You are on page 1of 11

1.0 Pengenalan Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri.

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilainilai estetika serta sosial yang positif. 2.0 Matlamat Aktiviti Ko-Kurikulum Ke Arah Pemupukan Nilai dan Etika

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi Membina dan meningkatkan disiplin murid Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat Mewujudkan sekolah berwatak.

Suatu Pemerhatian

Satu pemerhatian telah dibuat selama dua bulan di sebuah sekolah kebangsaan untuk mengkaji dan mengenalpasti beberapa jenis aktiviti ko-kurikulum yang boleh merangsang pemupukan nilai dan etika. Aktiviti ko-kurikulum tersebut ialah Persatuan Pengguna, Kelab Bola Sepak dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. 3.0 Analisis Ringkas Analisis terhadap kegiatan ko-kurikulum bagi setiap komponen dibuat secara ringkas meliputi empat bahagian iaitu:

Matlamat Strategi Pelaksanaan Impak kepada murid

3.1 Persatuan Pengguna 3.1.1 Matlamat Persatuan Pengguna ditubuhkan di peringkat sekolah rendah bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang kepenggunaan. Persatuan ini juga dilihat mampu mengorganisasikan kelompok murid melalui kepimpinan yang diterajui oleh murid-murid itu sendiri. 3.1.2 Strategi

Persatuan Pengguna ini mensasarkan penyertaan murid dari Tahap Dua iaitu tahun empat, tahun lima dan tahun enam. Terdapat beberapa modul yang digunakan untuk menggerakkan persatuan ini. Ada di antara modul yang digunakan diperoleh dari agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Banyak nilai murni yang diterapkan kepada ahli-ahli persatuan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Sebagai contoh, melalui penganjuran bengkel kepenggunaan, setiap ahli (murid) didedahkan dengan persekitaran yang penuh dengan nilai murni. Buktinya, slot pengguna bijak menerapkan ciri-ciri yang baik seperti bijaksana, saling menghormati, bertolak ansur, jujur dan banyak lagi.

Berdasarkan kepada perkara-perkara berikut, maka persatuan ini berjaya mencapai matlamat asal penganjurannya. 3.1.3 Pelaksanaan Aktiviti Persatuan Pengguna ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu (minggu kedua setiap bulan) sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi ialah selama dua jam sahaja bermula jam 2 hingga 4 petang. 3.1.4 Impak kepada murid Penganjuran aktiviti Persatuan Pengguna ini berjaya memberi impak yang positif kepada semua ahlinya iaitu murid-murid. Perubahan sikap positif yang ditunjukkan oleh mereka memberi petanda bahawa aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada mereka. Buktinya, mereka lebih berhemat ketika membeli makanan di kantin, lebih bertimbang rasa dan lain-lain lagi. 3.2 3.2.1 Matlamat Kelab Bola Sepak

Penubuhan Kelab Bola Sepak dilakukan untuk menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Murid yang sihat dan cergas akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam segala aspek. Selain itu, penubuhan Kelab Bola Sepak juga menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan 'Sukan Untuk Perpaduan'. Selain itu, ia juga berkesan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid yang menyertainya.

3.2.2 Strategi

Penyertaan kepada Kelab Bola Sepak dibuka kepada murid-murid tahap satu dan dua. Penggabungan kedua-dua tahap ini sengaja dilakukan untuk beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk memudahkan pengurusan dan juga memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran tertentu daripada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu langkah yang bijak untuk menyemai semangat bersatu-padu antara mereka.

Selain itu, terdapat juga perlawanan persahabatan di antara guru dengan murid yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Langkah ini diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara guru dengan murid tidak hanya terbatas dalam bilik darjah sahaja, tetapi melibatkan seluruh persekitaran sekolah. Strategi yang diambil ini berjaya memupuk nilai-nilai murni dalam kelompok Kelab Bola Sepak. 3.2.3 Pelaksanaan

Aktiviti Kelab Bola Sepak dilaksanakan juga pada setiap hari Rabu (minggu ketiga setiap bulan). Murid-murid yang menyertai kelab ini akan menjalani latihan secara teori dan amali selama dua

jam 3.2.4 Impak

secara kepada

berkumpulan. murid

Latihan yang dijalankan secara berkumpulan memerlukan murid sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung, nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri mereka. Antara kesan baik yang dilihat melalui perwatakan ahli-ahli Kelab Bola Sepak ini ialah, mereka semakin menghormati antara satu sama lain, lebih bertanggungjawab dan berani mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh, terdapat seorang murid yang telah dilantik menjadi kapten pasukan mula mengubah perilakunya menjadi seorang murid yang lebih bertanggungjawab berbanding sebelum ini. 3.3 3.3.1 Tunas Kadet Remaja Sekolah Matlamat

