You are on page 1of 37

Rumah Objektif Isi Kandungan o Definisi Minuman Keras.

o Sifat-sifat Arak atau Alkohol o Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras o Punca / Faktor Meminum Arak. o Langkah-langkah Bagi Berhenti Meminum Minuman Keras. o Hukum Meminum Minuman Keras o Minuman Keras Dalam Konteks Negara Brunei Darussalam o Kesimpulan Pengenalan Aktiviti Forum Rujukan

Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras


Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya: 1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di kalangan orang-orang berakal. 2. Memboroskan harta dan merosakkan akal. 3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan. 4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang. 5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari. 6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan. 7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya. 8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.

9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari. 10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati. Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. 1.Kesan dari segi Kesihatan: Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. 2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan: a) Kesan pada otak 1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya. 2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. 3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat

otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian. b) Kesan pada hati 1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. 2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk. c) Kesan pada saraf 1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri. d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan: 1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi. 2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu. 3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing. 4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. 5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak. 6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan menganggu alat pernafasan. 8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut. 9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung. 10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan hilang harga diri. 3.Kesan dari segi Keagamaan: Peminum minuman keras biasanya akan melupakan semua kebaikan, mengabaikan dirinya dari mengerjakan ibadat sembahyang dan mengingati Allah Taala dapat menghancurkan moral, meruntuhkan akhlak dan melemahkan perasaan dan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang dipandang mulia, waras dan berakal. Keimanannya makin lama akan berkurangan, segala maksiat dan kejahatan menjadi sebati dan dianggap baik untuk dilakukannya. Dan jika mati dalam keadaan mabuk sudah pasti kerugian yang amat besar diperolehnya kerana tidak sempat bertaubat dan memungkinkannya menjadi kufur, sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Iman Al Hakim: Ertinya: Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka Allah Taala akan lucutkan imannya dari dirinya sebagaimana seseorang membuka baju dari kepalanya. 4.Kesan terhadap kerukunan rumahtangga: Minuman Keras juga dapat menjejaskan kehidupan aman berumahtangga apabila wang perbelanjaan keluarga akan dihabiskan semata-mata menurut hawa nafsu ketagihan arak. Pertelingkahan akan sering terjadi di antara suami isteri dan seluruh keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini sudah pasti tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga dengan baik. Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian orang tuanya. Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan akibatnya anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan tercicir dalam bidang pelajaran oleh itu timbul masalah-masalah gejala sampingan antaranya ponteng sekolah, menjadi anak-anak nakal, tidak lagi menghormati orang tua dan lain-lain kesan negatif. Ini adalah disebabkan keluarga yang keadaannya sudah kucar-kacir dan tidak lagi mengutamakan cara hidup yang betul dan hilanglah kerukunan hidup berkeluarga disebabkan pengaruh anak yang sangat bahaya. 5.kesan terhadap masyarakat:

Apabila seseorang itu meminum minuman keras secara terus menerus, ini bererti ianya telah ketagihan dan tidak dapat melepaskan dirinya dari cengkaman arak. Dengan demikian, si peminum akan bertambah sesat, hilang pengawalan terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Pengaruhnya yang sangat bahaya terhadap saraf-saraf otak di mana boleh mengakibatkan seseorang penagih tidak mampu mengendalikan diri, tingkah laku dan hilang pula rasa malu. Maka dalam hal ini hilang kesinambungan diri dan jauh dari nilai-nilai akhlak dan timbul pula keberanian untuk melakukan tindakan-tindakan negatif terhadap orang lain. Antaranya timbulnya permusuhan dan kebencian di kalangan teman-teman dan masyarakat sekelilingnya. Keamanan dan keselamatan masyarakat akan tergugat apabila terjadinya perkaraperkara sumbang, merosakkan rumahtangga orang lain dan bermacam-macam lagi akibat buruk akan terjadi disebabkan oleh arak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ertinya: Janganlah kamu meminum arak kerana arak adalah kunci segala kejahatan. 6. Kesan terhadap keselamatan umum: Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri. Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam sesebuah sector kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.

Kesan Alkohol dan Kesihatan Alkohol Pada Badan


Kesan Alkohol dan Kesihatan Alkohol Pada Badan Alkohol dan kesihatan kesan alkohol pada badan boleh jangka pendek atau kesan jangka panjang. Penggunaan alkohol dan masalah kesihatan yang berkaitan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat, manakala syarat-syarat lain dan kesan jangka panjang alkohol pada badan hanya boleh berlaku berikutan tahun penyalahgunaan alkohol. Alkohol datang ke dalam hubungan secara langsung dengan mulut, tekak, esofagus, perut dan usus serta diserap ke dalam aliran darah. Masalah kesihatan yang boleh bermula sebagai sakit kepala, rasa loya, sakit tekak atau senak. Walau bagaimanapun, jika penyalahgunaan alkohol terus, ini dan lain-lain gejala alkohol dan kesihatan boleh berkembang menjadi penyakit yang lebih serius dan penyakit. Berikut adalah contoh-contoh kesan-kesan kesihatan jangka pendek alkohol pada badan: Loya, Muntah, Pening, Keletihan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan badan cuba untuk melindungi dirinya dengan menyingkirkan alkohol dan muntah-muntah. Alkohol dan kesihatan dan sistem saraf pusat yang berkaitan kerana alkohol mempengaruhi perasaan seseorang kira-kira dan orientasi, yang membawa kepada rasa loya dan / atau pening. Keletihan sebahagiannya disebabkan oleh dehidrasi yang disebabkan oleh pengambilan alkohol, dan kesan-kesan mabuk alkohol pada badan badan boleh dirasai beberapa jam selepas minum arak. Hilang Kawalan Otot percakapan tidak jelas adalah salah satu daripada kesan-kesan alkohol pada badan. Penghakiman pendengaran dan penyelarasan yang kurang baik kesan alkohol dan kesihatan yang boleh membawa kepada terjatuh dan kemalangan. Interaksi yang buruk dengan Ubat alkohol dikenali untuk berinteraksi secara negatif dengan sekurang-kurangnya 100 ubat. Sebagai contoh, antihistamin yang diambil dengan alkohol boleh meningkatkan mengantuk bahawa ubat ini dengan sendirinya boleh menyebabkan. Dos yang terlalu banyak acetaminophen ubat penahan sakit yang diambil bersama-sama apabila minum arak meningkatkan risiko kerosakan hati. Risiko kehamilan alkohol boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang banyak, yang paling serius sindrom alkohol janin. Bayi yang dilahirkan dengan sindrom alkohol janin akan mempunyai keabnormalan fizikal, mental dan masalah dengan tingkah laku. Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif alkohol dan kesihatan semasa mengandung, jangan minum arak semasa mengandung kerana tiada siapa tahu betul-betul berapa banyak alkohol menyebabkan deffects kelahiran.

