P. 1
TATACARA AKAUN KHAS

TATACARA AKAUN KHAS

|Views: 2,646|Likes:
Published by ayuni

More info:

Published by: ayuni on Nov 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN AKAUN KHAS DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD) NEGERI SABAH DAN SARAWAK

Disediakan oleh : BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA 2010

Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas

KANDUNGAN M/SURAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Kandungan Lampiran-Lampiran Tujuan Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), PPG dan PPD Pembukaan Akaun Bank Penurunan Kuasa Dokumen Kewangan Tatacara Terimaan Perolehan Bayaran Buku Tunai dan Akaun Subsidiari Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank Faedah Bank Pemulangan Lebihan/Baki Peruntukan Laporan Pemantauan dan Pengauditan Penutup

1 2 3 3 4 5 6 6 6-9 9 15 - 16 16 - 19 19 - 20 21 21 - 22 22 22

1
April 2010 Bahagian Akaun, KPM

Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas

Lampiran-Lampiran Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Lampiran 9 Lampiran 10 Lampiran 11 Lampiran 12 Lampiran 13 Lampiran 14 Lampiran 15 Lampiran 16 Lampiran A Lampiran B Lampiran B1 Lampiran B2 Lampiran C Lampiran C1 Lampiran C2 Lampiran C3 AK 52 Resit Rasmi Pejabat Daftar Stok Buku Resit Daftar Stok Buku Pesanan Sekolah Borang Pesanan Sekolah Lampiran kepada Pesanan Sekolah Borang Akuan Terima Barang Daftar Bil Baucar Bayaran Daftar Stok Buku Cek Daftar Cek Batal Buku Tunai Akaun Khas Akaun Subsidiari Daftar Agihan Bantuan Penyata Penyesuaian Bank Lejar Bantuan Sekolah Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan Akaun Khas Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Ringkasan Pendapatan Ringkasan Perbelanjaan Penyata Penerimaan dan Pembayaran Ringkasan Penyata Penerimaan dan Pembayaran Ringkasan Penerimaan Ringkasan Pembayaran

2
April 2010 Bahagian Akaun, KPM

Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN AKAUN KHAS PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)
1. TUJUAN 1.1 Tujuan tatacara ini adalah untuk memberi penjelasan kepada Pegawai Pelajaran Daerah tentang peraturan/prosedur yang perlu dipatuhi dalam proses penyelenggaraan Akaun Khas. Akaun Khas ini diwujudkan untuk mengakaunkan semua terimaan bantuan Kerajaan kepada sekolah-sekolah yang belum/tidak melaksanakan Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (SPKWS) di Sabah dan Sarawak.

1.2

2.

PERANAN JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD) 2.1 JPN hendaklah memastikan bahawa pembukaan Akaun Bank di PPD adalah bertujuan untuk mengakaunkan peruntukan bantuan yang diterima dari KPM seperti berikut :a) b) c) d) 2.2 Program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Program Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Lain-lain program bantuan KPM (mengikut arahan)

JPN adalah bertanggungjawab mengagihkan peruntukan bantuan yang diterima untuk sekolah-sekolah yang belum/tidak melaksanakan SPKWS kepada PPD. Pegawai Pelajaran Daerah adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memperakaunkan segala transaksi penerimaan dan pembayaran serta menyimpan dokumen-dokumen kewangan dengan teratur. Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah jumlah bantuan yang diperuntukan bagi sekolah berkenaan

2.3

2.4

3
April 2010 Bahagian Akaun, KPM

Bank yang dipilih hendaklah bank yang terdekat dengan pejabat dan memberikan perkhidmatan yang memuaskan.5 3.1 PPD dikehendaki membuka hanya satu akaun bank (Akaun Semasa) di institusi kewangan tempatan yang diluluskan oleh Perbendaharaan bagi tujuan pengendalian Akaun Khas.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 2.2 3. Satu salinan borang AK52 dan kad/borang contoh tandatangan yang telah diluluskan disimpan di PPD dan 3 salinan diserahkan kepada bank yang berkenaan. Kemukakan borang AK52 dan kad/borang contoh tandatangan yang lengkap diisi kepada JPN masing-masing untuk sokongan sebelum dipanjangkan kepada JANM cawangan masing-masing untuk kelulusan. 3.4 3.5 Bagi tujuan ini peraturan berikut perlu dipatuhi sepenuhnya: a) b) c) d) e) Akta Acara Kewangan 1957 Arahan Perbendaharaan Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Tatacara SPKWS yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun KPM Surat Pekeliling/Tatacara yang ditetapkan berkaitan sesuatu program yang dikeluarkan oleh Bahagian di KPM. 3.7 4 April 2010 Bahagian Akaun. jawatan dan nombor kad pengenalan serta dapatkan tandatangan 4 orang pegawai yang diberi kuasa untuk menandatangani cek ke dalam 5 keping kad/borang contoh tandatangan yang diperolehi daripada bank yang dipilih. PEMBUKAAN AKAUN BANK 3.6 3. KPM . Isikan maklumat nama pegawai. Lengkapkan 5 helai borang AK52 (Lampiran 1) dengan sempurna. Semua pembukaan akaun bank/pertukaran tandatangan/pengesahan cek hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.3 3.

1 Pegawai yang diberi kuasa menandatangan cek terdiri daripada :a) b) c) Pegawai Pelajaran Daerah (wajib) Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai gred 27 ke atas 4.00 hendaklah ditandatangan oleh dua (2) orang pegawai yang diberi kuasa. KPM .000. Pegawai Peraku II dan Pegawai Peraku III hendaklah mengikut kekananan.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 4 PENURUNAN KUASA 4. b) c) d) 4.3. Menandatangan Pesanan Sekolah Memperaku baucar bayaran Menandatangan cek Menyelenggara buku tunai dan subsidiari Kuasa memperaku baucar bayaran a) Baucar bernilai kurang RM10.2 Cek bernilai kurang RM10.000.1 Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah menyediakan satu surat kebenaran kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan bagi menjalankan tugas-tugas berikut: a) b) c) d) e) f) 4.000. 5 April 2010 Bahagian Akaun. Baucar bernilai RM10.2 Memungut dan menulis resit Menandatangan resit .00 hendaklah diperaku (tandatangan) oleh dua (2) orang pegawai yang diberi kuasa.00 dan ke atas hendaklah diperaku (tandatangan) oleh tiga (3) orang pegawai yang diberi kuasa.3 Kuasa menandatangan cek 4.3. Pegawai Peraku I hendaklah terdiri daripada pegawai gred 22 dan ke atas.

