You are on page 1of 34

SENARAI BAHAN PAMERAN KARYA AGUNG PERADABAN ISLAM

Disediakan oleh Jawatankuasa Penghayatan Karya Agung

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia 5 Ogos 2010

KANDUNGAN Halaman

Pendahuluan Latar Belakang Pameran Senarai Bahan Pameran Abu Ubaid : Al-Amwal Ibnu Al-Arabi : Al-Futuhat Al-Makkiyah Ibnu Khaldun : Al-Muqaddimah Ibnu Qayyim Al-Jawziyah : Zad Al-Maad Ibnu Sina : Al-Qanun Fi Al-Tibb Imam Al-Ghazali : Ihya Ulum Al-Din Imam ShafiI : Al-Umm Dan Al-Risalah Al-Maqrizi : Al-Khitat Nuruddin Al-Raniri : Bustan Al-Salatin Syeikh Daud Al-Fatani : Munyat Al-Musalli, Dhiya Al-Murid dan Bughyat Al-Tullab

i ii

1 3 5 8 10 13 16 20 22 25

PENDAHULUAN Karya agung mempunyai impak yang besar dalam perkembangan tamadun manusia dan menjadi rujukan penting yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ia merakamkan pemikiran asli yang diilhamkan oleh pengarangnya dan mengandungi pemikiran yang luas berkenaan pelbagai isu dan bidang. Pengumpulan karya agung oleh Perpustakaan UKM bertujuan untuk merangsang daya intelek dan membangunkan pemikiran yang lebih kreatif di kalangan warga UKM. Sebagai permulaan, Pameran Karya Agung Peradaban Islam diadakan untuk mencapai tujuan ini. Pemilihan karya agung dibuat berdasarkan ciri-ciri berikut :1. Karya merupakan rakaman pemikiran asli yang diilhamkan oleh minda pengarangnya dan bukan sekadar mengulang-ulang apa yang telah diperkatakan dalam buku-buku lain sebelumnya. 2. Karya mengandungi pemikiran yang luas berkenaan pelbagai masalah, isu dan persoalan yang penting. 3. Karya sentiasa relevan dalam semua zaman kerana ia membicarakan pelbagai isu dan masalah sejagat. 4. Karya mempunyai nilai untuk mendidik pemikiran masyarakat yang sihat dan sejati. 5. Karya mempunyai tarikan tersendiri untuk dibaca berulang kali dan setiap kali dibaca ia sentiasa mendatangkan manfaat, memperdalam kefahaman dan menjadi obor yang menerangi fikiran. 6. Karya mempunyai pengaruh yang bertahan lama dalam kehidupan dan pemikiran manusia.

LATAR BELAKANG PAMERAN

Pameran Karya Agung Peradaban Islam merupakan salah satu aktiviti Pembudayaan Ilmu 2010. Pameran ini merupakan pemula kepada aktiviti-aktiviti penghayatan karya agung yang matlamat utamanya untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan karya-karya agung dalam pelbagai bidang.

Objektif Pameran Karya Agung Peradaban Islam: 1. Membudayakan minat membaca di kalangan warga UKM dengan memperkenalkan pelbagai karya agung dalam peradaban Islam. 2. Memberi pendedahan mengenai aspek-aspek yang dipelopori oleh karya-karya agung tersebut dalam pelbagai bidang ilmiah, serta sumbangannya dalam memajukan umat Islam dan tamadun dunia. 3. Memberi kesedaran tentang ketokohan ilmuan dan sarjana Islam serta kehebatan karya-karya mereka. 4. Membangunkan daya intelek dan pemikiran yang lebih kreatif di kalangan warga UKM.

Sebanyak 13 karya yang ditulis oleh 10 orang tokoh dalam peradaban Islam dipamerkan. Jawatankuasa Penghayatan Karya Agung menyedari masih banyak karya agung yang lain, namun buat permulaan hanya karya-karya yang terdapat di Perpustakaan UKM sahaja dipamerkan. Bahan-bahan yang dipamerkan disusun berdasarkan abjad nama-nama tokoh dan diikuti dengan karangan tokoh-tokoh berkenaan.

ii

ABU UBAID
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Abu Ubaid ialah al-Qasim ibnu Salam ibnu Miskin ibnu Zaid al-Azdhi. Beliau dilahirkan pada 154 Hijrah (734 Masehi) di Bahrah, Khurasan (Barat Laut Afghanistan). Ayah beliau merupakan berketurunan Byzantium dari suku Azd. Beliau mendapat pendidikan di kota asalnya dan pada usia 20-an beliau pergi ke Kufah, Basrah dan Baghdad untuk belajar bahasa Arab, qiraat, tafsir, Hadith dan feqah.Selain itu beliau juga merupakan pakar dalam ilmu nahu, qiraat, feqah, ilmu Hadith, syair dan lain-lain. Beliau merupakan seorang sarjana bahasa Arab dan meninggal dunia pada tahun 224 Hijrah (774 Masehi) di Mekah. Latar Belakang Karya Kitab al-Amwal adalah mengenai kewangan negara dalam Islam sebagai sunuf al-amwal al-lati yaliha al-aimmah li al-raiyyah (harta dan kekayaan yang ditadbir oleh pemerintah untuk kepentingan rakyat). Di samping itu ia turut memuatkan sejarah ekonomi Islam selama 2 abad pertama hijrah dan merupakan ringkasan tradisi Islam asli daripada Nabi, para sahabat dan para pengikutnya mengenai permasalahan ekonomi. Di dalam karya beliau menekankan 4 konsep penting:

Konsep Fai adalah kharaj, jizyah dan rikaz (barang-barang yang hilang), kekayaan yang ditinggalkan tanpa ahli waris dan lain-lain serta khums (satu perlima dari hasil rampasan perang dan harta karun atau harta peninggalan tanpa pemilik). Konsep Aimmah adalah kuasa awam yang diberi kepercayaan untuk mentadbir sumber kekayaan wilayah. Konsep Wilayah menitikberatkan bahawa kekayaan itu tidak dimiliki oleh sesuatu pihak, tetapi merupakan kepercayaan yang diberi oleh rakyat dan perlu dijaga demi kepentingan negara. Konsep Raiyyah adalah rakyat yang terdiri daripada penduduk Islam dan bukan Islam dalam pentadbiran Negara Islam dan mendapat manfaat melalui harta yang diagihkan.

Kitab al-Amwal merupakan sebuah karya yang lengkap mengenai ekonomi dan menekankan isu-isu percukaian, undang-undang pentadbiran dan antarabangsa. Beliau juga turut membincangkan peranan zakat yang merupakan perkara wajib ke atas orang Islam. Wang yang dikutip akan diuruskan oleh institusi kewangan awam untuk diagihkan kepada 8 golongan asnaf. Kesepaduan antara zakat dan percukaian merupakan intipati dari skim kewangan awam antara perkara yang ditekankan oleh Abu Ubaid. Selain itu beliau turut mengambil kira pandangan imam dan ulama terdahulu seperti Imam Malik ibnu Anas, Imam Syafii dan beberapa ijtihad Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad ibnu al-Hasan asy-Syaibani.
1

Impak Kepada Masyarakat

Kitab al-Amwal menjadi rujukan kewangan utama negara, terutama dalam bidang zakat, cukai, fai dan khums yang menekankan konsep keadilan sebagai prinsip utama untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Kitab ini menjadi rujukan utama selepas kitab al-Kharaj (buku percukaian). Kitab al-Amwal banyak mempengaruhi penulisan Adam Smith dalam bukunya yang bertajuk The Wealth of Nations. Hasil daripada pemikiran Abu Ubaid, pengurusan tentang kewangan negara dapat dilakukan dengan adil dan saksama.
Karya-Karya Lain

Hasil karya ada sekitar 20 baik dalam bidang ilmu nahwu, qiraah, feqah, syair dan lain-lain. Kitab beliau yang terkenal ialah kitab al-Amwal dalam bidang feqah.
RUJUKAN

1. Isegunpad (2010, June 27). Abu Ubaid dan Kaidah Ekonomi dalam Kitab Al-Amwal-nya. Retrived july
15, 2010, from http://isegunpad.wordpress.com/2010/03/05/abu-ubaid-dan-kaidah-ekonomi-dalamkitab-al-amwal-nya/ 2. Kiswadi (2010, June 26). Biografi, dan Konsep Pemikiran Abu Ubaid. Retrieved July 14, 2010, from http://kismawadi.blogspot.com/2010/04/biografi-dab-konsep-pemikiran-abu-ubaid.html 3. Ridjaluddin (2010, June 26). Abu Ubaid dan Pemikirannya. Retrieved July 15, 2010, from http:// kajianislamnugraha.blogspot.com/2009/11/abu-ubaid-dabn-pemikiran-ekonominya.html 4. Taufik Hidayat (2010, June 26). Sejarah pemikiran Abu Ubaid. Retrieved July 14, 2010, from http:// shariaheconomics.org/sef/index.php/publication/artikel/103-sejarah-pemikiran-abu-ubaid