Kerana kesan alkohol dan kesihatan boleh melibatkan banyak organ-organ dalam badan, minum berat jangka panjang meletakkan anda berisiko untuk membangunkan keadaan kesihatan yang serius dan penyakit. Berikut adalah contoh-contoh kesan-kesan jangka panjang alkohol pada badan: Bengkak hati dan sirosis hati gejala radang hati termasuk yang tidak normal kuning kulit, bola mata dan air kencing, demam dan sakit perut. Dan dalam hal sirosis, sebagai salah satu dalam lima peminum berat akan membangunkan sirosis hati. Alkohol amat berbahaya kepada hati kerana hati yang diperlukan untuk metabolisme alkohol. Alkohol merosakkan sel hati, dan ia memusnahkan keupayaan hati untuk tumbuh semula sel-sel baru. Kanser peminum berat jangka panjang meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa bentuk kanser seperti kanser mulut, tekak dan esofagus dan kolon. Penyakit jantung minum berat jangka panjang meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Pancreaitis minum berat jangka panjang boleh menyebabkan radang pankreas, yang dipanggil pancreaitis. Pankreas yang diperlukan untuk penghadaman makanan, dan gejala pancreaitis termasuk sakit perut dan kehilangan berat badan. Pancreaitis boleh mengancam nyawa. Tambahan jangka panjang negatif kesan alkohol dan kesihatan pada badan termasuk kerosakan pada otak, kerosakan saraf, pendarahan dalam esofagus, mati pucuk di kalangan lelaki, insomnia dan kemurungan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peringkat ketagihan arak dan tanda-tanda amaran, terdapat sumber-sumber yang telah terbukti ada yang boleh membantu. Ia tidak pernah terlambat untuk memulakan pemulihan ketagihan alkohol. Copyright 2006 InfoSearch Penerbitan --kesan arak kepada kesihatan--kesan alkohol terhadap kesihatan--kesan alkohol kepada kesihatan--alkohol#sclient=psy-ab--kesan arak terhadap kesihatan--kesan pengambilan alkohol-minum arak sewaktu mengandung--muntah akibat alkohol--pengambilan alkohal kepada kesan tenaga--pengaruh alkohol punca penyakit mental

TIGA

Kaedah Fermentasi Dalam Proses Pembuatan Arak dan Kaitannya Dengan Wahyu.
Istilah Fermentasi diperolehi daripada perkataan latin iaitu fervere yang bermaksud menjerang atau mendidih. Pendidihan ini menghasilkan gelembung-gelembung CO2 yang disebabkan oleh katabolisme anaerobik gula yang mewakili bahan ekstrak. Proses ini dilakukan oleh mikro organisma. Kaedah ini telah digunakan dengan meluas dalam proses pembuatan makanan. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan satu kaedah penyimpanan makanan yang tahan lebih lama, mampu mengekalkan rasa tanpa mengubah struktur makanan tersebut. Proses membuat arak banyak mengunakan kaedah ini. Arak merupakan satu bahan yang memabukkan dan membahayakan kesihatan. Agama Islam melarang sama sekali umatnya menghampiri arak. Firman Allah yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan sembelihan-sembelihan untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan-pekerjaan syaitan. Oleh kerana itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu mendapat kejayaan. Surah Al Maidah ayat 90 Terdapat beberapa sebab mengapa Allah mengharamkan umat Islam daripada mendekati arak. Antaranya:

Mendatangkan Kemudaratan Kepada Otak (Akal) Kesihatan Akhlak

Kesan arak terhadap akal. Arak boleh mendatangkan kemudaratan pada otak manusia.Otak merupakan sasaran utama arak. Sekiranya otak telah hilang pertimbangan maka seluruh anggota akan terjejas. Otak adalah tempat pemberi arahan.Maka arahan ini akan disalurkan kepada anggota yang lain. Arak yang meresap didalam otak akan meninggalkan anggota-anggota ynag lain bersendirian tanpa kawalan. Anggota-anggota tersebut akan lemah dan tidak bermaya.

Islam begitu mementingkan kesihatan otak. Bagi Islam, otak hanya boleh digunakan untuk berfikir kepada kebaikan.Bagi menjaga keberkesanannya, Islam telah mengharamkan arak dan benda-benda yang memabukkan. Kesan Arak Terhadap Kesihatan Terdapat banyak kesan arak terhadap kesihatan antaranya penyakit darah tinggi,kesan terhadap organ seperti hati, limpa, saluran kencing dan sebangainya. Kesan Akhlak Terhadap Akhlak. Orang yang minum arak atau mengambil bahan-bahan memabukkan dan menghayalkan seperti dadah akan mengalami kejutan mental. Jiwa mereka akan sentiasa memberontak untuk meneruskan ketagihan mereka. Kebanyakan kejadian jenayah adalah disebabkan benda-benda tersebut. Mereka yang sudah ketagih, akan cuba mendapatkan bekalan secara berterusan. Setiap bekalan pasti ada pertukarannya. Wang sebagai ganti. Untuk mendapatkan wang mereka boleh melakukan pelbagai cara seperti membunuh, merompak, memeras ugut dan banyak lagi. Sebagai kesimpulan arak itu memudaratkan. Teknologi yang memberi manfaat kepada manusia telah di salah gunakan untuk tujuan yang tidak berfaedah. Firman Allah yang bermaksud Mereka akan bertanya kepadamu, dari hal arak dan judi. Katakanlah: (Bahawa) dua-dua perkara itu ada dosa yang besar dan ada beberapa manfaat bagi manusia, tetapi doa keduanya lebih besar daripada manfaat keduanya. Surah Al Baqarah ayat 219.

TAJUKN 4 Alangkah besarnya kecelakaan yang di bawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan manusia yang terlibat dengannya. Baginda terkenal dengan sifat lembut dan pemaaf, tetapi sangat tegas berkenaan tegahan terlibat dengan ibu segala maksiat ini. Anas r.a berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya." (Riwayat al -Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majjah no. 3381 dan Ahmad no. 316)

Apabila diteliti 10 golongan manusia yang tersenarai dalam hadis di atas, satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu setiap orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknat Baginda s.a.w. Setiap sen yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan dengan arak, pasti menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan institusi keluarga dan kecacatan ibadat.

Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah sekiranya tiada pihak yang cuba memeranginya. Peminum arak sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara berbahaya, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal, lantas dia akan bertindak di luar kawalan akal.

Kesan Negatif Arak Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat), pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari di Amerika. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. Dalam buku Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin mengemukakan beberapa hasil kajian yang membuktikan kemudaratan arak kepada manusia dan masyarakat. Antaranya ialah sebagaimana yang dilaporkan oleh jurnal perubatan The Lancet bahawa pada tahun 2002, Pertubuhan

Kesihatan Sedunia mengumumkan alkohol (arak) adalah salah satu pemusnah kesihatan yang berbahaya di dunia.

Di negara - negara yang sedang membangun, arak di kategorikan sebagai pemusnah utama kesihatan. BBC News Online bertarikh 12 November 2002, di bawah tajuk Alcohol Increases Breast Cancer Risk melaporkan risiko seseorang wanita menghidap kanser payudara meningkat sekiranya mereka minum arak. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika (Center for Disease Control and Prevention), setiap tahun antara 1300 hingga 8000 bayi dilahirkan dengan penyakitsindrom alkohol atau Fetal Alcohol Syndrome (FAS). Penyakit ini menyerang bayi disebabkan oleh sikap ibu yang selalu meminum arak. Kesannya, bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan fizikal dan mental. Bahkan pelbagai penyakit lain telah didedahkan oleh pakar - pakar perubatan akibat meminum arak.

Amatlah benar pengharaman arak dalam ajaran Islam. Walaupun arak telah sebati dan menjadi minuman kegemaran masyarakat arab, Rasulullah s.a.w tidak pernah teragak - agak untuk menguatkuasakan pengharamannya. Baginda mungkin berdepan dengan risiko dibenci oleh masyarakat Arab dan juga risiko berkurangnya pendapatan negara Madinah daripada cukai arak, tetapi keutamaan diberikan demi mencari keredhaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Wawasan Baginda bukan sekadar bejaya di dunia, tetapi kemenangan hakiki adalah dengan mendapat syurga Allah di akhirat kelak.

