You are on page 1of 43

PENGERTIAN NABI DAN RASUL

Para nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri manakala Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.

Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda sehingga hari kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam,kita perlu patuh kepada Iman Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada para nabi dan para rasul.

Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 300 orang. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.

Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani hanya 25 Rasul sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka adalah

01. 03. 05. 07. 09. 11. 13. 15. 17. 19. 21. 23. 25.

Nabi Adam a.s. Nabi Nuh a.s. Nabi Salih a.s. Nabi Luth a.s. Nabi Ishaq a.s. Nabi Yusuf a.s. Nabi Syu'aib a.s. Nabi Harun a.s. Nabi Daud a.s. Nabi Ilyas a.s. Nabi Yunus a.s. Nabi Yahya a.s Nabi Muhammad s.a.w

02. 04. 06. 08. 10. 12. 14. 16. 18. 20. 22. 24.

Nabi Idris a.s. Nabi Hud a.s. Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ismail a.s. Nabi Ya'akub a.s. Nabi Ayub a.s. Nabi Musa a.s. Nabi Zulkifli a.s. Nabi Sulaiman a.s. Nabi Ilyasa a.s. Nabi Zakaria a.s. Nabi Isa a.s.

Sebenarnya ramai lagi Nabi-nabi lainya yang namanya tidak dicantumkan di dalam Al-Quran. Dalam hal ini Allah hanya memberikan syariat yang ditunjukan kepada Nabi Muhammad menerusi firman Allah: Dan Kami telah mengutus Rasul-Rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu, dan Rasul-Rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. (An-Nisa:164)

Para Nabi itu mempunyi darjat yang berbeza antara satu sama lain dari segi keutamaan dan kedudukannya. Sebagaimana firman Allah: Dan sesunguhnya Kami lebihkan sebahagian Nabi-Nabi itu atas sebahagian yang lain. (Al-Isra:55)

Allah SWT telah melebihkan darjat dan keutamaan Nabi Muhammad SAW diatas para Nabi dan Rasul yang lain. Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia dan jin, sedang para Nabi sebelum baginda diutus hanya kepada umat mereka saja.

WAJIB BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

Islam menjadikan iman kepada para Nabi dan Rasul sebagai salah satu rukun akidah (rukun iman) sebagaimana firman Allah: Katakanlah (hai orang-orang mukmin ), kami beriman kepada Allah dan apa saja yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, dan anak cucunya, dan apa saja yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada NabiNabi dari Tuhanya. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri. Di antara para Rasul itu ada yang disebut dengn Ulul Azmi, ertinya Rasul yang paling banyak menghadapi cabaran yang berat dan berjuang dengan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Rasul-rasul itu adalah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.A.W.

PARA RASUL MAKSUM

Di samping keempat-empat sifat itu, mereka juga mempunyai sifat lain, iaitu: Terbebas dari sebarang aib yang merosakkan nama baik, Ishmah ( terpelihara ) ataupun disebut juga maksum.

Salah satu keistimewaan para Nabi dan Rasul adalah bahawa mereka sebagai manusia yang paling sempurna kejadian dan akhlaknya, paling tinggi ilmunya, paling mulia keturunannya, paling benar perkataannya, paling dapat dipercayai, dan mereka terhindar dari sebarang samada secara fizikal mahupun rohani.

Para Nabi sentiasa mendapat pengawasan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah SWT. Oleh itu mereka terhindar dari sebarang perbuatan dosa. Ertinya, mereka tergolong maksum , tidak melakukan Sebagaimana firman Allah: Tidak mungkin seseorang Nabi berkhianat. ( Ali Imran: 161 ) kesalahan dengan sengaja apalagi perbuatan dosa.

JENIS MUKJIZAT

Mukjizat yang diturunkan Allah Taala kepada para utusan-utusan-Nya itu berbagai bentuknya, antara lain:

1. Mukjizat Kauniyah, yakini mukjizat yang merupakan keajaiban seperti terpancarnya air mata dari celah-celah batu yang dipukul oleh Nabi Musa dengan tongkatnya ketika kaumnya kehausan; awan yang memayungi Bani Israil didaerah At-Taih dan terbelahnya air laut yang dilalui Nabi Musa untuk melarikan diri dari kerajaan firaun, yang kemudiannya tertutup semula ari laut itu selepas baginda menyeberanginya.

2. Akhbarun Haibiyah (khabar gembira ), yakin mukjizat Nabi berupa pengetahuan tentang perkara-perkara yang belum pernah ia lihat, seperti khabar yang disampaikan Isa kepada kaumnya, ia dapat menceritakan apa yang dimakan dan apa yang disimpan di rumah kaumnya.

3. Mukhalifun Lil Qawaninit-Thabiiyyah, yakini mukjizat Nabi berupa sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam, seperti yang dilakukan oleh orang-orang kafir untuk membakar Nabi Ibrahim yang tiba-tiba merasa kesejukan ditengah-tengah api yang bergejolak.

4. Mukjizat yang berupa keanehan-keanehan, sesuai dengan keperluan adanya mukjizat. Allah SWT memberikan mukjizat kepada para Rasul-Nya sesuai dengan keperluannya yang dihadapi umatnya untuk membuktikan kebenaran kerasulannya kepada mereka.

SIFAT NABI DAN RASUL

Allah SWT memilih para nabi-Nya agar supaya mereka menjadi duta antara Allah dan hamba-hamba-Nya. Allah memilih mereka di antara setiap makhluk ciptaan yang lainnya kerana mereka mendapat beban memikul amanah yang agung, iaitu amanah wahyu dan menyampaikan dakwah serta risalah kepada segenap hamba-Nya. Telah berlaku kebijaksanaan Allah yang luhur untuk menjadikan mereka sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya, paling utama ilmunya, paling mulia sahsiahnya dan paling agung amanahnya. Allah menjaga mereka dengan pertolonga-Nya dan melindungi mereka dpenjagaan-Nya serta mengawasi mereka.

Para nabi a.s. walaupun mereka itu manusia biasa, kerana mereka juga makan dan minum, sihat dan sakit, menikahi wanita, berjalan-jalan di pasar, ditimpa oleh belbagai segi yang dirasa pahit oleh manusia seperti lemah, tua dan mati, namun mereka berbeza dengan manusia pada umumnya kerana mereka mempunyai beberapa kekhususan dan mereka memiliki sifat-sifat yang agung dan luhur. Adanya kekhususan sifat-sifat ini bagi mereka merupakan sesuatu yang memang harus ada pada mereka. Sifat-sifat itu adalah seperti berikut:

1. 2. 3. 4.

Shidiq ( jujur ) Amanah ( dapat dipercayai ) Tabliqh ( menyampaikan wahyu ) Fatanah ( cerdas )

SIDDIQ Sifat ini merupakan suatu kepastian bagi nabi. Sifat ini, walaupun bagi manusia biasa juga merupakan keharusan, namun untuk bekal dakwah para nabi sifat itu menjadi sesuatu yang mutlak wajib ada, dan bahkan merupakan sifat pembawaan pada diri mereka. Maka tidaklah mungkin bagi seorang nabi, nabi mana pun juga, dari dirinya timbul sesuatu yang dapat merosak kewibawaan seperti berbohong dan berkhianat, memakan harta manusia dengan jalan yang tidak sah, dan sifat-sifat buruk lainnya. Memandangkan sifat itu tidak wajar bagi manusia biasa, maka bagaimana halnya dengan seorang nabi yang dekat dengan Tuhan atau raul yang mulia? Seandainya boleh terjadi adanya kebohongan pada para nabi, maka pastilah itu tidak berkaitan dengan berita yang disampaikan melalui wahyu atau kemungkinan hanyalah persoalan-persoalan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri, atau mereka menciptakannya dari konsep pemikiran

mereka kemudian mereka menyandarkannya kepada Allah secara bohong, namun rasanya hal itu tidak mungkin terjadi pada mereka. Oleh kerana itulah kita mendapati Al-Quranul Karim menghukumnya dengan ketentuan yang pasti terdadap setiap yang mencuba mengada-ada dengan atas nama Allah, atau lisannya berbuat dusta. Allah berfirman tentang diri Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Seandainya dia (Muhammad ) mengada-adakan sebagai perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kananya. Kemudian benar0benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalang ( Kami ) dari pemotongan urat nadi itu. Dan sesunguhnya Al-Quran itu benar-benar suatu pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Haqqah: 44-48) Ayat ini merupaka ancaman yang menakutkan bagi orang yang membuat dusta nama Allah dalam urusan akidah. Ini adalah suatu ketentuan yang tidak ada ampun (belas kasih) di dalamnya. Ketentuan ini lahir untuk menetapkan kemungkinan yang satu tanpa adanya kejujuran Rasulullah SAW bersarta manusia.