IBNU ARABI
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Ibnu Arabi ialah Abu Abdallah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al-Hatimi Al Tai. Beliau dilahirkan di Murcia, Sepanyol pada 17 Ramadan 560 Hijrah (27 Julai 1165 Masehi). Bapanya adalah seorang pegawai kanan tentera kerajaan al-Murabitun dan al-Muwahidun di Andalus. Ibnu Arabi hidup sezaman dengan tokoh seperti Suhrawardi al Maktul, Abu Madyan, Ibn Rusyd, Ibn al Jawzi, Fakhruddin al Razi. Beliau juga telah menurut jejak langkah ayahnya menjadi anggota tentera. Selain memiliki ilmu yang tinggi dalam pengajian al-Quran, al-Hadith, Sirah Rasulullah, feqah serta persuratan dan kesusasteraan Arab, semasa hayatnya juga beliau telah dianugerahi fath rohaniah oleh Allah yang menjadikannya seorang yang memiliki ilmu-ilmu rohaniah yang hebat lagi mengkagumkan. Gurunya merupakan tokoh pendidik yang termasyhur semasa pemerintahan al Muawahhidun di Andalus. Antara murid Ibnu al-`Arabi termasuklah para pemuka metafizika dan kerohanian Islam seperti Abdullah Badral-Habashi, Ismail bin Sawdakin, al-Sadruddin al-Qunawi dan Afif al-Din al-Tilimsani; tokoh muhaddith seperti Ali bin Muzaffar al-Nushbi; ahli filologi seperti Husayn al-Irbili; serta pakar khat seperti Ibrahim bin Umar al-Qurashi. Ibnu Arabi ialah seorang ahli fikir dan pengasas kepada satu aliran pemikiran atau seorang ahli sufi. Ibnu Arabi juga telah berjaya mengasaskan sebuah tariqah yang dikenali sebagai al-Tariqah al-Akbariyyah. Beliau telah menulis tidak kurang dari 317 buah karya dan telah meninggal dunia pada tahun 638 Hijrah (1240 Masehi) Latar Belakang Karya Kitab al-Futuhat al-Makkiyah telah dikarang dan ditulis tangan oleh Ibnu Arabi sendiri sebanyak 2 edisi dalam tempoh 35 tahun. Edisi pertama ditulis dalam masa 31 tahun antara tahun 598 Hijrah (1202 Masehi) hingga 629 Hijrah (1231 Masehi) sebanyak 20 jilid. Tiga tahun kemudian, beliau mula menulis edisi kedua pula yang memperbaiki bahagian tertentu berkenaan gaya bahasa dan penghalusan isi yang tidak melibatkan perubahan besar kandungan buku. Edisi kedua itu siap selepas 4 tahun, dalam tahun 636 Hijrah (1238 Masehi) dalam 37 jilid. Kitab ini mengandungi 560 bab yang menghuraikan tentang al-Maarif, al-Malumat, al-Ahwal, al-Manazil, al-Manazilat dan al-Maqamat.
3

Karya ini juga merupakan sintesis terhebat dan pemaduan teragung dalam menghuraikan pandangan hidup Islam yang bersifat naqliyah dhauqiyah dan fikriyah. Ia berkisar tentang tiga martabat ilmu: Ilmu diperolehi melalui akal secara naluri dan proses berfikir. Ilmu diperolehi melalui pancaindera. Ilmu asrar yang melampaui batas pemikiran ilmu dan akal. Impak Kepada Masyarakat Karya dan ajaran Ibn al Arabi telah menjadi sumber inspirasi bagi generasi yang terkemudian dalam aspek merencanakan Islamisasi dalam ilmu pengetahuan. Ia merupakan karya pertama yang merakamkan doktrin dan pengajaran tasawwuf dengan gaya penulisan yang sistematik. Ia juga merupakan titik permulaan dalam perubahan tradisi tasawwuf yang mempertemukan doktrin metafizik, kosmologi dan psikologi serta antropologi yang lengkap dan sempurna. Ajaran dan karyanya banyak mempengaruhi perkembangan ajaran mistik Kristian selain telah membawa perubahan yang hebat dalam pemikiran Syiah. Karya-Karya Lain

Al Jamu wa al Tafsil fi makrifah Maani al Tanzil Kitab al Misbah fi al Jam baina al Sihhah Khsusul Hikam wal Khusus al kalim Mashahid al-Asrar al-Qudsiyah Al-Tadbirat al-Ilahiyah Kitab al-Isra Mawaqi al-Nujum Anqa Mughrib Insha al-Dawair Mishkat al-Anwar Hilyat al-Abdal Ruh al-Quds Taj al-Rasail Al-Diwan al-Kabir

RUJUKAN
1. 2. 3. 4. http://abuhasanchan.blogspot.com/2010/0...auf.html http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Arabi http://www.nagara-books.co.jp/catalog/i...page%3D2 Mohd Sani Badron (2008). Menghargai kepustakaan metafizik Islam : merujuk khusus al-Futuhat al-Makkiyyah karya Ibn Al-Arabi (560/1165 - 639/1240). (2008). In Seminar Buku Agung dan Karya Perdana dalam Tamadun Islam dan Peradaban Melayu . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
4

IBNU KHALDUN
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abu Zayd Abd al-Rahman ibnu Muhammad Ibnu Khaldun al-Hadrami. Beliau dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732 Hijrah (27 Mei 1332 Masehi). Bapa beliau merupakan seorang cendekiawan.Keluarganya yang berasal daripada keturunan Arab Hadramaut pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol tetapi telah berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya. Pada usia 10 tahun, beliau telah berpindah ke Mekah. Beliau tergolong di kalangan orang berada dan berpengaruh. Ibnu Khaldun telah mendapat pendidikan tinggi di Fez dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al-Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, mantik, sains dan matematik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Semasa hayatnya beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting di bawah pemerintah Tunisia dan Morocco; Setiausaha Negara, Anggota Majlis Ilmiah, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit, Duta Granada, Perdana Menteri Bougie, Ketua Hakim Mesir. Selain dari itu beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo serta menjadi pensyarah di Al-Azhar dan beberapa universiti di Timur Tengah. Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Beliau adalah tokoh pelbagai bidang dan penganalisis tamadun dari segi, permulaan, kegemilangan dan kejatuhan serta mahir dalam pentafsiran psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Beliau seorang negarawan malah sebagai penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Ibn Khaldun telah meninggal dunia di usia 87 tahun pada 808 Hijrah (17 Mac 1406 Masehi) di Kaherah, Mesir. Latar Belakang Karya Kitab al-Muqaddimah merupakan pengenalan kepada Kitab al-Ibar wa-diwan al-mubtada wa-al-khabar fi ayyam al-Arab wa-al-Ajam wa-al Barbar wa man asara-hum min dhawi al-sultan al-akbar. Ia adalah sebuah karya yang mempelopori ilmu persejarahan sebagai landasan kepada pembinaan disiplin ilmu sains sosial yang merupakan suatu disiplin utama dalam klasifikasi ilmu zaman moden ini. Penulisan dalam karya ini bukan sahaja mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi.

Kitab al-Muqaddimah ini juga telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Inggeris, Perancis dan Melayu. Ia adalah sumbangan yang amat penting bagi pengembangan ilmu sejarah dan sosiologi. Karya ini mengandungi enam bahagian atau kitab : Kitab 1 : Sosiologi secara umum Kitab 2 : Proses sosial dari masyarakat luar bandar dan bandar Kitab 3 : Sosiologi politik; struktur, fungsi dan institusi Kitab 4 : Sosiologi bandar; budaya dan gaya hidup masyarakat Kitab 5 : Ekonomi dan kaitannya dengan tabiat kehidupan manusia Kitab 6 : Epistemologi dan sosiologi ilmu

Model peradaban yang dikemukakan oleh beliau mengambil kira aspek biologi, fizikal, spiritual dan fitrah manusia. Muqaddimah Ibnu Khaldun juga menitikberatkan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis :

Kaedah sebab musabab dan penekanan kepada fakta sesuatu maklumat. Kaji peristiwa lalu untuk iktibar sedang berlaku. Ambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. Ambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap apa yang berlaku.

Impak Kepada Masyarakat Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, ufuk pemikirannya melebar dan terhampar melampaui batas ruang dan zaman. Beliau terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Selain itu, beliau juga telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggungjawab, pasaran efisyen, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosiologi, dan penyelidikan sejarah. Karya ini menjadi asas kepada pembinaan tamadun yang menggabungkan rohani dan jasmani serta menjadi pelopor pemikiran moden. Melalui karyanya, beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Beliau juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ramai tokoh Barat mengagumi teorinya dan telah mempengaruhi pemikiran sejarawan Arnold Toynbee (18891975), ahli sosiologi moden Vilfredo Pareto (1848-1923) dan Pitirim Sorokin (1889-1968), begitu juga dengan tokoh politik dunia seperti Kofi Annan, Putra Charles, Ibrahim Oweiss (penasihat Jimmy Carter yang juga seorang sarjana di Universiti Georgetown). Ciri-ciri keistimewaan karya ini adalah kesegaran idea, kekuatan hujjah, kedalaman huraian dan relevan serta sesuai dengan perubahan zaman dan masyarakat. Pemikiran dan karyanya juga menjadi bahan kajian dan rujukan untuk menghasilkan karya-karya ilmiah yang lain serta sering dijadikan tema dalam perbincangan intelektual. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya juga telah diabadikan di sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun. Karya-Karya Lain

Lubab al-muhassal Shifa al-sail li-tahdhib al-masail Tarif bi-Ibn Khaldun wa-rihlatuhu sharqan wa-gharban Al-Sirah al-Nabawiyah Bughyat ar-ruwwad fi dhikr al-muluk min Bani Abd al-Wad

RUJUKAN
1. http://www.columbia.edu/itc/mealac/prit...dun.html 2. http://www.dawama.com/index.php?ch=11&pg=381&ac=1099&tpt_id=11 3. http://www.hilalplaza.com/browseproducts/The-Muqaddimah---IbnKhaldun.html 4. http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=608 5. Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung. (n.d.). Retreived July 15, 2010, from www.pislam.edu.my/ portal/index.php?option= com_docman. 6. Muqaddimah Ibnu Khaldun : Pengasas Ilmu Sejarah sebagai Disiplin Sains Sosial. (2008). In Seminar Buku Agung dan Karya Perdana dalam Tamadun Islam dan Peradaban Melayu . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH


Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Ibnu Qayyim ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sad bin Hariz al-Zari al-Dimasyqi. Beliau dilahirkan dalam keluarga pencinta ilmu. Ibnu Qayyim banyak belajar daripada ulama besar di Damsyik, Kaherah dan Mekah. Beliau memulakan pendidikan formalnya di Madrasah al-Jauziah yang dikelolakan oleh ayahnya, Abi Bakr bin Ayyub az-Zari. Ibnu Qayyim merupakan ulama besar yang menguasai bahasa Arab, tafsir, Hadith, sejarah, tasawwuf, ilmu kalam dan falsafah serta ahli feqah tersohor dalam Mazhab Hanbali dan ahli nahu yang terkenal . Antara gurunya dalam bidang feqah ialah Asy-Syirazi (1236-1311 Masehi) dan Ismail Majduddin al-Farra al-Harrani (1329 Masehi). Ilmu tauhid dan usul fiqh dipelajarinya daripada Muhammad Syafiuddin bin Abdurrahman bin Muhammad al-Armawi asy-SyafiI (1315 Masehi). Ibnu Taimiyah (1312 Masehi) menjadi guru tetapnya dalam bidang tafsir, Hadith, feqah, faraid, dan ilmu kalam. Beliau juga mengecam para sufi yang meniadakan taklif (kewajipan keagamaan), memisahkan syariat daripada hakikat dan berlebih-lebihan dalam beribadah. Beliau menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pedoman tasawwuf. Menurutnya, bertasawwuf dengan sesungguhnya adalah meniru perilaku hidup Nabi Muhammad s.a.w. Bersama Ibnu Taimiyah, beliau berupaya menyepadukan syariat dan tasawwuf. Beliau juga mengajar maqam (tahap sufi) yang harus dilalui oleh para pengikut tarekat agar berada sedekat mungkin dengan Allah S.W.T. seperti zuhud, taubat, warak, sabar, tawakal dan redha. Beliau meninggal dunia pada tahun 1350 Masehi. Latar Belakang Karya Kitab Zad al-Maad terbahagi kepada 5 jilid :Jilid 1 : Mengupas tentang keesaan Allah, zat, sifat dan asma-Nya yang disusul dengan ulasan mengenai Rasulullah s.a.w. yang dijadikan oleh Allah sebagai pembawa risalah sekaligus sebagai penutup para Nabi dan Rasul. Jilid 2 : Mengupas masalah zakat, sedekah, puasa, haji dan berbagai adab Islami yang melengkapi pembahasan pada jilid pertama, termasuk pula zikir dan doa yang Rasulullah s.a.w. Jilid 3 : Mengupas tentang jihad dan peperangan, termasuk sirah Baginda di Mekah dan Madinah. Jilid 4 : Mengupas tentang rawatan dan perubatan Nabi. Jilid 5 : Mengupas tentang hukum hakam munakahat dan muamalat.

Karya ini turut membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam berijtihad seperti ijma, qias, al-maslahah al-mursalah (kemaslahatan yang tidak didukung dalil syarak secara terperinci, tetapi didukung makna sejumlah nas), istishab (tetap berlakunya suatu hukum kerana tidak adanya hukum baru), urf (kebiasaan yang berlaku di tengah masyarakat dan berjalan dengan baik), dan al-dhariah (sesuatu yang membawa pada sesuatu yang dilarang kerana mengandungi kemudaratan).

Impak kepada Masyarakat Pendapat Ibnu Qayyim tentang ijtihad yang harus disesuaikan mengikut tempat dan zaman telah mengubah persepsi masyarakat yang menganggap pintu ijtihad telah tertutup dan seterusnya menjadikan ijtihad sebagai salah satu sumber perundangan Islam mengikut kaedah yang ditentukan. Kitab ini juga menjadi rujukan dan panduan masyarakat Islam khususnya dalam perundangan Islam. RUJUKAN
1. Ensiklopedia Islam untuk pelajar(n.d). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 2. http://www.republika.co.id 3. Mohd Asri Zainul Abidin (2008). Al-Hafiz al-Imam Ibn Qayyim al-Jawziyah dan Karya Sirahnya Zaad al-Maad fi Hady Khair al-Ibad. In Seminar Buku Agung dan Karya Perdana dalam Tamadun Islam dan Peradaban Melayu . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

IBNU SINA
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Husayn b. Abd Allah bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali Ibn Sina. Beliau dilahirkan dalam tahun 370 Hijrah (980 Masehi) di sebuah kampung bernama Ashfana dalam sebuah daerah di Bukhara (sekarang dikenali sebagai Uzbekistan). Ibnu Sina hidup dalam abad keempat iaitu pada zaman kegemilangan Islam dari segi tradisi keilmuan di bawah Khulafah Abbasiyah. Kelahiran beliau adalah pada zaman kemuncak tamadun Arab Islam dan bahasa Arab menjadi medium utama penyebaran ilmu. Beliau mendalami bahasa ini dengan berguru kepada Abu Bakr Ahmad b Muhammad al-Barqi al-Khawarizmi kerana bahasa ibunda beliau adalah Parsi. Ibnu Sina telah menghafaz Al-Quran dalam usia 10 tahun. Pada usia 14 tahun tahap keintelektualan dan kekuatan memori beliau telah mengatasi guru-gurunya. Selain menumpukan perhatian terhadap bidang falsafah, geometri dan matematik, beliau turut mendalami ilmu feqah dan sufisme dengan Ismail al-Zahid al-Bukhari. Abu Abdallah al-Natli seorang ahli falsafah, juga menjadi guru beliau dan dikatakan menjadi pendorong minat beliau kepada bidang sains teoritikal (theoretical sciences) dan kajian falsafah. Dari sini Ibnu Sina mula tertarik kepada sains perubatan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang ini dengan berguru dari seorang sarjana kepada sarjana yang lain. Beliau menjadi begitu mahir dalam bidang perubatan dalam masa yang singkat sehingga dikatakan ramai sarjana dalam bidang ini turut berguru dengan beliau di samping memberi rawatan melalui pelbagai kaedah yang diterokainya. Beliau tidak menganggap dirinya sebagai ahli perubatan, sebaliknya lebih menumpukan usaha mendalami bidang ini dengan memberi rawatan bermotifkan kemanusiaan. Ketika berusia 18 tahun, kesarjanaan beliau yang hebat dalam bidang falsafah dan ilmu perubatan amat menyerlah dan tersebar luas. Beliau menulis kitab al-Majmu (the Compendium) semasa berusia 21 tahun dengan memberi tumpuan terhadap sains teoritikal (theoretical sciences), kecuali bidang matematik. Usaha menyebarkan ilmu pengetahuan diteruskan sehinggalah ke akhir hayat beliau. Ibnu Sina dianggap sebagai tokoh pemikir Islam terulung dan tokoh bidang perubatan terhebat. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat 428 Hijrah (1037 Masehi) dalam usia 57 tahun dan dikebumikan di Hamadan, Persia. Latar Belakang Karya Al-Qanun Fi al-Tibb (Canon of Medicine) telah dianggap sebagai hasil karya agung beliau yang telah berjaya menghubungkan secara sistematik semua pemikiran dan doktrin perubatan Hippocrates dan Galen (ahli perubatan Roman) dengan konsep-konsep biologikal Aristotle. Karya ini mengandungi 5 buah buku seperti berikut: Buku 1 Aspek-aspek umum ilmu perubatan (teori-teori asas; penyakit, punca dan gejala; penjagaan kesihatan dan rawatan umum)
10

Buku 2 Ubatan-ubatan tunggal (tumbuhan herba; organ haiwan; galian, logam dan batu-batan) Buku 3 Penyakit-penyakit yang menimpa organ-organ tubuh secara khusus (organ kepala, otak, penyakit saraf, organ mata, telinga, hidung dan semua anggota tubuh lain) Buku 4 Penyakit-penyakit yang tidak menimpa sesuatu organ tubuh secara khusus (demam dan krisis, bengkak dan bisul, kulit, sengatan binatang, rambut, keracunan dan rawatan kecederaan) Buku 5 Sintesis ubatan-ubatan (ubatan-ubatan kompleks) yang meliputi jenis ubatubatan, penyakit dan ubat serta jadual ubat-ubatan. Dr. William Osler mengatakan Al-Qanun merupakan sumber rujukan utama bidang perubatan dalam satu jangkamasa yang amat panjang melampaui karya-karya lain. Profesor John Urquhart dalam tahun 2006 telah membuat perbandingan di antara Al-Qanun dengan The Principles and Practice of Medicine, 1892 oleh Sir William Osler (karya paling berpengaruh dalam bidang perubatan bagi kurun ke 19) dan beliau masih meletakkan al-Qanun sebagai yang terbaik dari segi bagaimana Ibnu Sina merungkai beberapa persoalan dalam bidang ini. Berasaskan kepada doktrin humoral Hippocrates, Al-Qanun kekal sebagai paradigma dunia perubatan dan telah mendominasi dunia sebelah timur dan barat lebih daripada 2000 tahun. Impak Kepada Masyarakat Karya ini dianggap sebagai lambang pencapaian gemilang dunia Islam dalam bidang perubatan sehingga kini. Selama enam abad ia telah menjadi karya yang digunakan sebagai buku teks paling berpengaruh dan menjadi rujukan utama bagi fakulti perubatan di serata pelusuk Asia dan Eropah contohnya di University of Montpellier, Perancis. al-Qanun telah diterjemahkan (daripada bahasa Arab) ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of Cremona (11141187) dalam kurun ke 12 Masehi. Versi Latin ini diterbitkan di Milan dalam tahun 1473. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew di Naples pada tahun 1491 dan versi Arab turut diterbitkan di Rome pada 1593. Selain itu, ia turut diterjemah dan diterbitkan ke dalam bahasa lain termasuk bahasa Parsi, China (Hui Yaofang), German, Perancis dan Inggeris. Penterjemahan al-Qanun Fi al Tibb ini ke dalam bahasa Melayu juga sedang diusahakan oleh Dr. Mohamad Hilmi Abdullah (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan). Karya ini menjadi asas kepada perubatan Unani, suatu bidang perubatan tradisional di India. Ia dianggap sebagai buku pertama yang mempelopori tentang evidence-based medicine, experimental medicine, clinical trials, randomized controlled trials, efficacy test, risk factor analysis dan idea tentang sesuatu sindrom dalam membuat diagnosis bagi sesuatu penyakit. Al-Qanun juga menjadi asas kepada bidang farmakologi di mana Al-Qanun memberi garis panduan dan prinsip bagi membuat pengujian keberkesanan ubat-ubatan.
11

