You are on page 1of 9

DATUK ONN JAAFAR

Datuk Onn Jaafar dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
1

kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Tunku merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Sewaktu Tunku berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat. Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Pada tahun 1927, Tunku dihantar ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge. Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. 3

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa. Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

TUN DATO SRI TAN CHENG LOCK

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Jalan Heeren, Melaka. Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.Tan ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka. Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM. Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk menyatukan orangorang Cina di Tanah Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina, bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme, dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk 5

membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan. Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalanpersoalan. Beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung ketika berumur 77 tahun.

TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak. -) Tun Sambanthan ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia. Tun Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 18 Mei 1979 akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur. 7

TUN DR. ISMAIL BIN DATO' HJ. ABDUL RAHMAN

Tun Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman 4 November 1915 di Johor Bharu. Lebih dikenali sebagai Tun Dr Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak. Tun Dr Ismail menerima pendidikan awalnya di sekolah Bukit Zaharah Johor Baharu dan kemudiannya di Maktab Inggeris Johor Baharu. Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tun Dr Ismail melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dari tahun 1935 hingga1937. Semasa usia Tun Dr Ismail menjangkau 28 tahun (1934), Tun Dr Ismail meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di University of Melbourne, Australia. Berkat usaha yang tidak kenal jemu, Tun Dr Ismail muncul sebagai anak melayu yang pertama mendapat ijazah Doktor Perubatan dari universiti tersebut pada tahun 1945. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin bt Dato Mohd Seth dan dikurniakan 6 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 2 perempuan. Tun Dr Ismail telah meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur semasa Tun Dr Ismail berusia 58 tahun. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Tun Dr Ismail ialah ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan kemudian sebagai Majlis Kerja Kerajaan Johor (EXCO) padaa tahun 1948. Pada tahun 1951, Tun Dr Ismail telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang Pertama. Pada 1 Januari 1956, Tun Dr Ismail turut serta dalam rombongan ke London untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Pada 31 Ogos 1957 (setelah merdeka), Tun Dr Ismail bertugas sebagai Menteri tak Berjawatan dan kemudian sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat. Tun Dr Ismail juga berperanan sebagai wakil tetap Negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 juga, Tun Dr Ismail diberi amanah sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. 8

Pada Tahun 1960, Tun Dr Ismail dilatik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan 3 tahun kemudian ditugaskan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada tahun 1970, Tun Dr Ismail telah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan Negara. Pada tahun 1971, Tun Dr Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Di samping itu, Tun Dr Ismail turut menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa Tun Dr Ismail sebagai seorang tokoh politik yang ulung, Tun Dr Ismail telh dianugerahkan pingat Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Malaya pada Jun 1964, Anugerah Kehormat dari pemerintah Vietnam (Vietnam National Order Grand Officer) oleh kerajaan Republik Vietnam, Bintang Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johot (SPMJ), kedua-duanya dlam bulan oktober 1965 dan Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang DiPertuan Agongpada April 1966, yang membawa gelaran Tun kepada Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail juga mendapat Anugerah Bintang Republik Indonesia dari Presiden Sukarno pada Mac 1970 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Sains Malaysia pada Jun 1973. Sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap tanah air amatlah besar. Sumbangan terbesar Tun Dr Ismail adalah dalam menuntut hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tun Dr Ismail berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan menawarkan khidmat bakti agar perkembangan peribadi nusa dan bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Tun Dr Ismail sanggup memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan Negara terlaksana dengan sepenuhnya. Kini, Negara kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan unggul. Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Dr Ismail merupakan pahlawan negara pertama dikebumikan di situ.

You might also like