5. resit itu hendaklah dibatalkan dan resit yang baru dikeluarkan.00 dan ke atas hendaklah ditandatangan oleh tiga (3) orang pegawai yang diberi kuasa.2 6. Semua buku resit yang diterima hendaklah disemak bagi menentukan nombor siri di dalamnya adalah lengkap dan betul.3. Resit yang dibatalkan itu hendaklah dikepilkan bersamasama salinannya dan dicop ‘BATAL’ untuk tujuan pengauditan.3 6.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 4.4 6 April 2010 Bahagian Akaun. Jika terdapat apa-apa kesilapan semasa resit ditulis.(Lampiran 2) Pengeluaran Resit Rasmi Pejabat.1 Setiap terimaan termasuk faedah bank perlu dikeluarkan Resit Rasmi Pejabat.hendaklah dikendalikan oleh 2 orang pegawai. Resit ditulis oleh pegawai yang diberi kuasa memungut dan ditandatangan oleh pegawai lain. DOKUMEN KEWANGAN Dokumen dan rekod kewangan yang digunakan ialah:a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) 6 Resit Rasmi Pejabat (RP01) Daftar Stok Buku Resit Pesanan Sekolah (DKS 005) Daftar Bil (DKS 008) Baucar Bayaran (DKS 006) Buku Cek Daftar Stok Buku Cek Daftar Cek Batal Buku Tunai Akaun Khas Akaun Subsidiari Daftar Agihan Bantuan Penyata Bank Penyata Penyesuaian Bank TATACARA TERIMAAN 6.3 Cek yang bernilai RM10. Pindaan pada resit adalah dilarang. KPM . Pegawai yang menyemak hendaklah membuat catatan di belakang helaian pertama salinan pejabat buku resit dengan perakuan berikut : 6.000.

cek. hendaklah dimasukkan pada hari kerja yang berikutnya.00 atau jumlah terimaan (termasuk tunai. Walau bagaimanapun. Nama Penuh Pemungut…………… 6..9 6. Daftar Stok Buku Resit mestilah ditandatangan oleh pegawai yang menerima buku resit..7 6. KPM . wang pos dan lain-lain) yang melebihi RM2.6 6.” Tarikh : ……… Tandatangan Pemungut ……………. Semua terimaan tunai/cek yang lewat diterima dan tidak dapat dimasukkan ke bank pada hari yang sama hendaklah disimpan dalam peti besi. Apabila pemungut bertukar ganti.5 Daftar Stok Buku Resit (Lampiran 3) hendaklah diselenggara bagi menunjukkan semua buku resit yang diterima dan dikeluarkan. Buku resit hanya boleh dikeluarkan kepada pegawai yang diberi kebenaran menerima wang awam. Terimaan tunai melebihi RM500.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas “ Diperiksa oleh saya pada hari ini dan didapati mengandungi…………… helai resit berpendua yang bernombor dengan betul daripada nombor ……… hingga nombor…….000.8 6. Terimaan tanpa mengira jumlahnya yang masih ada dalam tangan hendaklah dimasukkan ke akaun bank pada hari kerja yang akhir dalam bulan berkenaan. 6. Semua terimaan yang diterima pada sesuatu tahun hendaklah diperakaunkan pada tahun itu juga.10 7 April 2010 Bahagian Akaun. tiap-tiap cek yang diterima mestilah dimasukkan ke akaun bank dalam tempoh seminggu selepas diterima.. Buku resit hendaklah dikeluarkan mengikut jumlah yang dikehendaki dengan susunan nombor siri yang betul. kedua-dua pegawai ini hendaklah menandatangan satu kenyataan serahan tugas yang menunjukkan kedudukan helaian resit..00 hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari itu juga dan jika lewat diterima.

2. 7.7 Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa hendaklah memastikan Pengurus Sekolah/Pegawai Penerima Barang memperakui barang-barang yang dipesan telah diterima dan ditandatangan di ruangan perakuan Pesanan Sekolah.6 Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa hendaklah memastikan perakuan mengenai mutu daripada pembekal dipenuhi dalam ruang salinan asal Pesanan Sekolah yang dikembalikan dengan tandatangan dan cop pembekal berserta tarikh. Pembelian Terus atau Sebut Harga dengan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.4 Borang Pesanan Sekolah hendaklah diisi dalam tiga salinan. Salinan peniga pula ditinggalkan dalam buku pesanan untuk tujuan rujukan dan pengauditan. 7.2.2.2.2 Tatacara perolehan 7.2. Salinan asal hendaklah dikembalikan kepada PPD apabila bekalan/ perkhidmatan dibekalkan dengan sempurna untuk tujuan pembayaran. 7. lampiran berasingan (Lampiran 6)boleh digunakan dengan diperakukan oleh Pegawai Pelajaran Daerah /pegawai yang diberi kuasa.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 7. PEROLEHAN 7. 7.2. KPM . Sebagai 8 April 2010 Bahagian Akaun.3 Hanya pegawai yang diberi kebenaran boleh menandatangan Pesanan Sekolah 7.5 Sekiranya senarai barang yang dipesan melebihi ruangan dalam borang pesanan sekolah. 7. 7. Salinan asal dan salinan pendua hendaklah diserah kepada pembekal.1 Kaedah perolehan PPD boleh membuat perolehan melalui Kontrak Pusat.2 Semua pembelian perlu dibuat dengan menggunakan Pesanan Sekolah (DKS 005) (Lampiran 5) terus kepada pembekal yang terpilih berdasarkan Borang Pesanan (Nota Minta) yang disediakan oleh pihak sekolah dan diluluskan oleh Pegawai Pelajaran Daerah /pegawai yang diberi kuasa.1 Daftar Stok Buku Pesanan Sekolah (Lampiran 4) hendaklah diselenggara bagi menunjukkan semua buku Pesanan Sekolah yang diterima dan dikeluarkan.2.