Al-Qanun masih diperbincangkan dan menjadi rujukan kepada penulis-penulis untuk menghasilkan karya-karya lain. Mengikut Dr. Mohd Hilmi Abdullah (pengkaji perubatan Ibnu Sina) berpandangan bahawa perubatan Ibnu Sina masih relevan hingga kini serta masih dipraktikkan dengan jayanya di India dan Pakistan. Ia turut diajar di beberapa universiti di sana sehingga peringkat Doktor Falsafah. Mengikut (Ahmet Aciduman et. al., 2009) bab daripada al-Qanun iaitu Fracture of the Skull telah menghuraikan secara lengkap berkaitan aspek tersebut sehingga Ibnu Sina telah dianggap sebagai the real successor of Galen and Paul of Aegina. Sehingga kini Al-Qanun masih digunakan untuk pengajaran di UCLA dan di Yale University sebagai sebahagian daripada kajian sejarah bidang perubatan. George Sarton dalam pengenalan kepada buku History of Medicine menganggap Ibnu Sina sebagai tokoh pemikir Islam terulung dan tokoh bidang perubatan terhebat. Al-Qanun juga dianggap sebagai ensaiklopedia bidang perubatan paling unggul. Arnold C. Klebs menggambarkannya sebagai salah satu daripada fenomena intelektual yang amat signifikan sepanjang zaman (one of the most significant intellectual phenomena of all times).
RUJUKAN 1. Abd al-Rahman al Naqib. (1993). Avicenna (370?-428 AH - 980?-1037 AD) Prospects: the quarterly review of comparative education (Vol. 23, pp. 53-69). Paris: International Bureau of Education, UNESCO. 2. Ahmet Aciduman, B. A., Fatma G. Ozakturk, Umit F. Telatar. (2009). What does Al-Qanun Fi Al-Tibb (The Canon of Medicine) say on head injuries? Neurosurgical Review, 32, 255-263. 3. Avicenna. (1999). The Canon of Medicine (al-Qnn f'l-tibb), . In L. Bakhtiar (Ed.), Great Books of the Islamic World. 4. http://ddc.aub.edu.lb/projects/saab/avicenna/index.html 5. Mohd Hilmi Abdullah. (2007). Rawatan umum dalam Perubatan Ibnu Sina. Kota Bharu: Pustaka Ilmi. 6. Mohd Hilmi Abdullah. (2008). Mengenai Perubatan Ibnu Sina. Paper presented at the Seminar Buku Agung dan Karya Perdana dalam Tamadun Islam dan Peradaban Melayu. 7. Osler, W. (1913). The Evolution of Modern Medicine. Retrieved 2010, from http:// www.gutenberg.org/files/1566/1566-h/1566-h.htm 8. The Canon of Medicine (Work by Avicenna). (2008). 9. Urquhart, J. (2006). How Islam changed medicine Ibn Sina (Avicenna) saw medicine and surgery as one. British Medical Journal, 332(7533), 120.

12

IMAM AL-GHAZALI
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazali al-Tusi. Nama panggilannya (kunyah) pula Abu Hamid. Nama-nama gelaran lain ialah Hujjatul-Islam, Siraj al-Mujtahidin dan Zain al-Abidin. Imam al-Ghazali dilahirkan pada 450 Hijrah (1058 Masehi ) di Ghazalah, di pinggir kota Tus, Khurasan, Iran Utara. Ayahnya bekerja menenun kain dari bulu biri-biri dan seorang yang suka bergaul dengan ulamak dan para sufi. Beliau meninggal dunia semasa umur Imam Al-Ghazali 6 tahun. Pada 473 Hijrah Imam Al-Ghazali menuntut di al-Madrasah an-Nizamiyyah, Nisyabur bagi mempelajari ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu bahasa seperti ilmu feqah, ilmu usul, ilmu mantiq, ilmu falsafah, ilmu kalam dan ilmu perdebatan. Beliau banyak menulis kitab semasa berada di madrasah ini. Beliau belajar ilmu tasawwuf pada tahun 409 Hijrah. Imam al-Ghazali dikurniakan empat orang anak, seorang lelaki dan empat orang perempuan.Pada tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai pengetua/ketua professor di al-Madrasah an-Nizamiyyah Baghdad dan meletakkan jawatan pada 488 Hijrah. Beliau diberikan gelaran Syaikh al-Islam, iaitu pangkat yang paling tinggi dari segi akademik dan keagamaan semasa berusia 34 tahun. Beliau berpegang kepada mazhab Shafie. Beliau mencipta sistem pengkelasan yang membahagikan ilmu kepada dua jenis iaitu ilmu wajib dan ilmu berguna. Ilmu wajib merujuk kepada ilmu al-Quran manakala ilmu berguna merujuk kepada cabang-cabang ilmu lain yang bermanfaat kepada insan. Imam al-Ghazali telah meninggal dunia di Tus pada 505 Hijrah (1111 Masehi). Latar Belakang Karya Ihya Ulum al-Din merupakan salah satu karya besar Iman al-Ghazali. Kitab ini terdiri daripada empat bahagian. Setiap bahagian terdiri daripada sepuluh buku (kitab). Dua buku pertama dalam bahagian pertama memuatkan takrif berkenaan ilmu dan asas-asas kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah, sementara yang lainnya berkenaan masalah amalan ibadat dalam lima rukun Islam. Bahagian dalam kitab Ihya Ulum al-Din adalah seperti berikut: Bahagian 1 : Ibadat Kitab ilmu Kitab kaedah kaedah itikad (aqidah) Kitab rahsia (hikmah) bersuci Kitab hikmah solat

13

Kitab hikmah zakat Kitab hikmah puasa Kitab hikmah haji Kitab adab (kesopanan) membaca al-Quran Kitab zikir dan doa Kitab tertib wirid pada masing-masing waktunya Bahagian 2 : Pekerjaan seharian Kitab adab makan Kitab adab perkahwinan Kitab hukum berusaha (bekerja) Kitab halal dan haram Kitab adab berteman dan bergaul dengan berbagai golongan manusia Kitab uzlah (mengasingkan diri) Kitab adab bermusafir (berjalan jauh) Kitab mendengar dan merasa Kitab amar maruf dan nahi mungkar Kitab adab kehidupan dan budi pekerti (akhlak) kenabian Bahagian 3 : Perbuatan yang membinasakan Kitab menguraikan keajaiban hati Kitab latihan diri (jiwa) Kitab bahaya hawa nafsu perut dan kemaluan Kitab bahaya lidah Kitab bahaya marah, dendam dan dengki Kitab tercelanya dunia Kitab tercelanya harta dan kikir Kitab tercelanya sifat suka kemegahan dan riak Kitab tercelanya sifat takabur dan ujub Kitab tercelanya sifat tertipu dengan kesenangan duniawi Bahagian 4 : Perbuatan yang melepaskan/menyelamatkan Kitab taubat Kitab sabar dan syukur Kitab takut dan harap Kitab fakir dan zuhud Kitab tauhid dan tawakal Kitab cinta kasih, rindu, jinak hati dan rela Kitab niat, benar dan ikhlas Kitab muraqabah dan menghitung amalan Kitab memikirkan hal diri (tafakur) Kitab ingat mati

14

Impak Kepada Masyarakat Kandungan Ihya Ulum al-Din merangkumi ibadat, pergaulan hidup sesama manusia, perkahwinan, pembangunan rumah tangga hingga kepada undang-undang jenayah. Ini menjadi sumber rujukan dan panduan bagi membina masayarakat yang mempunyai akhlak dan amalan terpuji. Ihya Ulum al-Din menjadi bahan rujukan berkaitan feqah, tasawwuf, falsafah, akhlak dan aqidah. Kitab ini membolehkan satu perbandingan dibuat antara falsafah Islam dan falsafah lain seperti Kristian Yunani dan moden.

