You are on page 1of 16

G.C. LINEAR LAW @ INTERNET.

COM Ding Hong Eng Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala Lumpur E-mel : dinghongeng2@yahoo.com Abstrak: Kertas kerja ini membentangkan satu transformasi dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan dengan mengeksploitasikan bahan-bahan sumber seperti Additional Mathematics Teaching Courseware, Additional Mathematics Courseware Integrated Teaching and Learning Module, kalkulator grafik TI-84 PLUS, Learning Mathematics Using TI-84 PLUS Graphing Calculators Module, buku Problem Based Mathematics Activities Using Graphing Calculators - Workbook and Teachers Guide dan juga kemudahan kelengkapan teknologi seperti LCD dalam setiap kelas yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pelaksanaan inovasi pembelajaran dan pengajaran, guru bermula dengan mengajar topik Linear Law melalui modul dan Teaching Courseware. Seterusnya, pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang penggunaan kalkulator grafik dalam Linear Law untuk melukiskan Garis Lurus Penyuaian Terbaik, memperoleh persamaan Garis Lurus Penyuaian Terbaik, mencari nilai-nilai pembolehubah dan pemalar. Pada peringkat akhir, pelajarpelajar mengaplikasikan pengetahuan Linear Law dan kemahiran penggunaan Kalkulator Grafik dalam penyelesaian masalah harian berkaitan dengan Internet. Ujian pra, ujian pos serta ujian perbandingan antara penggunaan Kalkulator Grafik dengan penggunaan Kertas Graf telah dijalankan. Soal-selidik dan temuramah telah dijalankan untuk memperoleh keberkesanan penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Inovasi ini bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran untuk memberi pendidikan berkualiti kepada semua pelajar supaya pelajar berminat dalam pembelajaran di samping meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran dalam Matematik Tambahan. Inovasi ini juga berhasrat memperlengkapkan semua pelajar dan guru Matematik Tambahan dengan teknologi terkini untuk merealisasikan visi dan misi Sekolah Menengah Sains Seri Puteri untuk melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif serta sekolah menjadi institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

BIODATA PENULIS: Ding Hong Eng ialah Guru Cemerlang Matematik Tambahan Gred Khas C. Berkelayakan Sarjana Pendidikan Matematik (UM). Mula mengajar pada tahun1982. Sekarang mengajar di SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur. Pernah memperolehi Anugerah Guru Inovatif peringkat kebangsaan (2000), Anugerah Guru Inovatif peringkat Negeri Wilayah Persekutuan K.L. (2000, 2001, 2003 dan 2011), Anugerah Guru Kreatif peringkat Negeri Wilayah Persekutuan K.L.(2003), Anugerah Pendidikan Matematik (MPKSN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (2002), Anugerah Toray Sains Malaysia (2006). Pembentang kertas kerja di persidangan kebangsaan dan antarabangsa seperti Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2006, Persidangan Antarabangsa East Asia Regional Conference on Mathematics Education 2007 dan Asian Technology Conference in Mathematics 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Sebagai Guru Sumber Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, dan juga memberi sumbangan di Bahagian Perkembangan Kurikulum, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Pembangunan & Penilaian Kompetensi, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan

Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan Bahagian Buku Teks. Penulis Buku Teks, Buku Aktiviti Kalkulator Grafik dan Buku Rujukan Matematik Tambahan.