1 Daftar Bil 8.8 Sekiranya satu Pesanan Sekolah dikeluarkan untuk perolehan bagi beberapa buah sekolah. Salinan yang telah diperaku ini hendaklah dilampirkan bersama bil untuk bayaran dan satu perakuan hendaklah diberi bahawa pesanan tersebut belum pernah dibayar sebelumnya.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas kawalan dalaman pegawai yang menandatangan Pesanan Sekolah tidak dibenarkan memperakui penerimaan barang-barang dalam Pesanan Sekolah. Contoh perakuan adalah seperti berikut:“Saya mengesahkan bahawa Pesanan Sekolah asal telah didapati hilang dan saya memperakukan bahawa pembayaran sebenarnya belum lagi dibuat dan jika Pesanan Sekolah asal dijumpai. 9 .1 Semua bil/tuntutan bantuan hendaklah direkod dan dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.1. 7. 8.9 Barang-barang yang diterima selain daripada untuk kegunaan terus seperti bahan mentah masakan hendaklah didaftarkan dalam Daftar Stok di sekolah.2. 7.2 Semua bil yang belum dijelaskan pada akhir tahun kewangan hendaklah diambil kira sebagai Akaun Belum Bayar.1. 7.2.10 Sekiranya salinan asal Pesanan Sekolah hilang. 8. Bagi tujuan ini semua bil yang diterima hendaklah dicop tarikh terima. Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa boleh mengeluarkan satu salinan fotostat yang diperakui benar bagi menggantikan pesanan asal tersebut. ia tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran”. 8. BAYARAN 8.3 Catatan dalam Daftar Bil (Lampiran 8) perlu dibuat sebaik sahaja : a) April 2010 Bahagian Akaun. KPM Bil/invois diterima dengan lengkap dan sempurna.1. ruangan perakuan ditandatangan oleh pegawai penerima barang di PPD setelah memastikan Borang Akuan Terima Barang (Lampiran 7) yang lengkap diisi oleh sekolah dilampirkan bersama Pesanan Sekolah tersebut.2.

Bayaran tidak boleh dibuat atas nama pegawai kerajaan kecuali tuntutan persendirian.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas b) c) Baucar bayaran disediakan.2 Baucar Bayaran perlu diperakukan oleh Pegawai Pelajaran Daerah/pegawai yang diberi kuasa.2. Borang Pesanan (Nota Minta) atau satu penyata yang telah diperakui. dan Cek bayaran dikeluarkan.2. Apabila bayaran dibuat bagi sesuatu kontrak.2 Baucar Bayaran 8.2. nombor dan kuantiti untuk membolehkan ianya disemak tanpa merujuk kepada apaapa dokumen selain daripada yang dikembarkan padanya. Borang Akuan Terima Barang. Baucar bayaran tersebut hendaklah mengandungi maklumat yang lengkap mengenai tiap-tiap satu perkhidmatan. 8.4 Daftar bil hendaklah diperiksa tidak kurang daripada sekali dalam sebulan oleh Pegawai Pelajaran Daerah atau pegawai yang diberi kuasa dan hendaklah ditandatangan berserta tarikh. (Rujuk perenggan 4. 8. 10 (b) (c) (d) (e) April 2010 Bahagian Akaun. Pesanan Sekolah.1 Baucar Bayaran merupakan kuasa untuk membolehkan sesuatu pembayaran dibuat. bekalan atau kerja seperti tarikh.3 Tatacara Penyediaan Baucar Bayaran (a) Baucar Bayaran (Lampiran 9) hendaklah disediakan setelah bil/invois atau tuntutan yang lengkap diterima.1. Setiap Baucar Bayaran mesti disertakan dengan dokumen sokongan yang asal seperti bil/invois/tuntutan. 8.2) 8. Baucar Bayaran disediakan dalam dua (2) salinan. Salinan Asal hendaklah disimpan bersama dokumen sokongan dan salinan kedua dihantar kepada penerima bersama-sama cek. baucar itu hendaklah mengandungi rujukan mengenai nombor kontrak itu. KPM .

nombor kad pengenalan. 11 April 2010 Bahagian Akaun. amaun dan tandatangan penerima. Baki wang tersebut hendaklah dimasukkan semula ke dalam peruntukan asal. (g) Sebelum meluluskan baucar. Dalam tempoh 21 hari atau sesuatu tempoh yang lebih singkat. pembayaran hendaklah dibuat terhadap salinan yang telah diperakukan dengan tandatangan Pegawai Pelajaran Daerah seperti berikut :“Saya mengesahkan bahawa bil/invois/Pesanan Sekolah asal telah didapati hilang dan saya memperakukan bahawa pembayaran sebenarnya belum lagi dibuat dan jika bil/invois/Pesanan Sekolah asal dijumpai. Wang yang dikeluarkan untuk bayaran tunai (i) Baucar bayaran mestilah disertakan dengan senarai penerima wang yang diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa dan perakuan oleh penerima wang tersebut. Senarai penerima mengandungi nama.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas (f) Sekiranya bil/invois/Pesanan Sekolah asal hilang. senarai nama penerima wang beserta tandatangan dan baki hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pelajaran Daerah. (h) (ii) (iii) (iv) (i) Pembayaran kepada orang yang tiada akaun bank (i) Jika bayaran perlu dibuat kepada sesiapa yang tidak mempunyai akaun bank tetapi terdapat bank yang berhampiran. Pegawai Pelajaran Daerah boleh melantik seorang pegawai lain untuk menerima dan menunaikan cek. KPM . ia tidak akan digunakan untuk tujuan pembayaran”. Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah memastikan peruntukan adalah mencukupi dan pembayaran belum lagi dibuat dengan menyemak Daftar Bil. suatu cek perintah yang tidak berpalang boleh dikeluarkan atas nama penerima.

3. buku cek tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak bank. Sebaik sahaja pembayaran dilakukan. KPM . baucar bayaran dan semua dokumen sokongan hendaklah dicop “SUDAH BAYAR” bagi mengelakkan berlaku pembayaran dua kali. Sekiranya ada cek yang rosak atau tidak sempurna. Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa hendaklah membuat perakuan dengan menandatangan ringkas di belakang keratan cek yang terakhir dengan catatan seperti berikut : “Telah disemak dan diperakui cek bernombor ………hingga ………adalah betul.” b) Tandatangan : Nama Tarikh : : 12 April 2010 Bahagian Akaun. (k) (l) 8.1 STOK BUKU CEK a) Setiap buku cek yang diterima daripada bank perlu diperiksa oleh Pegawai Pelajaran Daerah/pegawai yang diberi kuasa untuk menentukan ia berada dalam keadaan baik dan nombor cek adalah berturutan. (j) Setiap baucar bayaran yang telah diluluskan hendaklah direkod di dalam Buku Tunai.3 CEK 8. Baucar bayaran yang telah dibayar hendaklah disusun dan difailkan mengikut turutan nombor siri.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas (ii) Di belakang cek tersebut hendaklah ditandatangan beserta nama jawatan Pegawai Pelajaran Daerah dan juga dicatitkan nombor kad pengenalan penerima.