Karya-Karya Lain Kitab yang ditulis oleh Imam al-Ghazali dianggarkan melebihi 200 buah. Namun yang masih kekal hingga ke hari ini lebih kurang 50 buah sahaja. Kebanyakan kitab beliau ditulis dalam Bahasa Arab. Terdapat juga dalam Bahasa Parsi. Kitab beliau yang terkenal di Malaysia selain Ihya Ulum al-Din ialah: ar-Risalah al-Ladunniyyah al-Munqidh Min ad-Dalal Bidayah al-Hidayah Minhaj al-Abidin Mizan al-'Amal Kimiya' as-Sa'adah Misykah al-Anwar Tahafut al-Falasifah RUJUKAN
1. Al-Ghazali. (1988). Ihya' ulumiddin atau mengembangkan ilmu-ilmu agama. (TK H. Ismail Yakub MA-SH, Trans.) Singapura: Pustaka National. 2. Ensiklopedia Islam untuk pelajar. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali 4. http://www.ghazali.org 5. http://www.scribd.com/doc/5370755/ALGhazali 6. Seminar Buku agung dan karya perdana dalam tamadun Islam dan peradaban Melayu 12-13 Ogos 2008. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

15

IMAM SYAFII
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Imam Syafii ialah Abu Abd Allah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin al-Syafii bin al-Saib bin Ubayd bin Abd Yazid bin Hashim bin al-Muttalib bin Abd Manaf bin Qusayy al-Qurashi. Beliau dilahirkan di Bandar Ghazzah, Palestin pada tahun 150H. Semasa berumur 2 tahun dia dibawa ibunya Fatimah Abdullah Al-Azdiyy ke Mekah. Semasa kecil, Imam Syafii hidup dalam kemiskinan tetapi mempunyai semangat yang tinggi dalam mempelajari ilmu pengetahuan. Beliau terpaksa mengumpul batu-batu yang elok, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk mencata ilmu yang dipelajari. Kadangkala beliau pergi ketempattempat perhimpunan untuk mendapatkan kertas. Ketika usia beliau 7 tahun beliau telah dapat menghafaz Al-Quran. Semasa umur beliau 10 tahun beliau telah dapat menghafal al-Muwatta yang ditulis oleh gurunya Imam Malik sehinggakan beliau diberi kepercayaan untuk mengganti gurunya itu semasa ketiadaan beliau. Satu lagi keistimewaan Imam Syafii ialah suara beliau yang merdu anugerah Allah S.W.T. Bacaan al-Quran oleh Imam Syafii berjaya menarik minat ramai orang untuk mendengarnya, bahkan pendengar termasuk ulama sangat kusyuk dan menangis kerana bijaknya Imam Syafii menyesuaikan suaranya dengan ayat-ayat rahmat dan ayat-ayat azab. Selain minat yang tinggi dalam dalam pembelajaran, Imam Syafii juga minat memanah. Beliau amat mahir dalam hal ini dan pernah memanah dengan 10 anak panah yang kesemuanya menepati sasaran. Imam Syafii juga sangat cenderung mempelajari syair, sastera dan sejarah. Bebarapa peristiwa telah terjadi ke atas dirinya dan ini telah mengubah kecenderungannya untuk mendalami Ilmu fiqah. Imam Syafii bukan sahaja mendalami ilmu fiqah melalui guru-gurunya di Madinah bahkan beliau menuntut sampai ke Baghdad. Ilmu fiqah yang ditulisnya telah dapat menyatukan ilmu fiqah orang-orang di Madinah dan juga ilmu fiqah orang-orang di Iraq. Penyatuan ini banyak berdasarkan penyesuaian dan akal. Ketika usia remaja, Imam Syafii mula bekerja di negeri Yaman. Banyak peristiwa yang mencabar ketokohan Imam Syafii, tetapi berkat ketinggian ilmu beliau, beliau terus dihormati dan ramai yang menuntut ilmu daripadanya. Pengembaraan beliau di beberapa tempat seperti Kufah, Basrah, Mekah, Baghdad dan Mesir terus memperkukuhkan ilmu pengetahuannya. Antara guru-guru Imam Syafii di Mekah ialah Muslim Khalid Az-Zinji, Imam Malik, Sufian bin Uyainah, Said bin Al-Kudah, Daud bin Abdul Rahman, al- Attar dan Abdul Hamid bin Abdul Aziz Bin Abi daud. Guru-guru beliau di Madinah pula ialah Malik bin Anas, Ibrahim bin Sad AL-Ansari, Abul aziz bin Muhammad Ad-Dawardi, Ibrahim bin Yahya Al-Usami, Muhammad Said bin Abi Fudaik dan Abdullah bin Nafi As-Saigh. Semasa di Yaman beliau berguru dengan Matraf bin Mazin, Hisyam bin Yusuf Kadhi, Umar bin Abi Maslamah dan semasa di Iraq beliau berguru dengan Muhammad bin Al-Hasan, Waki bin Al-Jarrah Al-Kufi, Usamah Al-Kufi, Ismail bin Attiah Al-Basri dan Abdul Wahab bin Abdul Majid Al-Basri.

16

Sebagaimana ramainya guru Imam Syafii, begitu juga ramai murid beliau. Antara murid beliau yang termasyhur ialah Ahmad bin Hanbal. Murid-murid beliau yang lain ialah Abu Bakar Al-Humaidi, Ibrahim bin Muhammad Al-Abbas, Abu Bkr Muhammad bin Idris, Musa bin Abi Al-Jarud, Al-Hasan As-Sabah Az-Zafarani, Al-Husin bin Ali Al-Karabasi, Abu Thur Al-Kulbi, Ahmad bin Muhammad Al-Asyari Al-Basri, Hurmalah bin Yahya, Yusuf bin Yahya Al-Buwaiti, Ismail bin Yahya Al-Mizani, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam dan Ar-Rabi bin Sulaiman Al-Jizi. Imam Syafii, tokoh yang terkenal dengan kebijaksanaan, kemuliaan akhlak dan kepandaian berbahasa meninggal dunia di Mesir ketika usia beliau 54 tahun iaitu pada 30 Rejab 204 Hijrah bersamaan 20 Januari 820 Masehi. Latar Belakang Karya: Al-Umm Kitab Al-Umm adalah sebuah kitab yang luas dan tinggi bagi ilmu feqah. Ia merupakan kitab induk dari kitab-kitab rujukan dalam mazhab Syafii yang mengandungi pendapat-pendapat Imam Syafii dalam hal berkaitan feqah. Karya beliau ditulis dalam 4 jilid yang menerangkan tentang taharah, solat, pengurusan jenazah, zakat, puasa, itikaf, haji, penyembelihan, nazar, jual beli, riba ,penggadaian, muflis, perdamaian, syufah, hibah, luqtah, laqith, faraid, wasiat, jizyah (cukai), memerangi orang derhaka, pertandingan dan perlawanan dengan memanah dan memerangi orang musyrik serta harta orang harbi dan Munakahat. Imam Syafii melalui al-Umm cuba memperlihatkan perkembangan pengolakan teori pemikiran perundangan Islam dalam kalangan Mahzab fikah yang wujud pada zaman beliau. Bagi menjelaskan pendapat setiap individu Imam Syafii mengemukakan dalam bentuk dialog di samping mengeluarkan pendapatnya sebagai penyelesaian (Abdullah, 1989). Menurut Saudi (1986) gaya penulisan al-Umm menunjukkan kealiman dan kepandaian serta kemahiran Imam Syafii tentang ilmu feqah kerana susunan kalimahnya yang tinggi dan indah serta mengandungi ibarat yang halus, bermutu tinggi dan tahan untuk diperdebatkan. Masalah dibahas dengan dalil yang baik daripada al-Quran, sunah, ijma dan qiyas. Impak Kepada Masyarakat Al-Umm menjadi rujukan utama dalam ilmu feqah dan merupakan kitab induk dalam mazhab Syafiii. Mahzab Syafii ialah mahzab yang dominan bagi umat Islam di Syria, Palestin, Lebanon, Arab Saudi, Chechnya, Kurdistan, Mesir, Djibouti, Eritrea, Somalia, Yaman, Sudan, Maldives, Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia. Ia juga diamalkan oleh komuniti Islam di Swahili, Mauritius, Thailand, Vietnam, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, Ethiopia, Kazakhstan, dan beberapa negeri di India iaitu Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Tamil Nadu. Umat Islam yang berpegang kepada Mahzab Syafii merupakan 29% dari keseluruhan umat Islam di dunia yang merupakan ahli sunnah.

17

Melalui Al-Umm Imam Syafii dapat menyatukan pendapat masyarakat Islam di Madinah dan Iraq mengenai ilmu feqah. Pendapat-pendapat Imam Syafii yang ditulis dalam karya ini mudah diterima oleh akal dan menjadi rujukan kepada ulama-ulama besar khususnya di Nusantara dalam menghasilkan karya-karya agung yang lain. Antara tokoh-tokoh dalam peradaban Islam yang merujuk kitab ini ialah Ibn Sina, ar-Raniri, Syeikh Daud al-Fatani, Tok Kenali, Sheikh Wan Ahmad Fatani dan ramai lagi. Latar Belakang Karya: Al-Risalah Al-Risalah merupakan salah satu karya agung Imam Syafii yang menjawab persoalan mengenai undang-undang dari memahami undang-undang itu sendiri, mengapa harus dipatuhi, apakah sumber-sumbernya, bagaimana cara membuat penyelarasan sehinggalah bagaimana untuk meminda atau membatalkannya. Melalui penulisan ini Imam Syafii telah mengasaskan Ilmu Usul al-Fiqh. Teori perundangan Karya Imam Syafii ini merangkumi pembangunan teori baru dalam pentafsiran dua sumber undang-undang iaitu undang-undang samawi, Al-Quran dan sunnah. Kitab ini mentakrif dan mengenalpasti Sunnah sebagai sinonim dengan Hadith. Ia memperkenalkan hiraki empat sumber utama undang-undang iaitu Al-Quran, Sunnah, ijma dan qiyas. Mengikut Hamidullah tujuan penulisan al-Risalah ialah untuk mempersatukan pemikiran umat Islam. Ia merupakan kitab perundangan Islam yang tertua di dunia.Dikatakan al-Risalah disusun atas permintaan Imam Abdul Rahman Mahdi seorang ahli Hadith ketika itu. Kitab al-Risalah telah meletakkan Imam Syafii sebagai pengasas Prinsip Undang-Undang Islam. Impak Kepada Masyarakat Al-Risalah menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia yang berpegang kepada Mazhab Syafii. Sehingga hari ini al-Risalah masih relevan untuk dirujuk bagi menghadapi perbezaan pendapat akibat kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Al-Risalah juga menjadi rujukan penting oleh umat Islam dari mazhab-mazhab lain. Kitab ini selain diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Urdu ia juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Eropah. Ia sering dijadikan bahan untuk syarahan dan ulasan oleh tokoh-tokoh perundangan seperti Abu Bakar al-Sayrafi, al-Naysaburi, al-Shashi, Abu Bakar al-Jawzaqi dan al-Juwayni. Karya-Karya Lain Usul Fiqh Ahkam Al-Quran Ikhtilaf Al-Hadis Ibtal Al-Istihsan Al-Imla Al-Amali Al-Musnad