Larangan Arak Dalam Bible Bukan niat penulis untuk berhujah dengan Bible, tetapi sekadar ingin mengetengahkan bahawa bukan Islam sahaja yang melarang pengambilan arak. Sebagai contoh, beberapa ayat yang menyatakan larangan pengambilan arak dalam Bible:

1. "Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk." (Proverbs, 20: 1) 2. "Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu." (Ephesians, 5: 8)

Arak PuncaPelbagai Maksiat Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah di fitnah olehseorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya .Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas hajat sesuatu yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk dalam ke dalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu. Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata; "Aku beri kamu 3 pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu." Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pilihan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginyaia adalah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya. Akhirnya dia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina pula dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Abdul Razaq dalam kitab al- Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348. Demikianlah betapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan, tetapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Arak adalah ibu segala maksiat." (Riwayat al Nasa'i no. 5666)

BAB 6 : FIQAH PENGHARAMAN ARAK


0 Dalam istilah lain, arak juga dikenali sebagai minuman beralkohol. Oleh itu, ia tidaklah terhad dan terbatas kepada arak yang dihasilkan daripada anggur. Memang anggur digunakan untuk membuat arak tetapi apa jua bahan, arak tetap haram.

Persoalan 1 : Kerjaya Berkaitan Arak

arak mendatangkan kemudaratan Kerjaya di hotel adalah kerjaya yang halal dan baik. Begitu juga bekerja di kedai. Cuma dalam aspek berkaitan arak, ia perlu diberi perhatian. Nas al-Quran mengharamkan arak. Nas hadis pula membincangkan lebih terperinci golongan yang terlibat dengan arak. Berdasarkan sabda Nabi saw daripada riwayat Abu Daud, ada sembilan golongan yang dilaknat Allah. a) Peminum arak

b) Orang yang menuangkan arak ke dalam gelas dan sebagainya untuk diminum (kerja sebagai pelayan, bar tender dan sebagainya yang menghidangkan arak). c) d) e) Penjual arak Pembeli arak Orang yang memerah arak (membuat arak)

f) g) h) i)

Orang yang minta diperahkan (dibuat arak) Orang yang membawa arak Orang yang dibawa arak kepadanya (dengan izinnya) Orang yang makan hasil arak

Umat Islam ialah umat yang paling lemh hari ini. Ekonomi dikuasai oleh golongan bukan Muslim. Politik umat Islam juga makin kabur dan rapuh. Banyak syarikat dimiliki oleh bukan Muslim. Namun kita perlu bekerja. Adakah haram untuk bekerja jika ada kaitan dengan arak?

sesetangah airline turut menghidangkan arak kepada penumpangnya Fatwa para ulama cenderung kearah mengharamkannnya. Contohnya bekerja sebagai pramugara dalam syarikat penerbangan yang menghidangkan arak kepada penumpang kapal terbang. Dalam satu fatwa tentang hokum bekerja di syarikat penerbangan asing sebagai juruterbang di mana syarikat ada menyediakan arak, Syeikh Azhar Jad al-Haq berpendapat bahawa kerjaya sebegini adalah haram. Fatwa ini disiarkan dalam majalah al-Azhar, juzuk 7, keluaran Rejab 1414H bersamaan Disember/Januari 1994M. Begitu juga kita bekerja dalam kedai yang ada menjual arak. Ini kerana beberapa sebab : a) Arak adalah maksiat dan mungkar. Kewujudannya bekerja di situ satu tanda reda dengan maksiat.

b)

Keterlibatannya dengan arak tidak dapat dielakkan.

Namun, kita juga wajar menimbang kedudukan ekonomi umat Islam. Jika ia diharamkan secara total, ia banyak memberikan keperitan kepada umat Islam. Oleh itu, adalah wajar tujuan dan peratus arak dalam syarikat diberi pertimbangan dari segi : a) Peratusan minority jualan arak

Kedai yang menjual pelbagai bahan seperti makanan, minuman, alat tulis, buku dan sebagainya termasuk minuman yang dijual iaitu arak. Sekadar andaian, minuman arak yang dijual hanya mewakili 2% daripada keseluruhan bahan jualan yang ada dalam kedai. Maka, melihat kepada majority dan keseluruhan bahan jualan dalam kedai, bekerja di kedai sebegini adalah harus. Namanya pun kedai runcit. Hal ini agak berbeza jika peratusannya lebih besar. Contohnya memang sah kedai arak atau kedai jual minuman arak. Mungkin 100% arak dan mungkin 80% arak. Haram bekerja di kedai begini. Contahnya satu pasar raya yang menjual pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, makanan dan minuman, perhiasan rumah, aksesori kereta dan sebagainya. Ada bahagian khas untuk menjual minuman keras. Hukum bekerja di pasar raya ini adalah harus. Namun, bekerja di bahagian jualan arak adalah haram. b) Penjualan arak diuruskan oleh bukan Muslim

Biarlah urusan jual beli arak diuruskan oleh rakan sekerja yang bukan Muslim. Apabila dikatakan harus bekerja di kedai yang arak hanya sedikit peratusnya, tahap kedua juga perlu dijaga. Andaikan ada pelanggan ingin membeli minuman arak, maka masalah akan timbul ketika itu. Jika kita bekerja sebagai juruwang, kita yang jual menjual arak tersebut. Ini sudah termasuk dalam tegahan Nabi saw. Kes yang sama berlaku dalam syarikat pengiklanan. Syarikat pengiklanan membuat segala jenis iklan berdasarkan tempahan pelanggan. Ada kilang arak ingin mempromosikan arak dan menggunakan khidmat syarikat iklan. Jika pemilik syarikat iklan adalah Muslim, hendaklah ditolak walaupun lumayan kerana ini juga dianggap maksiat. Namun jika syarikat milik bukan Muslim, maka amat wajar kerja berkaitan pengiklanan arak itu diberikan kepada pekerja bukan Muslim. Oleh itu, tidak salah bekerja di syarikat iklan tersebut.

LIMA
ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (riwayat Muslim). "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. " Al-Quran > Surah Al-Maaidah> Ayat 90

Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." (surah al-Baqarah ayat 219) Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun, larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas. Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan arak peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau yang berpanjangan. Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan selepas satu kejadian pada majlis jamuan antara Muhajirin dan Ansar di mana arak menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan-ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan berasa berdosa atas tindakan mereka itu.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: "Aku sedang memberi minum kepada para tetamu di rumah Abu Talhah pada hari pengharaman arak. Mereka hanya meminum arak yang diperbuat dari buah kurma. Tiba-tiba terdengar satu seruan yang memberitahu. Keluar dan lihatlah! Akupun keluar, ternyata ada satu suara yang mengumumkan: Sesungguhnya arak telahpun diharamkan. Arak mengalir di jalan-jalan Madinah Abu Talhah berkata kepadaku:

Keluarlah dan curahkanlah arak itu, Lalu aku mencurahkannya. Tiba-tiba ada orang berkata: Si anu telah terbunuh, si anu telah terbunuh, sedangkan perutnya dipenuhi dengan arak. Perawi Hadis berkata, aku tidak tahu apakah itu juga termasuk dari Hadis Anas. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat: (a) yang bermaksud: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kerana makanan yang telah mereka makan dahulu apabila mereka telah bertaqwa serta beriman dan mengerjakan amalan soleh."

Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan bahawa judi dan arak adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)" (surah al-Maidah ayat 90-91)

Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak. Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak . Profesor AJ Arberry pula mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh. Selain itu seorang yang telah mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain." Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi-pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak."

Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya , tetapi melibatkan banyak pihak. Seperti yang membuat, yang mengimport, dan yang menjual. Pendek kata semua yang terlibat dalam urusan sehingga arak diminum oleh manusia, adalah dikira haram.

Dalam hal jualbeli arak ini setiap orang Islam yang terlibat dalam urusan arak akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya : "Dari Annas bin Malik katanya : Bahawasanya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu : Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi) Berdasarkan hadis tadi, orang-orang Islam yang menjual arak adalah salah satu golongan yang mendapat laknat daripada Allah Subhanahu Wata'ala sekalipun pembelinya bukan orang Islam.

Walaupun Majlis Agama Islam negeri - negeri melarang umat Islam membeli arak, meminum arak yang ditampal di premis-premis perniagaan, yang di antaranya ialah pengharaman penjualan arak dan kesalahan memiliki arak bagi orang-orang Islam. Akan tetapi masih terdapat juga orang yang menjualnya secara sembunyi-sembunyi iaitu membawa masuk minuman keras ini dengan cara menyeludup yang dilakukan oleh berbagai bangsa dan agama, akan tetapi apa yang menyedihkan, berdasarkan statistik kes tangkapan minuman keras di negara ini, mereka yang didapati menyeludup atau menjual atau memiliki minuman keras tersebut adalah melibatkan orang-orang Melayu tempatan yang beragama Islam. Jadi kepada siapa mahu disalahkan? Adakah penguatkuasaan undang-undang yang lemah? Atau kesedaran diri umat Islam sendiri terhadap bahaya dan mudarat minum arak itu yang tidak dipeduli?

Pengharaman arak di dalam agama Islam sudah pasti mempunyai hikmah atau rahsia di dalamnya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Maa-idah ayat 90-91, tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil". (Surah Al Maa-idah ayat 90-91)

Jelas di dalam ayat tadi, betapa besarnya bahaya arak itu kepada akidah dan akhlak manusia di mana Allah Subhanahu Wata'ala meletakkan kedudukan arak ini di dalam ayat tadi bersamasama dengan pemujaan berhala dan mengundi nasib. Kedua-dua perkara ini iaitu pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah tanda-tanda kekufuran dan menyekutukan Allah Subhanahu Wata'ala dengan sesuatu daripada makhluk-Nya.

Kisah seorang Abid dengan arak. Di dalam Kitab Jauharul Mauhuub ada menerangkan tentang seorang abid (orang yang kuat beribadat) yang bernama Barsyisya yang taat beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, akan tetapi di akhir hayatnya beliau telah meninggal dunia dengan melakukan dosa-dosa besar termasuklah mensyirikkan Allah Subhanahu Wata'ala. Diriwayatkan bahawa Barsyisya telah didatangi oleh iblis laknatullah yang telah menyamar diri sebagai manusia yang kuat beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, lalu berkatalah iblis : Aku seorang 'abid' kepada Allah Subhanahu Wata'ala, aku dapat beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala selama tiga hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum. Maka terpesonalah Barsyisya dengan helah yang dilakukan oleh iblis itu. Kemudian bertanyalah Barsyisya : Apakah sebabnya supaya aku boleh menjadi sepertimu berbuat ibadat selama tiga hari tanpa tidur, tanpa makan dan minum? Iblis laknatullah pun menjawab : 'Lakukanlah maksiat kepada Allah Subhanahu Wata'ala kemudian engkau bertaubat, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala Maha Pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan dalam melakukan ibadat. Kemudian iblis laknatullah pun terus mencadangkan : 'Engkau lakukanlah maksiat dengan berzina atau membunuh orang'. Lalu Barsyisya pun menjawab : 'Aku tidak sanggup melakukannya! 'Iblis pun berkata : 'Engkau minumlah arak supaya lebih mudah melakukannya". Barsyisya pun memilih untuk meminum arak kerana menyangka dosa meminum arak adalah ringan dibandingkan dengan dosa berzina dan membunuh. Setelah berlaku Barsyisya pun ternampak seorang wanita cantik penjual arak dan lantas membeli arak darinya dan terus meminumnya sehingga mabuk dan melakukan zina dengan wanita itu dan kemudian membunuhnya.

Sedarlah wahai kaum muslimin, sesungguhnya semua yang memabukkan itu adalah khamar (arak) dan semua jenis khamar (arak) adalah haram. Ketahuilah bahawa arak itu sangat merbahaya dan sesiapa yang menghampirinya pasti akan terjerumus kepada kemaksiatan yang lebih besar dan ngeri. Iblis itu adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa berusaha memesongkan kaum Muslimin agar tersesat dari jalan yang benar sebagaimana kisah Barsyisya

ini. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat dan pengajaran dari kisah tersebut.

Memandangkan bahawa arak dan segala jenisnya itu adalah ibu atau punca segala kejahatan, maka kita sebagai orang Islam hendaklah memastikan bahawa kita, ahli keluarga kita dan masyarakat sentiasa menjauhkan diri daripada arak. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa di dalam perlindungan, rahmat, taufik dan hidayah Allah Subhanahu Wata'ala. Amin ya Rabbal'alamin. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6, tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhakai kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". (Surah At Tahriim ayat 6) Fatwa: Makanan Atau Minuman Yang Dicampur Dengan Alkohol http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2121&new lang=mas

Soalan: Sukacita memaklumkan bahawa berdasarkan keputusan kajian dan penganalisaan yang telah dijalankan oleh Makmal Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam didapati bahawa beberapa jenis makanan/minuman yang ada di pasaran negara ini adalah mengandungi alkohol. Sehubungan dengan itu dipohonkan kerjasama pihak tuan bagi memberikan fatwa dan pandangan mengenai perkara ini.Bersama-sama ini disertakan salinan keputusan berkenaan untuk rujukan tuan. Contoh Keputusan Negeri Asal Kilang Pengeluar Cherry cider : Alcohol analysis - 4.8% Orange crush : Alcohol analysis - 0.1 % Malaysia, 876, Kg RanchaCream Soda : Alcohol analysis - 8.7% Rancha, Labuan. Pineapple : Alcohol analysis - 5.8% Lemon : Alcohol analysis - 6.4% Sarsaparilla : Alcohol analysis - 7.20/0

Jawapan: .