AMANAH

Maksudnya iaitu bahawa seorang nabi adalah orang yang diberi kepercayaan terhadap wahyu, menyampaikan perintah-perintah Allah dan larangan-larangan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan tanpa melebihi atau menguranginya, tanpa mengubah atau menantinya. Hal ini sesuai dengan firman Allah Tala yang bermaksud: (iaitu) orang orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan. (Al-Ahzaab: 39)

Jadi semua nabi itu diberi kepercayaan keatas wahyu, mereka menyampaikan urusan-urusan Allah sebagaimana adanya, tidak mungkin bagi mereka untuk membuat khianat atau mereka merahsiakan atas apa yang diperintahkan oleh Allah, kerana khianat itu bertentangan dengan amanah.

Para nabi yang mulia semuanya telah menunaikan amanah dengan cara yang paling sempurna. Seandainya para nabi itu tidak mempunyai sifat amanah pastilah akan berubah 7

dan berganti risalahnya dan manusia pasti tidak menjadi tenang terhadap wahyu yang diturunkan. Dalam kaitan ini, Sayyidah Aisyah r.a. berkata: seandainya Muhammad itu menyimpan sesuatu yang diturunkan Allah padanya pastilah ia menyembunyikan ayat berikut ini ( maksudnya ): Dan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakan, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allahlah yang berhak untuk kamu takuti. (Al-Ahzaab: 37)

Masing-masing nabi dan rasul tentu memiliki sifat amanah yang sempurna, supayajiwa menjadi tenang menuju keselamatan wahyu. Segala yang dibawa nabi sesunguhnya semata-mata dari sisi Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

TABLIGH

Sifat ini merupakan kekhususan terhadap para rasul yang mulia, yang bermaksud dengannya adalah bahawa rasul itu menyampaikan hukum-hukum Allah serta

menyampaikan wahyu yang diturunkan kepada manusia dari langit. Mereka tidak menyembunyikan sedikit pun dari apa yang diwahyukan oleh Allah kepada mereka, walaupun seandainya di dalam penyampaian risalah bagi manusia itu akan menimbulkan suatu penganiayaan yang besar atau kejahatan yang mestinya hanya layak ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan dan kerosakan.

Demikianlah kita dapat mengetahui bahawa semua para rasul itu mengistiharkan dengan terus terang bahawasanya mereka itu bersungguh-sungguh menyampaikan risalah Allah dan menasihati umat, sampai kepada rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW, yang mana Allah memerintahkan untuk menyampaikan risalah.

Allah mengutus para Rasul agar dapat memberi peringatan kepada sekalian alam. Allah mengutusnya pada suatu masa kekosongan para rasul agar beliau mematahkan alasan-alasan ahki kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani agar mereka tidak mengatakan: Tidak pernah datang kepada kami seorang pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan.

Rasulullah SAW telah menyampaikan ajaran Tuhanya, dan ketika turun kepadanya firman Allah yang bermaksud: 8

Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintah (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (Al-Hijr: 94)

FATANAH

Fatanah adalah kecerdasan dan kecerdikan. Seorang nabi tidaklah diutus kecuali ia mempunyai keagungan dan kecerdikan yang luar biasa, sempurna kecerdasannya dan daya fikiranya. Perhatikanlah firman Allah Taala yang melukiskan tentang Nabi Ibrahim a.s. perhatikanlah sikap Nabi Ibrahim di dalam diskusinya dengan kaumnya yang musyirik, nescaya anda akan mendapatkan di dalamnya tanda-tanda kecerdikan dan kecerdasan pada diri Nabi Ibrahim a.s. menerusi dialog berikut yang bermaksud: Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur terpotong-potong kecuali yang terbesar ( induk ) dari patung-patung yang lain, agar mereka kembali ( untuk bertanya ) kepadamya. Mereka berkta: siapakah yang melakukan perbuatan tuhantuhan kami? Sesungguhnya dia termasuk orng-orang yang zalim. Mereka berkata: ( kalau demikian ) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang ramai, agar mereka menyaksikan. Mereka bertanya: Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhantuhan kami, wahai Ibrahim? Ibrahim menjawab: Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara.

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka dan lalu berkata: Sesungguhnya kami sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri). Kemudian kepala mereka tertunduk (lalu berkata): Sesungguhnya kamu ( wahai Ibrahim ) telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara. Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak ( pula ) memberi mudharat kepada kamu? Ah ( celakalah ) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? (Al-Anbiya: 58-67)

KEISTEMAWAAN NABI DAN RASUL

SUATU hal yang sangat penting mengenai dakwah para nabi a.a. ialah bahawa mereka itu mempunyai karakteristik dan keistimewaan tersendiri, iaitu:

Pertama :

Dakwah para nabi itu merupakan tuntutan Ilahi, maksudnya melalui wahyu dan aklif daripada Allah.

Kedua :

Para nabi tidak meminta upah atas misi kerasulanya, mereka hanya mengharapkan pahala dari Allah.

Ketiga :

Memurnikan agama kerana Allah dan mengikhlaskan Ibadah kepadaNya.

Keempat : Kelima : Keenam :

Sederhana dalam mengajak, tidak memberatkan atau menyukarkan. Jelas sasaran dan tujuan dalam dakwah para nabi. Bersikap zuhud terhadap dunia dan mengutamakan akhirat daripada kehidupan dunia.

Ketujuh :

Memfokuskan pada akidah tauhid dan menitikberatkan dalam hal keimanan kepada yang ghaib.

Inilah keistimewaan terpenting dari dakwah para nabi yang mulia. Kami akan menjelaskan tiap-tiap segi dari masing-masing keistimewaan dengan penjelasan dan huraian yang memadai.

10

CIRI-CIRI KENABIAN

Kenabian merupakan kurnian Allah S.W.T yang di anugerahkan

kepada hamba

yang dikehendaki-Nya yang tidak boleh diperolehi dengan kemampuan akal, tidak boleh di capai dengan usaha dan memperbanyak ketaatan, dan tidak pula diterima sebagai warisan. Akan tetapi ianya hanya boleh diterima melalui ketentuan Allah Taala. Hal ini sebagaimana firman-Nya: Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Hajj:75)

Allah berfirman yang bermaksud: Dia menurunkan para malaikat dengan membawa wahyu dan perintah-Nya kepada siapa sahaja dan yang Dia kehendaki di antara para hamba-Nya iaitu: Peringatlah olehmu sekalian, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku maka hendaklah kamu bertaqwa kepada-Ku.

11

KISAH HIDUP 25 NABI DAN RASUL NABI ADAM A.S

Nabi Adam a.s. merupakan junjungan pertama pilihan Allah S.W.T. Selaku manusia pertama dan juga merupakan keturunan pertama daripada golongan sekelian manusia. Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T dari tanah sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari tanah yang kering , dari tanah yang hitam yang busuk (Al-Hijir : 26)

Setelah disempurnakan bentuk Nabi Adam a.s, Allah S.W.T meniupkan roh ke dalamnya dan berdirilah ia seperti manusia yang sempurna. Lantas Allah S.W.T memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s lalu mereka sujud kecuali iblis kerana iblis menggangap dia lebih mulia dan lebih unggul dari Nabi Adam a.s kerana kejadian iblis dari api dan Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Akibat kesombongan dan keengganan iblis itu maka Allah S.W.T mengusirnya daripada syurga dan dikeluarkan daripada barisan malaikat dengan disertai dengan kutukan dan laknat serta balasan neraka bagi iblis . iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Allah S.W.T itu dan memohon agar diberikan kesempatan untuk hidup sehingga hari khiamat dan bersumpah akan mendatangi anak-anak adam dari pelbagai sudut untuk mengajak mereka berbuat maksiat, hal-hal yang terlarang dan menyekutukan Allah S.W.T.

Nabi Adam a.s diberikan tempat oleh Allah S.W.T di syurga dan baginya diciptakan hawa yang dijadiakan dari rusuk kiri sewaktu beliau tidur untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupanya. Sejak itu iblis sedaya upaya mengoda Nabi Adam a.s dan hawa sehingga keduanya terpedaya lalu memakan pohon kayu yang dilarang oleh Allah S.W.T, kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga maka bumi inilah dijadikan tempat kediamannya dan anak cucunya sehingga kepada kita semua. Nabi Adam a.s diturunkan di tanah Hindustan dan Hawa di tanah Jeddah. Kedua-dua mereka bertemu semula di Musdzalifah. Nabi Adam a.s wafat di tanah Hindustan dan Hawa pula wafat di Jeddah.

Meskipun Nabi Adam a.s dan Hawa telah melanggar larangan Allah S.W.T tetapi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Penyanyang mengampuni mereka berdua kerana telah bertaubat kepadaNya.

12

NABI IDRIS A.S

Nabi Idris a.s merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s, anak kepada Yarid bin Mihlael bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan merupakan keturunan pertama yang dikurniakan kenabian selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s. Nabi Idris a.s tinggal di mesir dan mengajar kaumya ilmu tauhid dan beribadah kepada Allah S.W.T. Nabi Idris wafat pada usia 82 tahun.