LATARBELAKANG GC LINEAR LAW @ INTERNET.COM adalah ringkasan dari penggunaan Kalkulator Grafik (Graphing Calculators) dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan bagi tajuk Linear Law dan aplikasi dalam Problem-Based Mathematics Activities Using Graphing Calculator yang bertajuk: Internet.com Perkembangan dalam teknologi telah membawa perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Kalkulator Grafik merupakan salah satu rekaan teknologi yang penting. Ia merangkumi semua fungsi penting dalam kalkulator saintifik dan diperkayakan dengan pelbagai fungsi-fungsi seperti statistik, kalkulus, aplikasi, grafik dan sebagainya. Penggunaan kalkulator grafik adalah suatu inovasi yang diperkenalkan kepada pelajar bagi memantapkan kefahaman konsep di dalam pembelajaran. Malahan melalui penggunaan kalkulator grafik, pelajar berpeluang untuk meneroka atau menyelesaikan masalah yang lebih mencabar. Kalkulator yang digunakan dalam inovasi ini ialah TI 84-PLUS, suatu jenis kalkulator grafik yang sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan yang berunsur interaktif dan berpusatkan pelajar. Matematik Tambahan merupakan satu mata pelajaran elektif yang memberi penekanan kepada penyelesaian masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran di samping memperkembangkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan bertahap tinggi. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur bertuah sebab merupakan salah sebuah sekolah yang dibekalkan dengan satu set lengkap kalkulator grafik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan menggalakkan penggunaan teknologi dalam pendidikan Matematik dan memanfaatkan pelajar. Selain daripada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperlengkapkan kemudahan setiap kelas dengan LCD dan skrin, serta semua guru Sains dan Matematik telah dibekalkan notebook komputer. Melalui penggunaan teknologi dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan dapat dilaksanakan di luar kongkongan kaedah tradisional dan diperkayakan dengan pelbagai kaedah dan sumber untuk membangkitkan minat pelajar dalam pembelajaran. Kementerian Pelajaarn juga telah membekalkan CD Additional Mathematics Teaching Courseware berdasarkan Kurikulum KBSM tingkatan 4 dan 5 kepada semua sekolah kerajaan untuk 2

memudahkan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Semua kemudahan fizikal dan bahan sumber pembelajaran dan pengajaran ini harus digunakan dengan sepenuhnya untuk memberi pendidikan berkualiti dan berfaedah kepada pelajar. REFLEKSI P & P YANG LALU Sebelum inovasi dilaksanakan, pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan adalah melalui kaedah tradisional, iaitu berpandu kepada buku teks dan menumpu kepada penerangan guru diikuti oleh latihan pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran topik Linear Law, kertas graf dan kalkulator saintifik digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Additional Mathematics Teaching Courseware yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak atau kurang digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi termasuk: a. Setengah pelajar kurang berminat dalam pembelajaran Matematik Tambahan sebab mata pelajaran ini dianggap sebagai kurang menarik dan bertahap tinggi.

b.

Pelajar lemah tidak dapat memahami konsep dan menguasai kemahiran melalui cara pengajaran tradisional dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang mencabar. Ini menyebabkan pelajar gagal dalam ujian dan peperiksaan.

c. Dalam topik Linear Law, setengah pelajar tidak dapat melukis Garis Lurus Penyuaian Terbaik dengan jitu dan menyebabkan jawapan lain yang berkaitan dengan graf juga kurang jitu.

d. Penyelesaian masalah dalam topik Linear Law dengan melukis graf secara manual telah mengkongkong penyelesaian masalah yang mencabar dari segi masa dan penerokaan lanjutan.

OBJEKTIF INOVASI

1. Melaksanakan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran. 2. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan agar dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran serta memperkembangkan kemahiran berfikir. 3. Memperkembangkan keupayaan pelajar dalam penggunaan teknologi untuk penyelesaian masalah seharian dan penerokaan lanjutan.

KUMPULAN SASARAN Semua pelajar tingkatan 5 TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN Tarikh mula: 18 Jan 2011 Tarikh siap : 11 Mac 2011 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bentuk Bahan:

a.

Modul Pembelajaran dan Pengajaran Linear Law berdasarkan Additional Mathematics Teaching Courseware: Modul ini disediakan oleh guru untuk membantu pelajar memahami dan menguasai isi kandungan yang diajar oleh guru melalui hands-on aktiviti. Modul Pembelajaran dan Pengajaran ini membimbing dan memudahkan pelajar untuk mencatat nota supaya dapat mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan. Modul ini mengintegrasikan penggunaan teaching courseware, buku teks, buku rujukan dan juga Soalan Sebenar Peperiksaan SPM Tahun Lepas. Additional Mathematics Courseware Integrated Teaching and Learning Module disediakan oleh Pn. Ding Hong Eng manakala Additional Mathematics Teaching Courseware adalah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

b.