. Pegawai Pelajaran Daerah atau pegawai yang diberi kuasa hanya dibenarkan menandatangan cek yang telah disediakan dengan betul.......... cek tersebut hendaklah dibatalkan dan dikepilkan bersama-sama keratan cek. lengkap dan sempurna.2 Cek yang dikeluarkan untuk pembayaran secara tunai hendaklah dibuat atas nama jawatan Pegawai Pelajaran Daerah. cek yang baru perlu dikeluarkan bagi menggantikan cek yang dibatalkan..... d) 8... Kad Pengenalan .... No..” ………………………………… Tandatangan dan tarikh 8.3.............. KPM ... Sekiranya perlu..... Contoh pengesahan di belakang cek adalah seperti berikut: ” Saya dengan ini membenarkan pembawa cek ini bernama ........ Semua buku cek hendaklah disimpan di dalam peti besi dan keselamatannya dijaga.... (a) Keratan cek hendaklah dilengkapkan dengan maklumat seperti yang terdapat di cek....... menunaikan cek ini bagi pihak saya.3..... PPD tidak dibenar mengeluarkan cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque)..3 Semua butiran di atas cek perlu ditulis dengan jelas dengan menggunakan dakwat kekal. Jika berlaku kesilapan/kerosakan... (b) (c) 13 April 2010 Bahagian Akaun.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas c) Semua buku cek yang diterima atau dikeluarkan hendaklah direkod dengan serta merta dalam Daftar Stok Buku Cek (Lampiran 10). Nama dan nombor kad pengenalan pembawa yang dibenarkan perlu dicatat dibelakang cek dan disahkan oleh salah seorang pegawai pengesah yang dinyatakan di perenggan 4 borang Kuasa Tetap (borang AK 52).

. ia tidak diambilkira sebagai Akaun Belum Bayar dan catatan ‘Cek Gantian Tidak Diperlukan’ hendaklah ditulis di dalam Daftar Cek Batal. Resit asal pembatalan cek perlu dikepilkan sebagai dokumen sokongan. Sekiranya cek gantian tidak diperlukan..3.……..Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas (d) Semua cek yang dikeluarkan hendaklah berdasarkan nama penerima pada baucar bayaran. KPM .. Pengeluaran cek ’TUNAI’ adalah dilarang.. 14 (d) (e) (f) (g) (h) April 2010 Bahagian Akaun.. Cek rosak yang belum direkod dalam Buku Tunai hendaklah dibatalkan dan dikepilkan bersama keratan cek serta direkod dalam Daftar Cek Batal.4 PEMBATALAN CEK TAMAT TEMPOH LAKU ATAU ROSAK (a) Had sah laku cek adalah tiga bulan.. Cek rosak yang telah direkod dalam buku tunai atau cek tamat tempoh laku hendaklah dibatalkan seperti berikut :Mengeluarkan resit pejabat atas nama jawatan Pegawai Pelajaran Daerah bagi membatalkan cek berkenaan dengan keterangan pada resit “Untuk Pembatalan Cek bernombor ………… ……… bertarikh ………………. Cek gantian yang tidak dapat dikeluarkan sehingga akhir tahun hendaklah diambilkira sebagai Akaun Belum Bayar. Cek yang tidak ditunaikan dalam tempoh ini hendaklah dihentikan bayaran dengan mengeluarkan surat arahan kepada bank. Membuat pembayaran semula dengan menyediakan baucar bayaran dan cek baru.. Merekod butiran cek gantian ke dalam Daftar Cek Batal. (b) (c) Merekodkan maklumat cek yang dibatalkan ke dalam Daftar Cek Batal (Lampiran 11). 8.serta No Baucar Asal….”. Merekod resit berkenaan sebagai penerimaan di lajur peruntukan asal dalam Buku Tunai.

Menyemak Penyata Bank untuk memastikan “cek yang hilang” tidak ditunaikan.3. Setelah pasti bahawa cek yang dilaporkan hilang itu tidak ditunaikan. Catatan terimaan hendaklah dibuat mengikut turutan sebaik sahaja resit dikeluarkan manakala catatan bayaran dibuat berdasarkan baucar bayaran yang telah diluluskan dan nombor cek dicatat sebaik sahaja cek dikeluarkan.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 8.3. Sebarang kesilapan tidak boleh dipadam tetapi 15 (c) (d) (e) April 2010 Bahagian Akaun.1 PENYELENGGARAAN BUKU TUNAI (a) (b) Buku Tunai merupakan buku perakaunan utama bagi merekod segala urusniaga penerimaan dan pembayaran.4. KPM . Catatan dalam Buku Tunai hendaklah dibuat dengan cermat dan berhati-hati. Buku Tunai Akaun Khas (Lampiran 12) perlu diselenggara dengan sempurna dan dikemaskini pada setiap masa kerana ia merupakan dokumen asas bagi penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Akaun Khas. b) c) d) 9. Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengesahkan setiap urusniaga terimaan dan bayaran yang berlaku dengan menurunkan tandatangan ringkas. Mengeluarkan surat kepada bank untuk memberhentikan pembayaran sekiranya cek belum ditunaikan dan mendapatkan pengesahan bertulis daripada pihak bank. BUKU TUNAI DAN AKAUN SUBSIDIARI 9. Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah mengambil tindakan berikut: a) Mendapatkan surat pengesahan tentang kehilangan cek daripada penerima.5 PROSEDUR PENGGANTIAN CEK HILANG Apabila berlaku kehilangan cek yang masih sah tempoh laku. maka tindakan menggantikan cek boleh diambil seperti yang diterangkan dalam perenggan 8.

KPM . Buku Tunai hendaklah diimbangkan pada akhir setiap bulan tanpa menunggu penyata daripada bank walaupun tiada transaksi pada bulan berkenaan. (g) (h) (i) 9. Baki pada akhir bulan berkenaan akan menjadi baki awal bagi bulan berikutnya. 16 April 2010 Bahagian Akaun.3 Penyelenggaraan Daftar Agihan Bantuan Daftar Agihan Bantuan (Lampiran 14) perlu diselenggara berdasarkan sekolah untuk mengakaunkan semua jenis bantuan yang diterima oleh sekolah berkenaan.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas hendaklah dipotong dengan menggunakan satu garisan. (f) Sekiranya catatan dalam Buku Tunai memerlukan lebih daripada satu muka surat jumlahkan terimaan dan bayaran dalam muka surat itu dan pindahkan kepada muka surat yang berikutnya. Buku Tunai hendaklah disimpan di tempat yang selamat.2 Penyelenggaraan Akaun Subsidiari Akaun Subsidiari perlu diselenggarakan bagi butiran yang memerlukan keterangan lanjut. Akaun Subsidiari (Lampiran 13) perlu diselenggara mengikut jenis-jenis bantuan dalam lajur Pelbagai di Buku Tunai 9. Buku Tunai yang telah diimbangkan perlu ditandatangan berserta tarikh oleh penyedia dan pengesah (Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa). Catatan yang betul ditulis semula dan ditandatangan ringkas pegawai yang diberi kuasa.