Hubungan Alkohol Dengan Khamr.Mula-mula sekali yang hendak dihuraikan ialah apa itu alkohol dan hubungannya dengan khamr. Alkohol adalah di antara bahan-bahan yang terdapat dalam minuman arak (khamr). Bahan inilah yang menyebabkan khamr menjadi cecair yang memabukkan.Alkohol itu boleh dikeluarkan, dihasilkan atau boleh diperolehi melalui dua cara pemprosesan. Pertama ialah cara penapaian (fermentation) iaitu suatu proses khas untuk menghasilkan arak; dan yang kedua adalah proses melalui bahan kimia iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada minyak tanah. Walaupun alkohol itu boleh dihasilkan melalui dua proses yang berlainan sebagaimana yang disebutkan, namun setiap jenis alkohol yang terhasil melalui mana-mana jua daripada salah satu proses berkenaan adalah hukumnya haram diminum.Perbezaan Minuman Mengandungi Alkohol Dengan Minuman Dicampur Alkohol. Ada perbezaan hukum di antara makanan atau minuman yang sengaja dicampur dengan alkohol dengan makanan atau minuman yang telah sedia ada mengandungi alkohol melalui proses penapaian (fermentation). Walaupun alkohol telah wujud di situ (dalam makanan seperti tapai umpamanya), namun selagi kandungan alkohol di dalam tapai tersebut belum sampai kepada tahap yang memabukkan, maka tapai tersebut tidaklah haram dimakan.Demikian juga mengenai minuman yang diperbuat daripada rendaman atau perahan anggur atau lain-lain bijirin, proses pewujudan alkohol menerusi penapaian (fermentation) akan tergantung kepada sejauh mana cecair itu mengandungi alkohol yang boleh memabukkan atau tidak. Ertinya jika rendaman atau perahan anggur itu belum sampai kepada tahap mengandungi alkohol yang boleh memabukkan, maka ianya masih lagi harus diminum (tiada haram), padahal alkohol sudah wujud di situ. Ini ialah, kerana rendaman atau perahan itu belum lagi menjadi arak dan alkohol yang terwujud dengan sendirinya di situ belum lagi berfungsi menyebabkan mabuk. Perkara ini dapat dilihat dengan terang dan jelas seperti riwayat-riwayat di bawah ini: : : . .

Maksudnya: "Daripada Yahya bin 'Ubaid. Abu Umar Al-Bahraniy, dia berkata: "Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pad a pagi {esoknya} dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampailah Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya, " (Hadis riwayat Muslim)

: .: : . . .

Maksudnya: "Daripada Yahya Al-Bahraniy, dia berkata: "Orang-orang menyebut-nyebut tentang nabldz di hadapan Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz dalam gereba (wadah daripada kulit). Syu'bah berkata: "Iaitu mulai daripada malam Isnin, lalu Baginda meminumnya pada hari Isnin dan hari Selasa sehinggalah waktu 'Ashar. Jika masih berbaki, Baginda berikan kepada khadam atau membuangnya. " (Hadis riwayat Muslim) : . :

Maksudnya: "Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam direndamkan untuk Baginda anggur kering (kismis), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi hingga petang hari ketiga. Kemudian Baginda menyuruh berikan kepada orang lain atau dibuang. " (Hadis riwayat Muslim) : . . . .

Maksudnya: "Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:"Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz kismis dalam gereba, lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi. Pada waktu petang hari ketiga, Baginda meminumnya dan memberikannya kepada orang lain. Jika masih ada berbaki, Baginda membuangnya. " (Hadis riwayat Muslim) : : : .: .: : . . . . . . . . .

Maksudnya: "Daripada Yahya Abu 'Umar Al-Nakha'iy berkata: "Ada satu golongan bertanya kepada Ibnu Abbas tentang memperjualbeli dan memperdagangkan khamar. " Ibnu Abbas bertanya: "Apakah kalian orang-orang Islam?" Mereka menjawab: "Ya!" Ibnu Abbas berkata: "Tidak boleh memperjualbeli dan memperdagangkannya." Mereka bertanya lagi tentang nabidz. Ibnu Abbas menjawab: "Pernah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam keluar dalam suatu perjalanan. Ketika Baginda pulang, ada beberapa orang sahabat Baginda telah memproses dan menyimpan nabidz dalam tempayan-tempayan, kayu-kayu yang dilubangi dan wadah daripada kulit labu. Lalu Baginda menyuruh menumpahkannya. Kemudian Baginda meminta gereba (bekas air dibuat daripada kulit), lalu di dalamnya diletakkan kismis dan air. Rendaman kismis itu dibiarkan semalam. Baginda meminumnya pada keesokan harinya dan malamnya, serta

besoknya lagi sampai petang. Baginda minum dan memberikannya kepada orang lain. Ketika datang pagi berikutnya, sisa rendaman kismis itupun dibuang. " (Hadis riwayat Muslim) ( ) : : . . .

Maksudnya: "Daripada Tsamamah (yakni Ibnu Hazn Al-Qusyairiy): "Aku bertemu 'Aisyah, lalu aku bertanya kepada beliau ten tang nabidz. 'Aisyah memanggil seorang jariyah (budak perempuan) Habsyi dan berkata: "Tanyalah kepada orang ini kerana dialah yang biasa membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam." Jariyah itu berkata: "Aku biasa membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba (bekas air daripada kulit) di malam hari. Lalu gereba itu aku ikat dan aku gantungkan. Keesokan harinya, barulah Baginda minum nabidz itu. " (Hadis riwayat Muslim) . . . . . .. Maksudnya: Daripada Aisyah, beliau berkata: Biasanya kami membuatkan nabidz untuk Rasululllah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba ( bekas air daripaad kulit ) yang diikat bahagian atasnya dan gereba itu mempunyai mulut. Kami membuat nabidz di pagi hari, lalu Baginda meminumnya di waktu Isya. Kalau kami membuatnya di waktu Isya, Baginda meminumnya di pagi hari. (Hadis riwayat Muslim) Al-Imam Al-Nawawi sewaktu menghuraikan hadis-hadis tersebut, berkata: . . :( ) . : ( ) : . . Ertinya: Di dalam hadis-hadis ini terdapat petunjuk tentang keharusan melakukan ( merendam

seperti kismis, kurma, gandum), dan harus meminum air rendaman nabidz itu selama mana ianya masih manis tidak berubah dan tidak menggelegak. Perkara ini harus hukumnya dengan ijma ulama. Adapun sebab Nabi memberikannya minum kepada khadam dan menumpahkannya/membuangnya selepas tiga hari, kerana tiada merasa selamat perubahannya selepas tiga hari dan adalah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjauhi nabidz selepas tiga hari. Adapun maksud perkataannya(diberikannya minum kepada khadam atau ditumpahkannya / dibuangnya) ertinya kadang-kadang Baginda memberikannya minum kepada khadam dan kadang-kadang Baginda menumpahkannya. Hal ini terjadi kerana keadaan nabidz itu berbezabeza dan berubah-ubah. Jika tidak nyata perubahan pada air rendaman nabidz itu dan lain-lain seumpamanya daripada unsure-unsur yang memabukkan, Baginda memberikannya kepada khadam dan tidak menumpahkannya kerana ia dikira harta yang haram membuangnya dan Baginda tidak meminumnya hanyalah sebagai mententeramkan hati sahaja. Tetapi jika telah nyata padanya ada sesuatu daripada unsure-unsur yang memabukkan dan perubahan, Baginda menumpahkannya, kerana apabila ianya memabukkan maka jadilah ia haram dan najis, lalu ia ditumpahkan dan tidak diberi minum kepada khadam kerana yang memabukkan itu tidak harus diminum oleh khadam sebagaimana juga tidak harus Baginda sendiri meminumnya. Adapun Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam meminumnya sebelum tiga hari itu adalah kerana belum ada perubahan, dan tidak ada unsure-unsur perubahan dan pada asalnya ia tiada diragui, wallau alam. Adapun maksud perkataan dalam hadis Aisyah: ( Baginda merendamnya di waktu siang lalu meminumnya di waktu malam dan Baginda merendamnya di waktu malam, kemudian meminumnya di waktu siang ) tidaklah berlawanan dengan hadis Ibnu Abbas mengenai meminumnya sehingga masuk hari ketiga kerana meminumnya dalan waktu satu hari tidak bermakna ditegah lebih daripada itu. Setengah ulama hadis pula berkata: Kemungkinan hadis Aisyah itu ialah di musin panas, kerana pada musim ini ditakuti akan rosak jika lebih daripada satu hari, manakala hadis Ibnu Abbas pula musim yang mana masa musim tersebut terjamin selamat daripada perubahan sebelum tiga hari. Ada juga yang berpendapat bahawa: "Hadis 'Aisyah merujuk kepada air rendaman nabidz yang sedikit yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dan hadis Ibnu Abbas pula merujuk kepada air rendaman nabidz yang banyak yang tidak boleh dihabiskan dalam masa sehari. Wallahu a'lam." (Shahih Muslim dengan Syarah AINawawi 7/147) Begitulah beberapa riwayat yang kira-kira dapat menjelaskan kedudukan perkara alkohol dalam makanan atau minuman daripada perahan-perahan atau rendaman-rendaman buah atau bijirin. Sekarang tentang Khamr

