P. 1
isi

isi

|Views: 63|Likes:
Published by semantik

More info:

Published by: semantik on Nov 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/16/2012

pdf

text

original

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

1.0 SEJARAH SUKAN

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka keatas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengerai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya.

Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.

SEJARAH SUKAN MENURUT KUNO

Sukan yang telah wujud sekurang-kurangnya dua setengah ribu tahun dahulu termasuk "hurling" (menyerupaki "field hockey") di Ireland Silam, "harpastum" (sama seperti Rugbi di Rom Silam, cuju (sama seperti persatuan bolasepak) di China Silam, dan polo di Parsi Silam. Permainan bola Mesoamerika wujud lebih tiga ribu tahun dahulu.

1

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang Cina terlah terbabit dengan aktiviti sukan se awal 4000 BC. Giminastik kelihatan merupakan sukan yang popular dalam sejarah silam China. Peringatan kepada Firaun menunjukkan sejumlah sukan termasuk berenang dan mengail, adalah popular dan mempunyai peraturan beberapa ribu tahun dahulu di Mesir purba. Sukan Mesir lain termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Sukan Persia Silam seperti seni mempertahankan diri tradisi Iran, Zourkhaneh mempunyai kaitan rapat dengan kemahiran berperang. Antara sukan lain termasuk yang berasal dari Persia adalah polo dan tombak ("jousting").

SEJARAH SUKAN MENURUT YUNANI

Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete (dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC.

Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan kerja berat mereka sendiri. Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan status rajanya kepada Raja Alkinoös dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya melontar javelin.

2

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

2.0 JENIS-JENIS SUKAN

SUKAN TRADISIONAL/RAKYAT Antara sukan-sukan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang bersukan, namun aktiviti-aktiviti seperti disenaraikan di atas adalah antara kegiatan utama atau kegiatan rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di Malaysia.

Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciriciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan.

Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.

3

lempar cakera. ragbi.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI SUKAN PADANG Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. bot laju. negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar. SUKAN BALAPAN Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara. Sukan seperti lari pecut. lari berpagar. lontar peluru. berenang. golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara. lompat jauh. Sukan padang seperti bola sepak. gimnastik. SUKAN AIR Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Sukan baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang lebih berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya. lari berganti-ganti. bowling padang. snorkling dan sebagainya. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. daerah. lompat kijang. lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia. polo air. Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah. perahu panjang. hoki. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik. kayak. menyelam. 4 . lompat tinggi. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan hampir di mana sahaja telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia. Asia atau peringkat Antarabangsa.

sungai dan laut. 5 . tasik. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI kolam.

Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI 2. Tempat bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Layang-layang Puyuh. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Dalam hubungan ini lazimnya kanakkanak pada masa dahulu suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini.1 SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL Koba Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping serpihan batu leper dan kotak rokok. Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk. Layang-Layang Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Setiap permainan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang. 6 .

Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. 7 . Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Nama yang lebih tepat ialah biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Sabung Ayam Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Lazimnya apabila permainan ini diadakan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai. Berdasarkan pelbagai peristiwa dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut. kononnya 'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman lampau. Biji Saga Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Berlaga Kerbau dan Lembu Kegemaran berlaga lembu atau kerbau terdapat di kalangan masyarakat petani khususnya yang berusaha menyerjakan sawah padi. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca. Permainan ini juga adalah untuk hiburan. biji saga. 8 . Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Di antara tempat yang kerap diadakan permainan tersebut adalah Perlis.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kedah dan Kelantan. batu-batu kecil dan sebagainya. Bagaimanapun dalam perkembangannya. Congkak Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. permainan berlaga lembu dan kerbau telah menimbulkan gelaja kurang sihat dalam masyarakat setempat. Temasya tersebut telah menjadi tempat orang mewujudkan satu jenis perjudian. Menurut keterangan orang tua-tua salah satu tujuan mengadakan permainan ini adalah untuk menggalakkan orang memelihara lembu atau kerbau dengan baik. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. buah getah. lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.

Lubang ini dipanggil "rumah". Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Cara-cara Bermain Congkak a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Ia merupakan jenis permainan Anjung. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. (c) Jika ia mati di kampung sendiri. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. maka ia boleh meneruskan permainan. Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Tiap Rumah Anak diisi cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5. bertentangan dengan kampung lawan yang 9 . 7. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". 8 atau 9.