Modul Learning Additional Mathematics Using TI-84 Plus Graphing Calculator: Modul ini membimbing pelajar menggunakan kalkulator grafik untuk i. ii. melukis Garis Lurus Penyuaian Terbaik melalui data yang diberikan, memperoleh persamaan Garis Lurus Penyuaian Terbaik,

iii. menentukan nilai pembolehubah daripada graph Garis Lurus Penyuaian Terbaik atau melalui persamaan Garis Lurus. Modul ini memberi penerangan penggunaan kalkulator grafik dengan langkah-langkah disertai oleh gambar rajah secara sistematik dan jelas. Modul ini disediakan oleh jurulatih Kalkulator Grafik dan ahli kumpulan kami, Cik Atikah binti Mohd Kassim, merupakan salah seorang daripada panel penulis.

c.

Buku Problem Based Mathematics Activities Using Graphing Calculator Workbook and Teachers Guide: Buku ini mengintegrasikan pedagogi i. Berunsur menyeronokkan, mencabar, bermakna dan berguna. 5

Aktiviti Internet.com mengaplikasikan pengetahuan Linear Law untuk membuat keputusan dalam pemilihan Internet Service Providers (ISP).

ii.

Memenuhi prinsip pembelajaran yang memberi penekanan kepada penyelesaian masalah, berkomunikasi Matematik, penaakulan, menghubungkait, dan penggunaan teknologi. - Aktiviti Internet.com mengaplikasikan pengetahuan Linear Law untuk penyelesaian masalah yang melibatkan komunikasi matematik, kemahiran membuat keputusan, menghubungkaitkan data yang diberi dan membuat penaakulan berlandaskan teknologi.

iii.

Pengajaran dan pembelajaran interaktif yang menggabungjalinkan pendekatan mengarah, demonstrasi, menerang, ilustrasi, menyoal, menilai dan membuat rumusan. - Melalui lembaran kerja dalam aktiviti Internet.com, pembelajaran secara berinteraksi berlaku apabila pelajar diberi penerangan, arahan, demonstrasi, ilustrasi dan juga ditanya dengan soalan yang mencungkil pemikiran, dibimbing untuk membuat rumusan dan penilaian.

iv.

Pembelajaran berlandaskan Konstruktivisme, Kontekstual, Eksplorasi dan Koperatif. - Aktiviti Internet.com berunsur kontekstual sebab diperkaitkan dengan penyelesaian masalah harian dalam kehidupan, pelajar membina pengetahuan melalui eksplorasi dan bersesuaian dengan teori konstruktivisme. Pembelajaran secara koperatif antara rakan sebaya juga menambah interaksi, komunikasi dan keseronokkan dalam pembelajaran. Buku ini dituliskan oleh Pn. Ding Hong Eng dan rakan-rakan.

Pengendalian:

Inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran ini telah dilaksanakan oleh keempat-empat orang guru Matematik Tambahan di SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur, untuk memanfaatkan semua pelajar tingkatan 5. Tujuan penggunaan kalkulator grafik adalah untuk memberi kefahaman konsep dengan lebih mendalam khususnya bagi topik Linear Law. Guru memberi tunjuk ajar secara langkah demi langkah untuk memastikan bahawa pelajar boleh mengikuti pengajaran di dalam kelas 6

dengan lancar. Setiap pelajar diberi kalkulator grafik dan lembaran kerja. Selain daripada itu prosedur penggunaan kalkulator grafik diterangkan terlebih dahulu agar pelajar memahami cara penggunaan kalkulator grafik dengan betul.

Jadual Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran adalah seperti berikut: Bil 1. Tarikh / Tempoh 18 - 28 Jan 2011 (2 minggu) Cara Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Linear Law dengan menggunakan Modul dan Teaching Courseware. Bahan Inovasi Courseware Integrated Teaching and Learning Module dan Teaching Courseware

2. 3.