Nabi Idris a.s memiliki pelbagai kemahiran contohnya menjahit, menunggang kuda, menulis dan membaca dan mengetahui ilmu bintang dan metamatik. Beliau juga banyak mempelajari kitab-kitab yang telah di turunkan Allah S.W.T kepada Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s. Nabi Idris a.s juga diberikan gelaran Asadul Usud yang bermakana Harimau

segala Harimau kerana berani memerangi manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T. Sebahagian ahli tafsir mengatakan tatkala Nabi Idris a.s mengenali malaikat beliau berhajat untuk mengenali alam ghaib. Keinginan Nabi Idris a.s itu di tunaikan oleh Allah S.W.T dan di bawa naik ke langit ke 4. (sebahagian ahli tafsir mengatakan sehingga ke langit ke 6).

Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W dan Jibril a.s melalui suatu tempat pada malam Israk dan Mikraj baginda bertemu dengan Nabi Idris.

Di antara kata-kata hikmah Nabi Idris a.s sewaktu menyeru kaumnya adalah : Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah daripada orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka di dalam doa

13

NABI NUH A.S

Nabi Nuh a.s merupakan keturunan Nabi Adam a.s yang ke-10. Beliau diutuskan Allah S.W.T sebagai Rasul untuk menyampaikan ajaran-ajaran-Nya kepada penduduk negeri Armenia.

Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya hampir beratus tahun lamanya, beliau melarang mereka menyembah berhala dan memberi petunjuk kepada mereka untuk menyembah Allah S.W.T, tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang mengikutnya. Orang-orang yang yang tidak mahu mengikutnya itu sentiasa mengejeknya dengan kata-kata yang keji.

Setelah terjadi perdebatan dia antara Nabi Nuh a.s dengan kaumnya, mereka menentang agar Nabi Nuh a.s mendatangkan seksaan keatas diri mereka. Mereka tetap tidak mempercayai kata-kata yang disampaikan oleh Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s juga telah menyampaikan kepada mereka bahawa sekiranya mereka tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T nescaya akan menerima azab seksaan daripadaNya tetapi mereka sedikit pun tidak menghiraukannya, malah menentang.

Setelah menerima perintah dari Allah S.W.T untuk membina kapal Nabi Nuh a.s mengumpul para pengikutnya. Tenteranya mula mengumpulkan bahan binaan dan mula membina kapal itu di kawasan yang jauh dari bandar supaya mereka semua boleh berkerja dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Walaupun yang demikian Nabi Nuh a.s tidak luput dari ejekan serta cemuhan daripada segilintir kaumnya yang ingkar itu. Setelah selesai tugasan pembinaan kapal yang merupakan pengangkutan laut yang pertama di dunia, Nabi Nuh a.s menerima wahyu dari Allah S.W.T tentang persediaan mereka untuk berangkat maka banjir besar yang paling dahsyat melanda bumi. Seluruh kota dan desa ditengelami oleh air sehingga ke puncak bukit-bukau. Tiada tempat berlindung kecuali kapal Nabi Nuh a.s yang telah dinaiki para penumpang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh a.s atas perintah Allah S.W.T. Maka binasalah seluruh kaum Nabi Nuh a.s yang ingkar itu termasuk putera sulungnya Kanaan.

Nabi Nuh a.s diutus Allah S.W.T kepada umatnya dan tinggal bersama mereka selama 950 tahun. Beliau merupakan seorang Nabi yang sering menangis memikirkan penderhakaan kaumnya terhadap Allah S.W.T. Bertahun lamanya beliau mengajak dan menyeru dakwahnya kepada kaumnya namun hanya segelintir daripada mereka beriman kepada Allah S.W.T. Begitulah Riwayat hidup Nabi Nuh a.s dengan iringan keyakinan.

14

NABI HUD A.S

Nabi Hud a.s merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh a.s). Beliau diperintahkan membentuk kaum Ad yang alpa terhadap kesejahteraan hidup duniawi sehingga tidak mengenali Tuhannya Pencipta yakni Allah S.W.T. Nabi Hud a.s berasal daripada keluarga yang terhormat dan berpengaruh. Beliau terkenal sejak kecil lagi kerana kelakuan yang baik, budi pekerti yang luhur, lurus dan sangat bijaksana dalam pergaluan bersama rakan taulannya.

Nabi Hud a.s sentiasa menyeru kaumnya untuk menyembah Allah S.W.T dan meninggalkan penyembahan berhala. Beliau melarang sama sekali penganiayaan sesama manusia. Kaum Nabi Hud a.s memiliki tanah kebun yang luas hasil bumi yang melimpah ruah, mereka dapat membina rumah dan istana yang tersergam indah sebagai tempat tinggal masing-masing. Akibat mengecapi kebahagiaan hidup itu mereka lupa asal-usul dan hanya tahu berterima kasih pada batu-batan dan tidak pada Allah S.W.T.

Walaupun Nabi Hud a.s telah berusaha untuk menyeru kaumnya namun mereka tetap ingkar. Sifat takabur mereka terpahat hebat sekali sehingga tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian maka Allah S.W.T memberikan laknat atas mereka dan terbentanglah di langit yang hitam lagi panjang. Melihat keadaan yang begitu ganjil, mereka keluar dari rumah masing-masing untuk melihat awan tersebut dan berpendapat bahawa awan itu adalah awan rahmat yang menyiram dan menyuburkan tanaman mereka serta memberi minum pada ternakan mereka. Tetapi sebaliknya Nabi Hud a.s berkata kepada mereka itu bukah awan rahmat tetapi ia adalah azab dari Allah S.W.T. Maka dengan keizinan Allah S.W.T angin yang kuat serta hujan yang lebat keluar daripada awan itu selama tujuh malam dan lapan yang akibatnya membinasakan seluruh umat Nabi Hud a.s yang ingkar itu. Setelah keadaa cuaca kembali tenang dan tanah Al-Ahqaf menjadi sunyi daripada suara kaum Aad, Nabi Hud a.s meninggalkan tempat tersebut dan berhijrah ke Hadramaut, sebagai penempatan menghabiskan sisa hidupnya sehingga wafat. Beliau dikebumikan di sana. Makamnya masih terletak sehingga kini, diatas sebuah bukit, di suatu tempat lebih kurang lebih 50km dari kota Siwun. Para penziarah datang berama-ramai, terutamanya pada bulan Syaban setiap tahun.

15

NABI SALEH A.S Nabi Salleh a.s adalah anak Ubaid bin Jabir bin Tsamud, kaumnya bernama tsamud, iaitu gelaran yang diambil bersempana nama datuknya. Nabi Salleh a.s berasal daripada keturunan Nabi Nuh a.s yang keenam. Kamu Tsamud mendiami daerah yang sebelumnya menjadi penempatan kaum Ad. Negeri tersebut menjadi sunyi sepi selepas ditingalkan oleh kaum Ad akibat kemusnahan. Kaum Tsamud memiliki harta benda, dan hidup dengan penuh kesenangan tanpa sebarang kekurangan malangnya mereka lupa sama sekali terhadap Tuhannya yakni Allah S.W.T.

Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berada di dalam kegelapan tanpa perutusan nabi. Oleh itu Allah S.W.T mengutuskan Nabi Salleh a.s untuk menyeru kaumnya. Nabi Salleh a.s memulakan misinya dengan memperkenalkan kepada mereka Tuhan yang sepatutnya disembah iaitu Allah S.W.T Yang Maha Esa. Walaupun Nabi Salleh a.s telah bersusah payah menyeru kaumnya agar menyembah Allah S.W.T dan meninggalakan penyembahan berhala, namun mereka tetap ingkar dan mencemuh sambil mengatakan Nabi Salleh a.s hanya manusia biasa dan bukan pesuruhNya.

Kaum Nabi Salleh a.s juga menuntut supaya ditunjukkan kepada mereka suatu mukjizat supaya mereka boleh mempercayai dan beriman kepada Allah S.W.T maka Nabi Salleh a.s berdoa kepada Allah S.W.T dan dengan kekuasaanNya keluar seekor unta dari perut batu karang yang besar. Sambil menunjukkan binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu, Nabi Salleh a.s berkata kepada mereka Inilah unta Allah S.W.T, jangan kamu ganggu dan biarkan ia mencari makannanya sendiri di atas muka bumi Allah S.W.T. Ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan ternakanmu. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T akan menurunkan azab-Nya apabila kamu menggangu binatang ini.

Akibat daripada sikap tidak mempercayai, mereka menganggu unta tersebut dengan menyembelihnya. Akibat daripada perbuatan mereka itu maka Allah S.W.T menurunkan azab petir dan membinasakan serta menghancurkan golongan yang ingkar itu. Sebelum azab tersebut melanda Nabi Salleh a.s berserta pengikutnya yang beriman berjumlah 120 orang telah pun berhijirah ke negeri lain iaitu Hadramaut dan terdapat riwayat lain yang menyebut bahawa mereka berpindah ke negeri Makkah.

16

NABI IBRAHIM A.S

Nabi Ibrahim a.s merupakan anak kepada Azar bin Sam bin Nuh. Nama sebenar ayah Nabi Ibrahim a.s adalah Tarikh bin Sam bin Nuh. Beliau terkenal dengan gelaran Azar kerana pekerjaannya mengukir patung berhala untuk dijadikan sembahan. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masihi di negeri Mausul yang diperintah oleh Raja Namrud dan beliau diutuskan kepada satu kaum di Iraq yang ketika itu dikusai oleh Raja Namrud.