18

RUJUKAN
1. Asy-syurbasib(1978). Biografi Imam Mazhab Empat: Hanafi-Maliki-Syafii-Hanbali. Kota Bharu: Pustaka Aman 2. Bosworth,C.E E. Vau Donze, C. E and W.P.Heinrich,W.P. (1997). Leiden: E.J. Brill 3. Haddad, G. F. Imam ShafiI (n.d). Retrieved July 9, 2010 from http://www.sunnah.org/publication/ khulafa_rashideen/shafiee.htm 4. Hamidullah, M. (n.d). Contribution of Imam al-Shafi.e from the book Emergence of Islam. Retrieved July 28, 2010 from http://www.muslimheritage.com/day_lifeImamal-Shafie. 5. Mohd Yahya Mohamed Ariffin (n.d). Komunikasi Imam Shafie dalam Penyebaran Islam. Retrieved July 28, 2010 from http://portalhfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/KOMUNIKASI. 6. Muhammad ibn Idris al-SyafiI (1997). Al-Umm (Kitab Induk). Kuala Lumpur: Victory Agency. 7. Muhammad ibn Idris al-ShafiI (1900). Al-Umm. al-Qahirah :MAktabah al-Kuliyyah al-Azhar. 8. Shafii. Retrieved July 28, 2010 from http;//EN.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/Shafi%60i 9. Tamman, Ahmad (2008). Imam Ash-Shafi,I (150-204 AH) : the Defender of the Sunnah. Retreived July 36, 2010, from Http://www. Islamonline.netservlet/SATELLITE?+ARTICLE_C&CID=119 10. Wan Azhar Wan Ahmad (2008). Al-Risalah Nukilan Imam Syafii: Pencetus Karya Kaedah-Kaedah Persyariatan Islam kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Buku Agung dan Karya Perdana dalam Tamadun Islam dan Peradaban Melayu.

19

AL-MAQRIZI
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar al-Maqrizi ialah Taqi al-Din Abu alAbbas Ahmad ibnu Ali ibnu Abd al-Qadir al-Maqrizi. al-Maqrizi dilahirkan di Barjuwan, Qaherah pada 766 Hijrah (1364 Masehi). Bapanya bermazhab Hanbali manakala datuk sebelah ibunya, Shaykh Shams al-Din al-Saigh adalah seorang qadi bermazhab Hanafi, seorang muhaddith besar di zamannya. Melalui datuknya inilah, al-Maqrizi terdidik sebagai seorang yang mengikuti mazhab Hanafi. Namun, setelah kematian ayahnya al-Maqrizi memilih mazhab Syafii. Dua orang guru al-Maqrizi yang terkenal sebagai sejarawan adalah Ibn Khaldun dan Ibn Duqmaq. Al-Maqrizi mendapat pendidikan awal melalui datuknya sehingga berusia 10 tahun. Ketika berusia 22 tahun, al-Maqrizi diberikan amanah sebagai pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mencatat dokumen-dokumen rasmi (muwaqqi) bagi Qadi Badr al-Din Muhammad ibn Fadullah al-Umari. Kemudiannya al-Maqrizi dilantik sebagai naib qadi shafii, imam dan nazir di Jami al-Hakim, guru Hadith di Madrasah al-Muayyadiyyah sehingga kerjaya kemuncaknya dilantik sebagai Muhtasib di Qaherah. Pada tahun 810 Hijrah (1407-8 Masehi), iaitu setelah kematian gurunya Ibn Khaldun, al-Maqrizi ke Damshiq mengikuti rombongan Sultan al-Nasir Faraj ibn al-Barquq dan dilantik sebagai guru Hadith di Madrasah Iqbaliyyah dan Ashrafiyyah serta ketua pengurus kewangan (nazir) bagi waqaf al-Qalanisi dan Bimaristan al-Nuri. Apabila kembali ke Qaherah diberikan jawatan guru utama (shaykh) di Madrasah al-Muayyadiyyah. Pada tahun 835 Hijrah (1432 Masehi) beliau menunaikan haji di Mekah dan mengajar ilmu Hadith di kota Mekah. Pada tahun 839 Hijrah (1432 Masehi), al-Maqrizi melepaskan kesemua jawatannya untuk menghabiskan usianya dengan mengarang. al-Maqrizi meninggal dunia di Mesir pada 27 Ramadhan 845 Hijrah (9 Februari 1442 Masehi) pada usia 79 tahun dan disemadikan di sebelah makam gurunya, Ibn Khaldun di Qaherah. Latar Belakang Karya al-Khitat adalah kitab sejarah topografi Mesir dan penulisan mengenai sejarah topografi Mesir mencapai kemuncaknya di tangan al-Maqrizi. al-Khitat ditulis bermula dari tahun 1417 Masehi dan selesai pada tahun 1436 Masehi. Ianya ditulis atas sentimen kecintaan kepada tanahair Mesir yang didorong oleh al-Quran. Dalam pendahuluannya, kitab ini menceritakan tentang bumi Mesir yang merupakan bumi anbiya sepertimana yang disebut dalam al-Quran. al-Khitat adalah karya yang memperincikan gambaran topografi Mesir, termasuk sejarah pelbagai institusi ekonomi, politik, pendidikan, sistem pemerintahan dan biografi personaliti terpilih.

20

Pendekatan al-Maqrizi dalam penulisan adalah dengan memperhalusi elemen-elemen sejarah iaitu nilai ilmu sejarah dan peranan sejarawan, sejarah sebagai pengajaran dan peringatan, keadilan dan kezaliman sebagai tema universal sejarah. al-Maqrizi mengikuti tiga kaedah penulisan al-Khitat iaitu penukilan (naql) daripada kitab-kitab yang ditulis dalam pelbagai bidang, periwayatan (al-riwayah) daripada kalangan ilmuan dan tokoh-tokoh penting yang dikenali al-Maqrizi dan penyaksian (al-mushahadah) terhadap perkara yang berlaku, yang telah diselidiki kebenarannya. Pendekatan dan gaya penganalisaan al-Khitat selari dengan Muqaddimah. Karya-karya al-Maqrizi menjangkau lebih 200 buah dalam pelbagai bidang. Impak Kepada Masyarakat al-Khitat mengajak pembaca supaya merujuk kepada karya-karya pengarangnya yang terdahulu bagi mereka yang mahukan maklumat lanjut atau sebagai rujukan tambahan. Antara sumbangan al-Khitat yang berharga ialah keupayaannya memanfaatkan pelbagai sumber rujukan sehingga melalaui karya al-Khitat ini dapat diketahui maklumat tentang kewujudan pelbagai judul buku yang kebanyakannya sudah ditelan zaman. al-Khitat menjadi rujukan bagi sejarawan dan pengkaji sejarah Mesir. Karya-Karya Lain

Al-Muqaffa al-Kabir Ighathah al-Ummah Bi kasf al-Ghummah Shudhur al-Uqud fi dhikr al-Nuqud Imta al-Asma bi ma li al-rasul min al-Abna wa al-Hafadah wa al-Ahwal wa al-Mata Al-Niza wa al-Takhasum fi ma bayna Bani Umayyah wa Bani Hashim Durar al-Uqud Al-Suluk li-marifat duwal al-Muluk Tajrid al-Tawhid al-Mufid Iqd al-Jawahir al-Asfat min Akhbar Madinah al-Fustat Ittiaz al-Hunafa Al-Uqud al-Faridah

RUJUKAN
1. Elias, A. (12 - 13 Ogos 2008). "al-Maqrizi dan karya agung sejarahnya : menterjemahkan faham sejarah Ibn Khaldun? Buku agung dan karya perdana dalam tamadun Islam dan peradaban Melayu". Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 2. El-Sergany, Ragheb (2008, April 1). Al-Maqrizi. Islam Story. Retrieved July 14, 2010 from http:// en.islamstory.com/al-maqrizi-muslim-figures.html 3. Haddad G. F. (2007, April 13). Al-Maqrizi. Retrieved July 19, 2010, from http://www.livingislam.org/ k/mqr_e.html 4. Muslim Heritage (2005, May 24). The scholars of Cairo : Al-Maqrizi. Retrieved July 14, 2010 fromhttp://muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=512#Al-Maqrizi 5. Smith, Martyn. (2007, March 14). Putting al-Maqrizi online. Retrieved July 15, 2010, from http:// www.oldroads.org/pastblogs/pastsingles2007/putting_alMaqrizi_online.htm
21

