You are on page 1of 8

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PERSADA RAYA KUALA LUMPUR BERHAD

(dalam penubuhan)

Kertas Bil. 01 TUJUAN PENUBUHAN KOPERASI

LATAR BELAKANG Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad dicadangkan penubuhannya melalui resolusi yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi yang diadakan pada 5hb November 2011 jam 3.00 petang di Restoran Garuda Emas, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Barisan Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi tersebut yang terdiri daripada Encik Khairudin bin Abd Rani, Encik Zulkiflly bin Razali, Encik Azreil bin Amlir, Encik Zulfaisal bin Mohd Yusof dan Encik Iskandar bin Baharudin memberi persetujuan agar satu koperasi keluarga ditubuhkan. Bermatlamatkan untuk menjadikan Koperasi Keluarga ini sebagai tonggak penyatuan dan pengembangan ekonomi keluarga melalui kaedah perkoperasian, permohonan cadangan nama koperasi tersebut telah dimajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, cawangan Wilayah Persekutuan baru-baru ini. VISI Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad mempunyai visi untuk menjadi salah satu koperasi keluarga yang paling berjaya di Malaysia dan memberi manfaat secara material dan sosial kepada anggota-anggota melalui aktiiviti-aktiviti perniagaan dan kemasyarakatan yang dirancang oleh koperasi. MISI Sebuah Koperasi Keluarga yang komited didalam merangka dan melaksanakan pelanpelan pembangunan perniagaan koperasi melalui konsep kesepakatan keputusan dan pentadbiran koperasi yang mengamalkan ciri-ciri pengurusan professional. AKTIVITI-AKTIVITI PERNIAGAAN Cadangan aktiviti-aktiviti perniagaan adalah seperti berikut antaranya :1. Perniagaan perkhidmatan pengurusan acara dan program promosi; 2. Perniagaan pemasaran produk-produk; 3. Perniagaan perkhidmatan pelancongan; 4. Perniagaan perkhidmatan pendidikan; 5. Pembekalan sebagai kontraktor pembekal kerajaan; 6. Lain-lain aktiviti perniagaan dan pelaburan di saham-saham pelaburan lain yang bersesuaian dengan visi, misi dan objektif penubuhan koperasi dan tidak bertentangan dengan aspirasi kerajaaan dan peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedia ada. KEANGGOTAAN KOPERASI Cadangan keanggotaan koperasi terbuka kepada yang anggota-anggotanya terdiri daripada kalangan keluarga besar dari keturunan.
. mereka dan ahli-ahli keluarga yang berkaitan. suami atau isteri mereka, anak-anak

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PERSADA RAYA KUALA LUMPUR BERHAD


(dalam penubuhan)

TARIKH: 18 DISEMBER 2011 (AHAD)

MASA: 2.30 PETANG

TEMPAT KOMPLEK SUKAN MAJLIS SUKAN NEGARA


Jalan 37/56, AU 2, Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur
(berdepan bangunan Jaya Jusco AU2 Taman Keramat)

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN


KOPERASI PERSADA RAYA KUALA LUMPUR BERHAD
(dalam penubuhan)

ISI KANDUNGAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Kata-kata Aluan Pengerusi Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi


En. Khairudin bin Abd Rani Barisan Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi

Aturcara Mesyuarat Agung Permulaan Notis Mesyuarat Agung Permulaan Agenda Mesyuarat Agung Permulaan Kertas mengenai tujuan penubuhan koperasi dan lampiran surat kelulusan permohonan nama dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Kertas Bil. 01) Borang Senarai Pemohon-Pemohon untuk Pendaftaran Koperasi yang memberi persetujuan menubuhkan koperasi (Kertas Bil. 02) Buku Draf Undang-Undang Kecil Koperasi (Kertas Bil.03) Kertas Pencalonan Anggota Lembaga Koperasi bagi Tahun 2011-2012 (Kertas Bil. 04) Kertas Pencalonan Perlantikan Panel Juru Audit Luar (Kertas Bil. 05) Kertas Cadangan untuk Belanjawan Tahunan 2011-2012 (Kertas Bil. 06) Kertas Cadangan untuk Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi (Kertas Bil. 07) Lampiran - Borang Keanggotaan Koperasi

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN


KOPERASI PERSADA RAYA KUALA LUMPUR BERHAD
(dalam penubuhan)