Setelah diutus oleh Allah S.W.T untuk menjadi Nabi maka Nabi Ibrahim a.s memulakan dakwahnya yang kemudian membuat satu rancangan sebagai membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar, menyatakan bahawa berhala dan patung-patung mereka itu benar-benar tidak berguna bahkan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri. Sudah menjadi kebiasaan adat tradisi penduduk kerajaan Babilion keluar dari kota untuk beberapa hari untuk merayakan hari raya untuk tuhan patung berhala mereka. Nabi Ibrahim a.s menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua patung berhala mereka di kota. Maka setelah mereka pulang dari pesta itu mereka amat terkejut akan kejadian itu dan mengetahui itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim a.s dan beliau dibawa menghadap hakim dan disambut dengan cemuhan, teriakan, cercaan dari kaumnya yang ingkar.

Setelah dibuat perbicaraan maka Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukum bakar namaun dengan keizinan Allah S.W.T api yang panas menjadi sejuk mendingingkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada kejadian itu dan terus berdakwah kepada kaumnya.

Akhirnya Namrud dan pengikut meneriman seksaan Allah S.W.T dengan didatangi nyamuk yang sangat banyak. Namrud sendiri mati kerana dimasuki oleh seekor nyamuk hingga kelubang telinganya.

17

NABI LUTH A.S

Nabi Luth a.s merupakan anak saudara Nabi Ibrahim a.s dan menetap di sebuah dusun yang disebut sebagai Sadum, yang terletak di dalam wilayah Palestin.

Menurut riwayat, Nabi Luth a.s diutuskan oleh Allah S.W.T untuk kaumnya iaitu kaum Sadum yang yang terdiri daripada 4000 orang. Masyarakat Sadum memiliki moral yang rendah, pemikiran yang meleset serta tidak mempunyai pegangan agama. Maksiat berleluasa, kecurian, rompakan, perampasan harta adalah kegiatan seharian mereka.Ciri khas masyarakat mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelaki dan lesbian dikalangan wanita.

Mereka tidak sedikit pun mengendahkan seruan Nabi Luth a.s malah mereka juga mengejek dan mencemuh beliau. Sehingakan Nabi Luth a.s bordoa kepada Allah S.W.T supaya kaumnya yang ingkar itu diberikan azab yang setimpal dengan kemungkaran mereka itu. Sebelum negeri Nabi Luth a.s dilanda kemusnahan, para malaikat tiba di Sadum dengan menyamar sebagai remaja yang kacak rupa parasnya, memiliki susuk tubuh yang menarik dan menumpang di rumah Nabi Luth a.s sebagai musafir. Apabila kaum Nabi Luth a.s mengetahui akan hal ini maka mereka bergegas ke rumah Nabi Luth a.s untuk meminta dikhawinkan dengan para malaikat itu.

Akibat daripada perbuatan kaum Nabi Luth a.s yang tidak bermoral itu maka menjelang fajar pada saat Nabi Luth a.s dan pengikut yang soleh berangkat meninggalakan negeri Sadum, Allah S.W.T mengutuskan gempa bumi yang kuat dan angin kencang yang disertai batu menghancurkan dengan serta merta kota Sadum bersama penghuninya termasuklah isteri dan anak sulung Nabi Luth a.s yang bernama Kanan.

18

NABI ISMAIL A.S

Nabi Ismail a.s ialah anak Nabi Ibrahim a.s dan ibunya Siti Hajar. Nabi Ibrahim a.s bersama Siti Hajar berserta puteranya berhijrah ke Mekah yang pada masa itu masih merupakan lapangan padang pasir yang luas tanpa didiami oleh seorang manusia pun. Lalu Nabi Ibrahim a.s meningalakan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s yang masih kecil pada ketika itu di kawasan yang terpencil dan sunyi itu. Sebakul bahan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan akhirnya habis dimakan dalam beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s.

Ketika Siti hajar kehabisan air, ia terasa kehausan dan merasakan susunya semakin berkurangan dan bayinya Nabi Ismail a.s turut menderita akibat kekurangan susu. Demi memikirkan masa hidupnya bersama anaknya yang tersayang. Siti Hajar terus bermundarmandir dan berlari-lari anak sehingga tujuh kali di antara bukit Shafa dan Marwah. Siti hajar akhirnya duduk termenung kerana penat dan hampir berputus asa dengan keizinan Allah S.W.T malaikat Jibril a.s mendatangai Siti Hajar dan bertanya beberapa soalan dan menghentakkan sekuat-kuat kakinya ke tanah dan dengan serta merta atas izin Allah S.W.T terpancut keluar air yang jernih yang mengalir keluar sehingga ke hari ini yang lebih dikenali sebagai telaga Zam-Zam.

Selang beberapa hari selepas kejadian itu rombongan masyarakat arab Jurham yang secara kebetulan lalu disitu menjumpai punca air itu dan seterusnya menetap bersamasama dengan Siti Hajar dan nabi Ismail a.s di kawasan itu. Setelah kembalinya Nabi Ibrahim a.s ke Mekkah untuk menemuai anak dan isterinya yang tercinta beliau terkejut dan tercengang memerhatikan kawasan tersebut sebagai sebuah desa yang subur lagi makmur. Kemudian Nabi Ibrahim a.s terus mendirikan Kaabah (Baitullah) yang sekarang ini menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan menjadi kunjungan wajib umat Islam yang mengerjakan Haji.

Pada suatu ketika sewaktu Nabi Ismail a.s mencapai usai remajanya, Nabi Ibrahim a.s bermimpi bahawa ia harus menyembelih puteranya. Dengan keyakinan yang benarbenar kepada Allah S.W.T, Nabi Ibrahim a.s pun menyembelih Nabi Ismail a.s yang kemudiannya ditukarkan kepada seekor domba oleh Allah S.W.T dan Nabi Ismail a.s pun terselamat daripada disembelih. Seruan inilah merupakan permulaan sunnah berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari Raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia.

19

Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa beliau pun berkhawin dengan seorang wanita Jurum. Dari sini lahirlah keturunan anak cucu Nabi Ismail a.s Nabi Ismail a.s yang dikenali sebagai kaum Mustaribah ini kemudiannya melahirkan Nabi Muhammad S.A.W.

20

NABI ISHAQ A.S

Nabi Ishaq a.s adalah putera Nabi Ibrahim a.s yang dilahirkan hasil perkhawinan bersama isterinya yang tertua iaitu Sarah. Beliau dianugerahkan Allah S.W.T keturunan yang ramai. Ramai diantara mereka menjadi pemimpin dan ada pula yang derhaka terhadap ajaran Allah S.W.T. Perkataan ishaq bererti tertawa gembira seraya terkejut kerana ibunya sewaktu mendengar berita bahawa beliau akan dikurniaka zuriat, ia tertawa dan terkejut kerana usianya sudah lanjut.

Nabi Ishaq a.s dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Yaakub. Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah S.W.T. Nabi Yaakub a.s memperolehi keturunan yang ramai , di antaranya ialah Nabi Yusuf a.s yang juga menjadi Nabi dan Rasul. Nabi Ishaq a.s juga melahirkan keturunan para Nabi dari kalangan bani Israil sehingga kepada Nabi Isa a.s.

Nabi Ishaq a.s berserta kedua orang tuanya dan ahli keluarganya yang lain dirahmati oleh Allah S.W.T sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran

Nabi Ishaq a.s wafat ketika berusai 180 tahun dan dikuburkan di Jirun yang juga di kenali sebagai Kota Madinah.

21

NABI YAAKUB A.S

Nabi Yaakub a.s berasal daripada keturunan anak Nabi Ishak bin Ibrahim a.s bin Azar bin Sam bin Nuh. Beliau diutuskan menjadi Rasul di negeri Kanan untuk memimpin penduduknya menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Riwayat lain menceritakan bahawa beliau diutuskan ke Nablus. Beliau berkerja sebagai petani dan penternak.

Hasil dari perkhawinan Nabi Yaakub a.s dengan 4 orang isterinya beliau dikurniakan 12 orang anak. Mereka turut disebut di dalam Al-Quran sebagai Al-Asbaath yang membawa maksud qabilah Bani Israil, kerana setiap mereka mempunyai keturunan yang ramai.

Pada masa itu tercetus peperangan salib diantara keluarga Nabi Yaakub a.s dengan raja dan dengan izin Allah S.W.T raja itu berjaya dikalahkan oleh mereka dan hartanya dijadikan sebagai harta rampasan perang (ghanimah). Selepas itu Nabi Yaakub a.s berhijrah ke Palestin untuk menemui bapa saudaranya yang bernama Laban. Beliau berjalan pada malam hari dan beristirehat pada siang hari. Oleh yang demikian keluarga Nabi Yaakub a.s dan keturunanya digelar sebagai Bani Israil yang membawa maksud suku yang berjalan pada malam hari. Dalam perjalanan hijrah tersebut beliau tertidur di atas sebiji batu dan bermimpi menerima wahyu dari Allah S.W.T yang menyatakan bahawa Nabi Yaakub a.s dan kaumnya dikurniakan Baitulmaqdis dan beliau dikurniakan kitab sebagai hikmah dan pegangan.

