You are on page 1of 19

KAE 303: APREASIASI MUZIK & NYANYIAN KANAK-KANAK

TAJUK:TOKOH TERKENAL DALAM BIDANG MUZIK BERSERTA PENDEKATAN MEREKA

NAMA: NORSAKINAH BT ABD RAHMAN NO.MATRIK:D20111048023 SEMESTER: 1 (2011/2012) PROGRAM: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH: PN AZILA BT ALIAS

PENGENALAN

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya. Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. Oleh itu terdapat beberapa tokoh muzik yang terkenal yang telah memperkenalkan pelbagai pendekatan muzik masing-masing seperti Emile Jacques Dalcroze melalui pendekatan pembelajaran pergerakan irama,Zoltan Koldaly pembelajaran berperigkat dan Cark Orff pembelajaran berdasarkan pengalaman muzik.

TOKOH MUZIK YANG DIPILIH

CARL ORFF

DR.SHINICHI SUZUKI

TOKOH MUZIK 1) CARL ORFF

Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich,Jerman. Berasal daripada keluarga Bavarian yang aktif dalam tentera. Beliau mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914. Beliau pernah bertugas dengan tentera pada perang dunia pertama. Beliau merupakan seorang composer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik. Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1992an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari. Minat Orff yang mendalam dalam

tarian elah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas pendidikan muzik. Beliau kemudian menjadi penyelia muzik di Gunther-Schule,sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah Musik fur Kinder yang diterjemahkan sebagai muzik untuk kanak-kanak.

FALSAFAH & PRINSIP

Orff pernah berkata "Experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff juga percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk

memahaminya secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk

mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik. Tambahan, Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada elemental music, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.
SESI PEMBELAJARAN MUZIK PERCAKAPAN PERGERAKAN BERMAIN ALAT MUZIK

PENDEKATAN ORFF Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu: 1) Explorasi (mencari sendiri) 2) Imitasi (mengajuk balik) 3) Improvisasi 4) Literasi Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang sendiri.

I.

EXPLORASI (mencari sendiri) Proses explorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu: a) Explorasi Ruang

Dalam explorasi ruang,kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan,seperti pergerakan besar,kecil,ringan, licin dan sebagainya.Dalam kelas explorasi,kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.

b) Explorasi Bunyi Exporasi ini bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya bunyi kenderaan. Kemudian exporasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum,bunyi kayu diketuk,bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini,kanak-kanak digalakkan bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.
6

c)

Explorasi Bentuk Explorasi ini berlaku secara serentak dengan explorasi ruang dan bunyi.Dalam explorasi bentuk,pergerakan diatur menjadi corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

II.

IMITASI Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada murid-muridnya.Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.

III.

LITERASI Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik.Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka.Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

IV.

IMPROVISASI Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak.Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid.Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya.Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

KELEBIHAN PENDEKATAN ORFF 1) Membolehkan kanak-kanak mempelajari sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti muzikal. 2) Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka. 3) Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. 4) Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanak-kanak. 5) Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik. 6) Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas psikomotor daripada gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas. 7) Alat muzik yang direka tidak memerlukan tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi. 8) Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada yang sukar iaitu secara berperingkat dan berturutan. 9) Penilaian dilakukan kanak-kanak itu sendiri. 10) Pegabung jalinan dengan matapelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan jasmani. 11) Mendorong kanak-kanak supaya menganggap

pertuturan,nyanyian,gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.

KELEMAHAN PENDEKATAN ORFF

1) Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja. 2) Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja. 3) Fokus pendekatan kurang dari muzik tulen. 4) Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.

10

2) DR.SHINICHI SUZUKI

Beliau dilahirkan di Nagoya, Jepun pada 17 Oktober 1898. Bapa beliau merupakan seorang pembuat violin terkemuka di Jepun malah merupakan orang yang pertama yang memiliki kilang membuatViolin di Jepun. Dr. Suzuki pernah menjadi pelajar kepada Ko Ando dan Karl Klingler. Beliau belajar bermain violin ketika berusia 17 tahun setelah mendapat inspirasi daripada rakaman album Mischa Elman (Schuberts Ave Maria0. Beliau berkahwin denganWaltraud Prage,penyanyi soprano 1928. Dr. Suzuki mninggal dunia pada 26 Januari 1998 di Matsumoto. Beliau merupakan pemain di Imperial Conservatory dan juga mengajar di Imperial School of Music dan Kunitachi Music School di Tokyo. Beliau telah membentuk Suzuki Quartet bersama tiga orang adik-beradik lelakinya. Beliau juga menjadi presiden di Tiekoku Music School, pengasas dan pemimpin Tokyo String Orchestra. Beliau juga telah mnjadi pengasas kepada Saino Kyoiku Kinku-kai pada 1950 dan mengajar bermain violin menggunakan metod dan falsafah. Tambahan pula,beliau merupakan pengasas pendidikan muzik antarabangsa dan juga telah memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai Talented Education.

11

FALSAFAH & PRINSIP SUZUKI

Dr.