NURUDDIN AR-RANIRI
Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Nuruddin Ar-Raniri ialah Nuruddin Muhammad bin Ali bin Husanji bin Muhammad Hamid Ar-Raniri Al-Quraisyi Asy-Syafii. Beliau adalah sarjana India berketurunan Arab (keturunan Quraisy) yang dilahirkan di Ranir (kini Rander), Surat di Gujerat, India. Beliau mula mempelajari ilmu agama di Ranir, Surat di Gujerat, India dan melanjutkan pelajaran ke Tarim, Arab Selatan. Semasa di Gujerat, beliau mempelajari bahasa Melayu. Beliau juga adalah seorang ulama, sejarawan, sasterawan dan ahli tasawwuf terkemuka abad ke-17 Masehi yang pernah hidup di Aceh Darussalam. Namanya masyhur di seluruh Nusantara khususnya di Acheh Darussalam sebagai ulama mazhab Syafii, dan berjuang menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membasmi fahaman Wujudiyah. Beliau menguasai ilmu feqah bukan sahaja feqah ibadah , tetapi juga feqah duali yang berkaitan dengan selok-belok pemerintahan, undangundang negeri dan adab secara umum. Mengikut Voorhoeve (1951), beliau pernah menetap di Pahang dan mendalami beberapa karya bahasa Melayu seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain, Taj al-Salatin dan Sejarah Melayu yang mempengaruhi penulisan beliau dalam menghasilkan Bustan al-Salatin. Nuruddin akrab dengan Sultan Iskandar Thani sehingga dilantik menjadi ulama dan penasihat baginda. Beliau meninggal dunia pada 21 September, 1658. Latar Belakang Karya Karyanya yang terkenal ialah Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja) dan ditulis atas perintah Sultan Iskandar Thani pada 1047 Hijrah (1638 Masehi ). Kitab ini dikenali sebagai karya ketatanegaraan atau lebih tepat sebagai karya adab, kerana ia membahaskan secara meluas masalah berhubung adab dan bukan hanya adab pemerintahan atau kenegaraan. Bustan al-Salatin juga dianggap sebagai karya histografi. Dalam kandungan kitab ini, terdapat panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja Acheh berteraskan Islam dengan penekanan kesufian selaras dengan pengiktirafan Acheh sebagai Darussalam pada abad ke-17. Ia turut memberi penerangan mengenai kedudukan manusia di sisi Tuhan dan unsurunsur nasihat dan pengajaran berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Unsur sejarah yang terkandung dalam penulisan ini, juga menjadikan karya ini penting sebagai sumber penulisan sejarah Acheh oleh para sarjana.

22

Secara keseluruhannya, kitab ini merupakan gabungan sastera kitab, kenegaraan, eskatologi dan sejarah malah corak penulisan sejarah tidak menggunakan unsur mitos dan lagenda. Selain daripada itu, dalam bab-bab turut disisipkan syair dan kisah-kisah ajaib. Selain Bustan terdiri dari tujuh bab besar iaitu: Bab I Bab II : Menyatakan kejadian langit dan bumi (10 fasal) : Menyatakan sifat batin dan nyawa Adam (13 fasal). Dalam bab ini, (Bab II fasal 13), ada menceritakan tentang Taman Ghairah dan Gegunungan. Ia menghuraikan tiga persoalan : pertama: sejarah ringkas kesultanan Aceh Darussalam sejak didirikan pada tahun 1516 oleh Ali Mughayat Syah hingga bertahtanya Sultan Iskandar Tsani; kedua : uraian tentang Taman Ghairah dan Gegunungan yang terdapat di kompleks istana Aceh; dan ketiga, upacara Pula Batee, iaitu upacara penanaman batu nisan pada makan Sultan Iskandar Tsani oleh mantan permaisurinya Sultanah Tajul Alam Syafiatuddin, yang sekaligus menjadi penggantinya sebagai pemegang tampuk pemerintahan : Menceritakan raja-raja yang adil dan wazir-wazir yang cerdik cendekia (6 fasal) : Menceritakan raja-raja yang gemar melakukan zuhud dan wali-wali sufi yang soleh (2 fasal). : Menceritakan raja-raja yang zalim dan wazir-wazir yang keji. : Menceritakan orang-orang yang dermawan dan orang-orang besar pemberani dalam membela kebenaran. : Menceritakan tentang akal, ilmu firasat, ilmu kedoktoran dan segala sifat perempuan.

Bab III Bab IV Bab V Bab VI Bab VII

Impak Kepada Masyarakat Bustan al-Salatin menjadi panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja berteraskan Islam dengan penekanan kesufian, juga panduan dan nasihat kepada pemerintah tentang aspekaspek kerohanian dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, serta melalui amalan kerohanian yang praktikal. Para pengkaji sejarah juga telah menjadikan Bustan al-Salatin sebagai sumber rujukan penting dan kitab ini juga memberi impak besar kepada kesusasteraan Melayu tradisional khususnya kepada gaya penulisan pengikutpengikut Sheikh Nuruddin. Karya-Karya Lain Karya-karya lain yang ditulis oleh Nuruddin Ar-Raniry ialah Durrat al-Faraid, Hidayat al-Habib (1045 H), Fathull-Mubinalal-mulhidin dan Rahiq al-Muhammadiyyah fi thariq al-Shufiyyah (tidak sempat dihabiskan kerana beliau meninggal dunia)

23

RUJUKAN
1. Abdul Hadi W. M. (2010, June 26). Bustan Al-Salatin Al-Raniri, Taman Ghairah dan Gunongan Aceh. Retrieved July 14, 2010, from HTTP://AHMADSAMANTHO.WORDPRESS.COM/2010/06/26/%e2%80% 9CBUSTA... 2. Abdullah Sani Usman Basyah. (2004).Kanun syarak Kerajaan Aceh pada zaman Sultan Alauddin Mansur Syah : tahkik dan kajian bandingan dengan Bustanus Salatin. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Abdullah Sani Usman Basyah. (2005). Nilai sastera ketatanegaraan dan undang-undang dalam kanun syarak kerajaan Aceh dan Bustanus Salatin. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Daudy, Ahmad. (1978). Syeikh Nuruddin Ar-Raniry : sejarah, karya dan sanggahan terhadap wujudiyah di Aceh. Jakarta : Bulan Bintang. 5. Grinter, Catherine Anne. (1979). Book IV of the Bustan Us-Salatin : by Nuruddin Ar-Raniri : a study from the manuscripts of a 17th century Malay work written in North Sumatra. London : University of London. 6. Grinter, Catherine Anne. (1980). Book IV of the Bustan Us-Salatin : by Nuruddin Ar-Raniri : a study from the manuscripts of a 17th century Malay work written in North Sumatra. Mikrofielm tesis PL5147.G7 1980. 7. Jelani Harun. (2005). Bustan Al-Salatin : Mutiara kesufian untuk raja-raja daripada Nuruddin al-Raniri. Jurnal Filologi Melayu, 13. 26-39. 8. Jelani Harun. (2008). Bustan al-Salatin oleh Nuruddin al-Raniri : Karya ensiklopedik sejarah dunia dan persuratan melayu. Kuala Lumpur : Institut Kemahiran Islam Malaysia. 9. Jelani Harun. (2009). Bustan al-Salatin (the garden of kings) : a malay mirror for rulers. Minden, Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. 10. Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2006). (Riwayat hidup Syeikh Nurudin al-Raniri dan sumbangannya kepada pengajian hadith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Nuruddin al-Raniri ; penyelenggara, Jelani Harun. (2008). Bustan al-Salatin : Kisah raja-raja yang adil (bab ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. Nuruddin al-Raniri. Bustan al-Salatin. Mikrofilem MF395. Perpustakaan Tun Seri Lanang. 13. Nuruddin Muhammad Ali Hamid al-Raniri, Sheikh. Bustanus-salatin, Bab II, fasal 13. Mikrofis KM2211. Perpustakaan Tun Seri Lanang. 14. Syafrizal. (2003) Peranan Ulama Sumatera pada abad ke-16 hingga 17M dalam mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Nusantara : kajian terhadap Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. 15. Voorhoeve, Petrus. (1955). Twee Maleise geschriften van Nuruddin ar-Raniri. Leiden : E. J. Brill. 16. Voorhoeve, Petrus. Twee Maleise geschriften van Nuruddin ar-Raniri. Mikrofis KM 1522a. Perpustakaan Tun Seri Lanang.

24

SYEIKH DAUD AL-FATANI


Latar Belakang Tokoh Nama sebenar Syeikh Daud al-Fatani ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Kota Kerisek ini terkenal dalam sejarah kerana di sinilah Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggal dan mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Beberapa catatan menyatakan tahun 1133 Hijrah, 1153 Hijrah dan tahun 1183 Hijrah sebagai tahun kelahiran Syeikh Daud al-Fatani. Beliau telah dididik dengan ajaran Islam sejak kecil oleh ayah dan datuknya yang merupakan ulama besar pada zaman masing-masing serta ahli keluarganya yang lain yang sememangnya terkenal alim. Tambahan pula, menjadi tradisi di Patani pada masa itu kanak-kanak telah diperkenalkan dengan ajaran Islam sejak berumur lima atau enam tahun lagi meliputi aspek pengetahuan mengenal Allah (ilmu tauhid), dan seterusnya diberi pelajaran nahu dan soraf. Syeikh Daud al-Fatani menerima pelajaran asasnya di Patani selama 5 tahun dan kemudian beliau ke Acheh untuk belajar dengan Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama 2 tahun. Syeikh Muhammad Zain al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Acheh. Dipercayai juga beliau telah menuntut ilmu di Mekah selama 30 tahun dan 5 tahun di Madinah. Oleh kerana masa yang diambil untuk menuntut ilmu adalah lama, beliau digelar al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani. Setelah demikian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul krisis peperangan antara Patani dengan Siam pada ketika itu. Beliau turut terlibat dalam peperangan tersebut dan kemudiannya kembali ke Mekah sebagai pelarian politik. Syeikh Daud al-Fatani telah dilantik menjadi Ketua Sheikh Haji serta melibat diri dalam bidang penulisan di samping mengajar di Masjidil Haram. Syeikh Daud al-Fatani banyak mendapat pengaruh daripada Imam As-Syafii, Imam Hanafi, Imam Hanbali, Sheikh Jalaluddin Al-Mahalli, Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari, Sheikh Ibnu Hajar Al-Haitami dan Imam Syarqawi. Karyanya pula banyak mengupas masalah-masalah keilmuan dan lebih terikat serta menitikberatkan pendidikan Islam berbanding pendidikan lainnya. Kecintaan beliau terhadap ilmu pengetahuan tetap berterusan sehingga beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Taif. Beberapa catatan menyatakan tahun 1847 Masehi dan 1265 Hijrah sebagai tahun kewafatan Syeikh Daud al-Fatani.