ATURCARA

2.30 Petang 3.00 Petang

: Pendaftaran : Anggota Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi dan semua bakal anggota mengambil tempat masing-masing untuk memulakan mesyuarat : Bacaan Doa : Taklimat Penerangan mengenai koperasi oleh Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi : Ucapan Perasmian : Wakil dari Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan : Mesyuarat dimulakan mengikut Agenda : Mesyuarat ditangguhkan : Jamuan

3.30 Petang

KOPERASI PERSADA RAYA KUALA LUMPUR BERHAD


(dalam penubuhan) 1-2F, Jalan AU1A/4E, Jelatek Business Centre, Taman Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur Tel/Fax No.: 03-42511054 ___________________________________________________________________________________
Rujukan Kami: MAP/0001/11 Tarikh: 25/11/2011 Kepada : Bakal Anggota Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad (dalam penubuhan) NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad (dalam penubuhan) ____________________________________________ Kami dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Merujuk kepada resolusi yang dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi yang diadakan di Restoran Garuda Emas , Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 5hb Disember 2011 jam 3.00 petang, satu permohonan untuk menubuhkan koperasi yang keanggotaan terbuka kepada ahli keluarga besar dari keturunan suami atau isteri mereka, anak-anak mereka dan ahliahli keluarga yang berkaitan. Inisiatif untuk menubuhkan koperasi ini adalah sebagai satu persada menyatukan ahli-ahli keluarga besar berkenaan bagi membentuk jaringan sosial, ekonomi dan kemasyarakatan yang lebih erat, bersistematik dan berpersatuan melalui kaedah perkoperasian. Sehubungan dengan itu, kami adalah dengan hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad (dalam penubuhan) akan diadakan pada tarikh seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : 18/12/2011 : 2.30 petang : KOMPLEK SUKAN MAJLIS SUKAN NEGARA Jalan 37/56, AU2, Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur (berdepan bangunan Jaya Jusco AU2 Taman Keramat)

Sila maklumkan kepada kami pada atau sebelum 10hb Disember 2011 dengan menghubungi kami di talian 03-42511054 atau En. Khairudin Abd Rani (016-6600725), En Zulkiflly Razali (016-5219898), En. Azreil Amlir (016-3581228), En. Zulfaisal Mohd Yusof (017-8893885), En Iskandar Baharudin (016-9673787) bagi makluman kehadiran/tidak kehadiran tuan ke Mesyuarat tersebut. Sokongan dan kerjasama ahli keluarga besar semua untuk sama-sama menrealisasikan penubuhan koperasi ini amat disanjung tinggi. Sekian, harap maklum. Yang menjalankan tugas,

................................................................................. Khairudin bin Abd Rani Pengerusi Jawatankuasa Pengasas (Penaja) Koperasi

KOPERASI PERSADA RAYA KUALA LUMPUR BERHAD


(dalam penubuhan)
AGENDA MESYUARAT AGUNG PERMULAAN

1.

Agenda 1: Melantik Pengerusi Mesyuarat dan Pencatat Minit Mesyuarat Agenda 2 (Kertas Bil.01) Menerangkan mengenai tujuan penubuhan koperasi dan mendapat persetujuan mengesahkan kelulusan permohonan nama koperasi Agenda 3 (Kertas Bil.02) Mendapatkan persetujuan menubuhkan Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad Agenda 4 (Kertas Bil.03) Mendapatkan persetujuan menerima draf Undang-Undang Kecil Koperasi Persada Raya Kuala Lumpur Berhad Agenda 5 (Kertas Bil.04) Mengadakan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi dan jawatan yang disandang oleh mereka serta mendapatkan persetujuan pemberian kuasa kepada Anggota Lembaga yang dipilih untuk menandatangani dokumen permohonan untuk mendaftarkan Koperasi Persada Raya Berhad Agenda 6 (Kertas Bil.05) Meluluskan perlantikan Juruaudit Luar Agenda 7 (Kertas Bil.06) Membentangkan dan meluluskan Cadangan Belanjawan bagi tahun 2011-2012 Agenda 8 (Kertas Bil.07) Membentangkan cadangan Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi dan mendapatkan kelulusan mengenainya Agenda 9 (Kertas Bil.08) Ucapan Penangguhan Mesyuarat oleh Pengerusi Koperasi

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

You might also like