Faedah bank yang belum diambilkira ke dalam Buku Tunai. 10.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 10 PENYATA BANK DAN PENYATA PENYESUAIAN BANK 10. Sebab berlaku perbezaan adalah seperti berikut: (a) (b) Kemasukan wang yang tidak dikreditkan oleh pihak bank. Amaun cek di buku tunai berbeza dengan amaun di Penyata Bank. KPM .3 Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank 10. Cek yang dibayar masuk didapati tidak laku. (c) (d) (e) (f) (g) (h) 17 April 2010 Bahagian Akaun. pihak PPD hendaklah berhubung dengan bank untuk mendapatkannya.1 Penyata Penyesuaian Bank disediakan untuk mengenal pasti perbezaan yang terdapat di antara Buku Tunai dengan Penyata Bank supaya apa-apa perbezaan yang berlaku boleh diambil tindakan atau diselaraskan.1 Penyata Bank PPD hendaklah mendapatkan Penyata Bank setiap bulan dan dicop tarikh terima. Sekiranya penyata ini tidak diterima selepas 10 haribulan bulan berikutnya.3. Cek yang dikeluarkan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai. Cek yang telah dikeluarkan masih belum ditunaikan. 10. Kesilapan pihak bank mendebitkan cek pihak lain ke dalam akaun bank.2 Penyata ini perlu disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh Penyata Bank diterima 10.2.2 Penyata Penyesuaian Bank 10.2.1 Penyata Penyesuaian Bank (Lampiran 15) disediakan oleh PPD bagi menyesuaikan baki di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank. Terimaan wang telah dikreditkan terus ke dalam bank.

2 Buku Tunai disemak menggunakan teknik rujukan silang dengan:a) Membandingkan catatan di sebelah terimaan Buku Tunai dengan catatan di sebelah kredit/wang masuk di Penyata Bank. contoh caj bank atau caj perkhidmatan. i) Amaun yang tidak terdapat dalam Buku Tunai tetapi ada di Penyata Bank. contoh faedah bank. ii) 10. KPM .4 Jika perbezaan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian PPD. siasatan dan pembetulan hendaklah segera dibuat. Sekiranya perbezaan tersebut melibatkan kehilangan wang atau penyelewengan. ii) b) Membandingkan catatan di sebelah bayaran Buku Tunai dengan catatan di sebelah debit/wang keluar di Penyata Bank. 10. 10.5 Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan. PPD hendaklah mengambil tindakan bagi kehilangan dan hapuskira.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas (i) Caj bank dan caj perkhidmatan yang belum diambilkira ke dalam Buku Tunai. Amaun yang tidak terdapat dalam Penyata Bank tetapi ada di Buku Tunai. amaun ini hendaklah ditunjukkan di dalam Penyata Penyesuaian Bank dan tindakan pembetulan hendaklah dibuat dengan segera antaranya: 18 April 2010 Bahagian Akaun.3 Jika perbezaan berpunca daripada kesilapan pihak bank maka pihak bank hendaklah segera diberitahu supaya pembetulan dapat dibuat. contoh kemasukan tunai/cek yang belum diambilkira oleh bank. Amaun yang tidak terdapat dalam Penyata Bank tetapi ada di Buku Tunai.3. contoh cek yang belum ditunaikan. 10. Senaraikan amaun yang tidak sama:i) Amaun yang tidak terdapat dalam Buku Tunai tetapi ada di Penyata Bank.3.3.3.

Akaun JANM Caw. 11.2 11. Wang tersebut hanya boleh dibelanjakan untuk tujuan caj bank.3 Kod Pusat Tanggungjawab/Kos : No. Ia perlu dikreditkan ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan di bawah kod hasil 75401 (Faedah dari baki wang dalam bank).3. Penyata Penyesuaian Bank perlu difailkan bersama Penyata Bank dengan sempurna. Mengambil tindakan ke atas cek tamat tempoh seperti di perenggan 8.4 (ii) 10.) 11.3.3.3 Lengkapkan Penyata Pemungut dari bank Jabatan Akauntan Negara Cawangan masing-masing seperti berikut: No. 11. KPM : : (tarikh sedia) .1 Faedah bank adalah terimaan dan hendaklah di rekod di lajur Pelbagai dalam buku tunai. Penyata Pemungut Tarikh Penyata Pemungut 19 April 2010 Bahagian Akaun.3.2 Kemaskini Buku Tunai. Lampirkan salinan akaun subsidiari sebagai dokumen sokongan.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas (i) Mengeluarkan resit bagi terimaan yang tiada di Buku Tunai. 11.3. Akaun Bank Nama Bank Kod Jabatan : : : 211 (Kod PTJ PPD) (No.1 Sediakan baucar bayaran dan cek mengikut baki di akaun subsidiari faedah bank atas nama Akauntan Negara Malaysia. Tindakan ini hendaklah diambil selepas penutupan akaun tahunan Panduan mengakaunkan faedah bank ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut: 11. FAEDAH BANK 11.6 Penyata Penyesuaian Bank hendaklah ditandatangan oleh penyedia dan pengesah serta ditarikhkan. Faedah bank merupakan hasil kerajaan.

: Seksyen Akaun Sekolah) (a) (b) (c) (d) (e) 12. Pungutan Dimasukira ke dalam Akaun-Akaun di Bawah Maksud Jabatan PTJ/PK Objek Amaun Perihal : : : : : : (Kosongkan) 211 (Kod PTJ PPD) 75401 RM....2 20 April 2010 Bahagian Akaun.p. Tatacara pemulangan baki peruntukan hendaklah merujuk kepada Surat Pekeliling bantuan yang berkenaan..Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas Tempoh Pungutan : Dari. 12.6 Kemukakan salinan dokumen berikut kepada Bahagian Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia (u..1 Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai yang diberi kuasa bertanggungjawab memastikan Akaun Khas setiap tahun berbaki sifar dengan mengembalikan semua baki peruntukan berakhir 31 Disember....3.(jumlah bersih faedah bank) Memasukkan faedah bank ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan – Akaun Khas PPD di Sabah/Sarawak Tahun 20xx 11.3. 11... Penyata Pemungut Resit Rasmi Perbendaharaan Penyata Penyesuaian Bank seperti pada 31 Disember 20xx Penyata Bank bulan Disember Salinan fotostat akaun subsidiari Faedah Bank PEMULANGAN BAKI PERUNTUKAN 12... 11... KPM .....3.. Hingga .4 Hantar penyata pemungut berserta cek ke bank pemungut yang telah dilantik oleh JANM Cawangan dan dapatkan satu salinan penyata pemungut yang telah diaku terima oleh bank..5 Rekodkan butiran Resit Rasmi Perbendaharaan dalam Buku Tunai Cerakinan.

