You are on page 1of 13

Kritikan Jurnal Back to the Future: Directions for research in Teaching and Teacher Education Pam Grossman &

Morva McDonald American Education Research Journal March 2008, Vol 45, No. 1, pp.184-205

Abstrak Dalam artikel ini, penulis mengkaji dua bidang yang berbeza tetapi yang saling berkait rapat iaitu, penyelidikan tentang pengajaran dan penyelidikan tentang pendidikan guru. Walaupun pada asasnya ia sememangnya wujud daripada penyelidikan mengenai pengajaran, penyelidikan dalam pendidikan guru telah dibangunkan secara berasingan dari kedua-dua penyelidikan arus perdana terhadap pengajaran dan penyelidikan mengenai pendidikan tinggi dan pendidikan profesional. Penulis berhujah bahawa untuk penyelidikan dalam pendidikan guru untuk bergerak ke hadapan, ia mesti kembali dengan bidang ini untuk menangani kerumitan pengajaran kedua-dua sebagai amalan dan penyediaan guru-guru.

1.0 Kritikan Jurnal Selaras dengan pembangunan yang pesat pada masa kini terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pendidikan, kita seharusnya sentiasa berfikiran optimis tentang masa depan. Pada masa yang sama juga, tidak salah sama sekali untuk kita melihat semula sebagai mengingati sejarah bidang tersebut dan mengimbas kembali bagaimana ianya mempengaruhi tahap kita sekarang. Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dalam bidang pendidikan amatlah penting untuk memajukan sesebuah negara kerana bidang pendidikan merupakan saraf tunjang sesebuah negara dan hanya pendidikan sahaja boleh mewujudkan modal insan yang berkualiti dan berguna negara dan bangsa. Penyelidikan dalam pengajaran dan pendidikan guru amatlah penting dan saling berkaitan untuk membangunkan taraf pendidikan sesebuah negara.

Menurut penulis, sistem pendidikan masih menghadapi suatu masalah yang ketara iaitu kekekangan satu bahasa yang seragam untuk proses pengajaran dalam kelas untuk semua matapelajaran. Penulis berpendapat bahawa satu bahasa yang seragam harus diwujudkan dan digunakan untuk melaksanakan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk semua matapelajaran. Namun demikian, saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau kerana sistem itu tidak begitu sesuai dengan sistem pendidikan di negara kita. Di negara kita semua matapelajaran tidak dapat diajar dengan menggunakan satu bahasa yang seragam. Contohnya terdapat banyak istilah penting dalam bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains. Pelajar boleh menguasai keduadua matapelajaran tersebut dengan baik jika dipelajari dengan menggunakan medium Bahasa Inggeris yang juga merupakan bahasa antarabangsa. Pelajar juga boleh mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari dalam Bahasa Inggeris secara global. Manakala mereka hanya boleh menggunakannya dalam negara sahaja jika mempelajari matapelajaran tersebut dalam Bahasa Melayu. Dengan ini, saya amat menyokong dengan pengimplementasian Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) di negara kita oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. Namun demikian, keadaan telah berubah sekarang. Kementerian Pelajaran berpendapat bahawa program tersebut tidak berfaedah lagi kepada pelajar kita dan membuat keputusan untuk menghentikan secara beransuran dan dimansuhkan secara keseluruhan menjelang tahun 2021. Keadaan ini amat menyedihkan tetapi masih akan berterusan walaupun telah menerima kritikan dan teguran daripada pihak ibubapa dan pelajar. Penulis juga berpendapat bahawa penyelidikan tentang pengajaran yang telah dijalankan selama ini adalah kurang tepat kerana hanya menumpukan perhatian terhadap tahap peningkatan pengetahuan guru tentang matapelajaran yang diajar di sekolah. Saya amat menyokong pendapat beliau. Ini adalah kerana walaupun tahap pengetahuan adalah penting untuk dikuasai oleh setiap orang guru, kemahiran dan teknik mengaplikasikan pengetahuan juga sama penting untuk guruguru. Demi mempercepatkan penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru di sekolah. Di sini, penyelidikan tentang pendidikan guru memainkan peranan yang penting. Demi mewujudkan guru yang berpengetahuan, berkemahiran serta cekap untuk

