You are on page 1of 2

Langkah mengatasi Globalisasi Ekonomi Sektor swasta perlu membina "perikatan strategik" di antara satu sama lain melalui

koperasi. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan bersaing syarikat-syarikat. Kesannya, syarikat swasta akan mampu menghadapi cabaran untuk bersaing dengan syarikat asing, Kerajaan harus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam perbahasan penyelarasan dasar ekonomi,dengan secara aktifnya untuk mendapatkan sokongan yang lebih luas daripada penduduk. Kerajaan Malaysia harus mengadakan kerjasama serantau lebih ketat kerana globalisasi ekonomi lebih menguntungkan negara maju berbanding negara membangun. Yang pertama, melalui Negara Eropah Bersatu dapat membantu negara anggotanya menghadapi persaingan dengan (misalnya) Jepun atau Amerika Syarikat. Pasaran ekonomi yang lebih bebas dan mengelakkan tekanan dari Negara maju. Peningkatan kerjasama serantau antara negara-negara ASEAN ataupun Asia (saja)lebih bermanfaat bagi negara-negara anggotanya dalam meningkatkan kemampuannya bersaing dengan negara-negara lain. Kerajaan harus menguatkan koordinasi dalam permasalahan penetapan kadar pertukaran. Kerajaan harus memulakan dan menyokong projek-projek utama yang boleh mendatangkan impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi. Projek-projek mega yang telah dirancang harus dilaksanakan dengan lancar di bawah pengawasan dan perancangan yang ketat. Selain, kerajaan patut mengenal pasti dan menjalankan projek mega yang baru bagi memangkinkan pertumbuhan. Kerajaan harus member sokongan penuh kepada sektor-sektor yang baru muncul yang berpotensi untuk berkembang untuk memastikan pertumbuhan dinamik serta mapan sektor-sektor berkenaan. Mereka juga harus menerokai sumber pertumbuhan dan pendapatan baru. Sumber semula jadi dan kepelbagaian bio boleh ditingkatkan bagi meluaskan ekonomi melalui penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan produk. Langah seterusnya adalah meningkatkan kemudahan infrastruktur. Kerajaan harus memberi keutamaan kepada perbelanjaan sektor awam dan swasta untuk meningkatkan daya saing ekonomi , menarik pelaburan baru dan menghasilkan sumber pertumbuhan ekonomi yang baru. Cara inin dapat membantu memangkinkan industri pembinaan dan dengan itu mengurangkan kesan kelembapan pertumbuhan ekonomi global. Sosial Rakyat harus menanamkan semangat nasionalisme yang tangguh. Semangat bangga sebagai rakyat Malaysia harus dipupuk. Kita harus menyahut seruan kerajaan untuk menyokong barangan buatan tempatan untuk meningkatkan persaingan produk tempatan terhadap produk buatan Negara asing. Kita harus memberikan penekaan terhadap aspek ajaran agama. Nilai murni dan akhlak harus diberikan penekanan yang utama terhadap generasi muda. Hal ini dapat membina jati diri yang teguh dalam kalangan remaja. Pegangan nilai moral yang kukuh membantu kita menghadapi arus globalisasi. Kerajaan juga harus meningkatkan kompetensi kerja untuk mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Program latihan tenaga kerja dapat memberi nilai tambah yang baik dari segi ekonomi dan sosial. Tenaga kerja akan dibekalkan standard kompetensi yang diperlukan dalam dunia kerja. Penyempurnaan dan perancangan latihan akan disesuaikan dengan keperluan pasaran dan dibangunkan berkaitan syarikat sebagai pengguna tenaga kerja. Program latihan yang dilaksanakan harus berkaitan dengan kesepadanan dan fleksibiliti serta member penekanan kepada aspek sains dan teknologi yang berkembang pesat. Dengan ini, kemampuan bangsa tenaga kerja dapat diperkasakan.

Untuk menghadapi arus globalisasi, sektor kerajaan harus meningkatkan kecekapan pentadbiran. Kecekapan jentera kerajaan perlu ditingkatkan dan pembaziran perlu dikurangkan, terutamanya pertindahan fungsi . Jabatan dan agensi kerajaan perlu mengurangkan birokrasi yang tidak diperlukan bagi memastikan projek yang telah disokong oleh pembuat dasar dapat diluluskan segera . Kerenah birokrasi perlu dikurangkan untuk memastikan initiatif pembangunan baru kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jentera kerajaan akan dikukuhkan dengan menanamkan sikap yang betul. Teknologi Kerajaan harus mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi dan dalam masa yang sama meneruskan peningkatan teknologi. Penguasaan teknologi dan maklumat memanfaatkan struktur organisasi, sistem pengurusan, budaya perniagaan, kekuatan modal dan rangkaian perniagaan dengan pihak luar. Masyarakat yang mempunyai daya saing menjadi daya tarikan pelaburan. Kerajaan berperanan mendidik masyarakat agar sentiasa menganalisa ketelusan dan kebenaran sesebuah maklumat tersebut. Globalisasi membawa maklumat tanpa sempadan dari Negara lain. Rakyat harus berupaya membezakan kebenaran sesebuah maklumat. Undang-undang harus dikuatkuasakan untuk mengawal maklumat di internet. Pendidikan Kerajaan harus menaik taraf kemudahan pendidikan bagi tujuan pembelajaran. Generasi muda patut didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi ini. Kemudahan pendidikan yang disediakan membantu sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Pemikiran generasi muda akan menjadi lebih jauh ke hadapan. Kecuali generasi muda, pihak lain juga tidak ketinggalan. Kerajaan harus mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan. Kerajaan harus membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah. Selain itu, kerajaan harus mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Untuk mempertingkat kualiti pendidikan, institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Kerajaan juga harus memberi sokongan untuk memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan. Jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa.

Di samping itu, prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu ditingkatkan supaya menjadi sekolah pilihan semua rakyat. Hal ini memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa.

You might also like