Salinan Penyata Penyesuaian Bank berserta Penyata Bank.2.p.2 Penyata ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Akaun (u. LAPORAN 13.1.2.2.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas 13.2 PPD hendaklah memastikan sekolah yang menerima bantuan menyelenggara Lejar Bantuan Sekolah (Lampiran 16) untuk tujuan kawalan. KPM .1 PENYEDIAAN LAPORAN BULANAN 13.: Seksyen Akaun Sekolah) sebelum 28 Februari tahun berikutnya.p.4 Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama Penyata Kewangan adalah seperti berikut: 21 April 2010 Bahagian Akaun. 13. 13. 13.1 Pegawai Pelajaran Daerah hendaklah menghantar dokumendokumen kewangan berikut kepada Bahagian Akaun (u. Salinan Daftar Agihan Bantuan setiap sekolah.: Seksyen Akaun Sekolah) pada setiap bulan selewatlewatnya pada 15hb bulan berikutnya: (a) (b) (c) Salinan Buku Tunai Akaun Khas.2.1.3 Penyata Kewangan mengandungi penyata-penyata berikut :a) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember (Lampiran B) Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi Tahun Berakhir 31 Disember. (Lampiran C) b) 13. Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan Akaun Khas seperti di Lampiran A. (d) 13.2 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN 13.1 Penyata Kewangan merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan Akaun Khas berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

22 April 2010 Bahagian Akaun. Ringkasan Penerimaan bagi tahun berakhir 31 Disember (Lampiran C2). Kementerian Pelajaran Malaysia. KPM .1 Semua dokumen kewangan hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat bagi tujuan pemantauan dan pengauditan pada setiap tahun. (b) (c) (d) (e) 14. Ringkasan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember (Lampiran C3). PENUTUP Penyelenggaraan Akaun Khas secara teratur dan sempurna adalah penting bagi membantu PPD dalam pengurusan kewangan dan perakaunan bantuan-bantuan persekolahan bagi sekolah yang belum/tidak melaksanakan SPKWS.2 15.Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akaun Khas (a) Ringkasan Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember (Lampiran B1) Ringkasan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember (Lampiran B2) Ringkasan Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember (Lampiran C1). PEMANTAUAN DAN PENGAUDITAN 14. Pengauditan Akaun Khas akan dijalankan oleh Bahagian Audit Sekolah. 14.

Tarikh :.......... .................................................. Tandatangan : ………………………………………………… Nama Pegawai Pelajaran Daerah : Cop Rasmi PPD : .Lampiran 1 Rujukan ANM (A)7316 Pt........... ....................................... Pegawai Yang Mengesahkan : …………………………… Pegawai Yang Meluluskan : Tandatangan : Nama : Jawatan Rasmi: ………………………….................................. ……………………………………… (…………………... sekiranya ada surat kuasa................... ( c) atau (d) untuk menggantikan (b) iii) Cek-cek yang berjumlah RM10...) (…………………... (5) Semua kebenaran sebelumnya mengenai tandatangan pembenar adalah dibatalkan melainkan menandatangan cek-cek dan lain-lain perkara yang bertarikh sebelum daripada tarikh ini dan diserahkan untuk bayaran pada atau selepas tarikh ini......…............. cek boleh ditandatangan oleh (b) bagi menggantikan (a)................. ………………………………………… Borang AK 52 lima salinan sahaja Kad Bank lima salinan bagi setiap akaun ................000 ke atas hendaklah ditandatangan oleh 3 orang pegawai seperti di atas iaitu (a) dan (b) dan ( c) atau (a)+(b)+(d) atau (a)+(c)+(d) iv) Dalam keadaan tertentu....................................................................................................................000 hendaklah ditandatangan oleh 2 orang pegawai seperti di atas iaitu (a) dan (b).............. (1) (2) (3) Nama Akaun Bank : Nombor Akaun : Kebenaran diberi kepada :Nama Penuh (a) (b) (c) (d) Untuk menguruskan kira-kira di atas seperti yang ditentukan di bawah :i) Seseorang pegawai hanya dibenarkan menandatangan satu penandatangan sahaja di atas satu-satu cek... (Sekiranya tidak sesuai potong/pinda seperti yang dikehendaki) Jawatan Contoh Tandatangan Jawatan Contoh Tandatangan .............................. ii) Cek-cek yang berjumlah kurang dari RM10... 9 ( ) Bertarikh : ( AK 52) KUASA TETAP Kepada Bank : ......................................... (4) Nama Penuh Dua (2) Pegawai Pengesah ialah : Nama Penuh (a) (b) Ataupun seseorang daripada mereka yang dibenarkan untuk mengesahkan cek-cek bagi bayaran tunai................................................... Alamat Bank : .............................................) Perakuan Jabatan Pelajaran Negeri Disokong : Jawatan: Nota : 1) 2) ......................................................................…..

Perihal Penerimaan Peruntukan PCG Kutipan Murid RM Sen JUMLAH Ringgit Malaysia: …………………………………………………………… …………………………………………………………. ……………………………………………………………………… Bil. (Tandatangan dan Cop) Pengetua / Guru Besar No. K.. *Tunai / Cek / Wang Pos / Bankdraf / Kiriman Wang / EFT (Potong yang tidak berkenaan) *No. Tarikh: ………………. ……………………….01(Pin.Lampiran 2 RESIT RASMI PEJABAT RP. .15)248-11(20) JD108638 .: ……………………………. 2...L..09) ASAL A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH: ……………………………………………………….PNMB. TAHUN: ……………… Diterima daripada: …………………………………………………………………….. Kelulusan: BPKS(8. 1.