mengaplikasikan teknik dan pengetahuan yang sedia ada dalam pelbagai situasi yang sesuai, penyelidikan harus dilaksanakan untuk memperkukuhkan lagi latihan perguruan. Melalui penyelidikan tentang pendidikan guru yang telah dilaksanakan, didapati bahawa pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Latihan praktikum kepada guru pelatih boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan melanjutkan tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih. Selain itu, Jabatan Pelajaran Negeri juga boleh menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing. Guru berpengalaman boleh diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka. Program praktikum mestilah dijadikan sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Pada masa ini, di negara kita guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini harus dihapuskan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru. Pelaksanaan latihan perguruan patut diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada sistem terbuka bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Menurut penulis, pendidikan perguruan terdiri daripada tiga konteks utama iaitu secara amnya pendidikan perguruan terpaksa akur sentiasa menuruti segala peraturan dan polisi pendidikan yang seringkali dipinda dan diubahsuai oleh kerajaan mengikut kesesuaian
3

Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini. Oleh yang demikian, program-program intensif juga seringkali terpaksa diubah mengikut polisi yang baru. Keadaan ini hanya akan mewujudkan suatu ketidakseragaman dalam kualiti hasil output iaitu guru pelatih yang tamatkan latihan perguruan dalam tempoh yang berbeza. Kedua, institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting dalam mengimplementasikan pendidikan guru. Melalui ini, hanya institusi pengajian tinggi sahaja boleh menggubal silabus pelajaran pendidikan guru dan ia sahaja berkuasa untuk menentukan kandungan pelajaran yang harus dipelajari semua guru pelatih di maktab. Ketiga, kebanyakan maktab dan institusi pelajaran di luar negara menyediakan kandungan pelajaran yang hanya bersesuaian dengan keperluan daerah atau wilayah masing-masing. Ini adalah kerana di luar negara, silabus atau kandungan pelajaran bagi setiap daerah dan wilayah disediakan dan ditetapkan oleh jabatan pelajaran daerah masing-masing mengikut kesesuaian latar belakang pendidikan dan ekonomi penduduk di daerah tersebut. Tetapi keadaan itu tidak berlaku di Malaysia. Di Malaysia, maktab dan institusi pendidikan di seluruh negara menggunakan kandungan pelajaran yang seragam yang telah ditetapkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Pendidikan guru di bawah penelitian dalam hampir setiap negara. Di bahagian ini, adalah hasil daripada peningkatan kebimbangan awam lebih ketersediaan dan kualiti pendidikan awam. Pendidikan tersebut dilihat oleh kedua-dua individu dan negeri sebagai faktor penting dalam mendapatkan kelebihan kedudukan dalam ekonomi global yang semakin bersepadu dan berdaya saing. Pada masa yang sama, meningkatkan aliran idea dan rakyat di seluruh sempadan negara adalah menundukkan budaya tradisional kepada penelitian dan perbandingan. Hasilnya adalah bahawa sistem pendidikan kerap tertakluk kepada permintaan untuk menggabungkan inovasi teknikal dan ekonomi dalam satu tangan dengan pemuliharaan sosial dan budaya yang lain. Peruntukan dan penyediaan guru-guru, akibatnya, dianggap sebagai satu isu 'kualiti': kualiti yang ditakrifkan sebagai 'kecekapan teknikal' dan 'diterima nilai-nilai'. Diapit di antara dua mekanisme stereng besar pasaran dan wang di satu pihak dan budaya dan tradisi di pihak yang lain, guru, pendidikan, seperti pendidikan secara umum, memerlukan teori yang dipertahankan yang meraikan sumbangannya kepada autonomi relatif individu dan sistem pendidikan fom kedua-dua pasaran dan tradisi. Walau bagaimanapun, sebagai pendidikan guru sendiri menjadi semakin global, kebanyakan sistem sibuk dengan isu-isu pragmatik kemasukan dan tamat pengajian; panjang penyediaan; kebolehbandingan standard; pengiktirafan bersama; kemudahalihan kelayakan dan pendidikan antara budaya. Resolusi Politik isu-isu ini berbeza dari
4

