You are on page 1of 2

7.

Sekiranya KDNK benar adalah RM 2,000 penawaran wang adalah RM600, dan halaju adalah 5, maka tingkat harga adalah B. 1.5 Pengiraan : M = 600, V = 5, Q = 2000 P = MV / Q P = (600)(5)/2000 P = 3000/2000 P = 1.5

8. Teori kuantiti wang mudah boleh ditulis sebagai A. P = MV / Q Bukti : Persamaan Pertukaran adalah satu identiti yang menyatakan bahawa penawaran wang (M) didarabkan dengan halaju (V) mesti bersamaan dengan tingkat harga (P) darab KDNK benar (Q). MV = PQ P = MV / Q

9. Perbezaan utama antara inflasi satu-kali dan inflasi berterusan adalah C. inflasi satu-kali adalah peningkatan satu kali dalam tingkat harga manakala inflasi berterusan adalah peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga. Bukti : Definisi inflasi satu-kali ialah satu peningkatan satu kali dalam tingkat harga atau satu peningkatan dalam tingkat harga yang tidak berterusan. Manakala definisi inflasi berterusan ialah satu peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga.

10. Andaikan ekonomi mula menghasilkan KDNK benar semulajadi. Kemudian, permintaan agregat meningkat, ceteris paribus. Akibatnya, tingkat harga meningkat dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang, apabila ekonomi bergerak kembali menghasilkan KDNK benar semulajadi, tingkat harga akan A. menjadi lebih tinggi daripada tingkat yang sebelumnya dalam keseimbangan jangka pendek. Bukti :

11. Inflasi satu-kali boleh berpunca C. daripada ekonomi sebelah permintaan dan penawaran Bukti : Tarikan sebelah permintaan dan tolakan kos (tarikan penawaran) merupakan punca kepada inflasi satu-kali.

12. Bolehkah peningkatan satu-kali dalam penawaran wang menyebabkan inflasi satu-kali? A. Ya, kerana ia mengalihkan keluk permintaan agregat ke kanan. Bukti: Apabila penawaran wang telah meningkat, ini bermakna wang dalam tangan pengguna telah meningkat. Maka, kuasa beli pengguna akan meningkat. Ini membawa kepada peningkatan permintaan. Apabila permintaan telah meningkat, keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan.

You might also like