Umum mungkin beranggapan bahawa alkohol itu ialah khamr dan khamr pula ialah alkohol. Sebenarnya ada perbezaan di antara keduanya itu, sekurang-kurangnya dari segi bahawa dalam khamr terdapat alkohol sementara alkohol yang tulen yang tidak bercampur dengan lain-lain cecair adalah racun. Barangsiapa yang meminumnya dalam kadar tertentu boleh membawa mudarat atau kematian. Adapun khamr atau arak itu ialah minuman yang memabukkan. Dalam Islam hukum meminum arak adalah haram dan perbuatan meminumnya termasuk dosa besar yang boleh dihukum dengan hukuman hadd iaitu mendera si peminumnya dengan 40 kali sebatan. Dalam masyarakat hari ini, minuman yang memabukkan itu selain namanya khamr dikenali juga dengan berbagai-bagai nama lain yang disesuaikan dengan kehendak, citarasa dan kepentingan pihak -pihak tertentu, sama ada untuk mengelirukan umat Islam atau bagi tujuan promosi untuk mencari keuntungan dalam dunia pemiagaan mereka. Hal ini pernah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadis Baginda yang berbunyi: .

Maksudnya: "Pasti benar-benar akan ada orang-orang daripada umatku yang meminum khamr, mereka itu menamakannya dengan nama lain. " (Hadis riwayat Ahmad) Apapun nama yang diberikan kepada khamr, jumhur ulama telah ijmd' mengatakan, bahawa khamr tetap haram sekalipun ia diminum dalam jumlah yang sedikit, atau sama ada meminumnya itu menyebabkan mabuk atau tidak. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Tiap-tiap sesuatu jika diminum banyak boleh memabukkan, maka yang sedikitpun hukumnya haram. " (Hadis riwayat Nasa 'i dan Abu Daud)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu khamr dan setiap yang memabukkan (hukumnya)

haram. " (Hadis riwayat Muslim) Kedudukan arak dalam Islam dan kerosakan-kerosakan yang ditimbulkan oleh arak serta peminumnya telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta 'ala dalam Al-Qur'an dengan begitu jelas sebagaimana firmanNya yang berbunyi:

Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Ma 'idah: 90) Firman Allah lagi:

Tafsirnya: "Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? " (Surah Al-Maidah: 91) Hukum Makan Atau Minum Yang Beralkohol Jika kewujudan alkohol itu berlaku dalam makanan atau minuman dengan cara mencampurnya atau menaruh atau memasukkan atau seumpamanya, sama ada alkohol itu dihasilkan melalui proses penapaian (fermentation) atau melalui proses kimia, maka barang-barang (makanan atau minuman) yang beralkohol itu menjadi najis. Dalam erti kata lain, minuman atau makanan yang bercampur alkohol itu adalah haram digunakan, diminum atau dimakan. Hukum haram ini jelas berdasarkan ayat dan hadis-hadis di atas iaitu dengan ijma' ulama padanya. Kerana dalam makanan atauminuman yang bercampur itu terdapat molekul khamr. (AI-Fiqh AI-Islami wa Adillatuh 3/537) Oleh hal yang demikian, minuman berjenama yang dikatakan bercampur dengan alkohol dalam jumlah peratusnya seperti disebutkan oleh penanya: Cherry cider (4.8%), Orange crush (0.1 %), Cream soda (8.7%), Pineapple (5.8%), Lemon (6.4%) dan Sarsaparilla (7.2%) adalah jika benar ianya dicampur dengan alkohol, walaupun sedikit, kesemua jenis minuman itu hukumnya najis dan haram diminum oleh orang Islam. Jika alkohol itu terjadi sendirinya melalui proses penapaian (fermentation) di dalam minumanminuman yang berkaitan itu, maka kadar peratus alkohol, kecuali bagi orange crush (0.1 %),

nampak-nampaknya telah sampai ke tahap arak (khamr). Menurut maklumat para pengkaji bahawa kadar peratus alkohol yang dianggap mencapai ke tahap arak atau khamr itu ialah 2 8 % (jenis beer). Maka berdasarkan ini, nyatalah kesemua produk itu yang sedang beredar di pasaran dalam negara ini mestilah ditiadakan atau diberhentikan pengedarannya, selaras dengan dasar dan peraturan negara yang sedang berjalan pada masa ini, kerana minuman-minuman itu sudahpun dikenalpasti mengandungi alkohol, sedang alkohol itu adalah najis hukumnya. Sementara kadar alkohol campurannya itu pula telahpun mencapai ke tahap arak sebagaimana maklumat oleh ahli mengenainya. Hatta orange crush (0.1 %) juga termasuk yang dilarang (sekalipun belum sampai ketahap arak) sekiranya ia (alkohol itu) dicampur kemudian ke dalam minuman, yakni bukan terjadi dengan sendirinya melalui proses penapaian seperti pada perahan anggur atau air rendaman kismis sebelum ianya sampai kepada masa dan tahap yang dilarang sebagaimana (sila rujuk semula) hadis-hadis atau riwayat yang telah disebutkan terdahulu. Bahaya Memakan Atau Meminum Yang Haram Agama Islam telah memberi ingat akan bahaya meminum atau memakan benda-benda haram itu sebagaimana hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam banyak menyebutkannya, antara lain: Sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada yang haram. " (Hadis riwayat Ahmad) Sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Al- Thabarani, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya. " (Hadis riwayat Thabarani) Menurut sebuah riwayat yang dikeluarkan oleh Al- Thabarani daripada Ibnu Abbas katanya: "Pernah aku membaca di hadapan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ayat ini, iaitu:

Tafsirnya: "Wahai sekalian manusia! Makanlah barang yang halal, yang baik daripada apa yang ada di bumi. " Maka Sa'ad bin Waqqas pun berdiri seraya berkata: "Ya Rasulullah! Aku bermohon kepada Allah supaya aku dijadikan orang yang diperkenankan doanya. Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: "Wahai Sa'ad! Baguskanlah makananmu, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amal daripadanya empat puluh hari. Dan seseorang hamba yang tumbuh dagingnya daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya. "