satu negeri ke negeri dan dalam beberapa kes yang ketara dipengaruhi ke arah penswastaan oleh pertubuhan-pertubuhan antara kerajaan. Ini gabungan isu-isu sosial dan prosedur asas perbahasan semasa dalam pendidikan guru dan memerlukan pembangunan teori yang dipertahankan pendidikan guru yang menyokong autonomi relatif pendidikan guru dari tekanan pasaran di satu pihak dan tradisi yang lain. Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3% pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Profesion keguruan di Australia atau Singapura sentiasa menjadi pilihan utama siswazah. Di Republik Korea dan Finland pula, kelayakan untuk memohon program latihan perguruan hanya terhad kepada 10% dan 15% siswazah terbaik daripada setiap kohort. Syarat kemasukan yang ketat membantu meningkatkan imej profesion keguruan sebagai profesion yang hanya menerima calon terbaik. Kerajaan boleh menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut. Pertama sekali dengan memberikan ganjaran kewangan. Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi. Seterusnya pembangunan kerjaya iaitu melalui tawaran baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang. Kemudian dengan menjadikan professional perguruan sebagai suatu professional yang berprestij. Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini dan pembangunan nusa bangsa. Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Kerajaan harus melancar dan melaksanakan suatu Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, kerajaan harus mempertingkatkan kadar guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun
5

2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini harus ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru boleh dicadangkan untuk mengandungi tiga elemen: iaitu peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru dan kaedah pengurusan prestasi baru yang mantap. Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015. Pembangunan profesional yang berterusan yang bersesuaian bagi menyokong Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang menyeluruh akan
dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut. Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat. Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah. Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru

akanmenjadi lebih bermakna

sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu
6

pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ). Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyak lagi potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung kepada modal insannya. Sejauh mana kejayaan kita membina generasi yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti peribadi yang unggul menjadi faktor penentu sama ada negara mampu bersaing dengan negara lain atau tidak. Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik. Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di
7

barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian. Kesimpulan Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa penyelidikan dan kajian tentang pengajaran dan pendidikan perguruan haruslah sentiasa dilaksanakan secara berterusan. Sepertimana yang kita semua arif, kedua-dua bidang ini saling berkaitan. Oleh yang demikian, amatlah wajar untuk menjalankan satu kajian seragam yang merangkumi kedua-dua bidang tersebut dengan menggunakan satu bahasa yang seragam seperti yang disarankan oleh penulis jurnal yang telah dikritik. Semua cadangan-cadangan yang telah disarankan di atas untuk memajukan pendidikan perguruan di Malaysia tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya penyelidik dan penyelidikan. Semua yang disarankan adalah cadangan semata-mata. Penyelidikan haruslah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan setiap cadangan yang diberikan. Ramai sarjana lebih berminat untuk mengkaji aspek hubungan antara pengetahuan kandungan subjek dalam sesuatu sesi pengajaran. Namun terdapat pengkaji yang berminat terhadap pendekatan Shulman(1987) dan Grossman(1990)yang lebih menekankan aspek PPK dalam konteks gabungan olahan pengetahuan kandungan dengan pengetahuan pedagogi semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah.(Claire H Major & Betsy Palmer 2006). Menurut Helen (2006) pula pengetahuan pedagogical kandungan(PPK) melibatkan aspek yang khusus dalam pengajaran iaitu strategi pengajaran, pengetahuan tentang cara murid berfikir dan penjelasan terhadap prosedur pengetahuan dan kaedah penyelesaian masalah pembelajaran. Oleh itu kajian perlu dilakukan dalam konteks perancangan guru, interaksi guru dalam bilik darjah, penjelasan guru dan sebagainya untuk mendapatkan suatu gambaran yang menyeluruh. Pengetahuan guru juga berkembang berasaskan pengetahuan pedagogi dan interaksi dalam bilik darjah dengan pengetahuan isi kandungan subjek dan murid dalam bilik darjah. Interaksi komponen

pengetahuan guru ini menghasilkan pengetahuan yang unik iaitu pengetahuan pedagogikal kandungan.(Shulman 1987). Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip. Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut. Di sekolah murid menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagai masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani. Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji. 'Program For Enhancing Effective Learning" (PEEL) iaitu program penyelidikan di sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat.

Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun. Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sistem pendidikan yang baik dan berkesan, manakala kekuatan sesebuah sistem pendidikan itu bergantung kepada guru yang berkualiti. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Mahathir 2001), pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Justeru, kita mestilah mempunyai guru-guru yang berkualiti dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menrealisasikan wawasan tersebut. Proses pendidikan dan latihan guru haruslah menentukan calon guru mempunyai minat, sikap dan motivasi yang tinggi terhadap kerjaya perguruan serta kemahiran yang tinggi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran seperti Rajah 1.

INPUT

PROSES OUTPUT

PENGAMBIL

MODEL LATIHAN KUALITI GURU

RAJAH 1. Model latihan guru

Oleh yang demikian, penyelidikan juga harus dilaksanakan ke atas kumpulan guru pelatih yang bakal menjadi guru di sekolah untuk menguji tahap keberkesanan latihan perguruan yang diberikan kepada mereka sepanjang mereka berada di Institut Perguruan. Ini adalah untuk megenalpasti kebaikan dan kelemahan yang wujud dalam model latihan perguruan yang disediakan.

10

Rujukan
1. Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum

Books. 2. Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. 3. Boyd, D., Grossman, P., Lankford, H., Loeb, S., & Wyckoff, J. (2006). How changes in entry requirements alter the teacher workforce and affect student achievement. Education Finance and Policy 1(2), 176-216. 4. Boyd, D., Grossman, P., Lankford, H., Loeb, S., Michelli, N. & Wyckoff, J. (2006). Complex by design: Investigating pathways into teaching in New York City Schools. Journal of Teacher Education, 57(2), 155-166.
5. Cecilia Braslavsky(2002). Current Teacher Education From The Perspective of the emands Of Currucular Change. 6. Chick, H. L., Pham, T., & Baker, M. (2006). Probing teachers pedagogikal content

knowledge: Lessons from the case of the subtraction algorithm. In P. Grootenboer, R. Zevenbergen, & M. Chinnappan (Eds.),Identities, cultures and learning spaces (Proceedings of the 29th annual conference of the MathematicsEducation Research Group of Australasia, pp. 139-146). Sydney: MERGA. 7. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 8. Grossman, P. L. (2005). Research on pedagogikal approaches in teacher education. In M. Cochran-Smith & K. Zeichner (Eds.), Review of research in teacher education. Washington D. C.: American Educational Research Association. 9. http://www.aera.net/meeting/am2003/call03/divisions.htm

11

10. http://www.education.vic.gov.au/studentlearning/teachingresources/science/scicontinuum/

default.htm
11. Major, Claire H.; Palmer, Betsy (2006). Reshaping Teaching and Learning: The

Transformation of Faculty Pedagogikal Content Knowledge. Higher Education: The International Journal of Higher Education and Educational Planning, v51 n4 p619-647 Jun 2006
12. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. 13. NCTE: National Council for Teacher Education (India). 1998. Policy perspectives in

Teacher Education: Critique & Documentation. Recommendations of various commissions and committees on teacher education, New Delhi
14. Pam Grossman & Morva McDonald(2008). Back to the Future: Directions for research in

Teaching and Teacher Education. American Education Research Journal March 2008, Vol 45, No. 1, pp.184-205
15. Quality Teaching and Teacher Education: A Kaleidoscope of Notions Journal of Teacher

Education September/October 2011 62: 331-338


16. Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform.

Harvard Educational Review Feb. 1987: 1-22.


17. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


18. Subramaniam, S. 1995. Usaha untuk meningkat profesion keguruan. Paper presented at

the National Seminar on Teacher Education, UTM, Johor, Malaysia at 18-19 December.
19. www.peelweb.org.

12

13

You might also like