25

Latar Belakang Karya: Dhiyaul Murid Kitab Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid ditulis untuk menjelaskan pengertian kalimah syahadah dalam kandungan aqidah tauhid. Perbincangan dalam kitab ini terbahagi kepada 4 fasal: i. Menjelaskan maksud kalimah syahadah iaitu mengisbatkan keesaan tuhan dan menafikan segala bentuk penyekutuan atau syirik sama ada zahir atau batin. ii. Syarat-syarat untuk menjadikan syahadah itu diterima dan mendapat pahala di sisi Allah. iii. Perbincangan tentang adab-adab berzikir dengan menggunakan kalimah syahadah. iv. Perbincangan mengenai kelebihan berzikir dan ia merupakan perkara yang wajib bagi orang yang beriman. Walaupun Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid dapat diklasifikasikan ke dalam karya ilmu tauhid, namun juga dapat dimasukkan dalam bidang tasawwuf, kerana kitab ini khusus membicarakan amalan zikrullah menurut Tariqat Syathariyah. Impak Kepada Masyarakat Kitab Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid membicarakan ilmu tauhid dari aliran Tariqat Syathariyah yang menjadi sumber rujukan kepada umat Islam di Nusantara. Tariqat Syathariyah adalah tariqat yang pertama sekali mendapat pengikut yang paling ramai di dunia Melayu serta yang terbesar pengikutnya di Asia Tenggara sebelum tersebarnya tariqat-tariqat lain seperti tariqat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah. Syeikh Daud al-Fatani merupakan pelopor kepada lahirnya para ulama besar Patani sebagai khalifah-khalifah Mursyid Tariqat Syathariyah yang lain, seperti Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani, Syeikh Ismail bin Abdul Qadir bin Mustafa al-Fatani. Karya beliau ini secara tidak langsung mempengaruhi sebahagian besar penyebaran Islam di alam Melayu dengan lahirnya sistem pengajian pondok yang menjadi pusat pengajian terpenting kepada masyarakat dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Latar Belakang Karya: Munyat al-Mushalli Syeikh Daud al-Fatani dipercayai telah menyelesaikan penulisan kitab Munyat al-Mushalli ini dalam tahun 1242 Hijrah. Dan menurut setengah pendapat naskhah ini diselesaikan dalam tahun 1243 Hijrah. Kitab ini pernah diringkaskan dan diberi tajuk Pati Munyat al-Mushalli, juga pernah disyarahkan dengan diberi tajuk Syarah Munyat al-Mushalli. Keduanya diusahakan oleh waris keluarga Syeikh Daud al-Fatani, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdullah al-Jambu, Patani. Kitab Munyat al-Mushalli ini mengandungi kefahaman asas dalam syariat Islam untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

26

Impak Kepada Masyarakat Kitab Munyat al-Mushalli adalah kitab rujukan utama untuk pembelajaran solat yang digunakan di pelbagai institusi di seluruh Asia Tenggara, baik peringkat permulaan mahupun peringkat tertinggi. Walaupun kitab ini telah dicetak lebih 100 tahun dahulu dan halamannya tidak lebih daripada 50, tetapi kitab ini diulang cetak berpuluh kali hingga ke hari ini untuk dijadikan bahan rujukan. Latar Belakang Karya: Bughyat al-Tullab Kitab Bughyat al-Tullab adalah kitab feqah yang berkaitan bahagian ibadat yang dimulai dengan Sirat al-Mustaqim (1044-1054 Hijrah), karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri Acheh dan Sabil al-Muhtadin (1193 Hijrah), karya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 3 buah kitab ini adalah kitab Jawi besar yang terlengkap dalam perkara ibadat di alam Melayu. Pada bahagian mukadimah, Syeikh Daud al-Fatani mencantumkan beberapa hadith tentang ilmu pengetahuan. Sebagai pengikut Mazhab Syafii, beliau turut menyentuh sejarah ringkas dan riwayat hidup Imam Syafii pada bahagian ini. Bughyat al-Tullab juga menghuraikan permasalahan dalam agama dengan lebih terperinci berasaskan akidah ahli Sunnah wal Jamaah dan feqah mazhab Syafii. Kitab ini telah banyak kali dicetak di Mekah, Mesir dan Turki pada masa dahulu dengan diusahakan oleh Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani dan kemudian diteruskan oleh ahli waris iaitu Syeikh Abdullah Daud al-Fatani, Syeikh Muhammad Daud al-Fatani dan Syeikh Nur Daud al-Fatani. Impak Kepada Masyarakat Bughyat al-Tullab telah menjadi panduan kepada masyarakat Melayu pada peringkat awal menerima agama Islam dalam menyemai akidah dan syariat Islam serta merupakan karya yang penting kepada perkembangan feqah di rantau ini. Kitab ini juga menyentuh isu-isu perundangan Islam termasuk masalah jihad fisabilillah. Kesannya, ia menjadi panduan kepada permasalahan negara-negara Islam yang dijajah oleh orang kafir di mana konsep jihad itu adalah fardhu ain jika sesebuah negara dijajah oleh orang-orang kafir. Karya-Karya Lain Syeikh Daud al-Fatani bukan sahaja seorang ulama yang terkenal, tetapi juga seorang pengarang terulung di Asia Tenggara. Sebahagian besar karya-karya beliau sangat terkenal di Asia Tenggara, bahkan masih digunakan untuk pengajaran dan dikaji oleh pelbagai golongan sehingga kini. Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang feqah, tetapi juga pelbagai bidang lain. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya beliau yang ditinggalkan sekalian lama, tetapi masih digunakan hingga kini dalam pelbagai peringkat.

27

Antara karya-karya agung Syeikh Daud al-Fatani dalam bidang tauhid adalah Ward al-zawahir li-hall alfaz aqd al-jawahir, al-Durr al-thamin, Sullam al-mubtadi,furu al-masail dan Hidayat al-mutaallim wa umdat al-muallim. Karya-karya agung dalam bidang feqah pula adalah Furu al-masail dan Hidayat al-mutaallim. Syeikh Daud al-Fatani juga ada menulis dalam bidang lain seperti Kesusasteraan Melayu Klasik dan karyanya yang terkenal adalah Kifayat al-Muhtaj fi Bayani Israwa al-Miraj. RUJUKAN
1. (2003). Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar. Jilid 2. Kuala Lumpur: Yadim & Era Visi Publication. 2. Farid Mat Zain. (2008). Karya-karya Sheikh Daud al-Fatani dan Peranannya Dalam Penyatuan Fikrah dan Keilmuan Masyarakat Melayu. Paper presented at the Seminar Buku Agung dan Karya Perdana dalam Tamadun Islam dan Peradaban Melayu. 3. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. (1996). Dhiyaul Murid Syeikh Daud Al-Fatani: Pedoman Zikir Menuju Ilahi. Kuala Lumpur. Khazanah Fathaniyah. 4. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. (2008, February 18). Syeikh Daud Al-Fathani: Pengarang Ulung Asia Tenggara. Retrieved July 14, 2010 from http://ulamanusantara.blogspot.com/ 5. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. (2008, March 13). Daud Al-Fathani: Tokoh Tarekat Syathariyah. Retrieved July 14, 2010 from http://ulamanusantara.blogspot.com/

28

AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Penghayatan Karya Agung Pengerusi


Anna Kustyana Mukandar

Setiausaha
Nik Salimah Nik Abdullah

Ahli-ahli
Lela Ruzma Mohd Shaari Hazmir Hj. Zainal Asmany Aza Ahmad Hayatul-Azlah Ghazali Jamain Manap Noor Farhana Mohd Saleh Rasyilla Che Mohd Suldin Roslan Abu Bakar Shahrur Rudi Abd Rahman Shahruddin Shafri Zabidah Ahmad Zaidah Sulaiman

Jawatankuasa Kecil Pameran Karya Agung Peradaban Islam


Nik Zaleha Nik Mustapha Zaiful Ezwan Abd. Rashid Norhaida Mohd Nasir Noraini Ariffin Noorashikin Mohamed Muhammad Firdaus Zakaria Noreehan Mohamad Kassim Zulkifli A. Bakar Kamaruzaman Ali Rosmawati Zainal

Rekabentuk Grafik
Muhammad Farid Zainal Azman Pelajar Praktikal FTSM - PTSL 2010

SEKALUNG BUDI

Ketua Pustakawan Unit Percetakan, Perpustakaan Tun Seri Lanang Bahagian Percetakan, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia & semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama

You might also like