Nabi Yaakub a.s wafat ketika berusia 147 tahun di Mesir. Faktor usia menyebabkan beliau menyerahkan tugasnya kepada puteraya yang bernama Nabi Yusuf. Nabi Yusuf mewarisi peranan ayahnya sebagai pembesar mesir. Beliau tinggal di Mesir dan dikurniakan zuriat keturunan yang teramai di Mesir. Inilah asal permulaan bangsa Israil dan tersebar luas di negeri Mesir. Mereka kemudian dibebaskan oleh Nabi Musa a.s dari penjajahan Firaun yang dilaknat Oleh Allah S.W.T .

22

NABI YUSUF A.S

Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Ya'qub a.s. Beliau juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yusuf a.s dikurniakan oleh Allah S.W.T rupa paras yang tampan. Beliau satu-satunya anak yang dimanjakan oleh Nabi Ya'qub a.s, berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah kewafatan ibu kandungnya.

Pada suatu hari golongan yang membenci dan iri hati terhadap Nabi Yusuf a.s berkumpul dan berbincang untuk meluahkan perasaan masing-masing kepada bapa mereka dan membuat perancangan untuk menyingkirkan Nabi Yusuf a.s dari keluarga mereka dengan mencampakkannya ke dalam telaga dan atas izin Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s diselamatkan oleh seorang musafir yang kebetulan mengambil air di situ. Akhirnya si musafir itu menjual Nabi Yusuf a.s kepada Ketua Polis Mesir yang bernama Fathifar dan dijadikan anak angkatnya. Nabi Yusuf a.s dipelihara dengan sempurna oleh isteri pembesar itu, Zulaikah. Sejak dari itu Nabi Yusuf a.s tinggal bersama ibu angkatnya.

Sehinggalah pada suatu hari ibu angkatnya telah jatuh cinta pada Nabi Yusuf a.s dan meluahkan perasaannya itu tetapi Nabi Yusuf a.s menolak dengan mengenangkan jasa ibu angkatnya menjagannya sejak kecil. Dipendekan cerita atas sebab itu lah Nabi Yusuf a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar dipenjarakan. Bersama Nabi Yusuf a.s di perjara dua orang pelayan makan dan minum raja yang kemudian seorang daripada pelayan itu dibunuh dan seorang lagi dibebaskan selepas mengalami sebuah mimpi yang kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.

Selepas kejadian itu raja mengetahui kelebihan Nabi Yusuf a.s itu dan menyuruh Nabi Yusuf a.s mentafsir sebuah mimpi raja itu yang menbawa maksud akan berlaku musim kemarau yang maha dahsyat dalam masa tujuh tahun lagi dan mereka perlu bersedia, dengan izin Allah S.W.T berlakulah seperti apa yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.

Maka atas jasa Nabi Yusuf a.s itu beliau diberikan darjat sebagai Menteri kewangan mesir dan akhirnya berkhawin dengan Zulaikah setelah menjadi janda akibat kematian suaminya. Pada akhirnya Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan saudara-saudaranya yang pernah menganiaya dahulu namun yang demikian Nabi Yusuf a.s dengan rela memaafkan mereka dan dengan keizinan Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan bapanya iaitu Nabi Ya'qub a.s dan menceritakan kisah yang menimpa dirinya dari mula.

23

NABI AYUB A.S

Nabi Aybu a.s adalah anak Ish bin Ishak bin Ibrahim a.s. Beliau merupakan seorang yang kaya, memiliki tanah yang luas. Binatang seperti unta, keldai dan sapi. Meski pun demikian beliau tidak pernah melupakan ibadahnya kepada Allah S.W.T den lebih cenderung berbuat kebajikan. Oleh yang demikian pelbagai cara yang digunakan syaitan hingga akhirnya menghancurkan-hancurkan kekayaan Nabi Ayub a.s. Akhirnya Nabi Ayub a.s menderita akibat penyakit demam panas, batuk dan lain-lain sehingga menyebabkan badannya semakin kurus dan wajahnya pucat lesu tidak berdarah. Kulitnya kelihatan berbintik-bintik dan akhirnya beliau dipulaukan oleh masyarakat kampung dan rakan-rakan karibnya. Hanya isterinya sahaja yang setia mendampingi dan merawat Nabi Ayub a.s dengan penuh sabar. Tetapi syaitan terus mengoda isteri Nabi Aybu a.s sehingga pada suatu hari ketika disuruh oleh suaminya ia berbicara kasar sehingga Nabi Aybu a.s berkata : Awas kamu saya sudah sembuh dan senang akan saya pukul kamu 100 kali.

Dengan izin Allah S.W.T, setelah dilaksanakan petunjuk Ilahi itu Nabi Ayub a.s segera sembuh dari penyakitnya itu dan kembali sihat dan lebih kuat daripada sebelum ia menderita. Nabi Ayub a.s telah bersumpah bahawa sesudah sembuh ia akan memukul isterinya 100 kali sewaktu ia mengusirnya namun begitu beliau berasa kasihan untuk bertindak sedemikian apabila terkenangkan kesetiaan isterinya dalam mengharungi segala suka duka dan deritanya. Nabi Aybu a.s bingung untuk melaksanakan sumpah itu atau pun tidak dan akhirnya Allah S.W.T memberi petunjuk kepada Nabi Ayub a.s dengan memukul isterinya itu dengan 100 batang lidi kerana perbuatan isteri Nabi Ayub a.s suatu ketika dahulu itu bukanlah datang dari dirinya sendiri tetapi akibat godaan syaitan yang durjana.

Allah S.W.T telah membalas kesabaran dan keteguhan iman Nabi Ayub a.s bukan saja dengan memulihkan semula kesihatan serta kekuatan fizikilnya sebagaimana zaman mudanya, tetapi Allah S.W.T mengembalikan kebesaran duniawi serta kekayaan harta benda berlipat ganda. Kepadanya juga dikurniaNya putera-puteranya yang telah meninggal. Dia antara anak lelaki beliau ialah Basyar yang digelar sebagai Zulkifli dan diangkat menjadi Nabi. Demikianlah rahmat Tuhan kepada Nabi Aybu a.s yang telah berjaya menempuhi dugaanNya dengan penuh kesabaran, bertawakkal dan keimanan kepada Allah S.W.T.

24

NABI ZULKIFLI A.S

Nabi Zulkifli a.s merupakan anak kepada Nabi Ayub a.s. Zulkifli adalah gelaran yang diberikan kepadanya manakala nama asal beliau adalah Basyar bin Ayub. Gelaran ini diberiakan kepada beliau kerana sanggup menjalankan amanat raja. Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Ismail, Idris dan Dzulkifli, termasuk orang-orang yang sabar. Kami masukkan mereka dalam rahmat kami. Sesungguhnya mereka adalah termasuk orang-orang yang saleh". (Al Anbiyaa' 85-86)

Pada siang hari Nabi Zulkifli a.s berpuasa dan membahagikan waktunya untuk memerintah kerajaan, melayani umat dan juga beribadah kepada Allah S.W.T terutamanya pada waktu malam.

Nabi Zulkifli a.s merupakan seorang raja yang tidak pernah marah, walau dalam apa jua keadaan yang berlaku sekalipun dalam menghadapi setiap persoalan dan tentangan rakyatnya. Setiap tugas yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan dengan baik, ramah dan kesabaran.

25

NABI SYUAIB A.S

Nabi Syuaib a.s merupakan keturunan Nabi Luth a.s dari puak anak perempuannya. Nabi Syuaib a.s diutuskan oleh Allah S.W.T kepada kaum Madyam iaitu segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa kerana menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi mangsa kepada pedagang besar dan para pemberi modal.

Nabi Syuaib a.s menyeru kaumnya menyembah Allah S.W.T tetapi seruan tersebut tidak sedikit pun dihiraukan malah beranggapan bahawa kepercayaan mereka itu benar, sedangkan Nabi Syuaib a.s dianggap sebagai seorang yang menimbulkan huru-hara dan pergaduhan. Nabi Syuaib a.s mengingatkan kepada mereka tentang azab Allah S.W.T tetapi mereka tetap ingkar.

Nabi Syuaib a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar mereka diberikan pengajaran dan Allah S.W.T berkenan menerima permohonan itu dan diturunkan dahulu udara yang panas yang mengeringkan kerongkong serta badan mereka dan seterusnya Allah S.W.T menurunkan hujan yang lebat berserta kilat dan guruh yang maha dahsyat sehingga membinasakan mereka sekaligus.

Sebelum seksaan Allah S.W.T itu datang kepada mereka. Naib Syuaib a.s berserta orang-orang yang beriman telah berhijrah ke negeri lain iaitu Aikah.