Ceper Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah berbeza.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI mempunyai buah. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir). Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Batu Seremban Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan terbanyak. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. maka ia mati dalam kerugian. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah. ia berhak mengambil buah lawannya itu. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu seperti yang digunakan dalam 10 . Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Rumah 11 . Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI permainan koba. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Dam Harimau Merupakan jenis permainan Anjung. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5. 7. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Gelanggangnya adalah Permukaan rata. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Dam Aji Merupakan jenis permainan Anjung. 8 atau 9.

Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Tiap Rumah Anak diisi cakak. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ).KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Anak serta 1 Rumah Ibu. Gasing kanak-kanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu 12 . Bagaimanapun ada juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak. Gelanggang Galah panjang di bina di permukaan yang rata dan mendatar. Gasing Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa. Galah Panjang Merupakan jenis permainan Laman. Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan „Pertahan‟ oleh satu regu dan „Penyerang‟ oleh satu regu yang lain.

13 . Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Getah Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barangbarang kecil. Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai peminatnya. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini. permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung. daerah dan negeri. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'.

Di kampung-kampung. biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Guli Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan 14 . Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. yang warn Permainan ini bias a-warni yang jernih dan satu lagi guli besar berwarna Gusti Tangan Merupakan jenis permainan Anjung.

Satu petak – tengah. Gelanggangnya adalah Satu ( 1 ) permukaan meja dengan lebarnya antara 0.8 meter. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk.6 – 0. Satu petak-kelek.1 meter untuk letak siku. Dua petak-lambur. Ketingting Merupakan jenis permainan Laman. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Dua petak-tangga. Dua petak – serambi. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Meja. dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI tangan lawan. 15 . Dilukis dua ( 2 ) lengkang dengan garis pusat 0. Jarak antara dua (2) lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm – 40 cm. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan.

Dua (2) watas bersudut tepat (90) dibina dari pangkal sudut rumah. seberapa kali yang dapat tanpa jatuh ke tanah. Sepak Bulu Ayam Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat. Tujuan permainan ialah untuk mengukur sukat terbanyak. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Ketuk sepanjang 40 sm. Ia sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas. Watas lengkok papan berjarak 2. bergarispusat 2 sm. Bilangan pemain ialah 3 orang seregu sebelah/ sepasukan.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Permainan ini perlu kecekapan Ketuk Keli Merupakan jenis permainan Laman. Keli sepanjang 15 sm bergaris pusat 2 sm. 16 . Gelanggangnya adalah Kawasan lapang mengandungi Rumah di sudut berukuran 3 sm lebar X 16 sm panjang.5 meter diukur dari sudut.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Sepak Raga Ratus Merupakan jenis permainan Laman. ada juga kumpulan kanakkanak perempuan yang bermain sorok-sorok sesama mereka. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Namuin demikian. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Tujuan permainan ini 17 . Di sesetengah tempat ia dipanggil dengan nama 'main ibu' atau 'main induk'. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Gelanggangnya adalah permukaan rata. dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter. Sorok-Sorok Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga.

18 . Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI adalalah untuk mencari pemain-pemain yang menyorokkan diri di sesuatu tempat. Tating Lawi Merupakan jenis permainan Laman. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola lawi.

1 SUKAN PERMAINAN DALAMAN (INDOOR GAMES) Futsal Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Futsal 19 . AIR DAN BALAPAN 2. LUAR DAN LASAK (EKSTRIM): PADANG. Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah. Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI 2. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian.2 SUKAN PERMAINAN DALAMAN. termasuk penjaga gol.2.

Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Datuk Malik maiden. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan. Antara nama –nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun. Salah satu aksi menarik dalam sukan gimnastik 20 . sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Gimnastik Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.ianya adalah subjektif di mana jumlah markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.Dari segi pemarkahan pula.perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo. renang yang mana merentasi Selat Inggeris. Seperti acara sukan yang lain.

gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Lee Mun Yee.sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas.Daniel Bego. 21 . Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Renang Seperti mana olahraga.kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai. Sukan renang ini boleh secara individu. Skuasy Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Nurul Huda memenangi acara renang pada Sukan SEA 1989.Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang.Alex Lim. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong.Tokoh di 22 .KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan. Sukan ini boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang terdiri daripada empat dan tiga orang(trio). Nicol Ann David melangkah penuh bergaya dalam set setiap perlawanan skuasy. Bowling Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia. Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlitatlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia.

Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di namakan penjaga garisan. Indonesia dan Korea. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi permainan beregu.sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan “umpire”.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.manakala bagi acara perempuan pula ialah 11 mata.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15. Bowling Badminton Selain daripada bolasepak.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu 23 .

Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani. Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI “deuce”.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set. Pada awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima.Razif dan Rashid.Misbun. 24 . flim-falm atau ping-pong. Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu lagi. Badminton Ping Pong Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik.

kemudian China juga menyertainya. Ping pong permainan yang memerlukan stamina yang kuat Foosball Ia mengandungi 8 rod dan pepatung table soccer dengan sebiji bola bersama-sama dengan beberapa pemegang. sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang lain. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan. Tidak lama kemudian. Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an. Terdapat dua goal dikedua-dua penamat.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Setiap pemain menggunakan pemegang yang disediakan untuk menggerakkan “orang/pemain” dan cuba untuk menjaringkan goal yang terletak dipihak lawan. 25 .

Ianya merupakan sukan dimana dua pasukan yang mengandungi lima pemain dalam satu pasukan cuba mendapatkan mata dengan memasukkan bola ke dalam jaring lawan masing-masing. Disruptive physical contact (foul) adalah tidak dibenarkan dan terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi dalam penghantaran bola kepada rakan sepasukan (violations). 26 . dribbling dan sebagainya. penghantaran. Bola keranjang telah berkembang kepada pengunaan teknik shooting.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Bola Keranjang Bola Keranjang merupakan sukan yang popular masakini.

Tujuan permainan ini adalah untuk memasukkan sembilan “carrommen” kedalam lawan masing-masing. Ia merupakan permainan yang popular yang mengutarakan percantuman bakat. Ianya amat mudah untuk dimainkan. Set-up papan dart ini agak mudah. Dart Dart ialah sejenis permainan yang telah wujud sejak lama dahulu. tetapi peraturannya agak ketat supaya keselarasan boleh di buat dengan lebih terperinci. Keselamatan adalah penting dalam permainan darts kerana ianya boleh merbahayakan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. skill dan “nasib”.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Karom Karom merupakan salah satu sukan “tabletop”. England. 27 . Permainan ini dimainkan diatas sekeping papan lacquered yang biasanya berukuran 29 inci persegi. Dart berasal dari Longbow. Ianya sesuai dimainkan tatkala berada dirumah dan sesuai kepada peringkat umur kanak-kanak hinggalah kepada peringkat dewasa.

28 .trek” dalam lumba kuda. Pool datang dari perkataan poolrooms dimana orang-orang berjudi secara “off. Ianya digunakan untuk menggerakkan bola disekeliling meja tersebut dan dimasukkan kedalam lubang-lubang yang disediakan untuk memperolehi mata yang tertentu. Kini istilah pool and billiard pocket digunakan secara meluas dan ianya merujuk kepada perkara yang sama.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Billiards Billiards/Pool merupakan sukan indoor yang dimainkan diatas meja menggunakan sebatang kayu atau cue stick. Oleh kerana biasanya “rooms” yang digunakan menggunakan meja billiards. secara praktikalnya sama dengan sukan golf. Billiard berasal daripada perkataan Perancis “billart” yang bermaksud kayu. maka pool menjadi sinonim dengan billiard.

dan lompat tinggi.Selain itu. Hoki permainan yang menguji daya kekuatan fizikal Olahraga Olahraga adalah merupakan sukan yang mana di dalamnya terdapat beberapa lagi acara sukan seperti acara larian 100 meter.tengah dan penyerang. Sukan olahraga adalah dilakukan secara perseorangan dan peraturan dari setiap acara adalah berbeza dari acara lain. 29 .110 meter berpagar. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol.200 meter.permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi. lompat jauh.pertahanan.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI 2.2 SUKAN PERMAINAN LUAR ( OUTDOOR GAMES) Hoki Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.lontar peluru.pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan.lempar cekera.lompat kijang.2. Dari segi pencapaian pula.

tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan.negara kita telah pun berjaya menjadi “kuasa besar” di dalam sesetengah acara seperti acara lompat pagar 110 meter di mana negara kita telah pun berjaya mendominasi acara tersebut sejak Nur Herman Majid. Lumba lari berpagar salah satu jenis permainan ini Bola Sepak Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. 30 . Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Tidak lupa juga atlet 100 meter Negara yang pernah mendominasi acara ini di peringkat asia seperti datuk Dr. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini. M Jagatnesen dan Rabuan Pit.Sejak dari dahulu lagi. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan. pemain pertahanan.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Olahraga juga telah memberikan sumbangan yang membanggakan kepada pasukan olahraga Negara. iaitu. penjaga gol. Justeru itu. pemain tengah dan juga penyerang.empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang.

Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990. piala Sumbangsih.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier. Hassan Sani dan juga Santokh sigh. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina. Sukan Bola Sepak sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri 31 . Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik.liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. dan piala FA.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan.

melontar. Namun. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain. pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak. evergrowing game". Ragbi (Sumber gambar: AP) 32 .KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Ragbi Ragbi dikatakan "a fast-paced. setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Dimainkan oleh dua pasukan. Terdapat dua kumpulan pemain. atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Untuk bermain ragbi. Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Tetapi untuk masa sekarang.

perseorangan wanita. beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain).KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Tenis Tenis adalah sebuah permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. 33 . Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding. Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. serta beregu campuran. Sukan Tenis banyak melahirkan bintang-bintang sukan terkemuka dunia. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki.

Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. pengubahsuaian.3 SUKAN SUKAN LASAK (EKSTRIM) Go-Kart Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. 34 .KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI 2.2. Proses pembuatan prototaip gokart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta. Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak penganjur. Seterusnya pemasangan . dalam merekabentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan. ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan gokart yang semakin mencabar. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran. Namun begitu.

Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan.J Hackett. khususnya para belia. 35 . Terjun Bungee Ia juga dikenali sebagai Bungee. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja. beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980an lagi. Bungy. Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat. Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut. Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari dewasa ini. Bunjee. Menurut A.

68 caliber. kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar Paintball Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli. paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. 36 . strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat. . Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini. 37 .

Women's Sports: A History. Pope.G.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI RUJUKAN  Allen Guttmann. Palgrave. Mangan's contribution to the history of sport. Urbana [u. Montréal: L'harmattan. Jacques (1997.  Scott A. Europe: War Without Weapons. Une archéologie de la rationalisation instrumentale du corps de l'Age Classique à l'époque hypermoderne. Paris: P. 2004  The new American sport history : recent approaches and perspectives.  Mangan.  Gleyse.). J. 2007. Games and Empires: Modern Sports and Cultural Imperialism. Paris.A. 2006).M. 1996  Gleyse. Columbia Univ Press.W. L'Instrumentalisation du corps. Jacques (1995.F.A. Columbia University Press 1992  Allen Guttmann. Crawford (Hrg.a. OR : Frank Cass. of Illinois Press. Sport. Portland. by S. Serious sport : J.  Martin Polley. Archéologie de l'Education physique au XXe siècle en France. 'Sports History: a practical guide'. Routledge.). (1996).U. reed.] : Univ. Militarism. 1997 38 . ed.

penerangan.gov.sabah.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI  http://www.my/index.php?option=com_content&view=article& id=98&Itemid=155&lang=bm  39 .kbs.gov.my http://pdtjerantut.gov.my/  http://www.pahang.my/kkbs/  http://pmr.gov.

by S. Paris: P. Mangan's contribution to the history of sport. • Scott A. ed. of Illinois Press. • Martin Polley. 2006).). L'Instrumentalisation du corps. 1996 • Gleyse. Jacques (1995.G.a. Routledge.U. 1997 . • Mangan. Une archéologie de la rationalisation instrumentale du corps de l'Age Classique à l'époque hypermoderne. Montréal: L'harmattan. reed. Games and Empires: Modern Sports and Cultural Imperialism. J. Portland.M. (1996). Archéologie de l'Education physique au XXe siècle en France. Serious sport : J.F.] : Univ. 2004 • The new American sport history : recent approaches and perspectives. Paris.A. Women's Sports: A History. OR : Frank Cass. Militarism. 2007.).W. Columbia Univ Press. Urbana [u. Pope. • Gleyse. Palgrave.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI RUJUKAN • Allen Guttmann. Crawford (Hrg. Jacques (1997. Europe: War Without Weapons. 'Sports History: a practical guide'. Columbia University Press 1992 • Allen Guttmann.A. Sport.

gov.KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI • http://www.my/ • http://www.my http://pdtjerantut.gov.pahang.kbs.gov.sabah.my/index.php? option=com_content&view=article&id=98&Itemid=155&lang=bm • .penerangan.my/kkbs/ • http://pmr.gov.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->