31 Jan 6 Feb 2011 (1 minggu) 7 11 Feb 2011 (1 minggu)

Cuti Tahun Baru Cina Ujian Pra Penggunaan Kalkulator Grafik dalam Pembelajaran dan Pengajaran Linear Law. Ujian Pos Ujian Intervensi Selaras Peringkat Negeri Modul Learning Mathematics Using TI-84 Plus Graphing Calculator

4. 14 25 Feb 2011 (2 minggu)

5.

28 Feb 4 Mac 2011 (1 minggu) Pengaplikasian konsep dan kemahiran Linear Law dan penggunaan Kalkulator Grafik dalam penyelesaian masalah harian berkaitan dengan 7

Buku Problem Based Mathematics Activities Using Graphing Calculators

Internet.

6.

7 Mac 11 Mac 2011 (1 minggu)

Ujian Perbandingan antara penggunaan Kalkulator Grafik dan Kertas Graf Soal Selidik berkaitan dengan Inovasi P & P

Perbelanjaan: Semua kos bahan cetak modul dan lembaran kerja disumbangkan oleh pihak sekolah dan ahli kumpulan. Additional Mathematics Teaching Courseware dan Grafik Kalkulator dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. TI Smart View disumbangkan oleh Statworks Sdn. Bhd. (M).

BENTUK KEJAYAAN Modul dan buku yang ditulis oleh ahli kumpulan inovasi telah diterbitkan atau dimuat-naik ke blog untuk perkongsian guru-guru sebagai bahan sumber pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan: i. Buku Problem Based Mathematics Activities Using Graphing Calculator Workbook and Teachers Guide telah diterbitkan pada tahun 2008. Penggunaan buku ini juga dibentangkan oleh Pn. Ding Hong Eng (Tajuk pembentangan: Fun With Graphing Calculators) dalam Persidangan Antarabangsa The 15th Asian Technology Conference in Mathematics (ATCM 2010) yang berlangsung pada 17-21 Disember 2010, di Kuala Lumpur.

ii.

Modul Learning Additional Mathematics Using TI-84 Plus Graphing Calculator telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010.

iii.

Additional Mathematics Courseware Integrated Teaching and Learning Module dimuatnaik di dalam Blog Dings Resource Centre (dinghongeng1.wordpress.com untuk perkongsian semua guru Matematik Tambahan).

iv.

Inovasi ini juga berjaya memenangi Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011.

PENGURANGAN KOS OPERASI Mengeksploitasikan bahan sumber yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Additional Mathematics Teaching Courseware, kalkulator grafik, Modul Learning Additional Mathematics Using TI-84 Plus Graphing Calculator, kelengkapan LCD, Notebook Komputer) untuk memanfaatkan pelajar dan guru dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan.

PENJIMATAN MASA Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah berjaya dalam penjimatan masa dari segi:

i.

Additional Mathematics Courseware Integrated Teaching and Learning Module telah memudahkan dan menjimatkan masa pelajar untuk mencatat nota pembelajaran supaya pembelajaran dan pengajaran dijalankan dengan lebih berkesan.

ii.

Melukis graf Garis Lurus Penyuaian Terbaik dan penyelesaian masalah dengan penggunaan teknologi dapat menjimatkan masa berbanding dengan melukis graf secara

manual. Penyelesaian masalah yang mencabar dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan.

PENINGKATAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini membolehkan pelajar mengadakan aktiviti handson dengan penggunaan teknologi untuk peningkatan kefahaman dalam Matematik Tambahan. Penggunaan Teaching Courseware dan Modul telah menggalakkan pembelajaran secara menyeronokkan, bermakna dan mencabar. Ia juga mengintegrasikan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran secara interaktif, mengaplikasikan prinsip-prinsip pedagogi dengan berkesan seperti berikut:

10

Bil 1.

