You are on page 1of 1

Cerita dongeng masyarakat Melayu

Dongeng Melayu ialah cerita rekaan bertujuan sebagai bahan pengajaran kepada kanak-kanak dengan perspektif yang positif dan juga membantu ibu bapa mendidikan anak-anak mereka dengan sopan-santun dan juga adat resam. Dongeng Melayu pada zaman sekarang telah dibukukan kepada buku cerita kanakkanak pra-sekolah. Maksud dan erti dalam pengajaran kandungan Dongeng Melayu juga menjadi bahan didikan kanak-kanak pada usia kecil lagi.

Kisah mengenai jangan menderhaka kepada ibu dan bapa. Kisah-kisah bercorak sedemikian seperti Nakoda Tanggang/Si Tenggang (Malaysia), Nakoda Malim Kundang (Minangkabau/ Indonesia) dan Nakhoda Manis (Brunei); menunjukan si anak yang di jaga dari kecil tetapi menderhaka kepada ibubapanya. dan cerita ini mengajar supaya anak-anak zaman sekarang lebih hormat kepada ibubapa.

Bawang Putih Bawang Merah - menceritakan dua orang anak perempuan sama bapa dan berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersikap lemah-lembut dan bersopan-santun kepada orang tua dan Merah, anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan tiada sopan-santun. Cerita ini mengajar supaya anak-anak sekarang bersabar apabila menghadapi rintangan, lebih menghormati orang tua dan tidak tamakkan harta. Selain itu, cerita ini turut mengajar bahawa perbuatan jahat akan dibalas jahat.

Ada juga cerita tengtang kehidupan binatang seperti sang kancil yang cerdik samaada ketika melepaskan diri dari [diburu][1]oleh pemangsanya,memberi buah fikiran dan sentiasa bijak menyelesaikan masalah.

You might also like