26

NABI MUSA A.S DAN NABI HARUN A.S

Nabi Musa a.s adalah seorang bayi yang dilahirkan dikalangan Bani Isra'il yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Fir'aun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya'qub adalah beribukan Yukabad. Setelah meningkat dewasa Nabi Musa a.s telah beristerikan dengan anak perempuan Nabi Syu'aib yaitu Shafura. Dalam perjalanan hidup Nabi Musa a.s untuk menegakkan Islam beliau telah diketemukan dengan beberapa orang nabi diantaranya ialah bapa mertuanya Nabi Syu'aib a.s, Nabi Harun a.s dan Nabi Khidhir a.s. Di sini juga diceritakan tentang perlibatan beberapa orang nabi yang lain di antaranya Nabi Somu'il a.s serta Nabi Daud a.s.

Firaun memerintahkan kesemua bayi lelaki yang lahir pada waktu itu dibunuh tetapi dengan keizinan Allah S.W.T, Nabi Musa a.s terselamat setelah dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil yang kemudiannya dipelihara oleh isteri Firaun iaitu Aisah dan dibesarkan di istana firaun. Apabila meningkat dewasa Nabi Musa a.s keluar dari Mesir seorang diri dan berserah segalanya kepada Allah SWT. Setelah berjalan selama lapan hari lapan malam sampai terkupas kedua kulit tapak kakinya, tibalah Musa di kota Madyan iaitu kota Nabi Syu'aib yang terletak di timur jazirah Sinai dan teluk Aqabah di selatan Palestin. Nabi Musa a.s beristirehat di bawah sebuah pokok yang rendang bagi menghilangkan rasa letihnya kerana perjalanan yang jauh. Secara kebetulan Nabi Musa a.s telah menolong dua orang gadis mengambil air untuk di beri minum kepada ternakan mereka. Akhirnya Nabi Musa a.s berkahwin dengan salah seorang daripada gadis itu. Gadis itu adalah anak Nabi Syu'aib a.s

Setelah sepuluh tahun lebih Nabi Musa a.s meninggalkan Mesir tanah airnya daripada buruan Firaun, akhirnya beliau pulang atas wahyu dari Allah SWT dan diperintahkan berdakwah kepada Fir'aun. Kerana sifat sombong dan ingkar firaun, firaun mengejek dan mempersendakan Nabi Musa a.s dalam usahanya memerangi dan membendung pengaruh Nabi Musa yang semakin bertambah semenjak Nabi Musa a.s mengalahkan tukang-tukang sihir kaum Fir'aun. Akibat daripada itu firaun juga turut menindas kaum Nabi Musa a.s iaitu Bani Isra'il yang akhirnya meninggalkan Mesir menuju ke Baitul Maqdis dengan melalui Laut Merah yang terbelah atas izin Allah dan bercantum semula apabila firaun dan bala tenteranya melalui jalan itu.

Nabi Musa a.s berjanji kepada Bani Isra'il yang ditinggalkannya di bawah pimpinan Nabi Harun a.s bahwa ia tidak akan meninggalkan mereka lebih dari tiga puluh hari, dalam perjalananya ke Thur Sina untuk bermunajat dengan Tuhan (Allah S.W.T). Bani Isra'il merasa kecewa dan menyesal atas kelewatan Nabi Musa a.s kembali kepada mereka. 27

Keadaan yang tidak puas dan bingung yang sedang membelengu kelompok Bani Isra'il itu, digunakan oleh seorang munafiq, bernama Samiri yang telah berjaya menyusup ke tengahtengah mereka dan menghasut mereka dengan kata-kata bahwa Musa telah tersesat dalam tugasnya mencari Tuhan bagi mereka dan bahawa dia tidak dapat diharapkan kembali dan kerana itu dianjurkan oleh Samiri agar mereka mencari tuhan lain sebagai ganti dari Tuhan Musa. Dengan kemahirannya mengukir patung itu ia membuat patung sehingga dapat mengeluarkan suara menguap seakan-akan anak lembu yang hidup.

Nabi Harun a.s tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghadapi kaumnya yang telah menjadi murtad itu, karena ia bimbang kalau-kalau keadaan menjadi lebih rumit. Dalam pada itu, Nabi Musa a.s setelah selesai bermunajat dengan Tuhan dan dalam perjalanannya kembali ke tempat di mana kaumnya sedang menunggu memperolehi isyarat tentang apa yang telah terjadi dan dialami oleh Nabi Harun selama ketiadaannya. Nabi Musa sangat marah dan sedih hati tatkala ia tiba dan melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi anak patung lembu emas itu dengan menyembahnya dan memuji-mujinya. Kerana sangat marah dan sedih Nabi Musa a.s melemparkan kitab Taurat dan menarik rambut Nabi Harun a.s kerana menganggap beliau telah gagal dalam tugasnya.

Selepas kejadian itu Nabi Musa a.s menyuruh mereka kembali bertaubat dan mengajarkan isi taurat kepada mereka dan menghalau samiri si pembuat patung itu. Tetapi sifat kekufuran di kalangan umat Nabi Musa a.s amat tebal dan sukar dikikis sehingakan sewaktu Nabi Musa a.s menyeru mereka menyembah Allah SWT mereka ingin diperlihatkan rupa tuhan iaitu Allah SWT.

Pada suatu hari Nabi Musa a.s diperintahkan oleh Allah SWT untuk pergi ke bukit Tursina dan membawa Nabi Harun a.s bersamanya dan dengan takdir Allah SWT Nabi Harun a.s wafat dan Nabi Musa a.s pulang seorang diri. Setelah peristiwa itu masyarakat Bani Israil menuduh Nabi Musa a.s telah membunuh adiknya iaitu Nabi Harun a.s. Nabi Musa a.s menafikan tuduhan itu dan berdoa kepada Allah SWT supaya memperlihatkan bukti-bukti kepada kaumnya bahawa Nabi Harun a.s meninggal bukan akibat dibunuh beliau.

Allah SWT memakbulkan doa Nabi Musa a.s, dengan memperlihatkan kepada Bani Israil tempat tidur turun dari langit dan tergantung di antara langit dan bumi, barulah mereka percaya bahawa Nabi Musa a.s tidak membunuh Nabi Harun a.s. Permintaan mereka selalu dikabulkan oleh Allah SWT tetapi mereka tetap derhaka kepada-Nya dan sikap itu dimiliki

28

oleh mereka sehingga sekarang. Nabi Musa a.s wafat di padang Tih ketika berusia 120 tahun.

29

NABI DAUD A.S

Nabi Daud a.s merupakan anak Isya bin Basywa, iaitu cucu Yahudza bin Yaakub keturunan Nabi Ibrahim a.s yang ke-12. Beliau menjadu raja setelah kewafatan Raja Thalout. Pada zaman tersebut terdapat seorang raja yang zalim dan kafir yang bernama Jalut.

Thalout bukan dari keturunan Nabi ataupun berdarah raja tetapi mahir dalam paperangan dan seorang pemimpin perang. Tugas pertama Thalout setelah dinobatkan sebagai raja ialah membentuk satu pasukan yang terdiri daripada pemuda gergasi yang masih kuat dalam menghadapi rakyat palestin yang terkenal dengan kekuatan dan keberanian.

Jalout merupakan panglima perang pasukan musuh dan terkenal sebagai seorang yang berani, cekap dan tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. Sesiapa sahaja yang berani menentangnya sudah pasti akan jatuh dibunuh. Beliau merupakan seorang raja yang zalim, kejam, sentiasa memerangi dan mengusir rakayat Bani Israil dari tempat tinggal mereka. Negeri yang diperintahnya adalah diantara Syam dan Mesir.

Masyarakat Bani Israil meminta kepada Allah S.W.T supaya dianugerahkan seorang raja yang bakal memimpin mereka berperang di jalan Allah S.W.T. Sewaktu dalam peperangan banyak di antara mereka yang mengatakan tidak sanggup. Hanya 313 orang sahaja yang sanggup dan berani maju. Terdapat riwayat yang menyebut bahawa pasukan itu sebenarnya berjumlah 303 313 orang yang berangkat untuk berperang. Mereka memiliki kemantapan iman kepada Allah S.W.T serta tidak takut walau sedikit pun dalam menghadapi musuh yang kuat walau jumlah mereka sedikit sahaja. Dalam peperangan itu Jalut mati dibunuh oleh Nabi Daud a.s dan kemudian menuntut janji daripada raja Thalout, tetapi Thalout tidak juga memberi. Nabi Daud a.s meninggalkan raja Thalout bersama sebilangan besar tenteranya kerana rasa tidak puas hati terhadap perbuatan raja Thalout yang tidak menepati janji.

Thalout menggangap Nabi Daud a.s sebagai satu ancama dan mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Daud a.s dan meninggalkan istananya serta hilang tanpa jejak. Kesempatan ini digunakan oleh Nabi Daud a.s untuk menaiki taktha. Seluruh rakyatnya mengangkat dan memahkotakan Nabi Daud a.s sebagai raja.

30

Nabi Daud a.s dikurrniakan suara yang sangat merdu yang tiada tara bandingan serta dapat melembutkan besi dan membuat bermacam-macam barangan keperluan hidup, seperti pakaian dan lain-lain. Nabi Daud a.s meninggal ketika menjangkau usia 100 tahun 6 bulan dan dimakamkan di Baitul Maqdis.