Darihal isu Arak Oleh : H Fansuri ibnuamir@yahoo.com

Ketika di zaman kuliah dulu, seorang pelajar Aspirasi-Umno dengan tiba-tiba membela Dr Mahathir, khasnya dalam hal permit lesen penjualan arak. "Engkau nak salahkan Mahathir sebab dia luluskan lesen perniagaan arak, tetapi kau kena ingat beb! Tuhan juga yang menciptakan anggur," kata siswa itu. Tuhan tidak bersalah membuat ciptaan. Allah berhak membuat ciptaannya dan kita tak boleh menyalahkan Tuhan jika ciptaan itu telah dijadikan suatu bentuk yang lain. Dalam kes arak misalnya, memang 'wine' itu datang daripada anggur. Tetapi, bukankah manusia itu sendiri yang telah merumuskan bahan-bahan, menyusun ramuan, menyediakan resipi untuk menukar anggur menjadi minuman keras yang memabukkan, mengkhayalkan dan akhirnya menimbulkan lain-lain kesan pergolakan di dalam masyarakat? Diriwayatkan ketika British mula mewujudkan ladang-ladang dan menjadikan kaum India sebagai pekerja mereka di Tanah Melayu, mereka membuka warung todi dan hasilnya, kebanyakan kaum minoriti itu telah banyak menderita kerana arak itu. Keadaan sama saja di China. Tapi, di sana British memperkenal madat, dadah dan candu. Ya, rumah tangga jadi bergolak dengan sebab arak. Dan, banyak pemanduan yang sepatutnya selamat telah pun terbabas di jalan raya dengan sebab diserang kemabukan menggila ini. Diriwayatkan, ulamak Bani Israel, Barsisha pernah juga cuba disesatkan oleh Iblis tapi rencana mereka ini tak pernah berhasil. Akhirnya, menurut maklumat risikan yang berjaya dicuri dari langit, ulamak ini mati dengan sebab arak.

Maka, berusaha keraslah syaitan dengan sedaya upayanya untuk menumpaskan Barsisha dengan arak. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa murid-murid Barsisha ini sudah dapat terbang ke langit. Wallahu'alam. Apa yang penting, kisah ini menunjukkan bahawa sehebat-hebat manusia itu, akhirnya telah dikalahkan dengan arak. Dan, tiba-tiba, ada seorang kenalan yang pertahankan pentadbiran Mahathir yang meluluskan arak, lalu seolah-olah dia telah 'menyalahkan' Tuhan sendiri sebagai Zat yang mencipta anggur. Hal inilah yang menyebabkan kita sedikit beremosi. Islam mempunyai sikap dan pendirian yang jelas mengenai arak ini. Tapi, anggur ini tidak pernah diharamkan. Anggur boleh dijadikan minuman lain yang tidak memabukkan juga. Anggur boleh dikeringkan menjadi kismis. Kita juga pernah membeli kismis dalam kotak kecil dan kononnya kismis itu daripada California, Amerika, sebuah negara yang mana rakyatnya terbiasa dengan tabiat melanggah arak. Di negara beriklim empat musim, arak diminum sedikit untuk memberikan kehangatan kepada tubuh. Ini bermaksud ada alasan untuk mereka minum. Tapi, di Malaysia yang tidak bersalji, tiada alasan untuk minum atas nama menghangatkan tubuh melainkan ia adalah sejenis acara untuk bersosial, berfoya-foya dan berparti mengikut budaya Barat. Kesimpulannya, bukan salah anggur, salah kita sendiri yang mengolah ramuan, menggubah adunan dan meramu resipi anggur sehingga menjadi minuman keras yang memabukkan. Bukan salah dadah. Dadah boleh digunakan secara bijaksana untuk proses rawatan. Bukan salah bom C4 ketika meletupkan tubuh Altantuya. Bom C4 itu boleh meletupkan alat senjata Israel jika Ahmad Zahid berani mengusik Ehud Barak. Allah tidak bersalah. Tapi, manusia itulah yang bersalah kerana menyalahgunakan C4, dadah dan anggur. Wallahu'alam. Peminum, pengangkat dulang arak sama saja Ada hadis menyebutkan; peminum, pengangkat dulang arak, orang yang menyediakan arak akan turut dihukum. Ini bermakna, pendirian agama sangat keras ke atas arak. Pada zaman kita ini, sudah ada van, lori Carlsberg yang mana pemandunya ialah orang Islam kita sendiri. Barangkali, sudah ada syarikat arak di papan pertama, kedua di Bursa Saham dan sudah ada kapitalis Melayu, orang Islam yang melabur dalam sektor perkilangan arak. Dan, kita pun tidak tahu apakah sudah ada fatwa mufti berhubung hal-hal baru yang tiada pada zaman Rasulullah s.a.w ini? Pada zaman nabi, ada arak. Tapi, tiada van yang angkut arak. Tetapi, kalau operasi pengangkutan arak itu menggunakan unta, tiadalah kita tahu.

Pada zaman nabi juga tiada papan pertama dan papan kedua bursa saham. Tetapi, kalau ada bazar khas untuk jual arak, tiadalah juga kita tahu. Yang kita pernah dengar, ketika turunnya ayat ketiga mengenai arak dan mengharamkannya, maka telah banjir seluruh Madinah dengan arak. Tong-tong arak telah dipunggah oleh para sahabat! Masih ada sahabat nabi yang minum arak, mabuk ketika solat dan turun perintah dari Allah yang meminta mereka jangan minum arak ketika hampir-hampir mahu bersolat. Namun, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit arak dibasmi melalui didikan Al-Qur'an dengan berkat kesabaran baginda. Yang penting, apakah ada fatwa yang mengharamkan orang-orang Islam daripada menjadi pemandu van, lori Carlsberg dan lain-lain syarikat arak ini? Bukankah hal ini juga sama dengan hal mengangkat arak untuk dijual di premis perniagaan dan hotel? Nasib Khartika Syahadan ada seorang wanita model sambilan bernama Khartika yang akan dihukum sebat dengan sebab meminum arak. Menurut laporan akhbar, beliau adalah wanita pertama yang akan dihukum dan tiada hukuman sebat bagi pesalah wanita dalam kes sivil. Sebatan rotan itu pula dikatakan tiada ruas, tiada buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter. Sementara itu, ukur lilitnya tidak melebihi 0.0125 meter. Berlemah-lembutlah ke atas wanita yang telah insaf ini. Khartika tidak melarikan diri dari hukuman dan negara sepatutnya bersikap lemah lembut terhadap wanita yang sudah bersedia mengakui kesalahan. Nabi Ayub dikatakan telah bersumpah di atas nama Allah untuk menghukum isterinya dengan 100 sebatan. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia telah meminta Ayub mengikat 100 bilah rumput kering yang diikat lalu hanya dipukul sekali sahaja untuk menyempurnakan sumpah tadi. Belajar hudud dari Acheh Di Acheh Darus Salam, kita difahamkan telah ada hukuman terbuka yang boleh ditonton di khalayak ramai sebagai suatu pengajaran. Acheh pun Serambi Mekah juga kalau tidak mahu berguru kepada Kelantan yang juga Serambi Mekah. Maklumlah, prejudislah katakan. Ahem! Daripada kita mengendong ahli-ahli Parlimen ke Taiwan kerana kononnya mahu mempelajari sistem penanaman di negara itu, (atau, kata orang, BN sebenarnya melarikan MP BN kerana takut mereka melompat ke PR) adalah lebih baik kita mengirim ahli-ahli Parlimen ke Acheh untuk melihat cara bagaimana hukuman syariah itu dilaksanakan di Acheh.

