You are on page 1of 4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alaminnn.....................

Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, Ustazah Hjh Hawa binti Hj Mahmud Nazir Lawatan Sekolah-sekolah Ugama Daerah Belait Yang Mulia, Pegawai-pegawai Di Jabatan Pengajian Islam, ibubapa dan penjaga murid, guru-guru serta murid-murid yang dihormati dan dirahmati Allah sekelian Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat bersua sekali lagi pada tahun ini, iaitu majlis penyampaian hadiah murid cemerlang bagi tahun 1432h / bersamaan 2011M Pertama sekali ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat tetamu kehormat kita yang sudi hadir dalam majlis pada petang ini dan seterusnya akan berkesudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya pada tahun ini Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati Alhamdulillah pada tahun ini, kategori hadiah yang hendak disampaikan adalah bagi murid-murid yang berjaya dalam pelajaran dan mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap darjah, hadiah peratus terbaik keseluruhan bagi rendah bawah dan rendah Atas, hadiah peratus terbaik keseluruhan bagi setiap darjah, penyampaian hadiah lulus peperiksaan calon ke sekolah arab. Tuan-tuan dan puan-puan Didalam kesempatan ini, Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas kehadiran ibubapa dan penjaga, dan ini menunjukkan salah satu sokongan pihak ibubapa dalam memberikan kerjasama dan sokongan baik dengan pihak sekolah terutama dalam sama-sama mengatasi masalah akedemik anak-anak biskita. Di Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan beberapa perkara semasa mengenai dengan

perkembangan dan perjalanan sekolah dari awal tahun hingga ke penghujung tahun 2010 ini. Tetamu kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati Yang pertama mengenai dengan pencapaian akedemik keseluruhan murid-murid sekolah ugama psn pg hj mohd yusof, jika dibuat perbandingan daripada keputusan ujian bulanan pertama, kemudian peperiksaan setengah tahun , seterusnya keputusan ujian bulanan yang kedua dan keputusan peperiksaan akhir tahun, pencapaian akedemik sekolah adalah menurun sedikit dan mendukacitakan Pihak sekolah akan berusaha mencari jalan dan bersedia sedaya upaya untuk mengatasi masalah tersebut, dan bagi pihak sekolah memohon maaf diatas perkara tersebut, dan juga pihak sekolah memohonkan kerjasama daripada ibubapa dan penjaga untuk sama-sama membantu menangani masalah yang telah dinyatakan diatas tadi dengan sentiasa mengingati dan memantau perjalanan pembelajaran anak-anak biskita dirumah, di atas kerjasama yang akan diberikan itu nanti pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati Perkara seterusnya yang akan saya sentuh ialah mengenai dengan kedatangan murid kesekolah, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puanpuan bahawa kedatangan murid yang kurang daripada 75% akan ditahan daripada kenaikkan kelas pada tahun berikutnya, jadi dari hasil pengiraan keseluruhan kedatangan yang telah dibuat oleh guru-guru kelas masingmasing, telah didapati ada sebilangan kecil murid telah tidak dapat mencukupi syarat untuk dinaikkan kelas pada tahun 2011, kerana peratus kedatangan mereka kurang daripada 75%, sekolah pada masa ini telah mencari jalan penyelesaian bagi memastikan perkara berikut tidak akan berulang, dan sekali lagi sekolah memohon kerjasama pihak ibubapa dan penjaga murid-murid untuk memastikkan kehadiran anak-anak biskita berjalan dengan lancar dan memuaskan pada tahun-tahun akan datang. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ibubapa murid yang telah sama-sama memberikan kebenaran, sokongan dan kerjasama anak-anak biskita untuk ikut dalam apa jua aktiviti kokurikulum samada ianya berbentuk peraduan yang disertai oleh sekolah atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di dalam sepanjang tahun 2010 ini,

Kesimpulan keseluruhannya, Alhamdulillah dengan adanya kerjasama 3 hala diantara guru-guru, ibubapa dan murid-murid, sekolah Ugama psn lorong 3 telah dapat berjalan dengan baik dan lancar, didoakan dan diharapkan semoga akan terus berjalan dengan lebih baik lagi pada tahuntahun akan datang Di kesempatan ini juga di ucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya, dan kepada yang kurang berjaya saya harapkan agar dapat meningkatkan lagi pelajaran masing-masing, saya ambil petikan kata-kata daripada Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk sama-sama dihayati Pelajar Cemerlang Sentiasa Mengekalkan Disiplin Di Dalam DiriNya, Dan Pelajar Cemerlang Sentiasa Berusaha Dan Bertindak Segera dan Tidak Bertangguh-tangguh Kepada ibubapa dan penjaga sekelian terima kasih sekali lagi di ucapkan di atas segala kerjasama, sokongan moral, baik ianya berupa buah fikiran, tenaga atau juga wang ringgit dalam sama-sama memantau perjalanan dan perkembangan pembelajaran anak-anak biskita, dan juga ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang dikasihi kerana telah bertungkus lumus memerah keringat dan berkerja keras serta bertanggungjawab bagi meningkat kualiti perjalanan pengajaran dan pembelajaran sekolah dan juga sama-sama menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam sepanjang tahun 2010 ini, dan kepada semua murid-murid sekolah ugama psn lorong 3 ini, diharapkan akan terus dapat meningkatkan prestasi pembelajaran masing-masing dari masa ke semasa Akhir kalam, sekali lagi pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada tetamu kehormat yang mulia Ustaz pg adai yura bin pg hj mohd diatas kesudian ustaz menerima undangan pihak sekolah dan ucapan terimakasih kepada semua guru-guru ibubapa serta penjaga yang sudi meluangkan masa hadir pada petang ini Dimohon kemaafan kepada ibubapa dan penjaga, guru-guru dan muridmurid sekira ada kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan selama saya menjadi guru besar sekolah ugama ini semenjak 2009, samada ianya dilakukan dengan senghaja atau tanpa disedari, dan dipohonkan kemaafan kepada hadirin dan hadirat sekiranya perjalanan majlis pada hari ini kurang memuaskan Saya mendoakan semoga Allah Akan memberikan balasan yang setimpal kepada sekelian yang hadir pada hari ini, dan semoga kita semua sentiasa

mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T, dan dilimpahi rahmatNya amin yarabbal alaminnnn HINGGA KITA BERTEMU KEMBALI PADA TAHUN DEPAN WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

You might also like