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang

6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:  Kualiti Pemerhatian  Bentuk Perancangan  Jenis-jenis Pemerhatian

6.5.4 Fungsi Pemerhatian  Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.  Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.  Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
38

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6.6 Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini

biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

AKTIVITI
1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.

39

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

7.1 Sinopsis

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

7.2 Hasil Pembelajaran 7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak

pembelajaran. 7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.

40

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7.3 Kerangka Konsep

Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian Melalui Soal Jawab

7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian

melalui

Kontrak Pembelajaran

dikenali

juga

sebagai

Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

7.4.1 Cara Pelaksanaan  Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.  Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

41

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

 Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.  Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : a. b. c. pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?   

Penilaian objektif tugasan Hasil Pembelajaran Penilaian Format / Bentuk

7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.

42

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ............................................................ Nama : ........................................................................

Tahun/Tingkatan :........................................................... Tugasan : ..................................................................... Objektif : 1.................................................................. 2.................................................................. 3..................................................................

Perkembangan Peringkat

Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini

Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini

Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini

Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat

Catatan

Tandatangan murid .............................. Nama:

Tandatangan rakan sebaya .................................... Nama:

Tandatangan guru ............................... Nama:

43

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara

berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,

penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

7.5.1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

44

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI
1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut.

2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.

45

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

8.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka.

8.2 Hasil Pembelajaran
8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek

8.3 Kerangka Konsep

Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian Melalui Projek

Penilaian Melalui Kertas Kerja

46

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8.4 Penilaian Melalui Projek

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data

persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara

individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).

 Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:   Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

47

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek     Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). Jangka masa yang panjang Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.   Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.    Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

8.6 Jenis-jenis penilaian Projek  Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.  Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.   Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

48

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI
Arahan: 1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.

2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.

Tahniah ! Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini. Arahan:  Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda. Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda.

----------------------------------------MODUL TAMAT---------------------------------------------

49

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

50

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->