You are on page 1of 6

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA DEFINISI Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) ialah kaedah yang menggabungkan proses

mengajar mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasa atau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik dan kaedah seluruh perkataan. Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca.

TUJUAN Kaedah ini dibuat untuk mengajar kanak-kanak 2M iaitu membaca dan menulis berkenaan aktiviti mengenal bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. Selain itu, kaedah ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau ayat.

PRINSIP KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina. Kaedah ini mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik. Contohnya, setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali huruf e, yang mempunyai dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya aa, huruf b bunyinya bh, c bunyinya ch, d bunyinya dh dan sebagainya. Hanya huruf e yang mempunyai dua bunyi iaitu e taling seperti dalam perkataan emak, enam dan e pepet seperti dalam perkataan ekor dan elok. Selain itu, dalam prinsip KGBK digunakan kerana suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya batu, kaki, kaki, makan dan sebagainya. Tatabahasa melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya, dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender seperti lelaki atau perempuan bagi menyatakan banyak serta menyatakan perbezaan waktu seperti yang terdapat dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi asas iaitu fonem beberapa huruf vokal a i u dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi b untuk membentuk bunyi

suku kata ba bi. Seterusnya, membaca perkataan mudah baba, bibi, bubu, ubi,ibu, abu dan frasa seperti bubu baba ibu abu yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Apabila kedua-dua bahagian ini digabungkan, bunyi turut digabungkan dengan terus membentuk perkataan dan membacanya kita sudah menggunakan kaedah yang dipanggil Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ). Kaedah ini dinamakan KGBK kerana dalam satu set pengajaran dan pembelajaran, bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi perkataan dan dibaca. Berdasarkan kaedah ini, murid diberikan asas kemahiran untuk mengesan sesuatu perkataan dengan melihat bunyi huruf dan suku katanya sekiranyan tidak tahu membaca. Hal ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ba bi bu dan ca ci cu dan boleh membaca perkataan cucu, baca, cuci mereka sendiri akan boleh membaca cuba dan bucu. Selain itu, kaedah ini juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad atau fonik. Proses ini mengambil masa yang panjang iaitu selama dua hingga tiga bulan di sesetengah sekolah. Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbuka seperti ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dan sebagainya yang mengambil masa sebulan sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. Berdasarkan kaedah ini murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan iaitu pandang dan sebut perkataan serta menghafal bentuknya, kemudian cerakin perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak-kanak terus membina dan membaca perkataan berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya, setelah murid belajar membaca b dan ba bi bu dan perkataan-perkataan daripada suku kata ini seperti ibu baba, ubi abu, murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan k pula membentuk dan membunyikan suku kata ka ki ku dan terus membaca perkataan atau frasa kuku kaki aki. Jika dicantum pula dengan suku kata ba bi buyang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti buku abu; abu buka buku.

Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perkataan suku kata terbuka. Seterusnya, pada fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ka sut, bu kit atau kvk+kv) seperti lam pu lembu dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, mem seperti berjalan, memberi, melawan dan sebagainya. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.

LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENGAJARAN MEMBACA DAN MENULIS KGBK. Pada permulaannya, murid diperkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya. Kemudian, murid diperkenalkan dengan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya. Seterusnya, membentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Murid juga diajar untuk membina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti baba bibi bubu babu, ibu. Setelah itu, murid diajar untuk membina rangkai kata atau ayat, seperti ibu abu, babu baba dan menulis serta menyalin apa yang mereka baca berdasarkan huruf, suku kata dan perkataan. Bagi pelajaran berikutnya, murid diminta mengulang pelajaran unit yang lalu dan huruf konsonan baru, misalnya cdiperkenalkan. Kemudian suku kata ca ci cu dan perkataan kvkv seperti caca cucu cuci aci acu dibina. Dengan menggunakan suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, perkataan seperti baca bucu cuba dibina. Seterusnya frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci ubi, dan sebagainya dibina. Akhir sekali, murid menyalin apa yang dibaca berdasarkan perkataan yang telah dipelajari. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Hal ini bererti unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak boleh membaca perkataan, frasa atau ayat bermakna. Kaedah didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis, iaitu murid menulis apa yang dibaca. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca. Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca, Utusan Publications,1982, dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar

Bakti, 1990; dan buku Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra sekolah, dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti. Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/fonik, pendekatan seluruh perkataan, atau pendekatan eklektik yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan sequence antara mengenal bunyihuruf dengan membina-dan-membaca perkataan. Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan perkataan (whole word) dahulu dan kemudian mencerakinkannya menjadi suku kata dan bunyi setiap huruf. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd / fonik, murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b csampai x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir. Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid tidak kenal huruf abjad, murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c sehingga x, y, z dahulu sebelum membaca. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c Sampai x y z mengikut susunan dalam abjad. Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain, iaitu mendengar dan bertutur. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai pendekatan am untuk mengajar bahasa, ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis pada peringkat permulaan. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M, supaya mereka mudah membaca. Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid, murid dan murid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid, atau menyanyi semasa mengajar 2M, supaya murid seronok belajar.

Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mulabelajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk pendidikan sepanjang hayat. KAEDAH-KAEDAH LAIN DALAM PENGAJARAN PERTUTURAN Kaedah-kaedah lain yang terdapat dalam pengajaran pertuturan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu. Kaedah ini merupakan isyarat tangan yang digunakan oleh golongan pekak dan bisu sebagai bahasa komunikasi. Kod Tangan Bahasa Melayu ini bukan Bahasa Malaysia Isyarat Tangan (Malay Sign Language). Hal ini kerana, Kod Tangan Bahasa Melayu ini diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Malaysia sebagaimana yang didengar, diperbualkan ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Kaedah kedua yang boleh digunakan untuk mengajar pertuturan ialah menggunakan America Sign Language (ASL) terutamanya dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Kaedah ini merupakan bahasa tulen bagi masyarakat Amerika. ASL Pernah digunakan oleh orang pekak Malaysia sebelum kewujudan BIM sebagai bahasa komunikasi. walau bagaimanapun, kewujudan persamaan isyarat tidak bermakna BIM menggunakan ASL. Penggunaan ASL di Malaysia kini agak ketinggalan berbanding ASL di Amerika yang telah mengalami pelbagai perubahan. Kaedah ketiga yang memberikan manfaat dalam pengajaran pertuturan ialah Pertuturan Kiu ini khas sedikit kerana pertuturan kiu ini menggunakan isyarat tangan untuk membolehkan golongan pekak untuk bercakap. Pertuturan kiu mengunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian . Selain itu, bentuk-bentuk yang dilambangkan (kiu) ditentukan pada kawasan dimana bentuk tangan menentukan bunyi-bunyian tangan. Misalnya 8 bentuk

tangan membentuk huruf konsonan dan 4 bentuk tangan membentuk huruf vokal. Seterusnya, pertuturan kiu menggunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian. Kaedah keempat ialah pengajaran pertuturan melalui pengejaan jari. Kaedah ini digunakan untuk mengeja huruf-huruf abjad dengan menggunakan pelbagai posisi jari dan tangan. Kaedah pengejaan jari ini digunakan untuk mengeja kata nama khas sebelum diisyaratkan . Kaedah ini juga boleh digunakan bagi yang tidak mahir menggunakan bahasa isyarat. Walau bagaimanapun, kaedah ini seringkali menyukarkan dan lambat untuk difahami kerana memerlukan tahap penumpuan yang tinggi. Akhir sekali ialah pengajaran pertuturan menggunakan kaedah mimik muka. Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak pekak, menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, petuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis. Menurut Abdullah (1997 ), mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan dalam komunikasi seluruh.

You might also like