31

NABI SULAIMAN A.S

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi beliau telah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan.

Sewaktu Nabi Daud a.s iaitu ayahnya menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il beliau selalu mendampinginnya dalam tiap-tiap perbicaraan di mahkamah. Oleh itu Nabi Daud a.s telah melatih Nabi Sulaiman a.s dari awal lagi untuk menggantikannya untuk menduduki taktha singgahsana kerajaan Bani Isra'il. Tetapi tindakan Nabi Daud a.s ini mendapat tentangan daripada abang Nabi Sulaiman a.s yang bernama Absyalum yang beranggapan bahawa dialah yang sepatutnya lebih layak menduduki taktha itu. Absyalum akhirnya memberontak tetapi akhirnya Absyalum berjaya dibunuh oleh askar yang dikerah oleh Nabi Daud a.s.

Nabi Sulaiman a.s diberikan kuasa penuh keatas kerajaan Bani Isra'il yang makin meluas, Allah SWT juag telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala arahannya. Di samping itu Allah S.W.T juga memberikannya suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung, perbuatan piring-piring sebesar kolam air, periuk-periuk yang tetap berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan JinNya. Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung belatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada bersama dengan burung-burung yang lain. Nabi Sulaiman a.s marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud itu jika ketidak hadirannya itu tanpa alasan dan uzur yang nyata.

Burung hud-hud itu memberitahu atas kelewatannya itu kerana ternampak satu kerajaan yang besar yang diperintah oleh seorang ratu yang bernama Balqis dan menjadikan matahari sebagai tuhan mereka. Seterusnya Nabi Sulaiman a.s mengutuskan surat kepada Ratu Balqis untuk mengajaknya memeluk islam dan dipendekkan cerita akhirnya Ratu Balqis akur dan memeluk isalm dengan hati terbuka. Menurut sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia 32

Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu.

Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh anai-anai. Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai seksaan yang menghinakan.

33

NABI ILYAS A.S

Nabi Ilyas a.s adalah putera Yasin. Beliau merupakan keturunan Nabi Harun a.s yang keempat. Beliau diutus oleh Allah S.W.T kepada kaumnya bani Israil yang gemar menyembah patung Baal. Nabi Ilyas a.s menyeru kepada mereka agar meninggalkan Baal dan menyembah Allah S.W.T.

Kaum Nabi Ilyas a.s sering berdusta terhadap seruan Nabi Ilyas a.s. Mereka menerima balasan oleh Allah S.W.T dengan seksaan yang berat yakni berupa musim

kemarau yang berpanjangan. Hujan tidak membasahi bumi menyebabkan mereka kehausan, kebuluran dan semua tanaman serta ternakan mereka tidak menjadi. Situasi itu menimbulkan rasa insaf ke dalam diri mereka untuk seketika. Mereka datang menghadap Nabi Ilyas a.s memohon supaya mereka terhindar daripada azab itu. Nabi Ilyas a.s kemudian berdoa kepada Allah S.W.T dah Allah S.W.T mengabulkan doa Nabi Ilyas a.s itu, hujan turun dengan lebat menjadikan tanah sawah serta ladang mereka subur. Binatangbinatang ternakan membiak secara sihat dan bertambah bilangannya.

Setelah mendapat rahmat dan kurniaan Allah SWT mereka kembali alpa dengan kehidupan dan lupa akan rahmatNya. Mereka kembali derhaka bahkan melampaui batas zaman sebelumnya.

Mereka seterusnya menerima seksaan Allah SWT yang lebih pedih. Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa sudah pun beredar pergi terlebih dahulu sebelum seksaan daripada Allah SWT datang menimpa mereka. Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa terselamat daripada seksaan tersebut, kerana mereka merupakan insan yang berbakti dan taat kepadaNya.

34

NABI ILYASA A.S Nabi Ilyasa a.s merupaka putera Aktub Bin Ajuz. Beliau diambil sebagai anak angkat oleh Nabi Ilyas a. Beliau dimartabatkan sebagai Rasul Allah SWT setelah kewafatan Nabi Ilyas a.s Ketika zaman pemerintahan Nabi Ilyasa a.s rakyatnya makmur dan hidup dengan aman di atas ketaatan mereka kepada perintah dan ajaran Nabi Ilyasa a.s Kewafatan Nabi Ilyasa a.s menyebabkan umatnya yakni Bani Israel meninggalkan Islam dan menyimpang ke arah yang bertentangan dengan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ilyasa a.s. Semakin hari kekufuran mereka semakin meningkat, sehingga Allah SWT melenyapkan ke atas diri mereka nikmat dan kesenangan itu. Pada zaman ini lahir seorang Nabi yang bernama Yunus a.s.

35

NABI YUNUS A.S

Tidak banyak cerita yang terkandung di dalam Al-Quran tentang Nabi Yunus a.s sebagaimana kisah tentang Nabi Musa, Yusuf dan lain-lain. Catatan yang diceritakan para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus ialah nama sebenar beliau ialah Yunus bin Matta. Beliau telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat yang bernama "Ninawa" penduduk tersebut bukan merupakan kaumnya dan tidak mempunyi sebarang ikatan persaudaraan darah dengan mereka.

Nabi Yunus a.s membawa ajaran tauhid dan iman kepada mereka, mengajak mereka agar menyembah kepada Allah S.W.T dan meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Tetapi ajaran Nabi Yunus a.s itu merupakan hal yang baru dan belum pernah mereka dengar sebelumnya. Apatah lagi Nabi Yunus a.s adalah orang asing dan tidak seketurunan dengan mereka. Nabi Yunus a.s tidak dapat bertahan dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang ingkar terhadap ajaran dan dakwahnya. Lalu beliau meninggalkan mereka dan berdoa agar mereka diberikan pengajaran oleh Allah S.W.T. Sepeninggalan Nabi Yunus a.s penduduk Ninawa mulai melihat tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus a.s kepada mereka itu akan menjadi kenyataan. Mereka melihat keadaan udara disekeliling Ninawa makin gelap, dan wajahwajah mereka bertukar menjadi pucat dan angin dari segala penjuru bertiup dengan kecangnya membawa suara gemuruh yang menakutkan. Dalam keadaan cemas dan ketakutan mereka keluar dari kota dan beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah SWT agar dihindarkan dari azab dan seksaan-Nya. Allah SWT yang Maha Pengasih menerima doa dan permohonan mereka itu. Selepas kejadian itu mereka mencari Nabi Yunus a.s tetapi Nabi Yunus a.s telah pergi menaiki kapal laut untuk membawa diri. Malangnya kapal laut yang dinaiki Nabi Yunus a.s itu dilanda taufan dan Nabi Yunus a.s menganggap itu adalah hukuman tuhan terhadap dirinya dan mengambil keputusan terjun ke laut yang akhirnya beliau ditelan oleh seekor ikan paus yang utuskan oleh Allah SWT.Setelah selesai menjalani hukuman, Nabi Yunus a.s kemudian dimuntahkan ke darat ke darat dalam keadaan kurus,lemah dan sakit. Dengan rahmat Allah SWT di tempat Nabi Yunus a.s terdampar itu terdapat sebuah pohon labu yang akhirnya dijadikan makanan oleh Nabi Yunus a.s. Apabila Nabi Yunus a.s sembuh sepenuhnya beliau diperintahkan oleh Allah SWT agar kembali kepada kaum Ninawa di mana penduduknya mengharapkan kedatangan beliau untuk memimpin mereka kearah jalan yang benar dan diredhai oleh-Nya.

36

NABI ZAKARIYA A.S

Nabi Zakariya a.s merupakan anak Azir bin Muslim yang berketurunan Nabi Sulaiman a.s bin Daud a.s. Isterinya bernama Isya yang bersaudara perempuan kepada Hannah, iaitu isteri Imran bin Matsan. Imran bin Matsan merupakan ayah Maryam.

Hannah meinginkan zuriat dan bernazar sambil ia memohon doa kepada Allah SWT. Dengan keizinan Allah SWT ia menghamilkan Maryam tetapi suaminya meninggal dunia sebelum menyambut kelahiran bayi tersebut.Tindakan pertama yang diambil oleh Nabi Zakariya a.s selaku bapa saudaranya demi menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya daripada dikelilingi orang ramai dan ditempatkan oleh Nabi Zakariya a.s di sebuah bilik di tingkat Baitul Maqdis yang tinggi. Setelah Nabi Zakariya a.s melihat dan menyaksikan kesolehan Siti Maryam, sehingga diberikan hidangan makanan oleh Allah SWT. Beliau berdoa kepada Allah SWT agar memperolehi anak walaupaun usia Nabi Zakariya a.s dan isterinya sudah menjangkau ratusan tahun. Doa Nabi Zakariya a.s itu dikabulkan oleh Allah SWT dan diberikan tanda-tanda bahawa seorang putera akan lahir. Tanda-tanda itu adalah Nabi Zakariya a.s tidak berbicara dengan orang lain selam tiga hari.