Suzuki

berpendapat

bahawa

semua

kanak-kanak

berupaya

mempelajari muzik. Beliau juga berkata,kebolehan muzik bukan satu bakat semulajadi tetapi satu kebolehan yang boleh dikembangkan melalui latihan atau didikan yang betul. Beliau juga percaya bakat seseorang kanak-kanak tidak terhad. Prinsip Suzuki pula mengatakan bahawa kanak-kanak sepatutnya diberi pendekatan tentang muzik bermula sejak dari usia bayi iaitu 3 bulan dengan membuat gerakan dalam langkahlangkah yang kecil bagi membina keyakinan. Penglibatan ibu bapa iaini membina keyakinan. Ibu bapa perlu meluangkan masa bagi membantu Pembelajaran dan Pengajaran (P&P). Mendengarkan rakaman dari repertoire Dr, Suzuki. Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek muzikal ditekankan. Seterusnya dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar dan dapat mewujudkan dorongan yang kuattrhadap pelajar. Kerjasama perlu ditekankan bagi mengelakkan persaingan. Beliau juga percaya bahawa seorang kanak-kanak yang mendengar muzik yang semenjak lahir dan mempelajari muzik sendiri, kanak-kanak itu mengembangkan kepekaan, disiplin dan juga daya tahan dirinya. Dr. Suzuki juga dalam falsafahnya mengatakan mengajar muzik bukanlah tujuan utama namun, hasrat sebenar adalah untuk membentuk seorang warganegara yang baik dan manusia yang mulia.

12

PENDEKATAN SUZUKI

Pendidikan adalah berdasarkan bakat dan fokus kepada pendidikan muzik kepada kanak-kanak iaini permainan alat muzik. Ia nya dimulakan 2 atau 3 tahun. Kanak-kanak juga dapat dipupuk melalui pembelajaran muzik yang bersistematik. Sokongan terhadap keyakinan dan penghargaan bagi membentuk displin diri. Pendekatan beliau juga lebih menekankan pendengaran,peniruan dan bermain muzik dalam kumpulan. Kaedah ini dinamakan mother-tongue. Pendekatan Suzuki mmberi fokus kepada sistem imitasi dan pengulangan dalam pengajaran violin. Dalam sistem imitasi, murid-murid akan belajar bagaimana melihat, mendengar dan menghafal skor-skor muzik. Manakala bagi pengulangan (repletion) memerlukan murid-murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah dipelajari pada perngkat awal agar tidak melupakan sahaja lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu.

13

KELEBIHAN PENDEKATAN SUZUKI

1) Kanak-kanak dapat memainkan skor lagu yang sukar lebih daripada tahap kecekapannya. Oleh itu,peningkatan mereka lebih cepat berbanding kaedah biasa. 2) Dapat mengembangkan dan membentuk disiplin diri serta bakat sebagai satu cara untuk membentuk sikap. 3) Dapat menanam sifat penghargaan dalam diri kanak-kanak. 4) Membentuk semangat dalam muzik (enthusiasm). 5) Menggalakkan guru untuk memastikan murid-murid mendapat alat muzik yang bersesuaian dengan ukuran fizikalnya. 6) Mempunyai komunikasi dan kerjasama antara guru dan ibu bapa. 7) Inspirasi dan keseronokkan merupakan tunjang kepada pendekatan Suzuki. 8) Latihan secara berkumpulan. 9) Lebih sesuai untuk era moden sekarang,bagi murid-murid yang mementingkan peninkatan yang cepat dalam pembelajaran violin.

14

KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI

1) Cara permainan muzik yang lebih kaku (robotic) 2) Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang layak mengajar. Oleh itu, Ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih mahal untuk memperoleh khidmat yang bermutu tinggi. 3) Sesetengah orang mempertikaikan pendekatan Suzuki bahawa untuk jangka panjang, murid mungkin kekurangan elemen sebagai pemuzik (musicianship).

15

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jika kita lihat pada pendekatan Orff dan Suzuki, keduaduanya mempunyai persamaan iaitu muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda mereka atau lebih dikenali sebagai the mother tongue approach. Selain itu, teknik imitasi juga digunakan oleh kedua-dua tokoh muzik sebagai cara pembelajaran muzik. Sebagai bakal pendidik muzik, kita harus bersikap kreatif dalam hal-hal perkaedahan dengan berpandukan pendekatan Orff dan Suzuki agar membantu murid-murid dapat mempelajari muzik dengan lebih mudah, menyeronokkan agar dan memberi pengalaman seperti dalam nyanyian, bermain alat muzik dan sebagainya secara langsung.

16

RUJUKAN

- Kementerian Pendidikan

Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran

pendidikan muzik sekolah rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK. - Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. - Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory (Part 1). Great Britain: Associated Board. - Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of research on music teaching and learning. New York: Schirmer Books.

17

KANDUNGAN

1) 2) a)

Pengenalan2 Tokoh pilihan ...3 Carl Orff...4-10 Falsafah & Prinsip Pendekatan Kelebihan pendekatan Kelemahan pendekatan

b)

Dr. Suzuki.11-15 Falsafah & Prinsip Pendekatan Kelebihan pendekatan Kelemahan pendekatan

3) 4)

Kesimpulan16 Rumusan....17

18

19

You might also like