You are on page 1of 11

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Al-Bazzar) Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama. Huraiannya: Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya. Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil. Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah. Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU Kategori : jumaat (01-Jan-2010) 15 Muharram 1431H

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU


Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah, MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Sesungguhnya agama Islam menitik beratkan ilmu pengetahuan, ia merupakan salah satu anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang amat besar faedahnya kepada manusia. Oleh kerana itulah untuk menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta berguna kepada agama, bangsa dan negara, kita hendaklah memiliki ilmu melalui pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan kerana kepentingannya itulah agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan dimana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah dilahirkan pula, sunat diazankan dan diiqamahkan di telinga anak-anak tersebut dan sunat juga dibacakan Surah Al-Ikhlas dan Al-Qadar supaya kalimah yang mula-mula didengar oleh mereka setelah lahir ke dunia ini adalah kalimah tauhid. Di samping itu akhlak yang mulia juga hendaklah disemai ke jiwa anak-anak sedari mereka masih kecil lagi. Ibu bapa adalah bertanggungjawab memberikan didikan dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak. Ilmu pengetahuan adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kerana itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ada bersabda yang maksudnya : "Dari Anas bin Malik ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim". Tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia akan berada di dalam kegelapan kerana ilmu itu cahaya yang dapat menerangi kehidupan. Tanpa ilmu, kehidupan manusia tidak akan maju dan tanpanya juga manusia tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan kebathilan. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 269 tafsirnya :

"Allah memberikan hikmah kebijaksanaan ilmu yang berguna kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya menurut aturan yang di tentukan-Nya. Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikiran". Muslimin yang diberkati Allah, Dalam usaha memberikan pendidikan kepada anak-anak, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah supaya anak-anak dapat mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi. Ibu bapa sanggup berbelanja dengan mengeluarkan wang ringgit demi masa depan anak mereka. Tidak dinafikan terdapat di kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah swasta. Alhamdulillah, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memberikan kemudahan elaun pelajaran kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Perkara ini patutlah disyukuri dan memanfaatkan elaun tersebut dengan sebaikbaiknya akan tetapi apa yang mendukacitakan terdapat sebilangan ibu bapa yang telah menyalahgunakan elaun pelajaran tersebut dan menggunakannya untuk keperluan lain tanpa menghiraukan pembayaran yuran sekolah sehingga menyebabkan pembayaran yuran sekolah anakanak mereka tertunggak. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana bantuan yang diberikan itu merupakan suatu amanah yang wajib ditunaikan. Ketahuilah bahawa menjaga amanah itu adalah salah satu sifat yang terpuji di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan antara ciri-ciri orang-orang yang beriman dan ganjaran yang dijanjikan bagi orang yang menunaikan amanah itu ialah syurga. Manakala orang yang tidak menjaga amanah yang telah diberikan kepada mereka itu adalah orang yang khianat. Agama Islam melarang umatnya dari berlaku khianat, firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al Anfaal ayat 27 tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanahamanah yang diberikan kepada kamu, sedang kamu mengetahuinya". Muslimin yang dirahmati Allah,

Dalam mencari keberkatan menuntut ilmu terdapat adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam yang perlu kita jaga dan patuhi, antaranya ialah : Pertama : Membetulkan niat menuntut ilmu. Menuntut ilmu hendaklah dilakukan dengan niat melaksanakan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan bukannya untuk lulus peperiksaan semata-mata. Kedua : Membersihkan hati dari sifat-sifat keji seperti sombong, angkuh, hasad dengki, pemarah, tidak sabar dan lain-lain lagi. Seorang guru kepada Imam Asy-Syafi'e yang bernama 'Wafiq' pernah berpesan yang bermaksud : 'Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya ilmu itu tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang melakukan dosa'. Ketiga : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Keempat : Menghormati dan menerima nasihat para guru. Oleh itu penuntut tidak boleh sekali-kali menunjukkan sikap tidak beradab terhadap guru, sombong dan enggan menerima nasihat guru. Sikap beginilah yang akan menjadikan ilmu yang dituntut itu tidak berkat. Kelima : Memberi salam kepada guru dimana saja mereka berada, baik di kawasan sekolah mahupun di luar sekolah. Janganlah menunjukkan sifat keangkuhan dan masam muka terhadap guru. Keenam : Menjaga kesihatan tubuh badan dan kebersihan pakaian. Selain itu adalah lebih elok berwuduk dan berdoa terlebih dahulu kepada Allah Subhanahu Wata'ala sebelum belajar. Ketujuh : Menjaga pandangan mata, pergaulan dan percakapan daripada perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Kelapan : Mempastikan makanan yang dimakan hendaklah bersih dan halal. Makanan yang meragukan dari segi kehalalannya (Syubhah) hendaklah dijauhi dan ditinggalkan kerana makanan yang tidak halal dan tidak bersih itu menyebabkan sukar untuk menghafal ilmu pengetahuan. Sejarah Islam membuktikan bahawa penjagaan makanan yang halal telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam yang mempunyai daya hafalan yang sangat hebat dan luar biasa, sebagai contoh Imam Asy-Syafi'e dapat menghafal dan mengulangi Kitab Al-Muatta' yang dikarang oleh gurunya Imam Malik dalam satu malam sahaja. Imam Al-Bukhari boleh menghafal 600,000 hadis, Imam Ibni Temeh dapat menghafal 200,000 hadis dan telah mengeluarkan fatwa ketika berumur 20 tahun. Inilah berkatnya kerana mereka sangat mengambil berat penjagaan makanan dan minuman. Muslimin yang dirahmati Allah,