Matlamat utama penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) ialah untuk melahirkan murid cemerlang yang berilmu, beriman, dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aktiviti TKRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi murid yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah mereka yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. 3.3.2 Strategi

Penglibatan murid dalam TKRS dibuka dari tahap satu hingga tahun dua. Terdapat beberapa modul yang perlu diikuti oleh setiap murid yang menganggotai TKRS. Berikut adalah modulmodul asas untuk setiap anggota:

Disiplin dan Kerohanian Ketahanan diri dan Kebudayaan Alam Sekitar Keusahawanan Khidmat Masyarakat ( Khidmas )

3.3.3 Pelaksanaan

TKRS akan mengadakan perjumpaan pada setiap hari Rabu (minggu pertama dan keempat). Murid-murid yang menganggotai TKRS akan memakai pakaian seragam mereka sepanjang hari. Ini melambangkan kesepaduan mereka dalam berorganisasi. Latihan kawad kaki akan dijalankan selama satu jam manakala kuliah ilmu asas TKRS juga selama satu jam. Jumlah dua jam setiap sesi memberikan peluang kepada murid-murid untuk membina sahsiah yang baik dalam diri mereka. 3.3.4 Impak Kepada Murid

Penganjuran unit beruniform ini dikesan paling banyak menyumbang ke arah pembentukan sahsiah murid-murid. Nilai-nilai murni seperti saling menghormati, saling membantu, berdikari, berdisiplin, patuh pada arahan dan banyak lagi diterapkan secara terus kepada mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti kawad kaki, perkhemahan tahunan dan pertandingan pertolongan cemas.

4.0 Penilaian Keberkesanan Aktiviti Ko-Kurikulum Dalam Menerapkan Nilai dan Etika

Beberapa data telah dikumpul untuk dianalisis. Seramai 20 orang murid telah diminta untuk menjawab soalan di dalam borang soal selidik berkenaan dengan aktiviti ko-kurikulum yang telah mereka sertai. Berikut adalah keputusan dan hasil dapatan yang berjaya direkodkan:

Graf 1 Analisis graf:

Graf menunjukkan bahawa 15 orang murid bersetuju bahawa Persatuan Pengguna berjaya menerapkan nilai dan etika dalam kalangan ahlinya. Walaubagaimanapun, terdapat juga 5 orang murid yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Berdasarkan kepada hasil dapatan, murid yang tidak bersetuju mungkin didorong oleh beberapa faktor. Pertama, perjumpaan untuk aktiviti berpersatuan hanya sekali sebulan iaitu pada minggu kedua sahaja. Ini menjadikan tempoh interaksi sesama mereka dengan ahli yang lain menjadi begitu terhad. Kedua, kekurangan aktiviti berkumpulan juga mungkin menjadi penyebab murid-murid kurang mendapat peluang untuk mengembangkan bakat dan mengekspresi nilai murni yang mereka telah pelajari di bilik darjah. Cadangan Penambahbaikkan:

Aktiviti berpersatuan ini akan menjadi lebih berkesan jika murid diberi ruang masa yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti mereka. Selain itu, kepelbagaian bentuk aktiviti semasa tempoh berpersatuan juga boleh membantu murid untuk menimba ilmu berkenaan dengan nilai dan etika secara tidak langsung. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Persatuan Pengguna ialah Perkhemahan Pengguna, Bengkel Pengguna Bijak, Lawatan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lawatan ke Persatuan Pengguna Negeri dan lain-lain.

Graf 2 Analisis Graf:

Berdasarkan kepada graf di atas, hampir keseluruhan murid bersetuju bahawa Kelab Bola Sepak berjaya menerapkan nilai dan etika terhadap diri mereka. Sebanyak 19 orang bersetuju dan hanya 1 orang sahaja yang menyatakan sebaliknya. Nilai keberkesanan yang tinggi ini merupakan hasil percaturan bijak pihak sekolah yang membuka penyertaan kelab ini kepada tahap satu dan tahap dua. Ini membolehkan murid yang lebih tua berinteraksi dengan murid yang muda tanpa rasa janggal. Interaksi ini memberi ruang dan peluang kepada setiap murid untuk menunjukkan sahsiah yang terbaik. Sebagai contoh, murid yang lebih tua seperti murid tahun enam akan menunjukkan contoh sikap, nilai murni dan etika yang terbaik untuk dicontohi oleh murid-murid lain. Hubungan guru dan murid yang erat juga menjadi faktor mengapa murid memilih untuk bersetuju dengan penyataan ini. Seorang murid memilih untuk tidak bersetuju kerana faktor minat. Murid berkenaan tidak mempunyai kecenderungan minat terhadap bola sepak kerana keterbasan faktor kesihatan. Oleh yang demikian, penglibatannya di dalam padang agak terhad dan ruang untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan ahli yang lain sangatlah sedikit. Cadangan Penambahbaikkan:

