You are on page 1of 2

Cuaca dunia makin pelik

Oleh Nurul Adlina Kamaludin

REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikat
dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak
ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan
raksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea
sehinggalah ke India.Keadaan cuaca tidak menentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalam
sekelip mata manakala lebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwa
dan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar.Inilah senario terkini keadaan cuaca dunia
yang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatan rekod daripada panas dan sejuk
melampau selain rentetan satu demi satu taufan ganas yang seakan tidak memberi ruang bagi
negara mangsa untuk bernafas. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap
dengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak
besar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan.
Pendek kata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan, tetapi rekod
alam sekitar pun tidak terkecuali kelam kabutnya sebagaimana yang ketara di beberapa negara
dalam tempoh dua bulan lalu.Namun, antara contoh ‘klasik’ atau ketara adalah membabitkan
kejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropah
dan Amerika yang lebih diketahui menikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampau
dengan paparan rakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baru
ini.Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yang
sudah sinonim dengan cuaca panas, sebaliknya menyaksikan kehadiran salji buat kali pertama
sejak 1981.Cuaca sejuk melampau di kawasan termasuk bandar Soweto, selatan Johannesburg
serta kawasan penempatan eksklusif di Sandton mencatatkan suhu sehingga 1 darjah Celsius.
"Salji yang turun itu menjadi satu fenomena unik bagi kami kerana ia jarang berlaku di negara ini.
Cuaca sejuk memang berlaku tetapi tidaklah sehingga menurunkan salji," kata Kevin Rae,
Timbalan Pengurus Jabatan Kaji Cuaca Afrika Selatan di Pretoria yang dipetik media tempatan.
Ketika penduduk Afrika Selatan memakai baju sejuk dengan anak kecilnya riang bermain salji,
warga Amerika dan Eropah lebih selesa berpakaian tipis dan merendamkan kaki di air pancut
akibat cuaca panas melampau.Laman web pusat pemantau cuaca Agensi Pentadbiran Aeronautik
dan Angkasa Lepas Amerika (Nasa) merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enam
tahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turut
meningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-
2005.Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang di
California dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago. Keadaan itu menyebabkan
berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus.Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut di
Paris akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masih
terkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut di
Perancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan.Ramai kalangan saintis
mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yang dijangka
berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkap
dalam atmosfera.Biarpun sukar membuktikannya, seperti diakui Asher Timms, pegawai Pusat
Penyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall di Britain, corak cuaca bumi kini berubah.
"Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin
berkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yang
mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlaku
dengan kerap."Malah antara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikan
kemudaratan akibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis, Prapiroon
dan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometer sejam. Serangan taufan itu
menyaksikan banjir dan tanah runtuh yang setakat ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuh
termasuk 600 akibat taufan Bilis saja.Keadaan banjir itu turut meragut nyawa di ceruk lain dunia di
Korea Utara, India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orang
masih hilang sehingga hari ini.
Apa yang pasti, keadaan cuaca yang tidak menentu itu diperakui sejak beberapa tahun lalu yang
membawa kepada penubuhan satu agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu -
Intergovernmental Panel non Climate Change (Panel Perubahan Cuaca) pada 1988. Laporan
keempatnya mengenai fenomena pelik cuaca dunia akan dikeluarkan tahun depan.

Laporan itu bakal mengemas kini butiran kajian 2001 yang sudah memberikan amaran
peningkatan suhu sebanyak 1.4 - 5.8 darjah Celsius pada 1990 sehingga 2100 bakal
mendatangkan kesan buruk.

Apa yang pasti, tempias amaran laporan PBB itu sudah pun ketara sejak akhir-akhir ini. Fenomena
pelik cuaca bukan setakat satu andaian tetapi hakikat yang bakal berlaku pada bila-bila masa.

Malangnya, biar sehebat mana pun kecanggihan teknologi bagi mengesannya, ia tidak dapat
mengekang kemusnahan akibat bencana alam yang berlaku. Manusia hanya mampu menunggu
dan melihat kemusnahan disebabkan cuaca makin pelik dan buruk ini.

INFO
Bukti cuaca tak menentu

2006

Amerika Syarikat, Eropah dilanda panas melampau manakala Afrika Selatan• menyaksikan salji
buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.

Kajian terbaru buktikan pembentukan awan jauh lebih tinggi berbanding• sebelumnya
menyebabkan beberapa habitat hidupan liar kekeringan dan menjejaskan perubahan flora dan
fauna.

2005

Musim taufan Atlantik paling aktif pada tahun ini dengan rekod 26 ribut dan• 14 puting beliung
yang tujuh daripadanya cecah Kategori 3 ke atas. Buat kali pertama, taufan ganas Katrina, Rita
dan Wilma terbentuk dalam satu musim.

Bumi semakin panas keadaan tahun lalu menyamai 1998 sebagai tempoh paling• panas.

Kemarau dan panas kering menyebabkan musim kebakaran hutan yang memusnahkan• lebih 8.5
juta ekar kawasan dunia yang jauh atasi fenomena sama pada 2000.

Sumber: Berita Minggu ( 13 Ogos 2006 )

You might also like