Lampiran 3 DAFTAR STOK BUKU RESIT Jumlah Naskah TERIMAAN Nombor Siri Dari Hingga Oleh (Nama & Jawatan) Tarikh Jumlah Naskah KELUARAN Tanda Baki Nombor Siri tangan (Naskah) Kepada (Nama & Jawatan) Penerima Dari Hingga Catatan Tarikh .

..................................................Lampiran 4 SEKOLAH : ........................ DAFTAR STOK BUKU PESANAN SEKOLAH TERIMAAN Nombor Siri Dari Hingga KELUARAN Nombor Siri Dari Hingga Tanda Baki tangan (Naskah) Penerima Tarikh Jumlah Naskah Oleh (Nama dan Jawatan) Tarikh Jumlah Naskah Kepada (Nama dan Jawatan) Catatan .............

Kelulusan: BPKS(8. (Cop Nama & Alamat Sekolah) Nama Sekolah : Kepada Sila bekalkan barang-barang yang tersebut di bawah ini kepada laksanakan kerja untuk pada atau sebelum No. Tarikh : ___________________ *Potong mana yang tidak berkenaan No. Perihal Kuantiti Harga Seunit Dan Diskaun RM Sen Harga Bersih RM Sen BUAT SATU GARISAN DI BAWAH ITEM PESANAN YANG TERAKHIR Jumlah (dalam perkataan) : Ringgit Malaysia _____________________________________ Jumlah ___________________________________________________ Jenis Peruntukan dikenakan : Saya mengesahkan bahawa peruntukan mencukupi sebelum pesanan ini dikeluarkan Rujukan Nota Minta : Rujukan Kontrak Perbendaharaan : Tarikh : ___________________ Tandatangan : ___________________ Jawatan : ___________________ PEMBAYARAN TIDAK AKAN DIBUAT JIKA PERAKUAN MENGENAI MUTU TIDAK DIPENUHKAN ATAU JIKA NASKAH INI TIDAK DIKEMBALIKAN PERAKUAN MENGENAI MUTU (Hendaklah dipenuhkan oleh Pembekal) Saya memperakui bahawa saya telah membekalkan barang-barang * atau telah melaksanakan kerja yang tersebut di atas mengikut *surat saya / tuan ________________________________________________ bertarikh ____________________ Tarikh ________________________ Tandatangan dan Cop Pembekal PERAKUAN (Hendaklah dipenuhkan oleh sekolah) Saya memperakui bahawa *(1) barang-barang yang dipesan di atas telah diterima dan *dikeluarkan untuk terus digunakan /*disimpan dan didaftarkan dalam (no.Lampiran 5 (DKS 005) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PESANAN SEKOLAH ASAL Hendaklah dikembalikan dengan invois tuan kepada Pesanan ini akan dibatalkan jika barang -barang tidak diterima sebelum tarikh yang tersebut No.rujukan) ______________________________________ *(2) kerja yang dibutirkan di atas telah dilaksanakan dengan memuaskan.15)248-11(22) ___________________________ Tandatangan penerima : _________________________ Jawatan : _________________________ .

(t. : ………………………………………………………… No... : …………………………..t Pengurus Sekolah) .Lampiran 6 PESANAN SEKOLAH (LAMPIRAN) Tarikh No. ……………………………. Pesanan Pembekal : …………………………. Perihal Kuantiti Harga Seunit Dan Diskaun RM Sen Harga Bersih RM Sen JUMLAH Disahkan oleh.

Telefon No..Lampiran 7 BORANG AKUAN TERIMA BARANG (Hendaklah diisi dalam 2 salinan) Nama Pembekal : Alamat Pembekal : No.......... Saya memperakui bahawa *(1) barang-barang yang dipesan di atas telah diterima dan *dikeluarkan untuk terus digunakan/*disimpan dan didaftarkan dalam (no......................rujukan) ............... Pegawai Penerima Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Pembekal Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : ..... Faks : : Perihal Barang / Perkhidmatan Kuantiti Dipesan Diterima Harga Dipesan Diterima Catatan No....... *(2) kerja yang dibutirkan di atas telah dilaksanakan dengan memuaskan..............

15)248-11(24) . Kelulusan: BPKS(8.(DKS 008) DAFTAR BIL JENIS KUMPULAN WANG : PEMBELIAN BARANGAN / PERKHIDMATAN BIL/INVOIS BIL TARIKH BIL/INVOIS DITERIMA NAMA PEMBEKAL / KONTRAKTOR TARIKH NOMBOR AMAUN (RM) PERUNTUKAN NO. PESANAN SEKOLAH / KONTRAK BAUCAR TARIKH NOMBOR TARIKH BAYARAN CEK NOMBOR CATATAN No.

000.... perakuan oleh tiga (3) tandatangan pegawai adalah di perlukan .......Lampiran 9 DKS 006 ( DKS 006 ) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Tahun Kewangan .... Nama dan Jawatan * bagi pembayaran bernilai RM 10. BAUCAR BAYARAN Bayaran Tahun Sebelumnya Bayaran Tahun Hadapan Nombor Baucar Tarikh Baucar Nama Sekolah : Nama Penerima : Nombor Kad Pengenalan/Akaun Bank : Alamat/Nama Bank : Perihal : Pesanan/Kebenaran Amaun Tarikh No... Nama dan Jawatan Tandatangan.00 dan ke atas.. Nama dan Jawatan Perakuan III: Tandatangan... Rujukan RM Sen Invois Pembekal Amaun Jumlah Jumlah PERBELANJAAN DIKENAKAN KEPADA PERUNTUKAN DI BAWAH Butiran Cek Peruntukan Tarikh Nombor Akaun Subsidiari RM Sen Amaun Jumlah Bersih Amaun (Dalam Perkataan) Ringgit Malaysia : Disediakan oleh : Tandatangan dan Tarikh Cop Sekolah : Perakuan II : Perakuan I : Tandatangan.. Rujukan RM Sen Tarikh No.

Lampiran 10 DAFTAR STOK BUKU CEK Jenis Jumlah Tarikh Kumpulan Naskah Wang TERIMAAN Nombor Siri Dari Hingga Oleh (Nama & Jawatan) KELUARAN Nombor Siri Dari Hingga Kepada (Nama & Jawatan) T.T Baki Penerima Naskah Catatan .

T. Pengurus Sekolah . Nombor Tarikh Nombor Tarikh Resit Rasmi Pejabat Penerima Cek Amaun (RM) Cek Gantian Catatan Nombor Tarikh No. Baucar Sebab-sebab Cek Dibatalkan T.Lampiran 11 DAFTAR CEK BATAL Cek Yang Dibatalkan Bil.