Model sambilan itu telah akur kesalahannya dan kita semua mestilah menutup lidah kita daripada berterusan menghina wanita tersebut. Agama kita memuliakan kaum wanita. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, seorang pelacur telah masuk syurga dengan sebab dia mengutamakan seekor anjing yang kehausan. Sepatunya ditanggalkan lalu dia mencedok air lalu menyudu anjing guna menghilangkan dahaga haiwan itu. Bermodalkan amalan itu, wanita pelacur itu masuk syurga. Dia mungkin orang susah atau dirinya telah diperalatkan untuk tujuan itu. Dia tidak boleh dipersalahkan. Kita perlu menutup mulut selepas Khartika disebat dan tidak sesiapa pun yang boleh memandang hina ke atas orang yang telah insaf. Sekalung tahniah dan penghargaan ke atas orang bawahan seperti Khartika yang bersedia, cekal, tabah, berani menerima hukuman untuk menyucikan jiwa mereka. Kita wajib gulung lidah kita daripada mencela mereka yang telah insaf ini. Kita perlu buka semula gulungan lidah, kita patut membuka mulut dan jangan pernah berhenti bercakap, dan jangan kita sesekali terfikir untuk berhenti membuat spekulasi terhadap isu, kes kematian Beng Hock. Apatah lagi dengan kehadiran sepucuk surat misteri yang kununnya daripada orang-orang dalam SPRM itu. Mereka inilah yang patut kita hinakan kerana masih enggan mengaku kesilapan, masih berdolakdalik, enggan menyerahkan DNA dan kalau mahu serahkan DNA pun masih ragu-ragu, tidak telus membuat pengakuan dan masih mencari ruang ikhtiar untuk melarikan diri daripada sebarang siasatan.

Tahniah Khartika dan jangan pernah menyerah kalah kepada keadaan hidup. Yang patut kita pariahkan ialah si dia, yang mewarisi legasi Mahathir yang mana si dia ini juga yang telah meluluskan lesen penjualan arak. Jika tiada arak, maka tiadalah peminum arak. Akhir sekali kita mahu bertanya, kalau peminum arak dihukum sebat, maka si dia yang meluluskan lesen arak itu, mahu diapa-apakan pula agaknya? Takkanlah kita nak tunggu hukuman dalam pilihan raya umum ke-13 saja kot? http://najhie.blogspot.com/2009/08/darihal-isu-arak-tahniah-khartika.html

Allah berfirman dalam Hadits Qudsi:"Barangsiapa meninggalkan arak,padahal ia mampu meminumnya,akan AKU berikan minuman itu dalam hadhiratul-Qudsi(Surga). Dan barangsiapa meninggalkan pakaian sutra,padahal ia mampu memakainya,akan AKU pakaikan di dalam surga." (HQR Bazzar yg bersumber dari Anas R.A.) 37. Ash Shaaffaat 45. Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar dari sungai yang mengalir. 46. (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. 47. Tidak ada dalam khamar itu alkohol dan mereka tiada mabuk karenanya

OALAN : APAKAH HUKUM BEKERJA DI PASARAYA YANG TERDAPAT PENJUALAN ARAK DI DALAMNYA?

JAWAPAN: Terima kasih kepada Saudara Mokhlis kerana bertanyakan soalan ini kepada saya. Secara umumnya kita mengetahui bahawa jual beli arak adalah haram di dalam Islam. Saya tidak mahu membincangkan tentang penjualan arak kerana ianya sudah jelas di sisi Islam. Cuma yang menjadi kemusykilannya, bagaimana pula hukum orang yang bekerja di sesebuah tempat yang mana terdapat penjualan arak di tempat tersebut. Saya terbaca di dalam kitab oleh Guru kami, Mufti Besar Kerajaan Mesir, Syeikh Ali Jumah hafizahullah. Beliau juga ditanya berkenaan dengan perkara ini. Walaupun pertanyaan tersebut bukanlah seperti yang saudara tanyakan kepada saya tetapi maksudnya lebih kurang sama. Secara ringkasnya, Syeikh Ali Jumah hafizahullah menjawab bahawa dibenarkan untuk bekerja di tempat demikian cuma sebaiknya jauhkan daripada tempat penjualan arak. Tambahan daripada saya, jika seseorang tersebut dapat mencari pekerjaan yang lain daripada tempat sebegini maka ianya lebih baik. Ini kerana terdapat syubhat di dalam tempat pekerjaan sebegini. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
: : ... , 5992 (50)( 50)

Maksudnya: Diriwayatkan oleh Saidina Abu Abdillah al-Numan bin Basyir radhiyallahuanhuma : Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas, Di antara kedua-duanya(halal dan haram) terdapat perkara yang samar-samar hukumnya(tidak diketahui samaada halal atau haram)yang mana perkara ini tidak diketahui oleh ramai manusia, Barangsiapa yang berjaga-jaga dengan perkara

syubhat ini maka dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya, dan barangsiapa yang terlibat denganya maka dia sebenarnya telah menjerumuskan dirinya kepada perkara yang haram. Wallahu alam .. Posted by Mohd Nazrul Abd Nasir

OALAN : APAKAH HUKUM BEKERJA DI PASARAYA YANG TERDAPAT PENJUALAN ARAK DI DALAMNYA?

JAWAPAN: Terima kasih kepada Saudara Mokhlis kerana bertanyakan soalan ini kepada saya. Secara umumnya kita mengetahui bahawa jual beli arak adalah haram di dalam Islam. Saya tidak mahu membincangkan tentang penjualan arak kerana ianya sudah jelas di sisi Islam. Cuma yang menjadi kemusykilannya, bagaimana pula hukum orang yang bekerja di sesebuah tempat yang mana terdapat penjualan arak di tempat tersebut. Saya terbaca di dalam kitab oleh Guru kami, Mufti Besar Kerajaan Mesir, Syeikh Ali Jumah hafizahullah. Beliau juga ditanya berkenaan dengan perkara ini. Walaupun pertanyaan tersebut bukanlah seperti yang saudara tanyakan kepada saya tetapi maksudnya lebih kurang sama. Secara ringkasnya, Syeikh Ali Jumah hafizahullah menjawab bahawa dibenarkan untuk bekerja di tempat demikian cuma sebaiknya jauhkan daripada tempat penjualan arak. Tambahan daripada saya, jika seseorang tersebut dapat mencari pekerjaan yang lain daripada tempat sebegini maka ianya lebih baik. Ini kerana terdapat syubhat di dalam tempat pekerjaan sebegini. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
: : ... , 5992 (50)( 50)

Maksudnya: Diriwayatkan oleh Saidina Abu Abdillah al-Numan bin Basyir radhiyallahuanhuma : Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas, Di antara kedua-duanya(halal dan haram) terdapat perkara yang samar-samar hukumnya(tidak diketahui samaada halal atau haram)yang mana perkara ini tidak diketahui oleh ramai manusia, Barangsiapa yang berjaga-jaga dengan perkara syubhat ini maka dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya, dan barangsiapa yang terlibat denganya maka dia sebenarnya telah menjerumuskan dirinya kepada perkara yang haram. Wallahu alam ..

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK ( ada 3 peringkat) Peringkat pertama ( Penjelasan baik dan buruk arak ) Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 : 219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, segala minuman yang memabukkan. Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan ,keburukkannya lebih banyak drp kebaikan Cth : Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya ,manusia yg meminum arak akan mabuk ( hilang ingatan ) kurang pertimbangan akal ,apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cth seorang suami yg baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yg buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya ,memukul , dan melakukan perkara yg di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras . Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yg pertama ini. Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yg meminumnya. Peringkat kedua ( Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat) Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 43 43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi.

Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat ,kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain ,melakukan penambahan /pengurangan rakaat dsb . Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum . Peringkat ke-3 ( pengharaman secara mutlak) Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al-Maidah ayat 90-91 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. 91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). [# ]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Kabah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci kabah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi. Setelah turun ayat yg ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak . Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram. ____________________________________________________________________ Wassalam

You might also like