Atas perintah Allah SWT Jibril a.s datang kepada Nabi Zakariya a.s dan memberi tahu beliau yang akan lahir seorang putera yang bernama Yahya terpelihara dari perbuatan syirik dan maksiat serta setelah Yahya meningkat dewasa Allah SWT akan memartabatkan beliau sebagai utusanNya.

Nabi Zakariya a.s wafat akibat dibunuh dalam keadaan syahid yakni kematian yang membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.

37

NABI YAHYA A.S

Nabi Yahya a.s merupakan putera Nabi Zakariya a.s. Beliau diasuh sejal kecil supaya terpelihara daripada perbuatan syirik dan maksiat. Beliau berbakti kepada kedua orang tuanya, tidak sombong dan tidak pernah berlaku derhaka. Pada zaman kegemilangan Nabi Yahya a.s terdapat seorang raja yang hendak mengahwini anak tirinya sendiri.

Nabi Yahya a.s melarang keinginan raja tersebut kerana hukum Tuhan menyebut bahawa seorang dilarang daripada mengahwini anak tirinya sendiri. Raja tersebut amat murka kepada Nabi Yahya a.s dan membunuhnya. Begitu juga ayah beliau yang dianggap berani menentang kekusaan raja.

Di atas izin Allah SWT Nabi Zakariya a.s memasuki ke dalam sebuah pohon yang pada ketika itu terbelah menjadi dua kemudian bercantum seperti sediakala setelah menerima kemasukan beliau.

Petugas raja terburu-buru mencari Nabi Zakariya a.s, di tempat persembunyainya namun mereka tidak menjumpai beliau. Mereka berpendapat bahawa Nabi Zakariya memiliki sihir dan sudah pasti berada di dalam pokok yang kelihatan seperti biasa.

Mereka mengergaji pohin tersebut kepada dua sehingga menyebabkan kematian Nabi Zakariya a.s. Kekerasan beliau mempertahankan hukum Allah SWT membolehkan beluai tersembunyai dan wafat dalam keadaan Syahid.

38

NABI ISA A.S

Nabi Isa a.s merupakan putera maryam yang tidak mempunyi ayah. Beliau di lahirkan dengan perantaraan ibunya sahaja di atas izin Allah S.W.T. Nabi Isa a.s lahir pada tahun 622 masihi . Setelah ibunya, maryam mengandung tanpa suami pelbagai tomahan daripada penduduk sekeliling yang memuduh maryam berbuat zina tetapi maryam adalah gadis yang soleh dan tidak sekali pun melakukan perbuatan sumbang. Apabila Nabi Isa a.s lahir mereka berhijrah ke negeri Mesir untuk melindungi diri mereka berdua daripada orang munafik dan kafir yang tidak suka kepada mereka.

Kemudian apabila Nabi Isa a.s berumur 30 beliau diutus oleh Allah SWT untuk menyeru kaumnya iaitu bani israil kearah kebaikan dan agama Allah SWT. Akibat daripada gerakan Nabi Isa a.s itu ramai diantara orang kafir yang tidak puas hati dan hendak membunuh beliau. Mereka bermesyuarat untuk menangkap Nabi Isa a.s untuk dibunuh (disalib). Mereka mengejar Nabi Isa a.s sehinggalah beliau bersembunyi di suatu tempat. Apabila mereka hampir menangkap Nabi Isa a.s, Allah SWT mengangkatnya naik ke langit dalam usia 33 tahun dan sahabat Nabi Isa a.s yang bernama yahuza diserupakan Allah SWT seperti wajah Nabi Isa a.s. yahuza kemudiannya ditangkap dan disalib kerana mereka menganggap itu adalah Nabi Isa a.s yang sebenar walaupun berkali-kali memberitahu golongan kafir dia adalah yahuza dan bukan Nabi Isa a.s. Maka tamatlah riwayat yahuza dibunuh dan disalib.

Walaupun ramai yang menentang Nabi Isa a.s namun ada juga yang menyahut seruannya dan mereka digelar sebagai orang Nasra ( Nasrani ). Golongan yang menentang Nabi Isa a.s pula digelar orang yahudi dan orang kafir.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s adalah sama dengan RasulAllah yang sebelum beliau dan beliau dikurniakan oleh Allah SWT kitab Injil yang digunakan pakai oleh orangorang kristian sehingga ke hari ini tetepi malangnya Kitab Injil yang mereka amali itu telah dipesongkan dan telah diubah kandungan.

39

NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku Qurais berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia ketika itu. Ibu susu Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mecari pengasuh bagi anak-anak mereka) Nabi dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya. . Bapa

baginda meninggal dunia semasa beliau berada di dalam kandungan. Semasa dalam perjalanan pulang dari melawat kubur suaminya Ibu baginda pula meninggal di suatu tempat yang dipanggail Abwa Nabi berumur 6 tahu ketika itu . Maka tinggallah Nabi SAW seorang diri dan dijaga oleh datuknya.

Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda mula terpancar keluar dan baginda juga digelar Al-Amin kerana tsentiasa berkata benar. Baginda berkhawin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di depan Kabah dan dengan tindakan yang bijak baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak yang tidak puas hati. Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun baginda sering pergi ke Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW tidak suka kepada cara sembahan kaumnya itu. Pada malam 17 Ramadhan atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan perkataan bacalah tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang ke rumah dan setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.

Setelah Nabi Muhammad SAW sedar beliau adalah Rasul maka selama 3 tahun beliau berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan

terdekatnya. Selepas itu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terang-terangan. Akibat daripada perkara itu baginda mendapat tentengan dari kaum kafir quraisy dan mereka mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan bagida berhijrah ke Kota Madinah.

40

Setelah beliau selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia maka pada tanggal 12 rabiulaawal 11 Hijiriyah (7 jun 632 Masehi) baginda pulang kerahmatullah dalam usia 63 di tahun dan di makamkan di kota madinah. Nabi Muhammad S.A.W mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekeliannya dengan sabda baginda yang bermaksud : Aku telah meningalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

41

KESIMPULAN

Nabi dan Rasul merupakan pilihan Allah S.W.T kepada atas seorang leleki yang tertentu dan terpilih untuk membimbing sesuatu kaum manusia yang jauh terpesong dari agama dan tidak mengenali Allah S.W.T contohnya Nabi Musa a.s diutuskan untuk kaumnya iaitu Bani Israil dan Nabi Muhammad S.A.W untuk kaum baginda dan seterusnya kepada umat akhir zaman iaitu manusia zaman sekarang.

Nabi merupakan lelaki yang diberi wahyu oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri manakala Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Boleh disimpulkan bahawa Nabi dan Rasul Allah S.W.T merupakan pembimbing manusia kearah jalan yang diredhoi oleh Allah S.W.T dan jalan menuju ke syurga-Nya.

Nabi dan Rasul juga mempunyi kelebihan berbanding manusia biasa yang disebut Mukjizat sebagai contoh Allah S.W.T meanugerahkan kepada Nabi Daud a.s kelebihan boleh melentur besi menggunakan tangannya untuk membuat barangan harian dan Nabi muhammad S.A.W yang Allah S.W.T anugerahkan pelbagai mukjizat contohnya membelah bulan menjadi dua, mencegah matahari daripada terbenam, metahari muncul kembali setelah terbenam, jampi-jampi Nabi Muhammad S.A.W terhadap tangan Muadz bin Arfa yang terpotong dan putus, tangannya itu akhirnya bertaut kembali dan lain-lain lagi.

Manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W disebut sebagai kaum kerana mereka hanya disyariatkan untuk menyembah kepada Allah S.W.T dan taat kepada rasul. Namun Selepas kedatangan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh-Nya maka manusia digelar sebagai umat kerana kita disyariatkan oleh Allah S.W.T untuk beribadat kepada-Nya, ikut cara Nabi dan menjalankan kerja-kerja dakwah. Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran menyatakan bahawa umat akhir zaman adalah sebaik-baik umat.

Akhir sekali mudah-mudahan tugasan ini memberikan manfaat kepada diri kami terutamanya dan kepada orang lain juga. Yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri. Mudahan-mudahan Allah S.W.T memaafkan kami dan seluruh umat manusia serta menghindarkan kita dari segala mara bahaya, musibah dan azab dari Allah S.W.T seperti yang ditimpakan kepada kaum yang terdahulu kerana keingkaran mereka kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya. Insyallah...

42

RUJUKAN

Ustadz Salim bin Usman 1987, Sejarah 25 Rosul. M.A Jaya Jakarta, Jakarta Indonesia.

Majalah Hidayah (Daiges Islam) Safar 1429/Bilangan 115. Hidayah, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Muhammad Abdul Wahab 2008, Kisah Hidup 25 Nabi dan Rasul. Berlian Publication Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Modul Pendidikan Islam 1 (A1001) 2008 , Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak.

Dr. A. Abdul F.T 1991, Siri Kisah-Kisah Nabi (Nabi Muhammad S.A.W). Darul Numan, Kampung Baharu Kuala Lumpur.

www.geocities.com/

Disediakan Oleh Mohd. Suhaidin Bin Siman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kuching Sarawak

43

You might also like