Perlu kita sedari bahawa ilmu yang ada pada diri kita hanya sedikit. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Kahfi ayat 109 tafsirnya : "Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan-Ku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan-Ku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan". Dari ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa ilmu itu sangat luas dan banyak yang perlu diterokai dan dicari. Maka jalan terbaik dan berkesan untuk meluaskan ilmu pengetahuan ialah dengan belajar dan membaca buku-buku dan bahan-bahan bacaan yang bermanfaat dan mengandungi nilai-nilai murni dan terpuji. Untuk melahirkan bangsa yang maju, hebat dan dipandang tinggi maka carilah dan tingkatkanlah ilmu sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi pada masa ini ilmu mudah diperolehi, tinggal kita sahaja berusaha untuk mendapatkannya. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua akan mendapat keberkatan dalam mencari ilmu pengetahuan dan beramal dengannya, mudah-mudahan dengan demikian kita akan hidup bahgia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Zumar ayat 9 tafsirnya : "Katakanlah lagi kepadanya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

Kepentingan Menuntut Ilmu 2010-08-18 16:59 Ilmu dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.Hal ini bertepatandengan peribahasa "Ilmu pelita hidup".Semua orang harus menuntut ilmu.Ilmu dapat meningkatkan taraf hidup kita.Dengan adanya ilmu,kita dapat mencari peluang pekerjaan yang baik.Melalui pekerjaan kita akan dapat menanggung nafkahhidup dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.Selain itu,ilmu membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan damai.Seseorangyang berilmu tidak akan bertindak sesuka hatinya.Mereka akan berfikir secaramendalamsebelum membuat keputusan.Oleh itu,pertengkaran dan perselisihan fahamantara satu sama lain dapat

dielakkan.Dengan itu,wujudlah masyarakat yang harmoni.Ilmu mampu meningkatkan ekonomi negara juga yang kini kian meleset.Denganilmu,seseorang dapat meneroka pelbagai bidang baru.Seterusnya,lahirlah tenagatenaga mahir dalam bidangkejuruteraan,ekonomi,perubatan dan sebagainya.Dengan demikian kita tidak perlu lagimembawa pakar-pakar dari luar untuk bekerja di negara kita.Kesimpulannya,ilmu sangat berharga.Ilmu lebih penting daripada wang ringgit.Olehitu,orang harus menimba ilmu sebanyak mungkin

Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam


TUESDAY, 26 MAY 2009 19:15

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan ilmu disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Quran antaranya, Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. (Az-Zumar:9) Firman Allah S.W.T maksudnya: Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah:269) Firman-Nya lagi maksudnya: Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu. (Al-Faatir:28) Konsep Ilmu Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan

dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19). Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9). Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T, "Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-Alaq:179) Hukum Menuntut Ilmu "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis) Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai. Apabila kita memperhatikan isi Al-Quran dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud; "Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari) Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan keduaduanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ain dan adakalanya wajib kifayah. Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ain dan adakalanya wajib kifayah. Pembahagiaan Ilmu Syariah Islam menggariskan dua bahagian besar ilmu iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain dirujuk kepada ilmu yang wajib diketahui oleh setiap orang "mukallaf" atau yang sudah diberi pertanggungjawaban dalam Islam. Fardhu kifayah pula ialah ilmu yang diwajibkan ke atas sebahagian umat Islam untuk menguasainya dan jika terdapat sebahagian yang sudah menguasainya maka terlepaslah kewajipan umat Islam yang lain daripada bebanan wajibnya. Ilmu fardhu ain boleh dibahgikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman, yang berkaitan dengan hukum hakam, yang berkaitan dengan perkaraperkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian (Amir A. Rahman, 1991:110-111). Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan sering berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin menghadapi ketinggalan dalam bidang kebendaan serta terancam keselamatannya. Ilmu yang wajib ain dipelajari oleh mukallaf iaitu yang perlu diketahui untuk meluruskan aqidah yang wajib dipercayai oleh seluruh muslimin; dan yang perlu diketahui untuk melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang difardhukan atasnya, seperti shalat, puasa, zakat dan haji. Di samping itu perlu dipelajari ilmu akhlak untuk mengetahui adab sopan santun yang perlu kita laksanakan dan tingkah laku yang harus kita tinggalkan. Di samping itu harus pula mengetahui kepandaian dan keterampilan yang menjadi tonggak hidupnya. Adapun pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikerjakan sehari-hari maka diwajibkan mempelajarinya kalau dikehendaki akan melaksanakannya, seperti seseorang yang hendak memasuki alam rumah tannga seperti syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan segala yang diharamkan dan dihalalkan dalam menggauli isterinya.

Sumber Ilmu Kebanyakkan manusia mengagungkan akal sebagai punca ilmu yang tidak terbatas. Mereka mletakkan akal sebagai pembeza utama dalam apa hal sekalipun. Keadaan ini menyebabkan ramai manusia yang sesat dan menyesatkan seperti yang berlaku pada zaman Greek purba yang mencari Tuhan dengan semata-mata menggunakan akal. Islam meletakkan sumber ilmu yang jelas dan tersusun rapi serta terjamin kesahihan dan ketekalannya. Al-Quran dan Sunnah adalah dua sumber utama ilmu dalam Islam. Kedua-duanya dirujuk sebagai sumber "wahyu". Selepas itu barulah akal diletakkan sebagai antara sumber ilmu dan masih lagi di bawah naungan wahyu (Hassan Langgulung, 1981:28). Bertepatan dengan fakta tersebut, Mohd. Kamal Hassan (1988:25) menjelaskan punca ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Naqli atau Revealed Knowledge (Wahyu) dan Aqli atau Acquired Knowledge (akal). Firman Allah S.W.T maksudnya: "Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul kepadamu, iaitu salah seorang di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (daripada kelakuan yang tidak baik) dan mengajarkan Kitab dan hikmah kepadamu dan lagi mengajarkan apa-apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah:151) Objektif Ilmu Tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; "Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat". Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya. Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya. Moga-moga dengan tujuan yang suci dan bersih ini dapat melahirkan para ilmuan yang membangunkan muka bumi ini menurut apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna menuntut ilmu di dalam Islam bukanlah sekadar mencari habuan dunia, wang ringgit dan harta benda akan tetapi ianya merupakan suatu usaha untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah dan khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini . Para ilmuan Islam mestilah memahami bahawa mereka wajib memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan keamanan sejagat iaitu dengan cara mengembalikan sistem Islam memerintah alam ini. Para ilmuan Islam juga perlu berusaha sedaya upaya mungkin menjadikan diri mereka sebagai

pekerja Islam dan pendawah ke arah melahirkan ummah Islam yang iltizam dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.." (Al-Baqarah:208) Para ilmuan Islam juga sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu ialah menegakkan yang maruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah S.W.T. dan mencegah kemungkaran iaitu melarang manusia dari melakukan larangan Allah S.W.T. dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya." Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; " Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". (Al-Maidah:67) Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; Diperintah oleh agama, sungguh tidak disangkal lagi, bahawa mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya. Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabdanya; " Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar." (HR.Baihaqi) Sekiranya Allah tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi guru manusia, guru dunia, tentulah manusia tinggal dalam kebodohan sepanjang masa. Walaupun akal dan otak manusia mungkin menghasilkan berbagai ilmu pengetahuan, namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat dijangkaunya, iaitu hal-hal yang di luar akal manusia. Untuk itulah Rasul Allah dibangkitkan di dunia ini. Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas agar mereka tidak dalam kebodohon dan kegelapan, maka diperlukan kesedaran bagi para mualim, guru dan ulama, untuk beriringan tangan menuntun mereka menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan ilmunya, mereka mendapat ancaman, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.; "Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikan (tidak mahu memberikan jawapannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya), kelak di hari kiamat dengan kekangan (kendali) dari api neraka." (HR Ahmad) Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan sesempat mungkin dengan tidak ada hentinya tanpa menguzurkan diri sampai ke liang kubur, dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat mengenyam hasil dan buahnya di akhirat nanti.

You might also like