You are on page 1of 7

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA KOHORT NOVEMBER 2011

BUKU TUGASAN
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS
Arahan Kepada Calon: 1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian: Bahagian A: Tugasan Individu Bahagian B: Tugasan Kumpulan 2. : 3 Tugasan : 4 Tugasan

Anda dikehendaki menjawab mana-mana dua tugasan dalam Bahagian A secara individu dan mana-mana dua tugasan dalam Bahagian B secara kumpulan (4-5 orang satu kumpulan). Jawapan anda dikehendaki dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan bagi tugasan individu dan lebih kurang 750 patah perkataan bagi tugasan kumpulan. Buku soalan ini akan diberikan pada sesi taklimat Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia pada 20 Oktober 2011 dan skrip jawapan perlu diserahkan pada 21 November 2011.

3.

4.

Buku Soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU KOMPONEN I (Perintah AM) Tugasan 1 SOALAN 1A Cikgu Nadia ialah guru yang berdedikasi dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (Hakiki) dan ditempatkan di sekolah yang baru iaitu Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu Besut sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

(i)

Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut. (15 markah)

(ii)

Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia. (10 markah) ATAU

SOALAN 1B Guru X yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Dusun Muda telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan perjalanan palsu. Beliau telah direman bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk membolehkan beliau di bawa ke mahkamah untuk prosiding.

(i) Jelaskan tatacara jika prosiding jenayah dimulakan terhadap Guru X. (10 markah) (ii) Nyatakan jenis-jenis hukuman yang akan dihadapi oleh Guru X jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. (15 markah)

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

SOALAN 2A Perkhidmatan Awam umpama tiang bagi memacu negara untuk terus maju. Tiang yang tegap akan kukuhkan negara. Bagi mengekalkan kemajuan negara, sikap buruk seperti amalan rasuah dan menyeleweng perlu dihindarkan. YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad MAPA ke IV (INTAN)

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan aspek nilai-nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam bagi meningkatkan integriti dalam Perkhidmatan Awam. (25 markah)

ATAU

SOALAN 2B Bagi memastikan imej negatif terhadap penjawat awam dapat ditangani, etika perkhidmatan awam telah diperkenalkan oleh kerajaan. Justeru etika ini perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua penjawat awam terutamanya guru baharu yang menyertai perkhidmatan awam.

(i)

Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan. (10 markah)

(ii)

Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut. (15 markah)

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

KOMPONEN III (Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan) Tugasan 3 SOALAN 3A Puan Nora bertugas di sebuah Jabatan Pelajaran Negeri. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini fail-fail yang bermasalah dan juga failfail yang sukar dikesan dan hilang. (i) Jelaskan prosedur yang perlu digunakan oleh Puan Nora untuk mengelaskan fail-fail kerajaan mengikut Pekeliling Perkhidmatan. (10 markah)

(ii)

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Puan Nora untuk menyimpan dan mengawal pergerakan fail bagi mengelakkan masalah kehilangan. (15 markah)

ATAU SOALAN 3B Encik Hafiz, seorang pegawai pendaftaran telah diarah untuk mengawal dan menyimpan dokumen rasmi yang diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat. Beliau juga diarah untuk menjaga serta mengedarkan dokumen tersebut sekiranya diminta oleh mana-mana pihak yang dibenarkan. (i) Huraikan kaedah penyimpanan dokumen terperingkat yang perlu dipatuhi oleh Encik Hafiz. (10 markah) (ii) Jelaskan prosedur penghantaran dokumen terperingkat dalam jabatan yang sama dan penghantaran ke jabatan-jabatan yang lain. (15 markah)

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

BAHAGIAN B TUGASAN KUMPULAN KOMPONEN I (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam) Tugasan 1

SOALAN 1A Mengikut PKPA 6/91, dua strategi untuk meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam adalah melalui penyelidikan dan menggalakkan pembangunan sumber manusia dalam membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan. Jelaskan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan sumber manusia serta kesannya, ke atas peningkatan produktiviti perkhidmatan awam. (25 markah) ATAU SOALAN 1B

Tindakan mempamerkan carta dan gambar rajah Proses Q memberi beberapa faedah kepada pekerja dan pelanggan sesebuah organisasi. Jelaskan tujuan carta dan gambar rajah Proses Q tersebut kepada pekerja dan pelanggan di sesebuah organisasi. (25 markah)

KOMPONEN II (Dasar-dasar Kerajaan) Tugasan 2 SOALAN 2A


Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir Dasar Pembangunan Nasional (DPN) kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi
5

Petikan: Objektif DPN

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

Berdasarkan petikan di atas, huraikan bagaimana Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia dan seterusnya mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional( DPN ). (25 markah) Soalan 2B a. Huraikan bentuk-bentuk penswastaan yang dilaksanakan beserta dengan contoh-contoh yang relevan. b. Pada pendapat anda, bagaimanakah dasar ini telah memperoleh kejayaannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional ?

KOMPONEN III (Pengurusan Am) Tugasan 3 SOALAN 3A Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang. Kejayaan beliau memimpin sekolah bergantung kepada amalan kepemimpinannya. Huraikan ciri-ciri kepemimpinan yang diamalkan oleh guru besar berkenaan dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan. (25 markah) ATAU SOALAN 3B Keputusan peperiksaan UPSR di sebuah sekolah didapati semakin merosot sejak tiga tahun kebelakangan ini. Antara sebab utama yang dikenalpasti ialah kemerosotan tahap motivasi guru-guru di sekolah berkenaan. Berdasarkan penyataan di atas, huraikan faktor penyelenggaraan (hygiene factor) dan faktor galakan (motivator factor) yang boleh mempengaruhi mutu kecekapan dan perkhidmatan guru-guru di sekolah berkenaan. (25 markah)

Soalan Tugasan PSK KISSM Kohort November 2011

KOMPONEN IV (Kewangan) Tugasan 4 SOALAN 4A Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ), Sekolah A telah menerima sejumlah waran peruntukan bertujuan untuk pembelian alat tulis.Pihak pentadbiran sekolah tersebut berhasrat menggunakan sejumlah wang untuk pembelian bernilai RM 50,000.00. Nyatakan tatacara pembelian yang wajar dipatuhi oleh pihak pentadbir sekolah untuk tujuan pembelian tersebut. (25 markah) ATAU SOALAN 4B

Encik Awal dan Encik Akhir ialah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa untuk melupuskan aset di jabatannya. (i) (ii) Nyatakan justifikasi pelupusan terhadap barangan di jabatannya itu. Huraikan kaedah-kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka pelupusan barang-barang tersebut. terhadap

(25 markah)

Hak Cipta Terpelihara Kerajaaan Malaysia

You might also like