Pemilihan murid untuk menyertai kelab sukan seperti Kelab Bola Sepak adalah lebih baik sekiranya bersesuaian dengan minat dan tahap kesihatan murid. Tanpa minat dan kesihatan yang baik, adalah sukar bagi seseorang murid untuk memberi fokus yang terbaik terhadap bidang yang diceburinya. Oleh yang demikian, kebijaksaanaan sekolah dan sikap keterbukaan guru sangat diperlukan semasa menyusun murid ke dalam organisasi-organisasi tertentu. Bagi murid yang bermasalah kesihatan, mereka masih boleh menyertai kelab sukan yang lebih santai seperti kelab petanque, catur dan sebagainya.

Graf 3 Analisis Graf:

Jumlah 100 peratus setuju menunjukkan bahawa Tunas Kadet Remaja Sekolah berjaya mencapai matlamatnya dalam menerapkan nilai murni dan etika dalam pembentukan sahsiah murid-murid. Kejayaan ini dikesan disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, tempoh interaksi murid dalam aktiviti ko-kurikulum ini agak panjang dan ini memberi peluang kepada mereka untuk bersosialisasi sesama anggota yang lain. Kedua, aktiviti yang diaturkan meliputi 'indoor' serta 'outdoor' dan kebanyakan aktiviti ini memerlukan kekuatan berpasukan dan kesepaduan. Sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi, mereka akan didedahkan dengan pelbagai nilai dan etika yang baik. Nilai murni seperti berdisiplin, berani, saling membantu dan etika sebagai seorang anggota unit beruniform dipraktikkan sepanjang tempoh masa latihan. Berdasarkan kepada latihan kawad yang mereka jalani, konsep hukuman dan ganjaran yang diberi menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam melaksanakan apa jua pergerakan.

5.0

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pemerhatian keseluruhan dan sedikit analisis yang dibuat, aktiviti kokurikulum dilihat mampu menjadi satu landasan yang terbaik untuk menerapkan nilai dan etika dalam kalangan murid di peringkat sekolah sebeluim mereka melangkah masuk ke alam masyarakat yang lebih luas liputannya. Tanpa aktiviti ko-kurikulum, perkembangan sahsiah murid mungkin sukar dilaksanakan dengan jayanya. You might also like: Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Nilai Murni Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

CONTOH LAPORAN PERKHEMAHAN pada 30 April 2011 yang lalu,Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra,telah mengadakan perkhemahan di Taman Alam,Kuala Selangor.Perkhemahan itu disertai sebanyak 35 orang ahli Persatuan Pengakap dan empat orang guru. Taman Alam ini dipilih kerana mempunyai kemudahan tapak perkhemahan yang lengkap serta persekitarannya yang menghijau.Malahan,trek perkhemahannya juga mencabar. Objektif perkhemahan itu diadakan adalah untuk memupuk ketahanan mental dan fizikal para peserta.Perkhemahan itu juga diharapkan dapat menyemai semangat kerja sama antara peserta.Selain itu,perkhemahan ini bertujuan mendidik murid untuk menghayati keindahan alam yang terdapat di Taman Alam. Perkhemahan selama dua hari itu telah dirasmikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra.Dalam ucapan perasmian ,beliau mengingatkan peserta perkhemahan supaya tabah menghadapi kesukaran semasa mengikuti aktiviti yang dirancangkan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan semasa perkhemahan berlangsung.Antaranya ialah meneroka hutan,aktiviti Kembara Malam,latihan asas pertolangan cemas,pertandingan memasak,dan malam kebudayaan. Sesungguhnya,para peserta memperoleh pengetahuan berguna daripada perkhemahan itu. Laporan disediakan oleh, .................. (AIDA AMALIN BINTI HAJI HAMBALI) Setiausaha,Persatuan Pergakap, Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra 3 MEI 2011

You might also like