You are on page 1of 4

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu petang Kami mengucapkan selamat datang Ke majlis penutup Karnival Pembestarian Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Karnival Pendidikan Prasekolah dan Program bijak prasekolah. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati En Harom Bin Hj Ikhsan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat ke Karnival Pendidikan Prasekolah dan Program bijak prasekolah peringkat zon parit sulong bagi tahun 2011. .

Yang berbahagia En Harom Bin Hj Ikhsan , Guru besar Sk Parit Sulong Selaku pengerusi jawatankuasa Tn Hj Abd Aziz Ishak,Guru Besar sk tiga serangkai, guru guru besar zon parit sulong, guru-guru prasekolah zon parit sulong, guru-guru, pembantu pengurusan murid zon parit sulong, ibubapa serta hadirin sekalian .

BACAAN DOA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Karnival Pendidikan prasekolah dan program bijak prasekolah tahun 2011. Majlis mempersilakan Ustaz Mohd Esa bin..... untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Mohd Esa di atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN Sayang melukut ditepi gantang Himpunan tikar padian huma Tuan dijemput sudahlah datang Berbesar hati kami menerima Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis Penutupan Karnival Pendidikan Prasekolah dan program bijak prasekolah tahun 2011 peringkat zon parit sulong. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang dihormati pegawai pelajaran daerah, guru besar, guru-guru ibubapa serta para jemputan ke majlis ini. Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Pendidikan prasekolah ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 26 Sept 2011 dan akan berakhir pada petang ini 27 Sept 2011.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH GB Parit Sulong Hadirin yang dihormati, Majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sk Parit Sulong Tn Hj Abd Aziz bin Ishak selaku pengerusi jawatankuasa program in. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.... UCAPAN PENUTUP Yang Berbahagia PPD BP Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput En Harom Bin Hj Ikhsan(Pegawai pelajaran daerah batu pahat) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Karnival Pendidikan prasekolah dan program bijak prasekolah peringkat zon parit sulong.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan sebentar tadi. Mohon En Harom Bin Hj Ikhsan untuk terus berada diatas pentas bagi majlis penyampaian hadiah. PENYAMPAIAN HADIAH Untuk menyempurnakan acara, dijemput Tn Hj Abdul aziz bin ishak mengiringi tuan pegawai pelajaran daerah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Penyampaian hadiah dimulakan dengan : Pertandingan bercerita bahasa malaysia Bercerita bahasa inggeris Nyanyian solo Sajak bahasa malaysia Tilawah muqaddam Mewarna Program bijak prasekolah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Harom Bin Hj Ikhsan atas kesudian itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Abd Aziz bin Ishak untuk menyampaikan cenderamata kepada En Harom Bin Ikhsan atas kesudian merasmikan penutup majlis ini. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Pendidikan Prasekolah dan Program bijak prasekolah tahun 2011 pada petang ini. Semoga karnival ini mendapat kecemerlangan untuk murid dan sekolah pada masa hadapan.. Majlis seterusnya menjemput En Harom Bin hj Ikhsan , para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Pendidikan Prasekolah dan Program bijak prasekolah tahun 2011 zon parit sulong menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival pendidikan prasekolah pada tahun ini dan majlis ini diakhiri dengan tiga rangkap pantun. Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan didalam peti Majlis penutupan selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Selamat jalan kami ucapkan Berhati-hati ketika memandu

Sekian wabillahiltaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhu.

You might also like