Cara Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan pembelajaran topik Linear Law dengan menggunakan Additional Mathematics Courseware Integrated Teaching and Learning Module dan Additional Mathematics Teaching Courseware.

Peningkatan Keberkesanan Additional Mathematics Teaching Courseware mempunyai ciri-ciri seperti animasi, video klip, muzik, kepelbagaian isi kandungan, berwarna warni yang dapat menarik pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan.

Additional Mathematics Courseware Integrated Teaching and Learning Module dapat membantu pelajar dalam memahami konsep dan menguasai kemahiran dengan berkesan dari segi penjimatan masa pengambilan nota dan membuat catatan dengan sistematik, memudahkan ulangkaji dan mengingatkan isi kandungan pengajaran guru. 2. Penggunaan Kalkulator Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Linear Law berpandukan Modul Learning Mathematics Using TI-84 Plus Graphing Calculator. Lembaran kerja dalam modul ini dapat membimbing pelajar menguasai penggunaan kalkulator grafik untuk menyimpan data, melukis Garis Lurus Penyuaian Terbaik, memperoleh Persamaan Garis Lurus Penyuaian Terbaik, dan menentukan nilai-nilai pemalar dan pembolehubah. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dalam Linear Law untuk menyelesaikan masalah harian.

3.

Pengaplikasi konsep dan kemahiran dalam Linear Law dan penggunaan Kalkulator Grafik dalam penyelesaian masalah harian berkaitan dengan Internet dalam buku Problem Based Mathematics Activities Using Graphing Calculators.

Penggunaan kalkulator grafik secara hands-on membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan dan menggalakkan penerokaan lanjut.

Lembaran kerja Internet.com dapat membimbing pelajar memperkembangkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, 11 menghubungkait, menganalisis dan membuat keputusan.

ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POS Dua kelas pelajar sederhana telah dipilih secara rawak untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos. Jadual 1 berikut menunjukkan keputusan ujian pra dan ujian pos. KELAS 1 2 BIL PELAJAR 28 28 MIN MARKAH UJIAN PRA 51.07 68.93 MIN MARKAH UJIAN POS 74.63 76.00

JADUAL 1: Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi 2 kelas sederhana ANALISIS UJIAN PERBANDINGAN ANTARA PENGGUNAAN KALKULATOR GRAFIK DAN KERTAS GRAF DALAM PENYELESAIAN MASALAH Satu kelas pelajar lemah telah dipilih secara rawak untuk menjalankan ujian perbandingan penyelesaian masalah melalui penggunaan Kalkulator Grafik dan Kertas Graf. Jadual 2 berikut menunjukkan keputusan ujian perbandingan tersebut. KUMPULAN Penggunaan Kalkulator Grafik Penggunaan Kertas Graf BIL PELAJAR MIN MARKAH MIN MASA YANG DIGUNAKAN

12 12

67.9 66.65

30 min 45 min

JADUAL 2: Keputusan perbandingan di antara penggunaan kalkulator grafik dan kertas graf bagi 2 kelas lemah PERBINCANGAN Dari keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang diadakan, jelas menunjukkan bahawa selepas penggunaan Kalkulator Grafik dalam pembelajaran dan pengajaran Linear Law, min markah keseluruhan 12

pelajar telah meningkat dari 51.07 ke 74.6 (peningkatan 46.07%) bagi Kelas Sederhana 1 dan dari 68.93 ke 76.00 (peningkatan 10.26%) bagi Kelas Sederhana 2. Dari keputusan Ujian Perbandingan dalam penyelesaian masalah dengan penggunaan Kalkulator Grafik dan Kertas Graf untuk kelas lemah, ia menunjukkan min markah keputusan lebih kurang sama (67.9 dan 66.65). Tetapi masa penyelesaian masalah dengan penggunaan kalkulator grafik adalah lebih pendek (30 min) perbandingan dengan penggunaan kertas graf (45 min). Ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi memperjimatkan masa dan meyakinkan pelajar dalam penyelesaian masalah.

