You are on page 1of 5

2.2Bercerita http://www.scribd.

com/doc/22391668/teknik-pengajaran-danppembelajaran

Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana- mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid- murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah : - 3a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah. b)Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknik bercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita : a) Sebelum bercerita

Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. - 4-

Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. b) Semasa bercerita

Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS http://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/04/nota-kelas-metod-2010/

Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah Kemahiran ini memmerlukan guru merancang dan menyusun tulisan,nota, ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid Untuk membeikan peluang kepada murid-murid mencatit mota dari papan tulis.

PERINSIP-PERINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, mota dan gambarajah dapat diletakkan ditempat yang sesuai. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambarajah yang menarik. Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas

Kapur warna hendaklah dignakan untuk menggambarkan penonolan atau penekanan. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat didedalkan dalam ingatan.

KEJELASAN kemas dan

=>

Saiz tulisan yang sesuai, Tulisan

tepat, Gambar rajah jelas dan ringkas

SUSULAN tulisan dan rajah sesuai

=>

Penggunaan ruang untuk

dan seimbang, Susunan dapat dilihat dan teratur

PENONJOLAN jelas dan tepat,

=>

Bentuk satu konsep dengan

ATAU PENEKANAN yang susah,

Permudahan konsep atau idea

Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran

pembelajaran, Gunakan dalam masa yang sesuai.

You might also like