T. Resit PELBAGAI Jumlah Tarikh T.Lampiran 12 BUKU TUNAI Akaun Khas PPD………………………… Bulan __________________ TERIMAAN PERUNTUKAN Masuk Bank Jumlah Terimaan Nombor Baucer PERUNTUKAN BAYARAN Tarikh Perihal No. .T. Tarikh Perihal No. Cek PELBAGAI JUMLAH T.

Br / No.T .Lampiran 13 DKS007 AKAUN SUBSIDIARI BAGI TAHUN ………………………. Resit Terimaan RM Bayaran RM Baki RM T. JENIS KUMPULAN WANG : AKAUN KHAS PERUNTUKAN : PELBAGAI SUBSIDIARI: ………………………………………………………………. Jumlah Terimaan Sehingga Tarikh RM Jumlah Bayaran Sehingga Tarikh RM Tarikh Perihal No.

Br/ No.LAMPIRAN 14 DAFTAR AGIHAN BANTUAN PPD…………………………………………..Resit t/t Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki Terimaan Bayaran Baki . BAGI TAHUN ………… Nama Sekolah : Tarikh Perihal No.

... Debit di Penyata Bank tiada di Buku Tunai a) Cek bayaran yang telah ditunaikan tetapi belum direkodkan di Buku Tunai Tarikh No.. Cek Peruntukan Amaun - 2................ Nama Bank 2...... No...... Tandatangan Penyedia Tarikh………............................. 1.... Resit Amaun 2.............. ..... ...... caj bank TOLAK : 1.... ........... Akaun ………………………………………………………… ………………………………………………………… ………………………………………… - Baki seperti di Penyata Bank pada CAMPUR : 1. Terimaan di Buku Tunai yang tiada dalam Penyata Bank a) Kemasukan tunai/cek yang belum diambilkira oleh bank : Tarikh No.. Kredit di Penyata Bank yang tiada dalam Buku Tunai : a) Terimaan yang dikreditkan terus ke bank seperti faedah bank - Baki seperti di Buku Tunai pada .................Lampiran 15 Pejabat Pelajaran Daerah :………………………………… Penyata Penyesuaian Bank Seperti Pada …………………... Disediakan oleh ... - ... Bayaran di Buku Tunai yang tiada dalam Penyata Bank a) Cek-cek yang belum ditunaikan Tarikh No.... Resit Amaun b) Caj perkhidmatan.. Disahkan oleh ...... Tandatangan Penyedia Tarikh………....

Lampiran 16 LEJAR BANTUAN SEKOLAH Jenis Bantuan:……………………………………. 2 Maklumat bayaran berdasarkan Pesanan Sekolah/Borang Akuan Terima Barang .t * Nota : 1 Disediakan berasingan bagi setiap bantuan yang diterima.. Tarikh Perihal Rujukan Terimaan Bayaran Baki t.

.LAMPIRAN A PEJABAT PELAJARAN DAERAH ………………………………… Status Kedudukan Kewangan Peruntukan Bantuan Seperti Pada Akhir Bulan……………………………. Bil 1 2 3 4 5 KWAPM SBT SBT Makanan SBT Kos Operasi RMT Perkara Peruntukan (RM) Tanggungan (RM) Perbelanjaan (RM) Baki (RM) Catatan JUMLAH BESAR .

LAMPIRAN B PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER ……… TAHUN SEMASA TAHUN SEBELUM PENDAPATAN Bantuan Rancangan Makanan Tambahan Bantuan Skim Baucar Tuisyen Bantuan KWAMP Pelbagai Jumlah Pendapatan PERBELAJAAN Bantuan Rancangan Makanan Tambahan Bantuan Skim Baucar Tuisyen Bantuan KWAMP Pelbagai Jumlah Perbelanjaan Lebihan/Kurangan pendapatan atas perbelanjaan .

LAMPIRAN B1 RINGKASAN PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER …… BANTUAN JUMLAH TERIMAAN TAHUN SEMASA (RM) KWAPM SBT RM SBT SBT Operasi RMT CEK BATAL (-) (RM) PULANGAN BALIK BANTUAN DARI SEKOLAH (-) (RM) PELARASAN BUKU TUNAI (-) (RM) JUMLAH PENDAPATAN (RM) JUMLAH .

LAMPIRAN B2 RINGKASAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER ……… BANTUAN JUMLAH BAYARAN TAHUN SEMASA (RM) KWAPM SBT RM SBT SBT Operasi RMT AKAUN BELUM BAYAR TAHUN SEMASA (+) (RM) BAYARAN AKAUN BELUM BAYAR TAHUN SEBELUM (-) (RM) CEK BATAL (-) (RM) PULANGAN BALIK BANTUAN DARI SEKOLAH (-) (RM) PELARASAN BUKU TUNAI (-) (RM) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JUMLAH .

TAHUN SEMASA Baki wang di buku tunai pada 1 Januari PENERIMAAN Bantuan Rancangan Makanan Tambahan Bantuan Skim Baucar Tuisyen Bantuan KWAMP Pelbagai TAHUN SEBELUM Jumlah Penerimaan PEMBAYARAN Bantuan Rancangan Makanan Tambahan Bantuan Skim Baucar Tuisyen Bantuan KWAMP Pelbagai Jumlah Pembayaran Baki wang di buku tunai sehingga 31 Disember ..LAMPIRAN C PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER …………………….

01 JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER JUMLAH BESAR TERIMAAN (RM) BAYARAN (RM) BAKI (RM) .. BULAN Baki buku tunai pada 01.LAMPIRAN C1 RINGKASAN PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER …………………….

LAMPIRAN C2 RINGKASAN TERIMAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER ……… BULAN BANTUAN KWAPM SBT RM SBT SBT Operasi PAKAIAN SERAGAM PELBAGAI JANUARI (RM) FEBRUARI (RM) MAC (RM) APRIL (RM) MEI (RM) JUN (RM) JULAI (RM) OGOS (RM) SEPTEMBER (RM) OKTOBER (RM) NOVEMBER (RM) DISEMBER (RM) JUMLAH (RM) JUMLAH .

LAMPIRAN C3 RINGKASAN BAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER ……. BULAN BANTUAN KWAPM SBT RM SBT SBT Operasi JANUARI (RM) FEBRUARI (RM) MAC (RM) APRIL (RM) MEI (RM) JUN (RM) JULAI (RM) OGOS (RM) SEPTEMBER (RM) OKTOBER (RM) NOVEMBER (RM) DISEMBER (RM) JUMLAH (RM) JUMLAH ..

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->