PENINGKATAN DALAM TAHAP KEPUASAN HATI GURU/ PELAJAR 1. Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Di Kalangan Guru Guru dapat melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempelbagaikan dan memperkayakan kaedah penyampaian dan sumber pengajaran. Guru memperlengkapkan dengan kemahiran teknologi untuk memberi pendidikan berkuali kepada pelajar. Guru berpuashati apabila melihat pelajar menceburi diri dengan aktif dan berminat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan.

2.

Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Di Kalangan Pelajar Pembelajaran dalam kelas adalah berpusatkan pelajar dan berunsur interaktif, penggunaan teknologi untuk penyelesaian masalah mencabar dan menggalakkan penerokaan lanjut. Pelajar berminat dan aktif untuk belajar. Pelajar berpuas hati sebab pembelajaran melalui penggunaan teknologi membolehkan mereka memahami konsep dan menguasai kemahiran.

FAEDAH-FAEDAH LAIN Penggunaan kalkulator grafik membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar mengeksplorasi topik Linear Law dengan lebih mendalam berbanding dengan penggunaan kertas graf. Secara langsung, pelaksanaan inovasi ini memberi faedah dari segi pengurangan penggunaan kertas-kertas dan lebih mesra alam (environmental friendly). Pelajar-pelajar dapat menguasai teknologi moden dan boleh memberi perangsang kepada mereka untuk menciptakan teknologi baru yang akan membantu dalam pembelajaran

13

dan pengajaran pada masa yang akan datang. Keyakinan terhadap jawapan yang diperolehi melalui kalkulator grafik juga bertambah jika berbanding dengan pendekatan tradisional secara manual. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran ini telah membawa transformasi dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan memberi kepuasan kepada guru dan pelajar. Melalui perkongsian kepakaran, semua guru Matematik Tambahan dimahirkan dengan penggunaan Modul, Teaching Courseware dan teknologi terkini seperti kalkulator grafik dalam pembelajaran dan pengajaran untuk memanfaatkan semua pelajar. Pelajar menunjukkan minat dalam pembelajaran dan berkeyakinan dalam penggunaan kalkulator grafik untuk penyelesaian masalah yang mencabar dan berkemampuan membuat penerokaan lanjut. Penggunaan Kalkulator Grafik dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan dalam topik Linear Law dapat membangkitkan minat guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi. Lanjutannya, lebih banyak topik dalam Matematik Tambahan boleh diperkayakan dan dipelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi. Penggunaan teknologi dalam pendidikan Matematik Tambahan juga bersesuaian dengan visi dan misi sekolah untuk melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif melalui pendidikan berkualiti demi merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

14

RUJUKAN

Curriculum Development Division. (2010). Learning mathematics using TI-84 Plus Graphing Calculator. Putrajaya: Ministry of Education Malaysia.

Crisan, C., Lerman, S. & Winbourne, P.(2007). Mathematics and ICT: a framework for conceptualizing secondary school mathematics teachers classroom practices. UK. Technology, Pedagogy and Education. Vol.16, No. 1 (March), 21-39. Lim, C.P. (2007). Effective integration of ICT in Singapore schools: pedagogical and policy implications. Singapore. Education Technology Research Development. 55, 83-116.

Mello, L. R.(2006). Identifying success in the application of information and communication technology as a curriculum teaching and learning tool. Brazil. Technology, Pedagogy and Education. Vol.15, No. 1 (March), 95-106. S. Pumadevi, Tay B.L.& Ding H.E. (2008). Problem based mathematics activities using graphing calculator-workbook and teacher's guide. Kuala Lumpur: Statworks Publishing Sdn. Bhd.

15

FOTO-FOTO PELAKSANAAN Penggunaan Kalkulator Grafik dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan : Linear Law. Inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran ini telah dilaksanakan oleh semua guru Matematik Tambahan untuk memanfaatkan semua pelajar tingkatan 5.

Guru membimbing pelajar menggunakan kalkulator grafik dalam penyelesaian masalah.

16

You might also like